Khamis, Jun 05, 2008

Tanya Abang Minimalis?

Baiklah, atas permintaan ramai, aku akan kembalikan ruangan 'Tanya Abang Minimalis' yang aku pernah buat dahulu. Sila kemukakan soalan di ruangan komen, ya?

Kamu semua tahu jenis-jenis soalan yang tidak patut ditanya, bukan?

26 orang ada pendapat sendiri:

Tipu Tapi Benar (TTB)

MM,
memandangkan harga petrol/diesel yang meningkat secara mendadak kebelakangan ini, pastinya ramai antara kita yang mempunyai kereta terasa beban atas kenaikan harga ini.

Sekiranya MM diberikan dana yang tidak terbatas (infiniti) beserta bantuan dari cerdik pandai yang ada di dunia ini, jenis kereta bagaimanakah yang MM akan cipta untuk mengatasi masalah ini?

MM juga boleh masukkan ciri-ciri sampingan yang MM rasakan penting/perlu dipunyai oleh kenderaan futuristik tersebut.

Sekian, Terima Kasih.

Unknown

abang minimalis selalu lepak fariz maju atau amir ali tak?

:P

Amir S.

abang MM.Apakah pendapat abang tentang penukaran baju uniform sekolah yang di bincangkan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini?

fictionita

apa pendapat abg minimalis ttg yang ini? peduli ke tak? http://hypebeast.com/2008/06/joy-division-documentary-microsoft-zune

haha. abang. mcm geli je.

Mir Hamzeh

Hello, encik Abg Minimalis.

Boleh tak ulas sikit tentang Beat Generation & mungkinkah tahap kesihatan sosial remaja Malaysia dapat mengambil manfaat dari mereka? Jika ya, bagaimana? Jika tidak, mengapa?

Sekian, terima kasihan.

John Hafiz

Abang, boleh tolong sms saya? Saya hilang nombor telefon Abang. Diharap Abang akan menjawab soalan ini secepat mungkin.

tumpanglalu

soklan loklaq:

hotel apa kat KL yg menawarkan komplete pakej spa beserta "main" yg paling best?

soklan sebenar:

tolong jelaskan bagaimana nak guna cmd: gpedit.mcs dgn berkesan?

Unknown

lol.

Melayu Minimalis

bagus bagus.
keep em coming!

soalan lagi susah jawab lagi bagus, tentang alam semesta, ilmu misteri ghaib atau teori fizik nuklear.

J u l i a 。.゜✿

If nobody buys a ticket to a movie do they still show it ?

Ehsan Zakaria

kenapa zaman skrg susah benar nak pinang anak dara Pak Cik Hasan? hantaran mintak sampai 15 ribu, sampai nak berbalas 15 dulang, rantai ngn gelang satu set, reception mintak buat kat dewan perdana...akibatnya ramai lah pasangan blum nikah dah 'kawin' (duduk sekali la...mcm dlm kisah 'Ezora' tu), sebab blum mampu afford jumlah yg dipohon. tolong ulas sikit brader MM...tq.

eD

apa prospek bidang engineering di malaysia dalam 5-10 tahun lagi?adakah kita akan still di takuk sama,budak2(generasi akan datang negara) semua bising2 kecoh2 nak buat kereta?atau budak2 kita akan jadi sedikit bijak dan mula mengejar2 ingin membuat software gempak macam Microsoft Windows?

Tanpa Nama

en. MM apa erti jahat pada kamu?

Melayu Minimalis

teruskan lagi!
banyak soalan2 menarik ni!

Nadiah Anwar

MM,
mcm mana nk lupa kan lelaki yg bg bnyak janji2 manis?

Saiful Nizam Kassim

MM,
mcm mana nk lupa kan perempuan yg bg bnyak janji2 manis?

Melayu Minimalis

ish niss, sabarlah!

renegix_01

abang MM, terangkan lebih lanjut,dalam,dan padat tentang super delegates

Tanpa Nama

band yang best dan patut diambil peduli- so your makanan lah i guess. tq!

47

Agaknya lah, Malaysia ni ada harapan tak jadi negara maju?

Dulu 1997 masa dijangkakan menjadi harimau kuat southeast asia, kegawatan ekonomi melanda.

Baru macam nak pulih (macam) arena international bergolak, food crisis melanda, harga minyak naik pula.

Dan, pada pendapat MM, pembangunan mentaliti umum pula bagaimana? ada improvement atau tak ada atau lagi merudum?

Thanks

farizzet

soalan untuk jawapan kepada soalan untuk mm:
adakah jawapan mm untuk semua soalan diatas ialah 'tuhan saja yg tahu jawapannya' ?

Tanpa Nama

Antara He-Man dengan Pendekar Laut mana lebih power..sebab aku tgh avatar ko he-man,aku nak tanya nih.


P/s: Boleh ke Power Grey Skull lawan Kuasa Petala Langit ?

suka hati

soalan untuk MM.berapa orang da derma kat paypal MM sehingga sekarang? tak mahu betul-betul karang buku sendiri ke?

Aku A-Z-Z-U

soalan saya:
kalau ada seorang manusia yg mampu mengawal kuasa minda orang lain, adakah kamu rasa dia mampu mempengaruhi george bush dlm decision making?

lagi satu, obama atau clinton for presidency?

timekaseh :D

Kulat.Hidup

MM..
nak tanya jugak..
pada pendapat MM,
kenaikan haga minyak mempengaruhi sikap manusia-manusia yang ada di muka bumi ni tak.?

sila komen..

Tanpa Nama

soalan saya:

abg minimalis tuh sape?