Rabu, April 30, 2008

Tafsiran Kokokaina.



Selain dari Gisele Bundchen, Kate Moss, David Beckham dan Oprah Winfrey, salah seorang pembaca tetap blog ini yang paling terkenal ialah Kokokaina. Akibat kesalahan maklumat yang amat memalukan kredibilit ketika menulis nukilan ini, Kokokaina telah bermurah hati berjumpa dengan aku sendiri tanpa peguam, pengurus, make-up artist dan pembantu peribadinya (gurau sahaja, ok?) untuk memperbetulkan fakta-fakta serong yang telah aku siarkan di sini.

1. Bukan Penduduk Kelana Jaya.
Dia seorang perempuan, yang tinggal di Ampang. Adakah ini menjadikan dia seorang Perempuan Ampang? Mungkin. Tetapi Perempuan Ampang tak pandai main gitar.

2. Bukan Jack Johnson, tapi Patrick Keeler.
Dia belum pernah berjumpa Jack Johnson lagi, sebaliknya, syarikat pengurusan Monotone Management dari Hollywood dan pemain drum dari band The Raconteurs, Patrick Keeler yang 'menjumpai' dia di Youtube. Jadi bukan sahaja dia di bawah naungan syarikat rakaman Jack Johnson, tetapi akibat Patrick Keeler, Kokokaina juga ada kaitan dengan Jack White, yang dari kumpulan The White Stripes, yang bernaung di bawah Monotone Management dan juga seorang ahli The Raconteurs. Syabas!

3. Bukan Kokokaina.
Nama sebenarnya bukan Siti Koko bt Abdul Kaina.

4. Bukan sambal tumis ikan bilis.
Tetapi Laksa Sarawak/Mi Kolok.

5. Pengguna komputer Macintosh.
Ini membuktikan hanya pengguna-pengguna Mac yang akan berjaya. Maaf, John, kamu tidak layak lagi. Arif pun dah beli Macbook tau!

6. Bukan UiTM.
Banyak blog-blog lain yang tidak diiktiraf dan tidak sahih mengatakan Kokokaina seorang pelajar UiTM. Tidak tepat. Jika ada perempuan lain yang mengaku Kokokaina di mana-mana cawangan UiTM di Malaysia, perempuan itu penipu. Tetapi kalau dia comel, sila tinggalkan alamat e-mel di sini.

"Aku Tak Peduli: Hanya Maklumat Ekslusif dan Terkini Untuk Kamu Semua."

Bu-wek.

Suntingan -
Ada salah lagi. Sorry Kokokaina! Pembetulan sudah dibuat :)

7 orang ada pendapat sendiri:

John Hafiz

Wei orang tua kasut putih, boleh tak kau tgk gambar baru aku tu dekat2?

Melayu Minimalis

Kaya la kau.
Jeles.

John Hafiz

Itu tak penting. Yang penting, itu Mac.

Tanpa Nama

ala.. xde ke gamba kokokaina? maksud aku gambar muka dia

broken_nigina

"siti koko bt abdul kaina"
:lol;

Tipu Tapi Benar (TTB)

Perempuan Ampang mungkin boleh main guitar, tapi hanya Kokokaina boleh main ukelele...

nerdfreak

tidak ku peduli andai walau namanya sharifah ukokbudaylah sheik marhem skali pun... yang ku peduli dia berbakat dan sesuai dgn halwa telinga. kehadapan pemblog² yg dihormati skalian, dimana boleh saya tau senarai tarikh persembahan kokokaina ni? terima kasih