Tafsiran Lolita Goth Times Square.
Kadang kala bila kita duduk di rumah, di hujung minggu, tiada kerja, otak kita akan fikir macam-macam. Seperti hari ini. Aku rasa dalam semua golongan yang aku 'tafsirkan', golongan inilah yang paling istimewa.
Sebenarnya aku mula-mula terjumpa pasal mereka ini dari forum Malaise. Pada waktu itu, kalau kita lihat di Myspace, memang bersepah laman budak-budak Lolita Goth Times Square (tm) ini. Sekarang pun masih ada, cuma mungkin bilangannya berkurangan. Kenapa ya? Bacalah sahaja nukilan aku kali ini.
1. Rupa luarannya memang mudah. Sebab tak mungkin orang Malaysia kita yang waras akan berpakaian sebegitu di sebuah negara tropika bersuhu 32 darjah selsius. Tema utama = hitam. Warna-warna lain yang digalakkan adalah putih, merah dan ungu, walaupun kemunculan warna tersebut wajib kurang dari 10% dari warna seluruh pakaian, termasuk aksesori.
Motif utama ialah corak belang, diselitkan dengan unsur bunga mawar dan polka dot. Pakaian yang berenda juga menjadi pilihan. Aksesori pilihan ialah topi ala fedora hitam, rantai-rantai besi (yang dibeli secara meter dari mana-mana kedai hardware di ibukota.) dan yang paling penting, payung hitam.
Beli pasu besar di pekan Air Hitam, Tawar-menawar, wah! memang bukan main-main, Payung hitam bukan sebarang payung hitam, Tapi payung hitam yand di'modify'kan jadi macam jubah Batman.
Sila rujuk Rajah 01.
(Batman pun goth juga. Apa itu goth? Baca di sini. Seperti biasa, maaf, hanya untuk mereka yang memberi perhatian dalam kelas Bahasa Inggeris selama 12 tahun belajar di sekolah)
Kenapa payung? Sebab tak mahu dibakar matahari, semestinya. Goth yang asal biasanya berbangsa Mat Salleh yang bermuka pucat, putih melepak, dan kadang-kala bermekap warna putih. Walaupun golong Lolita Goth Times Square berkulit sawo matang, tapi selagi kulit tidak dibakar matahari boleh pass lah. Juga perhatikan tiada kaum India atau Mamak/Mami Penang yang termasuk di dalam golongan ini.
Rambut yang lebih menggunakan produk rambut lagi digemari. Tak kisah lah, gel, mousse atau tancho, janji terpacak dan kadang kala berwarna-warni.
2. Biasanya berumur kurang dari 20 tahun. Jika lebih, sila dapatkan bantuan psikiatri. Orang gemuk juga tidak diterima, selain dari orang yang berkulit terlalu gelap. Selalunya melayu tapi aku difahamkan trend ini berasal dari golongan Cina Sungei Wang (Cerita Lain.) yang telah berubah mengikuti trend lain yang digembar-gemburkan majalah fesyen dari Hong Kong berjudul Milk.
2. Tempat tumpuan utama ialah Times Square yang indah luas terbentang. Juga disebabkan oleh sistem hawa dinginnya yang berkesan, membolehkan golongan ini berjaket tebal tanpa masalah perpeluhan.
Selain dari Times Square, Sungei Wang Plaza juga menjadi tumpuan, kerana penuh dengan baju sefesyen yang harganya berpatutan dan penuh dengan kedai menjual anime dan manga.
Juga selalu melakukan perjumpaan beramai-ramai di Taman KLCC, di mana mereka boleh melaram dengan payung Batman. Salah satu sebab Taman KLCC dipilih adalah kerana pada asalnya KLCC memang penuh dengan isteri Pak Arab berjubah hitam, agar memudahkan golongan ini untuk berjalan tanpa diusha golongan lain.
3. Golongan ini lebih dipengaruhi golongan 'Lolita Goth' dari Shinjuku, Tokyo dari golongan Goth dari negara Barat. Oleh sebab itu, anime dan manga memainkan peranan yang penting. Istilah-istilah seperti 'kawaii!' (comel), 'yatta!' (aku berjaya! walaupun istilah ini lebih popular setelah Hiro Nakamura dari siri tv 'Heroes' mempopularkannya) dan 'iku iku!' (aku nak pancut) memang sudah dihafal.
Pada awalnya golongan asal dari Shinjuku mengambil pengaruh dari budaya cosplay, tetapi sebilangan kecil kita di Malaysia telah berjaya mengambil sebagai budaya sendiri (yang boleh ditertawakan).
4. Suka bergambar. Ini kerana ingin menyimpan kenangan dan bukti kerja kuat dan titisan peluh ketika membuat payung Batman, baju berjaket jahitan sendiri dan mekap mata bermaskara.
5. Minat My Chemical Romance dan band-band visual-kei dari Jepun seperti L'Arc-en-Ciel, Malice Mizer dan Glay. Walaupun begitu, populariti My Chemical Romance semakin menurun selepas penyanyi utamanya Gerard Way mengaku seorang homoseksual. Memang pantang mak nenek mereka ini untuk menyembah idola yang gay, walaupun mereka tak tahu bahawa sebenarnya Batman dan Robin merupakan sepasang kekasih.
Selain dari My Chemical Romance, mana-mana band yang suka berbaju hitam dan bermaskara tebal menjadi pilihan, seperti XPDC, Elyana dan Nana Nurgaya. (Mungkin aku silap, hahaha)
6. Sering menjadi scapegoat pihak media. Jika ada kecoh-kecoh pasal black metal atau punk sembah angin-tanah-air, serta merta krew 'Edisi Siasat' akan ke Times Square, mengambil gambar mereka dan dijadikan montage yang akan ke udara berlatarbelakangkan muzik dari Carburetor Dung. Memang agak kasihan.
7. Mesti berkumpulan. Strength in numbers, macam Mat Belia. Takut berjalan berseorangan kerana tiada manusia waras dan cukup akal dan sifat di Malaysia ini yang tak akan mengejek mereka.
8. Kalau keluar ke bandar, mesti menaiki bas, LRT, monorel atau apa saja jenis pengangkutan awam. Ini kerana ingin menjimat duit setelah berbelanja banyak membeli pakaian mereka, dan mak bapak mereka tak ingin menggunakan kereta keluarga untuk menghantar mereka ke Times Square disebabkan malu yang teramat. Pada masa yang sama mereka tak mahu ibu bapa mereka mengetahui bahawa anak lelaki mereka suka memakai pakaian yang berenda.
9. Tak makan. Mereka minum darah dan teh tarik sahaja.
Aku tak makan lagi. Got.... to..... find.... food.....! Siapa ada cadangan makanan yang hebat di Kuala Lumpur? Aku sudah naik bosan...
















