Aku Hanya Menunggu Penggusti Terunggul Melayu.
Aku akui aku bukan lelaki tipikal. Aku tidak minat menonton bola. main futsal, borak pasal mekap kereta atau bertukar-tukar cerita tentang 'jajahan-jajahan' peribadi dan sebagainya. Aku memang tidak ramai kawan lelaki pun, dan ramai kawan-kawan rapat aku ialah perempuan. Dan jika aku melepak bersama kawan-kawan lelaki pun, aku akan pastikan perkataan-perkataan 'Arsenal', 'Sportsbarn', 'spoiler kereta' dan 'cipap' tidak wujud di dalam perbualan. Perbualan biasa antara rakan-rakan selalunya akan melibatkan perkataan 'perlakuran jisim', 'halaju maksima', 'large hadron collider' dan 'MILF - Moro Islamic Liberation Front'.
Tetapi di dalam banyak-banyak benda tipikal (lelaki Melayu) yang aku perhatikan, ada satu yang aku suka. Gusti. Gusti berjeli wanita berbikini memang sudah pasti, tetapi apa yang aku ingin ceritakan di sini ialah tentang gusti yang digemari pakcik-pakcik geram di warung-warung tomyam tepi jalan. (Fenomena menyiarkan gusti di restoran makan sekarang sudah merundum, mungkin akibat monopoli Astro. Agak sedih jika difikirkan.) Apa-apa pun aku minat gusti, tetapi bukan sampai tahap kegeraman fizikal yang biasa ditunjukkan oleh pakcik-pakcik peminat gusti. Pakcik-pakcik yang suka menggenggam buku lima dan menumbuk-numbuk tapak tangan, dan menghentak-hentak kaki seolah-olah dia sendiri yang sedang bergusti.
Aku mula minati gusti selepas aktif menyewa pita video dari pusat video berdekatan rumah ketika berumur 12 tahun. Sudah tentu pita-pita gusti disewa bersama pita-pita filem artistik yang biasanya menampakkan puting dan punggung wanita. Akibat amalan cover line ini, aku memang arif tentang gusti, mungkin sampai sekarang. Kiranya memang aku telah lama mengikuti perkembangan gusti, dari zaman-zaman WWF (sebelum digelar WWE sekarang), NWA, WCW dan NCW. Dari zaman Jimmy 'Superfly' Snuka, Paul Orndorf, George 'The Animal' Steele ke zaman Hulk Hogan, Ultimate Warrior, The Iron Sheik dan 'Macho Man' Randy Savage ke zaman Triple H, The Undertaker dan Kurt Angle.
Dan sudah tentu tiap-tiap ahli gusti ini ada gimik masing-masing, berdasarkan jalan cerita yang disogokkan ketika itu. Salah satu gimik yang popular ialah gimik tentang kaum dan kewarganegaraan, seperti gimik Arab The Iron Sheik, gimik USSR Nikolai Volkoff, gimik Jepun Mr Fuji dan Yokozuna, gimik Lucha Libre Rey Mysterio dan macam-macam lagi.
Tetapi sampai sekarang tiada ahli gusti bergimik Melayu.
Kamu rasalah kan, kalau ada gimik Melayu, bagaimana agaknya watak dan imej ahli gusti tersebut? Kalau aku Vince McMahon dan aku pemilik besar WWE, aku akan perkenalkan watak 'Rempit'. Ring entrace (atau cara masuk ke gelanggang) mudah sahaja. Mula-mula akan kedengaran bunyi enjin motorsikal 110CC ditekan habis, dan sudah tentu akan masuk lagu 'Kerana Aku Masih Ingat' dendangan Dragon Red. (Dunia gusti adalah satu-satunya tempat di mana genre lagu nu-metal masih popular.) Selepas itu akan muncul ahli gusti kita dari belakang tabir, menunggang motor Yamaha Nuovo dengan megahnya, dengan lampu depan terpasang. (Sebab memang itu undang-undang jalanraya kita pun.) Rempit kemudiannya akan memecut motosikal hingga kelajuan 110km/j ke arah gelanggang, sudah tentu dengan aksi Supermannya, iaitu baring di atas tempat duduk, kaki tegak ke belakang. Sebaik sahaja sampai di kawasan gelanggang Rempit tidak akan memperlahankan motosikalnya, sebaliknya akan terus melanggar tepi gelanggang dan akan menggelongsor dengan mudahnya dengan cara Superman ke dalam gelanggang.
Imejnya mudah sahaja, seluar jeans dengan but gusti yang diubah seakan-akan kasut but Timberland, dengan kemeja lengan pendek yang dimasukkan ke dalam seluar dan jaket yang dipakai terbalik, iaitu bahagian belakang akan dipakai di depan. Sudah tentu satu arena akan gamat ketika Rempit menanggalkan helmet putih jenama Shoei beliau, yang akan menampakkan rambut yang disikat ke belakang dengan rapi menggunakan Tancho dan rambut berekor berminyak ala-ala 'Padawan' di hujung tengkok. Klimaks ring entrance berlaku bila Rempit menanggalkan cermin mata gelap Rayban Aviatorsnya dan satu arena akan mula boo kuat-kuat. (Rempit mestilah watak 'heel', dan bukan 'face'!)
Antara gerakan-gerakan yang boleh dijadikan identiti Rempit ialah 'Skodeng', iaitu tujahan padu menggunakan jari ke mata lawan, 'Pertama Complex Suplex' iaitu gerakan suplex bersahaja ala santai dan gerakan penyudah 'Rempuh Roadblock' yang melibatkan Rempit mengenakan helmet dan menggunakan motorsikal untuk merempuh ke arah lawan sampai 3-count.
(Bodohlah rumah tak ada Internet.)
Apabila sudah menang babak ring exit semestinya harus dilakukan sebegini.
64 orang ada pendapat sendiri:
masa kekecik dulu aku paling takut bila tgk the undertaker nyer gimik..
lol
skang da x layan dah..
too many drama!! ngeh..
Rempit manade pakai Nouvo daaaa. Susah nak wheelie.
dulu pernah layan wwf sekejap. dan sampai sekarang pelik macam mana boleh layan.
Ultimate Warrior, 'Macho Man' Randy Savage. Classic!
Sorang lagi. Razor Ramon. Gile macho ini orang.
honky tonk man gak yang best ... selamba jer belasah orang dengan guitar ... hidup elvis
saya nak cadangkan lagu masuk gelanggang yang lain.
Memburu Impian yang Faizal Hussein nyanyi tu.
Aku dah terbayang dah gaya nak bakar2 opponent dengan kata2 mencabar..camera focus kat dia...pastu cam nak hentak2 penemuramah dengan helmet...
WWF best gila ! dengan aksi Rikishi dan bontotnya andand style Scotty too hotty lepas tu scandal between Stephanie mcmahon dgn kurt angle.
wahhhh.. memories.
haha weh helmet shoei xmain dah la skang..
rempit lg suka jenama bogo..
lg sng nak pecah kepala kalau eksiden
alamak perenggan pertama kau x ley blah
bagi aku brotherhood sesama laki lagi mulia
dan dari pemerhatian aku....laki yg ramai geng perempuan ialah all show but no go
siggplus..ko ni tak rempit langsung la..bogo tu bukan helmet la..tu visor helmet je.. lagi satu..mat rempit mana mampu beli shoei..shoei tu sama harga ngan motor diorang..
Minyak 'tancho' yg ko tulis tu mmg klasik! aku rase mat rempit skrg pon tatau 'tancho' tu ape..haha
ko lupe add bab pakaian 'rempit'..baju belang melintang line besar-besar, 'tuck in' and cerut tali pinggang..seluar jeans mesti senteng..kasut samade nike shoxx atau timber..paling penting!!! --> pouch melintang di sisi badan..by theway,masa pakai helmet..ekor rambut keluar kt belakang..hahaha :P
hampeh btol!
hmm..aku rase..ape kata 'gusti'man ala malaysia tu campak helmet je kat penonton..ala-ala braveheart cempak spek itam kat crowd..ok ke?
perenggan pertama tu sebijik macam aku tapi ayat terakhir tu lain. aku pon layan gusti, dari aku umur 1 selalu layan atuk aku tengok wwf. ko patut buat observation geng2 gen2, atau neo juga, diorang ni scene terbaru di malaysia yg lebih hebat lagi berbanding rempit. kalau nak klasik sket, geng wira-bikin-jadi-evo3
haha mn aku tau..
aku lupa ada 1 helmet tu rempit suka pakai..
yang nipis mcm tembikai tu..
skrg hot gila rempit bnyk pakai
aku cadangkan salurkan aja rempit2 nih bantuan kewangan untuk jadi penggusti, aman jalanraya kita nanti..
haha~
aku rasa baik kita hantar Spark (lakonan zulhilmi dalam Rem-it) jadi ahli gusti.
dia punya signature move menari nari kemudian sepak kaki orang.
kewl gila!!
ya saya peduli kerna itu blog km sudah sy link-kan di blog saya. haha
saya d sini:http://frusttrust26.blogspot.com/
yeap. wwe sekarang banyak gimik. kalau nak tengok yang real fight beli yang event version punya. (summersault, no way out, hell in a cell)
itu semua terbaik.
You've nailed it man.
Gerakan penyudah rempuh roadblock. Darn funny.
Sarkasma kau memang genius.
yey dah tau siapa sebenarnyer melayu minimalis.. huhu..
lelaki berkaca mata + perempuan kurus cantik bermata kelabu + kasut putih.. hehe
BTW.. suke baca ur blog..
Motosikal 'Rempit' semestinya dari jenis 2 lejang yang ada clutch kerana ini sudah disahkan oleh seorang perempit. Motosikal otomatik atau 4 lejang tidak dikira motosikal rempit!
Tagline 'Rempit' : "CELAKA LU BAI!" (waktu menympah musuh), dan "AMBIK KAU" (waktu buat suplex)!
Eksesori : Selain dari topi keledar, eksesori Rempit erdiri dari eksos mtosikal, spanar boleh laras dan juga rantai moto bersama mangga.
Gerakan maut : WIKANG - lebih kurang macam Backbreaker submission lah.
Apapun, zaman terbaik gusti bagi saya adalah pada zaman Extreme Championship Wrestling (sebelum diserap WWE) dimana Sabu adalah kuasa utamanya! Gusti Harcore terbaeek dari ladang gua cakap lu!
MM...y not ko borak pasal 'SHUFFLE' kat local scene skrg ni..? shuffle ni interesting..but culture nye sepaham aku dah lama? zaman Mr.Os ngn movie 'sikit puye gile' pon aku dh tgk ade org shuffle dlm cerite-cerite tu..aku rase, kalo ko bleh elaborate lg menarik! hehehe :P
hahaha sis! kalau ada ahli gusti versi melayu. dia mungkin akan pakai tengkolok atau bersongkok tanpa baju dengan spender diluar. lalu orang2 melayu di malaysia akan mengatakan bahawa ia adalah tindakan pihak kafir untuk menjatuhkan imej melayu dan islam. hahahah bodohla diaorang hahahaha
hahaha sis! kalau ada ahli gusti versi melayu. dia mungkin akan pakai tengkolok atau bersongkok tanpa baju dengan spender diluar. lalu orang2 melayu di malaysia akan mengatakan bahawa ia adalah tindakan pihak kafir untuk menjatuhkan imej melayu dan islam. hahahah bodohla diaorang hahahaha
Dulu boleh la layan. tapi skang siap ada kawin-kawin pulak atas ring.apa cite. terus rasa mengong kepala
what about penggusti blogger?
rasa diri konon lain dari yang lain, byk ilmu dan semestinya emo :)
pakai topeng? wajib, kerna harus menyembunyikan wajah, misteri katanya hehe
MM :'what about penggusti blogger?"
Piah Zadora ngan Hansac? Dah kira macam Hell in The Cell dah diaorang ni..
yang pastinya, semua wrestling fans tau its all an act tapi kita tetap tengok and sokong gegila. drama dia makin ridiculous and outrageous.
tolong la MM, aku mau lihat karakter fantasi ahli gusti melayu versi 2 ngkau. Hhahaha Pertama Complex Suplex? hahahaha
wah, kalau kat sekolah rendah dulu nak gaduh jer sorang jadi The Rock sorang jadi Stone Cold. sorang lag jadi reff. kantoi ngn cikgu, ngn penonton sekali kene sebat!
asal ko asik tulis pasal melayu je eh, balik2 list melayu tuh lah melayu nie lah.dah bosan lah..sorry kalau terasa.pis
biasanya pompuan yang suka gusti..lum tengok lagik mak aku layan gusti cemana.. hehhehehe... tahniah utk ko lah gakz ko minat gusti..ku ingat bile bola ko tak suke pebende pun ko tak suke aku dah mula ragu ngan jantina nko..
kaylah... tuh jerlah komen perkenalan aku.. aku suke lah kat lu..gua follow lu lah.
selalu 'terpaksa' teman arwah tengok gusti.
tak ingat nama apa, yang dulu2 p gelanggang bawak kemenyan semua cukup tu.
"Melalak berkata...
asal ko asik tulis pasal melayu je eh, balik2 list melayu tuh lah melayu nie lah.dah bosan lah..sorry kalau terasa.pis"
Aku ada dikit bersetuju dengan komen kamu kerna kontradik dgn tajuknya melayu minimalis. Melayu itu bukan kah bangsa buatan dan gak pernah wujud?
melayu tu buatan? nak kene penumbok ke apa?
" Malays are a group of people who decided hundreds of years ago to become a race because they were living in the same place."
http://amirhafizi.blogspot.com/2008/11/degeneration-m-mahamania-rules-forever.html
Melayu itu subjektif, macam mana nak ukur seseorang itu melayu? aku tak suka juga dengan perkataan melayu, bila wujudnya bangsa ini, semangat berpuak puak akan lahir, adakah ini sesuatu yang baik? encik tanpa nama sila gunakan akal sebelum berasa ingin menumbuk manusia lain ya..semua pendapat ini subjektif, terpulang kepada individu itu untuk menilai dengan menggunakan akal yang dikurniakan oleh tuhan
Tanpanama mengkritik tanpanama...ahahhaha...apalagi...bukak muzik masuk 'ring' la. MM reff...
sucks tu be u...i have roots...and my roots is malay....and proud of it
ok, aku nak tanya kau satu saja, kau nak kategorikan Nabi Adam sebagai bangsa apa? aku rasa kau adalah seorang ahli /// hahaha
Kalau aksi gusti dgn gimik melayu, ahli2 gusti kena pakai make up tebal2 dgn mimik muka yang jahat cm dlm cter2 mlayu yg slalu ditayang kt dlm t.v3 mse ptg2 tu.
ehe..:p
kalau ada la ahli gusti melayu.............
sapa yang akan menjadi org pertama....
disebabkan aku bosan dan malas menulis nukilan baru apa kata aku layan pengkomen Tanpa Nama semua ni. baru gusti internet.
@Tanpa Nama 08:10
so? apa masalah kamu? aku pukul dengan kerusi lipat kang!
@Melalak
kalau bosan buat blog sendiri. Aku Melayu, tulis pasal Melayu la, takkan aku nak tulis pasal orang Eskimo? kamu nak baca pasal ahli gusti Eskimo ke? libas dengan rantai besi kang!
ha weh ape ko tulis pasal asal-usul melayu ni dari mane sebab aku rasa perkara ni subjektif..
ikutkan ramai melayu datang dari kepulauan indonesia..jawa,minang,bugis etc. ada juga dari selatan thailand Parameswara pun asal Palembang sana. Adakah Melayu = orang Indo,haha.
Sama macam Amerika. Walaupun term Americans tapi ikutkan asal-usul banyak dari Italy, Ireland etc.
Nak ikutkan Melayu betul2 "pure" asal tanah melayu tu orang asli..hehe
Adei..biarla MM tulis pasal melayu tu hape ke ape ke..dah nama blog die pon 'aku tak peduli'..everyone ade pendapat masing-masing..pe kata korg yg mengkomen tu buat blog sendri and debate pasalasal-usul melayu..itupon kalo ko tau 'roots' yg betul..
setahu aku mengikut rujukan Universiti Malaya..Melayu tu bukan bangsa, melayu tu adalah wujud dr sekumpulan atau pon rumpun..Rumpun Melayu wujud di kepulauan Melayu..Kupulauan Melayu adalah dr Segenting Kra di Thailand ,merentasi Malaysia, Indonesia, Singapura sampai ke kepulauan Sulu di Filipina. Di Bawah rumpun Kepulauan Melayu,terdapat banyak sub-bangsa lain..termasuk Jawa,Bugis,Batak,Moro, dan lain-lain..tu pasal bahasa yg digunakan mcm di Indon,Thai,Tagalog kebanyakan nya masih ade perkataan yg persamaan dgn Bahasa Melayu iaitu Bahasa Rumpun..org asli bukan bangsa asli,mereka adalah 'masyarakat kelompok org asli'..
So ni rough point yg aku dptkan..kalo nak debate lg..korg bukak laa blog lain..hehehe :P
btol gak tuh..ade gak bahasa tagalog aku denga macam bahasa melayu..maksud pon sama..haha
aku tersenyum mengimaginasikan MM memukul Tanpa Nama dengan kerusi lipat.
ive been followed your blog last month kan after discover ana nye blog. Setiap blog femes yang disinggah mesti ade sebut nama MM.
and i have no doubt to look at it. well i hafto sokong melalak then i guess
ape kata MM ulas pulak kebaikan melayu.ok tak?
x kesah lah sejarah melayu macamna yang penting kita semua org melayu..isnt very good if keep on condemning kan..hehe.
see i gave u my honest comment dan yang penting saya bukan ANONYMOUS.heheh.
:)
Handicap match:
MM versus Tanpa Nama & Melalak untuk kejuarana Gusti Ganas Blog (GGB)!
o.1 MM masuk gelanggang dengan diiringi lagu dari Discordance Axis.
0.2 Tanpa Nama dan Melalak masuk gelanggang diiringi dengan lagu XPDC - Bahalol
1 - Sebaik sahaja Tanpa Nama dan Melalak naik gelanggang, MM terus pukul Tanpa Nama dengan kerusi lipat dan libas Melalak dengan rantai besi
2 - ???
ini gile kelakar lah..
haha..
baik la ko punyer idea..
hahahahahaha
Ughh.. get a LIFE..
Ughh.. get a LIFE..
Melayu selalu digula-gulakan dengan benda yang cun melecun je..yg cantik je! semua nye elok..semua nye nak elok depan mata org..semua nye 'MEMPEDULIKAN KATA ORANG'..'JAGA TEPI KAIN ORANG' its time for this guy like MM to shout what we might never think what we might have done in the past..supaya benda yg buruk or kebodohan tu sendiri boleh diperbetulkan..
support MM! yeah!
2. Tiba tiba Tanpa Nama melakukan Backhand chop kepaa MM. MM tersentak.
i have no problem with MM...my intention is towards some people here....your comment as if i may quote..."malu nak mengaku melayu?"...thats why i retiliate with 8:10
well my intention were good
asal yang lain nak berkompang pulak ni?
anonymous pun still manusia ; P
3 - Tiba-tiba Tanpa Nama merampas kerusi lipat dari MM yang tersentak akibat Backhand Chop tadi lalu melompat ke arah penonton-penonton yang menyokong MM dan menghempas kerusi lipat itu ke badan penonton2 tersebut. ;-)
chill everybody.
"opinion is like an assholes everyone has one"
betul dok? :)
btw MM mmg rock in his own way.:)
u can tell thats MM writing.
keep up cek MM.:)
cam m&m lak.:)
btw, appoint to Moro&, tak semua Melayu macam tu lah.
Its just a foundation of assumption.
Its an essentialist comment.
Macam kita cakap semua org india berbau and semua china makan babi while theyre not.not all.
Macam you kata semua mempedulikan kate org and jaga tepi kain org. r u one of em? of course u akan marah cakap yang ure not kan.
so i thnk nowadays keterbukaan lebih diterima. More like peduli lah ape org nk kate.
anyways, bukan semua je melayu macam tuh, cina pon india pon.
so better if cakap as a whole like Malaysian.kan?
is just my opinion, jagn maraa.:)
*pjgnyeeeee..weeee
malaysian..typical malaysian..besala tu..
aku minat jeff hardy dan nyaris2 pegi tempah suar hitam poket tepi sebijik macam jeff hardy...
kawan aku lagi cepat..dia dah tempah dulu..
memories..
semua orang india memang ada BO..tak percaya tanya Russell Peters..hehe
"woi!ang nak pi berkelah depan TV ka?lalu sikit, orang nak tengok gusti!"
"tumbuk.aaa.lanyak.lanyak."
opah dan nenek di kampung.;D
i used to like lita back when she had no tits. i think i was in form 1 at that time. damn trash. kelakar gila.
@shuz
me too!!!! i thought she was sexier then.
@munky itu hanjeng
seluar jeff hardy? HAHAHAHAHAHA!! aku pun tak teruk camtu.
@N for Nadirah
thanks!
kadang2 aku pun terasa imej rempit ni perlu dikomersialkan di tahap antarabangsa. bagus MM kerana memberi idea sebagai imej penggusti melayu pertama.
aku pun minat gusti
Catat Ulasan