Isnin, September 29, 2008

Perjalanan Jauh Memang Ku Rasa.



Maka akan tibalah lagi Raya untuk tahun ini. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Hari Raya bukan hari yang aku tunggu-tunggu, kecuali untuk lontong kuah lodeh Ibu aku. Selain dari itu, Hari Raya pada aku mungkin satu penyeksaan.

Kenapa? Kerana terlampau banyak soalan. Yang biasanya ditujukan kepada aku. Dan aku memang dah tak boleh dapat duit raya.

Apa-apa pun, aku akan bertolak malam nanti ke kampung halaman, perjalanan jauh berseorangan, tetapi sekurang-kurangnya tahun ini aku memandu kereta sendiri setelah 4 tahun menumpang dan meminjam.

Dan disebabkan ketiadaan Internet di kampung halaman (aku tak pakai wireless broadband), di sini aku ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada salah dan silap, terutamanya kepada golongan-golongan yang telah di'tafsirkan', terutamanya Perempuan Ampang, Ingin Jadi©, Salahbrity, Minah Tudung Ketat, Mat Belia dan yang lain-lain. Perlu diingatkan bahawa ini semuanya satira sosial, bukannya apa, OK?

Kepada semua rakan-rakan bloggers (gila poyo ayat) selamat berhari raya, serta maaf zahir dan batin. Semoga selepas Raya nanti akan bertambah meriahlah blogosfera Melayu. Ingat, elakkan pembaziran dan man-manlah ketika beraya, ya?

Juga blog ini akan berehat sekurang-kurang 5-6 hari, jadi beri peluang untuk aku berehat, ya? Apa-apapun aku tahu kamu juga tak peduli.

Jumaat, September 26, 2008

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 9.



Four Horsemen Studios pernah merombak semula rupa figura siri Masters Of The Universe beberapa tahun yang lalu, tetapi ini lain beb!

Nak! Nak! Nak!

E-Kad Sekadar Pengganti Diriku.

Aku sedar hari ini mungkin hari terakhir ramai diantara kamu akan bekerja sebelum bercuti panjang sempena Hari Raya tahun ini, jadi terimalah animasi minimal di bawah ini. (Sila klik gambar untuk melihat animasinya, OK?)

Fakta Rawak Hari Ini 3.

Cuba pandu kereta sambil memasang radio ke dalam Smart Tunnel.

Masih ada siaran.

Tak percaya cuba sendiri. Aku rasa di dalam Smart Tunnel ada transmitter radio dan telefon bimbit, sebab itu dapat siaran radio, walaupun dalam kebanyakan terowong biasanya siaran radio akan terputus. Ada sesiapa di sini yang berkerja dengan Smart Tunnel yang boleh sahkan tekaan aku ini?

Tafsiran 'Jaguh Internet'.

Aku pasti kamu semua pernah dengar istilah 'jaguh kampung'. Jaguh Internet pun lebihkurang sama, cuma versi moden untuk kita yang hidup di zaman Internet ini. Semenjak dua menjak ini aku rasa fenomena Jaguh Internet ini membuak-buak, mungkin sebab sekarang sudah semakin mudah untuk kita online di mana-mana. Juga sebab aku rasa mudah untuk sesiapa pun untuk menjadi jaguh di Internet. Jadi apa kata kita lihat tafsiran aku untuk golongan ini. (Ingat, ini semua pemerhatian aku, semuanya subjektif jadi terpulang kepada kebijaksanaan pembaca untuk mengolahnya sendiri, OK?) Maaf, tetapi tafsiran kali ini bukan berbentuk point form, tetapi berbentuk kertas Karangan Bahasa Malaysia Sijil Pelajaran Malaysia.

Semenjak orang Melayu kita pandai melawat forum (bukan Forum Perdana yang penuh dengan Pak Lebai dan makcik-makcik mata mengantuk di RTM1, ya?) macam-macam suara boleh kedengaran. Apa yang aku rasa kita mungkin ketinggalan kita sebenarnya jahil tentang Tatasusila Internet. Maklumlah, kita pun agak lambat, sebagai masyarakat umum, untuk betul-betul menggunakan Internet. Macam aku, aku mula online dari tahun 1995, ketika zaman Internet masih bayi lagi. Zaman Yahoo! berlatarbelakangkan warna kelabu. Akibatnya mungkin aku sudah lama tahu tentang apa itu tatasusila ketika menggunakan Internet, dan cara-cara membawa diri di alam maya. (Online pun kena bersopan-santun apa?)

Dan akibat perangai kamu yang memang suka cakap banyak dan 'main belakang', memang syurga di dalam dunia (maya) bila kamu berada di dalam situasi di mana kita boleh bersuara tanpa ada muka. Anonymous. Itulah kata kuncinya. Kunci ajaib. Di mana kamu (dan aku juga) boleh bersuara tanpa muka (kecuali blogger-blogger yang sibuk letak gambar sendiri dalam blog sampai kena tahan ISA).

Secara langsung sesiapa sahaja boleh buat sial dalam Internet tanpa mempedulikan tindakan apa-apa. (kecuali kalau kamu kutuk/fitnah orang tertentu-lah, itu memang bahaya. Tanya PR Menteri Besar Kelantan kalau kamu nak tahu.)

Akibatnya muncullah dua golongan utama yang seakan obses dengan kehidupan di dalam internet.
1—Lelaki kesepian berzakar kecil dan bermuncung tirus tetapi bersemangat menghentak papan kekunci untuk membela nasib hidupnya yang agak sedih, dan 2—Perempuan montel berbekas bedak di ketiak yang layan MLM tetapi perasan model iklan walaupun realiti hidupnya juga agak sedih.

Kita tulis pasal versi Jaguh Internet No. 1 dahulu.

Sebenarnya aku kurang pasti tentang imej sebenar Jaguh Internet Lelaki, sebab aku jarang berjumpa mereka. Ini kerana mereka selalunya terperuk di rumah sewa yang dikongsi bersama 12 orang pelajar IPTA lain, tidak keluar makan/minum/sembahyang Jumaat sebab khusyuk online lebih 12 jam sehari. (Dan sanggup angkut CPU naik motor kapcai ke Plaza Low Yat bila motherboard hangus akibat terlalu panas.)

Mereka inilah biasanya akan berusaha sedaya upaya untuk memporak-perandakan keamanan di dalam sesebuah forum/blog/komuniti, sebagai peringatan bahawa hidup mereka itu sedih. Tetapi jarang yang suka letak gambar sendiri di Myspace/Facebook/Blog (macam aku lain beb.) sebab deskripsi rupa yang diletakkan online biasanya tidak menepati muka dan badan yang dianugerahkan Tuhan. Kiranya cakap tak serupa bikin-lah.

Paling suka kalau sasaran mangsa mereka ialah orang yang disenangi ramai di Internet, tidak kisahlah sama ada selebriti, tuan punya forum atau Nasir Bilal Khan. Mulalah cuba mengapi-apikan keadaan untuk mendapatkan perhatian. Macam aku, senang sahaja. Aku tidak memberikan apa-apa respons. Respons itulah yang menyemarakkan dan mengghairahkan mereka, akibat ketidakupayaan untuk berkomunikasi dan kurang kasih sayang di alam yang nyata.

Sebab aku pasti (dan memang sah pun), kalau berjumpa dengan mereka ini, suara mereka kecil sahaja, tiada kelantangan seperti yang ditunjukkan di Internet. Boleh bunuh beribu-ribu orang dalam permainan Call Of Duty dan Defense Of The Ancients, tetapi sebenarnya malu-malu tikus. (Setaraf lebih rendah dari malu-malu kucing.) Boleh tulis pernah tidur dengan 4,322 orang di dalam blog sendiri tetapi sebenarnya hanya pernah melihat buah dada wanita di skrin komputer. Itu pun buah dada palsu. Tidak macam John, aku pasti Samantha itu hot gila babi.

Jaguh Internet Versi No. 2 pula lebihkurang sama. Semuanya akibat inginkan perhatian akibat kekurangan kasih sayang. Modus operandi pun sama, kalau nak tahu, lihat sahaja di Myspace, dan browse users. Cari pengguna yang meletakkan gambar dua orang perempuan sebagai gambar profail. Salah seorang dari perempuan tersebut mesti hot mengalahkan Julia Rais, dan yang seorang lagi gambar samar-samar. Pastilah lelaki gatal (mungkin juga Jaguh Internet Versi No. 1) akan klik profail tersebut berdasarkan gambar perempuan mirip Julia Rais (atau Sofea Jane, jika kamu suka) tetapi 99% kebarangkaliannya profail tersebut adalah milik perempuan yang gambar samar-samar tersebut.

Tidak kurang pula yang sanggup meletakkan gambar buah dada rawak sebagai umpan lelaki-lelaki gersang, dan kemudiannya bertukar-tukar ID Yahoo Messenger atau MSN Messenger, dengan janji-janji manis yang biasanya melibatkan perkataan 'basah', 'kemban' dan 'orang kata muka I macam Juliana Evans sikit...'

Walhal sebenarnya kamu melancap sendiri berdasarkan gambar palsunya, dan awek yang sedang melayan chatting dengan kamu sebenarnya tengah menyumbatkan karipap kentang berminyak ke dalam mulutnya sambil gelak ketawa tergolek-golek dengan 12 orang rakan serumahnya yang sedang membaca apa yang kamu taipkan. Selepas kamu sudah puas, mulalah dia mengotakan janji untuk berjumpa, dan mulalah kamu membazirkan duit kredit kamu untuk memanggil telefon mereka bila mereka asyik buat missed call. Kalau kamu nasib baik mungkin kamu menyerah kalah sebab si dia asyik memberikan alasan tidak boleh berjumpa. Kalau nasib kurang baik kamu akan akhirnya berjumpa dengan 'wanita idaman' kamu yang hanya inginkan kamu sebagai downline skim MLMnya. Kalau nasib lagi tak baik perempuan itu sebenarnya Jaguh Internet Versi No. 1 yang sudah habis modal. Parah.

Macam aku, aku pernah kena. Sampai habis kena potong line telefon aku. Tak apalah, kita semua belajar dari kesilapan bukan? (Lepas tu aku kena sekali lagi, dengan orang lain pula.)

OK aku nak chatting dengan awek aku jumpa di Myspace ni. Aku tengok gambar muka dia macam Kate Moss sial...

Khamis, September 25, 2008

Tafsiran 'Minah Jilbab Urban'.

Baru-baru ini aku telah ke Restoran William's di Kelana Jaya, dan aku telah duduk bersama-sama teman wanita di sebelah meja yang penuh dengan budak-budak Melayu yang sedang bersahur. Aku rasa mereka ini dari kalangan warga urban ibukota, yang jelas kedengaran dari cara mereka berbahasa Inggeris. Dari sini aku telah mendapat buah fikiran untuk nukilan hari ini, jadi apa kata kita terus mula sahaja.

1. Sudah tentu perempuan Melayu bertudung, dalam lingkungan umur awal 20an. Tetapi banyak yang bezanya dari Minah Tudung Ketat, fesyen tudung yang dipakai, contohnya. Malah mereka tidak suka dikatakan 'bertudung' tetapi 'berjilbab'. Golongan ini lebih terbuka untuk bereksperimen, dan tidak terhad kepada tudung potongan biasa berwarna hitam/putih/merah jambu yang biasa diperagakan oleh pelajar-pelajar IPTA di sini. Aku rasa dengan sebab dari sokongan golongan inilah fesyen Tudung Wardina (dan kemudiannya Tudung Mawi?? Aku tak pasti, tetapi aku pernah nampak di kedai) popular satu ketika dahulu. Tudung yang berpotongan elegan, bercorak moden, penuh dengan rona-rona menarik tetapi minimal (tidak sesibuk tudung golongan Makcik yang ala-ala corak Versace itu) dan dipakai dengan cara yang kreatif. Tetapi apa yang mungkin paling membezakan golongan ini dari golongan bertudung yang lain ialah kemungkinan golongan ini faham kenapa mereka perlu memakai tudung, dan akan memakai tudung bukan sebab dipaksa ibubapa atau dekan kolej. Kiranya mereka rela memakai tudung, dan tidak menjadikan bertudung itu sebagai alasan untuk tidak berfesyen. Kiranya kalau aku tengok pun mungkin senang hati dan terpikat-lah. Itupun kalau dia tinggi dan berbuah dada besar. Mungkin.

2. Salah satu aspek yang paling penting ialah golongan ini memang fasih berbahasa Inggeris, atas sebab dibesarkan di dalam keluarga yang selalu berbahasa Inggeris, bukan sebab tidak suka ponteng kelas semasa kelas Bahasa Inggeris di sekolah dahulu. Aku selalu terjumpa mereka ini yang bergaya berbahasa Inggeris, dengan pelat Amerika lagi. Kiranya kalau lihat lupa luaran mereka ini memang tidak sangka-lah. Tidak semua yang bertudung itu kolot dan tidak pandai menjaga kebersihan kulit kepala, dan tidak semua yang berambut coklat itu urban dan moden, OK? Perkataan yang paling pantang — "That's mean", ketika ingin berkata "That means."

3. Terpelajar. Sebab itulah aku katakan mereka ini semua faham kenapa mereka bertudung, dan mereka bertudung pun atas sebab yang betul. Bukan sekadar hendak cover line. Pakai saja tudung tetapi aksi klip lucah telefon bimbit bukan main lagi. Buat malu orang pakai tudung sahaja. Jangan hairan kalau golongan ini tahu tentang fizik nuklear mahupun tentang Kris Van Assche, OK? Senang cerita cita-cita mereka ini bukan untuk menjadi pembantu makmal atau tubuhkan kumpulan nasyid perempuan-lah.

4. Idola - Akak Wardinah dan Yuna. Aku rasa kedua-dua mereka ini memang epitome golongan ini. Tetapi tidak semuanya berasal dari golongan Gadis Bangsar Era Lewat 90an (Cerita Lain) yang suka berpeleseran dan berpakaian seksi dan kemudiannya ditangkap JAIS ketika berpakaian seksi ya? Paling tidak suka Mawi atau Akademi Fantasia, dan lebih menjurus kepada muzik-muzik 'ilmiah' seperti genre-genre muzik yang aku selalu tulis di sini. Mungkin atas sebab yang sama aku ramai pembaca perempuan bertudung. Hai.

5. Citarasa bagus. Tak kisahlah, dari segi muzik, filem dan sebagainya. Akibat berasal dari golongan terpelajar, ramai dari mereka yang bercita-cita tinggi dan mengejar karier yang tidak dijangkakan. Aku misalnya kenal seorang yang sedang belajar membuat filem di New York. Dan juga seorang yang bekerja di dalam bidang fesyen. Sampai sekarang masih tidak buka tudung. Aku tabik.

6. Tidak takut untuk bereksperimen. Dan di sini aku tidak maksudkan berani merakam aksi mengulum zakar teman lelaki loser di dalam kereta nasional atau di dalam pondok durian terbiar. Yang aku maksudkan di sini ialah mereka inilah yang kita lihat di gig, mahupun kadangkala menyaksikan pertunjukan fesyen atau bersuka ria di kelab malam atau bar eksklusif. Walaupun tidak minum arak, tetapi pandai mengawal diri ketika berada di dalam situasi yang mungkin ada arak. Pendek cerita pandai menyesuaikan dirilah, bukan malu-malu kucing atau bodoh sombong atau takut hendak mengenali dunia luar seperti biasanya. Golongan Boleh Capai Wawasan-lah kiranya.

8. Aku sebenarnya banyak benda-benda baik hendak dicakap tentang golongan ini. Tapi untuk menyenangkan diri aku boleh rumuskan satu fakta penting. Keadaan mereka yang bertudung ini tidak pernah menghalang mereka dari membuat apa-apa. Kiranya tidak masuk stereotaip golongan bertudunglah. Kadangkala memang banyak paradoksnya, tetapi kalau difikirkan betul-betul aku rasa memang mereka ini golongan yang berani. Berani memakai tudung di dalam situasi yang mungkin janggal untuk bertudung, dan berani keluar dari stereotaip perempuan bertudung.

OK-lah esok aku mula pakai jilbab.

Ralat - Setelah menulis nukilan ini baru aku sedar perkataan yang aku cari ialah hijab, bukan jilbab. Terima kasih kepada semua pembaca yang memberikan komen. Walhal mungkin sebenarnya aku sengaja gunakan perkataan jilbab itu, bukan?

Rabu, September 24, 2008

Kisah Di Pasar Ramadhan 2.

Akhirnya, setelah 2 tahun menunggu, setelah kali terakhir aku berjumpa dengannya 2 tahun yang lalu di Pasar Ramadhan Taman Tun Dr Ismail, aku telah berjumpa semula. Berjumpa semula dengan...



Rojak Singapura Tersedap Di Malaysia (gila irony).

Tahun lepas aku dihampakan apabila orang-orang yang menjual Rojak Singapura kegemaran aku di Pasar Ramadhan TTDI pada tahun 2006 tidak menjalankan perniagaan di tempat yang sama. Tahun ini juga sama, tiada Rojak Singapura, kecuali Rojak Singapura ala-kadar yang digelar 'yong tau foo stail rojak' oleh pelajar IPTA yang jahil dan bodoh sombong.

Tetapi, dengan pertolongan maklumat dari rakan sekerja, aku telah meredah kawasan Bangsar tadi dan aku telah berjumpa semula dengan aroma dan rasa yang aku tidak jumpa selama 2 tahun. Memang sedap. Seperti biasa aku lebihkan kentang (aku memang kaki kentang. Apa-apa makanan yang dibuat dengan kentang aku suka. Antara Top 5 Makanan Kentang aku ialah —

1. French Fries
McDonald's dengan Burger King, Wendy's semua tak main. Yang aku paling suka ialah fries di Ikea dan Carl's Jr. Dan untuk aku wajib dimakan dengan sos tomato, bukan sos cili. Baru asli.
2. Potato Salad
Ubi yang direbus tetapi masih keras yang dihidangkan sebagai salad dengan sos berasaskan mayones dan kemudiannya disejukkan. Aku memang jadi gila bila makan benda ini. Tapi bukan yang di Kenny Roger's Roaster.
3. Bergedil/Pegedil
Aku sampai sekarang tak tahu mengeja nama makanan ini. Biasanya boleh dijumpa di gerai-gerai makanan Melayu atau dari Seberang, dibuat dengan kentang yang dilenyek dengan daging kisar dan sedikit telur. Sedap dimakan bersama nasi atau nasi lemak dan selalu dijumpai dalam soto nasi himpit.
4. Mashed Potatoes
Yang paling penting harus ada tekstur kentang (bukan yang berasaskan tepung seperti di KFC dan banyak kedai-kedai makanan segera yang lain) dan gravy yang mengancam. Aku rasa yang di William's di Taman Megah Kelana Jaya memang menepati citarasa aku.
5. Jacket Potato/Hash Browns/Potato Chips
Senang cerita kalau dibuat dari kentang itu memang aku suka-lah. TETAPI ada satu masakan dari kentang yang aku sudah tak makan agak lama juga. Ianya juga salad kentang, tetapi salad kentang ala Jepun. Kentang yang dibasuh bersih dihiriskan halus-halus dan dihidangkan dengan salad dressing 'wa-fu' (dressing yang dibuat dari minyak bijan dan syouyu atau kicap Jepun) mentah-mentah. Memang layan. Tidak perlu masak pun, tetapi harus dihiris amat halus untuk menghilangkan rasa 'tanah' kentang mentah. Tetapi aku tidak pernah jumpa di Malaysia. Siapa tahu? Gila lari topik.

Sambung cerita.
Seperti biasa aku lebihkan kentang, ditambah dengan tempeh goreng dan telur rebus untuk protein, dan 2-3 ketul tepung yang digoreng. Tak perlu sotong, tak perlu ketam. Itu sahaja sudah mencukupi untuk aku. Rojak yang ini juga dipotong dan dicampurkan dengan bawang dan lada hijau.

Tetapi tadi ketika di Bangsar, orang-orang yang membeli rojak macam monyet. Berasak-asak, bertolak-tolakan, menjerit-jerit dan tidak pandai beratur. Lagi-lagi Azman yang berbeg galas besar konon-kononnya hendak tunjuk macho pada awek Minah Tudung Ketatnya. Tidak lupa Pakcik Bangsar yang perasan kaya walhal pasti tidak puasa pun yang berebut-rebut untuk membayar dengan aku. Kecoh.

Pasar Ramadhan Bangsar, tolak markah.

Selasa, September 23, 2008

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 8.



Kamera model 'konsep' Olympus yang dipamerkan di Photokina tempohari. Agak menarik, cara mereka menggunakan piawaan lensa baru Micro Four Thirds mereka.

Oh ya, aku serius ingin menjual kamera Panasonic Lumix LX-2 aku, jadi sesiapa yang berminat untuk membeli kamera yang berumur lebih kurang 8 bulan ini dengan harga RM1400 sila tinggalkan e-mel kamu di ruangan komen.

(Malas pula hendak menulis dalam sehari dua ini. Haih.)

Isnin, September 22, 2008

Fakta Rawak Hari Ini 2.

Aku rasa mungkin ramai yang tahu tentang fakta ini, tapi aku nak tulis juga.

Cara hendak hilangkan bau di tangan selepas makan buah durian?
Basuh tangan kamu di bawah air paip yang mengalir dengan biji durian. Kesat-kesatkan biji durian tersebut di sekeliling tangan kamu macam sebuku sabun.

Aku mula-mula tak percaya (sebab Ibu aku tak pernah ajar pun), tetapi bila aku cuba, memang menakjubkan. OK-lah ini bukan fakta, mungkin petua. Sekadar cukup syarat.

Sabtu, September 20, 2008

Petang Semalam Di Ibukota 10.









Restoran Victory Subang - 0, Restoran Mak Tim - 1. Murtabak Mak Tim tetap unggul.

Jumaat, September 19, 2008

Petang Semalam Di Ibukota 9.











Kadangkala hati resah memikirkan insomnia. Oh ya, siri ujikaji Pelanggar Hadron Besar dibatalkan sebab ada barang rosak. Ini bukti semua orang, tidak kira bangsa, ada juga kelemahannya.

Banyaknya Maklumat!

Aku perasan aku telah ditag oleh Jebon (konon-kononnya, sebab dia tag satu dunia sebenarnya), jadi disebabkan aku bosan sekarang (ini adalah nukilan offline pertama aku, aku tidak boleh sambung ke Internet buat masa ini) aku akan jawab tagnya.

15 perkara tentang Melayu Minimalis.

1. Orang lain selalu menangis menonton filem-filem drama seperti 'Titanic' ataupun 'Ibu Mertuaku' akibat terlampau emosi. Aku menangis apabila menonton filem 'Shallow Hal' dan 'Click!', kedua-duanya filem ala komedi/drama yang satunya dibintangi oleh Jack Black dan satu lagi oleh Adam Sandler.

Aku menangis ketika menonton 'Shallow Hal' sebab aku sedar aku berfikiran teramat cetek, dan kita perlukan kedalaman diri dan minda untuk mencari cinta sejati, dan aku menangis ketika menonton 'Click!' sebab aku selalu tertinggal detik-detik manis di dalam hidup aku, terutamanya yang berkenaan cinta, sebab aku selalunya tidak memerhatikan perhatian yang sepenuhnya terhadap mereka yang di sekeliling aku.

2. Salah satu kemalangan pertama yang aku ingat ketika kecil adalah apabila basikal kecil aku ditarik oleh basikal lebih besar kepunyaan abang aku sambil menuruni jalan berbukit di depan rumah aku. (Jalan Pinang.) Akibat radius tayar basikal aku yang lebih kecil, aku hilang kawalan, dan telah terjatuh, muka dahulu, ke atas jalanraya bertar dan berbatu kerikil. Sakit juga lah.

Hidung aku berdarah, dan jiran serta kawan Ibu aku, Kak Nah, telah datang ke rumah, melihat hidung aku yang berdarah, dan dengan nada serius telah berkata, "Ni cacat ni Mak (nama Ibu aku)!! Ni cacat ni!!!". Selama lebih kurang dua minggu di kelas tadika kawan-kawan aku memanggil aku 'Bear' akibat luka yang sedang sembuh di hidung. Aku tidak cacat, malangnya.

3. Aku suka memandu tanpa arah tujuan apabila mengalami tekanan. Aku pernah memandu ke arah pantai timur Malaysia dan 10 jam kemudian aku berada di Kuala Terengganu berseorangan dengan fanbelt kereta yang cair. Tetapi sekurang-kurangnya aku dapat makan keropok lekor di Merang.

4. Aku pernah berbual dengan Nasha Aziz, Paula Malai Ali dan Carmen Soo. Tetapi bukan pada masa yang sama. Orang yang paling terkenal yang aku tidak pernah terjumpa di mana-mana ialah Siti Nurhaliza. Sebentar tadi aku ternampak Rahim Maarof di pasar ramadhan.

5. Aku pernah ditemuramah oleh Michelle dari rancangan Melodi. Tetapi sehingga sekarang aku masih belum pernah diterjah oleh Nas Ahmad. Aku hendak sangat menerjah si Nas Ahmad.

6. Aku ada 4 pasang skinny jeans, 3 daripadanya berwarna hitam. Sampai sekarang aku belum pakai skinny jeans berwarna selain dari hitam atau berwarna biru denim. Dan aku tidak akan cuba pun.

7. Di rumah aku sekarang ada 5 pasang kasut berwarna putih. Ada banyak lagi, tetapi telah dibuang. Aku mula obses dengan kasut putih selepas melihat gambar DJ/penerbit David Holmes berkasut Jack Purcell putih di dalam senaskhah majalah muzik Barat. Aku tidak ingat majalah apa, tetapi mungkin The Face atau Dazed & Confused.

8. Kaset pertama yang aku beli dengan duit aku sendiri ialah runut bunyi siri animasi The Smurfs. Ketika itu aku berumur 7 atau 8 tahun. Malah, aku pernah memaksa ibubapa aku membelikan aku beg sandang the Smurfs, dan kemudiannya beg He-Man & The Masters of the Universe. Memang ranggi dan bergaya ketika itu. CD pertama yang aku beli dengan wang aku sendiri ialah New Kids On The Block 'Step By Step'. Ya, aku teruja kerana NKOTB sudah aktif kembali. Double CD pertama aku beli dengan wang aku sendiri ialah New Order 'Substance'. Piring hitam pertama aku beli mungkin Discordance Axis 'Necropolitan'. Kereta pertama aku beli ialah Toyota Corolla putih. Isteri pertama aku beli ialah... haha bergurau sahaja.

9. Di zaman sekolah, akibat ketinggian aku, aku sering aktif di dalam acara olahraga, terutamanya lari berpagar, lompat jauh dan lompat kijang. Aku pernah melalui zaman Zaki Sadri aku, dan pernah memegang rekod lompat kijang sekolah. Aku fobia dengan lompat tinggi sebab pergelangan kaki aku pernah terseliuh ketika menyertai acara di sekolah. Aku rasa aku masih boleh berlari dengan laju ala-ala aksi lasak Keanu Reeves dan Patrick Swayze di dalam filem 'Point Break'.

10. Aku seorang skeptik. Pada aku semuanya ada penyelesaian secara sains atau psikologi. Aku sampai sekarang percaya segala benda yang tidak boleh dijelaskan seperti perkara ghaib, UFO atau haiwan-haiwan cryptozoology adalah permainan minda semata-mata. Tetapi perkara misteri yang aku paling minati ialah misteri Segitiga Bermuda, dan salah satu cita-cita aku ialah untuk berlayar ke kawasan tersebut.

11. Di sekolah aku tidak pernah belajar perkataan 'pantau'. Mungkin zaman persekolahan aku agak berbeza. Aku juga telah mengambil Peperiksaan Penilaian Darjah Lima, dan bukan UPSR.

12. Menurut ujian yang aku ambil, IQ aku adalah lebih tinggi dari IQ purata orang dewasa. Tetapi malangnya nilai EQ aku adalah amat menyedihkan.

13. Aku hanya mula merokok ketika umur aku 20 tahun. Rokok yang pertama aku hisap adalah Marlboro merah, ketika itu harganya RM3.60 sekotak. Akibat dari ini, ramai rakan-rakan sekolej aku menggunakan bilik asrama aku sebagai tempat persembunyian kotak rokok mereka, sebab tidak ramai yang tahu aku sudah mula menghisap rokok. Ibubapa aku tahu aku hisap rokok, tetapi aku tidak pernah hisap rokok di hadapan mereka sampai sekarang.

14. Aku pernah melalui zaman bermain inline skate selama 6 jam sehari ketika belajar di luar negara. Aku juga pernah membuat video aku membuat aksi-aksi lasak berinline skate. Aku tidak bermain skateboard akibat kecederaan yang aku alami di zaman persekolahan remaja dahulu. (Lihat #9) Aku juga pernah mempunyai basikal BMX, tetapi kedua-dua basikal berwarna hitam aku telah dicuri.

15. Aku suka 'melukis' wajah di mana-mana objek yang aku lihat. Dari bayang-bayang, motif-motif di dinding/lantai/awan/rumput dan juga bahagian depan kereta. Salah satu aktiviti kegemaran aku untuk memerhatikan keadaan sekeliling adalah untuk memikirkan ada sebatang pensel halimunan di antara mata aku, dan menggunakan penglihatan aku, aku suka 'melukis' objek-objek yang aku lihat tiap-tiap hari. Akibat dari itu mungkin penglihatan aku 'setajam' pensel halimunan di dalam minda aku.

Ish, banyak pulak.
Aku tag Magenta, 47, Sue Anna Joe, Kwaidan Tarmizi dan Ladyesah.

Selasa, September 16, 2008

Fakta Rawak Hari Ini 1.

Aku nak mulakan siri kecil-kecilan, tentang fakta-fakta kecil yang mungkin mampu membantu menambah ilmu pengetahuan kamu. Mungkin juga kamu boleh kongsikan dengan kawan-kawan kamu ketika melepak ramai-ramai di restoran mamak, mana tahu juga mungkin kamu boleh menggunakan fakta tersebut untuk mendapat jodoh.

Fakta-fakta ini pun semuanya bukan terperinci sangat pun, tetapi mungkin berguna.

Jadi untuk hari ini aku nak sebut pasal tiga huruf yang mungkin kamu selalu ternampak di kaca televisyen. Terutamanya di saluran Discovery, National Geographic Channel dan mungkin Animax.

Pernah nampak tak ketika gazette rancangan dimainkan, di bahagian akhir selalunya akan terpapar waktu rancangan itu akan disiarkan? Selalunya begini:

"8:00PM - Malaysia/Singapore
9:00PM - Thai/WIB"

Kamu tahu tak WIB itu apa? "Waktu Indonesia Barat". Sebab Indonesia terbahagi kepada dua zon waktu. Dan Jakarta termasuk di bawah WIB, jadi selalunya waktu standard di Indonesia merujuk kepada waktu ketika itu di Jakarta-lah.

Sekarang kamu tahu. Kalau kamu sudah tahu bagus, kamu ramai berkawan dengan orang Indonesia.

Tafsiran 'Azman'.

Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf jika nama kamu Azman. Tidak semestinya seorang yang bernama Azman itu adalah seorang 'Azman', dan jika kamu tidak faham apa yang aku maksudkan di sini teruskan membaca, ya?

1. Lelaki Melayu Terakhir.
Sudah semestinya 'Azman' ini adalah seorang Melayu, biasanya Melayu asli, tidak ada darah kaum lain, tetapi mungkin ada di antara mereka ini berdarah campuran. Tetapi kuranglah. Fenomena 'Azman' ini wujud dikalangan lelaki yang berumur awal hingga akhir 20an biasanya, dan akan bertukar menjadi seorang 'Azmi' (Cerita Lain) bila mencecah umur 30an.

2. Berambut Pendek
Aku jarang berjumpa Azman yang berambut panjang, kecuali mereka yang minatkan Innuendo. Selalunya mereka ini berambut pendek, dan masih gemar gaya-gaya rambut terpacak yang popular dahulu pada zaman awal 2000an. Rambut terpacak di sini aku maksudkan sebagai rambut yang dipacakkan menggunakan bahan penggayaan rambut yang bukan Tancho yang busuk itu, itu hanya terhad kepada Mat Rempit. Paling pantang jika disamakan dengan Mat Rempit, sebab pada mereka Azman ini sekurangnya satu tahap ke atas dari tahap sosial Mat Rempit. Aku misalnya tidak berada di dalam skala yang sama, tetapi cukup untuk seorang Azman untuk berada hanya satu tahap di atas Mat Rempit, sebab Melayu memang mudah puas hati. Baru-baru ini akibat penjenamaan Asmawi Ani, gaya rambut yang dahulunya dikaitkan dengan budaya kuning Skinhead memang amat popular, tetapi majoriti mereka masih mengamalkan penggayaan rambut pendek yang dicacakkan. Biasanya juga rambut tidak diwarnakan sebab Azman kan nama Melayu?

3. Fesyen Kemas Tapi Macam Tidak Kena.
Azman ini bergaya, tetapi tidak sebergaya Lelaki Metroseksual. Sebab Lelaki Metroseksual sering disalahanggap oleh golongan ini sebagai Lelaki Homoseksual, dan amat penting untuk seorang Azman untuk meyakinkan satu dunia bahawa dia ada lelaki Melayu tulen yang sejati. Akibat untuk menunjukkan imej professional, golongan ini gemar bertali leher (tali leher yang sedikit lebar dan bukan nipis agar tidak dikelirukan dengan Mat Indie), walaupun untuk makan tengahari, dan kemeja yang sama akan dibuka 3 butang dari bahagian kolar ketika keluar berseronok ketika waktu malam agar boleh menunjukkan imej bersantai. Sudah tentu kemeja adalah pakaian kegemaran, terutamanya yang berwarna putih ala Innuendo dan berwarna hitam ala Billy Zulkarnain. Selalunya akan dipadankan dengan seluar jeans yang bukan skinny (sekali lagi agar tidak dikelirukan dengan Mat Indie yang tidak bekerja dan tidak berwang) yang diseterika. Selalu dipadankan juga dengan cermin mata hitam, yang dipakai terutamanya ketika memandu, mengambil gambar untuk akaun Myspace/Facebook dan berjalan di waktu malam.

Walaupun berusaha untuk bergaya, dengan sentuhan ala-dandyism dan unsur-unsur Lelaki Itali (antara jenama yang sinonim ialah Gucci, Armani, Versace dan apa-apa yang dipakai Aznil Nawawi), masih kelihatan seperti sekurang-kurangnya ketinggalan 5 musim fesyen kontemporari. Akibatnya ramai yang jarang bereksperimentasi dengan fesyen, kecuali mereka yang berani yang akan mengenakan kemeja T polo Ralph Lauren berlogo besar yang bukan dengan logo satu kuda+pemain polo di dada, tetapi dengan DUA ekor kuda+pemain polo. Sila Google. Seperti yang disangkakan, kolar baju wajib dinaikkan sebab hawa di dalam kereta mereka ini terlampau sejuk dan mudah untuk melakukan aksi Gentel Kolar Untuk Menunjukkan Sifat Kerek.

Pengecualian dari gaya di atas ialah pakaian yang disertakan lambang-lambang penaja sukan lumba kereta F1, terutamanya yang berwarna merah dan hitam.

4. Tidak Suka Naik Bas.
Berbeza dengan Lelaki Ampang yang sukakan pengangkutan awam dan kereta Nasional, Azman ini menjadikan kereta BMW sebagai sasaran utamanya, terutamanya model terpakai 10 tahun ke atas, model yang dipasang di Malaysia (sebab murah). Biasanya akan diubahsuai untuk menampakkan ia bukan model terpakai, terutamanya dengan cermin kereta yang tinted melebihi piawaan yang dibenarkan JPJ/Puspakom. Ini untuk menampakkan gaya stealth agar tidak menampakkan raut muka ketika mendekati kumpulan-kumpulan liar Perempuan Ampang yang berjalan beramai-ramai ketika memandu sepanjang Jalan Dooraisamy.

Golongan-golongan Azman juga suka bergaul dengan Azman lain yang memandu jenis kereta yang sama. Akibatnya fenomena Kumpulan Kereta Sama wujud. Walaupun tidak terhad kepada kereta buatan luar (kita lebih biasa dengar tentang Kumpulan V6, Satria GTi dan Kenarianz misalnya) golongan ini memang suka berkumpul atas dasar memiliki kereta jenama yang sama. Perjumpaan biasanya akan diadakan di restoran-restoran mamak di kawasan separa eksklusif seperti Taman Tun Dr Ismail dan Danga Bay, di mana kereta-kereta akan 'dipamerkan' di tempat meletak kereta berhampiran restoran mamak. Perbincangan biasanya akan menjurus kepada topik strut bar, rim sukan, Paul Tan dan bengkel-bengkel boleh settle. Sebenarnya tiada beza dengan Kumpulan Kereta Sama yang lain, cuma jenama kereta sahaja yang berbeza.

Aku rasa aku boleh tulis satu nukilan penuh tentang Kumpulan Kereta Sama ini. Jadi, Cerita Lain ya?

5. Hobi Sama.
Kereta. Bola. Cara settle awek. Bola. Belasah orang akibat tidak puas hati. Mentaliti berkumpulan amat penting untuk kekal sebagai seorang Azman. Seorang Azman yang meminati benda yang tidak diminati Azman lain dalam kumpulan yang sama, (seperti buat cupcake misalnya) akan dipulaukan serta-merta. Akibatnya keinginan untuk berada di dalam kumpulan yang sama akan membuatkan Azman-Azman ini jarang bergerak berseorangan dan jarang memiliki hobi yang dianggap bertentangan dengan konsep 'Azman'.

Antara hobi yang dianggap bertentangan adalah—berseluar skinny jeans, keluar dengan wanita bukan Melayu atau 'terlampau' Melayu, memandu kereta hybrid, memandu kereta stok tanpa pengubahsuaian, membenarkan teman wanita memandu kereta ketika si Azman berada di dalam kereta, meminati Liga Bola kebangsaan, mendengar Lite FM dan stesen radio IKIM, meminati hoki, membela rambut dreadlock dan pergi gig.

6. Bro.
Semua Azman akan dianggap sebagai keluarga, oleh sebab itu panggilan mesra yang diamalkan adalah 'Bro', iaitu singkatan untuk 'Brother' atau Abang/Adik. Suka hormat kepada mereka yang lebih tua dengan mencium tangan serta memanggil dengan gelaran yang bermaksud 'bapa' atau 'abah', walaupun tiada kaitan darah dan tidak pernah berkahwin dengan ibu mereka.

7. Kerja Pangkat Eksekutif.
Pekerjaan yang diidam-idamkan adalah pekerjaan yang berpangkat eksekutif. Terutamanya yang berkaitan dengan projek, tender atau Datuk. Tempat atau cara mendapatkan pekerjaan tersebut tidak relevan, janji line bagus. Kurang meminati kerja-kerja kreatif, lebih tertumpu kepada syarikat-syarikat yang menawarkan komisyen. Syarikat idaman: Kumpulan Naza dan syarikat korporat bapa/bapa saudara. Sebenarnya semua tidak relevan janji ada perkataan 'eksekutif' di kad nama sendiri.

8. Tidak Melayu Hilang Di Dunia.
Akibat dari proses persekolahan yang biasanya bertempat di sekolah-sekolah yang tertutup kepada bangsa lain, sifat ke-Melayuan mereka amat terpuji. Suka merebut peluang perniagaan khusus diberikan kepada bangsa Melayu, yang biasanya direbut untuk diberikan seadil-adilnya kepada golongan bukan Melayu iaitu 100% peluang. Aku puji sifat ini kerana inilah golongan yang akan memperjuangkan keunggulan Melayu di era globalisasi ini. Mungkin.

Baiklah, masa untuk bersahur. Kamu sahur apa?

Aku Rindukan Saat-Saat Kita Berpegangan Tangan Di Brick Lane Dan Kemudian Bergambar Untuk Face Hunter.



(Gambar dari Lumix aku yang diambil ketika kami dalam perjalanan ke The End, kelab malam eksklusif kegemaran kami yang malangnya telah pun bungkus. Oh, kenangan.)

Kadangkala apabila aku berbuka puasa berseorangan dengan roti yang disapukan marjerin (dan bukan peanut butter, sebab berlemak sangat) aku selalu terkenangkan saat-saat indah ketika aku masih bersama teman wanita aku Miss S. Rambut keperang-perangannya, dan lentuk tubuh badannya serta lentikan bulu matanya selalunya mengingatkan aku kepada Kate Moss, dan ramai teman-teman wanita aku yang lain sendiri berkata bahawa rupa mereka berdua memang sama. OK-lah, mungkin tidak sama sebab aku rasa buah dadanya lebih besar, dan kita semua tahu bagaimana rupa buah dada Kate Moss (pautan TSDTK dan boleh mengurangkan pahala berpuasa), bukan?

Aku juga selalu terkenangkan malam-malam intoksikasi akibat melayan air tin cap rimau, menyebabkan kami terhoyong-hayang, tanpa apa peduli pun di dalam dunia. (sebab itu blog aku ini aku tajukkan 'Aku Tak Peduli'. Ya, sekarang kamu semua tahu. Ini semua angkara Miss S.) Malam-malam penuh keseronokan, malam-malam di mana aku boleh bergesel bahu dengan kawan-kawannya Giselle, Natalia dan Ahmad, semuanya manusia yang dirahmati Tuhan dengan rupa fizikal yang amat menarik sampai aku pun tidak boleh tahan.

Tetapi seindah mana pun malam-malam aku dengan Miss S, aku amat berterima kasih dengannya, kerana disebabkan kecurangannyalah aku berpeluang bertemu dengan Lady S, seorang bangsawan Inggeris rupawan yang tidak suka menunjuk muka tetapi suka memandu Lamborghini Diablonya ketika menjemput aku di rumah.

Walaupun kehidupan aku dan Miss S amat sukar akibat agama yang berbeza dan akibat kehidupan tanpa pedulinya yang terlampau tidak peduli, hidup aku dengan Lady S pun agak sukar pada mulanya, kerana keluarga bangsawan Inggerisnya tidak merestui perhubungan kami. Tetapi itu semua berubah di saat aku diterima sebagai pakar fizik pertama Malaysia dan petugas tetap di Pelanggar Hadron Besar tempohari, di mana dengan secara tiba-tiba bapanya yang bengis, Uncle Charles, seakan-akan merestui perhubungan kami. Mungkin Uncle Charles sedar tentang keupayaan aku yang mampu memusnahkan dunia dengan Lubang Hitam Mikro, ataupun mungkin juga dia gembira sebab aku syorkan beliau makan di Restoran Mak Tim bulan lalu. Kamu bayangkanlah perasaan bangsawan Inggeris ketika makan Laksa Johor, dan emosi yang mungkin timbul ketika melihat pasta spaghetti juga boleh dimasak sebegitu. Orang Johor memang genius.

Tetapi aku masih tidak maafkan Miss S. Aku kesal di saat aku terjumpanya berpelesaran dengan si Pete, ahli muzik sundal berseluar ketat bertopi busuk yang konon-kononnya 'kawan sahaja'. 'Kawan sahaja' my ass. Aku hampa, aku membawa diri, aku tulis lagu cinta tanpa lirik, macam-macam aku buat untuk melupakan peristiwa yang lalu.

Tak mengapa, akan aku hargai saat-saat aku boleh bersama Lady S, dan aku akan hargai cintanya sebaik mungkin, sebab apa kebarangkalian untuk aku berjumpa dengan perempuan comel yang tegar dengan fahaman Neoisme? Dan kebetulan juga aku memandu kereta Neo. Neo=Neoisme? Seakan-akan memang sudah ditakdirkan. (Kisah Benar.)

Selamat Hari Malaysia, semua! (Cerita Lain.)

Isnin, September 15, 2008

Petang Semalam Di Ibukota 8.

















Sessi menjual pakaian dan penemuan syurga di dunia di Keramat di sebuah restoran yang dimiliki Mak Tim. Murtabak Singapura, Laksa Johor, Mee Rebus Baidali, Nasi Beriyani Gam dan Nasi Ambang. Aku sarankan.

Ahad, September 14, 2008

Tanya Abang Minimalis: Musim 4 Episod 2.

Aku perasan aku ada tertinggal beberapa soalan yang diajukan kepada aku, jadi apa kata aku jawab semua soalan-soalan yang tertinggal dengan nukilan pendek ini ya? Kalau ada soalan lain tunggu dulu, tunggu bila aku buka sessi soalan seterusnya, OK?

tumpanglalu bertanya...
dalam kehidupan seharian, kita banyak jumpa perkara berkenaan kualiti antaranya kualiti terbaik, rendah mutu kualitinya, belum sampai tahap kualiti yang diinginkan dan sebagainya.

kalau contohnya air mineral A, si A kata ia adalah berkualiti terbaik tapi dalam masa yang sama, dia tak tahu yang nun di ujung dunia sana ada si B menganggap air mineralny Bnya adalah paling baik.

soklan saya, camna nak jelaskan terma 'kualiti' kerna tiada rasanya piawaian untuk menetapkan sesuatu hal/benda tu terbaik atau terburuk dan yang sewaktu dengannya..

Tidak silap aku ada beberapa jenis piawaan yang dijalankan oleh beberapa pertubuhan antarabangsa untuk menetapkan nilai mutu serta kualiti. ISO 9000 misalnya, tetapi maklumlah, segala piawaan yang diberikan oleh mana-mana badan tertentu ada 'harga'nya tersendiri, dan jika kamu ada wang, kamu boleh 'beli' kualiti. Tanya sahaja Puspakom.

Meer bertanya...
Salam encik MM,
Walaupun sy dimaklumkan oleh entri-entri terdahulu bahawa encik MM bukan seorg gitaris, sy mohon pandangan.

Sekiranya encik MM menjadi gitaris suatu hari nnt, gitar apakah yang menjadi pilihan encik MM untuk berkarya & mengapa ia menjadi pilihan encik MM?

p/s: kalau boleh sila nyatakan juga efek-efek gitar yang enak untuk bereksperimen.

Terlebih dahulu terima kasih kerana memahami bahawa aku bukan seorang pemain gitar. Tetapi, jikalau aku seorang kaki goreng, gitar yang aku gunakan akan bergantung kepada jumlah belanjawan aku. Kalau kurang RM2500, aku syorkan gitar-gitar jenama Fender buatan Jepun. Almaklum barangan Jepun biasanya berkualiti tinggi, dan ini juga benar untuk gitar-gitar Fender mereka. Lupakan gitar jenama Squire buatan China, Korea atau Indonesia, mahupun gitar Fender dari Mexico yang semakin mengarut harganya. Dengan jumlah wang yang kamu belanjakan, memang berbaloi untuk melabur dengan membeli sebatang/sepucuk/sebuah gitar Fender Jepun.

Dan dari jenama Fender, aku syorkan gitar model Stratocaster. Ada sebab kenapa gitar ini adalah gitar yang paling popular di dalam dunia. Ini kerana gitar ini amat selesa, dan mudah dimainkan. Kamu beli sahaja gitar yang model stock, dan kemudian kamu ubahsuailah sendiri untuk menampilkan personaliti, watak dan cara mainan kamu. Gitar Fender model lain aku tidak berapa minat, kecuali Fender Telecaster Deluxe, tetapi amat sukar mencari keluaran Fender Jepun untuk model gitar ini. (Tidak mustahil.)

Jikalau kamu suka juga, kamu boleh membeli gitar Fender Amerika, terutamanya dari siri model Highway One. Harganya amat berpatutan, dan hampir sama dengan harga gitar Fender Jepun. Ingat, cari yang versi Highway One (Upgraded—versi tahun 2006 ke atas), bukan versi Highway One yang asal kerana ia agak poyo.

Jika belanjawan aku melebihi RM2500, ada banyak gitar yang aku idamkan. Antaranya ialah Rickenbacker 360. Aku pernah bermain gitar ini di tepi jalan, dan tona bunyi serta rupanya memang seseksi kasut-kasut bertumit tinggi yang dipakai wanita yang berkaki panjang. Dua lagi gitar yang mungkin aku fikirkan ialah gitar jenama Mosrite model Johnny Ramone Re-issue, dan gitar jenama Ampeg model Lucite. Kedua-dua gitar tersebut memang terbukti bergaya dan mempunyai tona yang unik, dan bakal mendapatkan awek-awek indie comel selepas kamu membuat persembahan di atas pentas.

Selain dari itu, antara gitar-gitar lain yang aku rasa boleh blah ialah gitar jenama Paul Reed Smith model Singlecut Satin, Vox model Virage, Hofner model Verithin, dan juga model-model vintage keluaran Fender Amerika sebelum tahun 1970an. Maklumlah, gitar dibuat dari kayu, dan secara amnya peribahasa 'makin tua makin berisi' boleh digunakan terhadap mutu gitar-gitar vintage. Aku tidak pernah mencuba mana-mana gitar ini jadi jika kamu sudah habiskan RM8000-80,000 untuk gitar tersebut dan bunyinya tidak sedap jangan salahkan aku ya? Paling kurang kamu boleh tolak kat aku, aku sanggup angkat, tapi murah-murah-lah sebab bunyi tidak sedap.

Dan pada aku, ada dua jenis efek gitar yang kamu perlu ada. Tuner pedal dan delay. Sebagus mana pun gorengan gitar kamu kalau kamu tidak in tune memang poyo beb. (Ini memang masalah merundum yang menimpa banyak band-band di Malaysia.) Efek delay pula berguna untuk membuat alunan-alunan bunyi gitar yang indah yang boleh mencairkan wanita, dan juga kalau digunakan dengan betul, boleh membuatkan permainan buruk gitar kamu seakan-akan The Edge dalam U2.

Jenama-jenama efek pula, memang banyak. Cuma aku nasihatkan jangan terhad kepada jenama Boss. Ada banyak lagi efek dalam dunia ini yang kamu boleh beli dari Internet dengan menggunakan kad debit. (Boleh beli di 7-11). Antara jenama yang boleh tahan ialah BBE, Guyatone, Electro Harmonix dan MXR. Kalau jenama boutique atau efek-efek buatan tangan, jangan ceritalah, memang berlambak, itu pun jika kamu ada duit berlambak. Tetapi aku rasa tidak banyak beza antara jenama boutique dan jenama keluaran kilang sekarang. Aku sarankan kamu cekidaut jenama-jenama yang aku sebut di atas.

Oh ya, aku tahu banyak pasal gitar sebab aku rajin membaca di Internet. Aku sebenarnya seorang pemain hang drum. Lihat klip dibawah, ya?

Sabtu, September 13, 2008

Antara Identiti Dan Kebenaran.



Kalau kamu rajin mengikuti perkembangan blog Malaysia, sekarang ini kecoh berkenaan perihal seorang penulis blog yang konon-kononnya asyik menyulami cerita-cerita fiksyen yang dipercayai benar oleh pembaca-pembacanya, terutamanya yang perempuan.

Aku rasa masalahnya di sini ramai di antara kita yang memikirkan majoriti blog itu semuanya satu versi diari peribadi yang disimpan di Internet. Dan sudah jelas sekarang bahawa tanggapan itu selalunya tidak benar. Apa yang ditulis di dalam blog yang kononnya berupa blog peribadi tidak semestinya menceritakan Kisah Benar, satu realiti yang aku sedar lama dahulu.

Juga mungkin kerana pengalaman aku, blog yang menceritakan kisah peribadi selalunya menyusahkan dan melecehkan, sampai melibatkan peguam, SMS fitnah dan kenyataan bersumpah. Mungkin atas sebab yang sama aku jarang menulis perihal peribadi aku di dalam blog ini, sebab maklumlah, inikan blog pengetahuan am dan fiksyen sains.

Tetapi mungkin apa yang menjadi masalah adalah tanggapan bahawa segala apa yang ditulis oleh penulis sesebuah (eh? apa penjodoh bilangan untuk blog ya?) blog itu adalah berdasarkan kisah peribadi yang benar, dan bukan fantasi si pemilik blog.

Memang lumrah orang kita yang suka beremosi, terlalu mempercayai apa yang dibaca (atas sebab yang samalah Harian Metro dan Kosmo! amat berjaya di sini) hingga selalunya menelan bulat-bulat apa yang disuapkan.

Aku pun sampai sekarang hendak berjumpa si Samantha dan teringin melihat kelibat Denver.

Tanya Abang Minimalis: Musim 4 Episod 1

OK, kali ini banyak juga soalan-soalan yang boleh tahan menarik. Jadi, aku sebagai penulis blog yang bertanggungjawab akan menjalankan tanggungjawab yang diberikan dan akan menjawab soalan-soalan kamu dengan sebaik mungkin. Ingat, semua jawapan adalah subjektif, dan semuanya berdasarkan pendapat aku ya? Kalau kamu kurang bersetuju, sila tinggalkan komen. Kalau masih tidak bersetuju dan betul-betul tidak puas hati, sila buat blog sendiri.

Dila bertanya...
kenapa encik MM gemar mengambil gambar kaki dan berminat dengan apa-apa berkaitan kaki? kasut, contohnya..

Kerana kaki itulah pengantara antara sifat kita sebagai manusia yang ego dan riak dan realiti sebenarnya iaitu kita semua masih berpijak di muka bumi ini. Bak kata Casey Kasem si pengacara rancangan America's Top 40 dahulu, "Keep reaching for the stars, but keep your feet on the ground."

Ahmad Adib bertanya...
Wahai saudara MM,
Saya pasti yang saudara MM menghabiskan zaman kanak-kanak pada tahun 80an. Jadi soalan saya, bolehkan saudara menyenaraikan kartun-kartun kegemaran saudara? Top five lah kalau boleh. Ingin sangat mengetahui 'taste' animasi kegemaran saudara...

Boleh. Tanpa apa-apa susunan tertentu, Top 5 aku untuk siri animasi kegemaran adalah...
1. Fangface


2. Centurions


3. Space Ghost


4. He-Man & The Masters Of The Universe


5. Meatballs & Spaghetti


Ini tidak termasuk siri-siri animasi atau anime dari Jepun tau! Cerita Lain.

Hanna The Belgariad bertanya...
bila nak kawin?

Lagi dua tahun, insya-allah.

Tipu Tapi Benar (TTB) bertanya...
Sekiranya MM sudah bosan hidup di KL dan balik ke kampung untuk meneruskan hidup, apakah pekerjaan yang akan MM usahakan di kampung serta aktiviti seharian yang MM lakukan demi meneruskan kehidupan dan memberi impak kepada masyarakat kampung?

Perusahaan membela lintah untuk penggunaan perubatan. Permintaannya memang amat tinggi sekarang, terutamanya dari hospital-hospital dan pusat-pusat perubatan di negara Barat dan Jepun. Dan dari sini aku akan melatih orang-orang kampung untuk pandai berfikir di luar otak, serta pandai menerkam segala peluang perniagaan yang mungkin wujud di kawasan kampung, terutamanya yang berkenaan dengan pertanian, perladangan dan penternakan. Tapi yang paling penting ialah memupuk orang kampung mengekalkan mutu kerja dan hasil kerja yang bagus, tidak kisahlah apa yang dikerjakan mereka. Aku rasa dengan peningkatan mutu, dan seterusnya pengekalan mutu serta kawalan mutu apa-apa produk yang kita usahakan akan berjaya.

young team bertanya...
MM, pada pandangan kamu, untuk seseorang dlm umur linkungan awal 20-an, dimanakah patut kita berada dari segi fikiran, sosial, etc etc. contohnya, buku apa yg patut kita sudah baca pada umur ini. muzik, filem dan sbgnya. tahap knowledge apa yg perlu kta sematkan di dada. soalan ini mmg sgt subjektif. tapi cuma ingin tahu pandangan MM. sbb blog abg KT dan jack takde ruangan mcm ini. haha!

Mudah sahaja. Baca dan selami apa segala yang dilarang oleh ibubapa/guru/ustaz/abang angkat kamu ketika kamu membesar. Bukan untuk memberontak, tetapi untuk sedikit sebanyak memahami bukan sahaja cara pemikiran masyarakat kita, tetapi cara masyarakat lain melihat dan menilai kita. Dan aku pasti setelah banyak membaca kamu semua pasti dapat menilai yang baik dan yang buruk, dan sekurang-kurangnya orang di sekeliling kamu tidak boleh melabel kamu sebagai katak di bawah tempurung. Juga cuba berkawan dengan orang yang biasanya kamu tidak akan tegur pun, ataupun orang yang berfikiran bertentangan dengan fikiran kamu. Mungkin cara ini lebih mudah dari membaca buku. Tapi ingat, kamu perlulah mencari identiti kamu dan kenal diri kamu dahulu, dan kemudiannya kamu bolehlah menilai sematang mana cara fikiran kamu itu. Yang penting jangan tutup minda kamu kepada sebarang kemungkinan. Sebab segala apa input yang kamu perolehi di luar sana semuanya pengetahuan beb, tidak kisahlah baik atau buruk. Terpulang kepada diri kamu untuk menilainya, bukan?

zaX bertanya...
Kenapa muzik perlu dilabel? Kenapa manusia sering meletakkan label pada sesuatu?

Allah S.A.W telah berfirman, "Maka aku jadikan kamu berkaum-kaum dan berpuak-puak, agar kamu boleh berkenalan antara satu sama lain." Aku rasa ini boleh digunakan bukan sahaja untuk kaum dan bangsa, tetapi mungkin juga untuk segala benda yang boleh dilabelkan. Bayangkan anugerah Grammy ataupun Anugerah ERA tanpa genre muzik. Kemalut dibuatnya.

Azreen Zzz bertanya...
saya ni baru pindah ke singapura. agak terkejut melihat kaum melayu yang agak mundur dari banyak segi. jadi di sini saya nak tanya, sebab saya tak sure la kan, apa maksud rempit dan konsepnya di negara ekonomi maju?
maaf kepada pembaca2 blog ini dari singapura.

Rempit seperti di Malaysia ini tidak wujud di negara-negara maju. Mungkin wujud, tetapi mereka sekurang-kurangnya mampu bermotorsikal kuasa besar. Jadi istilah rempit di negara maju mungkin tidak relevan. Pada pendapat aku rempit wujud akibat jurang besar yang wujud di antara golongan pertengahan dan golongan bawah. Tidak mampu untuk membeli jenis pengangkutan lain, dan kurang diinspirasikan untuk membuat arahtuju kehidupan yang lebih berguna. Bukan salah mereka mungkin, sebab aku rasa persekitaran mereka adalah satu faktor yang penting. Apa yang perlu ada sekarang ialah melupuskan jurang tersebut. Kita wujudkan pula jurang (yang sempit) antara golongan pertengahan atas dan pertengahan bawah, dan kemudiannya golongan miskin kronik. Sedikit sebanyak aku rasa Singapura telah mencapai objektif ini, sebab jarang kita dapat melihat golongan termiskin di sana. Aku rasa ini semua perihal cita-cita peribadi, rangsangan serta dorongan untuk berjaya dan persekitaran positif untuk berjaya. Pada aku golongan ini semuanya golongan yang tidak mempunyai cita-cita untuk maju, sekadar menguji berapa laju enjin 110cc mereka boleh dibawa di jalanraya.

Syah Saliman berkata...
dok temasik lagi seronok kan mm? tandas bersih.jln bersih.tak ada org ludah2.sng nk cr sushi halal dan dan dan dan dan girls x yh mask national srvse.

wek,i got pee-ell-kay-anne

mujjin bertanya...
MM, mampukah kau buat post dengan cara ejaan macam syah saliman ni?

i know its not a question, but its a dare.

xleh lar.

Mo. bertanya...
abang MM, saya seorang budak dari Petaling Jaya yang belajar di UiTM. soalan saya ialah. Kenapa permain backstab meng back stabbing (cakap belakang, tikam belakang, umpatan, fitnah) banyak di praktikkan oleh org org di UiTM? sebijik macam drama drama di dalam TV yang di minati oleh most suri rumah. padahal masa saya bersekolah di PJ dan bersekolah menengah di Damansara sy tidak pernah encounter benda benda macam ini. apa pandangan abang MM?!

oh. anda berminat tak dengan kasut reebok edisi tiesto berwarna putih.hijau dan kuning. ya?

Ini sebab di UiTM bulatan sosial kamu telah berubah. Di UiTM kamu akan bergaul dengan orang-orang yang kamu tiada kaitan langsung semasa di sekolah di PJ/Damansara. Apa yang dianggap normal ketika kamu di sekolah mungkin dianggap serong di kalangan pelajar-pelajar yang berasal dari kawasan luar bandar, ataupun di kawasan yang struktur sosialnya berbeza langsung dari apa yang kamu sudah biasa. Yang penting kenal diri sendiri, dan jangan lupa kata-kata hikmat blog ini. Tapi macam aku kalau ada lelaki panggil aku 'bro' aku memang rasa nak tampar sahaja.

Aku tak minat trance-lah.

enamdegrees bertanya...
kenapa si jahat muncul dengan banyak bila ekonomi gawat?

Sebab masalah kewangan akan membuatkan sesiapa pun rasa terdesak. Akibatnya si jahat akan lebih mudah mengambil peluang. Kerana manusia yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja untuk kesenangan diri, bukan?

Rhona Zlan bertanya...
sekejap! barangan eksklusif blog Aku Tak Peduli© tu barang apa?

G-string, push-up bra, stokin, kasut sneakers, bikini.

Seyn bertanya...
apa tafsiran perempuan secara puisi bagi anda

Enjit-enjit semut,
Siapa sakit naik atas,
Enjit-enjit semut,
Siapa sakit naik atas,
Enjit-enjit semut,
Siapa sakit naik atas,
Enjit-enjit semua,
Siapa sakit naik atas...

Nanti bila aku sudah benar-benar faham perempuan aku akan buat tafsiran betul-betul ya?

Yin bertanya...
Jika MM diberi peluang.. era/zaman/generasi apakah akan MM pilih untuk hidup? dengan pemikiran MM pada zaman kini.

Mudah. Zaman kegemilangan tamadun kuno kira-kira 1500SM. Tidak kisahlah, tamadun Mesir, Maya, Inca dan sebagainya. Secara amnya tamadun-tamadun yang mula-mula memahami konsep waktu, matematik dan pembinaan piramid ataupun ziggurat. Sebab aku ingin sangat melihat cara kehidupan manusia zaman itu, tanpa internet, iPod, Nike mahupun McDonald's.

Amri bertanya...
kajian science politik di U tempatan menunjukkan walaupun pengundi itu yang tak amanah,kuat makan rasuah,tak jujur mereka tak boleh menerima pemimpin yang sama sifat dengannya atau lebih buruk darinya

Sudah tentu. Kalau kamu memilih manusia yang lebih buruk sebagai pemimpin kamu akan lebih teruklah dunia yang kamu diami. Lihat sahaja contoh seperti Shoko Asahara, Jim Jones dan Charles Manson. (Ya, aku baru sahaja menonton rancangan 'Most Evil' di Discovery Channel tadi.) Tapi kalau aku baca soalan kamu semula, mana soalannya?

amilah bertanya...
cara belajar fizik yang paling best untuk dapat A? di sekolah mungkin. erk

Kualiti bukan kuantiti. Pastikan kamu dapatkan rehat yang secukupnya, buat persediaan untuk peperiksaan bukan di saat-saat terakhir, dan makan gingko biloba serta tempeh.

.khairi. bertanya...
nak tanya jugak..
apa pandangan MM tentang aliran musik yang bermusim..
contoh macam genre emo,memang sekarang pun ada orang duk layan lagi..tapi,semakin senyap bukan..
dan satu contoh lagi, new metal zaman 90an dulu..
tidak kah abang MM terfikir yang genre pos rok ynag menusuk kalbu sekarang ini akan menimpa nasib yang sama?akan tenggelam?hanya bermusim?apa pandangan kamu..

Pada aku aliran ini bukan terhad kepada muzik sahaja. Fesyen juga misalnya. Cuma terpulang kepada kamu untuk memastikan berapa taatnya kamu kepada aliran. Sebab semati manapun sesuatu genre muzik itu, idealis muzik tersebut pasti akan tetap memperjuangkan apa yang diminatinya. Lihat Dragon Red dan nu-metal misalnya.

the blackpaper bertanya...
Adakah kerjaya anda sebagai ahli fizik nuklear dipengaruhi oleh mana-mana pergerakan seni/rekabentuk/senibina seperti Swiss Style yang terkenal dengan typeface Helvetica dan juga Univers. Mungkin juga sekolah Bauhaus yang terkenal sebagai pusat seni yang menghasilkan beberapa icon dalam bidang seni/rekabentuk seperti Barcelona Chair oleh Ludwig Mies van Der Rohe mahupun typeface Universal yang direkabentuk oleh Herbert Bayer pada tahun 1926.

Dan jika kerjaya anda tidak dipengaruhi oleh mana-mana pergerakan/idea/kumpulan seni/rekabentuk, apakah pula pandangan anda pada bidang rekabentuk/senibina/seni di Malaysia. Bolehkan kita mencapai satu tahap seperti Bauhaus yang melahirkan tokoh-tokoh dan juga mempengaruhi bidang rekabentuk pada satu masa dulu. Semuanya di bawah satu bumbung. Tidak kiralah mereka itu jurufoto, perekabentuk grafik, arkitek mahupun lain-lain ahli seni. Apakah pandangan Saudara MM.

Terima kasih.
A.Z.H.

Aku memang terpengaruh dengan idealogi Situationist International, yang diperjuangkan oleh sekumpulan kecil pemikir politik dan artistik avant garde yang aktif di dalam tahun 1960an dahulu. Walaupun tidak menjurus kepada mana-mana gaya rekabentuk yang tertentu, aku tertarik dengan idealogi yang memutikkan idea-idea kreatif mereka. Aku mengaku aku masih mendalami idea ini, tetapi buat masa ini aku cuba sedaya upaya untuk menghasilkan hasil kerja di bawah doktrin Situationist ini. Soyez réalistes, demandez l'impossible!— "Jadilah realistik, minta yang mustahil!" kata mereka.

Ya, aku juga banyak terpengaruh dengan gerakan Swiss Style tahun 1950an dahulu, terutamanya karya-karya Josef Müller-Brockmann dan Armin Hoffman, yang lebih berkonsepkan rekabentuk perhubungan. Dan semua perekabentuk yang aku suka juga banyak terpengaruh dengan gerakan ini, seperti Peter Saville dan Neville Brody. (Neville Brody akan turun Malaysia tidak lama lagi, dan aku telah diberi peluang untuk menemuramah beliau, kita lihat bagaimana nanti, ya?)

Pada aku, seperti gerakan Swiss Style sebelum ini, aku rasa perekabentuk Malaysia tidak mustahil untuk mencipta sesuatu yang sama sekali baru di dalam bidang rekabentuk grafik/fotografi dan fesyen misalnya. Tetapi di sini, terlalu ramai perekabentuk masih meletakkan nilai-nilai estetik terdahulu dari fungsi. Pada aku rekabentuk perhubungan (communicative design) adalah rahsia yang perlu diamalkan oleh mana-mana perekabentuk, dan sebagai seorang perekabentuk apa yang penting adalah mesej yang perlu disampaikan. Aku rasa selagi kita gagal untuk kenali formula imbangan estetik dan fungsi ini, selagi itulah kita tidak akan maju. Tidak mustahil, sebab segala idea baru manusia ini hanyalah idea lama yang disegarkan, bukan?

DragonRed bertanya...
tumpang tanya. kenapa new metal lagi best daripada post rock? sekian terima kasih

Sebab nu-metal boleh dapat tajaan Adidas dan Nike. Aku rasa album pertama Korn dahulu memang bagus, dan berani berdasarkan senario muzik ketika itu. Masalahnya ialah segala apa hasilan di bawak naungan genre nu-metal selepas itu tidak banyak berevolusi dari hasilan muzik pada peringkat awalnya. Masalah yang sama juga telah berlaku kepada genre digital hardcore dan UK garage, misalnya. Tiada suntikan idea-idea baru yang boleh dibanggakan, dan akibatnya muzik itu tidak berkembang. Sejauh mana post-rock boleh berkembang, kita lihat sajalah, tetapi kelebihan post-rock di sini ialah terdapat terlalu banyak definisi kepada apa yang boleh dikategorikan sebagai post-rock. "A non-genre", kata pengkritik-pengkritik muzik.

OK, selamat bersahur semua!

Petang Semalam Di Ibukota 7.







Aku rasa mungkin aku obses sikit dengan kasut kot.

Jumaat, September 12, 2008

Kenapa Aku Pro-Globalisasi.



Kalau kamu semua rajin membaca suratkhabar atau akhbar-akhbar versi online di Internet kamu pasti pernah terbaca tentang gerakan Anti-Globalisasi. Mereka memang rancak, buat tunjuk perasaan di semua mesyuarat G8, buat bantahan itu, bantahan ini. Semuanya atas dasar konon-kononnya ingin menjaga kepentingan ekonomi negara-negara dari dikuasai oleh syarikat-syarikat multinasional, dan mengelakkan gerakan ekonomi negara-negara membangun atau negara dunia ketiga dari dipengaruhi jenis-jenis pemasaran menyeluruh dari syarikat-syarikat tersebut. Pada masa yang sama, ramai Mat Salleh-Mat Salleh ini kononnya membantah cara negara-negara maju mempengaruhi negara yang membangun dengan kekuatan korporat serta matawang, dan membuat keputusan politik negara yang mungkin membawa kepada perang atau yang seakan dengannya, semata-mata atas kepentingan ekonomi dan wang.

Contohnya, macam gerakan boikot syarikat Nestle. Konglomerat barangan susu ini dilarang menjual formula susu mereka di banyak negara ketiga, kerana kononnya Nestle ini lebih mempromosikan pengambilan formula susu di negara-negara tersebut, dan bukannya susu ibu yang dikatakan lebih berkhasiat untuk bayi di Afrika misalnya. Ataupun kemunculan terlalu banyak Restoran McDonald's atau kafe Starbucks di setiap penjuru jalan di Asia.

Banyak-lah contoh lagi tentang gerakan anti-globalisasi ini, kamu ikut sahaja pautan Wikipedia yang aku pautkan di atas untuk lebih maklumat terperinci, ya? (Maaf-lah kalau kamu kurang faham Bahasa Inggeris. Salah kamu juga suka ponteng kelas Mrs. Lee dulu!)

Tapi kan...

Kalau aku, berfikir sebagai seorang dari benua Asia, dan memandang kepada segala gerakan-gerakan anti-globalisasi, anti-Trade Agreements dan anti macam-macam ini, aku rasa Mat Salleh-Mat Salleh ini semua ada agenda tersembunyi. Mereka semua berhasad dengki dengan kita semua. Aku jamin.

Sebab mereka takut kita jadi lebih kaya/maju/sihat/tinggi/berbuah dada besar dari mereka.

Tempohari masa Sukan Olimpik di Beijing misalnya, aku rasa mereka semua terkujat. Walaupun media Barat seboleh-boleh mencuba untuk memburukkan segala usaha negara China tapi kalau kita lihat hasil akhirnya memang boleh dibanggakan sebagai orang Asia. Memang betul-lah teori si Samuel P Huntington, lepas Perang Dingin, Perang Salib, zaman ini adalah zaman bertembungnya Tamadun Barat dengan Tamadun Timur.

Aku rasa mereka ini semua rasa terancam. Dan aku bukan anti Mat Salleh atau anti tamadun Barat, cuma aku rasa kalau kita semua sudah pandai berfikir (walaupun sebagai minoriti, kata Che Det) untuk bersaing dengan bangsa lain dalam negara kita dengan adil, apa salahnya kalau kita globalkan pemikiran tersebut agar kita sebagai sebuah negara boleh bersaing dengan negara maju lain di atas platform yang sama rata dan adil bukan?

Sebab sampai bila lagi kita patut berada di dalam Dilemma? Sampai bila aku kena guna Internet untuk memesan kasut Kris Van Assche atau sut Dior Homme?

Jadi apa kata kita semua angkat punggung kita yang berat dan perut kita yang buncit, sama-sama tunjuk sama mereka yang keadaan kita sekarang boleh menggugat kedudukan ekonomi/sosial/intelek mereka, jangan dikenangkan lagi zaman Melayu menjadi lingua franca pada abad ke-15 dahulu atau zaman orang seagama kita dirikan masjid di Sepanyol mahupun zaman algebra dikenali sebagai al-jabr.

(Ini akibatnya makan nasi daun pisang Nirwana di Bangsar untuk bersahur. Haih)

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 7.





















Aku saja buat nukilan ini untuk bagi kamu semua menyirap. Semua kasut aku suka. Tapi, macam mana nak beli ya?

Ya, aku ada lobang. Dan semua dengan harga yang berpatutan.

Syaratnya: kamu harus fasih berbahasa Korea. Juga membaca dan menaip dalam tulisan Korea. Jika kamu boleh, dan kamu mahu menolong aku serta berminat, sila tinggalkan e-mel di kotak nasihat di tepi ya?

Seperti biasa, untuk pembaca wanita aku, aku sertakan gambar sneaker heels rekaan Pierre Hardy.

Khamis, September 11, 2008

Nukilan Tanpa Nukilan Sebenar 2.



Perut aku nampak buncit tak?

Pelanggar Hadron Besar (?) Sudah Dihidupkan!



(Gambar diambil dari news.com.au)

Beberapa jam yang lalu mesin paling kompleks yang pernah dibina oleh manusia iaitu Large Hadron Collider (Pelanggar Hadron Besar?) telah dihidupkan di Geneva. Mesin yang dibina untuk kajian tentang cara alam semesta ini dilahirkan dibina khususnya untuk mencari sesuatu yang digelar 'Partikel Tuhan', atau partikel hipotetikal boson Higgs, yang dikatakan memegang kunci serta rahsia misteri kejadian alam semesta.

Aku, sebagai seorang skeptik dan saintis memang berharap projek ini berjaya, dan bumi tidak disedut masuk ke dalam Lubang Hitam. Tetapi nampaknya dari awal lagi kawan aku Stephen Hawking sudah letak bet projek ini tidak akan berjaya.

Apa-apa pun kita lihat dan tunggu sahaja, ya?

Tujuh Tahun Yang Lalu.



Pejam celik pejam celik, hari ini sudah masuk tahun ketujuh ulangtahun serangan Al-Qaeda terhadap Pusat Dagangan Dunia di New York dan Pentagon di Washington DC. Jadi sejauh manakah manusia sejagat telah berubah dari saat tersebut? Memang banyak.

Aku ingat lagi saat dan ketika serangan itu berlaku, sebab waktu itu aku sedang ditemuramah untuk satu majalah sains dan matematik. Ketika sedang asyik berbual, jiran aku yang tinggal di bawah tiba-tiba menghantar SMS menyuruh aku memasang TV dan menonton berita.

Dan pada ketika itu aku sedar dunia kita akan berubah selama-lamanya.

Tahap paranoia kita (dan terutamanya rakyat Amerika) begitu memuncak ketika itu, dan juga sehingga sekarang. Terutamanya paranoia terhadap mereka yang dilabelkan Islam. Akibat dari paranoia itulah sifat Amerika sebagai Polis Dunia mengiyakan segala apa kejahatan yang mereka lakukan terhadap mereka yang dikatakan 'bersalah'. Asalkan nama kamu ada 'Bin' kamu sudah bersalah.

Semakin memuncak-muncaklah sifat Amerikanisme, semua kononnya akibat sifat patriotisme negara, sepoyo segala adegan-adegan filem Amerika yang melibatkan dialog '...it's the American truth/dream/way' (yang diselitkan dengan Lagu-Lagu Semangat Berkobar) serta adegan 'Amerika menyelamatkan segalanya' (yang juga diselitkan dengan Lagu-Lagu Semangat Berkobar) sebagai klimaks filem. (Sebagai rujukan sila tonton mana-mana filem yang melibatkan askar Amerika dan/atau Denzel Washington dalam pakaian seragam.)

Walaupun aku tidak pernah dapat merasakan kesannya secara langsung, aku pasti ramai di antara kamu semua yang rajin berulang-ulang ke sana dan ke mari dengan kapalterbang pasti pernah ada pengalaman. Termasuklah semua kawan-kawan Kelantan aku yang ada nama 'Syed' dalam pasport ketika hendak turun ke Singapura.

Susah hendak membuat perjalanan, susah untuk mengambil gambar, susah untuk membeli barang di Ebay dengan kad kredit, susah segalanya.

Tetapi berbaloi ke segala paranoia sebegini? Tak kisah-lah kamu di pihak yang benar atau salah, tetapi aku dari dahulu tidak percayakan taktik keganasan. Sampai sekarang pun aku hanya pernah melepaskan tumbukan sekali ke muka orang, itu pun ketika aku di Tingkatan 3. Jadi memang aku tertanya-tanya apakah yang boleh membuatkan bekas rakan sedarjah aku yang dahulu senyap dan comel di dalam kelas menjadi seorang radikal agama. Sehingga sanggup berniat membunuh orang ramai dengan bom di Jakarta.

Sebab persoalannya, bolehkah kamu peduli sangat sampai kamu tidak pedulikan nyawa orang lain?