Rabu, April 30, 2008

Tafsiran Kokokaina.



Selain dari Gisele Bundchen, Kate Moss, David Beckham dan Oprah Winfrey, salah seorang pembaca tetap blog ini yang paling terkenal ialah Kokokaina. Akibat kesalahan maklumat yang amat memalukan kredibilit ketika menulis nukilan ini, Kokokaina telah bermurah hati berjumpa dengan aku sendiri tanpa peguam, pengurus, make-up artist dan pembantu peribadinya (gurau sahaja, ok?) untuk memperbetulkan fakta-fakta serong yang telah aku siarkan di sini.

1. Bukan Penduduk Kelana Jaya.
Dia seorang perempuan, yang tinggal di Ampang. Adakah ini menjadikan dia seorang Perempuan Ampang? Mungkin. Tetapi Perempuan Ampang tak pandai main gitar.

2. Bukan Jack Johnson, tapi Patrick Keeler.
Dia belum pernah berjumpa Jack Johnson lagi, sebaliknya, syarikat pengurusan Monotone Management dari Hollywood dan pemain drum dari band The Raconteurs, Patrick Keeler yang 'menjumpai' dia di Youtube. Jadi bukan sahaja dia di bawah naungan syarikat rakaman Jack Johnson, tetapi akibat Patrick Keeler, Kokokaina juga ada kaitan dengan Jack White, yang dari kumpulan The White Stripes, yang bernaung di bawah Monotone Management dan juga seorang ahli The Raconteurs. Syabas!

3. Bukan Kokokaina.
Nama sebenarnya bukan Siti Koko bt Abdul Kaina.

4. Bukan sambal tumis ikan bilis.
Tetapi Laksa Sarawak/Mi Kolok.

5. Pengguna komputer Macintosh.
Ini membuktikan hanya pengguna-pengguna Mac yang akan berjaya. Maaf, John, kamu tidak layak lagi. Arif pun dah beli Macbook tau!

6. Bukan UiTM.
Banyak blog-blog lain yang tidak diiktiraf dan tidak sahih mengatakan Kokokaina seorang pelajar UiTM. Tidak tepat. Jika ada perempuan lain yang mengaku Kokokaina di mana-mana cawangan UiTM di Malaysia, perempuan itu penipu. Tetapi kalau dia comel, sila tinggalkan alamat e-mel di sini.

"Aku Tak Peduli: Hanya Maklumat Ekslusif dan Terkini Untuk Kamu Semua."

Bu-wek.

Suntingan -
Ada salah lagi. Sorry Kokokaina! Pembetulan sudah dibuat :)

Selasa, April 29, 2008

Nukilan Sempena Pelawat ke 100,000 Aku.



(Nukilan hari ini adalah seperti episod 'catch-up' dalam mana siri tv barat, di mana pada pertengahan musim akan disiarkan episod yang menerangkan apa yang berlaku di awal musim dan apa yang patut dijangka hingga akhir musim. Bagaimanapun ni tidak bermakna blog ini sudah sampai pertengahan musim, terima kasih.)

Tak disangka blog tak seberapa ini sudah 100,000 kali dilawati semenjak bulan Ogos lalu. Memang gembira. Dari permulaan yang goyah, masuk ke era penuh kontroversi dengan komentar-komentar bangang hinggalah kepada metamorfosis terkini kepada blog bergambar, memang banyak pengalaman aku telah harungi dengan blog ini.

Dan semuanya dengan kurang 1% nukilan tentang aku, sebaliknya penuh nukilan pemerhatian-pemerhatian dan pendapat aku sendiri. Dari perihal skinny jeans ke Nu Ravers ke Hujan hinggalah tentang pendapat aku tentang mereka yang Ingin Jadi© dan Lembu©. Tak lupa pula nukilan-nukilan bongkak penuh rujukan kepada model-model kurus berbuah dada besar (semuanya Cerita Benar, sumpah!) dan perempuan-perempuan berbikini di kolam mandi. Juga dua nukilan aku yang paling banyak tindakbalas, iaitu nukilan ini dan ini. (Ketawa)

Ramai juga yang tertanya-tanya, kenapa aku kurang menulis semenjak dua menjak ini, dan secara jujur aku katakan di sini aku telah habis memperkatakan apa yang aku ingin katakan ketika aku mula-mula menulis di dahulu. Hendak tulis perihal diri sini, banyak implikasi undang-undang, jadi selagi aku tidak perhatikan perangai orang lain yang menarik untuk aku tulis, aku tidak akan memaksa diri sendiri. Tau.

Dan juga aku pasti sedikit-sebanyak ramai di antara kamu yang kenal siapa diri aku sebenarnya.

Ya, aku masih Faizal Hussein. Dan ya, selain dari berlakon, (jangan lupa, filem lakonan kegemaran aku masih "Gila-Gila Remaja") aku juga seorang ahli nuklear fizik yang bertugas di Bangi, dan menurut cerita, aku juga seorang ahli PDRM.

Masih tidak berubah, ya? Masih seperti dulu, manusia biasa yang penuh cacat cela tapi mungkin sudah meningkat sedikit dari segi teknik pengambilan gambar.

Jadi, teruskan membaca, dan harap-harap kita boleh mencecah (dan menceceh) 200,000 orang pembaca (dan penonton gambar-gambar) dalam masa enam bulan lagi.

Siapakah seorang penulis blog jika tiada sokongan pembaca, bukan?

Ahad, April 27, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 16.









Perjumpaan dengan kawan-kawan lama dari selatan, dihiasi dengan gambaran-gambaran dari Si Kabur. Aman.

Khamis, April 24, 2008

Beza 'Hipster' dan 'Scenester'.



Baru-baru, sebagai penyelidikan, seorang penulis majalah telah bertanyakan kepada aku tentang apa bezanya hipster dan scenester. Ada banyak sebenarnya, tetapi malangnya tidak ramai yang tahu. Cuma satu fakta yang amat ketara ialah, seorang scenester mungkin seorang hipster, tetapi seorang hipster tidak semestinya seorang scenester.

Mari aku cuba terangkan.

Hipster
- pakai skinny jeans sebab bergaya.
- minat dan arif tentang muzik.
- selalu pergi ke gig untuk tunjuk baju band baru, atau beli baju band baru. Termasuklah dari label-label baju tempatan seperti Kurasamerasa apa entah.
- sangkut kamera DSLR di leher tetapi pakai full auto mode sahaja.
- tidak beli muzik kerana duit habis beli pakaian. Cuma dengar lagu di Myspace sahaja.

Scenester
- pakai skinny jeans sebab muat. Alang-alang masih muat tu pakai sajalah kan? Yang tak muat akan menyumpah-nyeranah kata skinny jeans hanya untuk hipsters.
- minat dan arif tentang muzik dan main dalam band yang main muzik-muzik pelik. Paling kurang pun pernah ada fanzine zaman awal 90an dahulu atau sekarang ada blog tentang muzik-muzik atau awek-awek 'baru'.
- selalu pergi ke gig untuk main bersama band di gig, sambil memakai baju band baru. Termasuklah dari label-label baju tempatan seperti Kurasamerasa yang diberi percuma sebagai promosi. Kalau tidak main dengan band pun akan tolong mengangkat peralatan band yang membuat persembahan agar dapat masuk ke dalam gig secara percuma sebagai 'crew' atau 'roadie'.
- pakai kamera compact dengan aperture priority mode sebab senang sedikit ambil gambar perempuan.
- tidak beli muzik kerana semua band beri CD percuma.

Cuma, pada masa yang sama, ada scenester yang tiada kena-mengena dengan hipster langsung. Kebanyakannya yang berperut buncit, rambut menipis ataupun yang sudah berkahwin dan main muzik metal.

Huhu.

Rabu, April 23, 2008

3 Band Yang Akan Turun Ke Malaysia/Singapura Yang Kamu Patut Lihat.

Tempohari Explosions In The Sky turun Malaysia. Memang mengujakan. Jadi, di sini aku ingin mencadangkan tiga band yang sama ada akan turun ke Malaysia ataupun Singapura dalam masa terdekat ini, yang kamu semua patut keluarkan wang, dan patut kamu lihat.


1. Mono
Band dari Jepun yang pernah aku siarkan di sini, ura-uranya akan turun ke Kuala Lumpur bulan Julai ini. Walaupun genre muzik post-rock mungkin akan passé tidak lama lagi, tetapi untuk melengkapkan holy trinity bagi mereka yang telah pun menonton Mogwai tahun lalu di Singapura dan Explosions In The Sky baru-baru ini, memang agak tidak logik kamu tidak pergi menonton Mono, salah satu band yang boleh dikatakan amat relevan dalam arena muzik instrumental ini.


2. Sigur Ros
Band dari Iceland ini dikatakan akan membuat persembahan di Singapura tanggal bulan Ogos nanti, dan kalau kamu tidak kenal siapa Sigur Ros, sama ada kamu hanya menonton Astro Ria ataupun kamu masih kanak-kanak lagi. Oh ya, jika kamu ada RM150,000 kamu juga boleh membawa band ini untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur. Atau Batu Pahat, jika kamu suka.


3. Envy
Lagi satu band dari Jepun yang bakal menggegarkan Singapura. Awalnya merupakan band hardcore, tetapi semenjak dua menjak ini mereka memasukkan lebih elemen-elemen muzik post-rock di dalam lagu-lagu mereka. Sudah aktif lebih dari sedekad, dan terkenal dengan persembahan pentas yang amat agresif dan menarik. Pergi jangan tak pergi.

Selasa, April 22, 2008

Tafsiran 'Blogger' Malaysia.



Aku rasa ramai perasan semenjak pilihanraya awam yang lalu, kerajaan kita telah mula memberi perhatian kepada kuasa dan pengaruh Internet. Bukan Internet sebenarnya, tetapi pendapat-pendapat, tak kira yang betul ataupun yang salah, yang boleh disiarkan sebebas-bebasnya di alam maya. Sebebas John.

Sampaikan sekarang ramai menteri-menteri kita sudah mula mempunyai blog sendiri. Sama ada dia tulis sendiri atau dia ada machai yang tuliskan, tak tahulah kan?

Jadi, untuk memudahkan A.A.y.D.d.K.B.G.A.B kita di Kementerian-kementerian di luar sana, ingin aku jelaskan 10 contoh jenis-jenis blogger (kita panggil pemblog di sini, ok?) kita yang aktif di Malaysia. Lepas baca ini boleh buat laporan bertulis terperinci kepada ketua-ketua bahagian kamu untuk menentukan siapa yang dapat projek juta-juta itu, ya? Maaf, ini bukan nukilan mengampu. (Tetapi pada masa yang sama untuk mencerahkan peluang aku, aku tidak sertakan mana-mana pautan kepada contoh-contoh pemblog di bawah. Kecuali John.

1. Pemblog Selebriti Lelaki Emosi Keruh.
Selalunya blog berlatarkan warna hitam, dan topik-topik utama adalah tentang cinta terlarang, cinta tak berbalas, cinta tanpa cinta (hanya seks), dan cerita tentang menumpang kereta, lepak di kafe, berlatarkan soundtrack punk rock. Terutamanya lagu-lagu Bad Religion dan The Smiths, yang selalunya berkisarkan kehidupan bagaikan neraka di dunia. Dan tak lupa perihal senaman.

2. Pemblog Emosional Diari Sendiri.
Pastinya ada grafik unsur-unsur bunga, dan lamannya akan penuh dengan widget berunsur kalendar, 'tarikh hari ini', 'playlist hari ini' dan yang sewaktu dengannya. Biasanya akan penuh dengan nukilan tentang berat badan, makanan yang dimakan (yang sedap jadi tak sedap, mandi tak basah punya kes dan lain-lain), dan luahan hati kepada si kekasih atau bekas kekasih yang ditulis dengan harapan si dia tidak akan membaca tetapi kalau dibaca pun tidak mengapa.

3. Pemblog Syair Kreatif.
Ada blog. Kreatif Sangat. Menyengat, disengat, tersengat. Oh, lihatlah dunia!!!

4. Pemblog Bergambar.
Lebih suka meluahkan perasan dengan gambar-gambar dari perkataan-perkataan. Selalunya penuh dengan gambar fokus makro bunga (dan kumbang), gambar kanak-kanak mandi di kolam penuh bakteria KLCC, dan gambar perayaan Deepavali, Thaipusam, dan Hari Kemerdekaan dan tidak lupa pula gambar kaki lima sekitar Kotaraya. Sudah tentu pengguna DSLR. Juga suka makan ambil gambar makanan sebelum makan.

5. Pemblog Cari Makan.
Contoh 1: Aku suka mengambil gambar dengan kamera Panasonic Lumix DMC-LX2 aku. Memang sungguh bagus, 10.2 megapixel, lensa wide-angle dan amat mudah untuk mengambil gambar-gambar mengancam. Dapatkannya sekarang di kedai-kedai kamera terkemuka, juga di cawangan-cawangan Courts Mammoth di seluruh negara!
Contoh 2: Blog penuh dengan iklan ihsan Advertlets, Google Adsense, Nuffnang.
Contoh 3: Blog perempuan fashionista yang suka jual baju-baju buruk mereka di Internet. Dengan harga yang mahal sangat. Jual barangan mistik pun ada!

6. Pemblog Dunia Fantasi
Sila lihat blog ini.

7. Pemblog Mempopularkan Band/Diri Sendiri.
Biasanya dibuat oleh band-band tempatan yang gemarkan muzik-muzik keras 90an, yang suka mengaku ditaja oleh jenama-jenama pakaian tertentu, walaupun baju dan jaket yang dipakai mereka dibeli duit mereka sendiri hasil penat lelah main 45 minit di konsert bergerak syarikat telekomunikasi. Penuh dengan gambar ahli band dengan 34 orang peminat. 34 orang dari sejumlah 35 orang peminat keseluruhan. Yang lagi seorang tengah mengambil gambar. Juga pengarah-pengarah serta produser filem syok sendiri yang tiada duit untuk mempromosikan filem jadi cuma promosi di blog sendiri.

8. Pemblog Politikus.
Contoh 1: Pemblog Pra-Pilihanraya—Untuk menang selepas pilihanraya.
Contoh 2: Pemblog Pasca-Pilihanraya—Untuk yang kalah selepas pilihanraya.

9. Pemblog Pra Akil Baligh.
Biasanya perempuan-perempuan cantik penyorak sekolah (cheerleader-lah) yang penuh dengan gambar berskirt mini sambil beraksi terkangkang dan gambar-gambar parti bawah umur dengan meja penuh tin-tin arak dan botol-botol arak kepunyaan ibu bapa. Banyak juga. Tak percaya sila Google sendiri.

10. Pemblog Jamin Berjaya.
Well, kamu di sini, dan sedang membaca bukan?

Nak Tengok Gambar?

Perkara-Perkara Menarik Yang Berlaku Setelah Munculnya Blog Ini.

• Perkara-perkara yang telah berlaku.

Hujung minggu yang lalu. (Yang aku habiskan dengan berehat dan tidur di rumah.)
Lelaki A — Eh, awak ke yang dalam gambar dalam blog Melayu Minimalis tu?
Perempuan A — Erm ya...

Beberapa minggu yang lalu. Adegan 1.
Perempuan B — Eh, kamu nak buat fashion spread dalam majalah aku tak?
Aku — Erm ok.

Beberapa minggu yang lalu. Adegan 2.
Lelaki A — Eh, John tu memang Korea ke?
Aku — Erm ya...

Beberapa minggu yang lalu, ketika aku sedang berjalan-jalan di satu pesta.
Lelaki C — (menjerit) Melayu Minimalis!
Aku — Oi!

• Perkara-perkara yang aku inginkan berlaku.

Apple Malaysia — Nah Macbook. Kau nak yang hitam kan?
Aku — Terima kasih.

Kerajaan Malaysia — Nah RM1 juta. Maaf lagi RM3 juta dah bagi kat Mike untuk dia blog pasal perempuan. Sila buat pemerhatian di New York, Tokyo, Berlin dan London. Kami tanggung semua. Mike dapat lebih sebab dia berpusat di Bangsar sahaja.
Aku — Erm, terima kasih.

Syarikat A — Nah barangan kami. Cuba pakai lepas tu ambillah, kami bagi. Percuma.
Aku — Erm, terima kasih.

Eh, yang terakhir tu dah berlaku semuanya. Indahnya dunia Internet. Bu-wek.

Mesej Perkhidmatan Komuniti Aku.

Kalau kamu tiba-tiba diberi peluang untuk mendapat jumlah wang yang banyak dalam masa yang singkat, jangan terima.

Kata orang-orang yang pandai berbahasa Inggeris, "If it's too good to be true, then it probably isn't."

Aku resah bila membaca suratkhabar dan kerap terjumpa laporan mengenai rakyat Malaysia (biasanya Melayu, dan perempuan) yang sedang merengkok di penjara di luar negara. Sebab apa? Sebab kantul menyeludup dadah. Dalam masa setahun ini sudah ramai, di China, di Jepun, dan yang terbaru emak mengandung beranak tiga yang kini di penjara di Malta.

Menarik sangat ke tarikan wang ringgit sampai kamu boleh tertipu membawa dadah ke negara yang kononnya kamu ditawar kerja? Tidak buat kajian latarbelakang, tanya pihak-pihak tertentu dan sebagainya? Mudah tutup mata sebelah, baca doa sikit, dan nekad menaiki kapalterbang?

Jangan tertipu. Wang ringgit patut diperolehi dengan kerja keras dan usaha, bukan mudah untuk turun dari langit. Yang turun dari langit hanyalah Hujan.

Ahad, April 20, 2008

Malam Semalam Di Rumah Aku.



Aku tengah sibuk buat projek besar-besaran beb. Aku rasa sudah tiba masanya aku upgrade iBook aku yang telah banyak berjasa ni. Perasmian tanggal 31 Mei nanti. Jadi, nantikanlah, ya?

Sabtu, April 19, 2008

Minggu Yang Sibuk.









Minggu yang teramat sibuk dan memenatkan, sampai aku tak larat untuk keluar dan mengambil gambar. Tapi, minggu ini, aku dapat berjumpa badut berbangsa India.

Khamis, April 17, 2008

Malaysia Boleh 2.

Aku sebenarnya ingin menulis perihal Kokokaina dari dahulu lagi, cuma tidak kesempatan. Kalau kamu tak tahu, dia seorang penulis lagu dan pemain gitar berbakat yang mula popular di Youtube. (Maaf, aku tidak boleh meletak klip videonya di sini...) Dan dia bukan macam Che'nelle atau Guy Sebastian, yang dilahirkan di sini tetapi berpindah ke luar negeri ketika masih kecil. Dia ini masih tinggal di Kelana Jaya, masih orang Malaysia, tiap-tiap hari makan nasi dengan sambal tumis sampai sekarang.

Jadi, bermula dengan rakaman kasar yang dibuat di komputer, dia perlahan-lahan meletakkan rakaman lagunya kat Youtube. Dan aku rasa pihak Youtube pun perasan bakatnya sampai mereka letakkan klip videonya di muka depan youtube.com.

Akibatnya beratus-ratus ribu orang menonton klip video tersebut. Termasuklah si penyanyi Jack Johnson. Dan dia punya suka dengan bakat Kokokaina, dia telah mengajaknya ke Amerika.

Bukan untuk melancong, tetapi untuk mengajak Kokokaina merakam sepuluh lagu dengan bandnya. Dan untuk mengajak Kokokaina (banyak betul aku tulis Kokokaina) untuk merakam dan mengeluarkan album di bawah syarikat rakamannya. Tahniah Kokokaina!

Jadi apa pengajarannya di sini?

Lupakan Akademi Fantasia. Lupakan M Nasir. Lupakan fokus pada pasaran tempatan sahaja. Luangkan lebih banyak masa di Internet. Jika kamu benar-benar berbakat, pasti akan ada orang yang perasan. Kalau tak percaya tanya si Lily Allen, atau Marié Digby, atau OK Go, atau Tila Tequila. Kalau tak pandai Bahasa Inggeris cari si Kokokaina dan tanya dia dalam Bahasa Malaysia.

Good luck, Kokokaina!

Isnin, April 14, 2008

Ke Hadapan Penulis Blog Kegemaran Aku.



Kamu tiada pautan ke blog aku. Tolak marka(h).

Perkara-Perkara Menarik Yang Berlaku Setelah Munculnya Blog Ini.



Ya, ya, aku tahu aku memang kurang menulis semenjak dua menjak ini. Memang sengaja. Seperti yang aku telah katakan beberapa kali di sini, aku sudah tiada perkara menarik untuk ditulis. Jadi, daripada memaksa diri menulis nukilan yang sub-par, aku telah membeli kamera (dua kali, ok?) dan sebaliknya menyerahkan pemerhatian aku kepada pemerhatian bergambar, tentang perkara-perkara yang aku lihat dengan mata sendiri yang kamu sendiri pun boleh lihat bersama. (Walaupun sebenarnya banyak lagi perkara yang aku lihat, tetapi di atas sebab-sebab yang mungkin melibatkan masalah undang-undang dan maruah orang, aku tidak siarkan di sini. Cerita Lain.)

Pejam celik pejam celik, sudah lama juga aku mengeblog. Dari nukilan-nukilan awal yang berunsur sensasi murahan (fikirkannya sebagai Harian Metro atau Mangga versi Minimalis) yang selalunya melibatkan kata-kata seperti 'buah dada', 'bogel' dan 'bikini Melayu' untuk memancing pembaca, hinggakan ke perubahan sekarang yang lebih berunsur laporan bergambar. Itu pun ramai yang kata aku fetish dengan kaki. Jangan lupa pula penulis-penulis blog lain yang berhasad dengki, yang selalu meninggalkan komen-komen ataupun nukilan di blog sendiri yang berunsur provokasi yang biasanya tidak dipedulikan aku, sebab semua orang tahu aku ni berdarah sejuk.

Ah.

Tapi banyak juga perkara-perkara menarik yang berlaku kepada aku semenjak aku mulakan blog ini. Ada yang agak bodoh, tetapi ada juga yang boleh dikatakan mengujakan. Antaranya—

1. Ramai orang menghantar mesej untuk mencadangkan perkara-perkara yang patut aku tulis. Yang terbaru ialah tentang kisah seorang anak kerabat yang sanggup menubuhkan kumpulan Facebook semata-mata untuk mengumpul 'perempuan-perempuan'nya. Nak ikutkan aku pun dua kali lima juga, cuma aku letak gambar kaki mereka sahaja, dan nama aku bukan Pablo.

2. Cakap pasal gambar kaki, sekarang sudah makin ramai orang yang meminta aku mengambil gambar kaki mereka untuk diletakkan di sini. Seperti yang aku katakan, jika aku suka kamu, dan kaki kamu tidak berkurap dan bernanah, sudah tentu aku sudi. Selak kain tinggi sikit, ya?

3. Orang cam aku dari kasut yang aku pakai. Sekurang-kurangnya sudah 3 kali berlaku. Termasuklah cerita di mana aku berada di dalam lif dengan seorang perempuan (yang dikatakan amat ayu) yang telah cam aku dari kasut putih aku (kalau kamu nak tahu, ianya kasut Converse All-Star Hi Leather Ox. Sila eksploitkan pengetahuan ini.), tetapi malangnya dia tidak menegur aku. Cerita yang didengar dari kawan, jadi aku tak pasti sama ada benar atau tidak. Cuma ada satu cara untuk mengesahkan kesahihannya.

Kamu, lain kali tegur aku ok?

4. Aku menjadi stereotaip. Mungkin stereotaip aku lebih nilai komersil dari AKAB yang lebih menjurus kepada jenis bohemian puisi Guinness berkulit hitam manis. Tetapi kalau aku lihatkan pautan-pautan ke blog ini, biasanya pautan itu mengstereotaipkan aku sebagai sama ada Melayu moden yang minum arak dan suka ambil gambar ataupun Melayu kampung yang minum arak dan suka ambil gambar. Pick your choice, kids.

5. Kawan-kawan aku lebih kerap menyuruh aku menterjemahkan dokumen berbahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. (Ya, Malaysia, bukan Bahasa Melayu.)

6. Kawan-kawan aku panggil aku MM. Mungkin mereka ingat aku Amir Hafizi.

Tetapi, secara jujur, ada beberapa perkara yang aku inginkan dari blog ini. Endorsement barangan, contohnya. Ini mungkin akan berlaku tidak lama lagi, jika nasib aku baik. Macam-macam barangan aku boleh endorse, walaupun pilihan yang mungkin paling ketara adalah kasut putih dan kamera.

Lagi-lagi compact camera.

Aku tak perlu menang tender kerajaan untuk projek blog RM2 juta atau sebagainya. Kita biarkan benda-benda sebegitu kepada orang lain. Aku kapitalis, jadi syarikat-syarikat swasta serta badan-badan bebas sekalian (terutamanya yang tinggi 5' 5" keatas dan bertubuh langsing), sila tinggalkan alamat e-mel di Kotak Fitnah di tepi sana, terima kasih.

Malam Semalam Di Ibukota 15















Malam yang sememangnya milik rakan-rakan si Mesinkira Pembunuh, tanpa sangsi.

Sabtu, April 12, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 14



























Malam yang penuh muka-muka lama dan baru, penuh dengan harapan yang akhirnya berakhir dengan realiti kesunyian. Che-wah.

Khamis, April 10, 2008

Oh Tuhanku! (OMG)



Jordan Knight, Danny Wood, Joey McIntire, Donnie Wahlberg, Jonathan Knight kembali!

Rabu, April 09, 2008

Sebab Aku Tidak Gemar Menulis Pasal Politik.

Aku baru sahaja menulis sekali tentang politik dua hari lepas. Dan tiba-tiba hari ini—

Last 20 Visits
07 Apr, Mon, 14:28:49 proxy.rmp.gov.my

Dimana rmp.gov.my = Royal Malaysian Police.

*Mengeluh*

Malam Semalam Di Ibukota 13











Malam buas penuh dengan aksi-aksi kebinatangan dan John Hafiz.

Selasa, April 08, 2008

Sindrom 'Diakui Malaysia'.

Kisah si Sufiah (TSDTK) baru-baru ini mengingatkan aku tentang satu perkara yang aku patut tulis lama dahulu. Aku perasan (dan aku pasti kamu juga) kita di Malaysia ini kadang-kadang macam tidak cukup rakyat bermastautin. Lagi-lagi rakyat-rakyat bermastautin yang kononnya 'terkenal' di mata dunia, tak kisahlah, atas sebab yang betul atau salah. Jadi kita memang seronok jika ada artis atau pengganas yang ada 'kaitan' dengan Malaysia, tak kisahlah, walaupun dia bukan orang Malaysia, atau di memang sudah lama tinggalkan Malaysia. Janji ada Malaysia.

Jadi di sini aku ingin senaraikan (seingat aku) mereka yang tergolong di dalam golongan 'Diakui Malaysia'.

Bukan orang Malaysia tapi diakui orang Malaysia.
1. Betty Boo
Dahulunya terkenal di United Kingdom dengan lagu hitnya "Doin' The Do". Kecoh satu Malaysia dahulu bila orang dapat tahu bapanya (?) merupakan orang dari suku kaum Dusun. Selalu muncul dengan imej berperut kempis.

2. Guy Sebastian
Pemenang rancangan 'Australian Idol' ini menyusahkan hati aku disebabkan rambut afronya yang besar dan kekerapannya muncul dengan lip gloss dan perut separa buncit. Geli.

3. Che'Nelle
Dilahirkan di Kota Kinabalu dan kemudiannya berhijrah ke Australia, gadis separuh Cina ini menggelikan aku sebab suka memakai pakaian yang menampakkan perutnya yang buncit.

Orang Malaysia Tetapi Mungkin Tak Bayar Cukai Malaysia.
1. Datuk Jimmy Choo
Kalau kamu peminat 'Sex In The City' kamu mungkin tahu selain dari kasut Manolo Blahnik, watak Samantha juga suka kasut Jimmy Choo. Ya, aku ramai kawan perempuan jadi aku agak arif tentang siri ini. Kata orang, aku sebenarnya serupa dengan watak 'Mr. Big'. Mungkin. Mula berjaya setelah membawa diri ke London.

2. Datuk Michelle Yeoh
Aku rasa dia mungkin bayar cukai di Malaysia, tapi tengoklah dia, satu Malaysia tak suka dia dahulu, nasib baik si Jackie Chan suka kat dia. Mula berjaya setelah membawa diri ke Hongkong.

3. Angelica Lee
Pelakon yang mula mengukir nama dengan filem 'The Eye' ini tidak diendahkan langsung ketika aktif di Malaysia. Mula berjaya setelah membawa diri ke Taiwan.

Orang Malaysia Tetapi Mungkin Tidak Diakui Orang Malaysia.
1. Taufik Abdul Halim @ Dany
Pengebom malang yang kehilangan kaki ketika cuba mengebom pusat membeli-belah di Jakarta dan dikatakan terlibat didalam pengeboman Bali. Dihukum gantung sampai mati di mahkamah Indonesia. Sebenarnya, kalau kamu nak tahu, kami rakan sekelas dari Darjah 1 hingga 6. (Kisah Benar) Pure irony.

2. Sarah Marbeck
Model yang dahulunya terkenal seketika di Malaysia sebagai model seiras Cindy Crawford. (Mungkin). Kemudian popular lagi untuk 15 minit ketika mengaku menjalankan hubungan dengan David Beckham selama dua tahun. Agak-agaknya berapa juta dia dapat untuk 15 minit tersebut, ya?

3. Karamjit Singh
Mungkin bukan tidak diakui orang Malaysia, tetapi agak malang jika kita lihat bekas Juara Rali Sedunia ini bersara begitu sahaja kerana tiada tajaan, walaupun di dalam arena Rali untuk production cars, dia memang Raja. Mungkin dia tidak secantik Nicole David.

Malaysia boleh!

Isnin, April 07, 2008

Bagaimana Cukai Kamu Dibelanjakan.

Aku terbaca keratan berikut di dalam Wikipedia—

The Malaysian government is now planning an ambitious "Save Sufiah Programme" to rehabilitate Sufiah and "return her to the right path."

Malay Community Association of United Kingdom began funds to support 'Love Suffiah' Campaign. A delegation from Malaysia headed by Ustaz Trimizi Zainal will depart Malaysia on 19th April to treat Sufiah using Islamic Medical practice, as they believe she is under the influence of black magic.


Apa kejadahnya? Dia sudah dewasa, bukan lagi prodigy umur 13 tahun yang hendak masuk ke Oxford. Aku rasa lebih baik kita belanjakan duit rakyat untuk benda-benda yang lebih berfaedah.

Macam untuk menaikkan taraf pengangkutan awam kita.

Macam untuk menaikkan taraf kabel tembaga telekomunikasi kita ke kabel optik fiber penuh.

Dan, ya, aku tahu akhirnya kerajaan mengakui keberkesanan blog untuk menyuarakan pendapat dan mencapai ke golongan yang sudah tentu tidak selalu menonton RTM atau rangkaian Media Prima, walaupun kesan yang sama mungkin tidak tercapai jika semata-mata untuk menyebarkan propaganda.

Propaganda beralas, mungkin.

Jadi memang agak kelakar aku lihat selepas Pak Lah membuat kenyataan bahawa kuasa blog tidak patut dipandang rendah, berebut-rebut orang Kementerian tiba-tiba mula mengarang blog mereka sendiri. Mungkin pekeliling sudah diedarkan di semua kementerian.

Agak-agaknya berapa ya si pengarang blog ini (yang baru dimulakan bulan ini) terima dari kerajaan dalam masa sebulan?

Maaf, nukilan berbau politik.

Malam Semalam Di Melaka.

























Ikan bakar, Jonker Street dan bundle terhebat.