Jangkaan Trend Terhangat 2008. (Cerita Baru)
Aku tak sangka nukilan aku tentang Trend Terhangat 2007 boleh menyebabkan diskusi yang amat hangat di sini. Sampai nak bergaduh pun ada. Malah, bukan di sini sahaja malah idola-idola aku si AKAB dan John pun ada menyentuh tentang idea di sebailk nukilan tersebut. Oh my, teruja yang amat sangat!
Jadi apa kata kita lupakan tahun yang lalu, dan kita lihat pula jangkaan trend-trend yang bakal meletup tahun ini pula. Ingat, ini semua jangkaan, terpulang kepada kamu semua untuk menilainya. Tau.
1. Paparazzi Amatur
Aku rasa dengan kemunculan ramai anak-anak muda tergantung kamera DSLR di leher dan juga anak-anak Myspace yang gah dengan 'gambar sudut' tidak mustahil perkara ini akan berlaku. Juga dengan kemunculan Flickr dan Youtube, banyak cara kita boleh menunjukkan bakat-bakat fotografi kita.
Cuma bezanya, tahun ini, habuan akan berubah. Kamu akan bosan mengambil gambar kamu dan rakan-rakan kamu dan teman-teman wanita kamu. Kamu akan mula mengambil gambar artis.
Artis yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Mabuk, bercium, hisap dadah, kencing dan sebagainya.
Cuba kita perhatikan kolum-kolum gossip di majalah tempatan. Semuanya dibuat oleh Abang-Abang bermisai tipis yang perasan Akak-Akak, dan selalunya ditulis bagaikan khabar angin, tanpa merujuk kepada si Artis yang ditujukan.
Contohnya :
Mek dengar si Anu yang popular dalam rancangan tv realiti itu mabuk kat satu majlis eksklusif ni... Sampai terbalik atas lantai nampak seluar dalam. Ish ish ish tak malu betul!
Biasanya ditulis cara sebegini kononnya atas dasar-dasar privacy dan tidak ingin memalukan mereka.
Pedulikan itu semua. Di Lembah Kelang ini banyak kamera (dan telefon bimbit berkamera). Tangkap sahaja gambar mereka. Tangkap banyak-banyak. Kamu semua sudah cukup mahir mengambil gambar, bukan?
Ambil gambar Mawi tengah lalok, ambil gambar Siti hisap rokok Suria, ambil gambar Fazura ketuk kepala amoi dengan kasut, ambil semua. Kemudian letak di Internet.
Eh, jangan, kalau kamu pandai, jual ke Harian Metro atau Hello! Malaysia. Dijamin boleh dapat duit. Lupakan semua polisi untuk tidak memalukan Artis kita. Mereka tiada kemaluan! Kita semua perlukan gossip-gossip panas bergambar, bukan khabar angin mak datin, bukan? The Challenge Is On!
2. Kegagalan Rancangan TV Realiti Berdasarkan Nyanyian.
Apa yang kita dapat dari rancangan sebegini? Mamat perasan Superman (ke Suparman?) dan penyanyi sumbang lalok. Tak lebih dari itu.
Jangan cari dengan sessi ujibakat. Lihat sahaja Youtube, banyak bakat-bakat kita di sana. Contohnya si Kokokaina ini.
Somebody sign her up please... Malaysia Boleh! Aku rasa sebentar lagi semua pihak-pihak yang ingin mencari bakat-bakat baru akan sedar bahawa bakat sebenar tidak boleh dicari dari Akademi Fantasia dan Gangstarz sahaja.
3. Kemunculan High-Fashion/High Street Tempatan Yang Relevan Dan Mampu.
Anak-anak muda hipster tempatan secaranya amnya mempunyai pilihan yang terhad untuk fesyen. Kalau bukan Topshop, Zara dan Forever21 yang sememangnya hanya merupakan fesyen acuan, pilihan lain hanya bergantung kepada kemeja-T dan aksesori yang dijual di kedai-kedai kecil milik pengusaha-pengusaha anak muda.
Tetapi, jika citarasa kamu lebih tinggi, katakan, jika kamu idamkan sut hitam Hedi Slimane dari Dior Homme (sekarang rekaan Kris Van Assche), mahupun seluar skinny jeans True Religion (mungkin tidak wujud) dan sebagainya, bukan sahaja kosnya amat mahal, tetapi memang agak sukar untuk mencarinya di sekitar Lembah Kelang.
Jadi, sebagai evolusi label-label kemeja-T tempatan, aku jangkakan akan lebih ramai dari mereka ini yang akan menular kepada barangan selain dari kemeja-T.
Jika kamu lihat pada pereka-pereka fesyen tempatan sekarang, kebanyakannya menghasilkan barangan yang kurang relevan dengan kamu. Fesyen Datin. Kalau ada pun lebih kepada fesyen perempuan. Lihat saja Bernard Chandran dengan fesyen gaun kahwin melebihnya, Tom Abang Saufi dengan fesyen batik, yang secara jujur, tidak menarik langsung kepada aku. Banyak lagi contoh, Rizalman Ibrahim, Zang Toi, dan sebagainya. Semuanya fesyen yang tidak relevan kepada kamu semua.
Sebab itulah ramai yang tersangkut dengan fesyen acuan High-Street London. Aku rasa kita perlukan lebih banyak pilihan, bukan sahaja dari segi kemeja-T, malah pada benda-benda lain. Di sinilah aku rasa mungkin syarikat seperti Radioactive boleh membantu dengan mengeluarkan produk yang lebih relevan, dan mungkin juga francais Fourskin (walaupun berasal dari Singapura) yang aku rasa banyak membantu citarasa fesyen tempatan.
Mungkin ada di antara kamu yang kurang setuju, tapi aku rasa sebagai masyarakat yang masih kurang arif dengan fesyen, segala apa unsur fesyen baru yang kita boleh terima, kita patut terima. Kita masih dibelakang jika dibandingkan Jepun, Hongkong, Taiwan dan mungkin Singapura, jadi sebagai masyarakat yang masih tercari-cari identiti fesyen mereka, tidak salah kita lihat ke Topshop dan sebagainya untuk mencari inspirasi.
Aku pasti satu hari nanti lebih ramai dari kita yang mempunyai citarasa fesyen yang individual, tapi jangan jadi macam Reshmonu. Salah, dan tolak 10 markah.
4. Penaiktarafan Industri Muzik Tempatan.
Salah satu sebab kenapa aku suka Hujan, bukan kerana muziknya, tetapi tentang simbolisme apa yang dibawa mereka. Simbolisme yang mungkin dahulunya dibawa oleh band seperti OAG dan Flop Poppy, tetapi diubahsuai untuk generasi Internet dan Youtube. Industri yang tidak semata-mata berlandaskan kepada jualan album, atau populariti di media massa.
Seperti mana citarasa fesyen kamu meningkat, seperti itulah seharusnya citarasa muzik kamu meningkat, dan aku tidak bermaksud band-band luar yang kamu dengar.
Walaupun istilah underground sekarang makin kurang relevan, kemunculan band seperti Hujan, Bittersweet dan Komplot membuktikan masih ada harapan untuk industri muzik kita. Mungkin bukan dari segi muzik (yang sememangnya bagus dan segar pada pandangan aku, jika dibandingkan dengan Mawi, Zamani dan Ning Baizura) tapi juga dari segi idealogi, pergerakan dan aktivisme dan mungkin fesyen dan citarasa.
Teruskan usaha!
5. Kemunculan Tastemaker Tempatan.
Sebagai unjuran dari No. 3-4 di atas, aku jangkakan kemunculan lebih ramai tastemaker ataupun opinion leaders tempatan, dari golongan mereka yang benar-benar relevan dan bermakna. Apa aku maksudkan di sini adalah pemangkin citarasa tempatan, tak kisahlah-lah dari segi muzik, fesyen dan sebagainya.
Sudah sampai masanya kita tidak melihat kepada sifu M. Nasir untuk mengetahui apa citarasa muzik kita sebenar dengan citarasanya yang mungkin kolot, ataupun merujuk kepada majalah-majalah ketinggalan zaman seperti URTV, Mangga, Jelita dan Remaja sebagai panduan fesyen. (ada ke orang buat begitu?)
Kemunculan blog-blog berunsur fesyen tempatan seperti I Got Shot In The City dan blog lain yang berlandaskan pendapat-pendapat tentang muzik ataupun aktivisme tempatan seakan memberi suara kecil kepada minoriti yang mampu membuat perubahan besar-besaran.
Jadi peduli apa aku jika minoriti menjadi majoriti? Kamu semua bukan special pun. Being cool is already irrelevant. But cool thinking is.
6. Kemunculan Scene Makro Berpengaruh.
Selama ini boleh dikatakan banyak scene-scene (scene di sini bermaksud kumpulan individu kreatif yang membuat sesuatu dari segi muzik, seni dan sebagainya) di Malaysia diasaskan di sekitar Lembah Kelang. Di tempat lain hanyalah seperti Ipoh dan Johor Bahru misalnya. Sudah sampai masa ini berubah!
Sepertimana Tony Wilson dan konco-konconya di Manchester berjaya menggolakkan arena muzik antarabangsa dengan Factory Records dan kemudiannya The Hacienda, hanya berdasarkan idea beberapa orang individu kreatif, seperti itulah ia membuktikan bahawa kita hanya memerlukan idea bernas dari beberapa orang (tak perlu ramai) untuk menggolakkan suasana. Tidak perlu ke Kuala Lumpur untuk aktif.
Kinabatangan! Ulu Tiram! Batang Berjuntai! Kuala Lipis! Semua bergantung kepada kamu-kamu yang tinggal di sana... Gunakan Internet dan jangan bazirkan masa menghidu asap motor kamu.
7. Aku Masih Tak Peduli!
Sekian, terima kasih.










