Khamis, Julai 31, 2008

Tanya Abang Minimalis: Musim 3 Episod 2.

Aku sudah masuk tahap bengang gila. Akibat cuba menyelesaikan masalah kereta aku, aku sampai tidak sempat ke tempat kerja hari ini. Majikan aku pasti marah. Tapi hendak buat macam mana? Jadi, sementara kemarahan masih meluap, aku akan alurkan segala kemarahan tersebut untuk menjawab soalan-soalan kamu semua.

Rozana Alia berkata...
MM, saya guna MacBook and I don't know why tak boleh masuk Facebook and sejak Twitter ubah apetah cannot masuk Twitter juga. (padahal boleh tanya dekat kedai Mac. Saje je mana lah tahu you tahu kan)

Kamu guna browser apa? Cuba resetkan 'cookies' kamu, dan jika tidak boleh juga padamkan 'preferences' kamu dari ~Home/Library/Preferences. Padamkan fail com.apple.Safari.plist jika kamu guna Safari atau org.mozilla.firefox.plist jika kamu gunakan Firefox. Mungkin boleh membantu.

Ferdows D. Isaac berkata..
MM,
terima kasih utk penjelasan panjang lebar anda
bagi aku,(aku tak tahu yg lain bagaimana) bimbo disini dimana, muka cantik tetapi when we start to talk about current issues atau perkara lain yang memerlukan kita memerah otak, mereka hanya mampu membisu dan tersengih2 dan mereka memang benak gamaknya. Haha. pendapat kamu?

Wah! Terima kasih untuk link yang menarik itu!:))
dan, kau dah dengar lagu-lagu baru malique? Pendapat kau?

Muka yang cantik jangan disangka otaknya kosong. Kadangkala perempuan suka berbuat demikian di depan lelaki, agar mereka nampak lemah, dan membolehkan si lelaki merasakan ego mereka melonjak-lonjak ketika mereka berupaya 'menolong' si perempuan yang konon lemah ini. Secara peribadi aku kurang minat mereka yang sebegini, tapi dari pemerhatian aku ramai yang masih sebegini dan ramai lelaki (terutamanya lelaki artis Melayu yang suka ceraikan isteri sebab isteri lepak di kelab malam) minat dengan mereka yang seakan-akan berotak kosong dan tidak mempunyai pendapat sendiri. Bukan aku. Aku lain tau!

Dan aku tidak mendengar album solo Malique lagi, jadi tiada komen.

Tipu Tapi Benar (TTB)
berkata...
Sekiranya MM diberikan dana untuk membuat sebuah filem, cerita yang bagaimanakah yang akan MM jadikan filem? Dan apakah lagu-lagu yang MM akan pilih untuk dijadikan soundtrack untuk filem MM itu?

Aku akan bikin filem kehidupan dan cinta di Lembah Kelang yang setepat mungkin, tetapi yang langsung tidak melibatkan Mat Rempit, Bohsia (relevan ke golongan ini sekarang?), Mamat Drift, jus oren serta Abang Misai Muka Ketat Berjaket Kulit. Sebaliknya ia akan mengenai golongan-golongan yang rapat dengan aku. Ia akan penuh dengan bahasa slanga dan bahasa pasar, lurah dada, seks rambang dan arak, tanpa disunting oleh penerbit filem atau Lembaga Penapis Filem serta Kementerian Dalam Negeri. Filem yang sejujur-jujurnya, tanpa perlu tunduk pada mana target market dan trend terkini. Filem jujur. Soundtrack instrumental aku akan buat sendiri, semestinya. Kalau inginkan rakaman orang lain mungkin aku akan meminta izin Blue Note Records untuk menggunakan rakaman-rakaman jazz bebop mereka sekitar akhir tahun 1950an.

Pada aku, filem Malaysia yang mungkin paling hampir dengan visi aku ialah filem arahan Teck Tan, iaitu 'Spinning Gasing'. Premis awalnya mungkin menggalakkan, tetapi mungkin akibat tekanan penerbit dan syarikat filem, filem ini pada aku tidak berapa berjaya, kerana mengorbankan realisme untuk memudahkan pemasarannya dan menjadikannya komersil, serta barisan pelakon yang agak kekok dan tidak kena. Hampa jugalah.

harakirimonkey berkata...
sir, i am curious as to your opinion on
a. consensual anal sex
b. non-consensual anal sex
thank you for your time. :)

Di sini aku hanya boleh memberi komen tentang soalan di atas dari segi seks heteroseksual. Yang pertama, isu non-consensual sex atau seks tanpa izin tidak sepatutnya timbul. Tidak kisahlah depan, belakang, atas atau bawah. Sebab menurut pemahaman aku 'tanpa izin' adalah sama dengan rogol, satu jenayah paling berat yang aku tidak mahu berlaku kepada mana-mana kenalan wanita (dan mungkin lelaki) aku. Berkenaan cara-cara seks itu dilakukan, aku percaya kamu kena tepuk dada tanya selera. Terlampau subjektif, cuma mungkin tabiat-tabiat seks 'pemimpin' kita (sama ada benar atau tidak) tidak sepatutnya digunakan untuk melariskan akhbar. Itu sahaja.

Kurie berkata...
Tolong senaraikan filem2 best berkaitan "HACKERS" selain dari filem yg pernah aku tengok seperti....HACKERS, ANTI-TRUS...etc..

Aku dahulu obses dengan filem 'Hackers', dan itulah pengenalan pertama aku kepada Angelina Jolie. Sebab filem tersebut jugalah aku mula belajar Unix, dan mula bermain inline skate. Seingat aku, filem lain yang mungkin menarik minat kamu ialah 'Pi' (soundtrack dia memang bagus!), 'Wargames', 'Electric Dreams' (bukan berkenaan penggodam tetapi agak menarik juga), 'The Net' (lakonan Sandra Bullock). Juga janganlah lupa 'Swordfish' dan mungkin juga 'Tron'. Aku dengar mereka akan bikin sambungan filem 'Tron', jadi pandai-pandailah gunakan Google ya?

Tapi apa-apa pun, jangan lupakan siri tv 'Max Headroom' yang popular dahulu. Watak 'Max Headroom' lakonan Matt Frewer amat popular pada pertengahan tahun 1980an dahulu, dan visi masa hadapan yang ditunjukkan dalam siri tv tersebut (anarki berkomputer, user-generated content dan sebagainya) memang relevan untuk kita sekarang yang hidup di zaman Youtube, 3G, Akademi Fantasia serta tv realiti. Memang agak visionary.



Sue Anna Joe berkata...
Soalan saya ialah: Cemana nak detect orang yang merokok untuk kelihatan 'cool'. Apakah kriterianya?

Orang yang hembus rokok guna hidung.

young team
berkata...
apakah kurangnya industri muzik di tanah air kita ni? industri muzik non-mainstream lah (aku pun tak tau nak label ape lagi kpd industri ni, underground?, indie?, whatever)
apa kurang berbanding scene indonesia? walhal kita punya muzik sume bagus2 (segelintir shj lah) Aku rasa dari segi penerimaan, kita semua sudah terbuka. kita boleh menjemput band2 post-rock, dan akan dtg band math spt TOE. maksud nya sudah ada pendengar dan market kpd genre ini. bukan aku kata post rock dan math satu kayu ukur, tapi aku rasa di situ ada perkembangan iaitu keterbukaan. metal(segala jenis metal lah), indie atau emo semua itu sudah kita terima lama dulu. mungkin tidak seawal negara jiran spore dan indonesia.
dan mcm mana pula langkah2 utk mengembangkan industri ini?
+ oh ya, lama dah tak nampak KLPHQ main. mana pergi ya?

Aku pernah menulis tentang ini dahulu. Semuanya akibat pasaran. Aku, engkau dan kawan-kawan engkau. Paling kuat pun yang mungkin minat dengan muzik sebegini berapa orang? Kamu rasa dalam penduduk Malaysia yang mungkin mencecah 27 juta orang ini, bilangan kita sampai satu juta orang tak? Aku rasa tidak sampai. Dan jumlah pasaran yang kecil inilah yang amat terhad inilah yang amat membantutkan perkembangan kita. Berlainan dengan Singapura, walaupun jumlah penduduknya kecil jika dibandingkan Malaysia, tapi aku rasa nisbah penduduk dengan mereka yang mungkin menerima jenis muzik baru itu adalah amat tinggi. Dan Indonesia pula jumlah penduduknya teramat besar. Walaupun nisbahnya mungkin lebih kecil dibandingkan negara kita, tetapi jumlah penduduknya yang amat besar menjanjikan pasaran yang amat besar untuk band sekecil mana pun.

Aku rasa yang lebih penting dari mengembangkan industri kita ialah untuk me'mature'kan industri kita terdahulu (maaf aku tidak jumpa istilah sesuai). Jumlah akhir tidak penting, tetapi yang penting adalah pemikiran mereka yang berkarya kreatif di sini, serta sebab-sebab dan motivasi mereka ingin berkarya sedemikian.

KLPHQ sekarang sedang tour Brazil, tidak silap aku.

Dang Ijah berkata...
Hai En MM... Ble tlg senaraikan benda2 best yg ble dberi utk kaum lelaki... Terima kasih...

Proton Satria Neo 1.6 Manual Lite Hitam.

Tanya Abang Minimalis: Musim 3 Episod 1

Untuk kamu yang mengikuti perkembangan tentang kereta Proton aku, ya, aku sudah pun menghantar e-mel kepada Pengarah Urusan Proton. Malangnya dia tak baca pun e-mel aku, dia lepas tangan hantar kepada orang bawah dia, dan orang bawah dia hantar pada orang bawah dia satu lagi, yang akhirnya menghantar e-mel yang sama kepada orang yang paling bawah.

Jawapannya? Sama seperti jawapan penjual kereta aku. Lebih baik tak payah. Hari ini genap 2 BULAN, beb.

Sebelum aku menyumpah-nyeranah apa kata kita lihat soalan-soalan untuk kali ini ya?

renegix_01 berkata...

terangkan teori kematian wang dan sejauh mana relevan penggunaan dinar emas dalam menggantikan wang?


Kan aku sudah cakap jangan tanya berkenaan Tajwid? ;) Tapi jika kamu perlu tahu sila baca artikel ini, yang memang menerangkan konsep penggunaan dinar emas, termasuk contoh penggunaannya dalam sistem ekonomi Malaysia dan Indonesia. Maaf, aku memang tidak fasih ekonomi, duit simpanan pun tiada.

Ferdows D. Isaac berkata...
MM, persepsi kau terhadap perempuan Melayu Bimbo? hehe


Satu perkara yang kamu perlu faham tentang blog aku ialah, walaupun adakalanya aku menulis tafsiran yang begitu sinis tentang kelompok-kelompok tertentu di dalam masyarakat, tetapi aku akur bahawa setiap kelompok itu ada relevannya di dalam masyarakat sejagat. OK, aku bagi contoh, golongan 'kyogaru' atau 'kogal' di Jepun misalnya (mungkin ini yang paling hampir dengan golongan Melayu Bimbo yang kamu maksudkan), merupakan satu kelompok masyarakat berpendapatan sederhana yang mempunyai banyak pengaruh di Jepun. Dari fesyen, trend, rekacipta telefon bimbit, jenis makanan dan minuman dan banyak lagi semuanya banyak dipengaruhi apa yang digemari golongan ini. Bukan itu sahaja, pendapatan boleh-buang (? - disposable income) kelompok ini juga banyak mempengaruhi gerak ekonomi negara Jepun, terutamanya berkenaan barangan serta produk yang digunakan kelompok ini. Sebab itu selalu dikatakan mana-mana trend terhangat di dunia ini banyak dimulakan dari Shibuya serta Shinjuku, kedua-duanya tempat yang penuh dengan golongan remaja ini.

Tapi aku kurang pasti tentang 'kuasa pembelian' (? - purchasing power) yang dimiliki oleh Melayu Bimbo, dan sejauh mana kelompok ini mampu mempengaruhi ekonomi negara kita. Sedikit sebanyak pun golongan ini mampu menghiburkan kita dengan gambar-gambar lurah dada di Flickr yang diambil dengan kamera digital serta telefon bimbit berkamera mahal mereka, bukan?

aiko
berkata...
adakah anda perokok? kalau ye kenape? kalau tak kenape? lastly, kenapa org suke merokok walaupun dah tau merokok tu membahayakan diri & org sekeliling dan juga membazir duit?..


Ya, aku perokok. Sebab rokok mengandungi nikotina, satu dadah yang amat ketagih. Orang suka merokok bukan sebab mereka suka merokok, tetapi mereka suka aksi yang dilakukan ketika merokok. Ini termasuklah mengetuk kotak rokok ketika mula dibeli, membuka bungkusan plastik rokok dengan cara tertentu, menarik atau menyimpan balutan kertas aluminium di dalam rokok, menarik rokok keluar dalam aturan tertentu, mengeluarkan pemetik api, cara membakar rokok dengan api, cara meletak rokok di bibir, cara memegang rokok dengan tangan, cara menyedut asap rokok, cara menghembus asap rokok, cara menjentik abu rokok dari rokok, cara memadam api rokok serta cara membuang puntung rokok. Semuanya penting.

Dan manusia memang selalunya suka benda-benda yang membahayakan dan membazirkan. Sebab itu aku merokok. Bukan untuk nampak 'cool', OK?

Sue Anna Joe
berkata...
MM, soalan saya ialah, apesal sorang diorang kat atas ni tak best?


Aku tidak mendiskriminasi. Cuma aku ada pendapat tentang orang sahaja.

heartbeat berkata...
MM, soalan saya - kenapa perlu tanya soalan kepada anda?

Sebab ramai orang ingin membaca pendapat aku di sini, tak kisahlah sama ada betul atau salah, tetapi ia memangnya pendapat aku. Juga sebab kamu semua tahu aku tak peduli apa pendapat kamu tentang pendapat aku. Sebab itu tajuk blog aku 'Aku Tak Peduli'. Sila rujuk vendetta aku kembali jika kamu kurang faham.

47
berkata...
wahai MM, ini soalan aku: kenapa sesetengah blogger tidak kisah mendedahkan identiti dan muka mereka dan sesetengah lagi mahukan anonymity?dan pada pendapat MM, apakah pros and cons kekal anonymous / mendedahkan identiti?

Aku pernah menyentuh hal ini lama dahulu. Sebab aku ingin anonymous (walaupun aku tidak berusaha sangat pun semenjak dua menjak ini) ialah aku tidak mahu identiti serta kedudukan aku (serta reputasi aku, tak kisah baik ataupun buruk) mempengaruhi apa yang kamu baca di sini. Dia macam Ozzy Osbourne serta Snoop Dogg, kamu dengar lagu mereka memang mereka ini macam handal, tetapi bila melihat rancangan tv realiti mereka pendapat kamu tentang mereka berubah terus (Ozzy tu macam orang tua nyanyuk, dan Snoop Dogg tidaklah se-gangsta mana pun).

Aku banyak memikirkan kelebihan dan kerugian menyembunyikan identiti, tetapi aku rasa dalam kes aku lebih mudah untuk aku tidak mendedahkan identiti, sebab banyak implikasinya terhadap aku. Cukuplah kamu semua menganggap semua lelaki berseluar ketat dan berkasut putih itu Melayu Minimalis.

H berkata...
MM, dulu ada tafsiran lelaki metrosexual. dan sekarang boleh bagi tafsiran lelaki maskulin?

Aku sudah tulis-lah. Di sini.

Kwaidan Tarmizi berkata...

Lagu kegemaran encik MM tahun ini, dan Album terakhir encik MM last dengar?


(Blog kamu best!) Lagu kegemaran aku tahun ini semestinya 'Halcyon - Beautiful Days' dendangan Mono. Mendalam ertinya buat aku. Dua album terakhir yang aku dengar betul-betul ialah album M83, 'Saturday = Youth' serta album Bitcrush bertajuk 'Epilogue In Waves'.

Jebon berkata...
Encik MM,
normalkah untuk saya berasa marah/berang/nak tampar diri sendiri apabila mendengar pasangan bercinta (bawah umur/cukup2 umur,mostly di myspace) menggunakan kata ganti diri 'Mama' dan 'Papa' bila bercakap sesama sendiri?

Normal. Aku harapkan mereka yang bawah umur ini jangan pula begitu sebab asyik menggunakan pengganti cincin tunang yang semakin popular di Amerika sekarang. Betul-betul jadi 'Mama' dan 'Papa'.

Fendy berkata...
Apakah antara perkerjaan yang cool bagi anda? Jelaskan.

Perdana Menteri Malaysia. Selain dari itu aku rasa pekerjaan aku sebagai ahli fizik nuklear memang agak cool. Sebab aku dan rakan sekerja aku sahaja dari Malaysia yang bakal melihat particle accelerator di CERN, Geneva, membinasakan dunia kita dengan 'lubang hitam'.

Sarah is the One berkata...
di manakah di Malaysia kedai untuk membeli kostum-kostum nakal selain daripada costume nurse atau catwoman atau rabbit. ada tak kedai yang mempunyai lebih variasi dari itu. terima kasih.

Hmm. Setahu aku di Malaysia tiada. Kalau ada pun mungkin di kedai-kedai (atau gerai-gerai kecil) yang menjual lingerie murahan di pusat membeli-belah. Untuk lelaki aku pernah berjumpa seluar dalam berupa belalai gajah, di Jusco tidak silap aku. Memang comel untuk mereka yang berzakar panjang. Kalau hendak senang beli di Ebay sahaja, banyak boleh beli kad debit (di 7-11 pun ada) yang boleh digunakan dalam Ebay. Untuk aku senang sahaja, baju sekolah. (Bukan untuk yang dibawah umur, ok?)

Bagaimanapun, jika kamu peminat Furry Fandom atau seorang 'Furvert', banyak kedai-kedai pakaian beragam di Lembah Kelang yang menyewakan sut penuh dengan topeng sekali. Di sini aku ingin tabik Freelove kerana berjaya memuaskan hati semua 'Furvert' di Malaysia dengan video muzik mereka di bawah ini. Mengghairahkan. Oh ya, teman lelaki kamu memang bertuah.

Rabu, Julai 30, 2008

Tanya Abang Minimalis Lagi!

Baiklah, atas permintaan ramai sekali lagi, aku akan buka ruang di sini untuk kamu bertanyakan soalan kepada aku, Encik Melayu Minimalis (tiada pangkat, tiada darjat). Soalan-soalan yang dibenarkan adalah soalan yang selain berunsur agama dan politik, seperti biasa. Tetapi untuk kali ini, soalan-soalan berunsur Matematik serta Ilmu Tajwid juga tidak digalakkan. Lagipun aku rasa kamu salah blog jika kamu ingin bertanyakan soalan sebegitu.

Juga, selain dari soalan, permintaan-permintaan nukilan serta pendapat juga dialu-alukan. Tidak lupa juga segala dermawan-dermawan internet yang ikhlas yang ingin menderma juga akan mendapatkan jawapan terperinci kepada semua soalan-soalan mereka, ya? Tetapi perlu disertakan dengan bukti dermaan, terima kasih.

(Sebenarnya aku semenjak dua menjak ini kurang marah. Kecuali terhadap Proton. Lain-lain hal aku no hal. Jadi kalau mahu cari hal tanyalah soalan ok?)

Selasa, Julai 29, 2008

Kita Dan Kuasa.



Aku sudah dua hari tidak pergi kerja. Migraine yang mencucuk kepala aku dari hari Sabtu lepas sampai hari ini tidak beredar. Ubat pun sudah tidak berkesan, jadi aku fikir rehat secukup-cukupnya mungkin jawapannya. Hendak menulis blog pun pening. Tapi hari ini aku dapat buah fikiran sikit. Jadi sebelum buah fikiran aku jadi busuk aku tulis dulu.

Aku hendak tulis pasal orang kita dengan kuasa. Orang kita yang gila kuasa. Tidak kisahlah bagaimana dia dapat kuasa itu, sebab dia beli ke, sebab ada 'ayahanda' beri ke, sebab dia dapat pakaian seragam ke, sebab dia dilantik kroni ke, tetapi semuanya sama.

Atas sebab yang samalah aku dari dulu tidak suka berkawad. Pengakap ke ('pengangkap' kata orang yang bebal sikit), Kadet ke, Puteri Islam ke, Rumah Iskandar ke, semua sama. Aku tidak suka sebab ada orang memerintah aku untuk langkah kiri, kiri, kiri kanan kiri. Lagipun aku tidak suka pakaian seragam kecuali pakaian seragam Stormtrooper, dan tak silap aku di Malaysia masih belum ada 501st Legion lagi.

Kita tengok Pak Guard kita. Lagi-lagi yang Melayu. Baru ditugaskan untuk jaga kereta dan pelawat-pelawat yang masuk ke dalam kondo, tetapi aksinya mengalahkan kumpulan S.W.A.T LAPD. Macam-macam ditanya, itu dan ini, nasib baik di sini tiada 'taser', kalau ada mesti jadi macam mamat bawah ni.



Kamu bayangkan, kalau di Malaysia semua orang yang ada 'kuasa' dibekalkan dengan 'taser'. Mesti kecoh.

Senario 1: Stadium Bola
Alak - "Mari menjilat lalalala"
Pakcik Taser - "Woooi! Turun pentas sekarang!"
Alak - "Lalalalala oi oi oi"
Pakcik Taser - "Nah rasakan!!"
Alak - "Bzzzt!!!"

Senario 2: Dekat Segambut, pukul 12:45 tengahari Ahad.
Nas Ahmad - "Mari kita terjah dia tanya dia pasal kes video lucah tersebut!"
Pak Guard - "Eh! Apa ni?"
Nas Ahmad - "Aku nak terjah artis kat dalam kondo tu!"
Artis 1 - "Terjah artis? Pas mana? Nah aku taser kau!"
Nas Ahmad - "Bzzzt!!!"

Senario 3: Dekat Pentas Rakaman
Mawi - "Aduhaaaai Saliiiiiiiiiiihaaaaaa"
Adlin Aman Ramli - "Kau sumbang la Mawi. Nah Taser!"
Mawi - "Bzzzt!!!"
Fauziah Ahmad Daud - Kau berani taserkan si Mawi!?? Nah rasakan!"
Adlin Aman Ramli - "Bzzzt!!! Bzzztt!!! Bzzztt!!" (Kena 3 kali)

Jadi kepada mereka yang berkenaan, sila jangan import taser gun ke Malaysia. Mungkin jadi kes macam ni.

Aku Ada Barang Baik Punya.

Kamu hendak membaca tentang perkara baru? Terutamanya tentang filem, seni, senireka dan pendapat tentang kehidupan yang kamu tidak boleh dapati dari blog aku?

Baca blog ini. Serius, aku tabik. Aku pun sedang membaca habis-habisan. Mungkin blog dalam blogosfera Melayu yang paling genius tanpa perlu menggunakan apa-apa metafora, rujukan kepada penulis 'Situation Heavy' serta ayat-ayat canggih.

Ahad, Julai 27, 2008

Petang Semalam (Bukan) Di Ibukota 2.



















Pantai yang tidak se-emas mana pun, tetapi memang luas. Boleh golek-golek jika kamu mahu.

Sabtu, Julai 26, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 27.









Eh? Ke mana pergi gambar kasut aku? Aku tak suka hari-hari Jumaat kebelakangan ini, sebab ianya hanya akan mengingatkan aku yang aku tidak berkereta, dan akibatnya aku akan marah Proton sekali lagi.

Khamis, Julai 24, 2008

Lagu Tema Rasmi Aku Tak Peduli.



Siapa masih ingat Wendy James dan Transvision Vamp? Dia ini memang tak peduli langsung.

Baby I Don't Care - Transvision Vamp
Well you can give me all your love
And anything else you got too
But don’t pay it any mind
If it seems like I’m acting cool
Well you can dress me in your mirror
Give me kisses forever and a day yeah
But there’s just one thing
You don’t have to say
You don’t have to say you love me
And you don’t have to say any prayers
No you don’t have to say you love me
Baby it’s alright
Cos honey I don’t care
Oh baby I don’t care
Oh honey I don’t care
Oh honey I don’t care
Well you can turns the lights down low
Somethings are better that way
And you can tell me all your stories
But please spare me the plays
Cos you don’t have to say you love me
And you don’t have to save any tears
No you don’t have to say you love me
Baby it’s alright
Cos honey I don’t care
Oh honey I don’t care
Oh baby I don’t care
Oh honey I don’t care
Deep in your eyes
I see your thoughts
I know you want me
Sometimes it hurts
But you know that some things
Are best left never said
Cos you don’t have to say you love me
And you don’t have to say you care
No you don’t have to say you love me
Baby it’s alright
Cos honey I don’t care
Oh when I tell you baby
I don’t care
Oh baby please believe me
I don’t care
Oh when I tell you baby
I don’t care
Oh baby please believe me
I don’t care
Oh baby please believe me
Don’t you see that I don’t care
I don’t care
Oh honey I don’t care
You know, you know that I don’t care
You know, you know
That you don’t have to say you love me
And you don’t have to say you care
No you don’t have to say you love me
Baby it’s alright, oh honey it’s alright
Oh baby I don’t care

Sebagai bonus, tonton video di bawah. Ingat Patsy Kensit dan Eighth Wonder? Aku masih ingat menonton video di bawah ini ketika aku masih budak-budak lagi. Seksi!

Selasa, Julai 22, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 26.













Kadang-kala kehidupan lebih mudah jika semuanya hanya hitam dan putih. Bukan?

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 4.



Aku sudah tidak terkata. Malangnya hanya prototaip. Klik gambar untuk pautan, ya?

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 3.



Panasonic Lumix LX3 akan keluar tak lama lagi! Siapa hendak beli LX2 aku?

Isnin, Julai 21, 2008

Kalau Aku Perdana Menteri.



Nukilan aku tentang Batman tempohari telah membuat aku terfikir tentang apa yang aku boleh buat jika harta aku sebanyak harta Bruce Wayne. Disebabkan aku seorang minimalis, aku rasa aku akan belanjakan sedikit wang untuk benda-benda yang mempunyai rekabentuk minimalis (seperti Lamborghini Gallardo untuk pergi Tesco, gitar custom jenama Electrical, 3 buah Macbook Pro, satu untuk kegunaan di rumah, satu di pejabat dan satu untuk kegunaan di luar rumah, 5 unit kondo berlantaikan kayu hasil projek MK Land atau YTL untuk makan duit sewa dan akhirnya satu unit tentera khas berbaju seragam hitam yang aku akan gelar 'Angkatan Tentera Minimalis' yang akan aku gunakan sebagai entourage aku. Simbol tentera aku hanyalah perkataan 'Angkatan Tentera Minimalis' di dalam font Helvetica Neue) dan selebihnya akan aku gunakan untuk membeli jawatan Perdana Menteri Malaysia serta membayar gaji ahli kabinet aku.

Disebabkan duit aku ada berbillion-billion ringgit, aku akan gunakan duit aku untuk memulakan pelbagai projek-projek kerajaan yang aku harapkan dapat menampung sendiri kos mereka setelah pelaburan duit aku sendiri selama 10 tahun minima, tanpa peningkatan cukai pun. Kalau tidak dapat menampung kos sendiri dalam 10 tahun aku akan letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan beli Pulau Lang Tengah dan naik takhta sebagai raja.

Jadi diantara perkara-perkara yang akan aku buat di bawah pemerintahan rejim aku adalah seperti berikut.

1. Merombak Sistem Pendidikan.
Pendidikan wajib akan aku kekalkan sehingga Tingkatan Lima, tetapi aku akan merombak semula kurikulum sekolah dari Darjah Satu sehingga Tingkatan Lima. Sistem pendidikan akan berubah kepada sistem yang berasaskan pengalaman dan aplikasi dan bukan berdasarkan peperiksaan. Akibatnya pelajar-pelajar akan lebih berada di luar kelas untuk belajar menggunakan apa yang di ajar di dunia luar, tanpa sistem gred yang terlampau mementingkan 'A', sebaliknya menggunakan sistem analisa pelajar yang lebih menyeluruh. Para guru juga akan dilatih secara komprehensif, dan sistem saringan untuk mereka yang layak menjadi guru akan lebih diketatkan.

2. Membiayai Pendidikan Percuma Sehingga Peringkat Universiti.
Mereka yang layak serta berminat akan dibiayai pendidikan dalam negara sehingga peringkat universiti. Mereka yang inginkan pengalaman boleh memohon biasiswa penuh khas untuk ke luar negara, tetapi hanya mereka yang melalui proses pemilihan yang amat ketat. Antara kriteria pemilihan adalah keterbukaan minda, serta mampu menyesuaikan diri dalam apa-apa situasi sosial dan bukan sahaja keputusan peperiksaan. Segala buku rujukan dan buku teks serta buku latihan akan dibekalkan secara percuma tanpa mengira pendapatan keluarga, serta tidak akan wujud sekolah-sekolah atau kolej-kolej swasta. Kemudahan am semua pusat pendidikan akan disekatakan, tanpa membezakan lokasi sama ada di bandar atau kampung.

3. Gaji Tenaga Kerja Perkhidmatan Awam/Am Akan Dinaikkan.
Gaji guru/pensyarah, pekerja dan pegawai kerajaan, polis/tentera/bomba, penyelidik awam serta doktor akan dinaikkan sehingga tarap yang boleh menandingi sektor swasta. Pemilihan untuk ke sektor awam juga akan diketatkan, dan bukan calang-calang orang akan boleh bekerja di dalam kerajaan. Gaji kerajaan akan dinaikkan ke tahap yang amat kompetitif sehinggakan orang ramai akan lebih terkejar-kejar untuk masuk ke dalam kerajaan dan bukan sektor swasta. Pelindungan dari segi kos kesihatan, perumahan serta pengangkutan, dan tidak lupa kontrak yang menjamin pekerjaan jangka panjang akan menjadi sebab utama ingin menyertai kerajaan.

Latihan untuk memasuki sektor kerajaan juga akan dikemaskinikan, dan akan menumpukan lebih kepada aspek perkhidmatan pelanggan serta dedikasi kerja.

4. Memansuhkan Segala Akta Yang Akan Menguntungkan Mana-Mana Kaum/Pihak Tertentu.
Aku rasa ini yang mungkin penting. Akibat pemansuhan ini semua orang akan menjadi lebih kompetitif dan bekerja keras, dan tidak perlu 'disuap' dengan 'kerusi' yang dijamin ataupun subsidi yang membebankan kerajaan. Jika semua rakyat, tidak kisah harta, pangkat, kaum dilayan secara adil tidak akan ada mana-mana pihak yang akan mengadu ada pihak lain yang mendapat lebih layanan dari kerajaan.

Aku rasa, dengan hanya empat langkah diatas, akan berlaku kesan domino yang akan mendatangkan kebaikan terhadap rejim (ha ha) kerajaan aku secara automatik.

Antara yang aku rasa akan berlaku ialah:

a) Peningkatan Taraf Hidup.
Aku mungkin boleh rapatkan jurang miskin dan kaya, dan akibatnya 95% rakyat akan tergolong di dalam golongan pertengahan. Kuasa pembeli akan meningkat, dan akan meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhan. Aku malas fikir secara ekonomi makro. Peningkatan kualiti perkhidmatan awam juga akan meningkatkan keberkesanan, dari pemprosesan dokumen kerajaan hinggalah kepada pengagihan projek pembangunan. Gaji yang cukup akan menyebabkan semua orang berdedikasi terhadap kerja, dari pemandu bas hinggalah kerani kaunter kerajaan. Semua orang gembira.

b) Kurang Penyalahgunaan Kuasa.
Akibat tidak banyak perbezaan taraf hidup di antara seorang pegawai pemasaran di syarikat swasta dan seorang pegawai polis, akan hilang situasi di mana salah seorang dari dua orang tersebut akan berada di situasi menguntungkan dari segi kuasa atau wang (get the upper hand-lah kata Mat Salleh) jadi semua mungkin akan berlaku secara adil. Kesan terus dari ini akan aku hapuskan agensi kerajaan yang mungkin tidak berguna jika semua ini berlaku, seperti Badan Pencegah Rasuah serta mana-mana badan serta Suruhanjaya Di-Raja dan juga pemerhati NGO yang tidak relevan.

Haih. Impian semata-mata.

Tunggu apa lagi? Sila transfer wang ke akaun aku sekarang!

Sabtu, Julai 19, 2008

Petang Semalam Di Ibukota 1.









Kadangkala apabila kita menjadi mangsa keadaan, apa yang kita boleh lakukan hanyalah ketawa. Kenapa serius sangat?

Jumaat, Julai 18, 2008

9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi Batman.

Malam semalam aku telah pergi menonton The Dark Knight lakonan Christian Bale dan Heath Ledger (Edison Chen pun ada!). Terus terang aku katakan di sini, filem tersebut adalah Filem Berdasarkan Komik Yang Terunggul Dalam Sejarah Perfileman(tm). Pengarah Christopher Nolan memang seorang genius. Kalau kamu keluarkan Batman dari filem tersebut pun, filem itu secara asasnya memang filem yang bagus. Tonton jika kamu belum tonton, ok?

Tapi aku rasa macam ada orang dengki sedikit, sebab mengapa Mat Salleh sahaja yang boleh jadi Batman. Jadi, selepas nukilan berkenaan zombie yang lalu, aku jelaskan di sini 9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Menjadi Batman.

1. Sebab Silat Banyak Bunga.
Kamu lihat sahaja cara Batman melawan musuhnya. Penuh dengan aksi mempertahankan diri yang berkesan, pantas dan tepat. Tak ada bunga-bunga pun macam silat. Kalau Batman pakai silat dijamin dia sudah tumbang awal-awal. Paling kurang pun lawannya sempat keluarkan mesingan, acu mesingan betul-betul dan menarik picu. Mati.

2. Sebab Melayu Ramai Sangat Kroni.
Kamu bayangkan, kalau Bruce Wayne yang kaya-raya itu Melayu. Pasti dia akan turunkan projek Batmobile atau Batpod ataupun Batsuit kepada kroni-kroninya. Akibatnya kroni-kroni tersebut mesti sub-kan kontrak tersebut kepada syarikat lain. Akibatnya ramai orang akan tahu identiti sebenar Batman berdasarkan jumlah topeng yang akan dihantar ke Bukit Damansara (kalau Bruce Wayne Melayu tinggal di Bukit Damansara-lah). Kantul identiti, semua orang pasti tahu. Tidak macam aku, alter ego aku masih terpelihara. Mungkin. Kalau identiti sudah terdedah semakin meriahlah Harian Metro dan Kosmo!.

3. Sebab Quality Control Kita Masih Lemah.
Kamu bayangkan, kalau Bruce Wayne hendak membina Batmobilenya, pasti dia terpaksa minta bantuan Proton, atau sekurang-kurangnya Perodua. Mesti jenuh dia menunggu Batmobilenya tiba, macam aku tunggu Satria Neo aku (sudah lebih 6 minggu!). Itu tak kira lagi perasaan bengangnya apabila dia hentak turunkan tingkap ketika hendak merokok semasa menunggu giliran di road-block, pasti tingkapnya tersangkut. Juga mungkin dia hendakkan Batmobile berwarna hitam, tetapi akibat Proton yang tidak cukup bahagian kereta mungkin terpaksa menghantar Batmobile berwarna jingga sebab tiada warna hitam. Kamu boleh bayangkan tak Batmobile warna jingga?

Ini kita belum fikir kalau dia minta bantuan Naza lagi. Ingatkan boleh dapat enjin khas, tengok-tengok enjin Hyundai dalam Batmobile. Tak ke parah?

4. Sebab Kita Kecoh Dengan 'Black Metal' Sangat.
Bayangkanlah, jika ada lelaki berjubah hitam dan bertopeng berkeliaran di Jalan Tun Razak. Sudah pasti dilabel 'black metal'. Memang Batman sukar untuk bekerja akibat paranoia masyarakat kita. Mesti habis rumah Bruce Wayne di Bukit Damansara diselengkar untuk mencari tempat menyembelih kambing hitam dan bilik khas parti seks beramai-ramai. Keluar sahaja Batman di mata awam pasti beramai-ramai orang berkerumun di depan rumah selepas sembahyang Jumaat.

5. Sebab Batman Itu Kebal, Bukan?
Sudahlah berimejkan kelawar, mesti geng-geng 'Seekers' dan bomoh-bomoh handalan tercari-cari akan kekuatan Batman. Mesti tengok-tengok ada orang jual tangkal kebal Batman di Jalan Masjid India, jual jus yang dibuat dengan kelawar yang dikeringkan dan dicampur dengan air dari gua berkelawar. Geng-geng 'Seekers 'mesti pasang kamera merata-rata di tempat-tempat sunyi, semata-mata untuk 'melihat' si Batman. Datuk-datuk semua pasti tercari-carikan punca sebenar 'kekebalan' Batman, pasti timbul perkhidmatan 'urut Batman' yang diberikan khas oleh pakcik-pakcik berserban di dalam hotel-hotel murah sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

6. Sebab Orang Kita Tidak Akan Sejahat The Joker.
Siapa Batman tanpa musuh-musuhnya? Kalau Batman Melayu, siapakah yang bakal menjadi musuh ketatnya? Pihak media massa pasti akan melaga-lagakan dia dengan Anwar Ibrahim ke, Khairy Jamaluddin ke, Najib Tun Razak ke. Setakat mereka ini jentik sekali pasti tumbang. Orang Melayu kita bukan jahat sangat pun sampai mampu berlawan dengan Batman. Paling kuat pun aku rasa Mona Fandey. Atau mungkin Botak Chin.

7. Sebab Tidak Ada Siapa Yang Sanggup Menjadi Robin.
Mengapa? Ini semua akibat stigma Pembantu Peribadi Lelaki Yang Muda. Batman pun aku rasa tidak sanggup mengambil pembantu yang mungkin di masa akan datang akan menuduhnya membuat perkara-perkara tidak elok berhampiran punggungnya.

8. Sebab Kita Suka Yang Popular Sahaja.
Aku rasa tidak sampai dua bulan pun nanti Batman akan aktif melawan penjenayah. Selepas dua bulan pasti tidak akan ada orang sanggup AFUNDI dia lagi. Kalau popular pun mesti tidak boleh lawan Mawi, walaupun populariti Mawi semakin menurun semenjak dua menjak ini akibat kekurang video lakloknya di Youtube.

9. Sebab Orang Jawa Singapura Sahaja Yang Boleh Jadi Batman.
Tak percaya? Lihat gambar berikut.



Serius, pergi tonton The Dark Knight sekarang!

Rabu, Julai 16, 2008

Tafsiran 'Datuk'.

Bukan, aku bukan hendak bercerita pasal ayah kepada ayah atau ibu kamu, tetapi berkenaan satu golongan istimewa, yang aku pasti ramai antara kamu yang pernah jumpa. Ok-lah, sebenarnya aku tak tahu berapa istimewa pun, tapi faham-faham sajalah.

Jadi, seperti biasa, ini hanyalah pendapat aku sahaja, jadi jangan ambil hati kalau aku secara tidak sengaja berjaya meneka 100% tepat keperibadian kamu. Terima kasih.

1. Bergelar 'Datuk'.
Ini sudah pasti. Tak kisah-lah bagaimana dia dapat gelaran itu pada awalnya, tetapi tak silap aku mudah sahaja untuk mendapat gelaran yang bakal memberikan kamu laluan mudah dalam perniagaan dan mungkin perkahwinan dengan artis. (Lihat bawah) Janji kamu kroni atau berkawan dengan kroni. Paling kurang pun kamu mendapat gelaran Datuk akibat rajin menyanyi di luar negara. Ataupun mungkin kamu pernah ke angkasa lepas. Perlu diingatkan golongan yang mempunyai cucu bukanlah jenis golongan yang aku ingin tafsirkan hari ini.

2. Berumur 40 Tahun Ke Atas.
Bukan syarat, tetapi kebiasaanya mereka ini berumur 40 tahun ke atas. Kecuali kalau kamu anak Jamaluddin, berkahwin dengan anak perempuan Abdullah, pakai iPhone dan bercita-cita untuk menjadi pengerusi syarikat minyak negara. Memang tak mustahil jadi seorang Datuk pada umur awal 30an.

3. Malas Memandu Kereta.
Walaupun kesihatannya mampu dan masih sihat serta cergas (kalau kamu tidak cergas ini bermakna kamu bukan seorang Datuk sebaliknya seorang Tan Sri atau Tun) golongan ini memang kurang gemar memandu kereta. Kebiasaannya mereka ini akan berkereta hitam yang banyak makan minyak, serta mempunyai cermin tinted yang setinted mana pun tidak akan disaman polis. Kereta-kereta mewah mereka ini (yang biasanya bukan kereta tempatan, lagi-lagi kereta Proton Saga stretch limo yang hanya dipandu ke pasar oleh mereka yang tertipu dengan harga murahnya dahulu) hanya akan dipandu oleh lelaki Melayu kampung yang ingin berangan memandu kereta mewah bukan milik sendiri sambil berkaca mata hitam, atau dipinjam tanpa pengetahuan dan dipandu oleh anak-anak liar mereka yang suka beritahu yang mereka anak Datuk di kelab-kelab malam sepanjang Jalan Dooraisamy di Kuala Lumpur.

4. Suka Perkataan 'Projek' dan 'Bisnes'.
Projek itu projek ini. Asalkan ada perkataan 'projek' atau 'bisnes' memang mereka ini sudah cukup teruja. Lagi-lagi tentang projek yang memerlukan lesen vendor kerajaan serta melibatkan perkataan 'juta-juta' serta 'sub-contractor'. Perlu diingatkan ketika bercakap perkataan 'projek' atau 'bisnes' ini perlu diucapkan kuat-kuat agar nampak lebih bergaya ketika sedang membaca suratkhabar The Edge serta Wall Street Journal edisi semalam. Harian Metro hanya b0leh dibaca ketika bersembunyi di belakang cermin gelap di dalam kereta.

5. Tidak Gemar Bersukan Kecuali Sukan Yang Melibatkan Padang Golf.
Aku rasa kalau kamu pernah tertonton drama swasta Melayu kamu mesti tahu golongan Datuk ini suka bergaya di padang golf. Walaupun ayunan kayu golf kekok atau hanya mampu beli bola yang dikutip oleh caddy dari dalam tasik pun tak mengapa. Janji golf. Kalau kamu tak percaya lihat sahaja siapa yang menonton rangkaian Golf Channel di Astro. Kan? Tetapi ada juga Datuk yang tidak suka bermain golf, seperti Datuk Nicol David yang lebih gemar dengan sukan skuash.

6. Suka Baca Majalah URTV, Mangga Dan Bahagian Pancaindera Dalam Utusan Mingguan.
Ini semua kerana kebiasaanya golongan Datuk ini sudah bosan dengan perangai 'Datin' mereka. Akibatnya mereka ini gemar membelek majalah-majalah ini umpama katalog untuk mencari bakal isteri muda. Yang menjadi sasaran adalah artis perempuan Melayu yang 'kampung' sedikit, terutamanya yang berambut karat, serta menyanyi di dalam kumpulan. Dari majalah-majalah ini, golongan Datuk boleh menilai sama ada artis tersebut sesuai dengan kehendak mereka. Di atas sebab itulah, kebanyakan majalah-majalah ini, penuh dengan gambar artis yang disertakan bersama biodata remeh temeh, seperti 'Makanan Kegemaran' serta 'Saiz Kasut'. (Macam aku, aku sukakan wanita yang kasutnya bersaiz 7 dan suka makan makanan Jepun.)

Pada masa yang sama pula, artis-artis majalah yang kampung ini suka menjadikan golongan Datuk sasaran mereka, sebab mereka inginkan perkahwinan romantis seperti majlis perkahwinan Datuk bermisai dan bernama dengan satu abjad yang juga berkahwin dengan seorang Datuk. Yang perasan kurang kampung sedikit dan ada 'kelas' pula akan mensasarkan golongan Mat Salleh kampung, cuma kampung yang didiami terletak di Perancis atau Amerika Syarikat. Tapi tetap kampung juga.

7. Suka Menyaman Dan Disaman.
Kononnya golongan ini kaya harta dan maruah, jadi kerapkali di dalam akhbar kita melihat berita bahawa Datuk A ingin menyaman suratkhabar B atas tuduhan menjatuhkan maruah mereka. Tidak ketinggalan juga golongan ini selalu disaman oleh orang yang mengaku dibelasah sama ada oleh Datuk tersebut, anak Datuk tersebut ataupun pengawal-pengawal Datuk tersebut. Yang lebih malang akan dijadikan habuan di mahkamah oleh golongan-golongan Tan Sri serta Tun. Janji bisnes masuk. (Jangan saman aku!)

8. Suka Berurut Dan Spa.
Untuk menenangkan fikiran, golongan ini suka melawat tempat-tempat yang ada menyediakan khidmat berurut. Terutamanya dari tukang urut lelaki yang meletakkan gambar iklan mereka yang bertelefon bimbit warna emas di suratkhabar serta spa-spa yang penuh dengan perempuan yang tidak pandai berbahasa Melayu atau Inggeris. Perempuan-perempuan di sini juga suka menjadikan Datuk pelanggan mereka, asalkan mereka berhati-hati agar tidak diletupkan sampai berkecai oleh bom tangan.

Erm, sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih. Semoga dapat tinggalkan komen-komen bernas.

Selasa, Julai 15, 2008

Lagu Hari Ini 4.



House of Cards - Radiohead

I don't want to be your friend
I just want to be your lover
No matter how it ends
No matter how it starts

Forget about your house of cards
And I'll do mine
Forget about your house of cards
And I'll do mine

Fall off the table,
Get swept under
Denial, denial

The infrastructure will collapse
Voltage spikes
Throw your keys in the bowl
Kiss your husband goodnight

Forget about your house of cards
And I'll do mine
Forget about your house of cards
And I'll do mine

Fall off the table,
And get swept under

Denial, denial
Denial, denial
Your ears should be burning
Denial, denial
Your ears should be burning
Denial, denial

(dipetik dari Boingboing.net)

Isnin, Julai 14, 2008

Apa Yang Penting?



Memang sukar untuk menulis perihal diri sendiri. Aku perasan bahawa yang selalu menulis tentang aku di sini bukanlah aku pun, tetapi pembaca-pembaca aku. Lagi-lagi bila aku mula benarkan komen 'Tanpa Nama', berduyun-duyunlah idealis internet meninggalkan kata-kata kesat, dibangkang pula oleh mereka yang mempertahankan idealisasi tentang siapa itu Melayu Minimalis. Tidak lupa pula mereka yang konon kenal aku dan mula mengeluarkan maklumat-maklumat 'eksklusif' tentang latarbelakang aku.

Atas sebab yang samalah aku jarang keluarkan kenyataan tentang diri aku sendiri. Aku cuma perlu lihat dari jauh, tingkahlaku pembaca-pembaca aku, yang rata-rata terbahagi kepada dua jenis. Pro dan Anti MM. Bagus, teruskan semua.

Tapi itu semua tak penting. Kamu tahu apa yang penting?

Hati itu penting.

Lagi-lagi hati yang tidak lagi kesepian. Kan?

Ahad, Julai 13, 2008

Kenapa Aku Separa Konservatif.



Aku bukan seorang konservatif. Pada masa yang sama, aku bukan seorang free-thinking hippie yang mengiyakan segala. Aku masih ada disiplin, serta aku masih mempunyai panduan serta batasan sendiri dalam kehidupan seharian. Cuma mungkin tahap toleran batasan aku jauh ke bawah dari kamu semua. Jadi di sini aku ingin terangkan, mengapa aku mungkin seorang yang masih separa konservatif.

Ingin, tafsiran konservatif di sini masih subjektif, jadi apa yang aku mungkin boleh terima, kamu tidak boleh terima, dan sebaliknya.

1. Aku Tidak Ambil Dadah.
Maaf, tapi aku masih tidak percayakan pengambilan dadah. Dadah ringan atau berat, aku tak peduli. Ramai berkata kepada aku, jika aku ambil ganja, tahap kreativiti aku akan meningkat, atau ia akan membantu aku tenang, tetapi menurut pengalaman aku, aku tidak pernah tenang mengambil apa-apa yang boleh menyebabkan aku masuk penjara. Tetapi pada masa yang sama, aku tidak pernah pulaukan mereka yang suka berekreasi dengan dadah. Asalkan tidak menyusahkan aku sudah. Macam aku, aku tak pernah menyusahkan orang pun ketika aku ambil Stilnox atau Xanax. Dan aku tak pernah bimbang ditangkap polis pun.

2. Aku Masih Tak Makan Babi Dan Was-was Makan Daging Di Premis Bukan Islam.
Kalau termakan, pernah. Aku kadang-kadang was-was juga jika makan di restoran Cina, walhal banyak lagi perkara haram pernah aku buat. Aku rasa soalan yang paling susah pernah ditujukan kepada aku ialah bila ditanya kenapa aku tidak makan daging babi sedangkan aku minum jus harimau? Aku pasti ramai diluar sana pun pernah ditanya. Secara peribadi mungkin aku perlukan batasan untuk membezakan prinsip aku dengan 'mereka'. Kamu bagaimana?

3. Aku Tidak Bertatu.
Tetapi secara jujur, aku pernah terfikir. Malah aku tidak bertindik sekalipun. Telinga, lidah, puting, semua. Bukan apa, mungkin aku tidak boleh memberi komitmen seumur hidup ke atas sesuatu yang akan berada kekal di atas kulit aku. Sebab aku memang jenis yang bukan sewenang-wenangnya boleh memberikan komitmen kepada apa-apa atau sesiapa pun. Lagi-lagi rekabentuk tatu yang mungkin aku akan rasa bosan dan jelak dalam lima tahun lagi.

4. Aku Tidak Takut Anjing, Tetapi Aku Elakkan Dari Pegang Anjing.
Siapa cakap pegang anjing itu haram? Cuma perlu samak bukan? Aku tidak pernah takut anjing, dan aku ada ramai kawan-kawan (Melayu atau sebaliknya) yang ada membela anjing. Tetapi aku jarang membelai anjing. Mungkin sebab aku orang yang lebih sukakan kucing.

5. Aku Masih Suci.
Tipu.

6. Aku Perlu Berkahwin Untuk Dapatkan Anak.
Kalau belum atau tidak berkahwin, lupakan sahaja. Aku tidak kisah kalau kamu rela untuk mengandungkan 4 orang anak aku, setiap seorang selama 9 bulan pun, tetapi jika kamu tidak berkahwin dengan aku, aku tidak sudi. Sebab aku pernah melihat kesusahan kanak-kanak serta orang yang tidak di'bin'kan dengan nama ayah sendiri. Memang sedih, rumit dan banyak masalah. Jadi sebelum kamu berjimak dengan pasangan kamu malam ini, dan kamu belum berkahwin lagi, sila fikirkan langkah-langkah sesuai untuk mengelakkan perkara sebegini ya?

7. Aku Masih Percayakan Cinta.
(Semua bekas kekasih aku ketawa berdekah-dekah dan meludah ke arah kaki aku.) Tetapi ya, aku masih percayakan cinta. Mungkin aku sesat sedikit beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi itu semua aku salahkan trauma. Bukan mudah untuk aku. Tetapi aku masih percayakan percintaan di dalam hubungan. Mungkin cuma agak sukar untuk aku mencapai idealisasi apa itu yang aku katakan cinta. Akibatnya mungkin sebab itu aku suka menonton filem Indonesia yang ada perkataan 'cinta' dalam tajuknya.

8. Aku Kurang Mencarut.
Aku cuma mencarut depan diri sendiri ketika mengadap cermin. Tetapi kalau dengan orang lain aku selalu akan rasa bersalah.

Ok itu sahaja. Lain semua aku boleh terima. Kot.

Sabtu, Julai 12, 2008

V Untuk Vendetta.

Aku hendakkan revolusi. Serius. Sebab aku sudah penat.

Aku tidak bermakna kamu semua perlu memakai topeng Guy Fawkes sepertimana revolusi di dalam mahakarya Alan Moore 'V For Vendetta', dan kamu tidak perlu letupkan bangunan Parlimen juga.

Kamu cuma perlu ikuti langkah-langkah berikut.

1. Aku Tak Peduli, Aku Persoalkan Semua Perkara.
Jangan amalkan sikap 'Boleh-lah'. Persoalkan semua perkara yang kamu lihat. Persoalkan semua benda yang diperintahkan kepada kamu. Persoalkan jumlah wang yang kamu belanja, persoalkan keputusan-keputusan yang dibuat atas pihak kamu, persoalkan segalanya. Tidak semestinya segala yang ada itu tepat. Cari alternatif, fikirkan penyelesaian. Cari punca semuanya berlaku.

2. Aku Tak Peduli, Aku Akan Persenjatakan Diri Dengan Pengetahuan.
Ada wikipedia, ada Google, ada blog-blog nasionalis, ekonomis berhaluan kiri, kanan dan tengah. Baca selagi kamu boleh membaca. Jangan tapiskan apa yang kamu baca, tak kisahlah mak atau bapak kamu larang, ustaz kamu larang, cikgu kamu larang, boss kamu larang, pemimpin kamu larang, imam kamu larang. Baca semuanya. Tiada batasan untuk pengetahuan. Pengetahuan adalah lebih lantang dari jeritan suara kamu yang paling kuat. Dapatkan pendidikan, formal atau tidak, terpulang kepada kamu. Dapatkan pendidikan untuk keluarga kamu, kawan-kawan terdekat kamu, dan beri peluang kepada mereka yang jahil dengan pengetahuan. Itu tugas kamu, berkongsi pengetahuan!

Orang tidak suka menggajikan mereka yang cetek pengetahuan. Buktikan kamu boleh pada mereka, kerana untuk setiap orang yang berjaya masuk ke dalam sistem, makin besarlah minda kolektif kita.

3. Aku Tak Peduli, Tapi Aku Peduli Apa Yang Kamu Tak Pedulikan.
Lupakan yang remeh-temeh. Wujudkan, di depan mata anda, segala apa yang mereka cuba kaburkan. Ambil tahu tentang perkara yang mereka semua tak peduli. Dan pedulikan segala percaturan mereka yang tidak relevan dengan kehidupan kamu. Kamu adalah ketua diri kamu, jangan biarkan kamu dipimpin dengan perkara dan syarat yang remeh-temeh macam talileher.

4. Aku Tak Peduli, Sudah Ada Revolusi Di Dalam Kepala Aku.
Tak perlu laungkan protes lantang yang hanya serakkan suara kamu. Tak perlu juga berpakaian ala Che Guevara moden yang hanya akan membuat kamu menonjol ketika waktu kamu harus bersembunyi. Boloskan diri kamu ke dalam sistem, dan lihat mereka dari dalam. Lihat mereka di dalam tempat yang mereka paling selesa sekali. Dan tunjukkan mereka memang ada cara yang lebih baik untuk semua perkara yang mereka lakukan. Sampai bila kamu hendak bayar RM150 untuk sekotak pensel?

5. Aku Tak Peduli, Aku Hendak Buat Juga.
Kamu dibayar gaji untuk menurut segala perintah mereka? Bukan. Kamu dibayar gaji agar kamu diberi peluang mengutarakan pendapat kamu. Seberapa banyak kali kamu dibisukan, seberapa banyak kalilah kamu harus tetap bersuara. Lembu boleh digembalakan, manusia tidak.

6. Aku Tak Peduli Jika Kamu Lain Dari Aku.
Baju, kasut, rambut kamu berbeza dari mereka. Kamu compang-camping naik Metrobus, mereka segak berkereta yang perlu dibayar RM2000 sebulan. Tetapi mungkin kedua-dua pembaca blog ini, bukan? Ada banyak lagi perkara yang mengaitkan kita semua selain dari kerakyatan. Banyak lagi.

Tetapi aku tak peduli pun kamu semua hendak buat apa.

Jumaat, Julai 11, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 25.

















Memang sah aku tidak suka konglomerat besar pakaian sukan.

Surat Terbuka Kepada Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad.



Kehadapan Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad,

Lebih sebulan lalu, iaitu pada penghujung bulan Mei, aku telah bercadang untuk membeli sebuah kereta Proton Satria Neo. Ramai yang mungkin berfikir, tindakan aku memang bodoh, sebab aku pernah memiliki sebuah kereta binaan Proton dahulu, iaitu sebuah kereta Wira Aeroback 1.3 Manual yang ramai tahu lebih banyak menyusahkan dari membuatkan hidup aku senang. Kereta tersebut telah lama dijual dan membuatkan aku dan ramai pemilik kenderaan lain kurang percaya kepada keupayaan Proton sebagai pengeluar kereta.

Tetapi, setelah menyelidiki semua forum online serta maklumbalas pemilik-pemilik Neo, aku telah mengambil keputusan untuk membeli kereta tersebut, kerana dikatakan Proton Satria Neo merupakan salah satu kereta terbaik yang pernah direka dan dibina oleh Proton, dan mempunyai nama yang cool yang boleh membuatkan kamu berasa seperti Keanu Reeves di dalam filem 'The Matrix'. Lagipun konsensus awam mengatakan Proton telah berjaya merubah identitinya sebagai syarikat yang boleh dipercayai dan tidak lagi dimalukan dengan masalah power-window yang selalu terpele'ot.

Setelah membeli senaskhah majalah Motor Trader Malaysia, aku telah menelefon seorang penjual/pengedar kereta Proton, berdasarkan janjinya yang mengatakan syarikat beliau mempunyai stok kereta tersebut berdasarkan spesifikasi yang aku minta. Ini kerana banyak penjual lain mengatakan aku terpaksa menunggu sehingga 2 bulan untuk mendapatkan sebuah kereta Proton Satrio Neo 1.6 (Manual) berwarna hitam. (Ini bagaimanapun tidak seteruk masa sehingga 6 bulan yang aku kena tunggu jika aku inginkan sebuah Proton Saga BLM)

Pada masa yang sama, Proton juga ada menjalankan promosi besar-besar untuk model kereta tersebut, dengan harga yang boleh dikatakan menarik dan berpatutan.

Jadi pada penghujung bulan Mei yang lalu, aku telah mulakan proses pembelian kereta tersebut, dengan harapan sekurang-kurangnya aku boleh membawa kereta baru untuk makan Mee Bandung di Ampang selewat-lewatnya pada minggu pertama bulan Jun.

Tetapi...

Hari ini tanggal 11 haribulan Julai. Aku masih terpaksa makan di restoran-restoran membosankan di depan rumah aku, dan aku masih selalu menunggu teksi yang ingin mencekik darah.

Mungkin salah penjual kereta yang aku hubungi, kerana menjanjikan aku kereta yang kononnya ada stok, tetapi telah dijualnya kemudiannya kepada orang lain. (Aku tidak tahu pun sama ada kereta itu ada pun pada awal-awalnya) Tetapi menurut katanya, Proton masih tidak boleh mengeluarkan nombor chassis kereta yang bakal aku miliki, kerana, masih tiada kereta. Kenapa tiada kereta? Sebab katanya Proton tidak mempunyai bahagian kereta yang mencukupi untuk membuat kereta-kereta tersebut.

Jadi, aku ingin tahu, mengapakah perkara sebegini boleh berlaku? Kenapa jalankan promosi besar-besaran untuk kereta model tersebut, jika kereta model tersebut tidak boleh disiapkan langsung? Kenapa berkata kepada pengedar-pengedar kamu bahawa kamu ingin jalankan promosi tersebut walaupun kamu, sebagai syarikat pengeluar kereta, tidak pun mampu menjawab permintaan pelanggan yang tinggi?

Aku sebagai seorang bakal pembeli kereta yang ingin mempercayai kembali keupayaan Proton benar-benar kecewa dan rasa tertipu dengan cara kamu semua menjalankan perniagaan kamu. Termasuklah cara penjual-penjual dan pengedar-pengedar kamu mempromosikan barangan kamu, dan cara kamu menangani masalah dengan bakal-bakal pembeli kamu yang akan membayar berpuluh-puluh ribu wang dan duit hasil penat lelah kerja mereka untuk membayar gaji kamu.

Aku benar-benar kecewa.

Rabu, Julai 09, 2008

Sheena Is A Punk Rocker.



Aku terbaca nukilan si Lucius Maximus tentang non-event yang berlaku Sabtu lalu di Kelana Jaya. Sebenarnya aku memang ingin menulis sesuatu tentang apa yang berlaku, cuma mungkin aku kurang fasih berbahas tentang politik, dan aku sebenarnya (sepertimana semua yang selalu membaca blog aku tahu) memang malas menulis tentang politik tikus. Akibatnya aku hanya mampu membuat lawak iklan syarikat telekomunikasi di nukilan aku tempohari.

Tetapi pada masa yang sama, aku selalu perasan bahawa aku tahu serba sedikit tentang punk rock dan ideologi-ideologi asas di sebaliknya. Aku tabik semangat yang ada pada ramai kawan-kawan aku yang punk rockers di luar sana, walaupun selalu diludah dengan tohmahan oleh media 'bebas' negara, dan dipandang serong hanya berdasarkan cara pemakaian serta tingkahlaku mereka.

Pada masa yang sama, aku sedar revolusi yang paling berkesan pada aku ialah revolusi pasif. Aku kenal ramai orang yang berjiwa punk, yang perlahan-lahan masuk ke dalam dunia eksekutif, dunia pegawai kerajaan, sedikit sebanyak menyelinap ke dalam 'sistem' kita. Walaupun rupa macam Mat Pejabat (Cerita Lain), tetapi jiwa untuk memberontak dan meracuni sistem dari dalam lebih mendalam dari punk rockers yang hanya lantang bersuara sambil menayang rambut mohawk dan koleksi baju bertampal.

Dan aku tabik lebih tinggi kepada mereka ini.

Tetapi aku tahu, ramai dari mereka ini mungkin, akibat desakan perkahwinan, pekerjaan dan sebagainya, mula 'gantung kasut' dan berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi A.A.y.D.d.K.B.G.A.B asli.

Jangan! Don't give up, oh Siti don't give up!

Jangan biarkan aku berseorangan di sini, OK?

Selasa, Julai 08, 2008

Lupakan Amazing Race Asia.

Kamu ada anak kurang ajar yang suka bermaksiat di Bangi? Ada anak perempuan yang suka berpakaian seksi nampak lurah dada serta mengamalkan seks bebas di konsert black metal? Ada anak lelaki yang selalu mata kuyu dan suka merempit langgar road block polis?

Hantar saja mereka ke program ini? 'Survivor' versi kita.

Segala komen dan pendapat dialu-alukan.

Identiti Dan Perilaku.



Salah satu kelebihan lelaki Aquarius (ya, aku Aquarius. Bukan aku percaya horoskop sangat, tetapi kadangkala semua kebetulan berdasarkan horoskop amat mengujakan, bukan?) ialah kebolehan mereka untuk berinteraksi serta berkawan dengan pelbagai golongan masyarakat. Bukan sahaja bergaul, malah masuk serta senang menyesuaikan diri di dalam mana-mana golongan sosial. Tapi itu pun ketika lelaki Aquarius itu hendak bersosial-lah.

Sebab itu kadangkala amat mudah untuk aku menganalisa (dan kadang-kala secara tidak sengaja menghakimi) pelbagai golongan masyarakat. Pada masa yang sama mungkin hasil kerja aku sebagai ahli fizik nuklear mungkin dikenali oleh mereka tersebut. Tidak lupa juga pre-conceived notions tentang siapa sebenarnya Melayu Minimalis yang sebenar.

Jadi tidak hairanlah jika pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap aku yang konon (bodoh) sombong serta susah didekati mahupun menakutkan untuk kanak-kanak, warga emas serta haiwan-haiwan kecil.

Kerana realitinya kadangkala amat memenatkan untuk tersenyum 24 jam sehari.

Tetapi percayalah, jika fikiran aku tidak kucar-kacir ketika kamu terserempak dengan aku, aku akan tetap melemparkan senyuman jika kamu menegur. Jangan tenung muka aku sahaja, tetapi dipersilakan untuk menegur aku. Aku janji tidak akan makan kamu. Jilat, mungkin.

Isnin, Julai 07, 2008

Iklan-Lah.



Dibawakan kepada anda oleh penaja bersama Hotlink (Merah) dan Celcom (Biru). Bacaan lanjutan di sini.

Manusia Biasa Tidak Boleh Dikejutkan.



All good things come in moderation.

Dan perkara ini benar dalam semua perkara. Di dalam kehidupan seharian, di dalam perhubungan antara manusia, di dalam agama, politik, makanan. Semuanya sekali. Sebab itulah wujudnya istilah 'kejutan budaya', di mana seseorang yang amat biasa dengan cara kehidupannya seharian yang tiba-tiba diletakkan di dalam konteks kehidupan (sosial atau sebaliknya) yang amat berbeza.

Maka wujudlah situasi di mana (katakan-lah, ya, sebagai satu metafora) seseorang dari Malaysia yang hanya menghabiskan beberapa tahun belajar atau bekerja di luar negara, tiba-tiba balik ke negara asalnya dan akhirnya membenci realiti yang dirinya orang Melayu atau Malaysia, dan hanya sekadar mengutuk situasi negara sendiri dan mengagung-agungkan kehidupannya dahulu di luar negara. Aku rasa kamu pun pernah mendengar tentang orang begini, ataupun kamu sendiri mempunyai kawan yang tidak sabar-sabar untuk menjadi penetap negara orang lain.

Maaf, tetapi ini bukan cara yang wajar dalam situasi sebegini.

Aku pasti ramai di antara kamu (OK-lah, mungkin tidak ramai) yang dihantar oleh kerajaan, syarikat atau ibubapa kamu untuk ke luar negara untuk belajar, atau berlatih, atau untuk mencari pengalaman. Apa yang sepatutnya berlaku ialah kamu gunakan apa yang kamu pelajari di sana, dan olahkannya dalam konteks yang kita sama-sama boleh gunakan di sini.

Tetapi, secara berperingkat tau!

Kita memang cepat melatah kalau disogokkan benda-benda yang dikatakan 'melampau', (seperti aksi menunjukkan seluar dalam di atas pentas, misalnya) walaupun, untuk kita memang perkara biasa. Tetapi bukan untuk semua orang. Orang yang mungkin pendidikan awalnya berbeza dengan kamu, orang yang hidup di dalam kelas sosial yang berbeza dari kamu, orang yang mungkin tidak terdedah dengan benda-benda yang kamu biasa harungi tiap-tiap hari.

Jadi mungkin, kamu menganggap tindakan kamu itu wajar, tak kisahlah secara sinis ataupun terang-terangan, tetapi realitinya bukan mudah untuk mengubah sesuatu yang telah sekian lama ditanam di dalam hati masyarakat. Dan di sini aku maksudkan bukan sahaja dari konteks politik ya, tetapi dalam semua konteks. Sosial, ekonomi, budaya, hiburan dan sebagainya.

Kita kena pandai berfikir, berfikir untuk mencari jalan yang paling berkesan untuk mengubah minda dan pemikiran. Bukan secara revolusi, bukan secara protes, tetapi dengan pendidikan dan pengetahuan.

Pembacaan, pengalaman, ujian diri, semuanya penting. Tiada siapa yang patut dipandang 'rendah', dan tiada sebab kamu perlu menganggap diri kamu lebih 'tinggi' dari sesiapa. Jika kamu berfikir demikian, secara automatiknya kamu lebih 'rendah' dari mereka.

Jangan mempersenjatakan diri kamu dengan suara lantang dan slogan-slogan sahaja, sebaliknya senjata yang paling berguna untuk kamu semua ialah pengetahuan.

Fu-yoh. Memang aku betul-betul minimalis.

Ahad, Julai 06, 2008

Obsesi Makanan Aku 2.

Tempoh hari aku telah menceritakan sedikit tentang obsesi makanan aku, jadi hari ini aku ingin menambah sedikit tentang obsesi tersebut, sebab aku tahu kamu semua suka makan. Aku pun. Sebab setahu aku, orang yang tidak suka makan hanyalah orang yang sudah kenyang, bukan?

Seperti biasa, jika kamu semua ada cadangan tempat yang sedap untuk makanan yang disenaraikan, sila beri nama restoran dan lokasinya sekali ya? Terima kasih. Juga tiada gambar kali ini, sebab aku tak mahu bertanggungjawab jika kamu semua tiba-tiba rasa lapar.

Jadi kita mulakan terus.

1. Laksa Johor
Maaf, Asam Laksa ataupun Laksa Kari Penang apa kejadah semua bukan laksa asli. Orang Johor memang unik, orang semua pakai laksa beras, kami pakai pasta terus. Jangan lupa timun, kacang panjang dan bawang hiris, dan semestinya penyudah terbaik, sambal belacan. Tetapi sampai sekarang aku tak pernah jumpa Laksa Johor yang gunakan pasta selain dari spaghetti. Kamu pernah?

Di mana? Tidak disangka, tetapi Chef's Special di Ikea di Mutiara Damansara memang terbaik. Aku baru makan tadi, dan memang sedap, memang asli. Tapi aku tak pasti hari apa Laksa Johor dihidangkan, jadi mungkin kamu perlu tanya sendiri. Ajidon di Plaza Damas juga boleh tahan Laksa Johornya.

2. Soto Johor
Senang sahaja nak kenal Soto Johor asli. Pasti ada kacang tanah goreng, bergedil (ejaan?)— yang dibuat dengan kentang yang dilecek dan dimasukkan sedikit daging, vermicelli mentah (so'on atau so-hun kata orang Johor...) dan disudahkan dengan sambal kicap. Selalunya tiada sayur taugeh, tetapi sesetengah tempat masukkan taugeh. Aku tak suka taugeh. Benci teramat, sama tahap kebencian aku dengan sayur kubis.

Di mana? Maaf, aku tak kenal tempat lain selain Ajidon. Di mana lagi ya?

3. Rojak Petis
Hm. Aku tak pasti jika orang bukan orang Johor kenal apa itu Rojak Petis. Sebab aku tak pernah makan Rojak Petis selain dari di Johor dan di Singapura. Rojak Petis di Lembah Kelang biasanya rojak buah yang disediakan dengan sambal petis (sambal pekat yang berasa seakan kicap sedikit, banyak dijual di hypermarket berdekatan anda) tapi setahu aku, Rojak Petis yang asli mengandungi sengkuang, timun, nenas, tauhu goreng, tempeh goreng, semuanya dihiris dan dipotong serta sayur kangkung yang dicelur. Semuanya digaul dalam mangkuk tembikar menggunakan sudip kayu, dan direnjis dicampurkan dengan kacang tanah yang dihancurkan dan dikisar. Memang susah hendak cari.

Di mana? Aku tak pernah jumpa di Lembah Kelang. Tolong!

4. Gado-Gado
Makanan yang berasal dari Indonesia ini memang sedap kalau disediakan dengan cara yang betul. Tempeh serta tauhu goreng (aku memang kaki sumber protein tumbuhan, sebab itu aku jarang makan daging. Mungkin masa kecil dulu aku nekad untuk menjadi seorang pemayur. Ha ha), sayur-sayuran dan dihiaskan dengan sama ada keropok udang/ikan atau empeng buah belinjau dan dijirus dengan kuah kacang. Kalau kamu tidak tahu apa itu empeng memang aku kasihankan kamu. Dibuat dari buah belinjau yang dihiris nipis-nipis dan kemudian dikeringkan, aku lebih gemar makan empeng dengan nasi jika dibandingkan dengan keropok. Tetapi empeng ini dia pahit sedikit, jadi mungkin susah untuk menjadi citarasa kamu. Tapi cubalah, banyak dijual terutamanya di kawasan rehat lebuhraya Ayer Keroh.

Di mana? Yang aku tanya hanya dua tempat, iaitu di Waroeng Ayam Penyet di The Curve dan Restoran Ayam Penyet di Subang Jaya, berhadapan Sunway Pyramid (maaf, aku tak pasti alamat sebenar). Aku tak suka ayam penyet sebenarnya, jadi jangan tanya aku. Muak dowh.

5. Nasi Briyani Johor/Gam
Aku rasa ramai kenal apa itu Nasi Briyani Gam. Paling gemar dieksploitasikan ketika bulan Ramadhan, pasti ada di mana-mana pasar ramadhan. Bezanya dengan nasi briyani biasa hanyalah 'kepekatan' nasi, di mana Nasi Briyani Johor lebih lembut dan kurang bergumpal. Lembut dan rasanya lebih 'ringan' jika dibandingkan dengan nasi briyani di restoran Mamak. Ayam biasanya di masak bersama nasinya, dan dimakan dengan kuah dalca ataupun kari, dan acar sayur serta poppadum. (Ejaan?)

Di mana? Restoran Insaf di Jalan Tuanku Abdul Rahman memang terkenal dengan nasi briyaninya, tetapi aku sudah lama tidak ke sana. Selain itu cubalah melawat sekitar Ibu Pejabat Polis sekitar Masjid Negara sebelum sembahyang Jumaat, ada beberapa penjual Nasi Briyani Gam yang buka kedai waktu itu. Sedaaaap.

6. Jemput-Jemput Bawang
Ada orang panggil Cekodok Bawang, tapi di kampung aku kami panggil Jemput-Jemput. Jemput-jemput biasa adalah yang dibuat dengan pisang yang dilecek, tetapi Jemput-Jemput Bawang dibuat dengan tepung (gandum) yang dicampur dengan daun bawang, bawang, sedikit ikan bilis, kentang yang dihiris halus-halus dan udang kering. Enak dimakan jika dicicah dengan sos cili Lingam.

Di mana? Emak aku panggil handal membuat jemput-jemput jenis ini, juga makcik aku di Kulai. Akibatnya resipi ini telah diturunkan kepada aku, jadi kalau aku hendak makan, aku buat sendiri sahaja. Aku tak pernah jumpa di sini, kecuali mungkin ketika bulan Ramadhan. Esok aku buat-lah.

7. Bubur Assyura
Rupanya seakan bubur Kacang Phol yang dimakan dengan roti, tetapi dia berlainan sedikit. Resipinya mungkin seakan Bubur Lambuk yang popular di Lembah Kelang, tetapi lebih berempah dan berkacang. Dihiasi dengan telur dadar goreng yang dihiris dan daun bawang.

Di mana? Memang rare. Setahu aku hanya emak aku yang buat, khususnya ketika kenduri Awal Muharram. Aku tidak pernah makan di luar rumah emak aku. Tetapi kalau kamu pernah jumpa sila beritahu aku, ok?

Macam sial. Aku rindu makanan emak aku pula.