Selasa, September 04, 2007

Tafsiran 'Hipster' Malaysia.

Mungkin untuk mereka yang tak kenal aku, sekali pandang akan menganggap aku seorang hipster. Maaf, tapi zaman untuk aku jadi seorang hipster sudah pun berakhir. I am beyond that. Aku jarang mengikuti trend. Malah, di KL ni aku tergolong di dalam orang yang dikatakan opinion leaders. Ramai agensi-agensi kreatif memanggil aku, meminta pendapat aku tentang itu dan ini, dari fesyen hinggalah muzik. Aku dibayar untuk berbuat begitu. Yes, I'm cool like that.

Tapi, untuk kanak-kanak hingusan di bandaraya ini, memang agak susah untuk mendapat kredibiliti seperti aku. Aku tahu, tak ramai yang suka pendapat aku, tapi tak suka tak bermakna tidak benar. Kamu ingat kamu berseluar ketat sahaja sudah cukup untuk mendapat kredibiliti? Malang sama sekali, jawapannya tidak. Jauh sekali. Mustahil.

But you have to start somewhere right?

Jadi di sinilah bermulanya tafsiran hipster aku. Ya, bukan hipster jeans. Tetapi manusia bergelar hipster. Di Malaysia, ya?

1. Selalunya dalam lingkungan umur 21-26 tahun. Lelaki dan wanita. Tak ramai pondan hipster tapi tak mustahil kalau mereka wujud.

2. Kehidupan mereka berlandaskan muzik dan perkara-perkara berkaitan muzik. Maaf, bukan lirik-lirik jiwang Chris Martin dalam Coldplay, tetapi muzik-muzik new indie yang popular di laman pitchforkmedia.com. Tiap-tiap hari akan ke laman tersebut. Muzik yang tak ramai orang tahu. Lagi tak dikenali atau obscure lagi bagus. Tapi tak boleh obscure sangat, nanti orang tak tahu. Tapi kalau band obscure yang ada harapan untuk terkenal, lagi bagus. Bila band itu dah terkenal nanti, boleh mendakwa, 'Hey, I discovered this band first before they were big!' Selepas band yang asalnya diminati dulu menjadi terkenal, akan terus ke Internet mencari band yang seterusnya.

Contoh-contoh band/muzik kegemaran:
- Arcade Fire, Raconteurs (hidup Jack White!), J Dilla (the real hiphop! Bukan rock sahaja, hiphop juga boleh!), Damien Rice (kalau nak obscure lagi Jeff Buckley), Calvin Harris, Yo La Tengo dan macam-macam lagi. Kesemua band-band ni agak terkenal, tapi tak boleh terkenal sangat macam Funeral For A Friend mahupun Franz Ferdinand, nanti hilang kredibiliti. Kalau minat pun, hanya album-album terawal sebelum mereka sold-out. (Sold out di sini bermaksud kejayaan dalam carta muzik utama Amerika seperti carta 'Billboard', mahupun kejayaan band tersebut mengeluarkan album di bawah syarikat-syarikat rakaman gergasi dunia). Nak senang lagi, pergi saja ke pitchforkmedia.com.

2a. Selalu dijumpai di gig-gig, terutamanya yang berlaku di malam Khamis di Laundry Bar. Tah tahu Laundry Bar? Kamu memang tak cukup hipster. Lawatan ke gig ni adalah peluang untuk bertegur dengan band-band popular tapi obscure tanah air. Contohnya seperti Hujan. Juga peluang untuk membeli button badges berdiameter 1 inci band-band kegemaran.

2b. Clubbing? Hanya pada malam Jumaat di The Loft semasa Twilight Action Girl. Beli sebotol arak tahan sampai ke pukul 3 pagi. DJ-DJ sini memang hebat, gemar memutarkan lagu-lagu hipster pujaan ramai. Tapi kalau The Loft sesak sangat, sudah tentu ada parti Lapsap, sebulan sekali di Jalan Mesui belakang Bukit Bintang. Parti ni lagi hipster, hanya untuk mereka yang dijemput sahaja tau! Bukan calang-calang orang boleh sertai parti ini. Kononnya lah.

2c. Ahli band. Kebiasaannya band yang memainkan genre muzik yang kurang dikenali ramai, seperti two-step texan post-grind salsa. Tapi tu pun tak lama, kalau genre itu semakin popular mereka akan memilih genre yang lebih asing lagi. Seperti post-two-step texan post-grind salsa. Yang tak pandai main alat muzik akan menjadi penyanyi (atau penjerit) dalam band. Yang tak pandai muzik langsung akan jadi peminat orang yang pandai main muzik.

3. Fesyen. Memang senang nak kenali golongan ini. Selalunya berseluar ketat. Tapi bukan ketat macam kontraktor Mat Indon atau ketat Kompleks Pertama. Ketat, tak semestinya berwarna denim. Warna merah sekarang amat popular. T-shirt mestilah t-shirt band, atau yang berunsur muzik. Kalau ada gambar kilat atau perempuan berafro separa bogel lagi digemari. Kalau baju berjalur dan ada gambar kilat memang amat digilai. Warna kegemaran - hitam, pink, magenta, kuning/hijau neon. Kalau ada jaket sut ketat (kat Chow Kit banyak) lagi tampak bergaya. Pereka fesyen kegemaran- Hedi Slimane dan Heatherette. Rambut tak kisah asalkan tak potong di kedai mamak.

Biasanya berkasut Converse, dan talipingging WAJIB berwarna selain dari warna hitam. Maaf, talipinggang studded besi ala punk sudah tak popular, itu dah jadi fesyen Budak Times Square. (Cerita Lain)

Kadang-kadang akan mengenakan scarf (orang kampung cakap mafla). Paling popular sekarang kain putih bercetak merah/hitam ala orang Palestin (dipanggil shemagh, lihat gambar) yang biasanya dikenakan oleh tok bilal di surau di sini. Kalau di Malaysia, tak payah beli versi mahal yang dijual di Top Shop, kat Jalan Masjid India banyak. Jangan pelik kalau kamu lihat ramai Mat Salleh membeli kain tok bilal ni, mereka bukan nak masuk Islam.

Kalau rabun, mesti memakai spek mata berbingkai plastik warna hitam. Haram memakai bingkai besi. Yang paling afdal spek mata macam ulat buku yang kronik. Yang tak rabun pun kadang-kadang pakai spek juga. (Takda power laaa) Tapi kalau memakai sunglasses, akan mengenakan yang berbentuk aviator. Tak percaya sila ke The Loft, Zouk pada malam Jumaat. Gerenti jumpa segerombolan.

4. Suka membaca atau mengaku membaca buku novel karangan Chuck Palahniuk, Chuck Klosterman, William H. Burroughs dan Nick Hornby. Sila google jika tah tahu.. Juga sukakan karya Kafka dan buku-buku falsafah. Maaf aku kurang membaca, jadi tiada contoh di sini. Majalah kegemaran - Dazed & Confused, The Face (ketika masih ada. Malangnya dah bungkus), Flaunt, Pop. Tapi hanya untuk melihat fashion spread. Jurugambar kegemaran - Terry Richardson, si lucah yang suka ambil gambar model kurus berbuah dada besar yang bogel, dan dia sendiri bogel.

5. Lebih suka tengok berita BBC dari CNN. Mahupun Berita Jam Sepuluh. (Farid Ismeth Emir is the bomb!! Tahukah anda dia bapa kepada DJ Fuzz? Ala.. yang dulu dengan Teh Tarik Crew tapi sekarang bersama Stylustiks. :) )

6. Suka mengaku suka minum arak. Arak kegemaran - absinthe, walaupun tak pernah pun meneguk setitik absinthe. Biasanya minum Skol atau Carl's Reserve. Murah maaah..

7. Hisap ganja. Katanya lebih baik dari merokok sebab tak ketagih. Lagi pun ganja di Malaysia ni murah, semua orang tahu.

8. Tak pernah mengundi.

9. Kalau masih belajar, merupakan pelajar MMU Cyberjaya, LimKokWing atau RMIT Melbourne. Kalau sudah bekerja gerenti bukan pekerja kerajaan.

10. Bukan Perempuan Ampang atau Mat Rempit.

Begitulah, sedikit-sebanyak, tafsirannya berdasarkan pemerhatian saya. Apa pendapat anda? Adakah mamat atau minah yang duduk di sebelah kubikel anda seorang hipster?

30 orang ada pendapat sendiri:

playmessiah

anda penulis yang baik.
tidak kehausan taburan confetti,
tepukan bergemuruh, standing ovation, hits berjuta, ratusan komen penuh pujian...begitu? :)

Melayu Minimalis

hits sikit sahaja. :(

F-Tia

ish..rasa macam nak print semua observation di sini dan bila balik ke Malaysia nanti, cuba nak mencari persamaan.

:)

keep on observing dan mencari maklumat, mungkin membantu orang lain di hari muka

-d0ne-

zaX

teringat smek bila baca #3 perenggan 3.

Arif

aku suka no. 9.
hahaha

iliyana

ada jugak yg marah kalau kononnya org lain meniru gaya fashion mereka yg kononnya 'rare'.padahal si dia pun sama,tiru je dari nylon/facehunter/hel.looks dan lain-lain.
kalau tak mau org copy style 'rare' dia tu pergi lah pakai plastic bag sampah!

ok.ter-emo plak

Melayu Minimalis

rileklah cik iliyana.
tapi memang ada manusia macam tu.
nak fesyen rare buat benang sendiri lepas tu tenun kain sendiri, buat baju sendiri la.

baru rare dan limited edition bukan?

Tanpa Nama

penulisan anda yg agak detail, bagus. Dengan post ni, lagi ramai la "hipsters" kt malaysia ni. dayummm. Lepas ni tulis post pasal baju polo pasar malam yg bernombor/kuda besar haram. memakai sunglasses pada tengah malam/di dalam club.


im not a plastic bag or whatever tapi kantoi tangan lagi satu pegang plastic warna pink, hahah. Practice what you preach man..







ya aku anonymous.

Melayu Minimalis

Baju Polo Nombor Besar tu bukan Hipster.

Itu Cerita Lain...

futuna

awak memang kelakar, great observation and comedic timing. a really enjoyable read. kadang-kadang terasa jugak, sebab memang ade kebenarannya. but, to be able to analyze this hipster lifestyle, you must be an active part of them. kan?

Bob Dyldo

Aku tau kau tak peduli tapi nak bagitau jugak. Beat writer tu name die William S. Burroughs dan bukan William H. Burroughs.

Yang kemudian tu adalah cikgu literature aku...hehehe

Tulis lagi. Aku suke dgn penulisan minimalisma kau. Lazat dan berzat...

Melayu Minimalis

terima kasih Encik Bob Dyldo. Aku tak perasan kesilapan aku. Aku hanya menonton filem berdasarkan buku Encik Burroughs.

futuna - saya bukan hipster. i'm what the hipsters want to be. chewah.

nadie

You're very observant, mister.
Keep it up! :D

p/s: Lagi!lagi!I want more!

greyOrked

Ngeh2..terasa sebagai hipster..
adakah aku sebahagian dari mereka?? hmm...

hb

ohh ok.. so thats a hipster.. ngee.. tq. :) blog ni update kan aku ape dh jadi kt dak dak kota skang.. bagos.

Tanpa Nama

Check this outHipster parenting!

Good writing Encik Minimalis(a contradiction by the length of your writing)!
Haha.

Melayu Minimalis

anonymous -
that's a really cool article on hipster parenting!
i know a few of them personally ;)

harriszaharey
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
harriszaharey

ekceli aku masih tak paham la ape maksud hipster tu. org yg suke muzik, trend ke? org nk berlagak jadi cool ker? macam wanna or poser ker? so, hipster ni bagus ke tak bagus.

Melayu Minimalis

harriszaharey-
well everyone has their role in society. read my next post on how hipsters contribute to society.

chewah.

safriman

melayu kena poyo sikit, baru ler maju.
p/s Lu poyo beb, syabas!

Iron Butterfly

oh dear! someone mentioned smek here. Korang ni budak MMU eh. ahahaha..

Iron Butterfly

come to think of it aku pon teringat kat smek bile baca balik #3 perenggan tiga. rase cam penah nampak jer dier pakai skaf lebai tuh. tapi tidak kuingat di mana. lol.

Cornelius

Anonymous above=me.

Had problem with signing in the other day. Hah!

Hey, I knew a few of them hipsters as well. But what can I say, they are pretty interesting to be observed.

It is funny how in the scene sometimes the crusty punks will diss them hipsters for being so vain and uber-cool and all while the hipster pulak trying to be friendly to all (that they consider cool-some crusties included).

Pecah perut.

Kudos.

Yuen

shah ngak pede

hahah
after reading ur post about hipster
it does make me wonder...
each and every one of us were a hipster once before..
*well the least try to be hip..
ain't we?
so kenapa harus ada pertikaikan dalam mendefinisikan golongan hipster?
ingatlah segala yang di acukan pastinya gubahan pendirian yang berlaku kepada diri kita sendiri..

chi

band2 tu aku selalu baca kat TeenVogue esp Jeff Buckley

jiran syikhin (suci tuhan di pintu bilik)

aku dalam golongan ni. haha.
kau memang detail dalam mengobserve.
two thumbs up.
err..btw ciri2 aku no 1-2a je. ngahaa
bukan mmu je...um pon ade. haha.

Melayu Minimalis

jiran syikhin-
wah kat UM pun dah ada hipsters ke? tak pernah jumpa pun?

jiran syikhin (suci tuhan di pintu bilik)

ko tak jumpa aku dan rakan2 kot. hahah.
ada la..tapi mat belia lagi belambak doh.
semak. semak.

wee

aku suke gaya penulisan pemikiran imran klphQ..
huhuhuh
rata2 mcm ditujukan pada si trendies..
btol kah?