LINEで友達を増やすには
-
LINEは、今全世界で爆発的な人気を誇っているサービスです。世界ではユーザー数は3億人を突破し、日本でも4700万人を超えています。日本が世界で最もユーザー数が多いそうです。日本人のほぼ半数が、LINEを利用しているとい…
Read the full article
12 tahun yang lalu
Mulai hari ini aku akan mulakan ruangan baru dalam blog ini, iaitu ruangan Apa Yang Tidak Kena. Premisnya begini, aku akan letakkan gambar yang aku jumpa di Internet, dan aku akan beri pandangan aku tentang subjek/situasi/saiz buah dada di dalam gambar tersebut. Apa-apa pun kita buat semua ini dengan minda terbuka, dan sila jangan makan cili jika tidak mahu terasa pedas, ya? (Aku tidak akan cerita perkara yang tidak kena dari segi agama sebab kalau begitu akan penuh syarahan-syarahan dari budak IPTA dalam blog ini yang seterusnya akan diharamkan menurut syariat.)
(Gambar dicilok dari flickr malay.urban. Sila google sendiri.)
Apa Yang Tidak Kena (Lihat Rajah 1).
• Si lelaki pegang tas tangan wanita. (Atau 'handsbag' (!) kata si Aznil Nawawi) Lelaki hanya boleh memegang tas tangan wanita dengan syarat-syarat dibawah—
1) Teman perempuan ke tandas dan kamu sedang duduk di meja. Kiranya hanya meletakkan tangan kamu di atas tas tangan.
2) Teman perempuan kamu tidak bertangan.
Itu sahaja.
• Si lelaki memakai kaca mata gelap di waktu malam.
Kamu hanya boleh memakai kaca mata gelap dengan syarat-syarat di bawah—
1) Hari siang.
Itu sahaja.
• Si lelaki memakai kaca mata gelap yang rekabentuknya sedikit ketinggalan zaman. Rekabentuk kaca mata gelap yang dipakai hanya sesuai untuk—
1) Sukan bermotor
2) Kanak-kanak bawah 12 tahun yang memakai kaca mata gelap pemberian ibubapa yang hendakkan anaknya tampak lebih ranggi
3) Mat Rempit.
4) Buruh binaan dari Indonesia yang berambut panjang, berseluar pukat dan apa-apa kemeja-t hitam agar nampak metal. Selalunya memakai baju bergambar Stone Cold Steve Austin tetapi aku pernah nampak yang bergambar Avril Lavigne juga.
• Si lelaki memakai baju singlet dan berotot tetapi keluar bergambar dengan perempuan.
Sila pakai jika kamu yakin dengan orientasi seksual kamu.
• Si perempuan memakai coli di bawah bikini.
Aku tak tahu nak cakap apa dah. Tetapi ini memang salah dari segi fesyen. Pilih salah satu, bukan kedua-duanya sekali. Kalau berani, jangan pilih kedua-duanya langsung. Apa-apa pun aku tabik perempuan ini sebab berperut kempis.
•Bergambar di sebelah tandas.
Sila fikirkan lokasi kamu sebelum bergambar. Lokasi luar tandas tidak sesuai. Di dalam tandas hanya sesuai untuk perempuan yang mengambil gambar tubuh sendiri dan disimpan di dalam telefon bimbit yang akhirnya dicuri dan gambarnya disebarkan ke seluruh Internet.
(Maaf tiada gambar. Tiada kamera lagi.)
Baru-baru ini aku telah ke kawasan Bukit Bintang, untuk membeli-belah. (Membeli-belah pada aku merupakan satu penyakit yang amat melemahkan. Melemahkan situasi kewangan.)
Kalau kamu semua tidak tahu, kawasan Bukit Bintang yang aku kenal dahulu memang jauh berbeza dari yang ada sekarang. Tiada lagi Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, tiada lagi Bas Mini Merah Jambu, tiada lagi MCities dan banyak lagi.
Sekarang semuanya sudah berubah. Dan jumlah manusia yang berumpun di kawasan kecil itu memang amat memeranjatkan! Ya, kawasan syurga membeli-belah utama di Malaysia memang kecil, jika dibandingkan dengan Orchard Road di Singapura, ataupun Shibuya di Tokyo, atau mungkin Times Square di New York. Jalan Bukit Bintang memang jalan yang pendek, dan jangan lupa juga hakikat yang jika kamu seorang pejalan kaki, kalau kamu ingin berjalan dari hujung Plaza Low Yatt ke hujung Pavilion memang banyak rintangan (dan juga jenis cuaca dan bau-bauan) yang kamu perlu tempuhi. Pendek kata memang tidak selesa. Lagi-lagi di kawasan kamu hendak lintas di depan Pavilion. Berterabur.
Tetapi aku terperasan satu keadaan yang amat menarik di kawasan Tiga Segi ini. Kelompok manusia (muda) yang berkumpul memang jauh berbeza.
Aku boleh pecahkan kepada tiga kumpulan utama, Kelompol Times Square, Kelompok Sungai Wang/BB Plaza dan Kelompok Pavilion. Kalau kamu tidak percaya lihat sendiri hujung minggu ini.
Kelompok Times Square
Senang cerita mereka ini semua Goth Lolita Times Square. 99% akan berpakaian hitam. Sekali pandang macam orang yang berkumpul untuk pergi majlis jenazah. Bukan majlis jenazah Melayu tetapi majlis jenazah ala barat. Serpihan dari ini ialah budak-budak kampung yang ingin menjadi Goth Lolita Times Square tetapi tidak cukup wang atau belum habis sekolah. Biasanya mereka ini akan berpakaian hitam juga, tetapi memakai topi percuma (biasanya ada jenama Toyota, AirAsia atau topi Ferrari tiruan dari Jalan Petaling. Janji warna merah) dan berselipar. Ramai gila kelompok sebegini di sana.
Kelompok Sungai Wang/BB Plaza
Kalau kamu ke tingkat 4 ke atas di dalam Sungai Wang Plaza, akan ada serpihan-serpihan kelompok yang aku sebut di atas. Tidak lupa juga kelompok Mat Belia yang bertandang dari Plaza Low Yatt selepas membeli kipas untuk motherboard komputer mereka. Yang menarik bukan kelompok yang di dalam Sungai Wang Plaza, tetapi kelompok yang melepak di depan Maybank di antara Sungai Wang Plaza dan BB Plaza. Kelompok yang suka bergendang, menimbang bola atau melakukan apa-apa aktiviti yang boleh menarik perhatian orangramai. Janji percuma.
Secara fizikalnya lebihkurang sub-kelompok Goth Lolita, tetapi tidak seteruk mana. Tidak banyak berwarna-warni, biasanya akan berpakaian hitam juga. Tetapi masih berselipar. Aku masih tidak faham konsep pakai skinny jeans dengan selipar, maaf.
Kelompok Pavilion
Kamu jalan jauh sedikit, melepasi Lot 10 (yang sunyi sepi, penuh dengan remaja yang tiada kawan), dan KL Plaza (yang LAGI sunyi sepi, penuh dengan orang dari Bangladesh dan Pakistan) dan melintas dengan mempertaruhkan nyawa ke arah Pavilion, kamu pasti akan nampak segerombolan manusia muda di pintu masuk utama pusat membeli-belah ini.
Senang cerita mereka ini hipster. Berpakaian berwarna-warna, selalunya berkamera. (Bacaan lanjut di sini. Sila baca, aku sudah malas tulis.)
Dan apa sebenarnya yang menarik perhatian aku ialah kewujudan kelompok-kelompok manusia muda remaja yang memang jauh berbeza tetapi wujud di dalam kawasan sama yang boleh dikatakan berdekatan juga. Memang jauh berbeza, tetapi wujud, dan mudah untuk kamu membezakan di antara semua kelompok ini.
Adakah ini bukti yang Malaysia sekarang bukan sahaja majmuk dari segi bangsa dan agama tetapi juga dari segi gaya? Tetapi semajmuk kita pun, mampukah kita semua wujud bersama di tempat yang sama secara aman?
(Macam deep sangat pula.)

Aku hampa.
Sebab aku sebentar tadi telah meredah lebih dari 6 kedai kamera dan tiada satu pun yang menjual kamera Lumix LX-3 impian aku.
Kecewa. (Walaupun begitu aku telah terjumpa kedai yang menjual Ricoh GR2D dengan harga yang amat menarik. Aku pasti sekarang yang Ricoh GR3D akan muncul tidak lama lagi!)
Jadi, rakan-rakan pembaca sekalian. Kalau esok tengahari kamu keluar makan (atau ponteng sembahyang Jumaat untuk yang lelaki beragama Islam), sila lihat-lihat kalau kamu terjumpa kedai kamera yang menjual kamera Panasonic Lumix LX-3 berwarna hitam, ya? Menurut ceritanya sudah habis dijual bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah kekurangan stok di Amerika, Eropah semua.
Haih. (Banyak betul cerita tentang kamera kebelakangan ini, bukan?)
Setelah hampir tiga tahun selepas memulakan blog ini, aku telah banyak menulis tentang pelbagai topik, dari trend ke sub-culture, muzik ke mentaliti, konsumerisme ke kajian sosiologi. Dan berdasarkan penulisan-penulisan inilah banyak tanggapan tentang personaliti aku sebenarnya. Aku perlu tekankan tidak semestinya tona penulisan aku di sini melambangkan jatidiri aku sebenarnya, tetapi aku pasti untuk mereka yang tidak kenal aku (secara peribadi) mungkin agak tertarik untuk mencungkil misteri siapa sebenarnya Melayu Minimalis.
(Setakat menggoogle nama dan gambar aku tidak bermaksud kamu kenal aku, ya?)
Oleh itu mari kita lihat tanggapan-tanggapan yang selalu muncul tentang siapa Melayu Minimalis sebenarnya dan kita kaji bersama-sama.
1. MM pakai kamera DSLR.
Salah. Aku seorang kaki serious compacts. Sebelum ini aku guna Panasonic Lumix LX-2 tetapi telah dijual. Lihat seriouscompacts.com.
2. MM pemilik Canon G10.
Salah. Kamera pinjam sahaja. Aku sedang memikirkan untuk membeli kamera Panasonic Lumix LX-3 pula.
3. MM kaya dengan duit dari Nuffnang.
Salah. Sebagai seorang penulis blog Melayu, imbasan yang aku boleh dapat dari pengunjung blog amat terhad disebabkan bahasa. Walaupun begitu pengunjung blog ini boleh tahan ramai, malah lebih ramai dari blog yang dikelola selebriti-selebriti blog berbahasa Inggeris di sini. Che-wah.
4. MM kaki perempuan.
Aku lelaki jadi kaki aku lelaki-lah. Takkanlah kaki aku kaki perempuan kot.
5. MM seorang pelajar hingusan.
Maaf, zaman pendidikan formal aku sudah lama berakhir. Tetapi ini tidak bermaksud aku sudah berhenti belajar. Malah kamu, ya, kamu yang berumur 51 tahun dan sedang membaca blog aku ini, kamu juga tidak patut berhenti belajar!
6. MM suka basikal.
Salah. Aku tidak mempunyai basikal. Sama ada bergear atau pun tidak. Aku suka basikal sebelum basikal fixed-gear menjadi trend lagi.
Jadi, apa lagi tanggapan kamu tentang MM? Cuba cerita sikit.

Alamak, Sigma DP-2 pula nak keluar! (Dicilok dari sini.)

Boombox berbentuk Imperial AT-AT Walker. (Dicilok dari sini.)

Danny Choo, anak si pembuat kasut terkemuka dunia Jimmy Choo telah menulis satu nukilan yang aku rasa kamu semua perlu baca. Jarang aku membaca nukilan yang agak memberikan inspirasi dan semangat pada pagi Isnin.
(Si Danny ini terkenal sebagai mamat yang suka memakai kostum Stormtrooper dan menari di tengah-tengah Shibuya di Tokyo).
(dicilok dari Boingboing.net)


Terima kasih kepada Anak Mat Nor kerana menghilangkan dahaga di tekak. Bila nak kemaskini blog kamu? (Gambar diambil menggunakan Canon G10)

Aku sekarang sedang memikirkan kamera baru apa yang aku harus beli. Kamera tempohari telah pun dijual, jadi aku sekarang termangu apabila keluar, sebab tiada apa yang boleh digunakan untuk mengambil gambar.
Selain dari calon-calon kamera yang aku sedang fikirkan seperti Lumix LX-3, Ricoh GR Digital II dan Canon G10, aku memang amat berminat dengan kamera prototaip menggunakan lensa Micro Four Thirds yang dihasilkan oleh Olympus. Tetapi prototaip sahaja, masih tiada rancangan untuk menghasilkan secara betul, walaupun ada banyak ura-ura kedengaran yang model baru sebegini akan dilancarkan bulan depan.
Kalau kamu, kamu pilih apa ya?
Di dalam bidang pekerjaan aku, aku dapat berjumpa dengan pelbagai jenis orang, dari berbagai kelas.
Akibat dari pergaulan yang dengan ramai manusia ini, aku selalu dapat perhatikan pelbagai perangai manusia, biasanya di dalam konteks pekerjaan-lah. Dan semestinya di dalam mana-mana pekerjaan pasti akan ada satu tahap di mana kamu boleh berkata kepada diri kamu yang "Ya, aku sudah berjaya."
Jadi di sini aku ingin bertanya, sebab aku asyik terfikir-fikirkan hal ini dari dahulu lagi.
Kenapa tahap 'Aku Berjaya' orang Melayu 'kebiasaannya' lebih rendah dari tahap kejayaan orang lain?
Misalnya, ada orang yang anggap diri mereka sudah 'berjaya' jika mampu membeli dan memandu kereta BMW 5 Series terpakai model tahun 1998, dan hanya berpuas hati di tahap itu sahaja. Ataupun mengaku berjaya apabila berupaya mendapatkan tender kontrak kerajaan (yang hanya akan diturunkan kepada orang lain di bawahnya selepas itu). Ataupun satu band yang berjaya main untuk 'Rock The World' sahaja dan sudah berpuas hati (dan tidak mempunyai mimpi yang lebih besar selepas itu.
Kecil sangat ke mimpi kita?
Salah satu dari saluran tv kegemaran aku ialah Astro Aruna. Selain dapat melihat pelakon-pelakon perempuan Indonesianya yang bergetah beraksi dan pelakon-pelakon lelaki yang terlebih mekap (tidak lupa juga watak sampingan yang hanya boleh diklasifikasikan sebagai watak kasihan iaitu watak yang dilakonkan pelakon 'kurang menarik' seperti terlebih berat badan, bermulut sumbing atau pun tidak cukup ketinggian), aku boleh menonton 'Untung Ada Jinny'.
Selalunya ditayangkan di hujung minggu tidak silap aku, dengan episod sepanjang 30 minit yang ditayangkan dua sekaligus, konsepnya jelas tidak original. Kalau kamu ingat, konsep jin perempuan ini telah ditonjolkan dalam siri TV 60an 'I Dream Of Jeannie', yang amat popular satu ketika dahulu.
Premis rancangan ini juga sama, iaitu kisah seorang lelaki (dan rakan serumahnya) yang hidup dengan seorang (seekor) jin wanita.
Cuma bezanya jin wanita dalam cerita ini dilakonkan pelakon seksi Diana Pungky. (Lihat gambar).
Kebetulan juga (mungkin disengajakan), untuk watak Jinny sahaja pereka kostum menampilkan kostum yang berbeza untuk setiap episod. Biasanya kostumnya ketat dan berkilau, menampakkan pusat dan low-cut. Dan kebetulan juga watak Jinny ini banyak adegan membongkok. Ke bawah. Contohnya seperti berikut.
Adegan 1.
Jinny—Hallo! (Bongkok ke depan)
Watak kurang penting—blablabla
Adegan 2.
Jinny—Kapan makan kapan? (Bongkok ke depan)
Watak lelaki kurang penting—blablabla
Adegan 3.
Watak lelaki kurang penting—blablabla
Jinny—Apain dong? Ya udah! (Bongkok ke depan)
Sekarang cuba lihat gambar di atas sekali lagi.
Apa kata kamu tonton sendiri. Susah aku hendak terangkan.
Sudah kerap kali dalam sebulan kebelakangan ini aku akan buka ruang untuk nukilan baru di dalam blog, tetapi apa yang keluar langsung tidak boleh memenuhkan ruang putih yang luas terbentang ketika di dalam bahagian 'Create A Post' blog aku. Dan juga disebabkan aku ketiadaan kamera buat masa ini, tiada lagi helah menggunakan gambar-gambar untuk memenuhkan ruang yang kosong di dalam blog.
Ini tidak termasuk banyak pra-nukilan yang telah pun ditaip beberapa perenggan, tetapi akhirnya semua dipadam begitu sahaja. Mungkin kerana aku obseskan kualiti penulisan, dan banyak 'saringan' yang aku perlu lalukan nukilan aku sebelum ianya diterbitkan di sini.
Apa yang aku pasti ialah jika tiada akal fikiran untuk menulis, jangan menulis. Nukilan ini pun kalau dibaca sepintas lalu seakan-akan nukilan memberi alasan, dan orang Melayu memang suka memberi alasan.
Inilah masalahnya jika ingin membuat blog yang kebanyakkan dipenuhkan dengan nukilan berbentuk pemerhatian. Kalau tidak fokus, memang tiada apa yang dapat diperhatikan. Dan aku sedar, seperti mana terbitan-terbitan lain yang bergantung kepada perkara selain dari perkara-perkara peribadi sebagai isi kandungannya, lambat-laun kamu akan hilang perkara yang boleh dituliskan.
Dan ini sudahpun masuk tahun ketiga aku menulis di sini. Sudah banyak jenis orang sudah aku buatkan pemerhatian, dan memang amat sukar untuk menulis tentang golongan orang yang terlalu niche tanpa adanya persilangan dengan pemerhatian-pemerhatian aku yang lain.
Jadi aku rasa sudah sampai masanya untuk membuat pembaharuan di dalam blog ini. Aku sebenarnya sudah jenuh mencari idea menulis, tanpa apa-apa hasil yang boleh ditunjukkan.
Oleh itu, mulai hari ini, blog aku akan bertukar menjadi blog porno.
Apa pandangan kamu?
Sempena Hari Kekasih yang diharamkan sambutannya oleh sesetengah ulama, aku ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Kekasih kepada semua yang konon-kononnya ingin berkongsi hari yang romantis bersama kekasih.
Sebenarnya tiap-tiap hari sepatutnya hari yang romantis untuk kamu dan kekasih kamu. Tiada sebab untuk kamu berkasih sayang selama 364 hari lain yang bukan 14hb Februari.
Sebab itu aku mungkin hanya akan keluar esok. Hu hu.
OK OK kita terus ke soalan cepumas aku hari ini.
Kenapa pasangan Melayu kalau duduk di restoran dan makan 99% akan pasti duduk bersebelahan dan bukan duduk bertentangan?
Bincangkan dan fikirkan rasionalnya.

Pandangan satu sudut rumah aku. Sampai masuk wired.com.


Dicilok dari highsnobiety.com. Target nombor 2 dan 3.
riziaq bertanya...
tak terlambat lagi kan nak bertanya?
mm keje involving biotechnology kan?
apa pendapat mm dengan biotechnology di msia nih?
bagaimana pula dgn gaji?
aku akan pursue degree in biotech tak lama lagi di negara orang so amat2 lah ingin tahu..
Pada pendapat aku segala bidang yang melibatkan sains dan teknologi amat penting untuk mana-mana negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Aku rasa kita amat bergantung kepada kepakaran luar sehinggakan kita sendiri dianaktirikan. Walaupun mungkin tidak seteruk 10 tahun yang lalu, tetapi aku rasa kejadian ini masih berlaku, konon-kononnya atas nama 'perpindahan teknologi', iaitu teknologi luar yang diterapkan ke dalam teknologi kita.
Aku sarankan apabila kamu belajar di negara orang nanti jangan hadkan kepada pembelajaran akademik sahaja, tetapi tumpukan perhatian juga kepada pembelajaran sosial seperti cara bekerja, etika kerja dan perkara-perkara yang berkaitan dengan mentaliti pekerjaan dan penyelidikan. Lagi satu belajar cara 'menjual' kemahiran kamu, jangan pandang rendah nilai serta keupayaan kamu. Kalau kamu mahir dalam bidang ini aku pasti gaji yang bakal diterima memang akan setimpal. Tetapi kalau kamu belajar di Botswana maaflah.
pali bertanya...
hi MM,
apakah pendapat kau tentang aktiviti parkour di malaysia memandangkan malaysia yang kononnya sebuah negara demokrasi tetapi terikat dengan pelbagai undang2 yang menyebabkan aktiviti2 seperti parkour ini tidak dapat dijalankan dgn lancar di malaysia.(aku tgh buat dokumentari psl parkour sbnr nya)
Bukan sahaja parkour sahaja yang terbantut penyebarannya, aku rasa banyak lagi aktiviti kreatif yang terhalang akibat sebab-sebab tertentu. Cuba lihat dari sudut ini, dahulunya skateboarding
memang aktiviti yang kurang popular dengan pihak berkuasa, tetapi lihat sahaja sekarang. Aku rasa perkara yang sama mungkin akan berlaku kepada mana-mana bidang sukan kreatif. Yang penting jangan menyerah kalah.
cik anon bertanya...
MM, maaf lambat. 1 soalan je
Novel apa yang boleh MM sarankan untuk saya baca ?
Sila baca buku-buku karangan Chuck Klosterman, Farish A Noor dan Dina Zaman. Maaf tetapi kebelakangan ini aku jarang membaca buku fiksyen.
who bertanya...
MM..ter miss nak tanye soalan..
saya berminat untuk memiliki leica d lux 4.
soalan nye berbunyi begini..apekah kelebihan dan keistimewaan leica compared to others??
trima kaseh!
Lebih baik beli Panasonic Lumix LX-3. Spesifikasi dan mutu yang sama, cuma jauh lebih murah. Pada aku tiada kelebihannya kecuali prestij memiliki barangan berjenama Leica dengan bintik merahnya. Tetapi kalau kamu mampu (beza harga dengan LX-3 lebihkurang RM1000) apa salahnya. Sila ke www.dpreview.com untuk maklumat lanjut.
aku konpius bertanya...
ops, nak tnye..
sye tau abg mm nie lelaki tp nk tnye gak hal psl pompuan.. mgkn abg mm ley tlg jawab, kalo x ley mgkn abg mm ley tnye kwn2 pompuan abg mm..
soklan nye:
mcm mane pompuan ley buat ketiak mereka licin , tnpe sebrg bulu?? dieorg shave ke? kalo shave bukan boley tmbh blk? so dieorg selalu shave ke?? dieorg gunr ape smpai boley maintain licin cmtu??
kalo bley tlg jawab yek.. soklan nie selalu bermain di dlm kepala saya.. tak tahu nak tnye sape..
sekian, terima kasih!
Ada yang cukur, ada yang cabut, dan ada yang menggunakan teknik waxing. Ada juga yang secara semulajadi memang tiada bulu ketiak. Kalau mereka amalkan penjagaan kebersihan yang baik aku rasa tidak pelik ketiak mereka lembut, gebu dan enak dihidu dan dijilat.
Tanpa Nama bertanya...
Soalan keenam pula walaupun peribadi aku rasa aku boleh jawab. Kejadiannya melibatkan perkahwinan dan perceraian. Itu sahaja.
1. adakah anda fobia dng perkahwinan selepas pengalaman lama?
2. kenapa anda ambik masa yg lama utk berkahwin semula?
3. how old is yr son?
4. ada target umur tak utk berkahwin semula?
sorry kalau soalan di atas terlalu peribadi.
sfera
1. Ya.
2. Masih tidak berkahwin.
3. Darjah Satu.
4. Que Sera Sera.
fictionita bertanya...
How do i get myself near Pharrell? like, so near, i can smell him? PLEASE, PLEASE, PLEASE tell me. o' wise one.
pretty please?
Berdiri di sebelahnya.
Cara-Cara Supaya Berpeluang Berdiri Di Sebelah Pharrell Williams
– jadi pihak media. Tawarkan perkhidmatan penulisan kamu kepada majalah-majalah hiburan tempatan yang relevan dengan Pharrel Williams agar berpeluang menemuramah beliau.
—jadi jurugambar. Tawarkan perkhidmatan fotografi pula jika taktik di atas gagal.
—jadi artist liaison. Tawarkan perkhidmatan percuma kamu kepada Pineapple Events, pihak yang bertanggungjawab untuk Pesta Muzik Sunburst. (Aku rasa sudah ada 300 orang ingin merebut jawatan ini, yang biasanya akan ditawarkan kepada mereka yang pernah menjadi artist liaison kepada Pineapple Events.)
—selidik siapa yang menyediakan perkhidmatan katering di Pesta Muzik Sunburst dan cepat-cepat tawarkan perkhidmatan sebagai waitress.
—selidik siapa yang menyediakan perkhidmatan sekuriti di Pesta Muzik Sunburst dan cepat-cepat tawarkan perkhidmatan sebagai pengawal.
—masuk cawangan Persatuan Bulan Sabit Merah/RELA yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan mereka di Pesta Muzik Sunburst.
—masuk rancangan One In A Million, menang tempat pertama dan habiskan RM1 juta untuk merakamkan lagu dengan beliau.
–banyak lagi cara sebenarnya, tetapi mungkin terlalu fanatik dan bakal menakutkan si Pharrell dari kamu selama-lamanya.
Terima kasih.
eD bertanya...
1 - Google's search engine algorithm is based on the Page Rank algorithm. How about Yahoo?
2 - What's the difference between nerd and geek?
3 - Seeing how the future will be based on 'cloud computing'(most probably), kenapa setakat ini hanya Google yang nampak bersedia ke arah itu? How about other big IT company? e.g. Microsoft, Yahoo, etc.
4 - Linux now is as user-friendly as Windows. But still very few Malaysian uses Linux. Pada pandangan anda, kenapa?
5 - Malaysia satu negara yang sedang membangun. Bagaimana langkah yang boleh kita ambil supaya masa akan datang negara kita tak menjadi seperti Jepun? Maju tapi menghadapi masalah NEET, freeter, etc.
6 - Are you against, for or don't care about open source? Of course it's free, tapi kalau semua nak percuma, siapa yang nak develop software lagi.
7 - Katakan aku akan berpindah ke Jepun bulan Mac ini. Berapa banyak baju, seluar yang perlu dibeli sebelum fly? Apa lagi barang-barang yang perlu aku beli?
Sekian. Terima kasih.
Banyak sangat soalan. Ingat aku ensiklopedia?
1. Jawapan kamu di sini.
2. NERD ada Pharrel Williams dan akan bermain di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Geek tiada Pharrel Williams dan tidak akan bermain di Kuala Lumpur bila-bila masa pun.
3. 'Cloud computing' aku rasa masih bergantung kepada kepantasan talian Internet. Selagi kelajuan itu tidak sekata di pasaran yang syarikat tersebut ingin tumpukan, selagi itu aku rasa kurang realistik untuk mereka fokus ke arah tersebut. (Kelajuan Internet di KL misalnya amat berbeza dengan kelajuan di Singapura.) Aku pasti Microsoft dan Yahoo sedar tentang hakikat ini, tetapi aku rasa mereka pandai sebab membiarkan Google bereksperimentasi dahulu dengan konsep ini. Sekarang terpulang kepada mereka untuk mengeluarkan produk yang boleh menjangkaui segala apa yang Google hasilkan apabila tiba giliran mereka pula.
4. Sebab kebanyakan komputer yang dijual di pasaran tempatan disertakan bersama dengan Windows. Sebab yang sama juga untuk mana-mana pasaran di dunia.
5. Aku rasa tiap-tiap negara membangun dan maju ada kumpulan masalah-masalahnya sendiri. Pada pendapat aku isu yang muncul di Jepun mungkin kurang relevan dalam senario tempatan sebab mentaliti kita amat berbeza. Mungkin masalah-masalah kita apabila mencapai tahap negara maju lebih serius jika dibandingkan negara-negara lain. Mungkin.
6. Aku pro-Open Source sebab siapa lagi kalau bukan pengguna yang mempunyai pendapat yang berguna? Malangnya tidak ramai pengguna yang sedar betapa kompleksnya proses membuat perisian.
7. Jangan beli banyak sangat. Aku pasti kalau kamu beli semua dari Malaysia apabila kamu tiba di Jepun kamu akan kelihatan seperti ketinggalan zaman. Sekurang-kurangnya 5 tahun. Percayalah. Laburkan wang itu untuk membeli keperluan asas di sana.
Tanpa Nama bertanya...
abang layan lagu metal?kalo layan,lagu@band ape yea?
Sila baca balik siri nukilan 'Barangkali Ini Catatan Pertama Tentang...' untuk selidik sedikit sebanyak tentang citarasa muzik aku. Kalau band metal aku suka Dragod Red.
Tanpa Nama bertanya...
MM, redtube boleh kacau line internet ke?
Segala laman web yang mempunyai kadar trafik tinggi akan mengacau talian Internet kamu.
Qasiyh bertanya...
MM,international car ape yg murah(range harga 50k-70k)dan x mkn minyak sgt...
Hmm. Suzuki Swift. Tetapi awas tempat duduknya memang tidak selesa untuk pemanduan jarak jauh.
Tanpa Nama bertanya...
Salam sejahtera Encik MM, ini pertama kali saya menanya soalan untuk ruangan Tanya Abang Minimalis. Soalan-soalannya:
1. Mengapa anda mengguna blogger untuk mengendali blog anda? Mengapa bukan Wordpress? Daripada pengalaman saya, interface blogger (seperti dashboard, comment management, post-editing dan sebagainya) agak kuno dan kurang elegan. Saya percaya pengguna Mac mempunyai citarasa yang lebih tinggi, therefore akan lebih cenderung menggunakan Wordpress.
2. Apakah reaksi anda jika mendapat tahu bahawa Steve Jobs sudah tiada (meninggal dunia)?
Untuk soalan pertama aku pernah mencuba Wordpress sebenarnya, dan aku suka, cuma aku malas untuk berpindah buat masa ini. Mungkin satu masa nanti. Kalau kamu ke wordpress.org memang ada blog Melayu Minimalis yang betul-betul minimalis.
Untuk soalan kedua tiada reaksi.
stanum_saliva bertanya...
ermmm,betul ke...
www.blackle.com
www.googlenight.com
dapat jimat banyak tenaga????komen sikit...
Ianya sama konsep dengan tindakan memadamkan paparan komputer kamu untuk menjimatkan tenaga. Tetapi aku rasa ada lebih banyak perkara yang kamu boleh lakukan untuk menjimatkan tenaga selain dari menggunakan laman-laman tersebut, seperti menggunakan fungsi 'Energy Saver' di dalam komputer kamu misalnya, atau menggunakan komputer yang lebih mesra alam.
XMaTaPeJAmCeliKX bertanya...
MM,
aku dah menamatkan prog diploma pengajian perniagaan major dlm transportation.Pada pandangan MM ler,dalam masa sekarang nie..patut ke aku smbg study..or kejer.Kalo smbg study...dalam bidang ape yg mempunyai prospek yg tinggi...!Aku cuma minta pendapat org yg lebih tua jek.Thanks..
Berdasarkan senario ekonomi sekarang, aku sarankan kamu bekerja sahaja. Apabila keadaan bertambah stabil aku rasa permintaan pekerjaan di dalam bidang kamu (atau mana-mana bidang pun) akan bertambah.
Tanpa Nama bertanya...
kalau ko diberi pilihan ko nk kerja sbg ape..??
ape tahap gaji yg senang pada ko..??
Aku senang dengan kerja aku sekarang, dan tahap gaji aku sekarang juga amat memuaskan. Kalau aku benar-benar boros memang boleh hidup mewah. Memang aku perasan hidup mewah pun, cuma sekarang aku sedang membayar untuk kesilapan-kesilapan lama yang aku telah lakukan satu masa dahulu. Tetapi aku amat gembira dengan situasi kerja aku sekarang. Tiada rungutan.
revrie bertanya...
Soalan pertama:
Mahu menjadi seorang drummer yang teknikal. Apakah knowledge2 yang perlu? contohnya penguasaan triplet ke. Bagilah term2 yang berguna.
Soalan kedua:
Bila mau kasi nyanyi saya punya?
Jawapan untuk soalan pertama—gunakan Youtube. Memang berguna untuk belajar teknik-teknik serta kemahiran tertentu. Bukan untuk drum sahaja malah segala apa benda kamu boleh belajar di sana seperti teknik melipat baju. Aku misalnya belajar teknik mempertahankan diri selepas melihat klip-klip budak sekolah perempuan Malaysia yang bergaduh. Untuk soalan kedua aku tidak faham.
roketkertas bertanya...
encik mm
jikalau encik mm ditakdirkan mati esok n encik mm sedia maklum,
apakah 5 perkara yg encik mm akan wat?
(soalan ni xberkaitan dgn agama,mungkin)
1. Minta maaf dari ibu bapa.
2. Minta maaf dari kawan-kawan rapat.
3. Fikir tentang nombor 4.
4. Fikir tentang nombor 5.
5. Fikir tentang nombor 3.
Tanpa Nama bertanya...
nape ur blog dah makin boring?
kurang menyengat seperti biasa...
missgege bertanya...
MM, blog ko makin boring la.
serius!
so ape ko nk buat?
Maaf, aku menulis atas kehendak dan kepuasan sendiri, bukan untuk kepuasan orang lain. Kalau bosan dan inginkan gossip-gossip artis Melayu atau gambar Melayu bogel sila gunakan Google.
crazy_labelle bertanya...
xnak buat tafsiran pasal org dan dunia blogers ke... or forum ke...
org here means maybe lelaki or pompuan...
diorg tertarik kat menda cmne...
mcm forum/blog specific (cth IT) byk di pelopori oleh sape...
n trends skang...
Aku pernah tulis tafsiran tentang para blogger Melayu di sini.
Tanpa Nama bertanya...
there is a article by you which you said that the old SP was one of your favorites. if, in any chance, the 'new' SP came around our region, would you go for old times sake? not counting if you've seen the old line up in its full glory.
Semestinya aku akan pergi. Tetapi harus ada James Iha dan D'Arcy.
Weed and Bandages bertanya...
MM, aku rasa mungkin kau tua sikit dari aku kot. Jadi aku nak tanya kau,
masa inflasi dan juga reformasi sekitar 1997, 1998 kau di mana, buat apa, apa aktiviti sosial di sekitar Bukit Bintang.
Waktu itu aku study di Perak.
(semalam aku nak p umah kawan, gila penuh budak budak sekolah goth tak goth koya punk tak punk main lintas jalan penuh gaya, walau di honk banyak kali. semua pakat2 dok berkumpui depan Maybank tu, then aku wonder tahun 1997,1998 apa scene area sini?)
Hmm. Soalan menarik. Aku ada menulis sedikit tentang perkara ini di nukilan yang 'Zaman Lot 10 Yang Aku Rindu'. Ketika itu selain dari budak 'skater', bersepah dengan budak-budak yang berpakaian ala Zainal Abidin sekitar era 'Hijau' iaitu berkemeja-t putij yang dimasukkan ke dalam jeans Levi's 501 dan memakai kasut but Doc Martens. Eh bukan, itu era lebih awal. Era yang kamu maksudkan itu malangnya sedikit asing untuk aku sebab aku tiada di Malaysia ketika itu. Maaf.
yen bertanya...
1. apa pandangan anda tentang indutri perkilang di negara kita dalam tempoh 3-5 tahun akan datang?
2. pendapat anda dengan rekabentuk industi di negara kita?
Susahnya soalan. Tetapi pendapat aku mudah. Selagi negara kita tidak mampu membuat penyelidikan tentang rekaan produk sendiri yang bertaraf global (ya, bukan bermaksud kerepek ubi/pisang dan kain songket, tetapi produk konsumer yang lebih meluas peluang pemasarannya) aku rasa kita akan ketinggalan sebab banyak syarikat multinasional lain yang berpindah arah mendirikan kilang-kilang di China misalnya sebab kos yang lebih murah. Jadi kemungkinan besar kita harus menggunakan infrastruktur yang ada sekarang untuk mengeluarkan barangan tempatan yang lebih bermutu untuk dipasarkan di pasaran dunia.
Untuk yang kedua aku rasa kamu maksudkan 'industri rekabentuk' negara kita? Kita masih ketinggalan. Cuma dahulu kita mungkin ketinggalan 10 di belakang negara lain, tetapi aku rasa sekarang kita hanya ketinggalan 5 tahun sahaja. Aku rasa sedikit sebanyak kita harus berterima kasih kepada lanun cetak rompak yang banyak membekalkan perisian-perisian berkualiti dengan harga yang amat murah. Pencetus idea mungkin ramai, tetapi perlaksanaan kita aku rasa masih lemah.
1985 bertanya...
adekah ko tau band yg bername The Most Dangerous Race...x byk info psl band tu...adekah ko suke lg mereke???
Tidak kenal.
Tanpa Nama bertanya...
hi MM. Sekiranya kau tahu, atau kau ada kenalan yang tahu, tolong terangkan proses mendapatkan funding bagi TV program tempatan. cari sponsor? duit sendiri dulu nanti baru stesen TV bayar balik dengan 'jualan'? Stesen TV hulurkan percentage wang dalam bentuk bayaran terdahulu? TQ
N
Semuanya bergantung kepada cara kamu berurusniaga dengan penaja. Aku rasa majoritinya menggunakan wang sendiri, sekurang-kurangnya di peringkat 'pitching' ketika menjual idea rancangan kepada stesen tv. Selepas itu semuanya bergantung kepada penaja kamu. Mungkin.
*Sarah is the One berkata...
upcoming events sepanjang tahun 2009 (atau 2010 kalau kau ada info) yang dirasakan berbaloi, atau mesti pergi. entertainment related.
Sigur Ros Live in Malaysia. 3rd or 4th quarter of the year.
Tanpa Nama johnStanier berkata...
so MM pergi tengok BTTLS tak bulan 3 nanti?
Tidak. Tetapi kemungkinan besar aku ada di sana di waktu yang sama untuk membeli kasut.
d7 berkata...
lagi satu aku nak tanye pasa kamera polaroid.. dengarnya depa dah stop produce / jual eh? ke aku yg salah info ni.. aku cam berminat je kamera tu tapi adekah aku dah terlambat utk merealisasikan minat aku nieh?
Mereka sudah hentikan pengeluaran filem/slaid Polaroid, tetapi baru-baru ini mereka telah mengumumkan produk baru ini.
dena_r berkata...
what is your favourite star wars character and location/planet?
Ketika kecil dahulu figura aksi Weequay memang salah satu yang aku paling gemar. Jadi untuk watak sampingan aku suka watak itu. Untuk watak utama pula sudah tentu R2-D2. Lokasi kegemaran aku pula semestinya Bespin atau Cloud City.
Tanpa Nama F berkata...
apa pendapat anda tentang beban yang diletak diatas bahu pelajar skrg? Terlampau banyak tak?
Sila mula bekerja sepenuh masa dan tanya balik soalan itu kepada aku, ya?
Z bertanya...
memandangkan
1) Sunburst 2009's lineup dah keluar
2) I'm not happy but don't wanna point fingers and start cursing at the organizers
3) U seem to know much more than I do about these things
so I wanna ask,
what's the actual procedure that these organizers have to follow to bring the international acts here? step by step.
Proses untuk membawa artis luar bukannya mudah. Pertama sekali ialah mencari artis yang ingin dan sanggup bermain di Malaysia. Kebiasaannya ini akan dibuat melalui ejen-ejen artis atau ejen-ejen persembahan artis. Kebiasaanya seorang ejen itu boleh menjadi wakil untuk beberapa artis di bawah naungannya. Malangnya, di arena ejen-ejen antarabangsa, reputasi Malaysia sebagai tempat untuk membuat persembahan adalah amat buruk. Aku dengar ini disebabkan ramai promoter persembahan di sini yang suka menulis dan bertanya tentang harga persembahan, tetapi tiada tindakan susulan, ataupun tidak mampu untuk membayar bayaran yang penuh selepas persembahan. Lagi satu ialah reputasi Malaysia sebagai lanun cetak rompak, yang tidak memberikan sebab bagus untuk mana-mana artis untuk datang ke sini demi menyokong penjualan album mereka. Selain dari itu kawasan Asia Tenggara masih ada stigma sebagai 'sarang pengganas Islam', mahupun sebagai 'kawasan berpenyakit'. Senang cerita ejen-ejen ini biasanya tidak akan melayan pertanyaan tentang artis mereka yang datang dari Malaysia dan biasanya tidak akan menggalakkan artis-artis mereka bermain di rantau ini.
Selalunya ejen-ejen ini mempunyai senarai promoter yang boleh dipercayai (berdasarkan kejayaan mereka membawa artis-artis luar terdahulu), dan ejen-ejen ini akan menghantar senarai artis yang sedang tour di kawasan Asia Tenggara kepada mereka ini, dan terpulang kepada promoter-promoter tempatan untuk membida dan membawa masuk artis tersebut. Disebabkan reputasi buruk, tidak ramai promoter tempatan yang berada di dalam senarai ini.
Katakan jika ejen dan artis sudah bersetuju (biasanya tentang jumlah bayaran persembahan), promoter harus mencari jalan untuk membayar artis yang ingin dibawa. Di Asia Tenggara misalnya akan ada ramai promoter yang berkongsi kos perjalanan, sebab itu ramai artis akan main di sekitar Kuala Lumpur, kemudiannya Singapura, Jakarta dan Bangkok. Di peringkat tempatan pula, biasanya promoter akan cuba mencari penaja untuk artis yang dibawa, yang kebiasaanya adalah syarikat-syarikat komunikasi, arak dan rokok sebab mereka yang banyak wang untuk dibelanjakan. Selepas belanjawan dikira (yang biasanya melibat kos bayaran persembahan, pengangkutan artis dan kru serta set serta tempat tinggal, pementasan, promosi dan sebagainya), permit persembahan artis perlu dipohon. Permit ini bukan murah, biasanya dalam RM1500-3000 seorang. Jika artis mempunya entourage seramai 50 orang kira-kiralah sendiri. Permit lokasi, permit dari Kementerian Dalam Negeri juga perlu. Ramai artis sangkut di KDN, atas sebab-sebab imej, ideologi politik/agama, reputasi buruk, lirik dan sebagainya.
Senang cerita, hanya untuk membawa seorang artis luar untuk membuat persembahan di sini memang bukan mudah.
ahmdsyhmi bertanya...
kau layan band electro?
disco punk ke..
band apa pilihan kau??
Aku suka The Rapture, Yeah Yeah Yeahs, The Hives, The Music, Justice dan Sebastian.
47 bertanya...
satu ketika dulu MM pernah mendedahkan yang MM adalah paperless.
sudah pasti menjadi paperless membuatkan usaha memiliki/menerajui sesuatu karier mencabar, bukan?
jadi, dari peringkat yang boleh dikatakan 'susah'/'mencabar', berapa lamakah MM mengambil masa untuk sampai ke tahap 'senang' atau ke tahap sekarang at least, regardless of senang atau susah?
apa pendapat MM tentang ADD/ADHD? adakah kemungkinan manusia manusia bijak tapi paperless (aku personally kenal beberapa orang) adalah disebabkan ADD/ADHD?
thanks MM and take care!
Macam aku, aku rasa aku bernasib baik. Aku mempunyai portfolio kerja yang agak baik, jadi tidak menyukarkan aku untuk mendapat kerja walaupun paperless. Disebabkan portfolio ini juga amat cepat untuk aku sampai ke tahap senang aku. Kalau hendak diikutkan aku sudah pun bekerja selama 10 tahun, dan aku rasa tahap pencapaian aku sekarang mungkin sama dengan tahap pencapaian seseorang yang mempunyai kelayakan bersijil. Jadi dari segi itu aku memang tidak ada apa-apa penyesalan.
Untuk soalan kedua pula mungkin ada kaitan. Kejap aku nak makan.
Ayyman Rahim bertanya...
Bagaimanakah perasaan menjadi Melayu Minimalis?
Untuk yang kenal aku secara peribadi mungkin tiada hal. Untuk yang kenal aku berdasarkan reputasi atau blog ini pula memang menarik kadang-kadang aku perhatikan. Lagi-lagi kalau tiba-tiba aku perasan ada orang melihat dengan tekun ke arah kasut aku misalnya. Aku rasa mungkin lebih menarik untuk orang yang gambarnya keluar di blog aku kot, sebab aku dengar mereka ini selalu ditegur oleh entah siapa-siapa tentang gambar mereka yang muncul di sini. Juga mungkin menarik jika aku ingin mengambil gambar rakan-rakan dan pose pertama yang mereka berikan ialah aksi tutup mulut mereka.
Selain dari itu aku rasa tiada istimewanya.
Tanpa Nama bertanya...
soklan pertama.
aku suka kau..kau suka aku tak?
soklan ke-dua, ke-tiga & ke-empat
" si mata " itu kekasih kau kah? melayukah dia? perempuan itu memenuhi ciri-ciri idaman kamu? apa pendapat dia tentang kamu?
soklan ke-enam
apa kejadian/benda yang membuatkan anda trauma sampai sekarang?
maaf aku adalah "tanpa nama"
maaf solan berbentuk peribadi.
Untuk soalan pertama aku tak kenal kamu jadi maaflah. Aku tidak berpunya dan buat masa ini tiada niat untuk mempunyai atau dipunyai.
Untuk soalan kedua, ketiga dan keempat jawapannya semua rahsia. Maaf, aku masih kekalkan konsep bahawa yang peribadi itu harus kekal peribadi.
Soalan keenam pula walaupun peribadi aku rasa aku boleh jawab. Kejadiannya melibatkan perkahwinan dan perceraian. Itu sahaja.
d7 bertanya...
bebaru ni aku dpt mail pasal 'what you don't know about facebook'
ringkasannya dia bitau facebook ni merupakan medium utk CIA collect data pasal kita..privacy kita etc mende tu sume lah.
but diaorg just target pada golongan professional.
em, nko pernah baca x? betul ke ape yg diaorg cakapkan tu..
sekali baca aku rase logic lah pulak..
dua tiga kali baca pun aku rasa sgt logic..
comment nko?
Internet memang berguna untuk menyebarkan paranoia. Tetapi Amerika Syarikat memang terkenal dengan undang-undang 'Patriot Act' mereka, yang digunakan untuk merisik maklumat peribadi menggunakan fail dan data peribadi di Internet misalnya. Dan disebabkan Facebook itu adalah berasaskan di sana, aku rasa tidak mustahil perkara yang kamu sebutkan itu betul-betul berlaku. Aku cuma perlu katakan, "Let The User Beware!"
Tanpa Nama bertanya...
what is your fav perfumes?
Aku kurang pakai minyak wangi, tetapi untuk lelaki yang terakhir aku guna dahulu ketika zaman berfoya-foya adalah Ralph Lauren Polo Black.
Mas Mohd Yunus bertanya...
encik MM,
tahun lepas, en MM ada plan mahu menanam bunga/pokok-pokok kecil di dalam rumah. Tahun ini, plan tu tak dikonsider lagi ke?
gud luck.
Aku secara tidak sengaja telah meracun pokok-pokok aku jadi semuanya sudah mati. Memang agak malang. Aku memang bercadang untuk meneruskan penghijauan rumah aku tahun ini tetapi kereta aku tidak muat kalau aku ingin membeli pokok-pokok besar yang aku inginkan.
Lopo bertanya...
1.Apakah komik yang MM paling minati?(tidak kira dari dalam atau luar negara)
2.Bolehkah MM tunjukkan sedikit bahagian muka MM?(hidung,telinga,pipi,dahi,lidah...tapi saya lebih berminat dengan bahagian mata anda)
3.Macam mana prestasi kereta MM(satria neo),ok ke tidak?
Itu sahaja soalan untuk musim ini,semoga ketemu lagi MM.
Salah satu komik kegemaran aku ialah siri 'Dark Knight Returns' hasil Frank Miller. (Walaupun aku kurang minat 'Dark Knight Strikes Again' yang pada pendapat aku tidak konsisten langsung. Selain dari itu aku minat manga 'Battle Angel Alita' dahulu, 'Next Wave', segala komik yang ada hasil lukisan Alex Ross (seperti 'Earth X' dan 'Kingdom Come') dan dan juga siri 'Marvel Zombies'. Kebiasaanya aku membaca mengikut 'comic events', seperti 'Crisis On Infinite Earths', 'Identity Crisis', 'House Of M', 'Civil War', dan 'World War Hulk' misalnya.
Untuk soalan kedua jawapannya tidak boleh. Sila Google.
Untuk soalan ketiga prestasinya memang agak bagus dan memeranjatkan. Duit minyak aku jimat, dan buat masa ini memang tiada masalah. Dan pengendaliannya juga memang bagus, kereta yang 'melekat' di jalan, dan boleh dapat awek.
Tanpa Nama bertanya...
Adakah MM suka akan Drum n Bass? Apakah perbezaan DnB ngan 2 step?
Boleh bagitau DJ DnB yg terbaik dari Malaysia? Apakah pendapat kamu tentang Spacebar?
Ya aku suka tetapi semenjak kebelakangan ini agak hambar pada pendapat aku. DnB lagi keras, 2-step lebih ringan.
DJ DnB terbaik di Malaysia ialah Spacebar yang sentiasa dekat di hati.
abang mat tora bertanya...
Listkan website yg memberikan tutorial teknik mudah mengambil gambar menggunakan kamera compact dan dslr utk para beginner.
www.google.com. Terus terang aku belajar semuanya menggunakan buku atau bertanyakan kepada rakan-rakan jurugambar.
fnl bertanya...
Erm, saya tak faham bila orang bergambar sambil tangan menutup hidung, seperti membawa isyarat/style tertentu. Apa maksudnya?
Maksudnya—"Eeew, like, I don't want people to know I'm in your blog!"
Tunggukan jawapan seterusnya, OK?
Seperti biasa tatkala aku ketandusan idea untuk menulis aku akan memperkenalkan kembali ruangan ini. Kalau kamu pembaca baru, sila buat carian nukilan berlabelkan 'Tanya Abang Minimalis" di ruangan kanan laman ini.
Kebanyakan soalan kamu akan dilayan, tetapi seperti biasa soalan sensitif tentang agama dan politik tidak akan dilayan. Jadi, tanyalah apa yang patut, bermula dari sekarang!
Di tempat aku tinggal ini ada sebuah gim persendirian yang memang sentiasa meriah tiap-tiap hari. Aku boleh perhatikan lelaki-lelaki berotot kental yang turun naik gim, bermotivasi otot keras yang sanggup berusaha tiap-tiap hari untuk mendapatkan bentuk badan yang optima. Dan disebabkan sudah dua hari berturut-turut aku terserempak dengan mereka ini, apakata hari ini aku buat tafsiran tentang mereka pula.
1. Berotot.
Tangan yang pejal, otot kaki yang kental. Mungkin otot telinga mereka juga berotot besar. Kalau dahulunya memang sukar untuk bertemu mereka ini, tetapi disebabkan taraf kehidupan secara amnya yang sudah meningkat, lebih ramai yang berpeluang meluangkan masa semata-mata untuk bersenam, terutamanya untuk mengangkat berat. Aku rasa kesedaran bahawa bukan hanya pembina badan yang patut bersenam sudah mula menular (malah aku pun sudah mula bersenam tahun lalu, cuma alatan angkat berat aku sekarang sudah tidak berat langsung untuk aku. Bulan depan beli yang baru!), dan sampai bila lelaki yang berbadan seakan 'diukir' ini hanya disinonimkan dengan golongan yang tidak 'lurus' bukan? Cuma apa yang universal di antara mereka ini ialah fakta yang mereka ini memang sukakan cermin. Untuk melihat perkembangan harian otot-otot sendiri.
2. Lengan Pendek.
Sudah tentunya golongan ini suka menunjukkan hasil kerja penat lelah mereka tiap-tiap hari di gim. Cara paling mudah ialah dengan memakai kemeja-T tanpa lengan dan seluar pendek. Segala peluang untuk menunjukkan otot akan diambil, terutamanya ketika ingin bersalam dengan orang (dengan otot lengan yang mengancam) atau ketika ingin membayar makanan di kedai mamak. Rambut pula selalunya pendek. Setakat ini aku tidak pernah berjumpa dengan Mamat Gim yang berambut panjang atau dreadlock, mungkin untuk mengurangkan kadar kemalangan disebabkan oleh rambut panjang di dalam gim.
3. Tidak Suka Gim-Gim Besar.
Segala apa gim-gim besar-besaran yang kamu lihat di Lembah Kelang tidak akan dikunjungi mereka. Pada mereka itu hanya tempat lelaki-lelaki malang untuk mencari pasangan, tidak kisahlah sama ada perempuan malang lain mahupun lelaki malang juga. Mereka ini lebih sukakan gim-gim persendirian yang dibuka di lot-lot rumah kedai di sekitar kawasan perumahan, yang biasanya hanya akan berlantaikan simen dan tidak mempunyai sistem penyaman udara. Alatan-alatan senam juga mungkin masih yang dibuat dari besi buruk ataupun mungkin konkrit. Senaman basikal diharamkan. Kalau boleh mereka akan menggunakan alatan senaman yang dibuat dari bangkai atau mayat manusia, yang boleh dilempar-lemparkan sambil menjerit "WE ARE SPARTA!!!" sekuat hati. Sudah tentu filem '300' merupakan visi dan pemberi semangat kepada motivasi yang mereka perlukan. Kalau kamu tidak percaya sila Google gim-gim persendirian ini. Ada banyak di Lembah Kelang!
4. Suka Lagu Laju.
Lagi-lagi yang berentak techno atau metal. Tidak kisahpun apa janji ganas, dan mempunyai irama yang sekata agar memudahkan mereka mengira apabila membuat kiraan senaman. "1.. 2... 3... 4... 5... 6... 7... 8... SPARTA!!!" Paling pantang bila ada Mat Otot yang membawa teman wanita yang masih tidak faham erti 'bau peluh' yang tiba-tiba memasang lagu dendangan Faizal Tahir untuk berhibur. (Mereka anti Faizal Tahir sebab hendak sangat tunjuk perut yang tidak kental bercontengkan logo 'Superman'). Sebab itu jarang ada perempuan di gim-gim persendirian sebegini. Mungkin sebab tiada bilik persalinan pun.
5. Suka Memanjat.
Aku tidak tahu mengapa tetapi ramai di antara mereka ini yang sukakan aktiviti wall-climbing atau memanjat. Foosbal memang tak main lah, itu hanya aktiviti untuk Mamat Pakistan Yang Suka Mengambil Gambar Bogel Bersama Teman Wanita. (Cerita Lain.) Mungkin aktiviti ini memberi lebih peluang untuk mengeraskan otot ketika memanjat, yang pada waktu yang sama akan mengeraskan hujung-hujung jari menjadi seperti batang besi. Dan kamu semua tahu perempuan sukakan benda yang keras, bukan?
6. Suka Protein.
Walaupun diet yang tinggi karbohidrat memang penting untuk menambah berat badan ketika mula-mula bersenam angkat berat, selepas proses ini memang penting untuk menambahkan pengambilan makanan berprotein. Bukan susu penambah berat yang sebenarnya bukan menambah berat pun, tetapi menambah selera makan. Dan kalau kamu banyak makan benda yang salah tanpa bersenam memang sia-sia sahaja. Akibatnya ramai di antara mereka ini sukakan minuman protein shake, susu berprotein tinggi yang boleh diambil tanpa memerlukan kamu untuk makan daging, ikan, tempeh dan sebagainya. Aku rasa ini akibat langsung dari taraf kehidupan kita yang semakin meningkat. Tapi hati-hati, pengambilan berlebihan tanpa kawalan (dan juga pengambilan dadah-dadah pembina otot) hanya akan membina benda selain dari otot, biasanya jerawat.
7. Tidak Sukakan Skinny Jeans.
Aku tidak pernah melihat Mat Otot berseluar skinny.
8. Nampak Macam Bernafsu Tinggi Tetapi...
Ada seorang rakan aku yang dahulunya obses untuk membina otot yang sebesar mungkin. Setelah sampai ke tahap saiz otot yang diingininya dia sedar yang amat sukar untuknya mencari teman wanita. Selain dari pilihan perempuan yang mempunyai otot sebesarnya (ada beberapa di Lembah Kelang ini. Mungkin agak seksi jika tidak berketul sangat), perempuan-perempuan yang meminatinya (berdasarkan saiz otot) adalah perempuan-perempuan yang 'berumur' sedikit. Akibatnya dia serta-merta mengecilkan otot. Kisah Benar. Katanya perempuan-perempuan sekarang lebih sukakan otot 'berukir' yang sederhana, bukan yang macam Arnold Schwarzenegger atau Malek Noor. (Malek Noor dahulu, bukan sekarang, ya?)
Erm, sekian sahaja untuk kali ini.