Tanggapan-Tanggapan Tentang Melayu Minimalis.
Setelah hampir tiga tahun selepas memulakan blog ini, aku telah banyak menulis tentang pelbagai topik, dari trend ke sub-culture, muzik ke mentaliti, konsumerisme ke kajian sosiologi. Dan berdasarkan penulisan-penulisan inilah banyak tanggapan tentang personaliti aku sebenarnya. Aku perlu tekankan tidak semestinya tona penulisan aku di sini melambangkan jatidiri aku sebenarnya, tetapi aku pasti untuk mereka yang tidak kenal aku (secara peribadi) mungkin agak tertarik untuk mencungkil misteri siapa sebenarnya Melayu Minimalis.
(Setakat menggoogle nama dan gambar aku tidak bermaksud kamu kenal aku, ya?)
Oleh itu mari kita lihat tanggapan-tanggapan yang selalu muncul tentang siapa Melayu Minimalis sebenarnya dan kita kaji bersama-sama.
1. MM pakai kamera DSLR.
Salah. Aku seorang kaki serious compacts. Sebelum ini aku guna Panasonic Lumix LX-2 tetapi telah dijual. Lihat seriouscompacts.com.
2. MM pemilik Canon G10.
Salah. Kamera pinjam sahaja. Aku sedang memikirkan untuk membeli kamera Panasonic Lumix LX-3 pula.
3. MM kaya dengan duit dari Nuffnang.
Salah. Sebagai seorang penulis blog Melayu, imbasan yang aku boleh dapat dari pengunjung blog amat terhad disebabkan bahasa. Walaupun begitu pengunjung blog ini boleh tahan ramai, malah lebih ramai dari blog yang dikelola selebriti-selebriti blog berbahasa Inggeris di sini. Che-wah.
4. MM kaki perempuan.
Aku lelaki jadi kaki aku lelaki-lah. Takkanlah kaki aku kaki perempuan kot.
5. MM seorang pelajar hingusan.
Maaf, zaman pendidikan formal aku sudah lama berakhir. Tetapi ini tidak bermaksud aku sudah berhenti belajar. Malah kamu, ya, kamu yang berumur 51 tahun dan sedang membaca blog aku ini, kamu juga tidak patut berhenti belajar!
6. MM suka basikal.
Salah. Aku tidak mempunyai basikal. Sama ada bergear atau pun tidak. Aku suka basikal sebelum basikal fixed-gear menjadi trend lagi.
Jadi, apa lagi tanggapan kamu tentang MM? Cuba cerita sikit.
63 orang ada pendapat sendiri:
MM dikelilingi gadis2 cantik.
MM misterius. tak macam lain-lain yang 'market' konon.
MM suka ambil gambar kaki.
er. obvious.
Tanggapan saya setakat ini:
MM kadang kadang kelihatan macam terlalu mencuba (trying too hard to impress) lebih lebih lagi penulisan siri tafsiran.
MM kadang kadang kedengaran sangat poyo.
MM dikelilingi orang hedonisme.
MM mungkin seorang yang kacak berdasarkan awek-awek yang menghimpit beliau.
Sekian. TQ.
terlampau biasa dgn mcm2 org....
open-minded, tp bkn bersetuju dgn smua menda sbb masih ada piawai sendiri....
tahu menda btol tak smestinya kena bgtau org skeliling...
diam dan memerhati, secara tak lansung boleh nilai dan menerima(bkn bersetuju)
blajar dr idup pastinya...
senang bersama 'si dia' (yg selalu gamba xnmpk muka penuh)...sbb dia bkn bergantung sepenuhnya mcm pompuan2 tipikal..
dan pastinya.....MINIMALIS !!!
MM mcm x kck..gelap gile n rambut cam beso2 skit dari pe yg aku amati la kat blog or shoutbox..but what the hell..he still surounded with hot gurls..so..haters out there..shut the hell up
MM so full of himself
MM dun really sure about hislife
MM not really good in decision making i guess
But..conclusion..i am still here..done reading all the archive..no matter who he is..many people do envy him..
So..MM..hope u'll find your way in life..
gutelak!
MM sgt byk ilmu pengetahuan.
tapi tak perlu bangga.
rambut MM berubas halus di bahagian tepi. wow hensem. bahahaha
aku anggap kau fasih berbahasa jepun.
aku anggap kau sedikit berumur.
aku anggap kau banyak memerhatikan orang.
aku anggap kau boroi sedikit.
aku anggap kau sensitif.
*kawan aku cakap kau pelat?eh?
budak yang baru nak kenal dunia..
anyway, good try...
teruskan belajar dan berguru secara real dan bukannya googling..
if u still around 20 something..
u can pluck it by 30 something..
1. an heir macam paris hilton
2. terlalu sibuk bersosial so selalu perhatikan orang, created this blog nak dokumenkan pemerhatian, dan macam kenangan peribadi tentang sosial life tu.
3. kerja ahli fizik tu macam sampingan untuk puaskan hati parents je. must be sangat pandai tapi tak minat sangat kerja begini sebenarnya sebab dah banyak duit sebagai heir, dan busy buat perkara yang nombor 2 tu.
4.citarasa sangat tinggi bila mencari girlfriend.
sekian
mm seorang
polis
cool
kreatif
kaki klabing
c mata adalh lawa
tu je..
yg lain2 aku xtau..
MM,sudah semestinya seorang pemilik kereta satria neo! Bangga la naik kereta buatan malaysia kan MM,siapa lagi kalau kita sendiri tak sokong 'buatan malaysia' enn!?
1) umur dalam 30 something
2) mendapat pendidikan dari jepun yang majoring dalam bidang grafik, design.
3) dulu dalam tahun mid 90's mempunyai sebuah kumpulan grindcore. dalam early 2000 mempunyai sebuah kumpulan DnB dan 2003 - 2008 mempunyai sebuah kumpulan post-rock.
4) bekerja dalam bidang entertaiment industry
Kau Karem.
full of himself. loves attention. :)
kepala anda botak sedikit di tengah. ha ha.
Kerana itu anda lebih gemar memakai topi.
Am i right?
MM tak serupa azwan ali
MM = ada bakat tangkap gambar bangunan dan mula2 nak tangkap gambar kasut sendiri yg mahal dan rare tapi lepas tu tertangkap gambar kaki org lain, last2 jadik tabiat pulak
MM = berfikiran moden tapi kadangkala tradisional
MM = suka mengkaji, if mengaji aku tak sure
MM = if dah kahwin, bini dia or orang gaji mesti tahu masak masakan johor dan singapura, jika tidak MM akan jadi lebih kurus dan terus mengurus
MM sorang yg slalu observe for sure
age around 30++ skit haha...tp sumtimes judgy gak cam aku yg around 20++
hahha....more like me laah.expect tat MM got more cash than mine..
tp sumtimes baca blog rase cam MM ni sorang pompuan..haha..or laki yg separa keras
haha aku tarik blk part umor 30++...tp soon to be 30 la kowt!
tp apesal anti rempit?define rempit..please?
aku pedulik apa, haha, aku suka lx3, so aku recommend mm beli lx3, tu je comment aku
MM :-?
1) grade dari salah sebuah universiti di Jepun
2) suka GuitarChord
3)lahir bulan 1, kini berusia 34 or 35 tahun
4)berstatus duda dan punya sorang anak (darjah satu)
5)mmg minimalis pun, dari selipar, ke kasut putih lambang penyucian, kemudian kasut silver, kemudian kasut tapak hijau, kemudian kasut ala2 robocop (ini istilah aku sendiri, sbb aku tatau kasut tu jenis apa)..
6)kamera kompak yang minimal tetapi sedang mencari kompak yang mempunyai ciri2 dslr..
7)si mata dan satria neo - pemilikan yang paling bermakna pada tahun 2008
8)cintakan alam sekitar, buktinya tahun lepas dia masuk hutan dan plan nak tanam pokok2 kecil dalam rumah. tapi katanya pokok2 kecil tu mati kena racun oleh diri sendiri..oh ya masih dalam plan untuk tahun ini.
9)dia kata dia tak peduli, tetapi aku rasa jiwa dia ini sedikit sensitif dan juga mengambil tahu perihal sekelilingnya. Haih, tafsiran2 yang dia buat tu?
10)suka makan makanan berteraskan asia timur, Jepun dan Korea. Aku cadangkan dia try pula Vietnam dan Thailand...hahahaha yang halal2 saja lah.
11)Macam Sarah kata, sukakan Paris Hilton. Seksi, bijak mengambil peluang, ala noti-noti tu biasalah, dan ya, berkaki panjang...hehehehe..
12)menyokong perkembangan muzik indie dalam negara..
13)Sukakan kucing kan?
ok.
er, aku lupa nak bagitau. Aku tak kenal dan tak pernah jumpa en MM pun, tp aku slalu baca blog dia. Jadi, aku buat ulasan ni berdasarkan penulisan dia. klu tersilap, jangan cong-ceng..hehehe..daa.
MM seorang pemilik BMW 5 series dan bercadang untuk menukar BMW 5 series tersebut kepada 7 series dengan sedikit usaha lagi MM pasti berjaya. Anggapan aku saja
MM salah seorg upliner Hai-O.
ko seorang manusia yg rasa bagus dari org lain
mm seorang blogger .ahha
mm bukan coklat m&m. cair di mulut, tidak di tangan. sekian.
knowledgeable, good lucking, full of himself, soft spoken & judgmental
-aida
fixed-gear sudah trend di malaysia? wah! sebagai pakaian atau kenderaan :)
@MagnusCaleb
mestilah sebagai pakaian haha.
@Mas Mohd Yunus
kau macam stalker dowh. takut.
@Sarah Is The One
'That's Hot!!!!'
citarasa kena tinggi.
@Diloz
aku rasa kau salah orang dol. bila balik KL? nak pesan barang.
en MM=))
hadoi, dah aku ckp aku pembaca blog ini kan=))apa nak takut.
sedih pula kena kata stalker.
apa beza silent reader, stalker, pen-jarang2 bagi komen?
buwek, sama en mm.
MM benci manowar dan mungkin hanya meminati Alice Cooper, itupun pada sarung tangan beliau. Mungkin.
@Mas Mohd Yunus
dgn pantas anda mereply..stalker pon stalker la..it seems like it lol..
but hv 2 gv u crdit la..u kindda hit the jack pot..
so far as i'm concern..blog 'akuTakPeduli' cam hanya tinggal nama..MM cam jenis amik peduli aja :) just trying not to i guess..
but pe2 pon..its fun reading bout ur so-called open-diary..seeing life/world in other people point of view does make me feel i should respect other people more..
i wish u will never stop..it might sound a bit gay..but u do live an impact to some of us..i dunno bout u guyz outthere..all i care about it surely did leave an impact on mine :)
based on what i just read..bout ur son (son aint it?) appreciate it..dun ever let him out of ur side..
age..30? 3+? wth..u done ur time..no body is perfect..so maybe some of ur so-called article is not really magazine material..but it still count in my opinion..
ur pics..ur fwens..ur choice of lifestyle..i salute that..dow nothing is in common at all..been reading this blog since early this year..f**k me for saying this..it makes me look at peolple around me in the different way..
thanx to u..aku dah leh layan budak gemuk/kerani/tukang sapu sampah/president/GM/Polis/Guard differently/dato'/datuk/datin/family..x kire pe diorng dah buat..sbb aku rasa diorng sure de reason sendri..
cam MM..perghhhh aku benci gile budak2 style cam nko..tp bila aku tahu..nko de reason sendri yg aku sendri x terfikir..aku start hormat la..
kesan dier? hahaha gaji aku tripled..sbb aku dah x pandang sinis bisnes partner or competitor aku..
aku dah mula baik ngn perempuan gemuk+huduh (mcm aku ensem sgt pon) dan kebaikan dier..perempuan huduh+gemuk nih..ada kawan yg kadang2 hot gile :)
maybe la aku sengal dalam cite nih sbb aku x aware yg kala baik ngn org nih pe leh dpt..tp wth..aku lambat sedar..nk wat canne..
@am
MM mmg aku tak peduli tp mampu persoalkan segalanya....faham situ sudah la...
'mm'mmmngarut
MM berkaca mata yang berframe hitam.
lagu warkah, kumpulan bau, buat aku terpikir pasal kau. tak, aku tak gay.
entah.
macam gay pulak dah.
Tiada tanggapan.
Sebab di rangkaian Internet, seseorang boleh jadi sesiapa saja dia suka.
Hari ini aku nak jadi Singh jaga studio dalam cerita P. Ramlee
-vlad-
Tiada tanggapan.
Sebab di rangkaian Internet, seseorang boleh jadi sesiapa saja dia suka.
Hari ini aku nak jadi Singh jaga studio dalam cerita P. Ramlee
-vlad-
1.Suka pakai topi supreme sebab 30ish, so dh nak botak kan2?
2. gap umur dgn gf (or xgf?) dlm 15 tahun..ala yg mata sepet2 tuh.. ok, no judgement. ;p
3. bidang kerja dalam fizik.. sama la kita. :)
bagi aku. aku rasa MM jenis yg open minded, penuh dgn pengalaman2 yg tak semua org dapat dlm hidup, mempunyai barang2 yg aku suka dan aku jealous akan itu, life yang boleh katakan agak perfect.
aku nak jadi kau boleh tak?
hahahahahahahahahhaa..
pandai betul masing-masing..
tahniah..
ini tafsiran aku tentang mm,
1. masa zaman hingusan dan kebawah dulu dia seorang budak skema yang tak style, pakai seluar ada pocket kat tepi lutut. tapi music yang dia dengar lagi underground dari bebudak "underground". ada taste sendiri.
2. genius dan telah melanjutkan pelajaran ke luar negeri. tetapi dia sucks dalam bersukan. sepak bola tonjol. ada chronic asthma mungkin. but masturbate power kot. dan seorang yang merendah diri. talk about need attention and compliments. itu semua orang mahu. human being. peoples up there bodoh/jealous buta.
3.mula tertarik dengan budaya hedonis apabila berada diluar negeri. tetapi tidak memulakan disana. dia memulakan segala maksiat yang diperhatikan di sana apabila pulang ke tanah air.
oleh kerana pemerhatian yang gempak. dia tak nampak kekok sangat masa mula menjebakkan diri. tak nampak macam baru nak up.
4. selepas graduate, mm belajar main instrument, beli pakaian yang style, rare dan minimal. hmm. tentang ni, dia dah mula sikit2 masa kat luar negeri lagi. sebab ada member yang boleh ajar, dan pakaian kat sana sudah tentu lagi style. dan bila balik malaysia jadi rare gila babi.
5. gaji dan bini sedap. tetapi akibat kurang persefahaman atau mungkin sifat hedonis yang tinggi menjadikan perkahwinan tidak berjaya. however, mm jaga anaknya dengan agak baik. cuma tak baiknya sebab divorced.
6. seorang yang bijak dan kurang iman[bukan kurang ilmu agama] akan suka mahathir. orang bodoh akan suka umno. orang berdarah muda dan berjiwa rebel akan suka pkr. orang agama dan tak berfikir diluar kotak akan suka pas. [tak semua, just generalized] so, mm suka mahathir.
7. senang-senang angkat supra. aku nak angkat draven pun fikir 16 kali. ini bukan tafsiran, ini kecemburuan. and mm telah menarik minat aku untuk menyarung supra. but bukan sky top lah.
8. shuz dah tak private. :)))
mm nyer exwife model tengku azura.
mm keje ngan magazine.
kamu ialah lelaki yg nampk cm cool tapi suke mngate org-melalui post2 lepas (sgt turn off)...
lelaki spttnye jenis x kisah
tp ko sgt kisah....
persoalannya, bila aku cakap aku tak peduli, apa sebenarnya yang aku tak pedulikan tu?
fikir-fikirkanlah bersama.
@porn collector
salah. aku start main instrument umur 15. yang lain2 pun semua salah. tolak markah.
aku tak balik dalam masa terdekat.
LX3 ¥43,000 aku nampak itu hari.
MM lama tak main gig
MM,
1. spacebar
2. observer bkn sbb mmg suka tengok, tapi seorang yang pendiam dan banyak berfikir, tapi gaya yang rilek dan minimal mampu wat gadis jatuh hati.
3. ape yg keluar dari mulut, adalah 30% daripada apa yg ada dlm otak. tapi bila menulis or berseni, keluarkan 150%.
4. bkn jenis kecoh, minum arak sbb cube nak jadi bising tanpa perlu rasa segan.
5. ada anak tapi tak selalu lepak ngan anak.
6. bkn tak peduli pada sekeliling, tapi tak peduli dengan pandangan orang terhadap pandangan dia pada sekeliling.
7. mulakan blog sbb nak luahkan benda yang tak mampu dibawa bersembang di kedai mamak, sbb tompokan teman tak semua mempunyai pandangan dan otak spt dia.
8. seorang yg funny bila perlu. tak pandai menarik perhatian dikhalayak ramai. tapi once dah kenal, jadi cepat mesra.
MM dahulu seorang ahli muzik kisar-teras ketika menuntut di negara Matahari Terbit. Apabila pulang ke tanahair, menubuhkan sebuah kumpulan bass dan deram. Kini bertukar arus kepada post-rock pula.
emmmm...
wuyoo. orang atas ni hebat gila. haha. i would agree with him/her
:)
owh i'm talking about tanpa nama 13:41
:)
MM seorang yg terlalu 'judgemental', terlalu menilai baik buruk seseorang.
MM kadang kala seperti ingin menunjukkan dirinya Genius, padahal hasil kajian hanya dari google sahaja.
MM terlalu mengambil berat tentang isu2 yg remeh temeh.. kadang kala isu itu x ada benda pun..
MM kau sepatut baca buku 'Don't Sweat the Small Stuff ... and it's all small stuff' by Richard Carlson.
MM Jgn terlalu 'Critical and too judgemental' apabila menilai seseorang.
MM - ade split personality.. ala2 two face tu.. ade dark side & vice versa.. ohohoo.. kadang2 terlalu serius and kadang terlalu keanak2an.. ke sbb Aku tak Peduli ni dikelolai oleh ramai penulis?
@Sarjan Harhab
Betul! 100 markah untuk kamu!
korang semua macam stalker dowh. Aku keluar jalan2 pun selalu perasan orang tengok kasut aku, lepas tu tengok muka aku, lepas tu carik perempuan tutup mulut sebelah aku.
MM menamakan blognya aku tak peduli tetapi isi2 blognya menunjukkan dia sangat peduli.
hal kecil hal besar hal yang takde hal pun dia peduli.
tapi aku peduli apa kalau dia peduli pun.tulisannya halwa mata.
'akutakpeduli' tuh bg aku rase-nye MM bermaksudkan die tak peduli ape yg korang nk kate terhadap die dan ke-peduli-an die.
dlm erti kate lain, "ade korang susah?"
kau penah berkelaluan sumbang. menyepak rakan sepasukan di atas stage..
@janji diana
tepat sekali! 150 markah untuk kamu!
@tanpa nama 16:37
sedap kan halwa?
MM ialah manusia yang paling awal memakai seluar dalam sejarah dunia ini.
Catat Ulasan