Memaparkan catatan dengan label youtube. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label youtube. Papar semua catatan

Khamis, Mac 19, 2009

Perang Besar Malam Ini.





Battles.

Ahad, Mac 15, 2009

Rock 'n' Roll.



Tergolek bapak.

Jumaat, Mac 13, 2009

Masyuk.



Little Boots guna Tenori-On main lagu Hot Chip. (Dicilok dari hipsterrunoff.com)

Bila orang Melayu boleh buat camni?

Khamis, Mac 12, 2009

Siapa Mahu Pepaku Sembilan Inci?

Memang sah.

Salah satu kugiran kegemaran aku, Nine Inch Nails, akan berkunjung ke Singapura tanggal 10 Ogos ini.

Aku masih ingat lagi, sebagai remaja yang mudah terpengaruh, aku telah terjerumus ke dalam kancah muzik industrial. Bermulalah zaman berpakaian serba hitam, memakai jaket plastik berkilat dan mula-mula berkecimpung dengan muzik yang boleh dikatakan ganas. Ya, bermula dengan Nine Inch Nails (terima kasih kepada seorang rakan karib yang mula-mulanya meminjamkan kepada aku CD 'Broken'nya.) dan kemudiannya Ministry, Skinny Puppy dan KMFDM, muzik industrial merupakan pengenalan kepada aku tentang dunia muzik yang lebih luas dari apa yang aku dapat dengar dari radio dan tonton di dalam televisyen.

(Ingat, ini zaman pra-Internet. Memang susah untuk mencari bahan muzik merata-rata.)

Hinggakan aku hampir-hampir membeli seluar jeans kulit selepas menonton video di bawah—



Nasib baik aku tak beli. Apa-apa pun layan video-video di bawah ini. Yang pertama ialah gandingan Nine Inch Nails dan The Dillinger Escape Plan, dan yang kedua ialah video muzik terakhir karya seniman agung Johnny Cash sebelum meninggal dunia.



Selasa, Mac 10, 2009

Mari Kena Sawan Beramai-Ramai.



(Amaran: Boleh menyebabkan sawan babi.)

Ahad, Mac 08, 2009

Meriah Sungguh Gereja Orang Putih.

Aku Jadi Selektaaaah!







Layan!

Isnin, Mac 02, 2009

Nukilan Tanpa Nukilan Sebenar.



Cuba cari bahagian 'terlalu keterlaluan'.

Isnin, Februari 16, 2009

Untuk Peminat-Peminat Kucing Semua.

Maaf, belum ada porno lagi.

Jumaat, Januari 30, 2009

Jontot Akal Sepenuhnya! (Total Mindfuck.)



Radiohead - Creep



Oasis - Wonderwall

Kalau kamu nak tahu, lagu-lagu ini diolahkan semula melalui perisian Microsoft Songsmith. Rabak, dol! (Dicilok dari Pitchfork)

(Suntingan 1) Sebelum komen sila baca laporan ini.

Khamis, Januari 29, 2009

Selepas Dokumentari 'Helvetica' Sila Tonton Ini.



Objectified.

Rabu, Januari 21, 2009

Malam Ini.



Segalanya bakal berubah malam ini.

Rabu, Januari 14, 2009

Lagu Hari Ini 10.



Whitest Boy Alive—Burning

So many people telling me one way
So many people telling me to stay
Never had time to have my mind made up
Caught in a motion that I don't wanna stop

So many people telling me one way
So many people telling me to stay
Never had time to have my mind made up
Caught in a motion that I don't wanna stop

So many people telling me one way
So many people telling me to stay
Never had time to have my mind made up
Caught in a motion that I don't wanna stop

So many people telling me one way
So many people telling me to stay
Never had time to have my mind made up
Caught in a motion that I don't wanna stop
That I don't wanna stop
That I don't wanna stop

Lagu Hari Ini 9.



Kings Of Convenience—Weight Of My Words

There are very many things,
I would like to say to you,
but i've lost my way,
and I've lost my words.

There are very many places,
I would like to go,
but I can't find the key,
to open my door.

The weight of my words-
you can't feel it anymore.
The weight of my words-
you can't feel it anymore.

There are very many ways,
I would like to break the spell,
you've cast upon me.
Because all the time I sacrificed myself,
to make you want me,
has made you hant me.

The weight of my words,
you can't feel it anymore...

Maaf, mungkin tiada nukilan seperti biasa untuk seketika.

Isnin, Januari 12, 2009

Cara Seksa Kucing.

Ahad, Januari 11, 2009

Kadangkala Kita Pandang Mudah Perkara Yang Kita Patut Hargai.



Jadi kesimpulannya begini.

Enam bulan yang kebelakangan ini memang satu tempoh yang banyak perubahan bagi aku. Banyak perkara yang aku telah lalui, baik yang bagus mahupun yang buruk, dan memang merupakan pengalaman yang berguna untuk aku.

Tetapi ada kalanya benak hati kita sudah pun terukir dengan sesuatu, mungkin akibat pengalaman buruk yang lalu, sehinggakan memang amat sukar untuk kita menidakkan sesuatu yang terang-benderang di depan mata.

Seyakin manapun kita katakan pada diri sendiri yang kita sudah bersedia, kita sudah berubah, kita mampu untuk melakukan segalanya, tetapi sedikit demi sedikit, realiti yang menyusul mungkin bukan sesuatu yang kita mampu hadapi dengan mudah. Dan kita pun tahu, tidak semestinya yang lain akan faham apa yang kita lalui, dan mungkin sebab kita tidak berusaha untuk menerangkannya pun. (Mungkin tidak perlu pun.)

Sesukar mana pun, kita tidak boleh endahkan, kita tidak mampu untuk meninggalkan gurisan-gurisan yang hanya akan memusnahkan diri kita, sebab gurisan itu mampu melukakan. Dan luka itu sesuatu yang amat sakit, kita tahu.

Tetapi semua yang luka boleh sembuh. Tetapi penyembuhan perlukan masa.

Jadi apa kata kita lihat sahaja, pelajari apa yang patut, dan mana tahu, luka itu akan sembuh akhirnya. Aku pasti ianya akan sembuh. Jangan gopoh sebelum luka itu sembuh, sebab ianya akan memburukkan keadaan.

Terima kasih kerana bersabar. Mana tahu, kesabaran itu mungkin akan mendatangkan hasil akhirnya.

Jumaat, Januari 09, 2009

Cara-Cara Promosi Album Yang Aku Yakin Tidak Akan Wujud Di Malaysia.



Baguslah Asuka Sawamoto ni.

Rabu, Januari 07, 2009

Kamu Mahu Hip-Hop? Aku Bagi Kamu Hip-Hop!



Lupakan semua hip-hop bling dan dengar Edan.

Sabtu, Disember 27, 2008

Trend Terhangat 2008.

Sudah hampir setahun aku menulis nukilan tentang Trend Terhangat 2007, dan sekarang tiba masanya untuk aku tuliskan apa yang hangat pada tahun yang lalu ini. Mungkin tekaan-tekaan aku banyak meleset, tetapi apa-apa pun memang dijangka, sebab aku bukan Nostradamus pun. Apa-apa pun kali ini mungkin pendapat yang lebih serius sedikit, kalau serius sangat dan kamu tak boleh terima sila tonton saluran Astro Ceria.

1. Evolusi Budaya Indie Kepada Budaya Neo-Rempit.
Hip-hop pernah mencuba dahulu, dengan berleluasanya pemakaian kasut jenama Timberland di kalangan peminat-peminat sukan bermotor kuasa rendah, tetapi nampaknya budaya indie (yang definisinya telah pun disongsangkan untuk kesesuaian tempatan) yang lebih berjaya menepati citarasa golongan ini. Lihat sahaja kedai Topman di hujung minggu, penuh dengan budak-budak berpeluh dan comot akibat menaiki motosikal keliling Lembah Kelang (mungkin juga Seremban) yang berpusu-pusu untuk membeli kemeja-T separa mahal. Lihatlah juga mana-mana gig besar-besaran di Lembah Kelang (seperti konsert Rock The World tempohari) dan aku jamin ramai dari mereka ini merupakan mereka yang berkembang dari kelompok-kelompok Mat Rempit.

Secara tidak langsung aku mengaku ini mungkin merupakan perubahan yang amat menggalakkan, tetapi pada masa yang sama mungkin menjadi duri dalam daging bagi golongan yang mula-mula memupuk budaya ini di dalam minda mereka, iaitu golongan Innovators atau Pelopor. (Lihat bawah)

2. Kelajuan Pemindahan Maklumat Menjadi Semakin Ketara.
Segala apa yang berkait dengan budaya popular (atau pop culture) nampaknya semakin mudah, walaupun mungkin sejak kebelakangan ini terdapat kekurangan golongan yang boleh dianggap Pelopor.



Dengan keberkesanan Internet sebagai medium carigali maklumat dan semakin mudahnya bagi sesiapa untuk mendapatkan perkhidmatan Internet bermakna pergerakan trend tempatan akan menjadi semakin laju. Akibatnya akan menjadi lebih sukar untuk seseorang itu untuk kekal sebagai seorang individu yang unik dan beridentiti sendiri. Jika kita lihat di rajah atas, kategori tahap inovasi boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama, Pelopor (2.5% dari masyarakat), Pengikut Terawal (13.5%), Majoriti Awal (34%), Majoriti Lambat (34%) dan Ketinggalan Zaman (16%). Budaya indie misalnya, sekarang mungkin berada di tahap Majoriti Lambat (jika kita lihat pengaruhnya di dalam budaya Neo-Rempit sekarang) dan fasa Ketinggalan Zaman akan bermula di ketika kita dapat melihat Mawi tiba-tiba memakai seluar jeans skinny dan kemeja-t berslogan 'Saya Jiwa Kosong' dan menyanyikan lagu 'Rantai Rasa' di saluran Astro Awani.

Aku harap dengan kelajuan pemindahan maklumat ini Kuala Lumpur akhirnya akan berjaya mengatasi Bangkok dan Singapura sebagai trend mecca (dari segi muzik, fesyen, idealogi) di rantau ini dan mungkin menjadi setanding Hong Kong atau mungkin Jepun! Tidak mustahil. Apa yang kita perlu lakukan ialah untuk melahirkan lebih ramai lagi golongan Pelopor.

3. Penerimaan Lebih Meluas Muzik Tempatan (Yang Bukan Mawi/Siti).
Atas sebab-sebab yang sama di atas kita akhirnya dapat melihat karyawan-karyawan muzik yang berjaya mengenengahkan muzik-muzik karya mereka sendiri yang bukan dijanakan di dalam kilang-kilang konglomerat Mahaguru Muzik kita. Aku betul-betul bangga dengan perkembangan ini, dan jika dilihat dari publisiti (yang biasanya buruk) tentang pemuzik-pemuzik generasi baru kita dari media kita, masyarakat secara amnya sudah menerima hakikat yang ada banyak pemuzik bagus di kalangan kita. Cuma aku kasihan melihatkan sesetengah pihak media yang masih tersangkut di takuk lama, yang masih berasaskan berita sensasi selebriti tanpa kredibilit yang cuba diaplikasikannya kepada generasi baru pemuzik-pemuzik ini.

Nasib baik ada Internet.

4. Kejatuhan Pengaruh Media Massa Conventional.
Sekarang ini zaman penulis blog boleh menang pilihanraya. Dan zaman maklumat boleh diperolehi dengan mudah dengan menekan satu butang.

Aku rasa kematangan pemikiran pembaca akan datang secara beransur-ansur. Kematangan untuk menilai mana yang baik dan buruk, mana yang benar atau tipu. Dan aku rasa dengan lebih kebebasan media (yang tidak tertakluk kepada mana undang-undang berunsur sekatan) rakyat hanya akan boleh untung. Sebagai contoh lihat sahaja blog ini, dan ulasan-ulasan yang diberikan oleh kamu semua. Aku rasa pembaca sendiri boleh menilai tahap kematangan pembaca berdasarkan komen yang diberikan, bukan sahaja dari segi kematangan pemikiran, juga kematangan untuk menilai penulisan aku berdasarkan apa yang aku tulis selama ini.

Juga lihat hasil-hasil penulisan penulis-penulis kita. Walaupun masih ramai yang berasaskan penulisan sensasi, tetapi tahun ini telah muncul banyak penerbitan yang menyoal kedudukan kita sebagai masyarakat, dan persoalan-persoalan genting yang hanya akan muncul di dalam masyarakat pasca-penjajahan yang matang. Walaupun masih wujud pengharaman itu dan ini, tetapi dengan menularnya penerimaan penulisan-penulisan yang subjektif dan kesedaran tentang tahap kematangan diri, aku rasa masyarakat kita secara amnya hanya akan berkembang kesedarannya.

Walaupun ini tidak bermakna yang pihak berkuasa akan menghentikan polisi-polisi yang diamalnya dari dulu sampai sekarang, tetapi sekurang-kurangnya sekarang jumlah mereka yang mempersoalkannya dan memahaminya akan bertambah, yang sedikit sebanyak mendorong kita untuk menjadi lebih kreatif di dalam pemikiran.

Sekali lagi, nasib baik ada Internet.

5. Perlaksanaan Doktrin Kejutan.
Sebagaimana penulisan Naomi Klein di dalam bukunya 'Shock Doctrine' (sila baca sendiri ya?) kegawatan ekonomi dunia sekarang menyebabkan banyak polisi-polisi drastik tidak masuk akal dilaksanakan. Dari sudut tempatan, peningkatan (dan seterusnya penurunan) harga petrol mengejutkan ramai pihak, walaupun sekarang lebih ramai yang asyik dengan hal tanah runtuh (dan tindakan susulan yang muncul selepasnya), dan senaman yoga sebelumnya. Kalau dilihat dari segi sosiologi memang tidak mengejutkan pun. Cuma di masyarakat kita lebih banyak perlaksanaan 'penumpuan perhatian' ke pada perkara-perkara lain (seperti siaran langsung perkahwinan selebriti) agar kita tidak panik dan lalai serta kurang tumpuan kepada perkara-perkara yang sepatutnya lebih penting dan patut didahulukan. Selama ini mungkin proses ini berkesan, tetapi seharusnya kematangan itu disertakan bersama dengan kemahuan untuk mencari maklumat tentang perkara yang sebenar.

Apa-apa pun aku perlu ingatkan di sini yang aku bukannya seorang aktivis, jadi pandai-pandailah ya? Seperti kata si Nabil (yang tidak kelakar), 'Lu Fikirlah Sendiri!'. Mungkin ada makna tersirat yang lebih mendalam.

Hmm.

Aku macam tiba-tiba rasa pemerhatian aku terlalu mendalam. Maaf jika kamu semua tidak faham. Apa-apa pun sila layan video Hujan di bawah.

Sabtu, Disember 20, 2008

Lagu-Lagu Layan Diri 2.

Apa kata kita sambung terus ke bahagian kedua hari ini.



Glen Hansard & Marketa Irglove - Falling Slowly
Aku benar-benar tersentuh dengan filem 'Once' yang menampilkan lagu ini. Kisah tentu dua orang yang bertemu disebabkan muzik memang sentiasa menarik perhatian aku. Dan kebetulan juga pelakon yang muncul dalam filem ini merupakan ahli muzik handal, yang berjaya memaparkan emosi satu filem ini dengan hanya lagu ini. Pada aku ini memang genius, dan aku benar-benar kagum. Mungkin.



Explosions In The Sky - Memorial
Aku mula-mula melayan band ini ketika aku rasakan tona dan mood lagu-lagu yang dibawakan sesuai sungguh dengan situasi hidup aku ketika itu. Dan aku kagum dengan kebolehan mereka berempat ini untuk membawa emosi di dalam sesuatu lagu tanpa menggunakan lirik, yang membebaskan perasaan aku dari lirik yang mungkin tidak relevan. Dengar, dan adaptasikan dengan hidup kamu. Mudah bukan? (Lagu ini juga aku sempat mendengar secara langsung ketika band ini turun ke KL tempohari.)



Radiohead - Exit Music (For A Film)
Aku kagum dengan kebolehan Thom Yorke untuk menggubah lirik yang benar-benar menyentuh perasaan. Lirik lagu ini tentang cinta terhalang benar-benar membuatkan aku terfikir, dan menyedarkan aku bahawa cinta dan kasih sayang sebenarnya kadangkala cukup untuk mengatasi segala rintangan. Che-wah.



Joy Division - Love Will Tear Us All
Lagu terkenal ini aku rasa memang relevan untuk ramai orang di luar sana. Aku rasa aku tidak perlu menerangkan tentang mesej lagu ini. Selain versi asal aku juga suka versi yang dibawa oleh penyanyi Jose Gonzales. Kalau kamu rajin, Google sahaja, memang banyak versi lagu ini yang dibawa oleh ramai orang penyanyi dan band lain.



Kings Of Convenience - The Weight Of My Words
Kadangkala bukan lirik sahaja yang bererti, tetapi melodi yang mudah juga ada keupayaan untuk menyentuh jiwa. Aku benar-benar suka melodi yang dibawa oleh dua orang vokalis dalam duo ini, dan secara keseluruhannya aku memang suka mendengar lagu-lagu Kings Of Convenience untuk menenangkan hati yang sedang panas, misalnya.



Sigur Ros - Njosnavelin (The Nothing Song)
Terus terang aku katakan di sini lagu ini banyak menyusahkan aku, sebab aku selalu kaitkan dengan sepatah dialog yang Tom Cruise gunakan di dalam filem 'Vanilla Sky' yang menggunakan lagu ini. Aku terlalu taksub tentang apa yang dikatakan sehingga menyusahkan diri sendiri. Jadi sekarang aku gunakan lagu ini sebagai peringatkan untuk mengingatkan diri aku supaya jangan terlalu taksub dengan Tom Cruise.



Smashing Pumpkins - Today
Di kala aku benar-benar gembira dan senang hati, aku suka mendengar lirik yang dinyanyikan Billy Corgan di dalam lagu ini. Dan di kala aku benar-benar bersedih, aku akan keluar membeli aiskrim sambil mendengar lagu yang paling menggembirakan aku. Walaupun seketika.



Toe - Goodbye
Aku tidak faham langsung apa yang dinyanyikan oleh band dari Jepun ini, tetapi memori ketika aku menyaksikan lagu ini secara 'live' sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum ketika aku bersedih. :)

Jadi sebelum aku mendapat idea untuk menulis selanjutnya sila tunggu bahagian ketiga ya? Kalau bosan sila layan Piah Zadora, terima kasih.