Jumaat, Februari 08, 2008

Yang Menulis Dan Yang Ditulis.

Komen yang aku sering dapat sejak kebelakangan ini (walaupun bukan komen depan-depan, tetapi komen belakang aku) ialah tentang tona blog ini. Semakin serius, kurang lawak.

Bagus.

Ada banyak blog lawak kamu boleh lawati di blogosfera Melayu, macam blog si pelancap John dan yang terbaru, blog pondan. Dan aku pasti kedua-dua pemilik blog tersebut sudah cukup dewasa untuk sedar bahawa barisan ayat tadi bukan satu kutukan. Caya-lah.

('Killing For Love' dendangan Jose Gonzales sedang berkumandang di iTunes.)

Kalau kamu ikuti blog aku dari zaman awal permulaannya (memang tak lama dahulu...), macam-macam taktik aku gunakan agar pembaca sasaran aku akan tiba di sini. Dan nampak gayanya memang berjaya pun. Malah, aku sendiri gunakan taktik memaut kepada blog yang lebih popular (terima kasih Mike, malam ni Loft?) agar aku boleh dapatkan limpahan pembaca yang mungkin inginkan kelainan dari blog sifu aku. Dan terus terang aku kata di sini, aku cuba sedaya upaya untuk menulis tentang pemerhatian harian aku, yang disertakan pendapat-pendapat aku sendiri.

Tapi pada masa yang sama, blog ini seakan sepucuk pistol yang berisi. Merbahaya. Di tangan yang betul (macam seorang anggota polis), memang boleh digunakan untuk mengawal keselamatan dan keamanan. Bagaimanapun di tangan yang salah (macam seorang anggota polis Malaysia yang tidak cukup gaji) ia boleh menyebabkan nyawa melayang.

Semuanya terpulang kepada pembaca sendiri, dan kematangan pembaca tersebut. Aku sedar tidak semua orang yang berumur 29 tahun yang bekerja di pejabat dan berkereta nasional itu matang, tetapi sekurang-kurangnya variasi sensationalism selain dari yang boleh dibaca di Harian Metro dan Mastika mungkin akan menyentakkan beberapa kepala konservatif di luar sana.

('Talihina Sky' dendangan Kings Of Leon pula.)

Pada aku, blog ini (dan banyak blog lain di luar sana. Kudos!) adalah seakan-akan bukti kebebasan Bahasa Melayu kita sekarang. Bukan kebebasan Bangsa Melayu, tetapi Bahasa Melayu. Aku rasa kandungannya mungkin biasa, tetapi akibat ia bukan ditulis dalam Bahasa Inggeris dan sebaliknya ditulis dalam bahasa yang lebih sinonim dengan tradisi, kebudayaan, SPM, perbahasan dan Belanjawan, skop sebarannya memang agak berbeza.

Dan di sini aku ingin tekankan aku bukan menulis pasal politik, 'scene', agama, bangsa ataupun hal peribadi aku sendiri. Aku hanya menulis tentang pendapat, pemerhatian, atau aku layan diri sendiri sahaja.

Kenapa?

Sila rujuk tajuk besar blog aku di atas sana.

2 orang ada pendapat sendiri:

Azyze

Tak pedulilah apa jua sebab peribadi, yang pasti pembaca anda (baca: saya) membaca blog anda untuk pikir-pikir dan sekali sekala gelak perlahan.

terima kasih kerana menjadi penulis yang bisa di'stalk' dalam diam oleh pembaca senyap seantero Malaya.

sabrina

Dah memang Malaysia:

CENSORSHIP.

nobody speaks outright, unharmed.

i don't agree to everything you say, but if i start to argue, i would be countered till eventually all we get is animosity. for the sake of diskusi, some say? all the bull about being able to "diskusi", hmph, when do we ever resolve a problem that way? pigheads remain pigheads.

but we can learn without speaking, no?

and then again i need these belligerent bullocks to get me thinking. aih.