Rabu, Ogos 22, 2007

Barangkali Ini Catatan Pertama Tentang Jazz/Bebop Di Dalam Bahasa Melayu.

Perhatian semua A.A.y.D.d.K.B.G.A.B! (Sila baca nukilan-nukilan sebelum untuk erti ringkasan ini). Sudah terlalu lama kesilapan ini dibiarkan berlalu. Sudah terlalu lama aku berdiam diri mendengar kesilapan ini diulang tahun demi tahun di dalam radio, di dalam TV, dan mungkin sekarang di dalam Youtube.

Sheila Majid bukan Jazz.

Paling kuat pun pop berunsurkan soul atau jazz. Atau pop sahaja. Aku rasa Sheila Majid sendiri malu dikatakan Ratu Jazz Malaysia, sebab dia (dan ramai orang-orang seperti aku) tahu yang dia bukan Jazz.

Jadi apa itu Jazz? Bukan muzik yang selalu dimainkan di lounge-lounge hotel 4 1/2 bintang di KL? Muzak (ya, muzak) yang berkumandang di dalam lif? Lagu "What A Wonderful World" dendangan Louis Armstrong (sebutannya "lu-wi", bukan "luis", terima kasih?)

Baiklah, untuk orang-orang seperti anda, saya persembahkan Jazz Untuk Si-Bodoh. (Jazz For Dummies)

Seperti mana genre muzik lain, jazz ini luas pengertiannya. Dengan pertolongan Youtube, saya akan kongsikan sub-genre jazz yang paling saya minat, hardbop, bebop dan avant garde/freeform.


1. Miles Davis & John Coltrane - So What
Kedua-dua pemuzik jazz ini amat terkemuka. Ya, lebih terkemuka dari Kenny G. Davis, peniup trumpet dan Coltrane, seorang pemain saksofon. Lagu 'So What' ini merupakan lagu yang pasti dikenali oleh semua peminat jazz, malah sudah dikategorikan sebagai satu lagu jazz 'standard', lagu jazz yang harus diketahui oleh semua pemain jazz. Antara semua pemuzik bebop jazz, aku rasa Miles Davis lah yang paling terkenal dan komersil, dan video ini menampilkan beliau ketika di kemuncak era bebopnya, sebelum beliau berjinak dengan fusion jazz, yang pada pendapat aku, lebih membosankan dari Mawi.


2. Art Blakey - Moanin' (Bahagian Pertama)


2a. Art Blakey - Moanin' (Bahagian Kedua)
Beliau (pemain dram) dan kumpulan beliau The Jazz Messengers merupakan salah satu kumpulan jazz yang paling awal aku kenali, dan bermula dari rakaman-rakaman Art Blakey-lah saya mula berjinak dengan jazz. Lagu 'Moanin' ini pula adalah setaraf dengan 'So What'. Perlu diingatkan bahawa kebanyakan lagu-lagu ini dihasilkan pada tahun 50an, mungkin beberapa tahun sebelum kita merdeka. Jazz ketika itu adalah muzik yang amat ditakuti, dan hanya dimainkan oleh segelintir pemuzik yang berani. Perumpamaannya seperti pemuzik punk dan metal sekarang. Muzik yang tidak diterima oleh masyarakat umum.


3. Ornette Coleman - 1974
Ornette Coleman (pemain saksofon) telah memperkenal dunia kepada jazz improvisasi (kata Melayu, jazz hentam. Tapi hentam bukan sebarang hentam ok?) dengan albumnya "The Shape Of Jazz To Come" pada tahun 1959. Bentuk jazz yang lebih liar ini agak popular, di mana sampai sekarang terdapat banyak pemuzik, tua dan muda, berganding tenaga mengadakan sessi jam freeform/improv jazz di festival-festival jazz utama dunia.


4. Charles Mingus - Flowers For A Lady
Pemain bass terkemuka ini seangkatan dengan Davis, Coltrane, Coleman, Blakey, malah, band beliau The Mingus Big Band (beliau tak main dalam band ini diatas sebab-sebab kematian. Beliau yang sudah mati) pernah bermain di Dewan Philharmonik di KLCC dua tahun lepas. Aku tahu kau tak tahu.


5. John Zorn/Electric Masada - Karaim
John Zorn (pemain saksofon) adalah gila. Beliau yang masih aktif sekarang banyak mengeluarkan rakaman jazz avant garde/improv/freeform/noise. Beliau telah banyak bergabung tenaga dengan ramai pemuzik kontemporari terkenal, termasuklah Eye Yamataka dari Boredoms, Mike Patton (dahulunya dari Faith No More), dan Merzbow. Banyak lagi band-band sejenis yang beliau telah gabungkan, tapi, Cerita Lain.

Di Malaysia juga terdapat ramai pemuzik jazz, malangnya tak ramai yang bermain bebop atau hardbop, malah ramai pemuzik jazz di Malaysia amat malas dan lebih suka bermain lagu pop di band-band sokongan rancangan tv realiti di Malaysia. Semua tak suka memakai seluar ketat.

Sedih.

Nak cerita pasal muzik apa lagi ya?

11 orang ada pendapat sendiri:

Nox

Aku rasa aku pernah baca dalam satu interview yang Sheila Majid pun tidak mengaku yang dia Ratu Jazz malah mengatakan muzik yang dibawakannya hanyalah pop. Yang gian menggelarkan dia sebagai Ratu Jazz ialah wartawan-wartawan hiburan tempatan yang clueless.

The Situationist

mungkin lepas ni wartawan-wartawan hiburan tempatan akan ke sini untuk buat research terdahulu.

buahahaha.

Nox

Itu pun kalau mereka tahu membaca ha ha...

Dude, post-rock dah cerita, cerita la pasal post-punk pulak.Aku dah naik letih bila depa dok kata Franz Ferdinand post-punk.

Melayu Minimalis

Aku pun kurang arif pasal post-punk sebenarnya.

runut kehidupan

tidak dilupakan juga Count Bassie,Benny Goodman dan juga Sun Ra..saya suka :)
thanks encik sebab melawat dan linkkan blog saya.Ini yang membuatkan saya bertambah rajin nih untuk mengemaskinikan blog tersebut...tungguuu! :)

Bob Dyldo

Aku setuju yang John Zorn tu giler. Die ade satu band jugak - Painkiller, collaborate ngan Mick Harris from Napalm Death, ingat tak???

nerdfreak

mungkin saya kurang peka.. tapi blues? sudahkah dirangkum topik mengenai blues?

Melayu Minimalis

nerdfreak-
blues belum lagi. mungkin nanti. tapi aku kurang arif tentang blues..

just like the disclaimer, i only write what i know about... :)

Tanpa Nama

Aku suke Buckethead. Aper pendapat anda tentang dier?

penanya

aku ada membaca tentang protokol Yahudi dan mereka menyebut "selain arak kita boleh menawan mereka(american) dgn muzik kita(jazz)"
tapi g maposlah...
sedap kot jazz...

Liyana

I agree seratus peratus.
when they think of jazz, they think of those lounge-hotel-kenny g-wedding songs.
mmg tk fhm..