Memaparkan catatan dengan label layandiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label layandiri. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 27, 2009

Proses Memproses.



Aku dalam proses pemindahan pelayan. Nantikan.

Rabu, Mac 18, 2009

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 19.



Wacom tiba-tiba keluar benda ini pula. Aku rasa boleh bunuh orang ni. (Dicilok dari engadget.com)

Khamis, Mac 12, 2009

Siapa Mahu Pepaku Sembilan Inci?

Memang sah.

Salah satu kugiran kegemaran aku, Nine Inch Nails, akan berkunjung ke Singapura tanggal 10 Ogos ini.

Aku masih ingat lagi, sebagai remaja yang mudah terpengaruh, aku telah terjerumus ke dalam kancah muzik industrial. Bermulalah zaman berpakaian serba hitam, memakai jaket plastik berkilat dan mula-mula berkecimpung dengan muzik yang boleh dikatakan ganas. Ya, bermula dengan Nine Inch Nails (terima kasih kepada seorang rakan karib yang mula-mulanya meminjamkan kepada aku CD 'Broken'nya.) dan kemudiannya Ministry, Skinny Puppy dan KMFDM, muzik industrial merupakan pengenalan kepada aku tentang dunia muzik yang lebih luas dari apa yang aku dapat dengar dari radio dan tonton di dalam televisyen.

(Ingat, ini zaman pra-Internet. Memang susah untuk mencari bahan muzik merata-rata.)

Hinggakan aku hampir-hampir membeli seluar jeans kulit selepas menonton video di bawah—



Nasib baik aku tak beli. Apa-apa pun layan video-video di bawah ini. Yang pertama ialah gandingan Nine Inch Nails dan The Dillinger Escape Plan, dan yang kedua ialah video muzik terakhir karya seniman agung Johnny Cash sebelum meninggal dunia.



OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 18.



Arca Gundam setinggi 59 kaki akan didirikan di tengah-tengah bandaraya Tokyo. Kalau di Kuala Lumpur watak apa agaknya yang akan dibina? Cuba cerita sikit. (Dicilok dari gizmodo.com)

Selasa, Mac 10, 2009

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 17.



Ol-skoolnya! (Dicilok dari highsnobiety.com)

Ahad, Mac 08, 2009

Indahnya Kalau Langit Sebiru Ini Tiap-Tiap Hari.



Memang bagus kalau inilah pemandangan yang boleh kamu lihat tiap-tiap hari ketika kamu bangun.

Cuma kamu perlu bangun jam 5:30 petang tiap-tiap hari.

Tetapi yang penting bukanlah langit yang biru yang kamu nampak dengan mata kamu sendiri, tetapi langit biru yang ada di dalam hati dan perasaan kamu, bukan?

Jumaat, Mac 06, 2009

Gambar Bangunan Tinggi.



Memang tinggi.

Selasa, Mac 03, 2009

Pelangi.





Setelah sekian lama, aku dapat lihat pelangi di langit petang semalam. Berdasarkan gambar memang tidak boleh nampak, tetapi pelangi petang semalam penuh berbentuk separa bulatan, kedua-dua hujungnya menyentuh bumi.

Kadangkala apabila berpeluang melihat benda-benda sebeginilah hati aku jadi aman dan tenang. Seakan-akan tiada masalah, walaupun aku pasti tiada orang di atas dunia ini yang boleh lari 100% dari masalah.

Betapa kompleksnya hidup dan masalah seseorang itu, sama kompleks dan rumitlah keadaan yang membolehkan pelangi berbentuk separa bulatan berlaku. (Jangan hirau, pelangi berbentuk bulatan penuh juga boleh berlaku.) Memang jarang dapat dilihat, dan kamu bertuah jika kamu berpeluang saksikan dengan mata sendiri, dan kata orang Ireland jika kamu cari hujung pelangi akan ada sebelanga emas yang dijaga oleh seekor leprechaun comel.

Jadi sebab itu dari dahulu lagi, kalau ada musibah melanda aku, aku pasti selepas semuanya berlalu, akan ada pelangi untuk aku. Macam jika mulut kamu ada ulser, pasti mulut kamu akan sakit, dan kamu akan teringat bagaimana rasanya bila mulut kamu bebas dari ulser. Dan kamu akan tenang sebab kamu tahu bila ulser kamu sembuh nanti, mulut kamu akan jadi seperti biasa semula.

(Aku rasa ini kali pertama aku menulis sesuatu yang menggunakan perkataan pelangi dan ulser di dalam nukilan yang sama.)

Isnin, Mac 02, 2009

Siapa Kata Streamyx Tidak Laju?



Ini buktinya. Buat pertama kalinya di dalam hidup aku talian Internet di rumah lebih laju dari yang di pejabat.

Ahad, Mac 01, 2009

Apa??? Oh! Tidak Mungkin!



Aku harap ini mungkin kerana dalam bulan Februari hanya ada sejumlah 28 hari sahaja tahun ini.

Sekarang lihat dan nangis. (Now look and weep.)

Sabtu, Februari 28, 2009

(^_^)

Jumaat, Februari 27, 2009

Tolong Melayu Minimalis.



Aku hampa.

Sebab aku sebentar tadi telah meredah lebih dari 6 kedai kamera dan tiada satu pun yang menjual kamera Lumix LX-3 impian aku.

Kecewa. (Walaupun begitu aku telah terjumpa kedai yang menjual Ricoh GR2D dengan harga yang amat menarik. Aku pasti sekarang yang Ricoh GR3D akan muncul tidak lama lagi!)

Jadi, rakan-rakan pembaca sekalian. Kalau esok tengahari kamu keluar makan (atau ponteng sembahyang Jumaat untuk yang lelaki beragama Islam), sila lihat-lihat kalau kamu terjumpa kedai kamera yang menjual kamera Panasonic Lumix LX-3 berwarna hitam, ya? Menurut ceritanya sudah habis dijual bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah kekurangan stok di Amerika, Eropah semua.

Haih. (Banyak betul cerita tentang kamera kebelakangan ini, bukan?)

Selasa, Februari 24, 2009

Tanggapan-Tanggapan Tentang Melayu Minimalis.

Setelah hampir tiga tahun selepas memulakan blog ini, aku telah banyak menulis tentang pelbagai topik, dari trend ke sub-culture, muzik ke mentaliti, konsumerisme ke kajian sosiologi. Dan berdasarkan penulisan-penulisan inilah banyak tanggapan tentang personaliti aku sebenarnya. Aku perlu tekankan tidak semestinya tona penulisan aku di sini melambangkan jatidiri aku sebenarnya, tetapi aku pasti untuk mereka yang tidak kenal aku (secara peribadi) mungkin agak tertarik untuk mencungkil misteri siapa sebenarnya Melayu Minimalis.

(Setakat menggoogle nama dan gambar aku tidak bermaksud kamu kenal aku, ya?)

Oleh itu mari kita lihat tanggapan-tanggapan yang selalu muncul tentang siapa Melayu Minimalis sebenarnya dan kita kaji bersama-sama.

1. MM pakai kamera DSLR.
Salah. Aku seorang kaki serious compacts. Sebelum ini aku guna Panasonic Lumix LX-2 tetapi telah dijual. Lihat seriouscompacts.com.

2. MM pemilik Canon G10.
Salah. Kamera pinjam sahaja. Aku sedang memikirkan untuk membeli kamera Panasonic Lumix LX-3 pula.

3. MM kaya dengan duit dari Nuffnang.
Salah. Sebagai seorang penulis blog Melayu, imbasan yang aku boleh dapat dari pengunjung blog amat terhad disebabkan bahasa. Walaupun begitu pengunjung blog ini boleh tahan ramai, malah lebih ramai dari blog yang dikelola selebriti-selebriti blog berbahasa Inggeris di sini. Che-wah.

4. MM kaki perempuan.
Aku lelaki jadi kaki aku lelaki-lah. Takkanlah kaki aku kaki perempuan kot.

5. MM seorang pelajar hingusan.
Maaf, zaman pendidikan formal aku sudah lama berakhir. Tetapi ini tidak bermaksud aku sudah berhenti belajar. Malah kamu, ya, kamu yang berumur 51 tahun dan sedang membaca blog aku ini, kamu juga tidak patut berhenti belajar!

6. MM suka basikal.
Salah. Aku tidak mempunyai basikal. Sama ada bergear atau pun tidak. Aku suka basikal sebelum basikal fixed-gear menjadi trend lagi.

Jadi, apa lagi tanggapan kamu tentang MM? Cuba cerita sikit.

Isnin, Februari 23, 2009

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 16.



Alamak, Sigma DP-2 pula nak keluar! (Dicilok dari sini.)

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 15.



Boombox berbentuk Imperial AT-AT Walker. (Dicilok dari sini.)

Jumaat, Februari 20, 2009

Bilalah Kamera Ini Akan Keluar, Ya?



Aku sekarang sedang memikirkan kamera baru apa yang aku harus beli. Kamera tempohari telah pun dijual, jadi aku sekarang termangu apabila keluar, sebab tiada apa yang boleh digunakan untuk mengambil gambar.

Selain dari calon-calon kamera yang aku sedang fikirkan seperti Lumix LX-3, Ricoh GR Digital II dan Canon G10, aku memang amat berminat dengan kamera prototaip menggunakan lensa Micro Four Thirds yang dihasilkan oleh Olympus. Tetapi prototaip sahaja, masih tiada rancangan untuk menghasilkan secara betul, walaupun ada banyak ura-ura kedengaran yang model baru sebegini akan dilancarkan bulan depan.

Kalau kamu, kamu pilih apa ya?

Ahad, Februari 15, 2009

Kadangkala Yang Susah Hendak Dapat Itulah Yang Kita Mahu.

Sudah kerap kali dalam sebulan kebelakangan ini aku akan buka ruang untuk nukilan baru di dalam blog, tetapi apa yang keluar langsung tidak boleh memenuhkan ruang putih yang luas terbentang ketika di dalam bahagian 'Create A Post' blog aku. Dan juga disebabkan aku ketiadaan kamera buat masa ini, tiada lagi helah menggunakan gambar-gambar untuk memenuhkan ruang yang kosong di dalam blog.

Ini tidak termasuk banyak pra-nukilan yang telah pun ditaip beberapa perenggan, tetapi akhirnya semua dipadam begitu sahaja. Mungkin kerana aku obseskan kualiti penulisan, dan banyak 'saringan' yang aku perlu lalukan nukilan aku sebelum ianya diterbitkan di sini.

Apa yang aku pasti ialah jika tiada akal fikiran untuk menulis, jangan menulis. Nukilan ini pun kalau dibaca sepintas lalu seakan-akan nukilan memberi alasan, dan orang Melayu memang suka memberi alasan.

Inilah masalahnya jika ingin membuat blog yang kebanyakkan dipenuhkan dengan nukilan berbentuk pemerhatian. Kalau tidak fokus, memang tiada apa yang dapat diperhatikan. Dan aku sedar, seperti mana terbitan-terbitan lain yang bergantung kepada perkara selain dari perkara-perkara peribadi sebagai isi kandungannya, lambat-laun kamu akan hilang perkara yang boleh dituliskan.

Dan ini sudahpun masuk tahun ketiga aku menulis di sini. Sudah banyak jenis orang sudah aku buatkan pemerhatian, dan memang amat sukar untuk menulis tentang golongan orang yang terlalu niche tanpa adanya persilangan dengan pemerhatian-pemerhatian aku yang lain.

Jadi aku rasa sudah sampai masanya untuk membuat pembaharuan di dalam blog ini. Aku sebenarnya sudah jenuh mencari idea menulis, tanpa apa-apa hasil yang boleh ditunjukkan.

Oleh itu, mulai hari ini, blog aku akan bertukar menjadi blog porno.

Apa pandangan kamu?

Khamis, Februari 12, 2009

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 14.



Pandangan satu sudut rumah aku. Sampai masuk wired.com.

Selasa, Februari 10, 2009

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 13.





Dicilok dari highsnobiety.com. Target nombor 2 dan 3.

Khamis, Januari 29, 2009

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 12.



Murah sahaja. Hanya RM32,000++. (Dicilok dari engadget.)