Khamis, Mac 12, 2009

Siapa Mahu Pepaku Sembilan Inci?

Memang sah.

Salah satu kugiran kegemaran aku, Nine Inch Nails, akan berkunjung ke Singapura tanggal 10 Ogos ini.

Aku masih ingat lagi, sebagai remaja yang mudah terpengaruh, aku telah terjerumus ke dalam kancah muzik industrial. Bermulalah zaman berpakaian serba hitam, memakai jaket plastik berkilat dan mula-mula berkecimpung dengan muzik yang boleh dikatakan ganas. Ya, bermula dengan Nine Inch Nails (terima kasih kepada seorang rakan karib yang mula-mulanya meminjamkan kepada aku CD 'Broken'nya.) dan kemudiannya Ministry, Skinny Puppy dan KMFDM, muzik industrial merupakan pengenalan kepada aku tentang dunia muzik yang lebih luas dari apa yang aku dapat dengar dari radio dan tonton di dalam televisyen.

(Ingat, ini zaman pra-Internet. Memang susah untuk mencari bahan muzik merata-rata.)

Hinggakan aku hampir-hampir membeli seluar jeans kulit selepas menonton video di bawah—



Nasib baik aku tak beli. Apa-apa pun layan video-video di bawah ini. Yang pertama ialah gandingan Nine Inch Nails dan The Dillinger Escape Plan, dan yang kedua ialah video muzik terakhir karya seniman agung Johnny Cash sebelum meninggal dunia.



7 orang ada pendapat sendiri:

kelalang

semuanye we're sorry,this video is no longer avail la darl
saya kuciwa kamu tawu?

Azzam??

hahahaha... dah pernah tengok dah semua...

NIN... aku terpaksa berterima kasih kepada soundtrack the crow lah.. banyak menghasut citarasa music aku walaupun ketika itu masih lagi darjah2... xD

mousqy

hang lupa nak habak pitchshifter!!!

Anuar Ze Shaguar

I WAS THERE! Soundwave festival, 2nd March 2009.

NIN closed their almost 2 hours set with Wish. Suprisingly they didn't play 'Closer', and 'Only'. Only one song from Year Zero.

Best day of my life.

Anuar Ze Shaguar

Owh. A trivia.

For 'lights in the sky tour' they had 'The Frail' followed by 'The Wretched'. But for Australia/New Zealand tour, they had 'la mer' and the to 'The Fragile'.

Melayu Minimalis

@Anuar
thanks for the little piece of trivia.

@mousqy
oh yeah Pitchshifter!!!! Terlupa dowh.

Tanpa Nama

i saw MINISTRY last tour ever!! was a great gig for 2008!!! deadly!!