Ahad, Ogos 31, 2008
Malam Semalam Di Ibukota 29.
Jumaat, Ogos 29, 2008
Petang Semalam Di Ibukota 2 + Bahasa Kiasan.



(Cuba cari helikopter.)
Aku berpendapat salah satu sebab orang suka (dan kurang suka) blog ini adalah ketidakupayaan aku untuk cakap berkias. Aku dari dahulu tidak faham fungsi sebenar Bahasa Kiasan dan Kerelevenan©nya, dan sebagai seorang anak pendidik Bahasa Malaysia aku hanya gunakan Bahasa Kiasan untuk kertas Bahasa Malaysia semasa peperiksaan.
Aku tak faham mengapa kita tidak boleh bercakap terus terang. Contohnya—
(Di ruang tamu sebuah rumah indah di atas bukit)
Lelaki Bermisai - Kami datang ini, sebenarnya ada hajat...
Lelaki Berjanggut - Oh, nyatakanlah hajat sebenar di dalam hati...
Lelaki Bermisai - Kami ada seekor kumbang, seekor kumbang yang ingin menyunting bunga indah di taman bunga Tuan Haji...
Lelaki Berjanggut - Oh begitu! Tetapi si kumbang itu tahu tak bunga kami habis sudah ditebuk tupai...
Lelaki Bermisai - Assalamualaikum!!!
Walhal sebenarnya lebih mudah kalau dibuat sebegini—
Lelaki Bermisai - Aku ada anak lelaki, nak kahwin dengan anak perempuan kau.
Lelaki Berjanggut - Taknak.
Lelaki Bermisai - OK.
Jadi adakah Bahasa Kiasan itu wujud hanya kerana memang adat kita sebegitu? Aku rasa banyak masalah di Malaysia tidak akan wujud kalau kita semua belajar bercakap terus terang, bukan begitu?
OK-lah, aku ingin melayarkan bahtera di lautan sepi, cuba melayan binatang buas yang tidak tenteram di dalam hati yang tidak ingin pisang berbuah dua kali.
(maksud sebenar—Aku nak layan Youtube.)
Nukilan ditulis jam 1:14:00 PG 20 orang ada pendapat sendiri
Jenis Nukilan— pendapat, petang semalam
Khamis, Ogos 28, 2008
Selasa, Ogos 26, 2008
Mesti Tonton: Kami (2008)

Aku baru sahaja habis pra-tonton filem Kami (2008) petang tadi. Aku letak (2008) sebab sebelum ini pernah ada filem berjudul 'Kami', lakonan Sudirman pada tahun 1982. Jadi jangan keliru OK?
Balik kepada filem 'Kami' edisi 2008 (yang tiada kena mengena dengan filem tahun 1982).
Terus terang aku katakan, aku suka filem ini. Jalan ceritanya agak menarik, dan kamu tak perlu ikuti siri TV 'Kami' untuk faham jalan cerita filem ini. Barisan pelakonnya walaupun muda, tapi agak berkesan untuk menyampaikan mesej yang ingin disampaikan dua pengarah filemnya. (Ini filem pertama yang diarah oleh Effendee Mazlam dan Fariza Ishak. Kalau kamu ingat, Fariza atau Fizzi ini pernah berlakon dalam filem arahan Hishamudin Rais, 'Dari Jemapoh Ke Manchestee pada tahun 90an dahulu. Fendi pula ialah pemain gitar bass untuk band 'menjilat' Carburetor Dung)
Aku tidak akan berikan spoiler untuk filem ini, jadi aku tinggalkan sahaja komen serta pemerhatian aku selepas menonton tadi.
1. Banyak Yang Tersirat.
Banyak mesej sinis yang boleh didapati dari filem ini kalau kamu perhatikan betul-betul. Yang paling klasik ialah adegan yang melibatkan dua pegawai polis dan sebungkus dadah dan kemudiannya komentar tentang keberkesanan kereta ambulans. "Renung-renungkanlah..." kata seorang watak dalam filem ini. Klasik.
2. Banyak Lagu-Lagu Bagus.
Runut bunyi (ya, runut bunyi) filem ini bagus. Selain Hujan dan Meet Uncle Hussain, ada They Will Kill Us All, Furniture, Deepset, Laila's Lounge, Koffin Kanser, Meor dan banyak lagi. Semuanya muzik tempatan, dan secara jujur, semuanya bagus dan kena dengan filem. Tiada lagu Dragon Red.
3. Banyak Watak-Watak Pembantu Berkesan.
Watak Abu, Pak Din, Boy dan Razak memang bagus. Tabik. Cuba tonton sendiri.
4. Tiada Adegan Bodoh.
Ya, tiada adegan berborak sambil memakai jaket tebal di sebelah kereta mahal yang dipinjam dari Naza Motor di tepi KLCC/Jambatan Putrajaya, tiada adegan memesan jus oren dari waiter berkemeja putih lengan panjang dan memakai bow tie (eh? mungkin ada), tiada adegan pesta hari jadi di tepi kolam renang (mandi tepi pantai ada-lah), tiada adegan yang melibatkan Rosyam Noor, tiada adegan yang melibatkan Rosyam Noor berambut perang, tiada adegan yang melibatkan Rosyam Noor memakai rambut palsu, tiada montaj bazir filem seperti montaj adegan jatuh cinta di tepi kolam/repair kereta/latihan seni mempertahankan diri.
5. Ada Adegan Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Ani Zayanah...
...pakai baju sekolah. Dan kemudian pakai skinny jeans. Haih.
Apa-apa pun, filem ini akan keluar pada Hari Raya Pertama nanti. Cuba tonton kalau boleh. Memang disarankan. Sambil menunggu, sila tonton trailer di bawah.
Isnin, Ogos 25, 2008
Lagu Hari Ini 6.
The Verve - Love Is Noise
The Verve kembali! Siapakah Richard Ashcroft tanpa The Verve, dan sebaliknya siapalah The Verve tanpa Richard Ashcroft? Salah satu band kegemaran aku kembali!
Kerelevanan©.
Salah satu persoalan yang selalu ditimbulkan dalam blog aku ini ialah tentang mengapa aku tidak mahu menulis tentang golongan-golongan tertentu, ataupun inginkan pendapat aku tentang sesuatu topik.
Dan kebiasaannya aku tidak akan melayan soalan-soalan atau permintaan-permintaan sebegini, semuanya atas satu sebab—ia tidak relevan dengan aku.
Jadi di sini, aku ingin terangkan sedikit tentang Kerelevanan© dalam tahun 2008.
Kerelevanan© berkait rapat dengan citarasa dan trend. Walaupun begitu, pada firasat aku masyarakat di Malaysia ini kurang gah dengan trend, jika dibandingkan dengan masyarakat yang tinggal di Tokyo atau London misalnya. Pada masa yang sama juga, tidak semua trend yang wujud di sana boleh diaplikasikan 100% di negara kita.
Kita lihat fesyen misalnya. Macam kita di sini, bukan tinggal di negara yang mempunyai 4 musim. Akibatnya banyak trend fesyen yang kita tiru (kita masih meniru, bukan memimpin, ya? Setakat hendak harapkan batik atau songket memang tak ah!) di sini adalah trend fesyen musim panas, ataupun mungkin musim bunga. Trend musim sejuk memang tak-lah, sebab negara kita memang boleh dapat sauna percuma. (Mungkin atas sebab yang sama kemudahan sauna tidak berapa popular di sini. Lagi-lagi sauna penuh dengan perempuan kurus berbuah dada besar dan berbogel seperti dalam filem 'Hostel' arahan Eli Roth.)
Di sini kita boleh katakan fesyen musim sejuk Tidak Relevan untuk kita. Seperti muzik juga, kita boleh katakan muzik Country dari Amerika Tidak Relevan untuk kita, atas sebab tidak ramai Melayu yang boleh mengaku koboi atau memandu trak pikap. Seperti juga muzik Dragon Red tidak relevan untuk aku, sebab aku bukan pemain sukan boling Olimpik yang perlu pakai sarung tangan besi berkrom untuk bertanding.
Macam aku, aku mengaku aku sundal fesyen. Walaupun hanya untuk jenis-jenis fesyen yang tertentu, bukan semua yang aku suka. Cuma bezanya, walaupun aku sundal fesyen tertentu, aku akan cuba ambil tahu tentang fesyen yang aku tidak aplikasikan terhadap diri aku sendiri. Terutamanya non-fashion, iaitu fesyen yang tidak berfesyen, ataupun fesyen golongan-golongan tertentu, yang aku pasti kamu semua sudah baca dari nukilan-nukilan aku yang lalu. Tidak lupa juga aku kerap menulis tentang muzik, dan kriteria utama yang aku lihat untuk menulis tentang kedua-dua subjek di atas adalah berapa relevannya perkara tersebut dengan minda aku.
Jadi kamu membaca blog ini atas dua sebab. Sebab ianya relevan kepada kamu, atau langsung tidak relevan dengan kamu. Tapi ingatlah, apa yang aku tulis adalah benda yang relevan dengan aku, dan bukan dengan kamu, ya?
Relevan, bukan?
Ahad, Ogos 24, 2008
Fungsi 'Budak Indie' Dalam Masyarakat Majmuk Yang Aman Makmur Seperti Kita Di Malaysia.

Aku tahu ramai orang di luar sana cukup menyampah topik Budak Indie. Tetapi, pada aku, ini satu perkara yang baik. Aku pernah sentuh perkara ini, walaupun aku tersilap dan telah kelaskan mereka ini sebagai 'hipsters'. Aku mengaku, aku salah. 'Hipsters' dan 'Budak Indie' jauh sama sekali, sama jauh dengan 'Scenesters' dan 'Hipsters'. (Cerita Lain)
Jadi sebelum aku jelaskan fungsi mereka ini, baik aku jelaskan siapa yang tergolong di dalam kategori ini.
1. Budak.
Belum cukup 21 tahun, masih membesar, dari segi ketinggian, besar peha dan saiz buah dada. Masih belum sah untuk masuk ke kelab malam, tapi hakikat ini tidak pernah mematahkan semangat dan kreativiti mereka untuk berparti secara haram di kelab-kelab malam yang asyik putarkan lagu 'Young Folks' dan 'I Predict A Riot'.
2. Indie.
Fesyen: pada asasnya skinny jeans, kacamata berekabentuk Wayfarer. Jenis muzik: Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet. Sosial: Bukan kenalan-kenalan band terkenal Dragon Red.
Jadi sekarang aku akan terangkan fungsi mereka ini dalam masyarakat kita.
1. Penggerak Golongan Pencipta Citarasa.
Aku tidak pasti apakah istilah betul untuk 'tastemakers' di dalam Bahasa Malaysia jadi aku gunakan istilah Pencipta Citarasa. Apa yang aku maksudkan di sini adalah golongan yang akan jadi perangsang trend, dan mereka yang mula-mula mengecapi dan mengamalkan satu-satu trend. Walaupun sebenarnya golongan ini lebih relevan di dalam masyarakat yang lebih maju definisi sub-kulturnya (atau lebih senang 'Budaya Popular', yang selalunya berkaitan dengan fesyen dan muzik secara amnya) seperti di London, New York atau Tokyo, tetapi aku rasa ini sudah mula dirasakan di Malaysia.
Sebab sampai bila kita harus lihat ke tiga bandaraya tersebut sebagai panduan budaya popular? Dan Budaya Popular di sini aku maksudkan sebagai sesuatu yang boleh dianggap trendy dalam mana-mana masyarakat muda dunia. Malaysia pun Boleh© apa?
Walaupun secara asasnya kita masih meniru dan mengikut trend dari tempat-tempat di atas, tetapi setiap satu perkara harus ada permulaannya. Dan secara jujur aku rasakan kerelevenan ini tidak akan bermula dengan generasi aku, tetapi generasi yang asyik dengan Kami sekarang.
Di sinilah golongan Budak Indie boleh memainkan peranan, sebab apabila bilangan mereka bertambah, masyarakat umum (yang tidak terpengaruh dengan Budaya Popular) akan sedikit demi sedikit menerima segala idiosyncracy yang ditimbulkan oleh golongan ini. Tak kisahlah dari segi skinny jeans, gaya dandanan rambut, muzik dan sebagainya. Dan pada pendapat aku dari situ akan lebih mudah bagi satu idea atau gerakan yang berani untuk mencapai sasarannya. Lihat sahaja sekarang, Kuala Lumpur penuh dengan Gadis Urban berseluar hot-pants. Lima tahun dahulu pasti akan digelar bohsia.
Aku rasa sudah sampai masa Kuala Lumpur melahirkan gaya identitinya yang sendiri.
2. Penggerak Industri Berasaskan Budaya Popular.
Muzik dan fesyen secara amnya. Sebagai contoh aku akan sebut budaya skate yang mula popular pada awal 90an dahulu. Budaya ini kemudiannya telah membawa kepada trend streetwear dan skatewear, yang telah mewujudkan banyak ruang perniagaan untuk orang kita seperti kedai-kedai yang menjual fesyen berunsurkan skate, ataupun syarikat penerbitan majalah-majalah streetwear dan skateboarding (kalau di Malaysia dipelopori oleh majalah Revolution).
Dari skatewear dan streetwear muncul pula budaya sneakers atau penggemar kasut sukan. Lihat sahaja laman streething.com dan kamu akan perasan bahawa budaya penggemar sneakers kita di sini agak fanatik juga. Dari sini juga muncul budaya basikal bergear tetap, atau digelar Fixies di Malaysia, di mana anak-anak muda sanggup membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk mengejar hobi basikal mereka.
Dan aku pasti Budak Indie di Malaysia juga sedikit sebanyak telah menyemarakkan pelbagai industri berasaskan budaya mereka. Lihat sahaja Angkatan Baju Malaya, yang aku pasti berjaya hasil dari sokongan ramai Budak Indie. Malah label Pop Malaya sampai masuk majalah Time lagi! Amat memberangsangkan. Juga kemunculan blog-blog fesyen, yang menjual pakaian dan kasut untuk wanita amnya, seperti The Shoplifters, mahupun bazaar-bazaar pakaian seperti Threadszoo. Aku pasti lima tahun yang lalu pasti pelaburan begini akan kurang berjaya. Perihal Topshop serta penjual kamera DSLR jangan ceritalah.
3. Pemusnah Gejala-Gejala Lain Yang Lebih Teruk.
Seluas mana pun budaya ini tersebar, pasti ada yang tidak suka. Lagi-lagi golongan Elitis Muzik (Cerita Lain) yang pantang apa yang digemar mereka itu digemari orang lain. Macam aku, aku lain, aku gemar berkongsi. Sebab itu aku buat blog ini. Kalau aku tidak mahu berkongsi, pasti aku akan privatekan blog ini untuk 99 orang pembaca sahaja, bukan?
Tetapi, seburuk mana pun mereka ini, dengan warna-warna bendera dipakaikan ke tubuh badan, aku rasa mereka tidak sejengkel Mat Rempit, atau Azman Heritage Row, atau Mereka Yang Perasan Berjaya. Aku lebih rela layan Budak Indie. Sekurang-kurangnya mereka ini ada citarasa muzik, dan pada aku, muzik itu boleh membuat seorang itu berjaya. Lagi-lagi muzik-muzik yang 'pandai'. Muzik yang boleh membuat seorang ini pergi ke Wikipedia untuk mencari maksud-maksud di sebalik lirik. Kamu ingat masa aku umur 13 tahun aku belajar pasal Che Guevara dalam buku teks sekolah ke? Bukan beb, aku belajar pasal Che Guevara dan Debussy (with a disco beat) dari lirik lagu. Kalau nak harap dengar lagu Melayu jiwang sahaja memanglah kamu akan arif pasal cinta (di bawah pohon asmara) tetapi akhirnya cerai-berai juga. Lebih baik dengar lagu tentang penceraian yang digambarkan sebagai peperangan antara warlords di Mogadishu serta perumpamaan pemerhatian kerajaan sebagai Big Brother, bukan?
4. Lebih Penerimaan Umum Tentang Budaya Yang Dianggap 'Asing'.
Jadi tiada lagi salah faham tentang Black/Blue/Pink/Fuchsia Metal ataupun Budak Punk Makan Sampah. Sejahat-jahat golongan Budak Indie pun pasti ada juga golongan pemimpin negara yang agak nakal suka letupkan orang dengan bom atau main lubang punggung orang, bukan?
Sebab satu kriteria Negara Maju (bukan Negara Membangun) adalah bidang kesenian yang amat kreatif dari penduduk negara tersebut. Dan ini bukan terhad kepada seni halus, tetapi termasuklah aspek-aspek kreatif lain seperti teater, fesyen, sastera dan muzik.
Aku selalu terfikir, lagi-lagi Hari Kemerdekaan kita yang ke-51 pun sudah dekat, apa yang kita perlu buat selain dari memupuk semangat kebangsaan (tak kisahlah dari segi seni tradisional dan sebagainya) adalah memupuk semangat Malaysiana© (Cerita Lain). Semangat yang sebati dengan rakyat, sebagai penduduk Malaysia, yang bangga dengan kemampuan serta kreativitinya, dan tidak mudah berpuas hati. Pada aku semua filem (iklan) Yasmin Ahmad mencurah-curah semangat Malaysiananya.
Globalisasi beb, tak akan ada yang 'asing' dalam budaya dalam masa sepuluh tahun lagi.
Panjang pula aku menyongel. Jangan lupa klik semua pautan OK? Aku buat banyak kajian baek punya malam ini!
Sabtu, Ogos 23, 2008
Aku Dikelaskan Sebagai 'Bumiputera'.

Aku teringat satu masa dahulu ketika zaman kanak-kanak aku pernah bertanya kepada Ayah aku tentang apa itu maksud 'bumiputera'. Aku tidak ingat apa jawapannya, tetapi aku pasti jawapan Ayah aku itu tepat, sebab beliau seorang guru Bahasa Malaysia, dan bertanggungjawab dalam Lembaga Peperiksaan sebagai seorang dari panel yang menetapkan soalan kertas BM untuk peperiksaan SPM. Sebab itu tatabahasa aku bagus.
Aku juga teringat ketika zaman sekolah menengah dahulu, aku telah dua kali sampai ke peringkat akhir kebangsaan untuk kuiz berasaskan komputer antara sekolah-sekolah di Malaysia. Dua kali. Dan tiap-tiap kali aku seorang sahaja yang berbangsa Melayu yang bertanding. Pernah aku disindir dan dikatakan sebagai pelengkap kuota Bumiputera yang mereka tetapkan.
Atas kuota yang sama juga aku dihantar oleh kerajaan untuk menuntut ilmu di luar negara. Segala perbelanjaan aku ditanggung, dan aku telah membuat pelbagai kajian fizik nuklear di negara orang dan kemudiannya kembali ke Malaysia.
Jadi kamu boleh katakan sedikit sebanyak aku adalah produk dasar Bumiputera negara.
Pada masa yang sama, ketika zaman pelajar, aku cukup bengang diberikan 'peluang' atas dasar tersebut. Sebab aku selalu berfikir, apa kurangnya keupayaan aku jika dibandingkan dengan pelajar bukan Bumiputera yang lain? Kenapa aku sahaja yang dapat biasiswa dan kawan-kawan aku yang lain terpaksa mengorek kocek ibubapa mereka untuk melanjutkan pelajaran?
Macam aku, mungkin aku katakan aku benar-benar mengeksploitasikan peluang yang diberikan kepada aku, tetapi ada berapa ramai Melayu Minimalis dalam dunia? Yang aku lihat hanyalah mereka yang tidak pandai menghargai peluang yang diberi, mereka yang hanya terlalu bergantung kepada perintah, mereka yang suka berkampung, tak kisahlah sama ada tempat itu ada ribut salji ataupun pasir gurun. Mereka yang hanya membazirkan peluang yang diberi.
Bukan ke lebih baik peluang tersebut diberi kepada mereka yang benar-benar berupaya dan berkebolehan tanpa mengira warna kulit dan agama? Kenapa kita perlu memberi jalan mudah atas dasar 'menjaga kepentingan' atau 'ketuanan'?
Aku lebih suka bersaing dengan dasar yang sama rata dan sama adil, tanpa kepentingan untuk sesiapa. Sebab aku tahu aku mampu bersaing, dan selama ini juga aku telah membuktikan pada diri aku yang aku mampu bersaing, sama ada diberi kelebihan ataupun tidak.
Jadi kenapa ramai yang tidak mampu bersaing?
Sebab kamu semua masa kanak-kanak tak menonton 'Empire Strikes Back'.
"No! Try not. Do or do not, there is no try."
Nukilan ditulis jam 2:55:00 PTG 20 orang ada pendapat sendiri
Jumaat, Ogos 22, 2008
10 Lagu-Lagu Nostalgia Kamu Perlu Tahu.
Disebabkan oleh abang aku, aku membesar dengan lebih muzik barat dari Britain berbanding dengan Amerika Syarikat. Aku rasa tidak ramai di sini yang boleh mengaku mendengar album pertama Depeche Mode - Speak & Spell ketika ia mula-mula diedarkan. Pada tahun 1981. Masa itu Vince Clarke (yang kemudiannya popular dengan duo The Assembly, kemudiannya Yazoo dan selepas itu Erasure) masih lagi bermain keyboard. Aku memang ol-skool. Akibatnya, zaman kanak-kanak dan zaman remaja aku penuh dengan muzik dari Britain, sehinggalah kemunculan Kurt Cobain dan kugiran Nirvananya. Jadi hari ini aku ingin senaraikan sepuluh lagu dari zaman-zaman tersebut yang kamu patut tahu. Lagu-lagu di bawah ini pernah popular satu masa dahulu dari tahun lewat 80an hingga awal 90an, tapi pada aku masih relevan hingga kini.
Candy Flip - Strawberry Fields Forever
Aku mengaku, aku kenal versi lagu ini dahulu sebelum aku kenal versi asal The Beatles. Kemunculan Candy Flip, yang dianggap sebagai one-hit wonders, telah menyemarakkan trend memakai parka dengan hiasan tradisional di Britain. Ini juga lagu pertama yang aku mula-mula dengar drumloop 'Amen', yang digunakan untuk seluruh lagu ini. Sila Google.
The La's - There She Goes
Band dari Britain ini juga lebih dikenali sebagai one-hit-wonders. Lagu ini kembali popular beberapa tahun lepas, selepas dirakam semula oleh Sixpence None The Richer. Tetapi versi asal ini lebih menarik.
Beats International - Dub Be Good To Me
Juga bukan versi asal, yang asalnya dirakamkan oleh SOS Band. Kamu kenal Mat Salleh kurus berambut perang yang bermain gitar bass dalam video di atas? Ya, itulah Fatboy Slim sebelum dia benar-benar terkenal.
Jesus Jones - Right Here, Right Now
Band ini seangkatan dengan band yang lebih popular iaitu EMF, kedua-duanya band penuh dengan anak muda yang berimejkan skater. Aku lebih suka Jesus Jones sebenarnya, sebab lagu-lagu mereka lebih kompleks, dan mereka nampak lebih 'real' walhal kalau difikirkan balik sebenarnya kedua-dua Jesus Jones dan EMF memang tidak 'real' pun.
Omar - There's Nothing Like This
Maaf, Omar bukan budak Melayu yang berasal dari Negeri Sembilan. Lagu ini memang mengasyikkan ketika mula keluar pada tahun 1980an, dan untuk yang tahu, aku rasa lagu ini masih popular sampai sekarang. Akibat dari lagu ini gerakan neo-soul semakin popular di Britain.
Rebel MC - Street Tuff
Lagu yang sedikit sebanyak telah melahirkan genre muzik ragga jungle di Britain, aku selalu mendengar lagu ini ketika dimainkan di televisyen di dalam rancangan 'Top Of The Tops' dahulu yang dihoskan oleh Pat Sharp. Argh, nostalgia.
A-Ha - Take On Me
Ya, aku tahu, mereka bukan berasal dari Britain tetapi dari Norway, tetapi mereka memang popular di dalam carta di UK. Video ini kiranya telah merevolusikan arena muzik video ketika mula disiarkan. Tengok saja-lah, kamu akan faham. Ke mana agaknya pergi Morten Harket dan bandnya?
Dead Or Alive - You Spin Me Around (Like A Record)
Selain dari Boy George dengan Culture Club, ada juga Pete Burns dan Dead Or Alive. Aku rasa Pete Burns lagi cantik. Apa pendapat kamu?
Spandau Ballet - True
Lupakan versi PM Dawn yang banyak menggunakan sample lagu ini. Ini yang asli. Memang jauh lagi baik dan lagi bagus.
Band Aid II - Do They Know It's Chrismas
Mungkin tidak sehebat versi asal tetapi...... Kylie! Bros! Big Fun! Jimmy Sommervile dari The Communards! Jason Donavan! Marti Pellow dari Wet Wet Wet! Bananarama! Sonia! Lisa Stansfield! Semua ada!
Kenapa zaman ini banyak cover songs yang popular, ya?
Lagu Bonus!
Howard Jones - What Is Love?
Aku pernah dapat t-shirt Howard Jones yang abang aku beli di Singapura. Akibat terlalu kecil dan tidak muat untuknya dia telah serahkan kepada aku. Aku memang budak paling cool ketika pakai t-shirt tersebut semasa kelas Pelajaran Jasmani.
Dan, jika kamu kenal semua lagu di atas........ kamu sebaya aku!
Khamis, Ogos 21, 2008
Apa Yang Lulus?

Pembaca-pembaca aku pasti tahu cerita penungguan kereta aku yang lalu. Selasa lepas, selepas sepuluh minggu (janjinya hanya LIMA hari!) dan selepas diancam untuk membatalkan pembelian dan kemudiannya diadu ke Tribunal Pengguna, Kereta Hitam aku tiba di depan pintu pejabat.
Sekilas pandang, dan setelah memandu, Kereta Hitam aku memang bagus. Aku pernah cuba memandu banyak kereta (dari Honda ke Toyota ke Suzuki ke BMW) tetapi secara jujur Kereta Hitam aku memang sedap dipandu. Kata orang, 'melekat' di jalan, dan tidak perlu bimbang bila terpaksa mencilok atau membuat brek kecemasan. Cukup selesa, dan badan kereta cukup kuat dan berat, sedap bunyi ketika menghempas pintu kereta untuk ditutup.
Aku tersenyum menyampah apabila melihat pelekat tertulis 'Proton—Lulus' di atas cermin kereta, kerana walaupun baru pertama kali aku hidupkan enjin dan mula memandu, sudah ada bunyi-bunyi kurang menyenangkan yang datang dari bawah bonet enjin kereta. Kadang-kadang kereta aku keluarkan bunyi seakan-akan motobot. Kelakar.
Tuan Proton, susah sangat ke untuk membuat pemeriksaan yang lebih rapi sebelum kereta boleh keluar kilang? Aku tahu reputasi kamu semua sudah teruk, tapi takkan tidak pernah terfikir langsung untuk sedikit sebanyak memberikan lebih perhatian terhadap produk keluaran kamu?
Ini baru satu hari, kalau satu tahun bagaimana agaknya? Tetapi tidak mengapa, kita tunggu dan lihat bagaimana.
Lagu Hari Ini 5.
Paint It Black
I see a red door and I want it painted black
No colors anymore I want them to turn black
I see the girls walk by dressed in their summer clothes
I have to turn my head until my darkness goes
I see a line of cars and theyre all painted black
With flowers and my love both never to come back
I see people turn their heads and quickly look away
Like a new born baby it just happens evry day
I look inside myself and see my heart is black
I see my red door and it has been painted black
Maybe then Ill fade away and not have to face the facts
Its not easy facin up when your whole world is black
No more will my green sea go turn a deeper blue
I could not foresee this thing happening to you
If I look hard enough into the settin sun
My love will laugh with me before the mornin comes
I see a red door and I want it painted black
No colors anymore I want them to turn black
I see the girls walk by dressed in their summer clothes
I have to turn my head until my darkness goes
Hmm, hmm, hmm,...
I wanna see it painted, painted black
Black as night, black as coal
I wanna see the sun blotted out from the sky
I wanna see it painted, painted, painted, painted black
Yeah!
OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 5.

Aku sudah tidak keruan. Mula-mula Lumix LX3, selepas itu Nikon P6000, sekarang Ricoh pula umumkan kemunculan R10. Rasa-rasanya cukup minimalis untuk Melayu Minimalis tak? Tapi aku rasa untuk aku LX3 masih di carta teratas, walaupun secara jujur aku rasa rekabentuk R10 di atas memang amat menarik.
Aku pernah ditanya sama ada aku akan membeli kamera DSLR ataupun tidak. Mestilah tidak. Aku sudah cukup bermain dengan kamera SLR semasa Tingkatan 5 dahulu. Lagipun DSLR susah, tak muat poket skinny jeans. Dan aku bukan jenis yang hendak gantung benda-benda besar terbonjol di leher aku. Lagi pun aku suka mengambil gambar-gambar candid. Dan susah untuk mengambil gambar candid orang jika ada lensa besar terpacul di depan muka mereka, bukan? Ada lensa besar sahaja, semua sudah perasan supermodel. Macam mana?
Selasa, Ogos 19, 2008
Aku, Kamu Dan Kami.
Aku pernah terbaca dahulu di dalam majalah tempatan si Sifu M. Nasir pernah berkata, bahawa tiada masa depan untuk band-band underground tempatan. Tak silap aku temuramah ini keluar pada tahun 2000 dahulu, di mana secara mudahnya dia berkata kalau kamu ada band dan kamu tidak masuk dalam sistem Luncai Emas/Lagu Oleh M. Nasir yang dimonopolinya, band kamu akan hancur.
Sekarang, dalam tahun 2008, kamu semua tahu itu tidak benar. Sedikit sebanyak disebabkan oleh siri TV 'Kami', dan juga banyak pengaruh lain, banyak band-band tempatan mendapat banyak publisiti di media tempatan. Tak kisah-lah sama ada publisiti itu baik atau buruk, sebab publisiti tetap publisiti. Dan di sini band tempatan yang aku maksudkan bukan-lah band-band 'tangkap leleh' yang popular dengan lagu-lagu buangan M. Nasir, tetapi band-band berdikari yang berkarya sendiri, menulis dan merakam lagu sendiri, setanding dengan mana-mana band di sekitar rantau ini.
Kita ada Bittersweet, band britpop dari Ipoh yang bukan saja pandai berkarya, tetapi pandai mengeksploitkan gaya sebagai pelaris band. Juga jangan lupa Hujan, walau seramai mana pun peminat dan wartawan Melayu pondan membenci mereka, nama mereka tetap naik. Juga Meet Uncle Hussain, dengan vokalis yang menyanyi lebih baik dari mana-mana pemenang rancangan tv realiti (kecuali Jacklyn Victor-lah), They Will Kill Us All (tengoklah, pasti mereka akan 'meletup' tidak lama lagi) dan tidak lupa juga Butterfingers. (Ada banyak lagi, aku tahu!)
Mungkin ramai yang tidak setuju, tetapi pada aku siri TV 'Kami' memang rahmat bagi ramai pemuzik tempatan. Siri TV yang akhirnya berjaya membuka pasaran muzik kepada remaja yang mungkin sebelum ini asyik melayan hasil keluaran kilang-kilang pop tempatan.
Tempohari aku telah berborak sebentar dengan dua orang yang bertanggungjawab melahirkan siri 'Kami', sepasang suami isteri yang telah lama mengimpikan sesuatu yang sebegini sejak lama dahulu. Tapi agak kelakar sebab mereka sebenarnya tidak sedar sebesar mana pengaruh rancangan 'Kami' di kalangan remaja Malaysia. Kita janganlah fikir mereka yang sudah pun pandai membaca Pitchfork dan kenal siapa itu Don Caballero dan Kings of Convenience, tapi cuba kamu bayangkan adik-adik (dan juga abang-abang) yang selama ini membaca URTV, Remaja dan Mangga sebagai Sumber Maklumat Hiburan Muktamad.
Sebab akibat menonton 'Kami'-lah muncul 'budak indie' di sana sini. Gig-gig pun bertambah, dan selain dari luar Lembah Kelang, memang jarang dikacau polis. Sebab sebenarnya, kalau kamu tahu betul-betul, tiada apa yang buruk pun. Cuma media konservatif yang kurang faham, kata itu kata ini (kamu pun mesti pernah baca, malas aku nak taip).
Tapi ramai yang tak puas hati, sebab ramai sangat 'budak indie'. Sama ada budak Ingin Jadi© atau pun tidak, aku tak peduli. Sebab semakin ramai, semakin meriahlah bukan? Kita yang sudah lama perasan indie pun terpaksa menyeluk Internet mencari yang lebih indie. Itu pun kalau wujud-lah.
Aku sampai sekarang tak berapa faham tentang elitisme muzik. Perasaan tak puas hati apabila band atau muzik yang kamu minati dulu tiba-tiba mula digemari orang ramai selain kamu dan 4 orang kawan terdekat kamu. Pada aku, memang bagus apa? Kasi maju sikit industri muzik kita. Sampai bila nak jadikan Limp Bizkit idola muzik kamu? That is so 90s, OK?
Apa-apa pun, aku rasa pada takat ini, aku bangga dengan apa yang kita boleh keluarkan tanpa bantuan 'Sifu' kita yang amat pessimis dengan bakat tempatan yang ada. Kalau tak percaya sila tonton klip Youtube band dari Johor Bahru, Laila's Lounge, di bawah.
Jangan lupa tonton klip video Butterfingers untuk lagu 'Kembali' juga! Memang menyengat!
Memang tak ada macam 'Tanya Sama Itu Hud-Hud' langsung. (Walaupun lagu itu bagus, juga lagu 'Mustika' dan 'Semerah Padi'. Itu yang aku bengang. Lagu bagus rakam sendiri. Lagu tidak bagus senang-senang beri kat budak-budak hingusan baru pandai angkat gitar dan mahu cari makan.)
Isnin, Ogos 18, 2008
Mengapa Aku Menonton Siaran Langsung Sukan Olimpik Malam Ini.

Sebab aku ingin melihat Yelena Isinbayeva, atlit 'terpanas' di Sukan Olimpik tahun ini, tanpa syak lagi! Nak harap Lee Chong Wei memang tak ah!
Ahad, Ogos 17, 2008
10 Band/Pemuzik Rawak Yang Kamu Patut Cekidaut.
Hmm. Aku pasti kamu semua sudah baca nukilan-nukilan aku tentang muzik bukan? (Kalau belum sila klik 'panduan' di ruang 'Jenis-Jenis Nukilan' di sebelah kiri ini). Tapi ada banyak lagi band yang aku belum tulis lagi. Dan disebabkan aku tiada buah fikiran untuk menulis tentang benda lain apa kata aku sambung sahaja penulisan tentang muzik.
Jadi, hari ini, aku akan menulis tentang 10 kumpulan muzik atau penyanyi yang aku rasa kamu patut dengar dan tahu, band-band yang mungkin tidak termasuk dalam mana-mana nukilan muzik aku yang lain. Seperti biasa, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjelaskan jenis muzik yang mereka main, tetapi lebih afdal jika kamu lihat sendiri klip Youtube mereka, ya? Dan jika kamu sudah pun kenal band-band dan penyanyi di bawah, bagus untuk kamu! Tapi aku ingin berkongsi dengan mereka yang belum tahu lagi, OK?
Melt Banana
Seperti yang aku tulis sebelum ini, band dari Jepun ini memang agak gila-gila. Muzik avant-garde yang mereka bawa ini memang unik dan menarik, vokalis perempuan yang menyanyi dengan suara comel, diiringi pemain gitar yang suka buat bunyi gila-gila sampai aku pun tak faham. Band ini sudah aktif lebih dari 10 tahun, dan salah satu band yang paling bekerja keras di Jepun, dan sanggup main beratus-ratus persembahan setahun, kebanyakannya di Amerika Syarikat dan Eropah.
Aereogramme
Band dari Glasgow, Scotland ini pada awalnya berunsur hardcore dan metal, dan kemudiannya berubah menjadi post-rock. Walaupun sudah pun berpecah tahun lalu, aku rasa lagu-lagu mereka, terutamanya dalam album terakhir mereka "My Heart Has a Wish That You Would Not Go" memang mengancam, dan mengandungi lagu-lagu yang aku rasa memang indah dan menenangkan. Siapa kata post-rock tidak boleh ada vokal? Kalau kamu suka Aereogramme kamu juga patut cekidaut dua band dari Sweden iaitu Jeniferever dan Ef, sebab semua band ini seakan-akan sama.
Aphex Twin
Projek gila seorang manusia dari UK bernama Richard D James. Juga dikenali sebagai AFX dan mempunyai banyak projek-projek muzik lain. Kategori muzik ini dikenali sebagai IDM atau intelligent dance music = muzik dansa pandai. Jadi muzik dansa apa yang bodoh? Selain IDM dia juga banyak keluarkan lagu-lagu ambient. Kiranya lagu boleh buat lepak-lah. Video yang aku letak di sini adalah untuk lagu 'Rubber Johnny', video arahan pengarah muda genius Chris Cunningham. Agak mengerikan jadi jangan tengok kalau kamu tak suka benda-benda ngeri. Sebenarnya video Aphex Twin semua mengerikan, tetapi muziknya kadangkala comel. Aku suka!
Bonnie 'Prince' Billy
Penyanyi dari Kentucky, Amerika ini dikategorikan dalam jenis muzik folk dan Americana. Lagu-lagu yang kamu boleh dengar ketika kamu memandu kereta Chevy tahun 1976 kamu merentang lebuhraya di tengah-tengah Amerika. Yang aku minat tentang dia bukan sahaja muzik dia, tetapi pendirian dia yang kurang konvensional dan anti-pentadbiran. Kamu tidak perlukan gitar elektrik bising untuk memberontak, dan kamu tidak terhad kepada lagu cinta sahaja jika kamu hanya ada sebuat gitar tong. Ini baru tangkap lentok!
Chris Clark
Dia ini juga seorang pemuzik IDM, bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama dengan Aphex Twin iaitu Warp Records. Sebenarnya aku baru mula layan dia ni, jadi aku tak ada banyak maklumat tentang mamat dari UK ini. Apa-apa pun sila layan 'tangan terbang' di dalam video di atas. Zass!
Dungen
Band ini sebenarnya band projek pemuzik Sweden bernama Gustav Ejstes, yang selalunya akan main semua alatan muzik dalam semua rakaman-rakaman yang dikeluarkan. Band ini memang unik, dan bermain jenis rock yang amat psychedelic. Kiranya macam muzik yang mak bapak kita dengar ketika zaman layan cendawan tahun 60an dulu. Apa-apa pun aku tabik Dungen sebab mampu main dan rakam semua alat muzik berseorangan untuk CD mereka, walaupun di atas pentas dia ada band penuh.
Edan
Inilah rapper terbaik dunia. Aku serius. Lelaki Mat Salleh Yahudi dari Brooklyn ini bukan sahaja pandai rapping, tapi juga seorang penerbit, DJ dan pereka seni. Kiranya macam mamat Dungen di atas lah, cuma versi hip-hop. Rapper lain boleh bling-bling dengan rantai emas berlian mereka dan topi serta baju berlogokan pasukan besbol tetapi si Edan ini boleh selamba pakai kemeja bertali-leher dan seluar ketat dengan rambut kembang. Kalau lihat muka memang tak kena dengan suara yang keluar di mikrofon. Aku minat dia sebab aku memang minat old school hip-hop. Hip-hop bling-bling MTV sekarang ini memang aku tak layan. Lagi-lagi yang Melayu perasan black.
Jose Gonzales
Seorang penyanyi/penulis lagu dari Sweden (kenapa banyak pemuzik dari Sweden yang aku minat ni?) yang hanya menyanyi diiringi gitar akustik. Berketurunan Argentina, aku suka bukan sahaja cara dia menyanyi, tetapi cara dia bermain gitar, yang seakan-akan bermain gendang. Amat percussive. Lagu di atas adalah lagu dendangan asal Massive Attack, tetapi diolah dengan cara beliau. Mengasyikkan.
Sufjan Stevens
Juga seorang penyanyi/penulis lagu, dia amat terkenal dengan tajuk-tajuk lagunya yang amat panjang. Juga suka mengeluarkan album berkonsepkan negeri-negeri di Amerika Syarikat, dan setakat ini telah berjaya mengeluarkan dua album dengan konsep tersebut, iaitu Illinois dan Michigan. Ada lagi 48 buah negeri lagi! Lagu-lagunya banyak berkonsepkan sosial dan agama, malah namanya Sufjan ialah nama Arab/Islam hasil pemberian ibubapanya yang menyertai pertubuhan Subud. Muzik untuk orang pandai. Bukan aku cakap aku pandai, ya?
UA
Penyanyi dari Jepun ini agak unik dengan suaranya yang dalam dan tidak secomel penyanyi-penyanyi pop Jepun yang lain. Dia juga banyak mengeluarkan album konsep, dari pop ke indie rock ke dub reggae. Album dub reggae beliau berjudul 'Turbo' adalah album kegemaran aku, dan kalau lihat rupa pun boleh tahan-lah. Dari kamu dengar Ayumi Hamasaki lebih baik kamu dengar UA. Lain-lain penyanyi perempuan Jepun yang aku sarankan kamu dengar ialah Kahimi Karie dan Shiina Ringo.
Ok sekian sahaja untuk hari ini. Jadi blog muzik pulak.
Sabtu, Ogos 16, 2008
Barangkali Ini Catatan Pertama Tentang Grindcore Dalam Bahasa Melayu.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Nasib baik kita di zaman moden ini tak perlu seluk pekasam, bukan? Jadi, semalam aku telah bercerita sedikit tentang sludge, jadi hari ini pula aku akan bercerita tentang grindcore. Perlu aku ingatkan di sini bahawa segala senarai band yang aku letak dalam semua nukilan-nukilan aku adalah band yang relevan dengan aku, jadi jangan kecil hari jika band kegemaran kamu tidak masuk ke dalam senarai aku, OK?
Grindcore, secara umumnya, adalah muzik paling laju dalam dunia. Walaupun di dalam grindcore ada banyak sub-genrenya seperti goregrind, techgrind, noisecore dan deathgrind, tetapi di sini aku hanya akan sentuh tentang grindcore secara amnya. Seperti biasa, aku rasa daripada aku menjelaskan di sini bagaimana bunyinya muzik grindcore itu, lebih baik kamu lihat sahaja klip-klip Youtube yang aku letak di bawah, ya?
Discordance Axis
Terus terang aku cakap di sini, band dari New Jersey, Amerika Syarikat ini melambangkan segala apa yang bagus tentang grindcore. Terbaik, terpantas, dan juga menampilkan pemain dram blast beat (rentak meletup!) terbaik dunia iaitu Dave Witte. Band ini banyak ambil pengaruh dari budaya popular Jepun, dari anime hinggalah ke permainan video. Malangnya band ini telah berpecah akibat masalah pendengaran pemain gitar utamanya, tetapi pemain dram Dave Witte masih aktif mengetuk dram untuk banyak band lain, dan vokalisnya sekarang aktif bersama superband grindcore Gridlink.
Napalm Death
Band dari UK ini pernah datang beraksi di Kuala Lumpur sebanyak dua kali, dan selalunya diiktiraf sebagai salah satu band grindcore yang pertama di dunia. Bunyi mereka lebih kasar dari ketepatan muzik grindcore Discordance Axis, tetapi masih merupakan antara band grindcore yang paling berpengaruh dalam dunia kita sekarang ini. Bekas ahli Justin Broadrick juga popular dengan band industrial (Cerita Lain) Godflesh dan sekarang aktif dengan Jesu, salah satu band post-metal terulung buat masa ini.
Anal Cunt
Seth Putnam merupakan satu contoh bagus band yang mampu bermain berpuluh-puluh lagu grindcore/noisecore pendek di dalam persembahan live mereka. Vokalis dan ahli utama Seth Putnam dahulu terkenal akibat konfliknya dengan band Discordance Axis, dan atas sebab yang samalah aku terjumpa band ini. Band ini terkenal dengan lagu-lagu lucu/lucah yang panjangnya beberapa saat sahaja, tetapi mempunyai tajuk lagu yang panjang seperti 'No, We Don't Want to Do a Split Seven Inch With Your Stupid Fucking Band'. Memang kelakar.
Brujeria
Aku selalu pandang band ini sebagai Corrupted (lihat nukilan sebelum ini) tetapi versi grindcore. Selalu menyanyi dalam Bahasa Sepanyol, dan obses dengan kematian dan mayat berkecai-kecai yang digunakan sebagai grafik album-album mereka. Pemain bass Napalm Death Shawn Embury juga bermain untuk band ini. Aku suka dengan lagu mereka sebab lagu mereka selalunya kedengaran macam lagu orang sedang bergaduh. Bertekak, memekik-mekik.
Naked City
OK, sebagai bonus kamu patut dengar band ini. Band pimpinan pemain saksofon avant-garde/freejazz John Zorn ini memang hebat. Kamu bayangkanlah dalam band grindcore ada pemain saksofon. Bagaimana tu? Band ini juga hebat dengan ahli-ahlinya, termasuk bekas vocalist Faith No More Mike Patton, dan pemuzik-pemuzik noise (Cerita Lain) Jepun seperti Merzbow dan Melt Banana. Kata Mat Salleh memang total mindfuck-lah kiranya.
OK, aku boleh cerita secara ringkas sahaja, dan jika kamu fasih tentang grindcore kamu mungkin perasan band-band yang aku senaraikan di sini semuanya banyak band-band lama. Maaflah, jika kamu suka band seperti Locust atau Slipknot, sebab aku tak suka semua band macam itu.
Jadi selain dari band-band di atas, banyak lagi yang aku minat (satu ketika dahulu.) Antara yang kamu patut dengar ialah Extreme Noise Terror, Agathocles, SxOxB dan Multiplex. Semuanya hebat.
Sebagai bonus sila tonton klip Youtube Merzbow di bawah. Pasang kuat-kuat di kubikel kamu di pejabat ya?
Jumaat, Ogos 15, 2008
Barangkali Ini Catatan Pertama Tentang Sludge Dalam Bahasa Melayu.
Dahulu, aku kerap menulis tentang jenis-jenis muzik yang aku minati. Kalau kamu terlepas, kamu boleh baca tentang panduan aku tentang muzik Post-Metal, Post-Punk, Post-Rock, Jazz/Bebop dan juga 10 Kumpulan Muzik Yang Relevan pada aku. (Sila baca jika kamu belum baca, mana tahu pengetahuan yang kamu perolehi dari nukilan-nukilan tersebut boleh buat kamu 'sangkut' dengan Awek Indie©.) Malangnya tidak banyak perbincangan yang timbul dari nukilan-nukilan tersebut, mungkin sebab majoriti pembaca-pembaca aku masih obses tentang Akademi Fantasia dan American Idol.
Jadi untuk hari ini aku ingin menyambung kembali siri nukilan ini, dan kali ini aku ingin menulis tentang muzik sludge. Perkataan 'sludge' kalau diterjemahkan, secara mudahnya akan bermaksud lumpur yang selalunya bercampur dengan kotoran. Sama seperti muzik yang dikelaskan dalam kategori sludge. Selalu berat, perlahan, dan 'kotor'. Tiada lagu tentang cinta, tetapi selalunya tentang kematian, penyeksaan, hipokrisi, kekejaman (terutamanya kepada arnab-arnab comel), seks, politik dan mungkin juga tentang Wahid Satay. Topik yang berat, yang diiringi muzik yang berat dan 'menyeksakan'. Berbeza dengan grindcore (Cerita Lain) yang mungkin berlandaskan topik yang sama, muzik sludge boleh dikatakan berada di hujung yang bertentangan dengan grindcore. Ideanya sama dan mudah, cuma temponya memang berbeza. Kadangkala sludge juga dikenali sebagai doom metal atau paincore, tapi kedua-dua istilah tersebut macam poyo, jadi jangan sebut di depan aku, OK? Di dalam sludge mungkin juga wujud unsur-unsur drone dan ambient, tapi itu semua Cerita Lain.
Kamu lihat sahaja contoh-contoh Youtube di bawah.
Corrupted
Kamu tidak boleh sebut sludge tanpa menyebut nama Corrupted. Band dari Jepun ini sudah bertahan lama, dan mungkin boleh disebut sebagai band sludge yang amat relevan yang kamu perlu tahu. Band ini obses dengan kematian, dan banyak album-album awal mereka menampilkan gambar mayat mengerikan di muka depan. Band ini juga amat obses dengan Bahasa Sepanyol, di mana semua lirik, tajuk lagu serta tajuk album-album dan EP mereka adalah dalam bahasa tersebut. Pada pendapat aku, bunyi sludge dari band ini adalah definisi sebenar sludge, yang amat menyeksakan dan boleh membuatkan kamu terkucil. Band ini pernah mengeluarkan album CD berkembar, yang hanya mempunyai dua lagu. Ya, 72 minit untuk satu lagu. Memang menyeksakan. Tapi aku memang obses dengan band ini, obses sangat.
Aku cinta Corrupted. <3
Neurosis
Selain dari Corrupted, band dari Amerika ini juga selalu dikaitkan dengan sludge. Mereka wujud lebih awal dari Corrupted (1985) sebagai band hardcore punk, tetapi kemudiannya mula bermain lebih berat dan lebih perlahan temponya, dan berubah kepada band doom metal dan sludge. Sludge versi mereka ini lebih 'cantik', lebih 'metal', tetapi lebih kompleks dari versi Corrupted yang lebih kasar dan jujur. Aku rasa dalam banyak-banyak band dalam kategori ini, mereka boleh dikatakan yang paling berpengaruh.
Aku rasa aku masih cinta Corrupted lagi.
Moss
Berasal dari United Kingdom, band sludge ini amat terpengaruh dengan unsur-unsur sihir dan penulis HP Lovecraft. Kamu Google sahaja tentang mereka ini, sebab kalau aku baca perkataan Moss aku hanya boleh teringat watak dalam kartun He-Man & The Masters Of The Universe, iaitu Moss Man. Masa aku kanak-kanak dahulu, abang aku ada membelikan aku figura aksi Moss Man ketika dia belajar di Amerika Syarikat. Bila dia pulang ke Malaysia dan ketika aku belek bungkusan permainan tersebut, aku lihat ia dikilangkan di kilang Mattel di Pulau Pinang. Gila jauh Moss Man aku berjalan!
Comel kan Moss Man? Ada bau pokok pain lagi!
Khanate
Lagu-lagu band ini memang agak melampau dan bising, penuh dengan jeritan mak nenek yang diselangi bunyi feedback gitar. Aku suka! (Tapi tak cinta-lah kot) Walaupun band ini sudah berpecah tahun 2006 dahulu, tetapi ketika aktif, ia menampilkan ahli-ahli dari band lain yang popular seperti OLD, Sunn O))) (band drone terhebat!), dan Blind Idiot God, semuanya band-band yang bagus dan berpengaruh.
Boris
Juga dari Jepun, Boris bukan terhad kepada sludge, tetapi juga dikenali sebagai band unggul untuk stoner rock. Jadi kalau kamu dengar album mereka, mungkin ada lagu sludge tetapi tiba-tiba ada lagu yang agak gembira tidak bertempat. Disebabkan ini, aku rasa mereka gila dan mempunyai masalah mental, dan aku patut minat mereka. Tapi aku lebih cintakan Corrupted. Boris juga pernah mengeluarkan album gandingan dengan Sunn O))). (Lihat bawah)
Selain dari band-band di atas, ada banyak lagi band sludge yang bagus, (Google sendiri lah!) dan juga band yang banyak terpengaruh dengan unsur sludge, terutamanya band-band yang aku sebut dalam panduan aku tentang Post-Metal. Sila buat kajian kamu sendiri dan hantarkan kertas kerja berdawai kokot selewat-lewatnya 31 Ogos ini. Terima kasih. Aku mahu tidur. Sebelum itu sebagai bonus sila lihat video band drone berjubah terunggul iaitu Sunn O))). Pasang speaker kuat-kuat di pejabat semasa kamu semua ponteng sembahyang Jumaat OK? Kasi makcik sebelah kamu tu terkejut sikit.
Khamis, Ogos 14, 2008
Isnin, Ogos 11, 2008
Akhirnya! Pemenang Pingat Emas Kita Yang Pertama Di Olimpik Beijing!
Ala.... bukan. Dragon Red sahaja. Sila tonton klip video mereka untuk mengurangkan stress-stress kerja. Aku bukan pemain gitar (ahem) tetapi boleh keluar bunyi ke dua kabinet Marshall (satu terbalik) tanpa kepala amp?
Apa-apa pun aku berharap impian mereka untuk ditaja oleh Nike ke Sukan Olimpik seterusnya menjadi kenyataan. Kalau dua-dua Adidas dan Nike tak mahu aku rasa Cheetah pun ok apa?
OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 4.

Ish ish. Baru tempohari Panasonic telah umumkan Lumix LX3 mereka, dan tiba-tiba sekarang Nikon pula umumkan Coolpix P6000. Sama hebat. Aku rasa memang sampai masa aku tukar kamera baru.
Aku sambung kemudian. Hendak ke Ikea makan bebola daging dan kentang goreng.































