Khamis, Januari 03, 2008

Mari Kita Menapis Minda. Mari Mari!

Aku ingat lagi ketika aku masih budak-budak, ibu aku selalu menutup mana aku ketika kami sekeluarga menonton video dan muncul adegan-adegan 'panas'. Ketika aku masih jahil dan tidak tahu menahu.

Bila sudah besar sedikit, ketika zaman awal remaja, aku sering ke pusat video sewa berdekatan, dan dengan duit sendiri aku telah menyewa pita-pita video yang mempunyai tajuk-tajuk yang agak panas, diselitkan sedikit dengan pita-pita gusti yang aku suka. (Bukan macam sekarang, zaman Internet, mudah sahaja...)

Bukan untuk apa, untuk pelajaran, bukan?

Pada ketika itu, aku faham erti censorship, tapi mungkin hanya dalam konteks penggunaan untuk menapis adegan atau bahan-bahan berbaur seks, terutamanya di dalam TV. (Aku selalu bengang bila menonton filem Indonesia di dalam tv, banyak sangat adegan yang 'melompat'.)

Sekarang baru aku tahu, erti censorship bukan sahaja untuk mengelakkan kamu dari melihat buah dada yang terdedah (macam garisan pen marker hitam yang penuh dalam majalah-majalah import...) tapi yang paling penting adalah supaya kamu tidak membaca perkara-perkara yang menggalakkan kamu berfikir secara seorang dewasa yang berakal.

Aku sebenarnya kurang pasti apa yang menyebabkan kita ditakrifkan sebagai masyarakat yang tidak pandai berfikir sendiri. Kita sudahpun melalui pendidikan formal selama 12 tahun, di mana kita diajar perkara-perkara yang dikatakan 'bersesuaian' untuk akal fikiran kita, tetapi apa yang menghalang kita dari mempelajari perkara-perkara yang di LUAR kurikulum 12 tahun itu (dan kemudiannya beberapa tahun lagi di menara gading)?

Selain dari gambaran buah dada yang digaris dengan pen marker hitam, mukasurat yang dikoyakkan dari majalah dan filem-filem 2 jam yang dipotong sehingga 1 jam, contoh remeh-temeh lain adalah seperti (yang aku ingat-lah) ialah seperti filem 'Daredevil' (yang diharamkan dari panggung wayang kita tetapi kemudiannya ditunjuk di Astro tanpa masalah) dan 'Hellboy'. (Yang ditukar tajuknya kepada 'Super Sapiens'.) Sensitif sangat ke masyarakat kita hinggakan tidak boleh ada rujukan langsung kepada istilah 'syaitan' atau 'neraka'? (Mungkin masa tu kecoh pasal black metal kot.)

Seperti mana aku pandai menilai ketika aku menonton 'Passion of the Christ' arahan Mel Gibson, seperti itulah aku pandai menilai ketika aku membaca 'The Last Museum' karangan Byron Gysin ataupun ketika melihat laman berunsur 'Mak-Mak Yang Aku Ingin Main'.

Jadi apa yang membezakan minda aku dengan, katakan, minda orang yang sebaya dengan aku yang sudah beranak-pinak dan tinggal di Wangsa Maju dan suka membeli-belah di Carrefour? Dua-duanya berakal, dan sudah dewasa.

Keinginan untuk tahu. Dan keazaman untuk memuaskan keinginan tersebut.

Adakah aku termasuk di dalam golongan yang dikategorikan sebagai 'terpesong' oleh mereka yang ingin menentukan apa yang masuk ke dalam akal fikiran kita semua? Atau adakah aku hanya seperti seorang kanak-kanak yang ingin tahu?

Secara jujur aku pasti ramai diantara kita yang sudah matang dan pandai berfikir sendiri, tanpa perlu diberitahu apakah itu yang sesuai atau tidak sesuai untuk kita hadamkan di dalam otak kita. Aku rasa akibat dibelenggu dari segi maklumatlah ramai dari kita menjadi ekstremis ataupun fanatik, yang tidak dapat menilai dan melihat konteks pengetahuan kita di arena yang lebih besar.

Tapi pada masa yang sama, kebebasan maklumat sekarang amat senang untuk diatasi. Buka sahaja browser dan terus Google. Malangnya tidak semua diantara kita yang inginpun berbuat demikian, dan selesa duduk di dalam kepompong mereka. Mereka yang hanya melihat video 'hantu' di Youtube dan menganggap semua muzik bising adalah ganas dan yang hiphop semuanya tentang seks (Mungkin betul.)

Mereka-Mereka Yang Tidak Ingin Memberontak.

Bukan dari segi keganasan, membawa sepanduk, mengetuk helmet si pegawai bergaji rendah yang ditugaskan untuk menjaga keamanan, tetapi dari segi membebaskan diri dari menyerah kalah tentang apa yang patut dan tak patut kita pelajari. Proses pembelajaran tidak akan berakhir, dan tak kisahlah kamu suka membaca ataupun tidak (lagi satu kelemahan kita, kurang membaca) kerana ada banyak cara untuk mencari pengetahuan.

Pada masa yang sama, pengetahuan itu harus diletakkan dalam konteks yang bersesuaian dengan diri kamu, dan hindarkan dari mendengar pendapat dari satu pihak sahaja, dengarlah pendapat pihak yang lain juga. Sudah berpuluh-puluh tahun kamu semua mendengar dari satu pihak, kamu tidak ingin tahu pendapat pihak yang didiamkan dan dibisukan ke?

Mungkin itulah matlamat aku kot, membuat blog ini. Malangnya, tak ramai yang suka membaca, cuma pandai mengeluh dan mengeluh.

Do Something About It!

p/s Happy Birthday Mike! You're old!

13 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

MM, saya tumpang ruang komen anda untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Mike;

Happy Birthday Mike!

but Dorian Gray don't celebrate birthdays, it's just too absurd.

Ok, thank you Mr. MM

Ejoi

Pada pendapat peribadi saya, 'tapisan' itu perlu, tapi bertempat. Tak kena tempat dan tak masuk akal sekiranya 'tapisan' disalahguna hanya kerana tajuk filem itu ada perkataan 'devil' dan 'hell' (tapi pelik pula, filem 'Syaitan' tidak pula disunting!) dan tak masuk akal sekiranya orang dewasa dikenakan tapisan seperti yang dikenakan kepada remaja bawah 12 tahun!
Dengan latar belakang Malaysia yang membangun dan di mana kebanyakkan rakyatnya masih tidak berfikiran waras dan matang dalam menafsir maklumat yang terhidang, perlu difikirkan cara untuk memastikan generasi akan datang akan lebih pandai didalam menafsir dan membuat pertimbangaan berdasarkan maklumat yang mereka dapat. Mungkin pada waktu tersebut, cengkaman "gunting tapisan" tidak seteruk waktu ini.

ruslina

suntingan dan cencorship akan bertambah longgar dan makin longgar, let times make it happen, we dont have to rush things,
let the smartkids find it ways to go through cencorship, smartkids always know what to do with abundance of info,
pity the other kid who still find it sooo weird to watch kissing scene with the whole family. (MAK AYAH, ABANG,ETC)

Tanpa Nama

selalu kalau ayah aku suruh buat benda...mesti aku try dulu buat...kalau x boleh...aku cakap x boleh...aper reason bla bla bla and then kita carik solution supaya kasik boleh.

kesian abg sepupu aku kene basuh...sapa suruh cakap x boleh sebelum buat.

Tanpa Nama

Aku rasa penapisan tu kena la ada, pasal nak menjaga norma-norma adat ketimuran. Nak kata takde censorship langsung, budak2 kecik akan terlalu awal terdedah dengan budaya2 kuning. Masalah sosial jgn cerita la, sebab tak masuk suratkhabar2 barat adalah kerana dh banyak sangat.



Akan tetapi aku rasa kalau ditapis sana sini tanpa usul periksa dan kajian2 tertentu pun tidak masuk akal juga. Passion Of The Christ misalnya, tidak akan menyesatkan sekiranya org tu dah tau dan matang untuk menilai. Bukan skarang dah ada 18 SG, 18 SX, apa guna segala amaran mcm tu kalau last2 skali kena ban juga?



Tapi benda ni kadang2 berlaku juga di negara barat, walaupun tidaklah secara berat sangat. US of A misalnya, menghantar FBI untuk siasat Micheal Moore selepas melihat dokumentari Sicko. Speaking about hypocrisy eh?

Hanafee

Tarantular... I agree with you...
In order to ensure that our culture is protected against western civilization and western influences we need to censor. Personally i believe censorship should not be done. I believe that it insults intelligence. However i realize the fact as much as we want to be treated as intellectuals, there will always be a part of our culture that will refuse to be intelligent.

Dont get me wrong im not totally with censorship and neither am i against it. It is however to my understanding and belief that censorship is needed to an extent where we still grasp the fundamentals of our culture.

Censorship not only includes images, videos, pornography, but also other things we now might result in an offensive mood. Race differentiation, religion contradictions. We were brought thinking we cannot talk about these things. But as we grow up, we realize there are people who do want to talk about it. And even so we do it in the most subtle manner as possible. This is the end-product of malaysian censorship which i think has succeeded in moulding our society into not saying stupid things like "Stupid Malay" "Stingy Chinese" we censor ourselves...

the government just gave us guidelines which we today mold to suit our enviroment.

My dad once said, you read a book so that in the future you can disagree or agree with it by writing another book. we learn the rule, then we adapt the rule to our version of life...

Tumpang bagi komen...
Assalamualaikum
:)

Tanpa Nama

kalau ada orang tempatan yang membuat cerita2 arty(think 9 songs)..dan dilepaskan oleh lembaga penapisan..adakah itu suatu pencapaian?..just a thought..

NeemoNeemo™

Sudah berpuluh-puluh tahun kamu semua mendengar dari satu pihak, kamu tidak ingin tahu pendapat pihak yang didiamkan dan dibisukan ke?

Part tu yang saya paling setuju!

the artist and i

kalau tgk kan drama-drama melayu pun banyak yang kena tapis. mengarut saja kebanyakannya!

Tanpa Nama

drama melayu mmg 100% sampah . director bangang2 belaka.

Tanpa Nama

kengkadang lawak dalam citer melayu boleh tahan...jom kita cakap kay eLL...takder org main bolerr ker esok?

Tanpa Nama

ahh..
bukannya tak ada manusia yang perasan ini semua terjadi.

RAMAI, sangat RAMAI. Tapi ape yang boleh kita buat?

Di Malaysia ini, pemerintahan yang bersifat " PATUH DAN JANGAN BANGKANG ".

Banyak yang ingin melakukan kelainan tapi tidak diiktiraf. Di sini adalah tanah suci. Mana bisa kita mendengar atau memikirkan tentang "NERAKA" dan "SYAITAN". Itu semua adalah sesuatu yang ingin pemerintah kita jauhkan dari kita semua. Di sini, kita semua selamat.Siapa yang menurut perintah tanpa persoalan, maka syurgalah tempat mereka. Seperti mana yang selalu dalam kepala "makcik taman","abang belia","pakcik pervert tapi islam" dan yang sewaktu dengannya selalu fikirkan.

Tidak boleh kita nak salahkan drama. Sememangnya masyarakat kita hidup dalam kelompok yang begitu. Jadi amat sesuai bagi mereka untuk menonton drama seperti itu.

Kita? Kita yang selalunya ingin maju dan mampu untuk melarikan diri dari kelompok ini, hanya berjaya membina satu kitaran politik kecil sesama kita. Itu saja kemampuan kita.

sedih bukan?

Kiubrubik

apsal ko tak lesenkan karya penulisan ko yang merosakkan otak aku ni ha? besh woo...