Selasa, Ogos 21, 2007

Barangkali Ini Catatan Pertama Tentang Post-Rock Di Dalam Bahasa Melayu. (Silap!)

(Tambahan: Ini bukan kali yang pertama. Kali pertama mungkin dari blog ini.)

Mungkin kamu tak sefanatik aku dengan muzik. Mungkin muzik untuk kamu boleh pergi sejauh Siti, Mawi dan M Nasir. Yang rajin sikit tu mungkin akan menular hingga ke Dewa, Sheila On 7, Flop Poppy (macam band Indonesia lah!). Yang terbawa-bawa lagi mungkin akan minat Incubus atau My Chemical Romance.

Tapi sebenarnya kan, ada banyak jenis muzik lain dalam dunia ni. Tak payah lihat satu dunia, kat KL ni pun banyak jenis muzik (dan aku bukan bermaksud band Filipina yang main cover lagu-lagu Top 40 di dalam pub), cuba lihat saja gig-gig di sekitar bandar. (oh ya, di Kuala Lumpur memang tiada gig di mana kita adakan upacara penyembelihan kambing hitam di ikuti seks beramai-ramai. Maaf ya peminat Black Metal!)

Dalam banyak-banyak genre muzik yang aku tahu, salah satu aku paling minat ialah post-rock. Istilah post-rock (pasca-rock?) ini mula digunakan oleh pengkritik muzik Simon Reynolds di dalam majalah muzik UK, Mojo, pada bulan Mac 1994 ketika beliau mengulas album Hex dari band Bark Psychosis.

Dari fahaman aku, post-rock adalah sambungan atau evolusi muzik rock yang kita dengar sekarang, mungkin dalam kata erti menggunakan alatan muzik rock tradisional seperti gitar, bass dan dram di dalam konteks yang berlainan dari muzik rock biasa.

Senang cerita post-rock ini kau takkan faham lah. Jadi inilah fungsi nukilan aku hari ni, buat kamu semua faham sikit apa itu post-rock.

Ertikata post-rock memang luas. Seluas istilah rock itu sendiri. Mungkin terdapat dua band yang dilabel post-rock, tapi kalau didengari keduanya memang jauh berbeza, mungkin tiada nyanyian dalam lagu, itu saja. Tapi nak kata post-rock ni tiada nyanyian, ada lagu yang dikategorikan post-rock mempunyai vokal.

Tetapi bagi peminat post-rock, memang mudah untuk mereka mengenalinya. Keindahannya, ikatannya dengan perasaan, progression, dan macam lagi. Kalau dengar, mesti tahu.

Jadi untuk kamu semua, saya sediakan dossier Post-Rock Untuk Si Bodoh. (Post-Rock for Dummies)

Mula-mula, sila ke halaman ini.
|
|
|
Sudah baca? (Maaf untuk mereka yang kurang faham Bahasa Inggeris.)

Kedua, sila lihat video-video Youtube di bawah ini untuk menyelami bunyi Post-Rock.


1. Mogwai - Helicon 1
(dipetik dari Ten Rapid)
Band dari Glasgow, Scotland ini sering dikaitkan sebagai "Raja Post-Rock", dan mereka ini dikatakan bertanggungjawab mempopularkan muzik genre ini di pertengahan tahun 90an. Lagu "Helicon 1" ini mempunyai struktur asas yang sering digunakan dalam post-rock.

Intro - Build Up - Tease Climax - Rest - Build Up - Actual Climax - Destruction

(Kalau tak faham sila gunakan Kamus Dewan). Mogwai masih menghasilkan post-rock sekarang, dan album-album terbaru mereka banyak menggunakan unsur elektronika. Secara jujur, mereka benci dilabelkan post-rock. (Oh ya, amnya, band-band post-rock di satu dunia ini tidak suka dilabelkan post-rock. Ini memang trend, dan disebabkan inilah mereka sememangnya post-rock). Band ini juga mempunyai syarikat rakaman mereka sendiri, Rock Action Records, yang banyak mengeluarkan album-album berunsur post-rock.


2. Explosions in the Sky - Memorial
(dipetik dari The Earth Is Not A Cold Dead Place)
Ini pula band dari Austin, Texas (aku rasa mereka semua bukan koboi, malah gitarisnya merupakan seorang rakyat Amerika berbangsa Arab). Perhatikan bahawa struktur lagu ini adalah hampir serupa dengan lagu Mogwai di atas. Explosions in the Sky merupakan band yang muncul selepas Mogwai, dan berjaya mencipta identiti muzik mereka sendiri. Band yang sering ditiru. Berada di bawah naungan Temporary Residence Limited, label dari Amerika yang banyak mengeluarkan album-album post-rock.


3. Mono - Halcyon (Beautiful Days)
(dipetik dari Walking Cloud And Deep Red Sky, Flag Fluttered And The Sun Shined)
Band ini pula dari Tokyo, Jepun, dan sering dianggap sebagai Mogwai tiruan. Walaupun begitu Mono mempunyai peminatnya sendiri, termasuklah Mogwai sendiri yang mengeluarkan album mereka di bawah label Rock Action Records, dan John Zorn, pemain saksofon avant garde/jazz yang juga telah mengeluarkan rakaman Mono di bawah labelnya Tzadik Records.


4. Envy - Chain Wandering Deeply
(dipetik dari A Dead Sinking Story)
Juga dari Tokyo, Jepun, band yang pada mulanya berunsurkan hardcore dan screamo (sila google) di pertengahan tahun 90an telah sedikit demi sedikit memasukkan unsur post-rock ke dalam lagu mereka. Album-album terbaru mereka lebih mengarah ke post-rock, malah vokalis band ini telah dijemput untuk merakamkan lagu bersama Mogwai di dalam lagu mereka 'I Chose Horses'.


5. Pelican - Autumn Into Summer
(dipetik dari The Fire In Our Throats Will Beckon The Thaw)
Band dari Chicago, Illinois ini sering dikategorikan dalam genre post-metal, yang pada saya adalah lebihkurang sama dengan post-rock, cuma ianya lebih muram ataupun ganas. Struktur dan mood lagunya hampir sama dengan post-rock, cuma mungkin lebih 'kasar' ataupun 'garau'. Band ini bernaung di bawah label metal terkemuka Hydra Head Records. Band-band yang lebih kepada post-metal termasuklah Isis, Red Sparrowes, Callisto dan lain-lain.

Ada faham?

Selain dari band-band luar negara, terdapat juga band post-rock di dalam Malaysia. Antara yang terkenal ialah Furniture (dahulunya R.U.S.H), Damn Dirty Apes, Deepset, KLPHQ, Telephony Delivery dan Teenage Glory For The Wasted. Kebiasaannya persembahan mereka ini lebih menjurus kepada atmosphere dan mood, dan bukannya seperti rock kangkang. Tapi ramai yang berseluar ketat.

Sila google untuk maklumat lanjut.

5 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

yeah..alunan post rock kadang - kadang dapat mendamaikan suasana :)
encik silalah melawat blog yang saya kendalikan didalam bahasa melayu :)(malangnya sudah lama tidak dikemaskinikan) :(
http://www.afterdiscotherewas.blogspot.com/

Melayu Minimalis

runut ni kat benut eh?

jangan marah, gurauan semata. terima kasih kerana memberi komentar. boleh saya link ke blog anda?

Tanpa Nama

ada band post rock baru...tak baru la..adela setahun. he libra. terbaik jugak lah.
12 minit yang bawak ke angkasa.

p/s: ko terlupa yndi halda.

Si Penanya (?)

ya saya penggemar post-rock...
tapi saya baru tahu 'Intro - Build Up - Tease Climax - Rest - Build Up - Actual Climax - Destruction'
fuck

Tanpa Nama

sangat jelas pemahaman anda mengenai post-rock.