Isnin, Februari 11, 2008

Nukilan Bermetafora.

Katakan, untuk seketika, aku peduli. Kita tukar tajuk blog ini kepada 'Aku Peduli'.

Katakan, untuk seketika, aku bengang dan ambil hati tentang apa yang orang-orang tertentu tulis pasal aku. Kamu tahu kamu siapa, bukan?

Katakan juga, untuk seketika, aku betul-betul marah. (Metaphorically, ok?)

........


........


........ (buah fikiran tak tertimbul-timbul.)

Ok-lah, aku dah cuba, tapi aku masih tidak marah dan masih tak peduli. Kamu semua dewasa. Orang yang dewasa pandai menilai baik dan buruk. Kalau kamu belum dewasa lagi, ibubapa kamu tahukah kamu sedang baca blog maksiat yang sesat lagi menyesatkan ini?

Walaubagaimanapun, ini hanyalah himpunan nukilan dari buah fikiran seorang manusia yang tak tentu betul pun, malah, boleh dikatakan menyongsang dan memesong sebab penuh dengan kata-kata menyesatkan yang ada kaitan dengan alkohol dan perempuan (maaf, dadah aku tak main) serta pendapat-pendapat yang memburukkan kamu dan kawan-kawan sepejabat kamu.

Lagipun macam budak-budak lah gaduh kat Internet. Aku malas terlibat. Jadi aku pun senyap saja-lah. Kecuali untuk nukilan ini sahaja.

Tapi, teruskan usaha dan semoga berjaya mencapai cita-cita kamu, ya?

Ok, berbalik kita ke alam nyata dan kita tukar tajuk blog kembali ke 'Aku Tak Peduli'.

Oh, ya, lagi satu bakat tempatan terpendam. Tempohari Kokokaina, hari ini, Yuna. Aku akan sambung menulis sebentar lagi sebab kawan-kawan perempuan berbuah dada besar sedang menunggu aku dengan bikini mereka dan sekarton wain merah di kolam renang. (Ok, itu tipu. Untuk hari ini.) Bu-wek.


9 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

oh man i love Yuna. but i'm still straight.

magenta

Sepatutnya (sepatutnya lah), pembaca tak patut judge capability dan kredibiliti penulis dari identitinya.

tapi mungkin org nak tau sgt siapa MM supaya boleh kutuk dia and feel better about themselves sbb semua yg dia tulis biasanya tepat dan kdg2 terlalu pahit utk diterima.

tak kisahla betapa teruknya/baiknya/coolnya/loser-nya MM ni dlm real life, sbb tak ada siapa yg boleh nafikan- MM is a sharp observer and a good writer nonetheless.

Naj(whoa)

masih ada kes serang2 kt internet? sedih btol..

Tanpa Nama

seperti mana MM bebas berbicara tentang individu lain, MM pun secara tak langsung akan menjadi target utk individu lain pulak. biasalar tu.

dari segi isi penulisan, pembaca boleh nilai sendiri dan pilih blog mana yg nak diaorang baca. informasi di hujung jari sendiri.

Gadis Gelihati

Kau ni macam-macam.

But I prefer you as an anonymous. I, for one, am not interested about you personally, that's why your blog's fun to read. Really don't care about your personal life, your women, what you do or think or whatever - hence "Aku Tak Peduli", right? Good that you finally came to your senses and removed that image of yours the other day, you were pretty close to jumping the shark there, mate.

But I gotta say this. Why did you have to embed a song on your blog? Now it's just like every other blog.

p/s: Have you shopped for new shoes yet?

humbleandmodest

dewasa pembunuh..

nerdfreak

yuna cool... kokokaina cool... ana raffali cool... najwa juga cool... letak mereka berempat di.. let say, no black tie.. sy pasti kusyuk

Amak
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Amak

honestly kan, masa mula mula baca blog kau ni, aku bayangkan kau ni cam seorang melayu yang minimal gila babi (bukan selekeh).

dah tak campur band band and music thingy sebab kau pernah cakap pasal scene-scene tu semua. dan dah jadi betul betul melayu tanpa sedikit pun unsur pengaruh bukan melayu.

tapi bila macam dapat tau identiti kau, aku macam; "la..dia ni ke."
tapi takpe. aku rasa pembaca blog kau pun dah tak peduli siapa kau. aku pun tak peduli.

aku nak membaca dan berfikir secara ringan sahaja. stended lah bergaduh kat internet,kau menulis pun kat internet. nak bergaduh dekat gelanggang gusti pergilah bergusti. tehehehe.persetankan lah.

walau apa pun, blog ni tetap menjadi bahan bacaan yang best (bagi aku)

dan, aku sentiasa kagum dgn Yuna.