Isnin, Jun 30, 2008

Nukilan Kurang Relevan



Ramai orang kata blog aku best. Ya, aku tahu, tapi aku tak pernah mengaku. Selalunya aku jarang mengaku aku ada blog pun. Tapi dalam ramai yang kata best tu ada juga yang dengki. Dengki sebab blog mereka sendiri tiada pelawat. Dengki sampai meniru cara aku menulis, cara aku ambil gambar, lepas tu senang-senang kononnya letak gambar aku, kata aku sesat-lah, ada kroni-lah, kaki pukul, kaki perempuan, kaki todi dan macam-macam lagi.

Sekarang baru aku tahu perasan sebenar Fasha Sanda.

Alang-Alang Menyeluk Pekasam.



Biar sampai ke pangkal lengan, bukan?

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 2



Jari aku cedera, jadi nikmatilah gambar stormtrooper yang sedang berenang dengan bikini ini. (Dirembat dari Flickr.)

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!)



Aku suka stormtroopers. Kamu suka stormtroopers? (Klik gambar untuk ke pautan, dirembat dari Boing Boing Gadgets)

Ahad, Jun 29, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 23.























Hari yang sungguh memenatkan, melekitkan tetapi memang menggembirakan, walaupun penuh dengan perlian. (Yang aku suka pun!)

Khamis, Jun 26, 2008

Cara-Cara Pemakaian Skinny Jeans Yang Salah Untuk Lelaki.

Maaf, nukilan hari ini tidak ada contoh bergambar. Sebab aku tak peduli tentang gambar.

Jadi, sebentar tadi aku berjalan-jalan di Pavilion, dan aku telah terfikir tentang apa yang aku patut tulis hari ini selepas aku terserempak dengan seorang mamat ni. Sepatutnya aku ambil gambar dia tadi, tetapi akibat tiada kamera (tidak dibawa, bukan sebab telah dijual tau!) aku terlepas peluang.

Apa kata kita terus ke nukilan aku hari ini, iaitu Cara-Cara Pemakainan Skinny Jeans Yang Salah Untuk Lelaki. Ambil perhatian ya, ini berdasarkan citarasa aku, jika kamu kurang bersetuju, sila buat blog sendiri dan kutuk aku dari belakang macam ramai orang Melayu kita di luar sana.

Oh ya, sebelum itu, kamu kena ingat, di dalam fesyen tiada peraturan, cuma citarasa sahaja, ya? Dan nukilan ini hanya untuk skinny jeans, bukan Jeans Rempit, Jeans Ah Beng atau Jeans Abang-Abang. Semua itu Cerita Lain.

1. Skinny Jeans Berwarna Cerah.
Tolonglah. Kamu bukan badut. Lupakan warna merah, kuning, hijau, merah jambu, ungu, jingga serta warna-warna cerah yang lain. Skinny jeans hanya kelihatan segak jika ia berwarna hitam, serta warna selvage denim atau kelabu gelap. Warna putih pun boleh, tetapi hanya jika kamu jenis orang yang tidak suka duduk merata-rata dan bersepah-sepah. Warna denim pudar pula hanya jika kamu seorang rockstar, selain dari itu kamu hanya akan kelihatan seperti seorang Mat Rock tahun 80an, dan ini tidak bagus, kecuali jika itulah wawasan fesyen kamu.

2. Ukuran Pinggang Kamu Lebih 34 Inci.
Lupakan sahaja. Serius. Aku tak tipu. Kalau pinggang kamu berukuran lebih 34 inci, ini bermakna punggung serta peha kamu juga akan bertepatan nisbahnya dengan 34 inci. Ada sebab skinny jeans ini dipanggil skinny jeans. Skinny bermaksud kurus. Dan orang kurus sahaja boleh pakai jeans untuk orang kurus. Faham? Kalau tidak dapat menerima realiti tersebut sila mula bersenam esok selepas kamu makan nasi lemak (nasi tambah) kamu.

3. Skinny Jeans Dengan Selipar.
Kamu sudah konon-konon bergaya dengan skinny jeans, tetapi tiba-tiba kamu pakai selipar. Tiada penyudah. Macam kamu berjimak tanpa orgasme. Kureng. Pada aku skinny jeans berwarna gelap paling bergaya dipadankan dengan kasut berwarna cerah. Macam kasut putih aku. Juga dengan kasut but hitam high-cut, dengan hujung jeans kamu dimasukkan ke dalam kasut. Tak lupa juga kasut sneakers (terutamanya yang berunsur old school) yang bukan sneakers yang dipakai dalam gelanggang bola keranjang macam apa Kobe Bryant atau Michael Jordan pakai.

4. Skinny Jeans Dengan Baju Batik Belia (TM).
Senang cerita, skinny jeans yang dipakai oleh orang yang biasanya tidak akan pakai skinny jeans, atau yang dipakai di salah majlis. Contoh senario adalah seperti orang yang ke majlis perhimpunan UMNO dan memakai baju batik UMNO (alif mim nun tendang wau = sarkis, kata si S. Shamsuddin) dipadankan dengan skinny jeans hitam. Kecuali jika baju batik itu berpotongan slim ala rekaan Hedi Slimane atau Kris Van Assche-lah, mungkin boleh dipertimbangkan. Contoh lain yang mungkin tidak kena dengan skinny jeans ialah baju kemeja polo saiz besar bertulis 'Hari Sukan Kolej Kediamaan Ke-4 Universiti Malaysia' dan 'Restoran Tomyam Demaju'.

5. Skinny Jeans Pendek.
Burok. Sila pakai seluar pendek biasa.

6. Skinny Jeans Untuk Mereka Yang Berumur 50 Tahun Ke Atas.
Aku pernah nampak, pakcik yang mungkin rasa dirinya ranggi dengan memakai skinny jeans. Kalau kamu berbadan seperti David Bowie mungkin boleh, tetapi ramai ke pakcik berumur 50an yang macam David Bowie di Malaysia ini?

Tak ramai.

7. Skinny Jeans Dengan Seluar Boxer Terkeluar.
Dalam hal ini aku bersalah. Mungkin sudah masanya aku berhenti memakai seluar boxer ketika mengenakan skinny jeans. Suka terkeluar di pinggang. Sekurang-kurangnya aku tidak memakai seluar spender warna ungu yang sudah pudar bukan? Siapa tahu di mana boleh beli seluar trunk Calvin Klein yang murah?

Itu saja. Jumpa hari Sabtu nanti ya?

Rabu, Jun 25, 2008

Bulan Madu Sudah Berakhir.





Seperti kebanyakan orang, pasti ada satu tempoh 'bulan madu' ketika kamu baru bersama seseorang, ataupun ketika selepas baru membeli sesuatu yang baru. Sekarang giliran aku pula.

'Bulan madu' aku dengan kamera Lumix aku sudah berakhir.

Mungkin kamu semua perasan sudah semakin berkurangan nukilan-nukilan 'Malam Semalam' aku, dan memang patut pun, aku sudah semakin kurang keluar malam ke pesta-pesta yang penuh dengan muka yang sama. Membosankan.

Jadi di sini aku nekad mengambil keputusan untuk menjadi seorang yang berprofil rendah untuk seketika, dan lebih menghabiskan masa di rumah, atau sekurang-kurangnya ke tempat-tempat yang aku jarang pergi. Sudah masanya aku memberi peluang badan aku untuk berehat dan berejuvenasi.

Tetapi, sebelum itu, Sabtu ini, ya? (Rujuk banner di bawah)



(Oh ya, seperti yang aku pernah kata dahulu dalam nukilan ini, aku telah berjumpa dengan Ketua Gapena Johor hujung minggu lalu, yang telah sedikit sebanyak menceritakan aku tentang bila bermulanya organisasi Gapena, dan sejarah penulis-penulis awal Tanah Melayu. Beliau telah suruh aku memanggilnya satu hari untuk berbual, dan mungkin, jika aku ada masa, aku akan ceritakan di sini, ya?)

Isnin, Jun 23, 2008

Aku Pewaham.





'Skeptic' dalam Bahasa Inggeris. (Terima kasih 'Battlestar Galactica' dan Astro.)

Sebenarnya begini, ayah aku telah didapati menghidap Parkinson's Disease kira-kira empat tahun yang lalu. Aku rasa ketika diberitahu, memang amat sukar untuk ayah aku menerima realiti tersebut. Walaupun tidak seteruk peninju Muhammad Ali yang terketar-ketar, tetapi sekarang memang agak susah untuk ayah aku bergerak-gerak. Fikiran dia masih waras, cuma akibat masalah sistem saraf, susah untuk dia melakukan aktiviti mudah seperti berjalan dan sebagainya.

Cuba kamu bayangkan, kamu masih waras dan mampu berfikir seperti biasa, cuma kaki kamu tidak bergerak bila kamu memerlukannya untuk langkah ke hadapan. Memang agak mengecewakan, dan hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan dia apabila selalu dipapah dan dibawa ke sana sini dengan kerusi roda.

Seperti biasa, orang tualah katakan, memang tidak cukup apabila si doktor terang-terangan mengatakan masalah sebenarnya ialah Parkinson's Disease. Dan memang jelas, semua simptom yang biasa dengan Parkinson's ditunjukkan oleh ayah aku, dari tulisan tangan yang semakin kecil, ke gerak jalan yang amat perlahan dan menunduk ke bawah, dan sebagainya. Tetapi keluarga aku masih tidak puas, masih mencari penjelasan lain.

Dan penjelasan yang mereka terima mestilah ada mengena dengan 'santau mayat', hantu serta makhlus halus. Beratus-ratus ringgit dibazirkan untuk rawatan 'tradisional', yang kononnya perlu untuk menghalau 'hantu' yang bertenggek di atas bahu ayah aku. Dan ini semua setelah bapa aku menunjukkan perubahan positif selepas berada di bawah pengubatan doktor pakar di Kuala Lumpur.

Tetapi dia berhenti mengambil ubat. Dan akibat dorongan ibu aku serta kakak aku, dia mula mengikuti perubatan 'tradisional', yang lebih menjurus ke arah 'semangat' dan 'makhlus halus' dan bukan ke arah masalah sistem saraf.

Aku pasti ayah aku tahu, ini semua masalah saraf, tetapi akibat terlalu ingin percaya (aku rasa dia masih tidak mahu mengaku ianya Parkinson's Disease) dia ikutkan sahaja.

Ya, memang semangat, tetapi semangat yang diperlukan ialah semangat hati serta motivasi sendiri untuk dia mengatasi semua rintangan yang menimpa.

Kadangkala aku sedih melihat ayah aku, seperti tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, cuma sekadar ketawa dan senyum bila kami semua bersusah-payah untuk membantunya bergerak.

Cuba bayangkan kekecewaan beliau. Aku pasti, sebagai anaknya, apa yang dia perlukan ialah motivasi untuk meneruskan kehidupan, dan supaya tidak putus asa. Bukan sekadar menyalahkan 'buatan' orang lain.

Tetapi yang percaya memang susah untuk memahami si pewaham macam aku. Dan sebelum kamu berkata apa-apa, ya, aku pernah lihat dengan mata sendiri pelbagai perkara yang aku sendiri tak boleh jelaskan, tetapi aku percaya, jika kamu terlalu percayakan sesuatu, semua yang dikatakan boleh berlaku, akan berlaku.

Macam dalam filem trilogi 'The Matrix' dulu, jika otak dan fikiran kamu percaya kamu mati, maka kamu akan mati. Itu sahaja kepercayaan aku, kerana otak manusia ini memang ajaib, lebih ajaib dari segala jenis hantu, jin, batu geliga, buluh perindu dan yang sewaktu dengannya dalam dunia ini.

Aku sampai bertekak dengan ibu aku, ketika dia mengeluh akibat kesusahan menjaga ayah aku yang kononnya dibuat orang.

Aku terang-terangan berkata aku faham masalah ibu aku itu, cuma apa yang aku percaya dan ibu aku percaya menyebabkan ayah aku jadi sebegitu adalah berbeza, jadi sekurang-kurangnya janganlah buat aku paranoid dan makin haru-biru pemikirannya dengan cerita-cerita pasal 'pendinding', diiringi dengan saudara-mara aku yang bersilat didepannya untuk 'membawa pulang' apa yang bertenggek di atas bahunya.

Sebab aku pasti apa yang ayah perlukan ialah motivasi, dan rasa gembira.

Buktinya? Tiap-tiap kali aku balik kampung perkara yang pertama sekali ayah aku buat ialah berdiri dan berjalan tanpa dibantu siapa-siapa.

Sesungguhnya akal dan fikiran serta kecekalan hati manusia itu lebih kuat dari segala-galanya.

Kurang Ajar.

Sebentar tadi aku telah ke Toast Box di Pavilion, dan telah mencuba lontong mereka. Tidak berapa sedap. Terlalu pedas untuk citarasa aku, serta tidak berkuah sambal kacang atau sambal biasa.

Itu aku tidak bengang pun.

Yang aku bengang adalah ketika aku sedang beratur dan menunggu untuk membuat pesanan makanan, ada budak berbangsa Cina tiba-tiba potong line aku. (Aku rasa dia dalam umur 8 ke 9 tahun). Kemudian adik dia yang gempal sedikit pun buat benda yang sama, dengan bau peluh dia, dan dengan aksinya macam monyet tak sabar menunggu sampai terpijak-pijak kasut putih aku. Dan ketika semua ini berlaku, si bapa bodoh mereka hanya melihat mereka dari tepi. Aku tenung muka dia, tapi dia buat muka bodoh (mestilah, orang bodoh takkan nak buat muka pandai bukan?)

Kalau bapanya sudah kurang ajar, takkan boleh dia mengajar anak-anak monyetnya bukan? Jadi, pesanan untuk ibu bapa sedunia, tak kisahlah, anak kamu nak jadi angkasawan ke, rockstar ke, blogger termasyhur ke, tapi janji dari kecil kena ajar supaya beratur. Faham?

Ahad, Jun 22, 2008

Petang Semalam (Bukan) Di Ibukota 1.











Tahniah! Upacara penuh tradisi, tetapi penuh dengan soalan-soalan sinis terhadap aku. Penat!

Jumaat, Jun 20, 2008

Hujung Bulan, Katanya.

Argh. Cakap awal-awal kan senang?

Kemasan Rawak:

1. Kawan aku dapat tiket pergi menonton My Bloody Valentine. Cemburunya.

2. Sudah lebih 2 minggu. Akhirnya kena berborak dengan majikan penjual kereta itu baru dia beritahu perkara sebenar. Kononnya-lah.

3. Aku tak sabar menunggu 'The Dark Knight'. Kamu dah 'Jokerize' gambar kamu ke belum? Dan, why so serious?

4. Bulan Jun 2008 adalah bulan paling sibuk dalam seumur hidup aku.

5. Bulan Jun 2008 juga adalah bulan paling gembira sejak akhir-akhir ini. Bukan sebab Xanax, ya?

6. Aku jemu makan makanan yang sama, sebab itu semenjak dua menjak ini keluar nukilan tentang makanan. Dan aku seperti sudah tidak mampu selalu makan Superstar With Cheese mahupun Udon Sushi set sahaja.

7. Aku kena balik kampung malam ini sebab saudara aku kahwin esok. Dan aku paling tak suka pergi kenduri kahwin, sebab terlalu banyak soalan. Tekanan! Aku rasa esok adalah kenduri kahwin pertama aku akan pergi dalam masa 4-5 tahun.

8. Berapa harga purata pocket bike?

9. Aku rindu Rojak Pak Manan.

10. Aku rindu dia.

Khamis, Jun 19, 2008

Obsesi Makanan Aku.

Aku lihat ramai di antara kamu yang suka bila aku menulis pasal makanan. Dan ya, aku suka makan, walaupun mungkin di antara kamu ingat aku kurang makan. Jadi di sini aku ingin senaraikan masakan-masakan kegemaran aku. Maaf, kalau senarai ini penuh dengan makanan orang Johor. Sebab masakan Johor paling bagus. Senarai ini tidak menurut kedudukan apa-apa, bermaksud No. 1 bukanlah makanan kegemaran aku, semuanya aku suka secara adil, sama rata dan saksama macam segala inisiatif Barisan Nasional. Bu-wek. (Oh ya, aku malas letak gambar untuk nukilan ini sebab nanti semua marahkan aku buat mereka kelaparan.)

Juga aku senaraikan tempat di mana boleh dapat jenis masakan yang aku senaraikan di Kuala Lumpur, atau tempat-tempat di mana aku selalu makan masakan tersebut. Di sini aku perlukan pertolongan kamu untuk senaraikan tempat-tempat lain di mana aku boleh dapat makanan tersebut. Sila letakkan nama restoran dan lokasi, ya?

1. Mee Rebus Johor
Aku pernah makan Mee Rebus di Terengganu. Gila ke apa? Maaf, tapi istilah 'Mee Rebus' disalahgunakan di sana. Mee Rebus yang aku maksudkan ialah jenis yang popular di Johor, sepertimana resepi yang digunakan restoran Mee Rebus Nasir dahulu di Pantai Lido. Kuah gelap yang pekat, selalunya dimasak dengan daging lembu, dan disertakan dengan taugeh, tauhu yang dihiris dan cebisan tepung (gandum?) yang digoreng. Juga dihiasi dengan bawang goreng dan lada hijau. Biasanya kuahnya berasaskan belacan, dan ada rasa udang sedikit.

Di mana? Aku selalu makan di Restoran Ajidon di Plaza Damas, Restoran Village Park dan Kopitiam Killeney's di Uptown Damansara tetapi yang paling masyuk ialah gerai tepi jalan (yang menggunakan lori kecil putih macam penjual rojak dan cendol) di Keramat AU2 berdekatan dengan Petronas dan 7/11. Tetapi hanya di waktu siang, ya?

2. Mee Jawa
Dia seakan-akan Mee Rebus, tetapi biasanya ditambah dengan kentang rebus yang dihiris dan sayur (sawi?). Juga berasaskan belacan.

Di mana? Mak aku buat. Aku tak pernah makan yang bagus di kedai. Paling overrated ialah kedai yang menjual Mee Jawa di food court Pavilion KL. Ish ish.

3. Lontong
Nasi himpit yang dimakan dengan kuah lodeh, sejenis kuah seakan kuah lemak, tetapi biasanya di masukkan tempeh, tauhu, udang dan kubis. Selalunya di makan dengan kuah kacang, tetapi ada tempat yang menggunakan sambal. Selalunya di makan di Johor sebagai sarapan pagi tapi aku suka makan bila-bila masa.

Di mana? Setakat ini yang paling aku suka di Restoran Village Park di Uptown Damansara. Aku dengan lontong terbaik adalah di Medan Selera atau pasar di Seksyen 14 Petaling Jaya, tetapi cuma di waktu pagi. Betul ke? (Aku tak pernah makan di situ).

4. Murtabak Singapura
(Sila baca nukilan ini.)

5. Rojak Singapura
Beza rojak ini dengan rojak mamak biasa ialah bahan-bahan yang diletakkan di dalamnya. Selalunya selain tepung yang digoreng, akan ada tepung yang digoreng dengan bawang, sayur, dan macam-macam bahan lain. Biasanya tepung ini akan digoreng dalam bentuk bebola seakan saiz bola tenis (mungkin kecil sedikit), dan juga akan ada tempeh goreng, kentang rebus dan telur rebus yang disalut dengan tepung goreng, dan timun serta lada hijau seperti biasa. Kuah kacangnya juga seakan kuah satay, tidak berapa pedas. Aku pernah makan di Pelita KLCC dan Mamak Bistro di Subang, tetapi kedua-duanya menghampakan keinginan aku dengan Rojak Singapura.

Di mana? Seperti yang aku katakan tiada yang bagus di KL, kecuali dua tahun lepas di Pasar Ramadhan TTDI. Kata si penjual dia biasa menjual di tepi jalan di bandar Dengkil, siapa tahu di mana ya?

6. Satay
Kalau kamu tak kenal satay sila berpindah ke Myanmar atau Filipina.

Di mana? Dahulunya yang paling sedap aku makan ialah GG Satay yang berdekatan Restoran Naan Corner di Ampang Jaya, berhadapan 7/11 yang bersebelah ISKL. Sekarang kedai itu tidak wujud lagi? Jadi sekarang aku akan makan sama ada di Restoran Ajidon (lagi) di Plaza Damas, dan kedai-kedai Satay Haji Samuri (boleh tahan). Juga aku dahulu suka makan di Restoran O Mulia di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Semarak (?) tetapi amat susah parking di sana.

7. Mee Bandung Muar
Maaf, tetapi segala apa jenis Mee Bandung yang dijual di Kuala Lumpur semuanya tipu. Penuh 'sampah' terutamanya serai. Mee sedikit sahaja. Mee Bandung asli dari Muar memang jauh berbeza dari Mee Bandung Lembah Kelang. Kuah sedikit pekat (bukan cair) berasaskan belacan, yang dimasak bersama daging, telur dan sedikit sayur. Kadangkala akan dimasukkan kacang tanah yang dikisar (tetapi tidak terlalu halus) di dalam kuah.

Di mana? Di KL aku hanya makan di satu tempat seperti aku tuliskan di nukilan yang lepas iaitu Restoran Wak Tomyam yang disebelah stesen Petronas di Jalan Kolam Air di Ampang Jaya.

8. Superstar with Cheese
Dua keping burger daging yang besar, dengan sayuran segar, pickles dan tomato serta keju. Yummy! Kalau nak lagi sedap cakap di kaunter supaya jangan letak mayones. Aku memang jarang makan makanan segera tetapi untuk burger ini aku sanggup makan. Memang sedap. Tak percaya cuba! Aku janji lepas ini kamu akan bekerja keras, dapatkan lebih banyak gaji agar kamu mampu makan di sana sebab McDonald's dan Burger King akan jadi tidak menyelerakan langsung. Dan ya, cuba makan french fries mereka dengan sos khas yang mereka sediakan!

Di mana? Cawangan Carl's Junior di Pavilion KL, One Utama dan Mid Valley. Paris Hilton pun suka Carl's Junior tau!

Itu sahaja yang aku ingat kali ini. Babi, sudah pukul 3 pagi dan aku mula lapar.

Rabu, Jun 18, 2008

Lagu Hari Ini 3.



Mono - Halcyon (Beautiful Days)

Oh ya, mereka turun Kuala Lumpur 5 Julai nanti. Kalau tak penat selepas memprotes harga minyak di KLCC-lah (hari yang sama! Apa? Kamu tak tahu?).

Inilah Realiti Perniagaan Melayu.

Aku marah.

Kenapa? Awal bulan yang lalu aku telah mengambil keputusan untuk membeli kereta sekali lagi. Kereta yang aku inginkan tak silap aku kalau dibeli dari kebanyakan pengedar ada waiting list. Sebulan ke dua bulan. Tetapi, nasib baik, (ataupun tidak) aku telah terjumpa dengan seorang agen yang berkata syarikatnya mempunyai stok kereta tersebut.

Aku (Tak Peduli) : Awak pasti ke ada stok sekarang? Sebab banyak tempat cakap kena tunggu sebulan atau dua bulan...
Agen Kereta : Eh, ada. Depan mata saya sekarang ada!
Aku (Tak Peduli) : OK, kalau begitu confirm-lah. Saya beli dari kamu.
Agen Kereta : OK, dalam 5 hari begitulah lebihkurang kamu boleh dapat kereta.

Depan mata kepala hotak dia.

Hari ini sudah genap 14 hari.

Aku yang kena buat panggilan telefon. Hari ini-lah, esok-lah, minggu ini-lah. Tak ada warna hitam kalau nak warna putih ada-lah. Kalau aku tak telefon memang dia senyap sahaja. Sekarang dia dalam hospital, katanya.

Inilah yang aku tidak faham tentang perniagaan Melayu. Bukan dia ni sahaja, malah kebanyakannyalah. Semua tak pandai melayan pelanggan, tak boleh puaskan hati pelanggan, buat kerja ala kadar.

Perkataan ala kadar tak boleh wujud dalam perniagaan!

Bukannya aku beli basikal murah pun. Kereta. Bukan murah. Walaupun murah dan keuntungan sedikit pun, kami tetap pelanggan kamu. Kami beri duit buta-buta kepada kamu. Sekurang-kurangnya beritahu kami status terkini pelaburan kami, dan jangan janjikan sesuatu yang kamu mustahil untuk berikan!

Tak adil!

Selasa, Jun 17, 2008

Murtabak Singapura Di Ampang.

Sebentar tadi aku dan rakan sekerja aku baru selesai makan di Ampang. Kami telah singgah sebentar di singgahsana baru John (memang dia singgah sahaja di sana) di sekitar Wangsa Maju, dan alang-alang kami berada di sana aku telah mengajak si rakan sekerja aku tadi makan Murtabak Singapura berdekatan Ampang Point.

Untuk mereka yang jahil perihal murtabak, Murtabak Singapura amat istimewa. Murtabak yang dijual di kebanyakan restoran mamak di Malaysia hanyalah roti canai yang disumbat dengan daging. Tiada keunikan, maka tiada kelazatan dan kepuasan separa jimak. Berbeza dengan murtabak biasa yang biasanya diisi dengan lebihan kuah-kuah berasaskan daging atau ayam, dengan kulit asas roti canai yang keras dan nipis.

Murtabak Singapura biasanya dibuat dengan daging lumat yang dibebolakan kecil-kecil, dan versi daging ayam biasanya dibuat sekali dengan tulang-tulangnya sekali. Biasanya akan banyak telur, dan dimakan dengan bawang hiris dengan sirap ros dan sos tomato serta timun. Ya, sos tomato, bukan kari ya?



(Gambar diambil/dicuri dari sini.)

Kalau hendakkan yang asli, pergi sahaja ke Arab Street di Singapura dan cari Restoran Zam Zam. Memang ter-baek. Jangan lupa cuba nasi briyani mereka, memang lazat! (Tetapi jangan tertipu dengan Restoran Zam Zam tiruan, yang berada betul-betul di sebelah restoran yang asli. Restoran yang paling dekat dengan simpang adalah yang asli, ya?)

Tetapi di Kuala Lumpur memang susah untuk mencari Murtabak Singapura. Selain Restoran Tanjung Puteri di Hartamas dan di Ampang ada di mana ya? Siapa tahu? Tak silap aku ada satu di Taipan Subang, tapi aku tak pernah mencuba. Tolong!

Anyway, ketika menunggu Murtabak Singapura aku sampai, aku tergelak dalam hati sebentar. Bersepah Perempuan Ampang. Segala yang aku stereotaipkan dalam nukilan ini memang tepat, hinggakan ke beg tangan jenama Guess dan rambut karat, juga ditemani Lelaki Ampang berkumis nipis berbaju kemeja-T polo kolar ternaik.

Sampai naik rimas. Tapi kelakar-lah. Malangnya aku tidak berkamera tadi, jadi tiada gambar.

Ketika itu aku terfikir, pemerhatian aku sebenarnya memang agak bagus dahulu. Tetapi semenjak dua menjak ini fikiranku tidak tertumpu, asyik memikirkan perkara lain sahaja. Lagi pun sudah kurang golongan menarik yang aku ingin perhatikan. Macam sudah bosan.

Mungkin sebab mereka yang kenal aku sekarang semakin paranoid ketika aku berada bersama mereka. Takut diperhatikan dan menjadi nukilan abadi di sini. Tak mengapa, jangan risau, aku rasa mulai sekarang aku akan lebih memerhatikan sifat dan perangai manusia biasa berbanding dengan pemerhatian golongan-golongan tertentu. Jadi, bebaskan diri kamu dari paranoia sebegini dan pakailah skinny jeans walaupun kamu buncit sedikit, aku berjanji tak akan menulis perihal kamu semua, ya?

Murtabak Singapura ni pula yang buat aku paranoid.

Isnin, Jun 16, 2008

Orang Asia Jakun Tengok Van Damme.

Tak percaya cuba lihat klip ini. Tapi mungkin sebab dia tak pandai menari dan pakai baju perempuan.




(Terima kasih kepada Silly Rabbit kerana mengingatkan aku tentang golongan 'Jakun Mat Salleh'.)

Sabtu, Jun 14, 2008

Tafsiran 'Jakun'.



Sebelum aku mula hari ini, aku terlebih dahulu ingin meminta maaf jika kamu berketurunan dari suku kaum Jakun.

OK?

Aku sebenarnya ingin menulis perihal golongan ini sejak dari lama dahulu, cuma asyik terlupa. Kalau orang Singapura dan Budak Pulau (Cerita Lain...) terkenal dengan sifat 'kiasu' mereka, kita di sini memang terkenal dengan sifat 'jakun' kita. Tidak dinafikan ada bangsa yang lebih 'jakun' dari kita (lihat sahaja filem-filem Hindustan atau Tamil, penuh dengan 'jakun' yang suka memandang ke arah kamera ketika proses perfileman di tengah bandar) tapi aku rasa sifat 'jakun' itu begitu sinonim dengan kita sampaikan kita sudah menerimanya sebagai lumrah kehidupan di sini.

Jadi hari ini aku ingin senaraikan contoh-contoh mereka yang bersifat 'jakun', dan aku jamin kamu semua pernah mengalaminya atau pernah melihatnya dengan mata sendiri, atau kamu sendiri yang 'jakun'.

1. Jakun Kemalangan.
Mereka kata Alex Yoong tidak mungkin boleh bertanding secara adil di arena F1 dahulu akibat sifat orang kita yang 'jakun' ketika berlaku kemalangan. Ada kereta/motor/lori/monorel terbabas sahaja, berpusu-pusu kita memperlahankan kenderaan, berhenti di tepi jalan, akibat kejakunan kita. Semua nak tengok. Akibat kemalangan kecil, kesesakan lalulintas besar-besaran berlaku. Tak masuk akal langsung.

2. Jakun Perempuan.
Aku mungkin telah menyentuh sedikit tentang perkara ini di nukilan yang lalu, tapi secara jujur aku nyatakan di sini sifat 'jakun perempuan' ini lebih kronik di kalangan lelaki Melayu. Pantang nampak perempuan, mata terus meliar. Macam binatang jantan yang terburu-buru si betina untuk mengandungkan anaknya. Aku sebenarnya kurang faham perangai ini, sebab macamlah perhatian sebegitu akan membuatkan si perempuan tertarik dengan si lelaki 'jakun' tersebut. Buat macam aku, iaitu buat tak minat, mesti si perempuan cantik tertanya-tanya, Kenapa lelaki ni tak layan aku?", jadi semakin berdebar-debar hati dia.

Sebab itulah di sekeliling Asian Heritage Row atau Zouk penuh dengan Mat Rempit melepak. Semua jenis tak pernah nampak lurah dada.

Kalau kau buat aksi monyet ketika perempuan lalu kamu hanya akan menarik perhatian monyet, ingat tu!

3. Jakun Pesta Percuma.
Sebab itu Pesta Jom Kecoh popular di kalangan kita. Tempohari di Sunway Lagoon ada Pesta besar-besaran, kiranya ramailah juga perempuan berbikini di situ. Masalahnya pesta ini percuma, janji ada tiket yang boleh diperolehi dari majalah yang dikeluarkan si penganjur pesta itu tadi. Jadi, akibat 13,000 tiket percuma telah dikeluarkan, berpusu-pusulah rempit bertopi Quicksilver tiruan ke Sunway Lagoon dengan harapan boleh tersangkut dengan awek Melayu bikini.

Jangan harap.

Akibat terlalu ramai orang, kecoh jadinya. Sampai bergaduh-gaduh, hinggakan ada motorsikal rempit yang dibakar dan polis semua datang. Pesta percuma berbikini punya pasal.

4. Jakun Barangan Percuma.
Ini cuma lanjutan No. 3 di atas, di mana sebaliknya barangan percuma yang ditawarkan. Sebab itulah orang kita selalu tertipu dengan peraduan gores dan menang dan Black Money.

5. Jakun Artis.
Bukan Angelina Jolie atau Gisele Bundchen, tetapi artis atau selebriti Melayu murahan. Pantang nampak golongan Konon Selebriti ini, kecoh semeja kawan di mamak atau kopitiam. Menuding-nuding, menunjuk-nunjuk, sampai Konon Selebriti ni pun perasan dia terkenal. Aku paling tak suka pelakon drama swasta yang perasan dia terkenal akibat tumpuan perhatian dari 'jakun' ni semua. Tapi atas sebab yang sama ramai orang yang kenal aku ingatkan aku sombong. Bukan sombong, tapi sebab aku tak kenal kamu, ok? Kalau Denver tu kenal-lah.

6. Jakun Barang Baru.
Kereta baru, iPhone baru, isteri baru. Mesti menarik perhatian 'jakun' punya. Tak percaya tunggu model Proton/Perodua baru keluar dan kamu ternampak kereta baru tersebut diletakkan di tepi jalan depan khalayak ramai. Mesti ramai berkerumun.

Apa kata kita gunakan sifat 'jakun' kita ini untuk kebaikan? 'Jakun' sangat lihat kereta pakai biodiesel sampai kita bersungguh-sungguh majukan enjin yang lebih efektif untuk biodiesel misalnya... Boleh, bukan?

Kawan Aku Di Kedai Mamak.



Tak lama dahulu ketika aku sedang menunggu rakan sekerja untuk ke pejabat, aku telah ditegur oleh seorang lelaki Melayu, yang selalu aku terjumpa minum di kedai mamak yang sama tiap-tiap pagi.

Dia ni memang lelaki Melayu tipikal. Rambut kerinting halus dipotong secara flat-top (dan berekor sedikit di belakang), misai halus dan berjanggut sedikit, suka pakai kemeja-t polo yang tidak dimasukkan ke dalam seluar jeans yang berpotongan kasual.

Biasalah, adat Melayu suka tegur-menegur, jadi dia tegur aku dulu, disebabkan tiada tempat duduk kosong di kedai mamak, dan memang kebiasaannya aku selalu duduk seorang pun.

Jadi semenjak aku kenal dia, memang selalulah dia duduk bersama di kedai mamak itu kalau ada kesempatan, dan macam-macam hal yang suka dia bualkan. Seperti biasa aku hanya mengiya dan mengangguk.

"Mula-mula dulu orang semua ingat aku polis, tak tahu kenapa pun!"
- Memang rupa dia macam polis. Sebenarnya dia seorang drebar.

"Kerajaan ni memang takkan tahan lama. Nanti kalau Anwar masuk bertanding aku dengar satu Sabah akan lompat parti, lepas tu mesti majoriti pembangkanglah Parlimen."

(Sigur Ros - 'All Alright' sedang berkumandang di iTunes aku. Cuba lihat video terbaru mereka. Penuh dengan perempuan bogel di dalam hutan!)

Ketika penjual cincin batu menghampiri kami—"Ni cincin ni apa kuasa dia? Kau tak mahu cincin?" (Sambil memandang ke arah aku)

Benda-benda macam tu-lah perbualan kami. Tetapi aku perasan satu perkara yang mesti dia selalu buat. Perbualan kami (sebenarnya dia seorang sahaja yang bercakap sambil berlagak boss di kedai mamak tersebut) selalunya terbantut bila ada perempuan berjalan berdekatan kami. Tak kisah-lah yang lawa atau pun bukan, janji perempuan.

Matanya akan terbeliak sebentar, badannya macam terkaku, dan matanya akan meliar mengikuti perempuan tadi.

Kenapa lelaki Melayu sahaja yang suka buat macam itu ya? Sila bincangkan.

Selasa, Jun 10, 2008

Lagu Hari Ini 2.



Ya, lupakan Backstreet Boys, N'Sync, Boyzone dan Westlife. Ini baru betul!

Aku Nak!





Klik gambar di atas untuk berita selanjutnya. Tetapi Malaysia tidak termasuk di dalam senarai awal negara-negara penjualan iPhone 3G pertama. :(

Malam Semalam Di Ibukota 22.





















Tiga malam yang mula-mulanya menggembirakan, kemudian memilukan, yang kemudiannya diakhiri dengan Xanax.

Tanya Abang Minimalis: Musim 2 Episod 2

Kita teruskan...

"en. MM apa erti jahat pada kamu? — catalyst"

Orang yang mempergunakan kepercayaan orang lain untuk keuntungan diri sendiri. Juga orang yang suka letupkan orang lain dengan bom.

"MM, mcm mana nk lupa kan lelaki/perempuan yg bg bnyak janji2 manis? — Cerita Seorang Aku, Saiful Nizam Kassim"

Dengan perlahan. Jangan terburu-buru. Kalau kamu terburu-buru kamu sendiri yang akan jadi seorang yang hanya banyak janji-janji manis kepada orang lain. Macam aku, aku ambil masa 4 tahun, tetapi dalam 4 tahun tersebut aku belajar banyak tentang diri aku, dan tentang orang lain. Jangan terburu-buru, sebab di dalam semua perhubungan lelaki/perempuan kamu tak patut berada di dalam situasi yang kamu perlu mengejar sesuatu. Jadi, lakukan apa saja yang perlu dalam tempoh yang panjang tersebut. Macam aku, aku buat band. Inspirasi yang paling berguna ketika berkarya ialah ketika hati kamu parah.

"abang MM, terangkan lebih lanjut,dalam,dan padat tentang super delegates — renegix_01"

Seperti yang aku katakan, aku tidak berminat dalam politik. Sila Google sendiri. Maaf.

"band yang best dan patut diambil peduli- so your makanan lah i guess. tq! — Sarah Is The One"

Selain dari band-band yang aku pernah tulis di sini, band baru atau meningkat yang kamu semua perlu tahu ialah seperti The Whitest Boy Alive, BMX, Omega Massif, The Ting Tings, Santogold dan I Quit Antartika untuk band tempatan. Maaf, aku tidak berapa muzikal hari ini.

"Agaknya lah, Malaysia ni ada harapan tak jadi negara maju? Dulu 1997 masa dijangkakan menjadi harimau kuat southeast asia, kegawatan ekonomi melanda. Baru macam nak pulih (macam) arena international bergolak, food crisis melanda, harga minyak naik pula. Dan, pada pendapat MM, pembangunan mentaliti umum pula bagaimana? ada improvement atau tak ada atau lagi merudum? — 47"

Dalam hal ini, aku rasa chedet adalah seorang genius. Walaupun tidak dikenali sebagai ahli kewangan yang masyhur, tindakan beliau tidak merantai Ringgit Malaysia ke Dolar Amerika dahulu aku akui adalah langkah yang bijak. Baca sahaja nukilan beliau baru-baru ini. Apa yang kita perlukan adalah seorang strategis kewangan yang sanggup mengambil risiko tinggi seperti chedet. Apa yang kita perlukan bukan 'kekuatan' kewangan antarabangsa, tetapi 'kekuatan' serantau. Kalau kita kurangkan pergantungan kepada keadaan ekonomi antarabangsa, dan bersama-sama negara serantau (yang sudah semakin meningkat kuasa membeli serta pasaran secara amnya) memajukan keadaan ekonomi serantau, kita, serta negara-negara jiran kita mungkin mampu mewujudkan zon ekonomi yang tidak bergantung langsung serta tidak dipengaruhi ekonomi luar. Mungkin agak far-fetched tetapi kata mereka dalam seabad inilah giliran Tamadun Dari Timur untuk maju kehadapan, sehingga mewujudkan konflik dengan Tamadun Dari Barat. Dan pada pendapat aku konflik yang dimaksudkan di sini ialah konflik ekonomi. Salah satu tanda-tanda awal telah muncul, lihatlah sahaja recession di Amerika sekarang. Sekarang giliran kita untuk tampil kehadapan.

"Antara He-Man dengan Pendekar Laut mana lebih power..sebab aku tgh avatar ko he-man,aku nak tanya nih.
P/s: Boleh ke Power Grey Skull lawan Kuasa Petala Langit ? — Bro Hitz"

Boleh.

"soalan untuk MM.berapa orang da derma kat paypal MM sehingga sekarang? tak mahu betul-betul karang buku sendiri ke? — suka hati"

Dua orang. Nilai keseluruhan USD1.65. Sedih, bukan? Dan aku tak ingin karang buku sendiri, sebab tidak boleh kaya di Malaysia. Tash Aw tak kira, sebab dia bukan terbitkan buku di Malaysia pun. Blog lagi senang, lebih publisiti. Dan percuma untuk semua. Kamu ingat ada orang nak bayar untuk baca karya aku ke? USD1.65. Itu buktinya.

Ralat: "tindakan beliau tidak merantai Ringgit Malaysia ke Dolar Amerika dahulu aku akui adalah langkah yang bijak". Sepatutnya "tindakan beliau tidak mengapungkan Ringgit Malaysia ke Dolar Amerika, dan menolak pertolongan Bank Dunia adalah langkah yang bijak" Terima kasih Popo.

Isnin, Jun 09, 2008

Lagu Hari Ini 1



Pictures of You - The Cure

i've been looking so long at these pictures of you
that i almost believe that they're real
i've been living so long with my pictures of you
that i almost believe that the pictures are
all i can feel

remembering
you standing quiet in the rain
as i ran to your heart to be near
and we kissed as the sky fell in
holding you close
how i always held close in your fear
remembering
you running soft through the night
you were bigger and brighter and whiter than snow
and screamed at the make-believe
screamed at the sky
and you finally found all your courage
to let it all go

remembering
you fallen into my arms
crying for the death of your heart
you were stone white
so delicate
lost in the cold
you were always so lost in the dark
remembering
you how you used to be
slow drowned
you were angels
so much more than everything
hold for the last time then slip away quietly
open my eyes
but i never see anything

if only i'd thought of the right words
i could have held on to your heart
if only i'd thought of the right words
i wouldn't be breaking apart
all my pictures of you

looking so long at these pictures of you
but i never hold on to your heart
looking so long for the words to be true
but always just breaking apart
my pictures of you

there was nothing in the world
that i ever wanted more
than to feel you deep in my heart
there was nothing in the world
that i ever wanted more
than to never feel the breaking apart
all my pictures of you

Tanya Abang Minimalis: Musim 2 Episod 1

Aku sedih sekarang. Tapi aku teruskan jua, demi janjiku pada kamu semua. Jadi...

"Memandangkan harga petrol/diesel yang meningkat secara mendadak kebelakangan ini, pastinya ramai antara kita yang mempunyai kereta terasa beban atas kenaikan harga ini.

Sekiranya MM diberikan dana yang tidak terbatas (infiniti) beserta bantuan dari cerdik pandai yang ada di dunia ini, jenis kereta bagaimanakah yang MM akan cipta untuk mengatasi masalah ini?

MM juga boleh masukkan ciri-ciri sampingan yang MM rasakan penting/perlu dipunyai oleh kenderaan futuristik tersebut. — Tipu Tapi Benar"

Baru-baru ini di saluran Discovery Channel ada tersiar laporan tentang sel-sel suria yang boleh menyerap lebih banyak tenaga dari cahaya matahari untuk ditukarkan kepada tenaga yang boleh digunakan. (Maaf, aku tak ingin tajuk rancangan). Apa yang menarik minat aku ialah keupayaan sel-sel tersebut untuk dihasilkan dengan ketebalan yang amat nipis, dan mudah dilentur seperti kertas ataupun plastik, serta kosnya yang amat murah jika dibandingkan dengan sel suria konvensional.

Kalau aku tiada batas kewangan, aku akan pamkan wang untuk penyelidikan menggunakan sel-sel suria tersebut untuk menjana sebuah kenderaan. Seperti sebuah kereta yang diselaputi sel-sel suria tersebut sebagai rangka luaran, dan jenis-jenis bateri yang lebih efektif dan boleh menyimpan tenaga terpendam lebih lama. Selain itu aku akan lebihkan penyelidikan untuk penggunaan sumber kuasa bolehganti, bermakna pengurangan penggantungan kepada sumber kuasa berasaskan karbon seperti batu arang dan petroleum, dan penyelidikan untuk sumber kuasa alternatif, dan yang paling penting seperti aku katakan tadi, sistem bateri yang lebih berkesan. Ciri-ciri lain kereta itu tidak penting, cuma penjanaan serta penyimpanan kuasa yang akan aku berikan lebih tumpuan.

"Abang minimalis selalu lepak fariz maju atau amir ali tak? — Ami"

Tak, aku lepak di De Maju.

"Abang MM.Apakah pendapat abang tentang penukaran baju uniform sekolah yang di bincangkan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini? — Amir Shafiq"

Pendidikan adalah lebih penting dari pakaian yang dipakai semasa dalam proses pendidikan. Tapi secara peribadi, baju kurung memang seksi. Bu-wek.

"Apa pendapat abg minimalis ttg yang ini? peduli ke tak? http://hypebeast.com/2008/06/joy-division-documentary-microsoft-zune — Senandung K"

Aku memang tidak sokong Microsoft. Lihat sahaja filem 'Pirates of the Silicon Valley'. Jadi aku tak peduli. Boo Peter Saville!

"Boleh tak ulas sikit tentang Beat Generation & mungkinkah tahap kesihatan sosial remaja Malaysia dapat mengambil manfaat dari mereka? Jika ya, bagaimana? Jika tidak, mengapa? — Off The Desert"

Untuk ulasan, sila baca di sini. Secara jujur, artisan yang mungkin berada di tahap yang sama seperti mereka yang hidup dan aktif ketika zaman 'Beat Generation' wujud di Malaysia sekarang ini, dan ramai di antara mereka sedang aktif berkarya. Malangnya, seperti banyak aspek lain dalam masyarakat Malaysia, mereka yang dianggap berhaluan kiri atau tidak konvensional biasanya akan terpinggir dari bantuan dan sokongan dari mereka yang boleh menolong, dalam hal ini, mungkin badan-badan serti ejensi kerajaan yang mempunyai asas kewangan. Memang mudah untuk kerajaan Malaysia memberi label 'digam' atau 'diharamkan' serta 'diseneraihitamkan', kerana penggembala lembu harus memastikan lembu-lembu mereka semua teratur, tersusun dan berdisiplin.

Pada masa yang sama, golongan yang berkarya pada zaman 'Beat Generation' dahulu tidak mempunya internet, Astro serta cara-cara 'alternatif' yang boleh mempengaruhi benak idealogi mereka, jadi pada pendapat aku, karya-karya awal yang mereka keluarkan adalah lebih asli, murni dan erti yang mendalam. Aku kurang fasih tentang penulis-penulis tempatan pada era yang sama, seperti Pak Sako dan yang lain-lain, dan kemudiannya konco-konco Gapena dalam era 70an, jadi mungkin aku orang yang salah untuk memberikan pendapat tentang soalan ini. Bapa aku dahulunya orang kuat Gapena, dan seorang penulis, jadi mungkin aku boleh bertanyakan soalan ini kepada dia. Tunggu ya?

"Hotel apa kat KL yg menawarkan komplete pakej spa beserta "main" yg paling best?

soklan sebenar:

Tolong jelaskan bagaimana nak guna cmd: gpedit.mcs dgn berkesan? — loklaq"

Untuk soalan pertama, sila rujuk laman ini. Bukan sahaja untuk Singapura, tapi banyak juga laporan untuk Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh. Untuk soalan kedua, aku pengguna Macintosh. Siapa suruh guna Windows?

"If nobody buys a ticket to a movie do they still show it ? — Julia ♫°♪"

Ya, untuk sineplex-sineplex utama di Lembah Kelang. Aku kurang pasti untuk panggung wayang kecil di seluruh negara.

"Kenapa zaman skrg susah benar nak pinang anak dara Pak Cik Hasan? hantaran mintak sampai 15 ribu, sampai nak berbalas 15 dulang, rantai ngn gelang satu set, reception mintak buat kat dewan perdana...akibatnya ramai lah pasangan blum nikah dah 'kawin' (duduk sekali la...mcm dlm kisah 'Ezora' tu), sebab blum mampu afford jumlah yg dipohon. tolong ulas sikit brader MM...tq. — Ehsan Zakaria"

Seperti kata Tok Imam yang menandatangani borang pelepasan perceraian aku dahulu, "Kalau senang dapat, senang buang. Kalau kita buat susah nak dapat, nanti susahlah orang nak sewenang-wenang buang atau bercerai..."

"Apa prospek bidang engineering di malaysia dalam 5-10 tahun lagi?adakah kita akan still di takuk sama,budak2(generasi akan datang negara) semua bising2 kecoh2 nak buat kereta?atau budak2 kita akan jadi sedikit bijak dan mula mengejar2 ingin membuat software gempak macam Microsoft Windows? — codist"

Tenaga kerja kita tidak se'terlatih' pekerja-pekerja Singapura, Taiwan, dan mungkin China, dalam bidang-bidang kejuruteraan, elektronik dan sebagainya. Buat masa ini, kita lebih banyak 'memasang' ciptaan orang luar, atau sekadar 'meminjam' idea orang luar untuk menjana aktiviti perindustrian kita. Kita lihat India sebagai contoh, mereka mempunyai industri elektronik yang agak maju, dan banyak memimpin, dan bukan dipimpin, dan mempunyai kumpulan pekerja terlatih yang boleh menandingi Palo Alto di Amerika.

Kenapa? It's all about Research & Development. "R&D". Mungkin kita mempunyai kepakaran, tetapi kita tidak memberi tumpuan kepada R&D sebanyak negara-negara lain. China, misalnya, walaupun 'terkena' dengan keupayaan mereka untuk mencipta barangan elektronik 'tiruan', tetapi semua itu tidak datang dengan mudah. Walaupun mungkin mereka hanya melalui proses 'reverse engineering', tetapi itu tetap R&D. Jika lebih syarikat tempatan menyalurkan wang kepada R&D, dan tidak bergantung kepada 'kepakaran' luar, masa depan untuk golongan yang kamu sebutkan di atas agak cerah. Semuanya bergantung kepada mentaliti kerajaan, dan secara umumnya mentaliti kita sebagai tenaga kerja.

Ok, kita sambung sebentar lagi.

Ralat : "If nobody buys a ticket to a movie do they still show it ? — Julia ♫°♪"
Aku difahamkan untuk semua sinepleks utama, filem akan tetap ditayangkan walaupun tiada pembeli tiket untuk memastikan keadaan filem (atau prints) masih elok dan boleh ditonton. Untuk panggung-panggung wayang lama pula, sudah menjadi tradisi untuk menayangkan filem di panggung yang kosong, untuk menjaga hati 'si penjaga' (di sini bermaksud makhluk halus) panggung wayang tersebut. Juga sesetengah panggung wayang lama akan sengaja tidak menjual beberapa tiket tempat duduk tiap-tiap kali, kerana tempat duduk tersebut telah diambil oleh 'si penjaga'. Untuk sinepleks pula kebiasaannya satu barisan tempat duduk tidak akan dijual sebagai back-up kepada mereka yang membeli tiket secara online booking.

Ingat! Membaca menambah pengetahuan!

Khamis, Jun 05, 2008

Tanya Abang Minimalis?

Baiklah, atas permintaan ramai, aku akan kembalikan ruangan 'Tanya Abang Minimalis' yang aku pernah buat dahulu. Sila kemukakan soalan di ruangan komen, ya?

Kamu semua tahu jenis-jenis soalan yang tidak patut ditanya, bukan?

Rabu, Jun 04, 2008

Aku Peduli. Sikit.

Kita di Malaysia dikatakan antara orang yang paling bertuah di dunia, jika difikirkan dari segi subsidi minyak yang diberikan kepada kita. Sebab itulah ramai orang Singapura dan Thailand berduyun-duyun ke bandar-bandar sempadan negara kita semata-mata untuk membeli petrol dan diesel.

Apa yang aku dengar di berita tadi, dengan kenaikan 78 sen harga petrol seliter ke RM2.70 dan kenaikan harga diesel ke RM2.80, kerajaan kita boleh jimatkan duit sebanyak RM56 billion. Banyak tu. Tapi nak buat apa ya dengan duit banyak-banyak tu? Aku ada cadangan—

1. Mansuhkan cukai jalan. Jangan beri rebat RM625 sahaja. Mansuhkan terus. Tak cukup ke dengan duit tol?

2. Kurangkan cukai ke atas kereta import dan kereta mewah. Mini Cooper S itu bukannya mahal sangat pun sebenarnya, sama seperti Mazda 3, tambah nilai cukai sahaja membuak-buak harga jadinya. Buat Proton dan Perodua gelabah sedikit, biar meningkat sikit mutu kereta tempatan. Beri peluang pengusaha kereta luar untuk bertanding secara adil dengan pengusaha kereta tempatan kita.

Juga kita boleh fikirkan tentang mengurangkan cukai untuk motorsikal berkuasa 150cc ke atas. Sampai bila Mat Rempit kita nak merempit dengan motorsikal berkuasa kecil? Mungkin bila mereka semua mampu beli motor 250 atau 500cc mereka akan lebih menyayangi nyawa mereka. Tak pun sayangkan motor jadi segan nak bawa laju-laju.

3. Tingkatkan mutu pengangkutan awam. Tak kisahlah, bas, teksi, monorel, LRT, KTM, semuanya. Yang paling aku hendak lihat peningkatan mutu ialah perkhidmatan bas kita. Ketatkan penguatkuasaan, pastikan jadual perjalanan yang berkesan tetapi realistik, dan juga sistem pembayaran tiket keseluruhan yang lebih efektif. Touch 'n' Go ada harapan, tetapi gagal dari segi penyelenggaraan. Bukan kita semua sudah ada MyKad bercip mikro bukan? Juga, tukar sistem LRT (Light Rail Transit) kepada MRT (Mass Rapid Transit) seperti di Singapura. Tambah jumlah gerabak, pastikan lebih ramai penumpang boleh menaiki tren untuk setiap perjalanan.

4. Jangan dibiarkan laluan pejalan-pejalan kaki. Di Kuala Lumpur ini memang aneh, banyak kaki lima yang tiba-tiba mati tanpa penyambung. Memang leceh, dan ini untuk orang yang celik. Kalau laluan untuk orang yang cacat penglihatan jangan cerita-lah, macam obstacle course paling susah di dunia kalau mereka hendak kesana-sini.

Ok enough ranting. Aku nak beli basikal.

Ralat: Bukan RM56 billion, tetapi RM4 billion. Banyak juga tu.

RM2.70 Seliter!!!!

Haih. Baru nak berangan. Tapi harga sudah naik.

Masa yang bagus untuk beli basikal.

Lagu Yang Aku Paling Layan Sekarang.



'Burning'- Dendangan The Whitest Boy Alive. Peminat Kings of Convenience pasti tidak akan hampa. (Memang penyanyi yang sama pun.)

Selasa, Jun 03, 2008

Aku Kena Cakap, Walaupun Amat Trivial.

Aku memang minat menonton filem. Dan aku kadangkalanya memang agak obses dengan filem, terutamanya tentang set, kesan khas, kostum, prop, suntingan dan macam-macam lagi.

Jadi, akibat terlalu banyak menonton filem, aku menjadi terlalu terperinci. Filem tempatan, misalnya, kalau aku perhatikan, memang hancur dari segi ketelitian. Terutamanya untuk prop-prop dan kostum yang tidak kena dengan zaman yang kononnya dipaparkan dalam filem tersebut.

Oleh sebab yang sama, aku lebih gemar menonton filem barat. Terutamanya fiksyen sains yang dibuat sebelum kemunculan animasi grafik komputer. Malam tadi misalnya, aku telah menonton filem arahan Ridley Scott iaitu 'Alien', lakonan Sigourney Weaver. Dahulu, masa zaman 70an, teknologi yang sedia ada tidak secanggih teknologi sekarang.

Akibatnya, futurisme yang cuba dipaparkan dalam filem tersebut, walaupun mungkin boleh dipercayai pada tahun 1979, tapi untuk kita sekarang seakan sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Satu benda yang aku perasan (bukan sahaja untuk filem 'Alien' tapi untuk banyak filem-filem (dan siri tv) fiksyen sains lain) adalah penggunakan skrin CRT (tiub sinaran kathod? cathode ray tubes la) sebagai interface komputer. Walhal kita tahu sekarang teknologi LCD (dan juga OLED) amat maju sekarang dan hampir digunakan di semua tempat. Jadi segala filem dan siri tv fiksyen sains yang menggunakankan penggunaan skrin CRT (yang melengkung seperti skrin tv dan skrin komputer biasa) untuk kononnya memaparkan penggunaan komputer pada tahun 2045 akan kelihatan 'salah' untuk kita di tahun 2008 ini.

Atas sebab yang sama, lampu mentol kelap-kelip yang sering kelihatan di set-set filem 'Star Wars' yang awal (maaf, trilogi terbaru tak masuk. Maaf George Lucas, ketiga-tiga filem tersebut bodoh betul) dan siri tv 'Star Trek' versi William Shatner seakan-akan kelakar untuk kita, yang sudah pasti akan tahu teknologi lampu LED lebih banyak digunakan sekarang jika dibanding dengan lampu bermentol. Inikan pula untuk filem yang kononnya untuk zaman beratus-ratus tahun yang akan datang. Perasan tak?

Pada masa yang sama, masalah ini juga berlaku secara songsang, ketika pengarah-pengarah filem sekarang ingin buat filem-filem berdasarkan zaman dahulu kala. Macam malam semalam, aku ada perasan satu perkara yang benar-benar buat aku fikir Hollywood itu bodoh.

Kita tak perlu lihat pun filem-filem zaman purba, atau zaman dinosaur atau zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain atau Maharaja Rom, sebab mereka memang berbelanja banyak untuk set, prop dan kostum untuk filem-filem sebegitu.

Tapi perkara ini aku memang selalu perasan untuk filem-filem baru yang menunjukkan kehidupan pada tahun 1940an-50an. Zaman ketika tiada lensa sentuh. Dan tiada lensa multicoated untuk cerminmata yang biasa dipakai oleh orang biasa ketika zaman itu. Tak silap aku lensa multicoated hanya wujud pada akhir tahun 60an atau awal 70an.

Tapi Hollywood selalu buat kesilapan ini. Macam Matt Damon dalam filem 'Good Shepherd' yang berkisar sekumpulan perisik CIA pada tahun 1950an di Amerika.



Tak nampak sangat dalam gambar di atas, tetapi kalau kamu menonton sendiri, kamu akan nampak segala balikan cahaya di atas cermin mata yang dipakai Matt Damon seperti dalam gambar adalah pembalikan cahaya lensa multicoated, iaitu pembalikan yang berwarna-warni, bukan seperti cermin biasa. (Susah nak terangkan, lihat cerminmata kamu atau kawan kamu sendiri).

Gila trivial kan?

Ahad, Jun 01, 2008

Aku Kembali. (Mungkin)

Setelah membeli hard disk yang salah (IDE, bukan SATA) dan kemudiannya ketiadaan installer disk untuk komputer aku, yang menyebabkan aku terpaksa ke Plaza Lowyat dan kemudiannya ke Digital Mall di Seksyen 14 Petaling Jaya (tempat itu semakin lama semakin kotor nampaknya. Dunia reputan urban) aku berjaya membawa komputer aku kembali dari alam barzakh siber.

Ini bermakna aku boleh kembali menulis di rumah. Tanpa gangguan seperti di tempat kerja, yang semestinya memerlukan tumpuan 100% dari aku.

Jadi, aku kembali.

Tapi, tanpa sebarang idea.

Sebab sebenarnya aku sekarang memang berasa amat seronok. Menunggu kemunculan hasil pelaburan aku. Maaf, bukan multi-level marketing. Harap-harap tidak setenat pelaburan pertama aku, yang akhirnya memang amat merugikan aku.

Jadi, selepas ini, selain dari Bangi dan Damansara, aku mungkin lebih senang untuk membuat pemerhatian di Bangsar, Rawang atau Subang, dan juga mungkin lebih banyak gambar di luar Lembah Kelang.

*tersengih*

Malam Semalam Di Ibukota 21







Satu hari yang kelam-kabut yang diakhiri dengan kedamaian zen. Mungkin