Rabu, Mac 18, 2009

Tanya Abang Minimalis Lagi!



Semenjak dua menjak ini aku kerap menerima e-mel bertanyakan bermacam-macam soalan. Dari soalan tentang persekolahan, tentang masalah komputer hinggalah ke masalah negara.

Dan disebabkan aku malas untuk melayan soalan-soalan yang diajukan secara peribadi, aku buka balik ruangan 'Tanya Abang Minimalis'. Aku rasa ruangan ini patut ada sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Lagipun, aku rasa kalau aku kongsi soalan-soalan berserta jawapannya sekali pembaca yang lain juga boleh dapat manfaat, bukan?

Jadi, mulalah bertanya, seperti biasa aku tidak akan melayan soalan-soalan berkenaan politik atau agama (yang terlalu mendalam). Sila pergi laman JAIS, JAKIM atau yang sewaktu dengannya. Atau sila Google sendiri. (Kadangkala dengan jenis-jenis soalan yang kamu beri memang nampak sangat kamu semua malas guna Google.)

40 orang ada pendapat sendiri:

Qasiyh

Tempat paling bagus nak pursue belajar dlm bidang Multimedia,i mean abroad...

RebelHeart

i cant put my nuffnang adv at my blog.
dah ikut step dia bg but still cant. how?

xeem

Do you like classical music?

If so, the following questions apply:

Have you been to an orchestral performance?

What was the best classical performance you've seen? (Mine was witnessing Zubin Mehta conduct the VPO for Bruckner's 9th)

Do you have a favourite piece/performance?

Do you play any musical instruments?

Cheers.

Tanpa Nama

kenapa kau tak follow sesiapa kat Twitter?

aku rasa sebagai tanda terima kasih kepada followers kau, kau patut follow dia orang.


oh, and adakah kau rasa UFO/Alien itu wujud?

Melayu Minimalis

Oh ya.
Kalau boleh elakkan bertanya dengan 'Tanpa Nama'.

Benci betul aku.

marzuki

adakah kau nak aku ulang balik?


kenapa kau tak follow sesiapa kat Twitter?

aku rasa sebagai tanda terima kasih kepada followers kau, kau patut follow dia orang.


oh, and adakah kau rasa UFO/Alien itu wujud?

kenshin

bukanya diaorang tak leh tanya JAKIM atau penganalisa politik atau google..tetapi mereka mahu jawapan dari pandangan kau yang tidak terikat dengan dogma atau mana2 ideologi lain melainkan kau ikut kepala kau sendiri.

aku pun suka dengan cara kau mengupas sesuatu isu...tapi dah kau tak nak terlibat dalam isu yang berat-berat, tak leh la nak kata apa kan...

Kwaidan Tarmizi

amacam brov? semoga sharp cat sihat sentiasa.

nak tanya sikit soalan.
1)apa buku yang last MM baca
2) apakah "unknown treasure" untuk-mu di sekitar kuala lumpur atau selangor, tak kira cafe ke, restoran ke, kedai cd ke, kedai dvd haram ke. tempat undiscovered gem la kira

3) jika terdapat tempat di malaysia aku nak jadikan "creative capital" setuju kah anda terhadap subang jaya sebagai candidate utama?

sekian BRUV!

Danial Fa-iz

Soalan aku:
Memandangkan aku tak menetap di tanah air sekarang, kau boleh tak suggest online source untuk aku/sesiapa mencari dan membaca review muzik-muzik terbaru dari Malaysia yang kau rasa patut orang tau/dengar? Macam Pitchfork/DiS versi Malaysia la..

timah

danial- ada. it's called www.malaise.malscene.net

tapi now baru sar up balik sebab the old one penuh sampah. agaga. do contribute if you can :)

sorry mm saya sibuk. huhu

ajiz cabalero

apa kabar..
saya nak tanya ni..
saya akan abis study degree bulan 5 ni..masalahnya sekarang saya tengah berfikir sama ada untuk bekerja di sini (kawasan lembah klang) ataupun balik ke kampung saya yang terletak di kota kinabalu sabah.apa pendapat saudara mm berdasarkan peluang pekerjaan dan ekonomi sekarang..(saya graduan dari business studies(finance))

offJack

betul ke lx4 akan keluar in a few months time? apparently its coming out in june.

dyla rosli

yeay! dah bertanya dah di emel. :)

syuxx

Encik MM,

apakah pendapat anda terhadap musik scrunk? Yakni musik ala-ala brokencyde, dotdotcurve, dropping a popped locket dan seangkatannya?

adakah satu musik yang kreatif ataupun sekadar sampah saja?

suparman

antara jenama air fresh oren yang terbaik di supermarket local, yang mana ko suggest ?

Lopo

1.Boleh tak MM beri cadangan dan idea kat aku IPTA atau IPTS mana yang terbaik untuk aku sambung belajar didalam bidang seni bina,aku dah tak tau nak pilih yang mana?

2.Apa perkembang kereta MM? Ok kah?

3.Tak ingin buat 'Petang/Malam Semalam Di Luar Negara' pulak??

Itu sahaja untuk kali ini!

mizzy N

dear encik minimalis, kenapa semua orang dalam drama menangis tak lap air mata macam tisu tak wujud dalam dunia drama tv? aku geli tengok air mata lekit2 tu.

ps: Aku tau dia nak tunjuk efek menangis hebat tapi saja nak tanya pendapat encik sebab encik akan komen dengan menarik.

Weed and Bandages

Melayu Minimalis berkata...
Oh ya.
Kalau boleh elakkan bertanya dengan 'Tanpa Nama'.

Benci betul aku.
2009 Mac 18 02:47


hahahahah.. sat sat nak gelak sat..

soalan ringan saja.

Ms Weed minat juga Moloko,Moby,Beck dan apa pendapat MM tentang mereka? Pernah ke konsert mereka?

Jika MM diberi peluang menjadi seorang guru di sekolah menengah, sanggupkah sahut cabaran itu? (boleh jawab 'ya' atau 'tidak' - jimat masa :)

Tipu Tapi Benar (TTB)

MM,
Tak lama lagi siaran televisyen di Malaysia akan didigitalkan.
Dan pengguna televisyen perlu membuat sedikit perubahan dalam menghadapi perubahan ini.

Soalan : Apakah pentingnya pertukaran kepada sistem digital ini dan bagaimanakah ia dapat memberikan kebaikan kepada kita, terutamanya kepada penerbit filem, penerbit program dan individu yang meelibatkan diri dalam industri yang seangkatannya di Malaysia?

the blackpaper

Kehadapan Saudara MM,

Apakah langkah-langkah atau penyelesaian yang saudara MM biasa ambil ketika menghadapi tekanan kerja ditahap yang agak teruk. dan adakah langkah yang diambil itu berkesan mengurangkan tekanan itu.



terima kasih,
Kertas Hitam

roket

mm sudah ad ramai pengikut,dh aku kira sudah boleh mempengaruhi pemikiran pembaca dalam certain issue,so penah x terpk nk wat mcm dalam cite fight club,kumpulkan pengikut n p letupkan klcc ke,parlimen ke,atau pokok demokrasi mungkin?
haha

fadzlie

tahu tak di mana ada menjual kamera polaroid? bukan kamera digital, tapi yang instant tu. sudah mencari di lelong.com.my dan ebay.com.my.. tapi tak jumpa.. hanya jumpa yang digital..

Neys

apa perkembangan terbaru muzik tanah air kita ?

Ummu Qaish

boleh aku tanya pasal cinta?!
sukar untuk memilih mana satu yang patut aku kahwini... kedua2nya aku suka dan kedua2nya punya keperibadian yang aku mahukan...

StingRay

Gambar kat atas tu kat damansara?....dekat jalan PJU? =}

macam kenal....=)

KumbangKhayal

kau rasa cutting jeans mana yg cun kalau padan dengan puma 917 atau puma first round?

hac01

apa yang kau rasa patut dilakukan agar gejala samseng atau kebinatangan para pelajar di sekolah menengah dapat dikurangkan?

komentar tidak bernama bukan dari bernama

a. jason mraz live in malaysia (dh lepas)
b. sunburst 2009 (dh lepas)
c. sarah brightman live in malaysia (dh lepas)
d. jamiroquai live in malaysia
e. rachael yamagata live in singapore
f. coldplay live in singapore

which one do you likely will be goin? why?

Pengandung

cara cara mencegah kehamilan apabila sperma telah berjaya berenang kedalam vagina secara berkesan selain dari amalan memakan nenas,berjumpa doktor, atau apa saja amalan tipikal lain. Mengikut pengalaman sedia ada encik minimalis, atau boleh berikan nama ubat yang amat mujarab yang boleh didapati di farmasi berhampiran,sekian terima kaseh

dena_r

do u think Soundscapes will only bring in post-rock / math rock bands or do you think i still have a chance to watch freak-folk/ americana/ naturalismo bands in malaysia?

dena_r

btw what do you think of leica d-lux 4 and c-lux 3. ingat nak angkat satu dari pavilion.

zarticcus

Hallow...

aku sangat rasa heppi kerana ada jumpa peminat Smshing Pumpkins... lagi2 pada material awal2 sekitar era Gish... bagiku Gish sangat spesial kerana ke"raw"an/ke"garage"an, bits of psikadelik, balada yang menyusuk kalbu dan solo yang thundering serta interlude yang feelnya sangat "high" bagiku(seperti lagu Bury Me)...
ok berbalik kepada soalan...

MM ada rasa tak band2 lain serta albumnya yang MM boleh kasi rekemen yang agak2 boleh dapat feel yang sama/lebih kurang dengan album Gish, Smashing Pumpkins ini...
thenkiu...

Tanpa Nama

Betul ke kalau kita ada diploma, lepas tu kerja dalam 1 atau 2 tahun, kita boleh apply untuk master?

XMaTaPeJAmCeliKX

En MM
MM penah melalui zaman kegemilangan Skateboarding di bulat-bulat kan?MM penah skate ngan ariff budiman,helmy afro tak pon boy ipoh?

En MM
Apa pandangan MM mengenai contract sosial..!Adakah dier masih relevan?

cHoki2BeSt

kalau kamu betul ada anak (tak salah jika kamu beri pendapat walau kamu tiada anak tidak bukan?).

Apa pendapat kamu tentang status dan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah Malaysia pada masa kini? Dan dari aspek mana perlu di titik beratkan?

ella safina

agak2 abang mm, mana piah zadora pegi?

red pill

1)adakah MM seorang yang minat bermain sukan? sebab kebanyakan boys they all interested in football misalnya even they don't know how to play it (kaki bangku)

2)MM ada 'elergic' tak? anything tak semestinya for food only..

3) i'm craving for seafood. kat mana paling best seafood area klang valley ni?

sekian..

errk, kenyang

1) semacam trend untuk pemilik rumah memiliki dinding berlukis atau bercorak. (aku tak tau term nya) ada yang lukisan muka, urban batik?, bunga dan banyak lagi.

adakah itu custom wallpaper atau custom hand drawing.
servis tu dah ada ke di arena tempatan?

(servis mural taska aku ada jumpa)
(aku pernah berbual dengan interior
designer tapi dia juga blurr... tak update betol.)


2) lighting art (seni pencahayaan) masih belom berkembang di minda pemilik rumah tempatan.
rata rata mengatakan untuk dapat cahaya yang bes perlu lampu mahal.
rata rata mengatakan pakai lampu kalimantang sudah.
paling hebat pon kata "beli uplight 3 ketol suda cukop apa".

pada aku yang penting adalah
lokasi, bouncing, dan light spread cahaya tersebut,
oh tak lupa design lampu atau base socket.

boring aku mensuggest mereka nih.
tapi nak suasana cosy, relaxing dan sexy.
tapi modal mau kecik. hahaha.

macam mana aku nak educate dorang nih?


3) do you need walking closet for your shoes collection? lu suda kira collector. eh ke peminat saja.

domestobot

Apakah pandangan MM tentang prospek pekerjaan dalam bidang kejuruteraan bahan di Malaysia?

Mas Mohd Yunus

helo en MM,

soalan saya:

1)kota paris dan jepun sudah sinonim dengan ledakan perkembangan fesyen semasa. Pada pendapat en MM, di Malaysia ini, di manakah port yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai pusat fesyen terkini? Kalau en MM katakan Kuala Lumpur, sebutkan area yang paling sesuai sekali dijadikan fashion centre ini. Ini juga mengambil kira soal taraf sosial, compatible dengan keperluan semasa dan paling senang untuk diakses oleh sesiapa pun.


2)En MM pernah memberi pendapat tentang groupie-groupie tertentu seperti Lolita Goth, Hipster,Shuffler etc etc. Terdapat lebih sedikit tafsiran tentang kekurangan mereka. Bukankah perkara itu menunjukkan mereka merupakan golongan yang berani mencuba, sedikit kreatif walaupun mencedok dari pop culture yang lain.Jauh sangat mahu dibandingkan dengan golongan Barat mahupun Asia Timur yang lebih up to date, tetapi orang kita tidak ketinggalan,bukan? Boleh tak en MM membuat tafsiran / pemerhatian disertakan dengan cadangan-cadangan yang boleh digunapakai?

3)En MM adalah seriuscompact-user. Ada tak url pengguna-pengguna compact cammy ni, maksud saya, url hasil-hasil gambar mereka?

4)En MM penggemar muzik. Adakah muzik rock kapak pernah menarik perhatian en MM. Jika ya, apakah lagu yang diminati?

Sekian.