Selasa, Mac 03, 2009

Pelangi.





Setelah sekian lama, aku dapat lihat pelangi di langit petang semalam. Berdasarkan gambar memang tidak boleh nampak, tetapi pelangi petang semalam penuh berbentuk separa bulatan, kedua-dua hujungnya menyentuh bumi.

Kadangkala apabila berpeluang melihat benda-benda sebeginilah hati aku jadi aman dan tenang. Seakan-akan tiada masalah, walaupun aku pasti tiada orang di atas dunia ini yang boleh lari 100% dari masalah.

Betapa kompleksnya hidup dan masalah seseorang itu, sama kompleks dan rumitlah keadaan yang membolehkan pelangi berbentuk separa bulatan berlaku. (Jangan hirau, pelangi berbentuk bulatan penuh juga boleh berlaku.) Memang jarang dapat dilihat, dan kamu bertuah jika kamu berpeluang saksikan dengan mata sendiri, dan kata orang Ireland jika kamu cari hujung pelangi akan ada sebelanga emas yang dijaga oleh seekor leprechaun comel.

Jadi sebab itu dari dahulu lagi, kalau ada musibah melanda aku, aku pasti selepas semuanya berlalu, akan ada pelangi untuk aku. Macam jika mulut kamu ada ulser, pasti mulut kamu akan sakit, dan kamu akan teringat bagaimana rasanya bila mulut kamu bebas dari ulser. Dan kamu akan tenang sebab kamu tahu bila ulser kamu sembuh nanti, mulut kamu akan jadi seperti biasa semula.

(Aku rasa ini kali pertama aku menulis sesuatu yang menggunakan perkataan pelangi dan ulser di dalam nukilan yang sama.)

17 orang ada pendapat sendiri:

Perempuan Pemimpi

org tua kata, jangan tunjuk pelangi guna jari. kang jari jadi bengkok.

Tanpa Nama

aduh..terasa jiwang n gay at the same time..
F**k this shit! i like womenn!!!

Tanpa Nama

suka aku tengok pelangi bulatan penuh itu.!

errk, kenyang

minggu lepas, tv singapore ada tayang pelangi kat TV dan mendapat liputan hebat. hahaha.
aku tak tahu kenapa.
apa yang hebatnya.

god creation.

mungkin dah lama berjerubu.

Tanpa Nama

pelangi tu indah tapi sekadar sementara singgah untuk mencuci mata..nak pegang x dapat..nak peluk jauh sekali..ia seperti ilusi..

bumi tu pulak wlp kadang2 tak indah, penuh masalah tapi ia sesuatu yang pasti..

Tanpa Nama

seindah mana pemandangan tuh..aku prefer pemandangan cleavage minah dalam post sebelum nih hish hish hish hish hish hish

xeem

I will never forget the childhood memory of seeing a full circle rainbow while being on an aeroplane.

It was cloudy and the shadow of the aeroplane was cast onto the clouds. Around the shadow was a circular rainbow in the most vibrant colour.

Unknown

rahmat hujan selepas penas terik..
pelangi nak keluar..

Nurul Harun

cantek pelangi itu.
ahhh, lama x dpt ketemu sama pelangi.
fuh.

cyruscope

camera ape nih beb? mcm besh...

cyruscope

sowei bro, silap tanyer.. panasonic LX3 ek? f2.0 memang best. syabas sebab dah ada camera yang dcari.

aiXat.MR

ayat biase aku:

selepas datang hujan dan ribut,
tuhan mhadirkan pula sang pelangi.

lagi jiwang. kan?
nak wat cemane.
huhu~

* TIYA *

ewh,ade ek pelangi bulat penuh?
hurm...waiting wt patience

Tanpa Nama

ko mcm tau2 je aku menderita ulser skarang ni
ulser paling besar dlam hidup aku
besar mcm kawah bulannn

Tanpa Nama

sy mudh terpengaruh..so sy akan kumpu duit beli LX3 dari beli DSLR -.-

Hanna Rabittah

entri nih lawak
haha..
best2

AF

ada cahaya dihujung terowong.
ada pelangi selepas hujan.