Sabtu, Mac 29, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 11



Contrast.

Dan pertemuan dengan lagi seorang berbintang Leo. Tetapi macam sudah lama berkenalan, walaupun baru berjumpa.

Jumaat, Mac 28, 2008

Mungkinkah Ini Berlaku Di Sini?

Aku pun tak faham Bahasa Sepanyol sebenarnya, tapi jika kamu lihat klip Youtube di bawah, kamu boleh lihat apa yang sedang melanda remaja di Mexico sekarang.



Perang antara budak emo dengan budak punk. Memang teruk. Kalau berlaku di KL tak tahu apa yang akan terjadi. Mesti si Mai gaduh dengan John. Sebab John sah emo. Tak percaya lihat rambut dia. Hmm.

Kamu Mahu Kebal?

Atau kaya, atau laris, atau berbuah dada besar, atau berkaki panjang, atau berbau wangi, atau kaya lagi, atau beristeri 40 atau 'tahan lama'?

Pencarian kamu sudah berakhir.

Khamis, Mac 27, 2008

Aku Tak Kebal.

Pagi tadi, ketika aku sedang duduk menunggu di kedai mamak sebelum pergi kerja seperti biasa, brader pemandu kereta (drebar, bukan race car driver) yang selalu duduk lepak dengan aku ketika dia standby menunggu majikannya telah datang duduk bersama aku. Brader ini memang epitomi Melayu, dengan rambut kerinting halus bermullet, baju polo, hidung pesek tapi agak petah berbahasa Inggeris.

Sedang kita berdua sibuk melayan diri datang seorang lelaki dari Seberang, sibuk menjaja himpunan cincin berbatu geliga yang ingin dijualnya. Aku memang tidak minat, tetapi brader drebar ini memang berminat sungguh, jadi aku pun layan saja lah.

Batu geliga mata harimau-lah, batu petir-lah, batu kayu entah apa-apa, yang semuanya mempunyai 'kuasa'nya tersendiri untuk si pemakai. Aku tak tahu sama ada brader drebar tadi akhirnya membeli apa-apa cincin ataupun tidak sebab aku terpaksa pergi kerja, tapi aku terfikir mengapa tarikan benda-benda 'mistik' ini wujud dalam budaya Melayu.

('Conscious Life For Coma Boy' dari Aereogramme sedang berkumandang dalam iTunes aku.)

Aku teringat sebentar kisah pawang terhandal India yang cuba 'menyumpah' sampai mati seorang rasionalis terkenal secara langsung di tv, dan gagal segagal-gagalnya. Macam-macam jampi sumpah seranah di keluarkan, tetapi yang kononnya si 'mangsa' hanya mampu tertawa. Kuasa kepercayaan seseorang itu memang kuat.

Kalau percaya hantu, hantu akan 'menjelmakan' diri.

Kalau percaya kena santau, badan secara automatik akan jatuh sakit.

Kalau percaya kebal, badan tak akan sakit.

Kalau percayakan diri sendiri, semua boleh jadi.

Semuanya mind over matter. Bukan?

Aku Dan Mimpi (Orang Lain).



Aku tak ingat sebenarnya bila kali pertama aku berjumpa Arif, dan bagaimana kita berkenalan. Mungkin aku terjumpa dia di Persidangan Dunia Serantau di Hanoi tahun 1999 dahulu, mungkin tidak.

Kali terakhir aku terserempak dengan dia ketika parti cupcake kecil-kecilan tempoh hari, walaupun ketika itu kami tidak sempat berbual, akibat dedikasinya kepada Mai Neraka. (Aku tak ingat sebenarnya bila dia menukar nama kepada nama Kristian)

Walaupun begitu, Arif, walaupun selalunya tersipu-sipu malu dan senyap ketika berjumpa, amat menonjol di dalam ingatan aku.

Kerana Arif telah memberitahukan aku, yang dia telah bermimpi tentang aku.

Sebanyak dua kali. (Yang diberitahu sahaja, tidak termasuk kes-kes yang tiada laporan).

Sekali itu, katanya, aku memasak di dalam mimpinya. Sekarang aku nak tanya—aku masak apa dalam mimpi kau?

Selain dari Arif, ramai lagi kawan-kawan aku yang sering memberi mesej dalam Internet mahupun dengan SMS bahawa aku telah muncul dalam mimpi mereka. Dari mimpi-mimpi indah yang mengghairahkan (untuk wanita) hingga ke mimpi menakutkan yang biasanya melibatkan aku menjerit entah apa-apa terus ke muka mereka ala-ala watak lelaki tua bermulut besar di dalam video muzik 'Come To Daddy' dendangan Aphex Twin.

Mengapa ya?

Rabu, Mac 26, 2008

Babi Hutan Liar.



(Panjang kan kaki mereka? Ataupun mungkin seluar mereka terlalu pendek.)

Semalam aku telah menonton DVD bertajuk 'Wild Hogs', yang merupakan kisah komedi tentang 4 orang lelaki yang sedang melalui krisis umur pertengahan. Mereka berempat mempunyai hobi bermotorsikal, dan untuk menangani masalah-masalah mereka, mereka telah
pergi menunggang motorsikal ke Los Angeles (road trip-lah kiranya) dan dalam perjalanan mereka banyak kisah-kisah agak lucu berlaku.

Seingat aku, aku telah tiga kali membuat road trip.

Road Trip #1
Aku dan beberapa orang rakan sekolej aku telah menyewa sebuah MPV, dan dengan nekad telah memandu ke bandaraya Osaka, Jepun yang jauhnya lebihkurang 700km dari tempat aku tinggal untuk menonton tiga kugiran yang aku minati ketika itu iaitu Hellchild, Corrupted dan Discordance Axis.

Akibatnya aku jatuh cinta.

Road Trip #2
Akibat tekanan kerja aku telah ponteng kerja, masukkan beberapa helai pakaian ke dalam beg dan dengan nekad menuju ke Puduraya dan dengan secara rawak telah membeli tiket bas. Lebihkurang 5 jam kemudian aku berakhir di Pulau Pinang, berjumpa dengan ramai orang-orang lebih malang, tidak berumah yang berkeliaran dan mengemis di sekitar Komtar dan diajak berbual dengan orang-orang baik hati yang aku tidak kenali.

Akibatnya aku sedar betapa bertuahnya aku dan masih ramai manusia di luar sana yang masih baik hati walaupun tidak saling mengenali.

Road Trip #3
Akibat tekanan rumahtangga aku telah memandu kereta nasional bodoh aku ke arah Kuantan, tiba di Kuantan dalam keadaan hujan lebat dan akhirnya bermalam di Kuala Terengganu. Keesokan harinya aku telah makan banyak keropok lekor dan menikmati keindahan pantai kegemaran aku (di tanah Semenanjung) iaitu Pantai Merang.

Akibatnya kipas compressor aku cair. Ya, CAIR. Bodoh punya kereta.

Pengajaran semua road trip aku—jangan beli kereta nasional.

Isnin, Mac 24, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 10





Maaf, aku tidak berkasut putih semalam. Keadaan di ibukota yang santai selepas hujan memang menenangkan hati aku. Ditambah pula apabila berjumpa dengan rakan-rakan peguam berbaju neon dan berbincang perihal kugiran-kugiran tempatan, Mamajawa dan kelemahan CDJ.

Memang santai.

(Tiada kena-mengena dengan Restoran Santai di TTDI, yang hanya penuh dengan Mereka Yang Perasan Berjaya yang datang dengan kereta mewah bukan dibeli wang sendiri dan berbaju polo dengan kolar ternaik.)

Hujung Minggu Berular Tedung.











Bukan mudah untuk menjalani proses ikonisme bagi seorang DJ. Proses yang perlu dilalui seorang DJ (dan DJ di sini bermaksud DJ kelab malam, bukan DJ radio macam Linda Onn dan Fara Fauzana) agar beliau naik taraf dari hanya seorang pemain CDJ di kelab malam kepada seorang DJ yang menentukan citarasa muzik, fesyen dan trend.

Tempohari aku telah pergi menonton salah seorang DJ (lihat gambar pertama), yang boleh dikatakan telah sampai ke status ikon.

Pada masa yang sama juga aku telah menonton aksi penyanyi perempuan konon glamour tanpa hit dengan pengurus tuanya beraksi di belakang DJ bertaraf ikon tadi.

Sigh. Cerita Lain.

Apa-apa pun, aku telah banyak mengambil gambar kaki. Akibat permintaan dan ada juga tanpa diminta.

Apa kriteria gambar kaki, ya? Tuan punya kaki yang aku kenal, kalau tak kenal pun, kaki yang ditutupi kain/seluar pendek yang boleh diselak tinggi dan kemas dicukur rapi. Jangan segan-segan.

Sabtu, Mac 22, 2008

Jangan Jual Nombor Telefon Aku, Bodoh!

Aku tak sedar bila, tapi aku tahu yang sekarang, nombor telefon aku sudah berada di dalam database banyak kelab-kelab malam bodoh.

Kelab-kelab yang suka menghantar SMS blast mempromosikan acara-acara mereka yang tak kurang bodoh. Mesej yang kadang-kadang dihantar jam 7 pagi ketika aku masih tidur, atau ketika jam 3 pagi ketika aku baru nak tidur.

Aku nak cari malaun yang bertanggungjawab menjual nombor telefon aku dan jentik dahi mereka.

Dengan kapak.

Sesiapa sini tahu cara untuk block SMS-SMS ini?

Jumaat, Mac 21, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 9





Terima kasih ke atas mereka yang hadir.

Isnin, Mac 17, 2008

Suhu Semakin Meningkat.

Aku punya banyak cita-cita yang perlu dicapai dalam 2 tahun ini. Cita-cita yang mungkin remeh tetapi amat perlu untuk membebaskan aku dari belenggu yang telah menggari aku selama 4 atau 5 tahun kebelakangan ini. Dan caranya memang amat mudah. Kerja bersungguh-sungguh. Dan rajin mencari kerja-kerja sampingan yang boleh membantu aku.

Tapi akibat bekerja terlalu keras, fizikal aku semakin lemah. Hari ini, aku demam (atau hampir demam), penat seluruh badan, walhal aku tak ke mana-mana pun hujung minggu lepas. Tidak ke Mont Kiara berhibur dengan Questlove atau George Clinton, tidak minum Guinness beramai-ramai dengan mereka yang perasan warga Ireland dan sukakan warna hijau, tidak ke mana-mana.

Jadi aku bercuti, pergi ke klinik (berjumpa dengan Doktor Yang Paling Bagus Di Dunia), dan mengambil surat cuti.

Kelakarnya, sampai di klinik aku telah terserempak dengan seorang yang terang-terangan Perempuan Ampang. Kulit sawo matang, rambut karat, cakap kuat-kuat di telefon bimbit. Dia usha aku, jadi aku usha dia balik sampai dia malu. Sambil aku menunggu giliran berjumpa doktor, kawan kepada Perempuan Ampang yang duduk di depan aku ini pun keluar, yang juga merupakan seorang Perempuan Ampang. Seluar ketat Levi's, beg jenama Guess, cakap kuat-kuat.

Giliran aku masih belum sampai, jadi aku pun dengarlah perbualan mereka dengan Adik Penjaga Kaunter Klinik.

Adik Penjaga Kaunter Klinik (APKK) - Ok, yang ini ubat untuk angin, hisap saja.
Perempuan Ampang 1 (PA1) - Oh ya ka? Hmm tak sedap la.
Perempuan Ampang 2 (PA2) - Dah nama ubat, tak sedap la.
PA1 - Dik, ayaq ada? Ayaq?
APKK - Ada sekejap ya.
PA1 - Eeh tak sedap la, nak ayaq.
APKK - Ya, saya tahu tak sedap.
PA1 - Nah, ambillah satu.
APKK - Takpe, saya pernah makan.
PA2 - Haha macam sial.

Memang tak ada significant langsung pun perbualan tadi, dan aku pun tak tahu kenapa aku tulis disini. Cuma aku hairan kenapa kena cakap kuat-kuat bagi satu klinik dengar. Masa hendak berjalan keluar dari klinik pun kaki berkasut tumitnya dihentakkan kuat-kuat.

Annoying. Kalau aku cucuk pinggang mereka pasti melatah yang bukan-bukan.

Ahad, Mac 16, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 8









Memang sudah tak ada tempat lain yang boleh dituju pada malam Jumaat. Selepas penat lelah seminggu bekerja, memang agak memuaskan jika ada peluang bersantai, berjumpa kawan-kawan, tanpa perlu memikirkan hal-hal kerja yang menggugurkan rambut sepanjang minggu. Memang boleh dikatakan aktiviti biasa untuk aku.

Cuma malam tadi ada perbezaan sedikit.

Sebab sekarang sudah ada orang yang tampil ke hadapan, (perempuan biasanya) dan menyuruh aku mengambil gambar kaki mereka.

Maaf jika kaki kamu nampak gemuk sedikit. Ini semua angkara perspektif.

Selasa, Mac 11, 2008

Siapa Yang Nak Kemas?




Pilihanraya umum telah pun tamat. Rakyat telah pun bersuara. Era baru akan bermula untuk Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Sekarang siapa yang nak kemas sampah-sampah kempen depan rumah aku? Buat semak sahaja. Boleh hilang deposit pencalonan tau!

Awal tengahari tadi aku telah ke Sunway Pyramid untuk hal-hal kerja. Blok baru kompleks ini memang tersergam indah, penuh dengan rangkaian francais-francais kapitalis Barat yang menjual barangan murah yang dijual terlalu mahal. Ketika itu aku sedang berjalan dengan rakan sekerja aku, yang merupakan orang Subang.

Kalau ikutkan pemerhatian aku tengahari tadi, Sunway Pyramid penuh dengan orang-orang bosan yang tiada gaya. Perempuan tidak bermekap, berbaju besar dengan seluar pendek selekeh. Lelaki berbaju Cheetah dengan seluar Levi's tiruan dan berkacamata budget.

Aku - "Waah. This place is nice. But it's filled with 'Subang' people."
Rakan - "Eeeeeh! All this people from PJ ok?"

Jadi aku terfikir. Kalau diikutkan ranking, orang dari bahagian mana di Selangor yang paling bergaya dan yang paling kurang bergaya?

Yang aku tahu Shah Alam ialah kawasan fashion disaster. Tempat di mana mengusha orang merupakan aktiviti awam yang masih boleh diterima orang ramai. Juga seluar jeans boot cut.

Subang pula penuh dengan pelajar-pelajar kolej yang berhijrah dari kampung-kampung di Johor. Yang berfesyen menurut fesyen kampung-kampung Johor.

Sebab itu aku tinggal di Damansara. Cerita Lain.

Barangkali Ini Catatan Pertama Tentang Paris Hilton Didalam Bahasa Melayu



Aku mengaku, aku suka Paris Hilton. Walaupun aku tidak berapa gemar perempuan Mat Salleh, dan aku tidak pernah bersama perempuan Mat Salleh (atas keputusan sendiri, bukan sebab situasi, ok?) tetapi there's something about Paris...

Jadi, di sini aku ingin senaraikan 10 Sebab Mengapa Aku Suka Paris Hilton.

1. Fizikalnya Memenuhi Kriteria Citarasa Aku.
Kurus dan tinggi, kulit yang (mungkin) halus dan lembut untuk disentuh. Dan buah dada yang sesuai dengan bentuk badan. Tapi aku tak pasti tentang bau badan. Aku amat sensitif dengan bau badan. Walau se-hot mana pun perempuan itu, kalau bau badannya 'salah', memang potong. Aku tak tahu bagaimana untuk menjelaskan bau yang 'salah', tapi aku tahu bau yang 'betul' itu bagaimana. Bau asli, tidak dicampur minyak wangi, tak kisahlah sama ada bau badan selepas mandi ataupun ketika berpeluh.

Tanya teman lelaki kamu. Kalau dia kata 'tak tahu', dia menipu. Ataupun hidung dia tak normal.

2. Bijak Pandai.
Segala aksi kebodohannya yang kita lihat di 'The Simple Life', itu hanya lakonan semata-mata. Aku tahu dia sebenarnya pandai, sekurang-kurang pandai memanipulasi media untuk kepentingan sendiri, dan tentunya pandai menjual diri dan imej diri sebagai imej, sebagai branding. Lihat sajalah endorsement yang dia lakukan untuk minyak wanginya dan koleksi kasutnya. Tak cerita pasal 'video-video ekslusif' lagi...

3. Kaya.
Bukan sahaja kaya akibat empayar hotel bapanya, tetapi kaya dengan perniagaan sendiri. Dari konteks ini aku rasa dia pandai menggunakan perhatian media terhadapnya untuk menjayakan perniagaannya sendiri. Dan produk yang dijualnya? Diri sendiri. Pure genius. Dan aku suka hakikat yang dia tidak saja bergantung pada harta serta wang dari bapanya, tetapi sebaliknya menggunakan harta yang sedia ada sebagai batu loncatan untuk mencari lebih banyak wang dengan usaha sendiri. Bagus. Tidak macam anak orang kaya kebanyakan orang Melayu di sini.

4. Berbakat.
Aku mengaku, aku suka single pertamanya, 'Stars Are Blind'. Siapa kata tak suka memang menipu. Elemen-elemen dub reggae dan pop memang sesuai. Tapi single-single selepas itu tidak se-catchy yang pertama. Tak mengapa. Itu baru bakat menyanyi, tak masuk bakat mengulum zakar lagi. Ish ish ish.

5. Suara.
Suara kecil dan nyaring, seksi lagi menawan. Aku mungkin tidak betapa suka suara squeaky secara normal, tapi aku rasa suara perbualannya memang bersesuaian dengan imejnya. Perfect.

6. Bergaya.
Aku tak pernah lihat Paris Hilton disenaraikan dalam mana senarai-senarai fashion faux pas di Internet. Sebab dia memang bergaya dan pandai bergaya. Tak macam Nicole Ritchie, suka sangat pakai baju macam guni.

7. Erm...
Tak cukup 10, tapi aku rasa 6 sudah mencukupi. 6 sebab yang cukup untuk menjadikan dia wanita idaman aku. Sekian, terima kasih.

Isnin, Mac 10, 2008

Pasti Tidak Akan Masuk 'Melodi'.

Aku telah diletakkan dalam situasi yang agak kekok hari ini.

Minggu lepas, aku telah menerima pelawaan dari The British Council untuk menjadi panel dalam forum tentang teknologi muzik muat turun dan cara-cara alternatif untuk jualbeli muzik menggunakan internet. Jadi aku pun setujulah, disebabkan aku sedikit sebanyak mempunyai pengalaman tentang perkara yang akan dibincangkan, dan aku memang banyak menggunakan teknologi terbaru internet di tempat kerja.

(Aku hairan kenapa British Council di Malaysia yang banyak membuat program-program sebegini, yang khas untuk menggiatkan kegiatan seni dan muzik tempatan. Walhal kalau nak diikutkan sepatutnya Kementerian Kesenian dan Warisan yang sepatutnya aktif menjalankan kegiatan-kegiatan sebegini. Syabas, British Council Malaysia!)

Forum ini sebenarnya dianjurkan sebab kehadiran seorang usahawan muzik internet dari United Kingdom yang boleh dikatakan berjaya dalam perniagaan, yang dipanggil khas oleh British Council di sini untuk berkongsi idea dan pengalaman beliau.

Dipendekkan cerita, aku akhirnya duduk di meja, sebaris dengan usahawan dari UK tadi, seorang rockstar yang kini CEO syarikat telekomunikasi baru yang bakal muncul Julai ini dan dengan seorang hakim rancangan 'One In A Million' yang juga pengarah besar bahagian hiburan konglomerat media di Malaysia, bercakap dan meluahkan buah fikiran tentang industri muzik tanahair dan kerelevanan model perniagaan muzik di internet di hadapan hadirin yang tidak berapa besar, tetapi terdiri daripada beberapa nama besar muzik tanahair dan taiko-taiko industri hiburan negara.

Aku rasa ini mungkin kali pertama aku berbual tentang muzik dan berpeluang memberikan pendapat aku tentang muzik di Malaysia di dalam konteks yang amat berbeza.

Cuma aku rasa nama-nama besar ini tidak mungkin akan merubah arena muzik di sini. Itu semua tanggungjawab kamu, kamu yang membaca blog aku hari ini. Kamu di luar sana.

Cuma aku sedih sedikit tadi, kerana tiada langsung wakil media massa tempatan yang hadir di forum tersebut pagi tadi. Mungkin sebab tiada Erra Fazira, Siti ataupun Mawi. Atau selebriti murahan lain yang boleh 'diterjah'. Memang sedih.

Sabtu, Mac 08, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 7.





Sebenarnya bukan malam semalam pun, tapi malam kelmarin. Orang lain pergi mengundi hari ini, aku pergi mengundi malam Khamis.

Isnin, Mac 03, 2008

Aku Kena Twilight Actiongirl!

Aku kena 'TAG'. Setahu aku, kalau kawan-kawan aku cakap 'TAG', aku hanya akan ingat malam hari Jumaat. Kalau tak faham, tak mengapa. Nanti aku cerita.

Dipendekkan cerita, aku telah ditag oleh Neem. Disebabkan aku kebosanan, aku layan.

1. Pilih 5 atau 50 pautan kegemaran.
2. Tag balik 5 orang.
3. Pautan haruslah suci. Peduli apa aku.
4. Maklumkan orang yang ditag. Tak mengapa, Technorati ada.
5. Sebut nama orang yang tag kamu. Neem, kamulah orangnya.

Ok, kita mula sekarang.

1. 5 pautan kegemaran.

- Gmail. Memang tiap-tiap pagi ini yang aku buka dahulu. Mana tahu ada projek masuk, dapat duit lagi nak kumpul beli Macbook hitam. iBook aku sudah semakin kuno. Kecuali kalau ada yang diluar sana ada Macbook hitam lebih kat rumah yang tak digunakan. Aku boleh guna! Terutamanya kalau kamu seorang awek yang cun.
- www.facebook.com. Aku tak ketagih. Sumpah! Cuma laman ini cara mudah untuk aku stalk orang-orang yang aku minat. Dan juga untuk stalk orang-orang yang tulis benda-benda tak senonoh pasal aku dalam blog mereka. Senang sahaja. Dan juga untuk menggagahkan Zombie aku. Dan mungkin untuk cari awek-awek cun.
- malaise.malscene.net/forum. Forum kegemaran aku. Banyak watak-watak menarik yang boleh membuatkan aku ketawa seorang diri di pejabat pagi-pagi. Juga ramai awek-awek cun yang dahagakan cinta dari lelaki yang sejati.
- www.boingboing.net. Blog yang tiap-tiap hari mengajar aku benda dan perkara baru. Memang berguna untuk mereka yang malas mengGoogle ataupun masih tak reti nak pakai Google. Hanya maklumat dan berita yang terpilih. Macam-macam ada, dari fesyen, teknologi, politik dan awek-awek cun.
- www.sxc.hu. Banyak gambar boleh dicuri dari laman ini. Memang bagus. Percuma pulak tu. Banyak gambar awek-awek cun.

2. Aku tag balik lima orang.

1. Mike (sebab kau dua tahun lebih tua dari aku, dan kau guna CDJ)
2. John (sebab kau lima tahun lebih tua dari aku, dan kau suka pakai baju perempuan)
3. 47/Magenta (sebab aku baca blog kamu tiap-tiap hari, ok?)
4. Jannah (sebab kita berdua tak suka Natasha Hudson)
5. Fidosh (sebab aku selalu tumpang kereta kau)

Sekian, terima kasih.

Sabtu, Mac 01, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 6



Aku jumpa Arif makan cupcakes. Dia kata dia terpaksa balik dulu sebab hendak berjumpa Mike. Aku suruh dia kirim salam. Mike, kalau dia tak kirim salam aku maksudnya dia berdosa.

p/s, John a.k.a Gee, aku tiada dalam senarai pembaca kamu, mengapa? Sedih aku, tiada hiburan di Internet.