Ahad, Februari 15, 2009

Kadangkala Yang Susah Hendak Dapat Itulah Yang Kita Mahu.

Sudah kerap kali dalam sebulan kebelakangan ini aku akan buka ruang untuk nukilan baru di dalam blog, tetapi apa yang keluar langsung tidak boleh memenuhkan ruang putih yang luas terbentang ketika di dalam bahagian 'Create A Post' blog aku. Dan juga disebabkan aku ketiadaan kamera buat masa ini, tiada lagi helah menggunakan gambar-gambar untuk memenuhkan ruang yang kosong di dalam blog.

Ini tidak termasuk banyak pra-nukilan yang telah pun ditaip beberapa perenggan, tetapi akhirnya semua dipadam begitu sahaja. Mungkin kerana aku obseskan kualiti penulisan, dan banyak 'saringan' yang aku perlu lalukan nukilan aku sebelum ianya diterbitkan di sini.

Apa yang aku pasti ialah jika tiada akal fikiran untuk menulis, jangan menulis. Nukilan ini pun kalau dibaca sepintas lalu seakan-akan nukilan memberi alasan, dan orang Melayu memang suka memberi alasan.

Inilah masalahnya jika ingin membuat blog yang kebanyakkan dipenuhkan dengan nukilan berbentuk pemerhatian. Kalau tidak fokus, memang tiada apa yang dapat diperhatikan. Dan aku sedar, seperti mana terbitan-terbitan lain yang bergantung kepada perkara selain dari perkara-perkara peribadi sebagai isi kandungannya, lambat-laun kamu akan hilang perkara yang boleh dituliskan.

Dan ini sudahpun masuk tahun ketiga aku menulis di sini. Sudah banyak jenis orang sudah aku buatkan pemerhatian, dan memang amat sukar untuk menulis tentang golongan orang yang terlalu niche tanpa adanya persilangan dengan pemerhatian-pemerhatian aku yang lain.

Jadi aku rasa sudah sampai masanya untuk membuat pembaharuan di dalam blog ini. Aku sebenarnya sudah jenuh mencari idea menulis, tanpa apa-apa hasil yang boleh ditunjukkan.

Oleh itu, mulai hari ini, blog aku akan bertukar menjadi blog porno.

Apa pandangan kamu?

33 orang ada pendapat sendiri:

Lik

porno? r u serious?

Tanpa Nama

wow. adakah ini menjadi titik tolak kepaad projek blog kamu yang satu lagi?

Tanpa Nama

sokong!..mls nk bnyk cite..sokong!

Tanpa Nama

komen porn collector kat cbox tu ke puncanya? haha.

Tanpa Nama

haha biar benar nak buat blog porno...aku xsuka la..aku suka blog ko yg sekarang..biar tidak byk nukilan yang hendak ditulis sekarang,
yang penting bila engkau sudah ada idea yang menarik utk ditulis ia akan memberi impak & menarik orang untuk baca..itu lebih baik pada pandangan aku..
Adakah tujuan engkau utk menjadikan blog MM ini sbg blog porno utk menarik trafik semata2..
jika engkau ingin sgt nak bukak blog porno..sila buka blog yg bertajuk lain..biarkan saja blog MM nih sebegini lebih baik

hanya sekadar pandangan aku sahaja..akhirnya ia terpulang pada engkau jugak krn ia blog engkau..x gitu..

apa-apa pun goodluck la..aku terasa piss off la dgn nukilan ko nak buat porno ini..

encikmasen

aku ta' peduli - sauna edition?

heh..pedulikan..

buih

yeay!

yoshz

bagus! sila tampilkan maria ozawa.

Tanpa Nama

jangan lupa play lagu il genio- pop porno! + senaman bahu

Tanpa Nama

yabedabedu

brapa ramai sgt pn melayu yg minimanilis ngan porn...ramai ker?

Tanpa Nama

wahaha...
miyabi n cynteria squirt lew...
xpon pasal local AV... huhu..
ok... nuff merapu....
lbey bek pasal hobby...
mcm collected item kew...

Tanpa Nama

porno? terry richardson kinda stuff ke? haha.

akubisikdisini

kau gile!takde maknenye nih...

Tanpa Nama

satu lagi blog porno? oh tidak, sila jangan. tolong.

kualiti, bukan kuantiti. ;)

Ais Cair

kalau low class porn,baik tak payah..hahaha...yg susah dapat tu la yg boleh bg kepuasan tahap maximum...mmg heaven!

Budak Panjang

pemerhatian terhadap porno?

Tanpa Nama

aku setuju.
hah.setuju menentang.

Tanpa Nama

Kenapa semua amik serius tulisan MM ni?Porno?Dia main2 je la kot. kakakakakaka...

Unknown

two thumbs up!

ajiz cabalero

wao2...
jgn lupa letak chyterea lagi..
hehehehe

Tanpa Nama

hahaha..sah la ko memang melayu..lepas ni penggemar blog ko akan bertambah 200%. taniah. tapi kena tukar melayu minimalis kepada melayu porn blog.

Tanpa Nama

ada orang memang tak reti bergurau ke takda sense of humor? huhu sedih!~

Tanpa Nama

Duh,anda semua ni mesti hidup tak seronok en?! Tau nak serius je,penulis nak bergurau pun kau anggap serius...duh,zaman je makin maju,orang dia...whatever la orang melayu oi~

Amin Ahmad

header kau jangan letak gambar Chua Soi Lek ok?

Tanpa Nama

porno?apakahhh???

aiXat.MR

maria ozawa!
hahha~

Tanpa Nama

sokong 100%.

errk, kenyang

hahaha...
porn grind...

oh dimana lokal star babyrina...

Melayu Minimalis

aku baca balik nukilan ni, gagal sial BM aku!

Tanpa Nama

ok smart, blog porno versi minimalis. tampilkan whore underground yang berpotensi. buat posting seperti - the cleaniest pussy of the month, favourite sex position couple melayu hingusan .. etc. ok? ikut kreativiti kau lah. confirm gempak. aku sokong kau mm.

btw, aku dah tahu nama dia, schuz. wow!

Tanpa Nama

haha. new random things always attract ppl. porn pun selambeh la!

Tanpa Nama

sokong cakap yoshz.
maria ozawa featuring dengan seorang lelaki melayu.

Tanpa Nama

porno la bro.

lu bukannya kisah sangat pasal pahala dan dosa ni.

Hidup porno.