Rockers Juga Manusia.
Salah satu filem tempatan yang aku tonton tahun yang lalu dan aku suka ialah filem 'Rock' arahan Mamat Khalid. Walaupun secara teknikalnya aku bukan seorang rockers yang tergolong di dalam golongan yang dipaparkan di dalam filem tersebut, aku sedikit sebanyak dapat mengaitkan diri kepada idea dan mesej yang ingin disampaikan oleh Encik Mamat Khalid.
Filem tersebut juga telah mengenengahkan satu fenomena yang aku rasa ekslusif kepada rakyat Melayu di negara kita sahaja, iaitu fenomena balada rock. (Pada aku adegan berlatarkan lagu "Dari Sinar Mata" dendangan Bumiputera Rockers memang klasik. Syabas!)
Kalau kita lihat jiran-jiran kita (kecuali Singapura), balada rock memang kurang diminati. Apa yang aku maksudkan balada rock di sini ialah rock meleweh, rock leleh dan rock jiwang. Biasanya dibawa oleh band-band yang berimej cock rock atau rock kangkang, lengkap berambut panjang dan berseluar ketat sebelum skinny jeans popular lagi dan berkasut Aliph.
Di Indonesia misalnya, selain dari golongan indo-rock yang popular (dan banyak menjajah carta-carta lagu kita), terdapat satu golongan rockers yang pada aku betul-betul rockers, rockers yang mengambil acuan dari Led Zeppelin, Black Sabbath dan David Bowie zaman Ziggy Stardust seperti Slank, The S.I.G.I.T, Vox dan The Brandals.
Rockers-rockers yang berimejkan rock gila babas, lengkap terkangkang dengan lagu-lagu berinspirasikan seks, dadah dan rock'n'roll.
Jadi aku telah membuat kajian mudah mengapa kita di Malaysia tidak banyak band seperti itu. Dan jawapannya memang mudah juga.
Kita tiada sejarah muzik rock.
Kebanyakan dari kita (dan golongan-golongan perasan rockers di Malaysia buat waktu ini) hanya melihat sejauh Scorpions (yang barangkali bertanggungjawab memperkenalkan lagu rock Melayu balada pertama di dunia) dan mungkin Deep Purple sebagai inspirasi kepada muzik 'rock' mereka. Dua band meleweh yang masih popular di kalangan kita yang ingin meleweh hingga ke hari ini.
Tiada rujukan kepada The Beatles, Led Zeppelin, The Doors, Black Sabbath. Kebanyakan dari golongan yang minat dan arif tentang band-band di atas kebanyakannya buncit, membotak dan sedang main gitar berseorangan di pub-pub berasap di Lembah Kelang, bukannya golongan-golongan peminat muzik dan pemuzik sekarang, berbeza dengan negara-negara lain.
Tak rock-lah.
Aku hairan, sebab zaman pop yeh-yeh dulu, banyak band-band kita (dan juga Singapura) yang mengeluarkan lagu se-psychedelic lagu-lagu dari barat. Lihat sahaja Mike Ibrahim & The Nite Walkers dan banyak band lain. Tetapi aku rasa sesuatu berlaku ketika era 70an, sehinggakan tidak ramai band-band tempatan yang merujuk kepada band-band rock yang popular ketika itu sebagai inspirasi mereka.
Apa sudah jadi?
19 orang ada pendapat sendiri:
..not to mention the absurd band names 'rockers kangkang' adopts..mungkin dengan kebangkitan band2 'urban' yang berkarya dalam 'bahasa kebangsaan' dan berinspirasikan muzik2 dari band2 barat yang enak2..seperti MUH, Hujan etc, kita mungkin akan dapat lihat band2 seperti New Boyz, Pretty Ugly dan Kristal dibenci dan disula jika dijumpai dimana2..harapnya begitu..
new boyz boleh kena sula
kristal boleh diconsider untuk disula
diaorg kalau main tight siak
dengan syarat kalau dapat buang pengaruh
hero lengan besar a.k.a hero mata sayup a.k.a ayahanda
arkhkahahkhaak aka aka last2 sampai ayahanda ahahahha...ayahanda yg pakai selempang tiga kaler mcm rastafarian crossover ngn adat raja zaman dulu. Hey, diorang pn deserve utk berfesyen apa!
Aku terfikir satu perkara,
apa ciri-ciri muzik yang melayakkannya digelar rock?
Zaman rock kapak dulu,aku layan juga,tp aku tak boleh terima lagu-lagu mereka sebagai 'rock'.
aku setuju dengan Neem.
ape yang mengkelaskan mereka dulu dengan "rock"?
Aku tak paham. Sungguh tak paham.
sape nak buat survey untuk kami yang tak paham ni?
aku setuju dengan Neem.
ape yang mengkelaskan mereka dulu dengan "rock"?
Aku tak paham. Sungguh tak paham.
sape nak buat survey untuk kami yang tak paham ni?
sampai dua comment. Maaf.Aku malas nak delete. Kat office aku server cam taik.Bodo cam mat rempit.
tata!
well, anda belum dgr lg God Bless.. God Bless adalah band rock yg tertua di indonesia.. =)
lagu2 yg keluar radio dan lagu2 yg ada dlm album tapi langsung tak pernah keluar radio, adalah berbeza. dua2 kategori itu telah memecahkan peminat rock kpd dua bahagian. dan juga memecahkan pengetahuan umum tentang rock tempatan bagi sesiapa yg cuma tahu lagu2 popular (kebanyakannya slow rock) tapi tak pernah mengkaji lagu2 yg betul2 rock (heavy rock) yg ada dlm album yg sama. itu bukan salah sesiapa yg tidak berpeluang 'mendekati' lagu rock tempatan yg sebenar, cuma perlu diberitahu bahawa penguasaan heavy rock di malaysia telah byk tersekat angkara kerenah pihak berkuasa dan syarikat rakaman (itu adalah okay, kerana rockers sebenar tahu di mana utk mencarinya. di dalam album dan di tapak konsert)
byk lagu2 'rock leleh' yg ramai orang tahu, kebanyakannya popular sebab byk disiarkan. tapi, tahukah anda lagi, dlm album yg sama yg ada lagu2 leleh tadi, ada byk lagu2 heavy rock yg tak pernah mendapat siaran langsung sehingga kini dan sampai bila2. kebanyakan lagu2 slow yg popular adalah permintaan syarikat rakaman utk dimasukkan dlm album supaya dpt dijual. dan lagu2 slow yg popular itulah juga yg dipromosikan sepenuhnya kepada stesen2 radio dan tv. oleh itu masyarakat umum yg tidak mengikuti muzik rock sepenuhnya (seperti mendengar keseluruhan album tanpa skip sebarang lagu contohnya) tidak akan mengetahui bagaimanakah sebenarnya influence dan sound rock tempatan yg diperjuangkan oleh kumpulan2 rock tempatan 80/90an.
jadi, utk membuat kajian tentang muzik rock tempatan, disarankan supaya melupakan elemen slow rock yg sinonim dgn sesebuah band, dan terus menumpukan sahaja kepada lagu2 heavy rock yg kebiasaannya mendominasi 60% dlm setiap album (10 lagu setiap kaset. 6 lagu heavy yg tidak pernah diperdengarkan + 4 lagu slow yg semua orang tahu dan menganggap ianya rock hingga kini). sila kaji lagu2 heavy rock tempatan, dan boleh pedulikan slow rock buat sementara. anda akan terkejut mendengar idea2 yg sgt bernas dlm susunan & permainan muzik serta liriknya (iaitu dlm lagu2 heavy rock tempatan yg telah dilupakan atau tidak dipedulikan kerana umum hanya mengetahui rock tempatan adalah 'slow rock')
tahukah anda lagi dlm setiap sebuah album band rock tempatan sejak 80an yg anda ketahui dan hafal semua lagu2 slow rock nya dan boleh layan baik punya feeling, album yg sama itu juga mempunyai byk lagu2 heavy rock yg sangat menarik. ini adalah fakta. tapi, sudah tentulah fakta ini akan hanya diketahui oleh pendengar rock yang mencari dan mendengar lagu2 heavy itu sahaja, dan tidak akan diketahui sampai bila2 oleh pendengar yg hanya menerima apa yg disogok kepada mereka. cari dan dengar. heavy rock (rock sebenar) dan slow rock (rock pada pandangan umum), masing2 pilihan di telinga anda... (takde salahnya pun sebenarnya 'slow rock' ni. cuma kalau betul2 rockers tu mestilah nak cari lagu2 keras jugak kan, volume kena kuat, layan telinga sampai kebas, heh. rock tempatan ada heavy rock, jgn risau brader, byk!!)
orait, salam...
tapi persoalannya..
siapa untuk dipersalahkan apabila label2 syarikat rakaman sendiri yang mengetengahkan lagu2 'slow rock'(dalam banyak2 lagu heavy rock)sebagai single untuk diputarkan diradio?.. consumer/pendengar sudah tentu akan(secara superficial) menilai sesebuah band itu dari single tersebut..
contoh 'Search', saya pasti banyak lagu2 heavy yang dihasilkan oleh band tersebut namun hakikatnya lagu2 mendayu mereka juga yang sering kedengaran dipusat2 karaoke seluruh malaysia...jika mereka serius untuk berkarya, serius terhadap rock..mereka tentu tidak akan tunduk kepada mana2 syarikat rakaman dan memperhambakan diri semata2 untuk duit dengan membuat lagu2 mendayu untuk menjual album(belum lagi bab karya2 pun menggunakan khidmat komposer2, bak kata MM, cerita lain)..
mana credibiliti kamu yang megah dengan tag 'rockers' itu?..sungguh tak rock n roll..
mainstream=to sell....mereka nak makan nasi ayam juga macam kamu semua...kepala lembu pun bayar....join black metal...dia orang kaya
betul jugak..at the end of the day, it's all about the 'nasi ayam'..
malaysia mana ada sejarah muzik.
semua cedok.
aku tak dapat cari alat muzik buatan orang melayu.
tak salah nak melankolik.
music makes a bridge not a wall.
:)
i beg your pardon but Vox are not rockers in the sense you're describing.
i'd say they lean towards the beatles and beach boys more than led zep et al.
Apa-apa pun, layan je video ni :
http://jbertbunao.multiply.com/video/item/8
orang kita suka bersikap elitist
*wink wink*
long live classic rock!!
ada satu perkara yang aku kusut kat sini...antara DP dgn beatles sape lagi leleh....aku rase beatles..dp tak sama mcm scorpion beb....
sebab.
1. Dp seangkatan dengan black sabbath dgn led zep...cume Dp yang top paling cepat dan success worldwide (ian gillan pernah nyanyi utk sabbath beb.)
1.Dp adalah world's loudest band dlm world guiness book of record.
3. Sape rase Blackmore gitaris meleleh?....aku rasa sapa yg rasa camtu die cume dengar lagu child in time je kot
4 Dp adalah antara bapak progressive yang paling berjaya secara komersil
5.Dengar album machine head
6.nyanyi lagu 3 lagu dp yang paling ko ingat..laju ke slow?
7.Dp x pakai kasut aliph
8.Maybe melayu minimalis takde kat malaysia masa iklan TZM keluar..
9.Org malaysia zaman dulu mmg suke heavy...sbb tu pengaruh beatles x kuat..
10.Cari satu lagu DP yang cerita jiwang gile..tempo slow gile mendayu cerita pasal awek...
fikir-fikirkanlah
mike ibrahim mmg best
Catat Ulasan