Khamis, September 11, 2008

Pelanggar Hadron Besar (?) Sudah Dihidupkan!



(Gambar diambil dari news.com.au)

Beberapa jam yang lalu mesin paling kompleks yang pernah dibina oleh manusia iaitu Large Hadron Collider (Pelanggar Hadron Besar?) telah dihidupkan di Geneva. Mesin yang dibina untuk kajian tentang cara alam semesta ini dilahirkan dibina khususnya untuk mencari sesuatu yang digelar 'Partikel Tuhan', atau partikel hipotetikal boson Higgs, yang dikatakan memegang kunci serta rahsia misteri kejadian alam semesta.

Aku, sebagai seorang skeptik dan saintis memang berharap projek ini berjaya, dan bumi tidak disedut masuk ke dalam Lubang Hitam. Tetapi nampaknya dari awal lagi kawan aku Stephen Hawking sudah letak bet projek ini tidak akan berjaya.

Apa-apa pun kita lihat dan tunggu sahaja, ya?

9 orang ada pendapat sendiri:

Sue Anna Joe

Masa kecik-kecik dulu, salah satu cita-cita nak jadi Scientist. Skarang apa sudah jadi? Haha, slacker!

Hmm

"Despite the expected scientific benefits, some fear the experiment could create black holes that will eventually swallow the Earth"

Haha. Teringat masa year 2k, orang kecoh takut electronic items tak jalanla apalah.

Would be interesting to see the outcome, or whatever comes out from this project.

Alah, tapi dia bet 100 dollars je. Apa barang. Ahahha.

Tipu Tapi Benar (TTB)

Apapun, kalau terjadinya lohong hitam, lembu-lembu di padang ragut yang ada diatas makmal tersebut akan disedut terlebih dahulu. :-)

Sudah menjadi norma bahawa di dalam usaha untuk memajukan sains pasti akan menghadapi banyak tentangan dan cabaran.

Lihatlah berapa ramai saintis yang telah dilabel sebagai 'gila' dan 'sesat' akibat idea dan usaha mereka, sebelum sejarah mengembalikan kegemilangan kepada mereka.

Moga kejayaan eksperimen di Large Hadron Collider itu akan membawa lebih banyak kemajuan dalam sains sekaligus dapat menjana kesejahteraan sejagat!

Zahiril Adzim

kalau tak keberatan, boleh tak cerita lebih sikit pasal benda ni. Disebabkan aku selalu tidur dalam kelas sains kat sekolah dulu, maka pengetahuan sains aku hari ni begitu cetek.Ada yang kata eksperimen ini akan menyebabkan keretakan yang sangat besar kepada bumi, sekaligus menghancurkan bumi atau kata lain, kiamat?

Kerana aku percaya kehancuran/kiamat adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri.

kalau tak keberatan. terima kasih.

frossonice

Sumber elektrik tanpa had?

Farid Abu Talib

semasa aku kecil juga aku ingin menjadi saintis. sebab musababnya nama saintis itu cukup menarik. walaupun sebenarnya aku tak tahu apa kerja seorang saintis. akhirnya menjadikan sejarah sebagai pilihan hidup.

aficiozado

LHC ni result dia berapa tahun lagi boleh dapat..mesti lamakan..nak dapat speed of light tu..

rexxdelarocha

Kita tunggu je lah 21 Oktober. Aku yakin bumi akan selamat. Tapi aku still takutkan member2 aku pasal LHC ni. Siap sangkut pautkan dengan Nostradamus & tamadun Maya sekali. Setakat ni dua orang je yang terpedaya.

Facet

Er macam interesting la benda nih, sumpah aku baru dengar.

Kalo benda ni xberjaya, bumi, ada possibility kena sedut black hole?

Adam Kasturi

projek ini tak jadi lagi MM, kita tunggu musim bunga tahun depan pula!