Isnin, Ogos 20, 2007

Kenapa Melayu Kecoh Dengan Bikini?

Aku suka melihat perempuan pakai bikini. Mat Salleh pakai bikini biasalah, tapi aku lagi suka melihat rakyat Malaysia yang berbikini, terutamanya yang Melayu.

(Aku pasti 42, 239 orang yang menggoogle 'bikini melayu' hari ini akan tiba di blog aku. Terima kasih dan sila tinggalkan komen.)

Kita tak kecoh bila Mat Salleh atau kaum Cina mengenakan bikini, tetapi jika perempuan Melayu berbikini, kecoh.

Kecoh yang amat sangat! (Mungkin di kalangan rempit cybercafe, tapi aku mungkin silap). Mereka tertanya-tanya, "Mana nak carik awek Melayu pakai bikini?"

Depan mata kau banyak. Mungkin di kalangan rakan-rakan wanita kamu tak ramai yang berani berbikini, tapi teman-teman wanita aku ramai yang gemar berbikini. (Tidak termasuk model-model kurus yang berbuah dada besar. Cerita lain) Tak perlu ke Pulau Perhentian. Aku hanya perlu turun ke tingkat satu di kondominium aku. Bila-bila masa. Tiap-tiap hari. Siapa suruh kamu tinggal di rumah pangsa?

Aku hanya perlu membuat panggilan telefon, SMS atau berMSN, "I'm going to the pool..", maka muncul lah mereka.

Tak terangsang pun. Mungkin aku sudah lali dengan buah dada dan punggung mereka. (Tersembul, terpele'ot, tertunjal dan lain-lain) Mungkin sebab aku berfikiran terbuka dan liberal. Pada aku, ianya perkara biasa. Macam minum teh o ais di kedai mamak.

Tapi kalau kau (termasuk abang-abang-di-kubikel-dengan-gambar-anak-beranak) pasti heboh. Habis ruang SD Card telefon bimbit berkamera kamu, akibat mengambil gambar curi yang akan kamu sebarkan di Internet.

Untuk aku, ia umpama lumrah hidup aku. Aku lali. Aku bosan. Walaupun mereka berguling-guling dengan memakai bikini basah di dalam ruang tamu rumah aku. Aku dah lihat itu semua.

Jadi apa maksud ini semua?

Tak payah kecoh beb. Berbikini perkara biasa. Bukan bogel pun. Tak payah nak curi gambar dari Myspace untuk buat slideshow di Youtube. Kalau bogel pun aku tak kisah. Macam-macam bentuk badan pernah aku lihat. Aku tak kecoh pun.

*(Gambar hiasan merupakan gambar yang aku curi dari Myspace. Walaupun bukan rakyat Malaysia, tapi rakyat Indonesia (panggil mereka Indo, bukan Indon, nanti mereka marah!) tapi kita semuanya serumpun. Maaf aku tak boleh letak gambar rakyat Malaysia kaum Melayu berbikini di sini, nanti mereka taknak pergi pool dengan aku...)

10 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

Di Kondo mana ramai perempuan melayu suka pakai bikini kat pool?

Melayu Minimalis

Kondo aku la.

nazrul

kondo gua pon ada... ramai.

Melayu Minimalis

kondo gua lagi ramai beb.

zaX

macam sial gaduh pasal kondo.
haha...

Tanpa Nama

hahaha....aku tak duduk kondo pon...tapi selalu nampak pompuan Melayu berbikini....hehehe

Melayu Minimalis

Duduk tepi pantai tak main laa...

zewt

dah lali... bahaya tu... nanti bila masa yang genting... tak dapat tindakbalas yang sesuai... hehe...

Tanpa Nama

Hasnt it ever occured to u that Melayu kecoh dengan bikini sebab kebanyakkan Melayu nih beragama Islam.Jadinye,bile pompuan Melayu pakai bikini mmglah org semue kecoh,sbb dlm agama Islam mmg dh haram nk tujok sehelai rambot pon kat org luar,apatah lagi pakai bikini.

Lagi satu.Aku peliklah most pompuan nih (Aku pn pompuan gak.Tp aku x pakai bikini).Dorang nih,bile pergi bermandi-manda kat pool ke,pantai2 yg banyak tourists mat salleh ke,bukan maen pakai bikini.Tapi bile baju jarang nampk bra,malu pulak.Sluar nmpk underwear,malu.Amende la...

Macam dalam filem Hindustan la.Bermandi-mande pakai bikini.Sari seksi nmpk perot.Tapi bile selendang sari tuh kene tiup angin,tersipu2 malu sambel kelam kabot btolkan sari.

who care?

adoi.bikini hebat.aku pun suka tengok.hahahahaha.