Khamis, Januari 03, 2008

Kenapa Aku Perlukan Internet Di Rumah. Dan Kenapa Aku Adalah 'The Real McCoy'.

Secara jujur terus terang aku katakan di sini sehinggalah malam ini, aku tiada sambungan ke Internet di rumah sudah hampir dua bulan. (Atau lebih. Tak ingat. Aku perlukan pil-pil Melatonin. Siapa ada lobang?)

Akibatnya aku terpaksa menulis blog sama ada di pejabat ketika tidak sibuk (memang amat sukar untuk bekerja sambil menulis blog. Aku perlukan tumpuan 100% agar butiran plutonium yang aku kendalikan tidak bersepah merata-rata). Ataupun aku perlu ke kopitiam kegemaran aku (Teh Ais Terunggul) tetapi aku selalu dikacau akak yang bekerja di sana, yang entah mengapa suka meluahkan perasaannya kepada aku yang sedang mencari inspirasi untuk menulis. Macam-macam cerita tentang si akak itu yang aku tahu, dari hubungannya dengan lelaki yang dingin, hinggakan kepada cita-citanya untuk menjadi seorang pereka rambut di salun kecantikan. (Tak mungkin, kata aku. Rupa akak ni macam lelaki.)

Sehinggakan majikan si akak itu pernah memarahinya agar tidak menganggu aku. Sudah tentu selepas itu si akak tersebut memberitahukan hal tersebut kepada aku.

Jadi, memang selesa untuk aku bila akhirnya aku dapat menulis tanpa gangguan, berseorangan di dalam bilik aku, yang sekarang lengkap dengan dua pokok berpasu yang aku beri nama Helga (ala model Eropah Timur yang tinggi, langsing, dan 'lebat') dan Oliver, si kenit yang menjaga tingkap di dalam bilik air berbathtub aku. Lengkap dengan hamparan shag berbulu tebal berwarna hitam yang aku baru beli, serta quilt cover minimalis yang tampak mewah dan lembut yang hanya tertunggukan belaian tubuh manusia.

Aku pasti, walaupun aku jarang menulis perihal kehidupan aku, ada ramai yang tertanya-tanya, is this guy for real?

('Winter Nights' dendangan Jeniferever sedang berkumandang)

Ya, aku memang wujud, dan selain daripada beberapa fakta yang aku harianmetrokan untuk melindungi identiti sebenar aku, segala apa yang aku tulis ini adalah benar dan berdasarkan apa yang benar-benar berlaku. Bukan inspired by a true story tetapi BASED on a true story.

Aku bukannya remaja dahagakan perhatian yang membina imej serta identiti online yang penuh fantasi dan angan-angan. Tidak seperti ramai blogger lain. Blogger yang secara senyap-senyap aku perhatikan di alam sebenar (sebab aku kenal ramai orang) dan aku bandingkan dengan fantasi merepeknya yang ditulisnya di alam maya ini. Memang jauh berbeza.

Mereka yang menulis gah bagaikan Aragorn Strider dalam dunia blog, Raja segala Raja, tak kisahlah Raja Maksiat, Raja Populariti mahupun Raja Seks tetapi realitinya hanya segah seorang hobbit berbulu.

Ya, aku memang keji. Tetapi aku bukan penulis fiksyen. Fantasi semata-mata. Mungkin fantasi untuk kamu yang masih mengharapkan duit elaun ibubapa kamu atau gaji pertama kamu, tetapi bukan fantasi untuk kamu. Aku penulis non-fiction, macam si Chuck Klosterman dengan buku-buku karangannya. (Aku baru membeli 'Killing Yourself To Live' dan 'IV: A Decade of Curious People and Dangerous Ideas', dan sedang membaca 'IV')

Jadi maafkan aku, aku terpaksa melayan dua kawan wanita aku yang tiba-tiba muncul di pintu depan aku bertanyakan cara-cara untuk menggoda lelaki sambil bersantai menunjukkan lurah dada di atas katil aku.

Kisah Benar. Buwek.

9 orang ada pendapat sendiri:

fictionita

aku rasa kamu perlu tinggalkan fizik. chemistry lagi best. bukan sahaja boleh dapat perempuan berbuah dada besar, malah kamu mungkin boleh jatuh cinta. chemistry lagi style dari fizik lah, sir isaac newton.

Tanpa Nama

MELATONIN...cita rasa yg sgt tinggi kamu ni encik MM....

Tanpa Nama

As a nuclear scientist, I believe you are well compensated for your work. Why not try subscribing to one of the many broadband solutions currently being offered?

There's 3G connectivity from both Maxis and Celcom, TM's ADSL-based Streamyx, Jaring's Flite Wireless and Wired offerings, IzziNet's IBurst-based wireless option, or even ye old dialup?

The choice is in your hands....

the artist and i

pil tu tadak.

serpihan Cipram ada.

Nate

This makes an excellent disclaimer. ;)

Tanpa Nama

As a nuclear scientist? ahaksss...stop your daydream ler.

Melayu Minimalis

so, siapa ada melatonin?

natasya-
yeah, an excellent disclaimer hehe.

Tanpa Nama

umm... ngobrolan yang boleh dilayan jugak. Will read your blog later, when I have the free time at the office. Nice blog. Minimalist yet rich.

SEIR

Tanpa Nama

i accidentally reached your site today .. and i luv it ... can i link it to mine?