Isnin, November 17, 2008

10 Perkara Yang Kamu Boleh Lakukan Untuk Menjengkelkan Aku.



Aku bukan seorang yang cepat pemarah. Dalam hal-hal yang melibatkan kesabaran, aku memang selalu bersabar. Bukan bersabar untuk mendapatkan sesuatu, tetapi bersabar sebelum aku benar-benar marah. Aku boleh hitung dengan satu tangan waktu-waktu aku benar-benar marah, yang biasanya berakhir dengan objek-objek yang patah atau rosak, atau bahagian badan sendiri yang lebam. Akibatnya, aku jarang marah, lebih kepada annoyed atau perasaan menjengkelkan. Jadi di sini aku ingin senaraikan 10 perkara yang membolehkan aku 'potong nama' kamu dari dalam senarai buku aku.

1. Orang Yang Memandu Macam Babi.
Aku jarang menyumpah pemandu-pemandu sebagai 'bodoh', 'bahlul' atau 'stupid motherfucker'. Aku panggil mereka 'babi'. Bukan 'khinzir' (masih terlalu hormat) tetapi 'babi'. Ini termasuk mereka yang suka membelok tanpa memberikan isyarat, mereka yang keluar dari persimpangan jalan walaupun nampak kereta aku sedang mara bahaya dengan laju, dan orang yang tidak menunggu giliran. Tidak lupa juga orang yang menghantar SMS ketika memandu. Mereka semua babi. Selalunya aku doakan mereka kemalangan ataupun sekurang-kurang kereta mereka ditarik. (Aku perasan pemandu Kancil merah model lama sering jatuh ke kategori ini.)

2. Orang Yang Meludah Di Restoran Dan Tempat Awam.
Biasanya orang tua suka buat begini. Aku tak peduli sama ada kamu lebih tua dari aku ataupun tidak tetapi jika kamu inginkan aku hormati kamu sila jangan meludahkan kahak di depan aku ketika aku makan. Macamlah tidak pandai gunakan sinki dalam tandas. Sebentar tadi ada dua pakcik perasan kaya buat sebegini ketika aku makan di kedai mamak. Selalunya aku doakan mereka ini supaya sakit perut atau kena radang tekak selepas makan.

3. Orang Yang Tidak Menunggu Giliran.
Sama seperti pemandu 'babi' di atas, golongan ini juga selalu aku jumpa, terutama ketika beratur di bank, atau ketika beratur untuk membayar minuman dan makanan. Yang paling sakit hati ialah budak-budak kecil yang disuruh membeli sesuatu oleh ibubapa mereka (yang tunggu di tepi), tetapi mereka sedikit pun tidak menyuruh anak-anak mereka untuk beratur. Lagi-lagi kalau mereka berbangsa Arab. Biasanya aku akan doakan yang anak-anak mereka ini akan derhaka bila mereka besar kelak dan peningkan mereka dengan masalah anak luar nikah, ah long dan sebagainya.

4. Orang Yang Lihat Aku Atas Bawah Dan Fikir Mereka Lebih Bagus.
Terutamanya di hari-hari aku berpakaian selekeh ataupun kasual. Walhal kemungkinan besar gaji bulanan aku lebih besar dari gaji mereka. Kalau mereka berpakaian sut Tom Ford dari atas ke bawah mungkin boleh dimaafkan, (walaupun mereka beli dengan wang ibubapa/sugar mommy/daddy mereka, OK-lah mungkin tiada pengecualian di sini.) tetapi yang tidak boleh bla ialah mereka yang kononnya ada kuasa. Lagi-lagi penjaga keselamatan atau pun pegawai bank. Kiranya sesiapa yang diamanahkan kuasa-lah. Aku biasa tidak pedulikan golongan ini (sebab tidak relevan untuk aku pun) tetapi di dalam hati aku doakan mereka turun pangkat. Kalau pangkat sudah rendah sangat aku doakan mereka hilang kerja. Kalau bukan dengan orang dalam kuasa tetapi dengan orang yang aku tak kenal di acara-acara seperti pertandingan Ratu Bikini Melayu 2008 misalnya (memang ramai jumpa orang yang begini) aku biasanya tenung mereka balik sampai mereka malu. Sebab renungan aku sememangnya tajam dan tidak juling.

5. 'Kenalan' Yang Harapkan Aku Tegur Mereka Dahulu Sebab Mereka Fikir Mereka Lagi Bagus.
Aku ramai kenalan begini. Bukan kawan, tetapi kenalan. Kawan ialah orang yang kamu ambil peduli, kenalan ialah orang yang kamu kenal tapi tidak semestinya peduli. Tidak kisahlah sebab apa mereka fikir mereka lebih bagus (semuanya hal-hal keduniaan) tetapi kalau kamu tidak berusaha untuk menegur aku walaupun aku lalu di depan kamu atau duduk semeja dengan kamu maka secara automatik nama kamu akan dipotong sebelum dinaiktarafkan menjadi 'kawan'. Kalau kamu sebelum ini sudah pun menjadi 'kawan' maka malang bagi kamu. Kalau kamu fikir aku yang harapkan kamu tegur dulu, kamu memang tidak kenal aku betul-betul jadi sila potong nama aku dari buku kamu, dan buat kawan baru yang sanggup tegur kamu 24 jam sehari. Orang begini aku doakan akan segera mendapat kawan sejati yang akan menikam dari belakang kau-kau atau lari dengan wang mereka.

6. Orang Yang Tidak Menghormati Ruang Peribadi Aku.
Terutamanya mereka yang suka bercakap dekat sangat dengan aku. Lagi-lagi yang lelaki. Aku ada 'ruang peribadi' yang amat aku hargai, jadi aku harap kamu hormati ruang tersebut. Itu kalau yang kenal, kalau yang tidak kenal dan suka berdiri dekat-dekat dengan aku ketika sama-sama menunggu sesuatu aku lagi rimas. Lagi-lagi yang badan berbau tengik ataupun bertudung masam. Contohnya ketika beratur di mesin ATM, (sebenarnya beratur di mana-mana punlah) ataupun ketika sama-sama menaiki kenderaan awam. Sila jauhkan diri kamu sekurang-kurang 1 meter dari badan aku, kecuali kamu berada di tempat yang bising dan kamu rasa aku sedikit berminat dengan apa yang kamu ingin cakapkan kepada aku tetapi aku tidak dengar. Juga amalkan pemakanan gula-gula mints dan kebersihan badan. Kalau kamu tahu badan kamu busuk akibat berpeluh seharian sila beri amaran. Aku tidak doakan apa-apa untuk golongan ini kecuali sedar tentang konsep 'ruang peribadi'.

7. Orang Yang Cuba Menjual Sesuatu Yang Aku Tidak Perlu Kepada Aku.
Ini khas untuk mereka yang mengamalkan 'multi-level marketing'. Aku tidak berminat dengan risalah-risalah kamu atau cerita tentang kenalan kamu yang berjaya membeli BMW hasil penjualan barang-barang mahal yang tidak berkualiti, sebab aku rela bekerja keras untuk mendapatkan hasil duit titik peluh sendiri dengan cara normal. Selalunya kalau ada kawan-kawan aku yang sudah lama tidak berhubung menelefon aku, aku akan berikan amaran dahulu kalau-kalau mereka cuba untuk memujuk aku masuk 'downline' mereka. Kalau untuk berparti aku sudi. Orang-orang begini aku akan doakan kejayaan mereka agar tanpa penglibatan langsung dari aku dan agar berjaya membeli kereta BMW yang diidam-idamkan, walaupun yang terpakai dan yang dipasang di Malaysia.

8. Orang Yang Pinjam Barang Aku Selama Setahun.
Aku juga mungkin bersalah dalam hal ini. Aku ada sekeping CD yang aku sudah pinjam selama 12 tahun. Jadi maafkan aku. Tetapi kalau kamu pinjam buku/CD/DVD aku dan masih tidak dipulangkan sampai setahun sila habiskan membaca/mendengar/menonton dan cepat-cepat pulangkan kepada aku, ya? Mungkin aku patut mula membuat senarai barang pinjaman sebab sejak kebelakangan ini rumah aku macam perpustakaan media. Aku tidak doakan apa-apa untuk golongan ini sebab aku kan kawan kamu?

Erm. Mungkin itu sahaja. Tidak mudah untuk menjengkelkan aku kecuali kamu ahli band yang aku benci yang meminta minuman atau tiket/pas percuma dari aku. Lagipun aku seorang yang periang dan faham tentang psikologi manusia ketika tertekan.

Selamat Hari Isnin semua!

(Oh ya, dua hari lepas aku bermimpi yang aku naik satu bas di Amerika Syarikat dengan Hillary Duff yang aku tidak minat pun, dan semalam aku bermimpi aku berlawan dengan 'zombie', walaupun aku tidak bersenjata apa-apa. Aku cuma picit mata dan tumbuk muka mereka sampai mati. Apakah?)

26 orang ada pendapat sendiri:

ladyesah

haha. you're worried about something.

bakrihafizhisham

aku tak peduli pun kau kate ade saploh,
tapi kau letak lapan dengan harapan orang bertanye.
tapi a good marketing strategy though.

sama seperti orang letak "siri kedua" pada tajuk post atau karangan.mesti pembaca tertunggu2
akan siri ketiga,
mahupun tercari2 siri pertama.

syabas.

Tanpa Nama

tak baik mendoakan keburukan orang...lalala

Ayyman Rahim

Aku pun tak suka semua yang kau tak suka. Aku pun akan doakan keburukan untuk mereka yang 'babi' iniii

the artist and i

MLM memang tak boleh blah!

sepupu sepipit pun boleh potong nama. dah kata tak minat style tak paham!

Madu Warna Biru

oh biasanya orang yang tak nak tegur kamu dulu tu takut2 kalau2 kamu tak kenal dia atau kamu akan kata eh serius ko sape ek?

atau kamu akan buat tak layan bila dia panggil kamu .. hek hek mungkin saya tak kenal kamu.. so saya andaikan saja..

:P

CoOkiE MoNSter

ak pun xpasti adakah komen ak ini bijaksana? ak juz nk komen je. i think u're funny. hehe..hey, take that as a compliment. da!

Point44

Aku sentiasa 'respect' dengan orang yang minat dengan zombie. Tapi sebenarnya takde zombie yang boleh dikalahkan dengan tumbukan di muka.

Kecualilah kalau tumbukan tu boleh menghancurkan otak zombie yang berkenaan.

Mungkin kalau di dalam 28 Days/Weeks Later punya boleh sebab deorang sebenarnya bukan zombie tapi manusia yang dah kena 'rage' virus. Jadi deorang sebenarnya manusia biasa yang tengah marah aje. So tumbuk boleh lah sampai mati. Asalkan darah tak masuk tangan lah...

Adam.

MLM mmg tak boleh blah.Aku ada kwn yg dah 3-4 tahun tak jumpa,alih2 call nak ajak jumpa.aku ingatkan sbb betul2 nk jumpa,tetibe bukak cite pasal MLM.

Asallah org Melayu ni tau nak short-cut je?Kesian aku tgklah.

Amak

Ada orang cakap kamu stuck up. Sebab tu takut nak tego kamu dulu kot.

Kot la. Saya pun tak kenal Kamu. Sekadar tahu siapa MM ja.

Tanpa Nama

memang bayak pemandu babi.. tapi apa pun aku suka nengok kaki awek kau.. hehehehe

47

ketidakfahaman akan konsep ruang peribadi pun aku rasa adalah salah satu malady rakyat malaysia..termasuk tidak pandai beratur dan memandu mcm babi.

aku pun jenis yang pentingkan ruang peribadi aku dan selalu rasa annoyed bila orang-orang yang tiada konsep tersebut jadi rapat sangat dengan aku.

tapi pernah sekali monorel sesak dan yang penuh rapat keliling aku adalah gadis-gadis cina comel berskirt pendek. aku cuma berseluar pendek dan bert-shirt. jadi banyaklah kulit-kulit bersentuhan...kalau begini ok, aku tak marah haha

Siberkop

Tafsiran utk mimpi ko: Sila kurangkan amik gambar kaki selepas ni. Mungkin cuba fokus anggota lain pula? Ehem.

Apapun, entri yang ko tulis kali ni aku rasa boleh relate dgn ramai org. Termasuk aku.

Atau secara mikronya, aku adalah Minimalis juga. Jawa Minimalis.

Khairul Johari

shit! aku mimpi hillary duff juga semalam. dia pakai dress merah.

dan aku mimpi kawan aku bunuh diri.

haih.

Melayu Minimalis

@ladynoe
memang aku stuck up pun, sebab aku appreciate personal space aku. tapi biasanya kalau aku tak kenal kamu dan kamu tegur aku, aku akan senyum balik, kecuali kalau fikiran aku runsing. kalau aku kenal kamu dan aku rasa kamu macam kenal aku, aku akan tegur. Tak percaya tanya Sarah Is The One.

@point44
aku tahu, aku rasa aku tumbuk sampai hancur otak dorang, dan mungkin masa tu aku pakai gloves so aku tak terinfect. tapi aku agak gabra masa tu sebab aku ingat dalam mimpi tu aku carik baseball atau cricket bat tapi tak jumpa.

ceri masam

uish...

too much hatred will kill u...

hehehe

khairuld7

dasyat sungguh doa nko MM..
berbaur kejam and ibu segala keji..
memang x leh blah..

Sebab renungan aku sememangnya tajam dan tidak juling - ayat x leh blah.. ceihz!!

dena_r

i think benda2 yg annoy u mmg releven ngan smorang ni. selalunya i akan jadi sailor ketika memandu. perkataan babi adalah sgt sopan utk pukimak2 ni tapi apa yg u doa utk dorang mmg best. i doa semua benda yg u doa akan termakbul.

dena_r

and because i have a dream interpreter book published by reader's digest (majalah org2 pandai), lets interpret ur dream shall we: bus- something u r doin or undertakin wit other ppl or in public. sometimes dis relates 2 feelin overweight (lol). passenger- suggests u r following someone else's lead, dependence on other ppl's decision, energy or drive or mutual direction being taken, as in business venture. celebrity- show that u desire attention n acclaim. u may be struglling wit respecting urself or ur desires, ambitions n efforts 2 become successful at work.

takda pasal zombie la sorry. haha

Tanpa Nama

er memang segan nak tegur MM tapi masa jumpa dia, dia warm juga, in fact dia yang say hi dulu, cakap pun sambil senyum, macam tak percaya ini ke orang yang suka tulis tafsiran? anyway, semua orang kena biasakan senyum dengan orang lain kot, vibe kita bagi akan jadi bagus, dua-dua pihak rasa best dan macam encourage each other untuk jadi polite and warm tanpa disedari.

----

personal space ni memang orang susah nak faham, maybe tak pernah baca atau tak aware kot. suppose kalau orang kita baru kenal jangan rapat sangat. you can tell sebenarnya kalau orang tak selesa tapi ramai tak ambil peduli, nak senang, anggap untuk setiap orang dia ada satu lingkungan personal space, macam satu bulatan yang keliling dia, jangan dilangkah sehingga kita dah biasa dengan dia (atau nak menggatal)

Unknown

tapi..... saya bukan sombong atau mahukan MM tegur dulu.....


saya cuma pemalu :/, though i did smiled. mungkin juga MM memang tak kenal saya kan so dibalas dengan muka ketat MM. heh.

Melayu Minimalis

@ami
oops. ya ka? sorry. tak perasan... :)

shinbao

teman wanita kau pun mcm babi ke ..bawak keta sambil sms sampai eksiden.

Tanpa Nama

dulu, tahun 2004, ketika luxor menjadi kegilaan ramai, ada sorang bekas teman sematrikulasi aku kena maki sebab buat tektik lama tak jumpa nak ajak minum. aku maki dia cukup2 depan kawan2 luxor dia dan semua orang yang lepak kat kedai mamak tu (aku rasa kedai mamak tu port bebudak luxor la). memang terus putus kawan. dan dia pada masa itu nak berlagak dengan hyundai coupe yang pasang ekzos besar. cheh. aku macam kau, lebih selesa bekerja secara normal untuk hidup senang.

dan aku paling benci kalau beratur kat ATM, orang belakang aku rapat gila, sampai aku sound, belakang sikit boleh tak?

Tanpa Nama

sedikit narcissist kamu ini ya

Tanpa Nama

(walaupun mereka beli dengan wang ibubapa/sugar mommy/daddy mereka, OK-lah mungkin tiada pengecualian di sini.)

MM x tergolong dalam golongan mamat ke?