Khamis, Jun 26, 2008

Cara-Cara Pemakaian Skinny Jeans Yang Salah Untuk Lelaki.

Maaf, nukilan hari ini tidak ada contoh bergambar. Sebab aku tak peduli tentang gambar.

Jadi, sebentar tadi aku berjalan-jalan di Pavilion, dan aku telah terfikir tentang apa yang aku patut tulis hari ini selepas aku terserempak dengan seorang mamat ni. Sepatutnya aku ambil gambar dia tadi, tetapi akibat tiada kamera (tidak dibawa, bukan sebab telah dijual tau!) aku terlepas peluang.

Apa kata kita terus ke nukilan aku hari ini, iaitu Cara-Cara Pemakainan Skinny Jeans Yang Salah Untuk Lelaki. Ambil perhatian ya, ini berdasarkan citarasa aku, jika kamu kurang bersetuju, sila buat blog sendiri dan kutuk aku dari belakang macam ramai orang Melayu kita di luar sana.

Oh ya, sebelum itu, kamu kena ingat, di dalam fesyen tiada peraturan, cuma citarasa sahaja, ya? Dan nukilan ini hanya untuk skinny jeans, bukan Jeans Rempit, Jeans Ah Beng atau Jeans Abang-Abang. Semua itu Cerita Lain.

1. Skinny Jeans Berwarna Cerah.
Tolonglah. Kamu bukan badut. Lupakan warna merah, kuning, hijau, merah jambu, ungu, jingga serta warna-warna cerah yang lain. Skinny jeans hanya kelihatan segak jika ia berwarna hitam, serta warna selvage denim atau kelabu gelap. Warna putih pun boleh, tetapi hanya jika kamu jenis orang yang tidak suka duduk merata-rata dan bersepah-sepah. Warna denim pudar pula hanya jika kamu seorang rockstar, selain dari itu kamu hanya akan kelihatan seperti seorang Mat Rock tahun 80an, dan ini tidak bagus, kecuali jika itulah wawasan fesyen kamu.

2. Ukuran Pinggang Kamu Lebih 34 Inci.
Lupakan sahaja. Serius. Aku tak tipu. Kalau pinggang kamu berukuran lebih 34 inci, ini bermakna punggung serta peha kamu juga akan bertepatan nisbahnya dengan 34 inci. Ada sebab skinny jeans ini dipanggil skinny jeans. Skinny bermaksud kurus. Dan orang kurus sahaja boleh pakai jeans untuk orang kurus. Faham? Kalau tidak dapat menerima realiti tersebut sila mula bersenam esok selepas kamu makan nasi lemak (nasi tambah) kamu.

3. Skinny Jeans Dengan Selipar.
Kamu sudah konon-konon bergaya dengan skinny jeans, tetapi tiba-tiba kamu pakai selipar. Tiada penyudah. Macam kamu berjimak tanpa orgasme. Kureng. Pada aku skinny jeans berwarna gelap paling bergaya dipadankan dengan kasut berwarna cerah. Macam kasut putih aku. Juga dengan kasut but hitam high-cut, dengan hujung jeans kamu dimasukkan ke dalam kasut. Tak lupa juga kasut sneakers (terutamanya yang berunsur old school) yang bukan sneakers yang dipakai dalam gelanggang bola keranjang macam apa Kobe Bryant atau Michael Jordan pakai.

4. Skinny Jeans Dengan Baju Batik Belia (TM).
Senang cerita, skinny jeans yang dipakai oleh orang yang biasanya tidak akan pakai skinny jeans, atau yang dipakai di salah majlis. Contoh senario adalah seperti orang yang ke majlis perhimpunan UMNO dan memakai baju batik UMNO (alif mim nun tendang wau = sarkis, kata si S. Shamsuddin) dipadankan dengan skinny jeans hitam. Kecuali jika baju batik itu berpotongan slim ala rekaan Hedi Slimane atau Kris Van Assche-lah, mungkin boleh dipertimbangkan. Contoh lain yang mungkin tidak kena dengan skinny jeans ialah baju kemeja polo saiz besar bertulis 'Hari Sukan Kolej Kediamaan Ke-4 Universiti Malaysia' dan 'Restoran Tomyam Demaju'.

5. Skinny Jeans Pendek.
Burok. Sila pakai seluar pendek biasa.

6. Skinny Jeans Untuk Mereka Yang Berumur 50 Tahun Ke Atas.
Aku pernah nampak, pakcik yang mungkin rasa dirinya ranggi dengan memakai skinny jeans. Kalau kamu berbadan seperti David Bowie mungkin boleh, tetapi ramai ke pakcik berumur 50an yang macam David Bowie di Malaysia ini?

Tak ramai.

7. Skinny Jeans Dengan Seluar Boxer Terkeluar.
Dalam hal ini aku bersalah. Mungkin sudah masanya aku berhenti memakai seluar boxer ketika mengenakan skinny jeans. Suka terkeluar di pinggang. Sekurang-kurangnya aku tidak memakai seluar spender warna ungu yang sudah pudar bukan? Siapa tahu di mana boleh beli seluar trunk Calvin Klein yang murah?

Itu saja. Jumpa hari Sabtu nanti ya?

27 orang ada pendapat sendiri:

haniazrina83

bila baca
"Tiada penyudah. Macam kamu berjimak tanpa orgasme. Kureng"

aku teringat ayat bf aku
"tak habis, macam berak tak basuh"

hahaha :D kiut

pasal skinny jeans lelaki,
aku rasa ahli Delima(maaf jika salah eja) iaitu kumpulan jejaka dari siri Gangstar musim pertama, yang rambut kerinting ala-ala afro tu suka betul pakai skinny jeans warna merah. lucu lah!!!

schuhz m.

Men in briefs = so sexy. Taknak jual camera? Hehe.

ami___

Taknak jual camera?

Melayu Minimalis

ish. taknak lah. kamera itu masih berguna untuk mengambil gambar curi orang.

psycho-ago-go

MM, teringat pulak aku kat AKAB coz AKAB pun pernah tulis tentang pemakaian skinny jeans d CPDN.

Anyway, terima kasih kerana mentertawakan hari lewat aku yang sedang malas.

Isk, isk, isk...

smallgestures

Nanti aku tlg forwardkan gambar Kenu (pinggang >34) pakai skinny jeans sebagai contoh

ladyesah

number 7!! haha. yupyup. lain kali kalau nampak orang pakai skinny jeans dgn boxer terkeluar mcm muffin i'll take a scissors and cut the sides. okay :)

innerview zine

tangs @ pavilion banyak calvin klein tu.

fAirY

oh man... this is good! :)

p/s: sy link kamu yaa.. thanks!

Bro Hitz

Shit aku ada baju ini "Hari Sukan Kolej Kediamaan Ke-4 Universiti Malaysia", hoho.
Skinny jeans pakai sakit telur..maybe tak sesuai for "big packaged" people aih?

Melayu Minimalis

innerview-
ada... tapi dia harga biasa lah... mahal... dulu masa sale sehelai RM15-20... factory outlet TTDI tu di mana ya?

bro hitz-
aku dulu tinggal Fourth College jugak.

warrior2

Saya tak suka "kutuk" dari belakang macam "ramai orang melayu kita diluar sana disana" sebab itu saya tak respond dalam blog sendiri tapi front front hehe

You cakap ini cita rasa you and then you cakap tiada peraturan dalam fesyen TAPI bila kita go thru your "panduan", tak konsisten pula dengan apa yang you cakap! hehe

btw, mobile you tak ada camera eh?

Hanna The Belgariad

bang, kalau perempuan pakai skinny jeans color2 cerah mcm mana bang??? apa pendapat abg?

syah saliman

aku belum nampak 50thn ke atas memakai skinny jeans.dan skinny jeans nampak boxer tu mmg ba waw dal waw ha.aku pinggang 26 pun macam dah gemok apetah 34

Azzu

aku cukup jealous bila tengok adik perempuan aku ber-skinny jeans. pinggang aku 31 je, tapi sebab nisbah proportion pinggang dan punggung tak selaras, pemakaian skinny jeans cukup HODOH! Hodoh ya amat! apa lagi dengan isu camel toe. fuck! *sigh

aku dengki, serious aku dengki tengok awek2 ber-skinny jeans, paling segak dengan kasut converse kulit colour hitam. aku dengki lah, huhu :'(

Melayu Minimalis

warrior2 -
sebab itulah aku berharap semua pembaca aku pandai menilai mana yang baik dan mana yang bukan, sebab at the end of the day, ini semua pendapat aku sahaja. Terima kasih.

hanna-
perempuan kena pakai hotpants sahaja.

John Hafiz

Wei, spender ungu tu aku ke? Aku ada sehelai tapi warna masih cerah.

Melayu Minimalis

john-
erm bukan, tapi kalau kau nak mengaku pun takpe.

John Hafiz

Ok, aku mengaku.

magenta

I personally think skinny jeans look horrible on people who are too skinny- guys who have thighs yang sama saiz dengan their betis and girls with no asses at all.

Rozana Alia

I don't think there's anything wrong with wearing skinny jeans with slippers (and not because I'm backing up my darling bf who wears slippers with his skinny jeans). I mean, takkanlah nak go everywhere wearing shoes kan kan kan? Don't get me wrong, I'm not mad about your statement cause it is your own point of view, I respect that. But yeah, I'm just saying :) :) :) Maybe some people tak kena and some people kena, right? Eee panjang lebar pula aku cakap.

O and for me, I just don't dig guys with BRIGHT colored skinny jeans with BIG huge shades (tengah malam also want to wear, stupid) and printed t's and BRIGHT colored shoes/slippers (lagi lagi for the guys yang berkulit hitam. Hitam as in terbakar tau, not coklat). It's just wrong, so so so wrong. O and not to forget, fat people (I'm so sorry to even say this. So so sorry) in skinny jeans? :/

Hanna The Belgariad

owh perempuan kena pakai hot pants je ek? ok la, kalau mcm tuh saya pakai hot pants la sekrang. thanks for the fashion tips. heheh

Melayu Minimalis

hanna-
sama-sama. kalau dah pakai tu sila ambil gambar kaki dan emel kepada saya. terima kasih.

rozana-
selipar tak boleh laaaa. tapi tak seteruk skinny jeans dan CROCS. itu haram.

Rozana Alia

BOLEH! BOLEH! BOLEH! Malaysia boleh, Selipar also boleh! :-D

Crocs? Crocs? Ewwwwwww.

Tadi I pergi pavi kan pastu ada this reaaaaaaaaaaaaaaally HOT dude dekat kedai I sedang makan lepastu usha punya usha pandang je bawah, I saw his BRIGHT YELLOW CROCS! Hilang selera makan I. Yuck. Crocs tak kena dengan apa apa pakaian pun. eeeeeee

shahril mohammad

i agree.
especially no 1 and no 3.

saaaaangaaaaat ramai manusia-manusia berseluar dalam kategori no 1 kat bukit bintang. macam disko bergerak dah kalau tengok diorang jalan ramai-ramai.

dan sangat tidak kena bagi aku bila tengok seorang mamat pakai skinny tapi pakai selipar. entahlah.

anyway. cool blog. ada stail tersendiri. :)

farizzet

ade persoalan tentang nukilan ni, saya tulis di blog sendiri. harap abg minimalis bole jawap

Tanpa Nama

haha..aku bukan jenis yang pakai skinny jeans sebab aku bertudung. nampak hodoh gila.tapi ramai jugak membe aku yang suka pakai skinny jeans.

cuba usha dekat queens park. ada kot?