Budaya Laju.
Terus terang aku mengaku, aku banyak mendapat ilham menulis apabila membaca buku-buku karya Chuck Klosterman. Dia banyak menulis berkenaan pop culture dan subculture, terutamanya yang berkenaan dengan muzik. Dalam karya pertamanya, 'Fargo Rock City' (yang aku sedang sibuk membaca sekarang), dia ada menulis tentang accelerated culture, yang mungkin boleh diNatashakan secara mudah kepada Budaya Laju. (Aku terangkan kemudian.)
Jadi, Encik Klosterman, seperti yang aku katakan, banyak menulis tentang perkara-perkara yang kiranya menarik perhatian aku, tetapi banyak penulisannya berdasarkan konteks kehidupan di Amerika Syarikat. Kaitan muzik dengan budaya, obsesi peminat muzik dengan band-band tertentu, hinggakan kepada perkara-perkara pelik yang diperhatikannya berlaku di Amerika Syarikat. Apa yang aku buat adalah mengambil pemerhatian sama yang dilakukannya (sedikit sebanyak) tetapi mengubahsuaikannya kepada konteks kita di Malaysia, dan tentunya dengan pandangan aku sendiri.
What I'm trying to say is, go read his books if you haven't. Might open a few windows for you. Susah nak bernafas di sini, bukan?
Ok, berbalik kepada Budaya Laju.
Banyak daripada unsur-unsur budaya (Budaya di sini maksudnya budaya pop—pop culture, bukannya budaya dalam konteks 'kebudayaan' yang sering digunakan oleh Kementerian Kesenian dan Warisan. Tau!) yang sering aku tulis di sini, dari fesyen hinggakan ke muzik, adalah budaya pop yang banyak diambil atau ditiru dari negara luar.
Dari, seperti yang kamu tahu, skinny jeans ke shemagh, stail muzik Hujan yang semua orang kata ditiru dari The Strokes ke Ravepit yang pandai shuffling, banyak elemen-elemen dalam budaya pop kita diambil dari budaya pop orang lain.
Tapi aku perasan juga perlakuan masyarakat kita yang hanya wujud di sini, atau paling banyak pun, di kalangan penduduk rantau ini. Trend atau Budaya Laju yang mungkin bertahan setahun dua, dan akhirnya hilang begitu sahaja. Budaya atau perlakuan yang tiba-tiba memuncak, dan tanpa disedari, tiba-tiba hilang tanpa berita. Contohnya—
1. Bubble Tea
Dahulunya popular gila, dan banyak kedai-kedai bubble tea dibuka di tengah bandar. Biasanya teh berperisa berkarbonat yang diletakkan dan diminum dari bekas plastik yang aneh bentuknya. Malas aku nak Google gambarnya.
2. Rotiboy
Dikatakan pada zaman kemuncaknya 3 tahun lalu, pemilik francais Rotiboy boleh untung beratus-ratus ribu sehari dengan hanya menjual sejenis roti berminyak yang diletakkan serbuk kopi ini. Tidah hairanlah ketika itu manusia di Lembah Kelang sanggup beratur panjang-panjang untuk mendapat Rotiboy. Sampai ramai orang meniru idea Rotiboy dan mengeluarkan versi Rotiboy mereka sendiri. Trend ini popular sehinggalah kemunculan...
3. Donat
Ya, barisan panjang yang kamu lihat di kedai donat di Lembat Kelang makin menjadi-jadi. J. Co dari Indonesia dan Big Apple Donuts merupakan dua francais donat yang paling popular di sini, habis dipijaknya kepala Dunkin' Donuts yang hanya pandai membuat donat keras. Aku rasa kedua-dua francais ini mungkin hanya akan bertahan sehinggalah kemunculan francais Krispy Kreme, kamu lihatlah nanti. Ataupun sehingga kemunculan trend makanan baru selepas ini-lah.
4. Mawi dan Akademi Fantasia.
Ok, kita hentikan pasal makanan dan borak benda lain pula. Syarikat telekomunikasi di Malaysia untung berjuta-juta ringgit akibat obsesi rakyat yang inginkan anak bilal Felda Taib Andak ini dinobatkan pemenang Akademi Fantasia. Walaupun kemaruk Akademi Fantasia buat masa ini tidak pernah ke tahap ketika Encik Asmawi Ani bertanding, tetapi realitinya bisnes pertandingan nyanyian berdasarkan undian SMS ini lebih menguntungkan dari mana-mana skim piramid/cepat kaya/jutawan mudah/MLM. Bak menghantar SMS wang ke poket-poket eksekutif syarikat telekomunikasi. Janji kamu puas hati, bukan?
5. Tunggu Ada Yang Mati Dahulu, Baru Bertindak.
Ok, masa untuk serius. Satu perkara yang aku perasan adalah mentaliti kita yang hanya mengharapkan yang terbaik dari sesuatu yang jelas kurang baik, dan tiada apa-apa tindakan akan dilakukan terhadap sesuatu itu, sehinggalah ada yang kehilangan nyawa.
Boleh digunakan dalam pelbagai konteks, dari konteks pemandu bas ekspress yang layak, tempat letak kereta yang gelap, plaza tol merbahaya, terowong pejalan kaki gelap, pekerja pendatang dari Indonesia dan sebagainya. Aku panggil ini sebagai sifat Tutup Mata Sebelah. Kita Tutup Mata Sebelah terhadap sesuatu yang memang tidak syak lagi mencurigakan dari segi keselamatan/kebersihan/kepercayaan, dan tidak akan ada sesiapa pun yang akan bersuara atau mana-mana agensi kerajaan akan bertindak sehingga ada yang mati.
Dan apabila sampai ke tahap ada yang mati, mulalah Harian Metro/Kosmo/Mastika menggunakannya sebagai modal pelarisan, sehinggalah si gemuk rancangan '360' di TV3 atau si gagap dari 'Edisi Siasat' membuat 'pendedahan berani' (sila ambil secara subjektif) di peti televisyen kita (Jap, flat screen LCD pun kira peti ke?)
Lepas itu mulalah kita kecoh buat pendedahan lain, buat aduan, buat dakwaan, sampai hangat dan laris tabloid-tabloid tempatan macam album live Mawi yang sumbang, dan biasanya akan kecoh sehingga ke tahap parlimen.
Lepas tu semua senyap. Sehinggalah ada yang mati lagi, dan bermulalah kitaran berikutnya.
Apa kejadahnya? Memang Budaya Laju betul.
Oh ya, Gong Xi Gong Xi. Dan aku rasa tadi aku nampak John di Subang tapi segan hendak menegur seorang yang begitu popular di arena blog tanahair. Ho-yeh.
11 orang ada pendapat sendiri:
#5 paling leceh dan paling kasihan.
Dah ada orang kena culik dari shopping complex, kena rogol & ditemui mati, baru sibuk nak pasang CCTV.
Dah bas-bas bergelimpangan dengan isi kandungan manusianya berterabur, baru nak ada cadangan, pasang kotak hitam la, periksa reputasi pemandu la.
Banyak lagi contoh rasanya..apa-apa pun memang leceh lah #5 ni.
benda remeh-temeh dilupakan seperti terlupa mencuci lubang jubur selepas berak.
#5 termasuklah lrt dan monorail yg penuh sangat ngan umat2 tanpa disedari bahaya dia camana. and i believe byk lagi perkara2 yg boleh difikirkan tentang derang yang nak kaut untung tanpa menyedari bahaya nya kepada rakyat2 or at least manusia2...dan nyawa.
#3 i find that kalau ada makanan yg menggemukkan dapat menarik perhatian orang2, especially doughnuts and cupcakes. termasuklah #2 actually. these people tak think about their health.
Useless trivia: RM1 million is needed untuk buka franchise Krispy Kreme di M'sia (aku sudah tanya, huhu)
Dapat juga diapplikasikan kepada projek2 pembangunan infrastruktur..contoh : KL SENTRAL. Dimana hub bus yang terletak dibawah(laluan menghala ke monorail) yang tidak lengkap dgn kemudahan bagi pengguna2 komuter bus(i.e tempat duduk) malah tiada kesan perancangan yang rapi ditampilkan dihub bus tersebut, malah, seperti tidak dirancang. Dengan kesesakan teksi2 lalat(pemandu2 teksi pemalas) dan keriuhan konduktor2 bus2 LCCT(macam pudu raya pula) yang menunggu beramai2 di bawah escalator sambil mengusha awek2 dan mengorat 'minachi'2 menimbulkan suasana yang teramat 'third world'.Amat jelas kerajaan negara ini mengabaikan 'keperluan' infrastruktur dalam konteks pengakutan awam. Aku hanya meminta Pak Lah untuk hidup sebagai seorang rakyat Kuala Lumpur selama seminggu yang bergantung kepada pengakutan awam ini untuk ke tempat kerja. Baru layak untuk dilabel pemimpin berjiwa rakyat.
knape bile everytime i bace entry kat blog u i 'ter'jatuh cinte? mandrem ape yg inchek MM gune?
huhu..sgt tak relevan..
j.co tak sdap...
big apple lg sdap..
it's worth every cent of ur money..
FCUK!!
i'm starting to drool... LOL!!
xoxo
bukannye sedap pon J.Co, Big Apple, mahupun Krispy Kreme tu. My heart will always be with Dunkin' Donuts.
Hohoo, siapa kata Dankin Donat tak sedap? Doh keras? Mana ada. Lagi lembut dan 'berangin' daripada J.Co.
Lagipun senang nak cari.
Hohoo, tiga orang pemboikot J.Co.
Krispy Kreme...
aku ada buat asignment pasal syarikat ini...
harap syarikat ini muncul segera di malaysia...
hmm. rm1mil nak meng-franchise Krispy Kreme? tak wurthit? mcD lagi mahal kan.
my friends from melbourne bring home 6 dozen KK donuts each time they come back to kl. tapi ni zaman pre-Jco Bigapple.
dunkin is so last millenium laaaa.
cuppacakes dah bukak cafe@uptown. anda tahu?
pop culture yang kita banggakan sekarang ni lebih daripada pop culture.
ianya semacam sisa-sisa budaya yang berasal dari budaya yang tersisa.
Catat Ulasan