Jumaat, Oktober 31, 2008

Tanya Abang Minimalis Lagi Dan Lagi!

Aku rasa kamu semua tahu apa yang kamu perlu buat. Lagipun kebelakangan ini aku seakan-akan ketandusan idea untuk menulis. Dan dengan menulis aku maksudkan penulisan yang bukan mengutuk. (Mengutuk dan kritikan sinis itu lain, OK?)

Tanyalah apa-apa yang patut. Lagi-lagi soalan berdasarkan muzik, fesyen, ideologi, sosiologi, kriptozoologi, morfologi perempuan dan lain-lain. Seperti biasa soalan-soalan berkaitan agama dan politik mungkin tidak akan dilayan.

Walaupun di rumah aku tiada Internet sekarang, tetapi aku baru dapat tahu malam tadi di restoran mamak kegemaran di depan rumah aku sudah disediakan perkhidmatan Wi-Fi secara percuma. Betul-betul percuma ataupun tidak aku tak tahu-lah, sebab harga Teh C Ais aku pun sudah naik 20 sen.

Apa-apa pun aku sedikit gembira disebabkan harga minyak (mungkin) akan turun malam ini. Jimat duit sedikit.

Jadi, sediakan soalan-soalan kamu. Kepada mereka yang telah pun bertanyakan soalan di sessi yang lalu tetapi masih belum terjawap, sila taipkan semula di ruangan komen nukilan ini ya? Ingat, soalan bodoh biasanya akan diberi jawapan bodoh jadi tanyalah dengan ikhlas, hati yang murni serta nahu yang betul.

Macam Blog Berunsur Nasihat.



Kadangkala amat sukar untuk mencari topik penulisan. Dan sejak kebelakangan ini pun aku perasan aku banyak menulis tentang benda-benda mengarut, dan kadangkala tiada topik pun. Cuma rajin meleret sahaja. Entah apa-apa yang aku tulis, aku pun sendiri tak faham.

Tetapi salah satu topik yang benar-benar menggoda ialah tentang diri aku. Memang banyak cerita dari dahulu sampai sekarang, tetapi kalau kamu perasan aku jarang menulis secara terperinci mengenai perkara peribadi. Pendapat dan pemerhatian itu lainlah, memang selalu dijadikan topik.

Kalau kamu nak tahu, ini sebenarnya blog keempat aku, tetapi ketiga-tiga blog awal aku tidak ramai pembaca pun, cuma penuh dengan pembaca yang ingin menjaga tepi kain orang. Aku rasa itu mungkin satu sebab aku tidak dedahkan identiti aku di sini kali ini, walaupun ramai yang tahu siapa aku, terutamanya kawan-kawan dan rakan sekerja.

Seperti yang aku pernah tulis dahulu, blog ini sumbangan kecil aku kepada revolusi kecil-kecilan. Revolusi minda kamu. Kalau minda kamu sudahpun direvolusikan, memang sahih kamu bukan pembaca bidikan aku. Bukan revolusi besar-besaran pun, cuma kadangkala aku sedih melihat orang-orang yang sungguh rendah cita-cita mereka.

Pada masa yang sama aku pun bukan usahawan berjaya yang bergaji berpuluh-puluh ribu sebulan, tetapi sekurang-kurangnya aku ada cita-cita. Dan cita-cita ini tidak pernah padam, cuma ianya berevolusi. Evolusi menaikkan tahap pencapaian, tentang apa yang aku ingin capai dalam hidup aku.

Tetapi ini semua bukannya mudah. Banyak halangan yang aku telah tempuhi, yang boleh membuatkan sesiapa gila dan pecah otak. Secara jujur aku pernah fikirkan apa agaknya rupa aku dengan kepala pecah di tengah jalan. Nasib baik ada Astro. Dan nasib baik aku agak mudah memikirkan objektif hidup seterusnya. Walaupun jika dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya aku macam-macam yang telah aku berpeluang alami dan lakukan, masih banyak lagi benda yang aku tidak kenal.

Itulah yang aku hendakkan kamu fikirkan. Jangan cepat dan mudah berpuas hati. Keluarkan diri kamu dari tempat yang selesa, dan abaikan apa-apa ideologi yang boleh menghalang kamu. Aku bukan suruh kamu buangkan segala apa yang kamu belajar selama ini, tetapi secara peribadi aku rasa memang membazir jika kita dilahirkan di dunia ini dan apa yang kita berjaya kecapi hanya seciput.

Sebab pada aku selagi kamu tidak menyusahkan sesiapa kecuali diri kamu, the sky is the limit. Perlu prihatin tentang keadaan sekeliling kamu, tetapi jangan biarkan orang lain menghalang apa yang kamu hendaki.

(Macam kursus motivasi pula. Aku benci bila aku menulis begini. Tapi, mungkin ada peluang buat wang ni.)

Khamis, Oktober 30, 2008

Perihal Anak Didik Yoda Dan Yoga





Ketiadaan perkhidmatan Internet dan servis Astro yang tiada servis betul-betul di rumah boleh menggilakan otak. Akibatnya aku terpaksa melakukan aktiviti-aktiviti lain, seperti bersenam dan melepak tak tentu arah di kedai mamak.

Untuk menulis nukilan pun sukar, sebab aku sukakan privasi ketika menulis, dan juga khidmat Wikipedia untuk semakan fakta. Aku bukannya seperti penulis sensasi majalah The New Republic yang kontroversi dahulu iaitu Stephen Glass, di mana dia dengan mudah telah menulis cerita-cerita fantasi yang diakuinya sebagai kisah benar. Memang mudah dia 'mereka' fakta-fakta yang kononnya benar, dan memang agak kecoh dahulu di Amerika Syarikat pada awal tahun 90an disebabkan kes ini. (Ini semua aku belajar dari menonton filem di Astro lakonan si kayu Hayden Christensen iaitu 'Shattered Glass.') Apa-apapun aku tidak sabar untuk menunggu kontroversi seumpamanya muncul sini di Malaysia.

Memang agak kecewa jika aku pandang banyak penerbitan di Malaysia yang tidak mengambil endah tentang proses semakan fakta. Semua main tulis sahaja, tanpa pengesahan bahawa apa yang ditulis itu benar ataupun tidak. Pada masa yang sama aku juga mungkin bersalah, sebab banyak rujukan aku ialah dari Wikipedia, dan tidak semuanya di sana itu adalah fakta yang sahih, walaupun aku rasa mereka sedaya-upaya (dengan bantuan orangramai) untuk mencapai status pembekal fakta termutlak di Internet.

Sebab itulah di sini, walaupun dengan polisi 'kebebasan bersuara' masih banyak penerbitan yang menapis kandungan mereka berasaskan kepentingan mana-mana pihak tertentu, tidak kisahlah dari segi politik, wang, mahupun politik wang. Ini mungkin tidak salah pun sebenarnya, tetapi menyukarkan kita semua sebagai orang yang ingin tahu jika kita semua inginkan sumber fakta (ataupun berita) yang alternatif. Aku rasa ramai orang Malaysia kita telah pun menulis tentang hal ini di blog-blog mereka. Dan kemunculan blog memanglah rahmat bagi kita semua, cuma terpulang kepada kita untuk menilai mana yang boleh pakai ataupun tidak, bukan?

Panjang betul hujah pengenalan aku hari ini. (Bahasa hari ini pun agak poyo. Beginilah rupa nukilan yang ditulis terlebih dahulu dan bukan secara spontan.)

Aku sebenarnya ingin menulis tentang satu golongan manusia yang aku perasan semenjak dua menjak ini. Bukan satu golongan tertentu, tetapi lebih kepada satu ideologi umum dan mentaliti yang dikongsi oleh ramai orang Melayu di sini.

Golongan Yang Tidak Sedar Diri Orang Malaysia.

Untuk aku, walau se-urban mana pun aku, walau sejauh mana aku sesat pun, aku bangga jadi orang Malaysia. (Ini bukan cerita pasal kaum, OK?) Aku bangga dengan segala kelebihan dan kekurangan negara aku, dan walaupun aku mungkin selalu merungut tentang keadaan di sini, aku sedar siapa diri aku. Walaupun aku dianggap kebaratan atau menyongsang atau apa pun, aku bangga yang aku bekerja dan hidup di sini, mencari rezeki selarat mana untuk kekal tinggal dan berjuang di sini.

Bukan apa, aku perasan ramai orang yang mungkin telah belajar atau tinggal sebentar di luar negara, dan kemudiannya kembali ke sini dan merungut. Yang paling biasa ialah merungut tentang cuaca panas. Tak lupa mereka yang merungut akibat sifat-sifat buruk warganegara kita, dari amalan sosial, ekonomi, tradisi dan macam-macam lagi. Merungut lebih, dan kemudiannya bermimpi kononnya diri akan lebih aman di luar negara (walaupun tinggal di sana untuk beberapa tahun) sebab rakyatnya di sana lebih bertamadun. Atau lebih bersih. Atau bercakap lebih sopan. Atau berkemaluan lebih besar/ketat. Dan banyak lagi.

Seteruk mana pun negara kamu, dan sehebat mana pun kamu, aku rasa kamu perlu ada tanggungjawab terhadap negara tempat kamu lahir. Siapa lagi yang bakal jadi pelapis rakyat serta tenaga kerja dan bakal pemimpin kalau bukan kamu sendiri? Tiada siapa yang akan memajukan kamu selain dari diri kamu sendiri. Sampai bila kamu perlu serahkan bulat-bulat tanggungjawab kepada orang luar?

Negara kita bukan seteruk mana pun. Masih boleh bekerja, ekonominya agak stabil. Semua aman dan makmur. Dan kalau kamu (dengan pendidikan di negara kononnya lebih maju dari Malaysia) tidak boleh hidup senang dan mewah dengan kelebihan yang kamu ada maka sia-sialah apa yang kamu menimba pengalaman di sana.

Betul tak? Di sini pun boleh buat yoga apa? (Eh, mungkin haram.)

Rabu, Oktober 29, 2008

Filem Pendekar Bujang Lapok Memang Bagus.

Aku pasti ramai di antara kamu yang tahu tentang adegan terkenal di dalam filem klasik 'Pendekar Bujang Lapok', di mana ketiga-tiga watak utama sedang berdiri di depan sekolah buta huruf untuk orang dewasa dan watak S. Shamsuddin berkata 'Alif mim nun wau = sarkis'. Kalau kurang pasti kamu boleh tonton di bawah.



Tetapi tempohari aku perasan satu lagi perkara menarik tentang filem tersebut. Pada awal filem kita boleh lihat adegan di jeti sampan, di mana sekumpulan samseng sedang berkuasa di situ, membuli penumpang-penumpang dan mencekik darah mereka.

Cuba perhatikan baju yang semua ahli kumpulan samseng sial itu pakai. Perhatikan ada motif apa di baju mereka semua.



Kebetulan? Tidak mungkin. Bu-wek.

Isnin, Oktober 27, 2008

Makan Nasi Lemak Sambil Berpeluh Di Rumah Sendiri Memang Menyeronokkan.

Setelah penat melayan band dari Australia yang hanya melayan satu chord selama 8 minit semalam, (bayangkanlah kalau band dari Malaysia yang buat, mesti dalam 2 minit 32 saat sudah kena boo beramai-ramai) aku terus pulang ke rumah, walaupun ramai kawan yang sedang berlepak minum beramai-ramai. Sebaliknya aku ke Kampung Baru (yang sudah dinaiktarafkan dengan kawasan pejalan kaki dan lampu-lampu pasca-moden yang amat menggembirakan populasi tikus di sana) untuk membeli dan membungkus nasi lemak overrated yang aku gemari. Dan kemudiannya aku makan sambil berpeluh berseorangan di rumah.

Entah mengapa semalam aku memang bukan di dalam mood bersosial aku. Lumix yang dibawa hanya disimpan di dalam beg, tidak dikeluarkan atau digunakan langsung untuk mengambil gambar kaki atau kasut atau lurah dada sesiapa. Aku pun tidak tahu mengapa, dan aku tak peduli sama ada sesiapa pun faham mengapa ataupun tidak.

Dan kemudiannya aku naik bengang, sebab sudah lebih satu minggu aku tidak boleh menggunakan Internet di rumah, dan Astro juga semakin bangang. Walaupun tidak hujan di mana-mana, paparan biru dengan tulisan "Service Is Currently Unavailable" dan kotak kecil kuning yang hanya aku dapat tonton sepanjang malam. Akibatnya aku terpaksa melayan lagu satu chord dengan gitar aku di rumah, untuk cuba mendapat inspirasi dari persembahan band yang aku tontoni malam semalam. (Walaupun aku bukan seorang pemain gitar.)

Aku hanya tahan 1 minit 32 saat.

Kadangkala hidup ini macam tidak keruan bukan? Mungkin aku sedih memikirkan perihal ayah aku yang sukar bergerak dan berkomunikasi, dan mungkin aku takut memikirkan kebarangkalian perkara yang sama berlaku terhadap aku. Sebab sukar untuk aku bayangkan berada di dalam satu situasi di mana aku mempunyai minda yang sihat dan segar-bugar tetapi mempunyai tubuh dan anggota badan yang tidak bertindakbalas dengan cara yang aku inginkan. Sebab itulah realiti yang ayah aku hadapi.

Dan aku kelakar melihat reaksi ahli keluarga aku yang lain bila ayah aku sukar berkomunikasi. Walaupun apa yang diinginkannya mudah (seperti, "Kaki aku kejang, tolong urutkan." ataupun "Leher aku sakit, tolong alihkan bantal.") tetapi akibat terlalu percayakan benda-benda yang karut macam-macam intepretasi mistik yang difikirkan sampai penat aku.

Sampaikan aku bising dengan ayah aku supaya kalau nak cakap, cakap betul-betul, supaya ahli keluarga aku yang penakut semua itu tidak fikirkan yang bukan-bukan. Sampai aku marahkan kakak aku supaya tidak melayan ayah aku bagaikan seorang yang terencat akal, sebab walaupun dia kadang-kadang berhalusinasi, akalnya masih berfungsi seperti biasa.

Sekian sahaja untuk hari ini, dan Selamat Menyambut Hari Diwali kepada pembaca-pembaca beragama Hindu aku semua.

Jumaat, Oktober 24, 2008

Betapa Mudahnya Kita Pandang Mudah Segala Kemudahan.

*Pening* (dan terlupa bawa ubat.)

Aku masih di kampung halaman, menulis dari sebuah kafe berWi-Fi yang berdekatan dengan rumah aku. Ya, tempat lahir aku memang sudah maju.

Dan tempohari ketika mengemas bilik lama aku yang penuh berhabuk dan berhama, aku terserempak dengan surat-surat lama aku, yang paling lama ketika aku masih belajar di Tingkatan Satu di sebuah sekolah berasrama elit Melayu (yang aku tinggalkan tahun berikutnya), dan surat-surat ketika di IPTA di sini.

Apa yang aku kagum ialah melihat jumlah poskad yang amat banyak, yang biasanya penuh dengan penulisan teman-teman ketika itu yang berbunyi, "Saya ada kat rumah nanti pada (tarikh), kalau poskad ni sempat sampai telefonlah saya kat rumah, ni nombor telefon 03-XXXXXXX."

Ataupun surat-surat dari dalam dan luar negara yang berbunyi, "Saya sekarang main air. Awak tengah buat apa? Awak nanti bila cuti? Kalau cuti awak ke mana?"

Inilah realiti zaman kehidupan sebelum internet, sebelum telefon bimbit lagi. Semuanya bergerak begitu perlahan, dan memang perlu banyak berusaha, semata-mata untuk berkomunikasi. Kalau hendak bertelefon sekali pun, kena buat perancangan agar kebetulan kamu berada di sebelah telefon rumah. Semua berita pun datang sekurang-kurangnya tiga hari lambat, sebab begitulah masa yang diambil untuk sepucuk surat tiba di kotak surat kamu.

Mungkin sebab itu aku selesa di zaman ini. Ibu aku dahulu selalu bising, "Kau ni, semuanya hendak serta-merta!". Dan di zaman ini, semuanya boleh dapat serta-merta. Mungkin kehidupan zaman ini akhirnya berjaya mencapai tahap keserta-mertaan yang aku idami dari dahulu.

Itu sahaja untuk hari ini. Motifnya hanya sebagai peringatan untuk kita menghargai kemajuan cara komunikasi kita sekarang.

Khamis, Oktober 23, 2008

Kadangkala Apa Kita Perlukan Hanya Masa Untuk Berfikir.

Sudah beberapa hari aku berada di kampung halaman (yang bukan kampung pun sebenarnya) untuk melihat-lihat keadaan orang tua aku yang tidak berapa sihat. Alhamdulillah sudah semakin pulih, cuma masih lemah-lemah badan. Terima kasih di atas segala komen-komen membina yang aku terima sejak kebelakangan ini.

Jadi, dalam masa beberapa hari ini aku sempat melihat kiri kanan, memerhatikan keadaan sekeliling, sekadar menilai kehidupan yang aku sekarang, sambil makan percuma.

Cuma kali ini aku sedikit bernasib baik kerana sekarang bukan musim Akademi Fantasia, cuma aku meluat menonton pengumuman khas di Astro Awani tentang perkahwinan Mawi tempohari. Adik kembar bakal isteri Mawi comel, bukan?

Sebaliknya Ibu aku sekarang gemar menonton sinetron, terutamanya yang penuh dengan perempuan Indo (bukan Indon) bermisai halus dan bermekap tebal, yang digandingkan bersama pelakon lelaki Indo (bukan Indon) yang baru bercukur dan juga bermekap tebal. Salah satu yang aku ingat ialah siri bertajuk 'Siti Nurbaya', dan satu lagi 'Roman Picisan'. Yang siri kedua itu memang agak pelik sedikit, sebab memaparkan kisah budak sekolah yang kelihatan macam budak Tingkatan 3 yang sedang bercinta dengan pemandu kereta keluarga (Mazda RX8 lagi!) yang pakai mekap. Apa-apapun memang kelakar melihat kisah budak-budak sekolah di sana (yang kesemuanya bermekap tebal) yang memang penuh kontroversi dan main tikam belakang.

Memang kurang logik.

Aku perasan juga ada penerbit-penerbit di sini yang sedikit sebanyak ingin meniru konsep yang diketengahkan oleh sinetron-sinetron sama, mungkin untuk membidik golongan yang sama untuk menonton. Di sini ada rancangan 'Lima Jingga' (ke 'Enam Jingga'?) yang memaparkan kehidupan budak sekolah yang juga cheerleaders di sekolah. Tak kurang pula selepas kemunculan 'Kami' ada juga rancangan-rancangan yang kononnya ingin memaparkan kisah tentang golongan yang sama, sampai aku perasan tadi di saluran RTM2 ada satu siri tentang penyiasat-penyiasat remaja tapi aku tak ingat tajuknya.

Mungkin sekarang akhirnya orangramai sudah sedar bahawa pengaruh golongan remaja di sini adalah besar. Mungkin kuasa pembelian mereka tidak sebesar kuasa pembelian golongan remaja di Jepun atau Tokyo misalnya (yang memang sahih mengawal sebahagian besar pasaran di sana, terutamanya pasaran yang berasaskan fesyen, trend dan muzik serta hiburan.) tetapi aku rasa kita sedang menghala ke arah yang betul sekarang.

Sebab yang aku perasan, dari masa aku remaja lagi pun, yang golongan remaja sering dikaitkan dengan masalah dan perkara-perkara negatif. Ini mungkin sebab ideologi kolot dan tradisional masih mengawal mindset masyarakat kita, dan jarang memandang ke golongan remaja sebagai pemangkin masa hadapan. (kecuali mereka yang termasuk ke dalam templat 'Rakan Muda' yang aku akui, tidak berapa cool pun dari dahulu.)

Apa-apa pun, aku rasa seberapa moden pun masyarakat kita, kita masih berfikiran tradisional. Kita masih golongan yang masih mengamalkan tradisi lama, walaupun kita mempunyai keupayaan untuk memulakan tradisi baru yang lebih relevan, dan melupakan tradisi-tradisi yang kita tak patut peliharakan.

Kalau kamu diberi peluang, tradisi apa yang kamu ingin kekalkan dan apa pula yang kamu harap akan dilupakan? Sila beri komen.

Isnin, Oktober 20, 2008

Minta Maaf, Tetapi...

...blog ini akan bercuti seketika, sekurang-kurangnya seminggu, atas sebab-sebab peribadi. Bukan ditutup selama-lamanya, jadi nantikanlah nukilan-nukilan selanjutnya.

Sementara itu aku ingin bertanya kepada kamu, "Apakah perkara menggembirakan hati yang kamu buat bila kamu sedang bersedih"?

Tulis jawapan di ruangan komen ya? Terima kasih.

Jumaat, Oktober 17, 2008

Pelik Tapi Benar.

Selain dari carian-carian yang masuk akal untuk sampai ke blog ini seperti 'akutakpeduli', 'melayu minimalis', 'buah dada', 'bikini' dan 'buah dada berbikini', ada banyak carian-carian yang sedikit sebanyak menggambarkan demografi pembaca-pembaca aku. Di sini, dan dengan menggunakan khidmat gostats.com, aku ingin kongsikan carian-carian Google serta Yahoo yang kamu telah buat untuk sampai ke sini, dan semestinya besertakan komen-komen ringkas pendapat aku tentang carian tersebut.

Amaran, jangan membaca sambil minum air nanti tersedak sampai air keluar melalui hidung.

• kilang menjual alat-alat kemera di kuala lumpur dan selangor
—salah eja kamera. Dan setahu aku kilang jarang menjual barangan, hanya mengilang barangan.

• gambar awek cun yang di johor
—di kawasan Subang lagi ramai.

• aku main dengan orang gaji
—ish. Jijik. John, stop it!

• kenapa aku tak melayu macam orang melayu
—tetapi haruskah kamu Melayu sangat sampai jadi Melayu?

• video gadis potong zakar
—aku pun nak tengok!

• senarai nama kedai menjual jeans bersaiz besar
—aku rasa kamu patut Google 'cara-cara menguruskan badan'. Kecuali kalau kamu Mat Hiphop-lah (Cerita Lain). Kalau ya, maafkan aku.

• nafsu remaja hingusan comic
—tiada komen.

• ladyesah bogel
wtf?

• kesalahan bahasa dalam iklan hotlink
—aku tidak pasti sama ada ianya iklan Hotlink atau bukan, tetapi aku perasan ada satu iklan yang mengeja 'baru' sebagai 'baharu'. Tidak lulus SPM mungkin.

• kemunculan punk pada tahun berapa
—antara tahun 1974 dengan 1976 beb.

• cincin batu petir
—aku rasa kamu tengah cari blog ini.

• check akaun cimb aku
—aku rasa kamu pula tengah cari laman ini.

• 3g gambar awek sunway lagoon
—malangnya tiada di sini tetapi aku tahu di mana ada. ;)

• zouk haram tempat
—Tempat ini memang haram. Dilarang melangkah masuk, terutamanya jika kamu pencinta cheongsam.

• wikipedia (lurus bendul)
—sebenarnya aku nak sangat buat carian ini sendiri, tengok apa yang keluar.

• tesis tentang rancangan melodi
—ingat, jangan copy and paste sahaja. Luangkan masa sedikit untuk membuat kajian, dan cuba terjah sendiri si Michelle rambut perang tu.

• sabun popinjay
—aku sebenarnya pernah suka sabun jenama 'Popinjay' suatu ketika dahulu. Sebelum aku akil baligh. Dan tiada kuasa untuk menentukan jenama sabun apa yang patut digunakan.

• picit jerawat puasa
—hukumnya tidak batal.

• peha kurus skinny jeans
—sila Google 'gadis_urban flickr'

• new teenegers fresh feshen
—kamu yang buat iklan Hotlink itu, ya?

• nak jadi pengedar kereta toyota
—jawapannya tiada di sini.

• merokok pemangkin penagih dadah
—aku merokok tetapi tidak mengambil dadah. Aku rasa staf Kementerian Kesihatan perlu lebih usaha untuk menyediakan laporan-laporan am mereka.

• megi kuah paling sedap
—mestilah Kari!

• megat johan
—cuba tambah perkataan 'Sunway'.

• maklumat lari berpagar
—aku yakin tiada maklumat tentang lari berpagar di dalam Bahasa Melayu di dalam Internet ini. Istilah Inggerisnya ialah 'hurdles'.

• karangan tentang gempa bumi
—itulah kamu, Cikgu sudah bagi kerja rumah sudah dekat seminggu. Esok sudah kena hantar tapi malam ini baru Google. Budak-budak zaman sekarang.

• fesyen katok
—ini aku betul-betul tidak faham. Apakah fesyen katok?

• cara baca kod magnum
—berjudi itu adalah haram, Bang.

• BRENDA WALSH
—aku paling bangga dengan carian ini. Dan aku tidak sabar menunggu kemunculan siri baru '90210' di Astro November ini. Harap-harap Shannen Doherty tidak banyak songel di set penggambaran.

• bersenam tapi tidak berpeluh
—jawapannya berenang.

• berita-berita tentang penagih dadah
—beginilah cara-cara kru 'Edisi Siasat' serta sidang redaksi Harian Metro mencari ilham episod/naskhah seterusnya.

• bagaimana mencairkan perempuan?
—bakar perlahan-lahan.

• cara-cara tanya seorang perempuan
—Pergi ke arah perempuan. Renung matanya. Tanya. Kalau kamu seorang perempuan pastikan orientasi seksualnya dahulu.

• cara belajar fizik
—Dengan buku teks kajian fizik, bukan blog aku.

• alang alang menyeluk pekasam
—biar sampai ke pangkal lengan.

• aku halimunan
—agak canggih juga fantasi-fantasi orang Melayu kita sekarang ya?

• akibat makan makanan segera
—rujuk carian 'senarai nama kedai menjual jeans bersaiz besar' dan 'bersenam tapi tidak berpeluh'.

Pelik tapi benar, bukan?

Khamis, Oktober 16, 2008

Dilema Rancangan TV Realiti Asia.

Satu perkara yang aku perasan selepas muncul musim pertama rancangan 'Survivor' pada tahun 2000 lalu ialah meletupnya rancangan-rancangan TV realiti. Selepas itu memang banyak rancangan-rancangan TV sealirannya muncul, dari yang amat bagus ('The Amazing Race', 'America's Next Top Model') kepada yang amat teruk— ('Beauty & The Geek', 'Who Wants To Be A Superhero'.) Tidak lupa juga rancangan yang berasaskan selebriti seperti 'The Osbournes', 'Snoop Dogg's Fatherhood' dan 'Gene Simmons' Family Jewels', yang memberikan kita peluang untuk melihat kehidupan seharian selebriti Amerika, walaupun kadangkala memang ketara sangat mengikut kehendak skrip. (Dan 'Denise Richards' It's Complicated' memang tak boleh bla.)

Dan sudah tentu juga penerbit-penerbit siaran TV di Malaysia akan masuk ke padang yang sama. Kita di sini memang banyak rancangan TV realiti, dari yang menjanjikan wang ringgit, pekerjaan, kontrak rakaman, bini, dan macam-macam lagi.

Tetapi aku terlihat satu fenomena yang wujud di rancangan-rancangan TV realiti yang diterbitkan oleh orang kita, malah, mungkin satu Asia atau Asia Tenggara. (Kecuali Jepun. Google 'Denpa Syonen' dan kamu akan tahu mengapa.)

Orang Asia di dalam TV biasanya membosankan.

Jangan salah faham, kalau kamu letakkan satu orang perempuan Asia (lagi-lagi yang kurus, berbuah dada besar dan suka pakai bikini) di dalam rancangan yang diterbitkan di Amerika Syarikat misalnya, mungkin sesuatu yang menarik akan berlaku. Kata Mat Salleh, boleh dijadikan 'token Asian'. Mampu menambahkan ratings.

Tetapi, jikalau kamu letakkan 10 orang Malaysia yang ingin merebut sesuatu ganjaran dan kamu arahkan kru kamera mengikuti mereka, perkara paling menarik yang mungkin boleh berlaku ialah terjatuh syiling ketika ingin membayar duit tol.

Atau kereta disaman MPPJ/MPSJ/MPAJ/MDKU akibat tidak membayar duit letak kereta.

Tidak akan ada adegan-adegan dramatik yang melibatkan peninggian suara, baju T basah menampakkan puting (untuk wanita), tamparan ke muka sampai menangis, atau rancangan serta skima diabolikal untuk menjatuhkan seseorang peserta lain.

Sebab orang Asia semuanya bersopan-santun. Dan jarang yang pandai berdrama sampai terpekik-pekik dan kebiasaannya semuanya suka memakai coli. Kecuali pelakon drama.

Mungkin ini yang difikirkan penerbit 'The Amazing Race Asia' ketika mereka memilih peserta untuk rancangan musim ke-3 ini. Aku kurang pasti dengan proses pemilihan peserta untuk rancangan ini, tetapi berdasarkan apa yang aku lihat, kriterianya adalah—

• kenal penerbit atau team penerbitan
• berwang
• model atau pelakon beragensi
• kenal model atau pelakon beragensi
• berotot (untuk lelaki), berbuah dada besar atau berkaki panjang (untuk wanita)
Jadi apa relevannya? Konsepnya memang agak lain dari konsep asal rancangan ini di Amerika, di mana peserta-peserta merantau ke satu dunia untuk merebut hadiah wang USD$1 juta (versi Asia hanya USD$100,000) dan mungkin ini sebab ianya telah diadaptasikan untuk penonton-penonton Asia. Tetapi aku masih geram dengan proses pemilihan peserta. Macam seakan-akan menonton siri drama ala TV realiti, dan bukan TV realiti sebenar.

Bukan apa, aku pasti 'kebanyakan' aksi yang ditunjukkan di dalam rancangan tersebut adalah asli, tetapi adakah peserta yang ditonjolkan di dalam siri tersebut benar-benar menonjolkan orang Asia yang sebenar?

Ataupun orang Asia berdasarkan apa yang penerbit/penonton TV mahu? Jadi di mana realitinya?

Apa-apapun aku tidak sabar menunggu rancangan TV realiti berdasarkan kisah kehidupan seharian Siti dan Datuk K serta rancangan TV yang menonjolkan kehidupan selebriti Z-list (maksudnya senarai terkebawah-lah) selepas gambar bogel mereka disebarkan di Internet. (idea yang kedua itu hakmilik aku, sila berhubung untuk mendapatkan lesen francais.)

Erti 2008.



2008 memang tahun yang banyak perubahan besar untuk aku. Semuanya, sampai sekarang, adalah perubahan yang positif.

Dan aku rasa dua perubahan yang amat besar boleh dirumus dengan memerhatikan gambar di atas. :)

Dan aku pasti juga dua perubahan itu merupakan pemangkin besar untuk langkah-langkah perubahan yang aku telah ambil seterusnya. Tanggal Januari nanti aku akan ke pejabat baru dengan rakan-rakan baru dan gaji baru, yang sudah tentu menjanjikan banyak destinasi-destinasi baru untuk aku. Macam Tokyo.

Tapi aku rasa perkara yang aku sedang seronok nantikan ialah kebebasan kewangan. Sudah lebihkurang 4-5 tahun aku statik (macam tajuk lagu kurang original sahaja), tiada perubahan, dan mungkin ketika itu aku tidak mahukan perubahan pun, sebab mungkin aku Melayu dan mudah berpuas hati.

Cukup sudah semua itu!

Aku inginkan Leica D-LUX 4, Paul Reed Smith Standard Satin (ataupun versi 'Singlecut'nya), sepasang Technics SL-1210M5G berserta Pioneer DJM-400, dan macam-macam lagi tahun 2009 nanti. (Sifat kuat berangan disertakan dengan semangat bersungguh-sungguh adalah baik, bukan?) Tidak lupa untuk menggunakan passport RM300 untuk ke negara luar selain Singapura.

Macbook Pro tak perlu beli. Majikan baru aku kasi. Secara percuma.

Kepala Aku Senget Tidak Boleh Diluruskan.





Semenjak dua menjak ini aku asyik tertarik otot belakang mahupun leher. Memang sudah dari dahulu lagi, otot belakang aku memang lemah, sampaikan terpaksa melalui terapi haba infra-merah satu masa dahulu.

Kamu tahu kan perasaan terseliuh kaki? Bila otot kaki atau betis kamu terkujat?

Sekarang cuba bayangkan otot yang terkujat itu ialah otot belakang kamu. Sakit tau. Makcik aku yang rajin mengurut katanya aku tidak boleh kena sejuk, (Makcik aku yang sama juga sekarang berkata otot aku semakin keras. Senaman, beb!) sebab kalau kena akan mula meragamlah otot belakang aku.

Dan masalahnya perkara ini berlaku bukan ketika aku melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti boling, parkour, aggressive inline skating mahupun freestyle walking, tetapi ketika melakukan perkara mudah, seperti ketika mencapai beg dari tempat duduk belakang dalam kereta, atau ketika mencapai krim mandi ketika di dalam bilik air.

Jadi pagi tadi aku bangun seperti orang normal, tetapi selepas makan tengahari, tiba-tiba leher aku rasa macam 'salah bantal'. Sampai sekarang. Sampai tidak boleh tidur...

Haih.

Rabu, Oktober 15, 2008

Tanya Abang Minimalis Musim 5 Episod 2.

hac01 bertanya...
ape pendapat pasal bailout plan tu?
Aku bersyukur sebab ekonomi Malaysia sekarang tidak banyak bergantung kepada ekonomi Amerika sahaja jika dibandingkan 10 tahun yang lalu. Aku sebenarnya tidak banyak pendapat dari segi ekonomi, sebab dari kecil dahulu aku tak minat matematik. Sampai sekarang tiada duit simpanan.
Unitedjerks! bertanya...
Salam MM
Relevankah sistem ekonomi kapitalis pada masa kini?
Apa pendapat saudara tentang budaya "cut and paste"?
Kalau bukan kapitalis apa lagi? Sejarah telah membuktikan segala apa jenis ekonomi selain dari kapitalisme tidak boleh berjaya di dalam skala yang besar. Sosialisme, komunisme, semuanya buat masa ini gagal, kalau tidak gagal pun jadi bahan gelak ketawa masyarakat global. Dan aku rasa kapitalisme betul-betul menyerlahkan semangat survivalism di kalangan manusia, di mana mereka yang benar-benar rajin dan pandai mencari peluang sahaja yang akan berjaya.

Budaya 'cut and paste' pula akan menjadi punca kematian penyelidikan. Aku lihat ramai mencari jalan mudah (termasuk aku) yang mengabaikan proses penyelidikan (tidak kisahlah untuk apa sekali pun) untuk maju kehadapan. Mungkin pada masa yang sama soalan ini berkait dengan jawapan di atas, sebab lumrah alam ini masih 'survival for the fittest'. Dan mungkin budaya 'cut and paste' ini adalah salah satu cara untuk mereka yang bijak menggunakan apa yang ada untuk kepentingan dan keuntungan diri sendiri. Aku rasa tidak salah, cuma cara penggunaan sahaja yang penting. Ingat, gaya bukan kerana apa yang kamu pakai, tetapi bagaimana cara kamu pakai.
apan bertanya...
Memandangkan kamu orang sains, aku tanya pasal sains. bley tak kamu terangkan camna teori graviti ni bley apply dalam perjalanan kapal terbang?
contohnya: kenapa perjalanan kapal terbang dari malaysia ke eropah (secara terus) ambil masa yang hampir sama dengan perjalanan eropah ke malaysia?kalaulah bumi ini berputar ikut arah jam, tentulah perjalanan balik mengambil masa yang lebih singkat. camna ek?
Sama seperti jika kamu membaling kapalterbang kertas di dalam bas yang bergerak. Halaju satu objek itu adalah relatif kepada halaju 'dasar'. Putaran bumi ada halaju tertentu yang relatif kepada halaju kapalterbang. Untuk kapalterbang kertas, halajunya bergantung kepada kelajuan bas tersebut. Untuk kapalterbang betul, halajunya bergantung kepada kelajuan putaran bumi bukan?
Nurhanis Mahamarowi bertanya...
Saya terus kepada soalan ya,
1. Kenapa MM suka Macbook/Apple ?
2. Jenis telefon bimbit pilihan MM dan kenapa ?
Aku sudah 13 tahun menggunakan produk Apple secara menyeluruh. Dan rekabentuk Apple lebih minimal dan sesuai dengan citarasa minimalistik aku. Lagipun aku tidak hadapi banyak masalah ketika penggunaanya, seperti masalah driver, dan hardware-hardware yang tidak compatible. Aku jenis yang ingin terus buat kerja, dan tiada masa untuk memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul semata-mata UNTUK bekerja. Setakat ini Apple memang tidak menghampakan aku. Telefon bimbit pula aku tidak kisah, janji murah dan slim, janji muat di dalam skinny jeans aku, sebab aku tidak suka letak telefon bimbit di dalam beg.
SESEORANG bertanya...
MM,klik link ni, ada vc interview dgn beberapa individu.adakah individu dalam vc ke-2 tu AKAB aka MIKE?
http://ajamihashim.blogspot.com/2008/10/kami-movie-disfemisme-yang-betul.html
Ya.
zureen bertanya...
dear MM.
n electromagnetic radiation ni..mempunyai wave-particle duality. pastu kalau kita nak identify dia..kena identify dua-dua sekali lah ye? cam, cthnye a red light can behave like waves under certain circumstances, but boleh juga behave like a particle/photon?(sapa2 nak jawab kalau terbaca soklan ni, dipersilakan jua)
ehem. tapi dalam photoelectric effect..e.mag radiation acts as a photon. what about the electrons yang di emit? what do they behave like? waves ke?
Orang sains pn slalu taip soklan macam ni yerk?
aremierulez bertanya...
apakah pendapat MM tentang pemberian pangkat darjah kebesaran (dato', tan sri) kepada penghibur yang rasanya tidak patut dapat adalah wajar?
contoh: M Daud. Kilau boleh dapat Dato' kerana boleh bergelek. S.M Salim yg tak de sambutan sangat boleh dapat tan sri
adakah golongan orang seni ini layak menerima pangkat sedemikian?
dan yg terbaru, shah rukh khan pula boleh dapat dato, macam micheal yeoh. Apa rasional nya pula mereka boleh dapat pangkat demikian?
Sebab kita perlu ingat, untuk kemajuan sejagat sesebuah masyarakat, tidak terhad kepada kemajuan ekonomi, sains, politik, sukan sahaja. Kemajuan dari seni kreatif termasuklah seni, rekabentuk dan penyiaran memang penting. Sebab memang salah satu syarat untuk tergolong di dalam kategori 'negara maju berindustri' adalah untuk sesebuah negara itu untuk memiliki intelek seni yang semaju intelek sainsnya. Aku pernah tulis tentang perkara ini dahulu. Jadi mungkin penganugerahan ini semua bermaksud untuk menjadi inspirasi atau pemangkin kepada pencetus kreativiti. Bukan begitu?
Sarah is the One bertanya...
kerana sudah ada di chat box komen tentang tak peduli itu tak peduli ini, boleh tak MM terangkan sedikit apakah benda yang MM tak kisah langsung dalam dunia ini sebab kelakar juga bila baca orang argue, kalau betul tak peduli, kenapa nak ada blog ni dari asal. kalau boleh buat dalam senarai lagi bagus. supaya orang yang tak puas hati boleh baca, telan, dan boleh move on
Aku tak peduli pun orang nak baca, telan dan boleh move on. Sesiapa yang tidak faham sila baca semua kandungan blog aku dari mula sampai sekarang, selepas itu baru komen, ya? Sebab aku tidak bertanggungjawab ke atas kecetekan pemikiran mana-mana pembaca aku.
emollient bertanya...
selalu blog entry pasal fashion ATP menampilkan kasut, baju, kamera dan pelbagai lagi barangan yang selalunya baru, eksklusif ataupun edisi terhad..sudah tentu mahal. Perkembangan terbaru dunia masa kini menampakkan kemelesetan ekonomi akan melanda segenap pelusuk dunia. Jadi, sudah tentu trend konsumer akan beralih ke barang-barang murah, sesuai dengan kemerosotan kuasa membeli. Oleh itu, saya ingin bertanyakan MM, bagaimanakah caranya kita bergaya dalam keadaan begini? Apakah cara-cara untuk menjadi seorang recessionista,selain dari pergi cari di jualan murah atau kedai bundle?
Seperti yang aku sebut di atas, ianya bukan apa yang kamu pakai, tetapi cara kamu memakainya. Kalau kamu tusukkan mantra tersebut ke dalam minda kamu aku rasa tiada masalah. Fikir minimalistik.
Tipu Tapi Benar (TTB) bertanya...
Soalan saya :
MM diberi satu peluang untuk kembali ke satu masa di zaman silam menggunakan kereta DeLorean DMC-12 dan membawa kembali 3 barang barang/benda dari masa silam tersebut. Apakah barang/benda yang akan MM bawa kembali ke zaman ini?
Terima Kasih
Aku rasa semuanya bergantung ke era mana di zaman silam itu bukan? Soalan tidak lengkap, sila isikan borang dengan betul-betul dan hantar semula. Kalau soalan se-am begini mungkin agak sukar untuk aku jawab.
Extremist Thinker berkata...
ini bukan pertanyaan sebetolnya tapi cadangan. tp harap dapat jawapan dalam post mendatang ye.
sila rujuk youtube ini.
http://www.youtube.com/watch?v=gwwrnNeY8yY&eurl=http://aisyahrozi.com/
bolehkah bro MM menjawab soalan dalam format audio dan video semacam aisyahrozi?
p/s: sori aisyahrozi amek youtube ko wat contoh
Tak boleh.
tank bertanya...
resepi menjadi seorang blogger yg berjaya...
Sila ambil kursus ini.
al gorerotted bertanya...
Kalau sebelum ni ada umat sudah bertanya perihal gitar yang menjadi pilihan MM jika berpeluang menjadi seorang gitaris, aku nak tanya pula apakah jenis atau jenama atau ciri amplifier yang mungkin jadi pilihan untuk MM beraksi di pentas & menghasilkan karya bunyi-bunyian yang MM gemari?
Terima kasih.
Ada dua jenis amplifier gitar utama, iaitu solid state dan tube. Dua-dua ada kelebihannya masing-masing, cuma ramai orang lebih suka amp tube sebab bunyinya lebih 'berisi', sedap dan mantap. Pada aku kalau penggunaannya betul, tidak banyak beza, terutamanya jika kamu kaki clean tone. (Maaf aku banyak guna istilah yang dipinjam dari Bahasa Inggeris untuk jawapan kali ini.)

Salah satu amp pilihan aku ialah Roland Jazz Chorus JC-120. Walaupun amp solid state, tetapi mampu mengalahkan banyak amp tube dari segi kekuatan bunyi. Aku suka sebab bunyi clean tonenya 'tebal', dan amp itu sendiri tidak banyak 'mewarnakan' tona asli gitar. Untuk amp tube pula aku gemari Fender Twin Reverb, tetapi aku kadang kala tidak suka headroomnya yang rendah, iaitu kekuatan bunyi maksima sebelum tona gitar kamu menjadi distorted. Aku kurang minat amp jenama Marshall atau mana-mana amp jenis stack, iaitu amp yang mempunyai head dan cabinet speaker yang berasingan. Aku lebih minati combo, lebih praktikal, dan kalau tidak banyak beza pun dari segi bunyi jika dibandingkan dengan amp stack.

Aku tidak kisah sebenarnya, janji clean tone aku cukup kuat, sebab aku lebih mementingkan tona gitar dan bunyi yang keluar dari pedal efek aku.
nashkia bertanya...
soalan aku (hasil cetakan ke-2 selepas yg pertama gagal-hilang)

1. Jika kamu berada di tempat aku, mcm mana kamu overcome situation bila ada seorg dua dr kalangan rakan serumah (to be exact 2 org je yg bodoh mcm tu) kamu yang teramat gemar (obses mungkin) menjadikan/mencari issue untuk mereka cakap belakang-kan, synonym-nya umpatan yg berkonsepkan caci-maki. Tmbah teruk mereka itu lelaki!! (ak ada cadangan untuk section tafsiran kamu!! apa kata kali ini tafsirkan lelaki bacul/timid)
mungkin mereka generasi dr zaman paleolitik yg masih wujud sehingga ke ari ini
ak admit masih belum boleh totally 'tidak peduli' dengan ckp2 org. itu mungkin sifat melayu maksimal terakhir yg aku cuba lucutkan.
kamu rasa macam mana?
2. Boleh kamu sarankan apa2 bahan bacaan/pojok (english/malay) yg kamu telah berikan ia label 'mesti baca'..ak prefer dari bahagian history atau asal usul misalnya (world, science discovery, pre-history etc)
thanks
Untuk soalan pertama itu aku rasa kamu tahu respons aku apa. Pada aku jika aku tidak menyusahkan sesiapa, hidup aku sudah cukup selesa.
Untuk soalan kedua pula cuba mulakan dengan membaca buku 'A Brief History Of Time' karya Stephen Hawking.

Aku rasa sekian untuk kali ini. Kerja semakin berlambak wei.

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 10.





Aku nak!

Selasa, Oktober 14, 2008

Tanya Abang Minimalis Musim 5 Episod 1.

Sue Anna Joe bertanya...
Adakah anda suka makan sushi? Jika ya, di mana? Dan apakah order kegemaran? Jika tidak, kenapa?


Suka teramat sangat. Kalau boleh aku hendak makan sushi dan sashimi setiap hari. Tempat yang aku paling suka ialah Umai-Ya di The Place, Damansara Perdana. Ada lagi satu cawangan di Uptown berdekatan Bank HSBC. Sushi kegemaran ialah maguro (ikan tuna mentah), salmon, ebi (udang), tako (sotong kurita), tamago (telur) dan inarizushi (kulit tauhu manis). Paling aku tidak suka ialah ikura atau telur ikan yang berwarna jingga itu. Aku sarankan orang kita cuba cipta sushi yang dihidangkan bersama tempeh. Mesti laku.

siggplus berkata...
kamu pernah belajar di luar negara kan kalau tak silap.. antara malaysia dan luar negara, mana lagi seronok? nyatakan sebab.


Luar negaralah mesti seronok. Sebab kita semua terlalu selesa menjadi majoriti di negara kita, jadi apabila kita menjadi golongan minoriti di sebuah negara asing, macam-macam perkara menarik boleh berlaku. Mungkin atas sebab itu kadangkala aku kasihan melihat pelajar-pelajar Arab atau Botswana yang belajar di negara kita. Aku faham situasi mereka.

Apabila kamu menjadi golongan minoriti di sesuatu tempat, segala-galanya berubah. Perkara yang kamu pandang remeh akan dihargai, tetapi kadangkala aku sedih terfikirkan jalan mudah yang ramai antara kamu ambil, iaitu berkampung bersama. Tidak kisahlah di negara ultra urban seperti Berlin mahupun di kampung-kampung di Sudan, mentalitinya sama. Tidak suka bersusah payah berusaha sendiri, sebaliknya hanya mengharapkan jalan mudah dengan 'rakan-rakan' seperjuangan. Siapa kata Melayu tidak boleh berdikari di negara orang?

Syah Saliman berkata...
sy belajar bahasa jepun tp x byk itupun guna buku abg. dan adakah mm belajar bahasa ni-hon koku ?

Ya, aku belajar Nihongo dahulu.

xordy berkata...
ima nanji deska?


今二時三十二分です。

d7 berkata...
hajimemashite, ogenki deska? (aku sempat blaja tang ni jer pastu cikgu bhs jepun aku kawin lari)
sila komen isu tentang Shah Rukh Khan dapat title Datuk. kenapa sin chan lagi terjal dr shin bei ninja boys padahal muka diaorang sama je. (selain drp nama diaorg lain la kan)

Genki-desuyo. Datuk Shah Rukh Khan? Pemberi pingat peminat filem Hindustan, sudah pasti. Tiada komen selanjutnya. Tentang soalan kedua aku tidak faham istilah 'terjal', maaf.

Disco Dramatic bertanya...
abang minimal, apakah band yang anda currently dengar? kerana saya ketandusan muzik.

Sekarang aku banyak dengar bossa nova dari Bebel Gilberto dan Herbie Mann, dan juga hardbop jazz dari Archie Shepp dan semestinya John Coltrane. Selain dari jazz dan bossa nova aku rasa tidak banyak aku dengar buat masa ini. Mungkin sebab aku sedang reboot citarasa muzik aku. Dan aku tidak tahu kenapa semenjak kebelakangan ini aku selalu layan XFM, macam-macam lagu menarik ciptaan anak tempatan ada dimainkan di stesen radio tersebut. Aku suka sebab aku bangga dengar lagu dari Malaysia, walaupun kebanyakannya kalau bukan lagu indie hanya lagu hiphop. Bakat ada, cuma aku rasa kita perlukan variasi genre buat masa ini.

Pecah Kepala bertanya...
mm. pernahkah anda dengar tentang lomography? berikan pandangan anda tentang lomographer yang kini sedang bergiat aktif dalam industri 'indie' di Malaysia.


Secara peribadi boom lomografi di Malaysia telah mula lama dahulu, mungkin seawal 1998 dengan kamera Russia LC-A, dan kemudiannya dengan kamera-kamera plastik murah keluarkan syarikat Lomo seperti Coloursplash, Pop 9 (aku pun ada satu) dan sebagainya. Dan pada pendapat aku lomografi 'mati' seketika akibat kemunculan kamera-kamera digital murah sekitar waktu yang sama. Tetapi sekarang mungkin popular kembali, sebagai anti-tesis 'kesempurnaan' yang wujud dalam fotografi digital. Lihat sahaja kaki-kaki Holga dan Fisheye semua. Mungkin ramai dari kita sudah bosan dengan kesempurnaan dalam fotografi? Aku sekarang cuma tunggu kamera LC-A versi digital sahaja...

Ikmal bertanya...
MM san, chotto kiite ne
Anatawa hontoni nihongo wakaru no? Moshi wakattara, subarashi ne! Atowa, anatano ichiban kirai na hito wa nan no hito? tatoiba, ampang toka, soshite, nande? Hai, sore made, yoroshiku ne!

一番嫌いな人はやっぱり嘘をつく人ですね。

theberuk bertanya...
Di manakah tempat kerja anda sekarang? Ada terasa nak tukar kerja lain tak? Kenapa.


Rahsia. Cukuplah aku katakan bahawa ganjaran yang aku terima berdasarkan jumlah kerja yang aku buat tidak setimpal. Aku masih di kerja lama, dan hanya akan mula bekerja di tempat baru hujung tahun ini. Senang cerita di tempat baru ganjarannya seakan-akan aku bekerja di tempat lama tetapi tiap-tiap tahun aku terima bonus gaji 11 bulan.

Diloz bertanya...
osaka best ke tokyo best?


Hmm. Sukar untuk dibandingkan. Orang-orang di Osaka mungkin lebih menarik perangainya, dan suasana di Osaka mungkin lebih meriah, tetapi kalau kamu minat keadaan bandaraya yang ultra-urban aku sarankan Tokyo. Makanan di Osaka lebih menarik, tetapi untuk membeli-belah Tokyo mungkin lebih afdal. Untuk aku, aku suka kedua-duanya sekali, cuma aku hanya pernah ke Osaka sekali sahaja, itu pun hanya untuk dua hari. Jangan lupa makan takoyaki di Osaka!

reaperious bertanya...

apakah yang ditakrifkan sebagai cool untuk seorang lelaki pada masa ini?semestinya tak expect budaya indie sebagai jawapan


Kebebasan kewangan adalah yang paling cool, iaitu berada di keadaan di mana kamu tidak perlu terfikir bagaimana untuk mengisi beg duit yang semakin menipis. Aku rasa dengan kebebasan fiskal yang lain-lain tidak mustahak sangat, sebab apa yang kamu inginkan akan lebih mudah untuk dikecapi. Kahwin ke, kereta ke, rumah ke, pembedahan plastik ke...

dila raden bertanya...
encik MM,
apa nama-nama yang agak-agak cool untuk diberi kepada binatang peliharaan?

Jalud, John, Tengku John.

satu lagi memandangkan blog ni bertemakan fiksyen sains semata, apa pendapat MM tentang scientology?

Marah Tom Cruise jika kamu katakan scientology itu fiksyen sains semata. Seperti mana yang aku pernah tulis dahulu, kuasa kepercayaan itu amat kuat. Jika kamu percayakan sesuatu nescaya apa-apa boleh berlaku, walaupun untuk aku dan kamu apa yang dituliskan L. Ron Hubbard mungkin tidak masuk akal. Apa-apa pun ini sudah masuk bab agama jadi soalan ini ditolak 50 markah.

Niksu Rashid bertanya...
Abang MM,
Bagaimana caranya untuk memikat dan mengambil hati anda? Apakah anda reti memasak?

Dengan memasak untuk aku seikhlas hati, tidak kisahlah sedap mahupun tidak. Aku tak tahu kenapa tetapi aku rasa memasak itu adalah sesuatu yang romantik. Dan ya, aku reti memasak.

Extremist Thinker bertanya...
*situasi* -MM. kalau kau kena jemput dengan polis (mudahnye angkut tanpa rela) untuk dijadikan budak budak kawad cam, dan perogol diletakkan diantara kau dan budak budak kawad cam yang lain, apekah "persepsi kau pada masa tersebut pada diri kau" dan apekah persepsi kau "jika bukan melihat diri kau" ditempat tersebut pada orang orang kena kawad cam? -MM jika perogol tersebut diletak disebelah kau, apa kau nak buat di dalam bilik kawad cam? -MM jika polis bagi arahan supaya kau berdiri tegak dan jangan pandang mangsa rogol (sebab kanak2) semasa kawad cam, adakah kau akan tengok jugak? -MM jika polis cakap, kali ini kau orang semua tolong polis, nanti polis akan tolonga kau orang suatu hari nanti, adekah kau patut berbangga dan berterima kasih dengan nasihat berikut? *situasi*

Hmm agak sukar untuk aku memikirkan situasi ini sebab aku sampai sekarang tidak pernah melalui kawad cam. Tetapi jikalau aku terjatuh ke dalam situasi yang dinyatakan di atas aku rasa aku tidak apa-apa, sebab aku tahu aku tidak bersalah, cuma aku pastikan mangsa tersebut tidak rabun ataupun memakai cermin mata yang bersesuaian. Aku rasa aku akan memberikan kerjasama, bukan dengan mengikut buta-buta apa yang disuruh, cuma aku tidak akan buat hal. Sebab balai polis turf mereka. Kita kena hormat orang bila bertandang ke rumah mereka bukan? Selepas jejak keluar dari rumah mereka itu cerita lain-lah.

nodadosa bertanya...
lu suka jalan di harajuku atau lepak luar shinjuku station je?
yoroshiku~
hahah ni dah bukan tanya dlm bahasa jepun tapi pasal jepun..

Aku tak tahu mengapa tetapi aku tidak pernah sampai Harajuku. Aku lebih sukakan Shibuya, terutamanya di kawasan lintasan zebra yang besar itu, di depan stesen Shibuya. (Lihat gambar.)



Salmah bertanya...
semalam aku baca blog kau hari ni aku kembali lagi untuk bertanyakan kau satu soalan yang aku rase kau tak boleh jawab.. soalannya berbunyi,

kau kata kau melayu minimalis yang mempersoalkan segalanya.. tapi kenapa kau pulak yang nak memberi jawapan kepada kami? tak boleh ke kau yang bertanya dan kami yang jawab..

Aku selalu bertanya apa. Dan ramai antara kamu sudi menjawab. Sila baca nukilan-nukilan lama aku. Terima kasih.

Aku akan jawab soalan-soalan lain sebentar lagi. Banyak sangat tekanan di pejabat sampai aku rasa macam paku tekan.

Malam Semalam Di Ibukota 31.





















Malang sungguh tiada lumba haram di malam Ahad sekitar Dataran Merdeka.

Petang Semalam Di Ibukota 12.









Tiba-tiba termasuk hutan, rasa macam rancangan TV Discovery Channel 'Man VS Wild' pula, cuma tiada yang liarnya tentang hutan ini.

Isnin, Oktober 13, 2008

Sementara Aku Menulis Nukilan Selanjutnya...

Baru dua hari aku tidak berInternet macam-macam benda aku dapat lihat di sini. Seumpama aku pergi bercuti dua hari dan pulang ke rumah yang diselerakkan oleh kucing. Tak mengapa, aku ada orang gaji boleh kemaskan semua.

Jadi, sebelum aku menulis nukilan panjang-panjang di rumah aku malam nanti, aku selitkan nukilan pendek di sini.

Bukan apa, aku terjumpa satu blog yang agak menarik isi kandungannya dari blog Extremist Thinker hari ini, dan saja aku ingin berkongsi dengan kamu semua.

Kalau kamu berminat untuk mengunjungi blog yang aku maksudkan, sila Googlekan perkataan 'cheongsamlover'. Aku malas hendak membuat pautan dan memberikan blog ini pautan percuma.

Jadi, cuba perhatikan gambar-gambar dan teks yang dimuatkan dalam blog tersebut. Aku malas hendak komen, jadi apa pula kamu semua pula yang komen dan berikan pendapat kamu?

Sabtu, Oktober 11, 2008

Kenapa Masih Ramai Orang Suka Menunjukkan Mereka Berkuasa Dengan Membelasah Orang Yang Tidak Terdaya Untuk Melawan Balik?

OK, baru sebentar tadi aku melepak sebentar di kedai mamak berdekatan kondo konon separa eksklusif aku (ada ramai pelakon, pengacara tv, model, pramugari dan rappers dari Botswana) dan keamanan malam tadi telah diganggu oleh sekumpulan manusia bodoh.

Bodoh di sini bermaksud lima orang yang memandu kereta nasional yang diubahsuai menjadi UFO laju-laju, dan tiba-tiba berhenti mengejut di depan kedai mamak, dan kemudiannya menendang budak hingusan dari dalam kereta dan kemudiannya terus membelasah budak tersebut beramai-ramai, dengan menggunakan batang besi, kerusi besi dan sebagainya. Sampai budak tersebut hampir mati dan berdarah-darah.

Sudah tentu ini semua dilakukan di depan kawan-kawan serta kenalan budak hingusan tersebut yang sedang berkumpul di sekurang-kurangnya tiga meja makan di mamak tersebut. Nasib baik polis datang, itu pun secara tak sengaja (aku yang terpaksa menunjukkan kepada pegawai polis tersebut yang ada pergaduhan sedang berlaku. Kiranya mungkin aku peduli sikitlah) selepas budak tersebut habis dibelasah.

Bodoh ke apa? Tak tenteram aku.

Tapi sekurang-kurang mereka tidak bersenjata api. Kamu bayangkan apa mungkin terjadi jika mereka tiba-tiba mengeluarkan flamethrower dan mengacunya ke arah budak tersebut yang kemungkinan berada di arah yang sama dengan aku yang sedang aman menikmati teh C ais?

Perisai Iron Man aku masih sedang diservis di bengkel tau.

Beginilah orang kita, cepat dipengaruhi perasaan. (Marah, berang, amuk, angau. Semuanya sama.) Tidak silap aku sudah berapa kali dah aku perhatikan pergaduhan di sekitar kawasan perumahan aku. Naik motor, naik kereta, jalan kaki, semuanya aku pernah lihat dari tingkap-tingkap besar rumah aku.

OK, aku hendak lebih bersenam memperbesarkan otot aku dan mempertajamkan skil Jedi aku.

Jumaat, Oktober 10, 2008

Tanya Abang Minimalis Lagi!

Aku perasan semenjak dua menjak ini ramai pembaca blog ini masih mengemukakan soalan walaupun aku tidak membuka sessi soaljawab lagi.

Jadi untuk menjawab permintaan yang mencurah-curah bagaikan vagina perempuan yang sedang berada di puncak klimaks aku akan buka sessi Tanya Abang Minimalis Lagi.

(Kalau kamu perasan aku selalu buka sessi apabila aku tiada inspirasi untuk menulis. Ataupun ketika aku sedang kenyang.)

Jadi, sila kemukakan soalan-soalan kamu di ruangan komen untuk nukilan ini, sebab soalan-soalan yang ditaip di tempat yang lain tidak akan dipedulikan. Jadi jika kamu ada bertanyakan sesuatu sebelum ini dan masih belum terjawab, cepat-cepatlah taip sebelum terlepas peluang.

Seperti biasa, soalan-soalan tentang agama dan politik tidak akan dilayan, dan pada masa yang sama soalan-soalan tentang ekonomi, teknik anyaman dan perihal 'terlalu' peribadi aku juga tidak digalakkan.

Soalan-soalan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Jepun sahaja yang akan dilayan.

Buai Laju-Laju.



Serius layan beb. Hari ini aku rasa macam nak buat aksi seperti dalam klip video di atas aje.

Khamis, Oktober 09, 2008

Petang Semalam Di Ibukota 11.

















Akhirnya aku dapat makan tengahari di salah satu restoran nasi campur kegemaran aku di Bangsar, iaitu Restoran Berjaya. Dan aku berjaya duduk sebelah Jasmin Hamid. Daging 'dendeng' dan tempeh goreng!!!

Persoalkan Segalanya.



Aku ingatkan sudah nak tidur sebab sedang sedap berbaring-baring di atas katil aku tadi, tetapi rasa macam tidak senang hati lalu muncullah idea untuk nukilan hari ini.

Sebenarnya bukan apa, tetapi aku suka hati gila bila aku terlihat motto terbaru (dan penjenamaan terbaru) saluran Discovery Science. Rekabentuk yang lebih minimal, dan motto yang digunakan sekarang, iaitu 'Question Everything'.

Kalau kamu rajin mengikuti blog ini, mungkin kamu sudah tahu motto aku yang sesuai dengan motto baru Discovery Science, dan juga keadaan aku sebagai seorang pewaham.

(Babi ah HBO tengah siarkan filem 'Children Of Men'. Gila tak boleh fokus! Tak tengok lagi! OK OK aku taip laju-laju.)

Bukan apa, cuma aku hendak bercerita seketika tentang peristiwa di rumah ibubapa aku aku semasa Raya hari itu. Aku tidak boleh ceritakan secara terperinci, tetapi ianya melibatkan ayah aku, seorang saudara, sentuhan, rasuk, menurun dan suara yang berubah.

Kesimpulannya untuk aku ialah a) didikan dari kecil yang bermula ketika ditadah kain kuning bila dilahirkan, b) multiple personality disorder, c) kepercayaan.

Cerita di atas berakhir bila si saudara itu cuba 'menghalau' apa yang berada di dalam badannya melalui pintu depan rumah, dan semua orang berkata agar jangan 'menghalang' pintu depan agar ia mudah keluar.

Aku selamba sahaja duduk depan pintu rumah. Apa pendapat kamu?

Rabu, Oktober 08, 2008

Kamu Nak Berborak Dengan Supermodel Gisele Bundchen?

Nah.

Boleh add dia ke akaun Googlechat kamu juga.

Selasa, Oktober 07, 2008

Pertukaran Arah Tujuan.

Aku sebenarnya malas menulis hari ini. Tapi selepas ternangis sebentar setelah menonton filem 'Reign On Me' di Astro sebentar tadi aku rasa macam tergerak hati untuk menulis.

Tapi bukan pasal filem tadi. ('Reign On Me' adalah filem kedua lakonan Adam Sandler setelah 'Click' yang berjaya menyahdukan hati aku. Agak bodoh.)

Semenjak dua menjak ini aku selalu terfikir tentang arah tujuan aku di masa akan datang. Bukan krisis umur pertengahan, cuma aku sedar di usia aku sekarang ini, aku perlu ada matlamat yang sepatutnya aku telah capai. Dan bukan matlamat-matlamat bodoh yang dibuat seorang remaja 18 tahun, tetapi matlamat-matlamat yang lebih realistik.

Dan salah satu matlamat yang aku patut ada ialah tangga gaji aku. Walaupun aku gembira bekerja sebagai seorang ahli fizik nuklear, aku dapat rasakan bahawa aku boleh mendapat ganjaran yang lebih tinggi di agensi-agensi nuklear yang lain.

Dan semalam, akibat pemotongan gaji yang tak senonoh yang bertalu-talu di agensi yang aku bekerja sekarang, aku telah nekad menghantar CV aku ke agensi-agensi lain.

Dan dalam masa kurang 24 jam aku telah mendapat 2 tawaran bekerja, di agensi-agensi lain, dengan gaji yang amat lumayan. Jadi, esok, aku akan ucapkan selamat tinggal kepada agensi aku sekarang. Wish me luck!

Mungkin mereka hendakkan aku sebab mereka pengikut blog ini kot.

Ahad, Oktober 05, 2008

Aku Memang Ada Iras-Iras Robert Downey Jr. Pun.



You are Iron Man
Inventor. Businessman. Genius.
Iron Man 90%
Green Lantern 75%
Catwoman 75%
Hulk 70%
The Flash 70%
Supergirl 65%
Wonder Woman 60%
Robin 52%
Spider-Man 50%
Batman 50%
Superman 45%

Click here to take the Superhero Personality Quiz

Atas saranan Green Lantern, The Flash dan Spider-Man.

Sabtu, Oktober 04, 2008

Petang Semalam (Bukan) Di Ibukota 3.





















Sebenarnya bukan petang semalam pun, tetapi minggu yang lalu. Langit sememangnya lebih biru di kampung halaman, bukan? Gambar makanan itu ialah gambar lontong kuah lodeh dengan sambal kacang dan rendang daging. Badan pun sudah naik 3 kilogram. Masa untuk bersenam sambil menulis blog. Raya kamu semua bagaimana?