Rabu, Mac 25, 2009

Contoh Terbaik 'Cakap Serupa Bikin'.

Di dalam kehidupan seharian, aku jumpa banyak jenis manusia. Dan di antara manusia yang aku jumpa, sudah pastinya aku terjumpa mereka yang benar-benar percaya tentang sesuatu, sama ada ianya mentaliti tentang sesuatu, cara hidup, aliran politik atau agama dan macam-macam lagi.

Tetapi ramai juga yang cakap bahawa mereka berasaskan sesuatu yang penting di dalam kehidupan, tetapi tidak mengamalkannya 100%. Contohnya macam Mamat konon punk tetapi makan di McDonald's (misalnya). Ini tidak termasuk lagi mereka yang mengikut membuta tuli, yang melakukan sesuatu tanpa memikirkan atau menyelidik sebabnya. Seperti mengaku 'straight-edge' atau 'vegan' tetapi tidak tahu asal-usul 'pergerakan' tersebut dan hanya menurut 'gaya' pergerakan tersebut, dan sebagainya.

Tetapi aku tabik dengan Ingrid Newkirk, salah seorang pengasas PETA (People For The Ethical Treatment of Animals) yang telah menyediakan wasiat yang benar-benar melambangkan dedikasinya terhadap pergerakan anti-kekejaman serta hak haiwan yang dimulakannya.

Antara kandungan wasiatnya ialah.

1. Daging mayat aku dibarbekukan untuk mengingatkan manusia bahawa semua daging mayat tidak kira manusia atau haiwan adalah daging semata-mata, dan makanan berasaskan daging sebenarnya tidak diperlukan.
2. Hati aku dibungkus dengan vakum, semua atau sebahagiannya, dan dihantar ke Perancis dan digunakan sebagai protes kepada aktiviti perusahaan foie-gras yang menggunakan hati angsa yang dipaksa makan.

Dan banyak lagi kandungan wasiatnya yang boleh dikatakan agak ekstrim. Baca wasiatnya yang penuh (dalam Bahasa Inggeris) di sini. (Dicilok dari Neatorama.)

Rasa-rasanya kalau orang Malaysia di sini sanggup tak berbuat sesuatu yang ekstrim (selain dari berarak selepas sembahyang Jumaat) untuk menyampaikan mesej-mesej yang ingin disampaikan?

Paling senang misalnya kalau seorang kaki MLM (multi-level marketing) ingin mengajak rakannya masuk MLM yang sama sebab kononnya senang kaya, banyak wang dan sebagainya. Kamu rasa kaki MLM itu sanggup tak membayar atau meminjamkan duit modal kepada rakannya tersebut? Bukan MLM boleh dapat banyak duit?

32 orang ada pendapat sendiri:

ajiz cabalero

betul2
ada ka straight edge yg betul2 straight di malaysia ni?
ada ka vegan yang betul2 vegan?

btw, aku first!hee

Tanpa Nama

ingrid newkirk ni dah mati ke?

Tanpa Nama

MLM..hahaha..tak boleh blah beta dengan isu ini..penat..letih..lesu..hiba..lelah nak cerita pasal MLM nih..

Tanpa Nama

tak semestinya semua punks anti capitaliss.aku rasa aku "konon punk" tapi still buy things from big big corporations.and its fucking impossible to not buy anything from big companies kecuali kita dumspter dive,yang tak wujud di negara ni.

Von

Malaysian Oi! guna Fred Perry?

Tanpa Nama

aku bagi alasan yang sama untuk yang paksa aku join MLM.
termasuk mak aku.

Tanpa Nama

aku pernah terpengaruh ngan mlm, akibatnya aku berhutang smp skrg kesan dari MLM.
bgsnya, aku dapat 1 pengalaman yg pastinya takkan diulangi.
anti MLM? no,cuma aku tak dilahirkan utk berlagak kaya tapi sebenarnye tak kaya..

Tanpa Nama

ada fahaman agama pun bukan nak buat sepenuhnya, dalam istilah yahudi iaitu hipokrit pada pandangan islam pula munafik, inikan pula mahu menambah nambah lagi fahaman yang dibuat oleh manusia sendiri, siapa yang cakap serupa bikin?

Tanpa Nama

btol aku bena2 stuju!!!!

kalo suruh org masuk MLM bukan main...

tapi bila kawan nak pinjam buat modal...

hilang entah ke mana...

cakap byk duit...

x suka org mcm 2!!!!

yoshz

MLM: dulu ada org siap payung aku masuk. tapi aku tak buat aper.tak carik org pun.

sungguh bangang upline aku itu.

Tanpa Nama

ceh...dulu kawan aku pun pujuk masuk business ni..tp aku wat dunno je....ape die pikir senang nk dpt modal...ckp senang ler...lalalala~

Tanpa Nama

Aku andaikan yng MM ni seorng yng tak tau mane yng betul,mane yng salah,x tau ape2 pasasl agame islam.adeke kalu nak malaysia maju kene ade industry pornograpi....
ko tak tau ke yng berzina itu salah satu dosa besar yng dah terang2 haram.....lepas tu leh kutuk lak orng yang nak pegi buat haji kat Mekkah....ko tau tak yng pegi haji merupekan salah satu dari rukun islam...akaiiiii ade ke...?
ape la...kate hebat sgt..tapi hampeh....
ape ko ingt ko tau semue tempat2 ngan term yng cool ,ko hebat la ye....ape ko ingt ko kutuk2 orng tu bagus sgt ke.....dannnnnnnnnnnn...
aku 100 % sure yng mane MM x pernah sembahyang sepanjang hidup die.....
entah.....ko x ajar mak bapak ko care2 didik anak ye..........?

Tanpa Nama

ada satu band bernama 41. they all tak ikut vegan, tak ikut straight edge. they all sangat cool. they all pakai kasut lost. they all semuanya sharp. they all dapat pendidikan music formal. pintu-pintu didepan mata terbuka untuk they all. they all suka alcohols. they all pandang rendah orang lain kerana they all kaya dan bijak menggunakan harta kekayaan parents. they all buat music orang kaya punya heavy. sebab anak orang kaya je boleh form band macam tu bai. kita yang miskin kena belajar main instrument ikut abang member. kalau abang member tak reti main, kita jumpa pakcik member. kalau lagi, kita bodek cikgu muzik sekolah rendah. and then, band kita selalu kena kutuk dengan anak orang kaya yang member dengan anak orang kaya yang ada band.

gua bukan apa bai, gua harap anak orang kaya boleh berfikir diluar kotak kekayaan bai.

reverie

Entri ini bagus.
Thanks for this technical reading.

Melayu Minimalis

@gua
apa kena mengena komen kamu dengan nukilan ini?

tiada langsung.

bai, aku ada duit pasal aku pandai ambil peluang. guna otak, jangan guna emosi bai. emosi paling jauh boleh pergi pun drama swasta.

Melayu Minimalis

@penjejak badai
sila belajar mengeja dengan betul.

Tanpa Nama

I guess eating meat does makes you respect your body more and not doing horrible things to it after u died. Not like this ingrid gal. She has a very skewed perception of her own flesh!

Tanpa Nama

actually makes you respect your body LESS. dmnit.

-Orang yg sama cam diatas-

Tanpa Nama

@MM sila belajar mengeja dengan betul? Lol. That's lame.

Tanpa Nama

Aku selalunya tergelak besar apabila seorang punk berbangsa Melayu, Cina atau India mengamalkan 'white supremacist' dan dengan bangganya memakai but hitam bertali putih.

Kalau buntut dah cop Asian, Asian je la.

emma songall

perghhh.
mmg ekstrim wasiat tue.
tapi rasanya btol apa ko ckp.
xkn kowt Malaysian nk wat wasiat cmtue.
mentaliti rakyat Malaysia nie still low and lapok.

Tanpa Nama

apa yang dia wasiatkan tu is not really the point of this entry. its more like how an invidual is willing to sacrifice for himself in order to imply a memorable message. Kalau takat join in an organization just for the fun of it without even commiting to it gila buang masa sial. like how those straight edge kids are doing. seriously, takat tak minum and not do drugs je, thats nothing.

Tanpa Nama

ramai apa orang yang macam ni. yang hanya tau pakai, guna atau amalkan tanpa ambil tahu atau belajar dari apa yang dia pakai, guna atau amalkan itu.

contoh 1: segelintir self-claimed nazi punk lepak dekat sogo.
contoh 2: segelintir manusia berlagak alim ceramah isu halal haram tapi hisap rokok macam naga tak cukup nafas.

cakap tak serupa bikin.

Lily Cartina

maybe those vegan don't eat meat just because they want to stay healthy(according to them) or to lose weight.

maybe..

Tanpa Nama

kenapa kena buat term 'cool' macam sXe baru org tanak isap rokok etc?

-peta's pseudo-supporter.

Tanpa Nama

Eh tu kat atas tu ada seekor contoh yg boleh diguna utk pepatah (?) cakap tak serupa bikin. Cakap pasal agama, sembahyang, rukun Islam berkobar-kobar, last-last dia siap menuduh bukan main. Wah. Contoh terbaik. Clap clap clap.

Malays nowadays. Sigh.

Tanpa Nama

Adakah ko cuba katakan sebagai pencinta haiwan dan alam sekitar kita mesti mengikut jejak langkah ingrid?kalo tak buat seperti dia kita seperti "cakap tak serupa bikin?" begitu? aku suka pada haiwan, sayang pada mereka tetapi tidak bermakna aku harus melakukan seperti orang yang tak beragama lakukan. tulisan kamu kadangkala menjangkaui dan tidak menghormati sesetengah adat/agama/cara hidup masyarakat kita.Kamu boleh jadi liberal tapi ada hadnya.Mengata orang, membuka pekung di dada orang lain, memalukan orang lain tidak membuatkan kamu lebih mahupun atas daripada orang yang kamu cacikan.It just makes you the same as they are, or probably even worst.And no, ia langsung tidak membuatkan anda kool sama sekali.Renungkanlah.

Tanpa Nama

"sila belajar mengeja dengan betul."
-itu sahajakah jawapan kamu?cara bela diri kamu?

ya,semua adalah tentang hormat.
kalau kamu tidak mengikut sesuatu agama,adat atau cara hidup tertentu. kamu tidak perlu menghentam ia.

itu tidak cool.

Melayu Minimalis

@Tanpa Nama
tengah renung lah ni.

salah satu peribahasa Melayu yang aku paling tidak suka ialah 'membuka pekung di dada'. tengok2 ramai yang berpekung di dada secara tersembunyi. sekurang2nya kalau kamu tengok pekung di dada aku atau orang lain kamu boleh ambil iktibar untuk menyembuhkan pekung sendiri bukan?

unless kalau pekung itu trendy la. then terpulang kepada kamu.

*tengah renung pekung lah ni.

Melayu Minimalis

@Tanpa Nama 15:52
ok.

Saidatul Madiha Abd Rahim
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama

Yes.I support u MM.
Tapi MM,balas la balik penjejak badai tu.