Tanya Abang Minimalis : Musim 1 Episod 3
Aku penat. Sudah 4 malam berturut-turut aku bergembira. (Lihat gambar. Itu gambar aku, yang sedang pegang pedang tu.) Maklumlah, aku pun sedang bercuti sekarang, menghabiskan baki cuti tahunan aku...
Apa kata kali ini kita terus ke soalan-soalan kita, ya?
Soalan 1
Mana nak beli Roti Arab? Terutamanya di Lembah Kelang/Petaling Jaya? — gastronomist
Aku rasa di mana-mana restoran mamak yang ada terpampang poster Roti Arab ada terjual. Tetapi secara jujur mungkin tidak dapat memuaskan citarasa mana-mana pakar gastronomi. Kecuali kalau kamu pakar gastronomi makanan mamak-lah.
Soalan 2
encik minimalis..boleh sedara terangkan dengan lebih lanjut mengenai the four horsemen of apocalypse...
p/s :- ape sebenatnya maksud borjuis dan ape yg dimaksudkan dgn PC(politically correctness)dan adekah pc boleh menjadikan kita fasis? — am - i - let - it - be [ utarid ]"pari-pari dan gelombang
Menurut apa yang aku tahu, the 'Four Horsemen of Apocalypse' adalah 4 faktor yang akan membawa manusia ke kehancuran menurut Kitab Injil. 4 faktor atau sifat ini adalah War (Peperangan), Famine (Kebuluran), Pestilence (Penyakit) dan Death (Kematian), yang dilambangkan dengan 4 penunggang kuda. Tafsiran ini berbeza berdasarkan zaman dan relevannya di dalam masyarakat ketika itu, tetapi biasanya digunakan dalam rujukan berasaskan Bahasa Inggeris, kebudayaan Barat mahupun Kristian.
Aku tak pasti jika ada analogi yang sama dalam Islam untuk The Four Horsemen of Apocalypse.
Secara umumnya di dalam budaya popular pula, The Four Horsemen of Apocalypse boleh merujuk kepada 4 orang atau watak yang (tak semestinya) membawa kemusnahan, contohnya seperti 4 orang pereka mainan yang menggelarkan diri mereka The Four Horsemen yang popular dengan adaptasi watak popular He-Man & The Masters of the Universe mereka.
Politically-correct pula berbeza tafsiran berdasarkan kumpulan sosiolpolitikal kamu, tetapi secara umumnya bermaksudkan sesuatu yang 'diterima awam' dan tidak mengganggu atau menyinggung mana-mana pihak. Aku rasa istilah ini popular di Amerika, di mana pendapat penduduknya amat sensitif terutamanya jika ia menyentuh kepada sesuatu pihak atau golongan.
Contohnya jika aku menggunakan memakai lambang Swastika di dada aku. Secara umumnya tindakan Hitler dan Parti Nazi dalam Perang Dunia Kedua dahulu tidak disenangi mana-mana pihak (kecuali untuk seorang Nazi) dan tindakan memakai logo yang melambangkan Parti Nazi yang telah membunuh berjuta-juta orang mungkin tidak akan disenangi orang disekeliling kamu. Kecuali kalau kamu memang mahu tidak menyenangkan hati orang sekeliling kamu dan mula membotakkan kepala kamu dan menggelarkan diri kamu seorang supremasis Nazi walaupun kamu bukan seorang Aryan dan berkulit sawo matang. Bodohs.
Contoh lain adalah seperti melabel mana-mana orang Islam berserban sebagai Taliban.
Atau menggunakan perkataan 'Negro' atau 'nigger' untuk memanggil orang berkulit hitam. (kecuali kamu sendiri berkulit hitam seperti mereka)
Secara mudahnya PC adalah apa-apa yang tidak akan menyinggung mana-mana pihak berdasarkan agama, bangsa, fahaman politikal, seksualiti, keadaan medikal, fizikal mereka. Macam aku, aku tak perlu PC sebab aku tak peduli. Dan tidak, aku tidak berpendapat bahawa kamu akan menjadi seorang fasis jika kamu PC, jauh sekali.
Burjois atau burgeois pula merujuk (secara umumnya) kepada golongan kelas pertengahan yang berjaya atas usaha atau kerja mereka sendiri, dan bukan berjaya disebabkan keluarga, pangkat atau harta peninggalan. Sila google sendiri. Aku pening.
Soalan 3
why does young women attracted to older men....fuck.....i'm askin dis kind of question cos my gal jz run away with sum old fella.....fuck u old fella...apa kurangnya saya......nvm god is still with me....amen to that.... — I'm inflames
Maaf, itu bekas teman wanita kamu ke? Aku tak bermaksud...
Aku rasa umur semua tak penting. Yang penting kematangan, dan tak semestinya kematangkan itu datang dengan umur, bukan? Be a big boy and grow up!
Juga, grow up di sini bukan bermaksudkan membuang jeans dan baju-T kamu dan mula memakai seluar slacks, kemeja bertali leher ketat dan kasut hitam berkilat, tetapi grow up dari segi minda dan mentaliti. Tinggalkan cara pemikiran seorang yang pra-SPM dan cuba fikir jauh. Tidak susah, memang amat mudah. Pada masa yang sama, (seperti kata Sheila Majid) jangan sampai tua sebelum waktunya. Paling menjengkelkan bila aku berjumpa orang 21 tahun yang perasan dirinya sudah mengalami krisis separuh umur. Geli geleman.
2007 sudah hampir sampai ke kemuncak parti-partinyanya. Aku pun tengah bercuti. Apa lagi, kita bergembira-lah!!
(Akak kopitiam di sini masih mengganggu aku dengan life story beliau. SENYAPLAH!!!)










