Ahad, Januari 27, 2008

Trend Terhangat 2007. (Cerita Lapuk)

Aku tahu aku lambat. Sekarang sudah pun hampir ke penghujung bulan Januari. Tapi aku tak peduli, aku nak buat juga.

Tahun lalu boleh dikatakan banyak benda-benda yang mungkin kurang popular pada tahun 2006 tetapi tiba-tiba meletup dan hangat tahun lalu. Mungkin sebab kita sekarang pandai guna Wikipedia.

Jadi, di sini aku ingin senaraikan 10 trend terhangat yang aku sempat perasan tahun lepas. Sila ambil perhatian bahawa trend yang aku sebut ini hanya dalam konteks Lembah Kelang, dan mungkin belum popular lagi di Ulu Kinta. (Jadi kalau kamu ingin jadi popular di Ulu Kinta mungkin kamu boleh mulakan trend-trend yang aku sebut di bawah.) Juga senarai trend ini adalah berkenaan trend-trend yang relevan dengan aku sebagai seorang ahli fizik nuklear, misalnya aku mungkin kurang arif dengan trend di kalangan golongan Pak Haji mahupun ahli politik.

1. Cupcake
Aku tidak tahu kenapa budak-budak sekarang kemaruk cupcake. Kalau kamu tak tahu, cupcake hanyalah kek-kek bersaiz kecil yang dimasukkan ke dalam acuan kertas. Biasanya akan dihias dengan elemen-elemen design yang 'cool', seperti gambar tengkorak, petir ataupun gambar hati. Malah aku pernah nampak cupcake bergambar zakar. Memang 'cool'. Tapi aku memang kurang gemar kek dan icing, jadi aku tidak pernah suka cupcake.

2. Label Kemeja-T
Tahun lepas merupakan tahun di mana ramai anak-anak Melayu kita mulakan aktiviti perniagaan besar-besaran. Dari cupcake sehinggalah ke kemeja-T, terutamanya kemeja-T. Label-label kecil yang mengeluarkan kemeja-T rekaan sendiri tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan (ayat gila cliché) sampai bergabung bersama mewujudkan Angkatan Baju Malaya. Syabas aku ucapkan tapi harap jangan sekerat jalan sahaja, ya?

Aku lihat memang boleh tahan rekaan-rekaan mereka ini semua, memang cukup kreatif, tetapi aku rasa boleh dipertingkatkan lagi, terutamanya dari segi kualiti cetakan dan fabrik. Kalau nak dibandingkan kita masih lagi jauh dari segi ini kalau kita lihat label-label kemeja-T dari Bangkok, misalnya.

3. Fesyen Acuan Topman.
Kemunculan francais Topshop/Topman memang ditunggu-tunggu di Malaysia. Misalnya sebelum 2007, seluar jeans ketat hanya dikaitkan dengan mamat rockers yang ketinggalan zaman. Sekarang, terima kasih kepada Pete Doherty, tiada sangsi lagi bahawa skinny jeans (yang dipadankan dengan kasut berwarna putih yang meruncing di hadapan) adalah aksesori penting untuk anak-anak muda fashionista di Lembah Kelang. Tapi ingat, skinny di sini bermaksud kurus jadi hanya sesuai untuk mereka yang tinggi dan kurus. Yang ketot dan gempal jangan cuba, walaupun skinny jeans yang kamu idamkan itu sedang ada potongan harga 50% di kedai Topman.

Selain dari skinny jeans, shemagh ataupun skaf Al-Qaeda/Arab/Pak Lebai memang popular hingga sekarang. Pada awalnya digunakan oleh Yasser Arafat sebagai simbol kebebasan Palestin dan PLO, tetapi kini digunakan oleh ramai anak muda sebagai pemanas leher, walaupun Malaysia ini pada amnya sudah pun panas.

Mungkin secara amnya kedai Topman boleh dikatakan catalyst atau pemangkin kepada citarasa fesyen remaja di Lembah Kelang, cuma aku perlu katakan di sini kamu perlulah kreatif sedikit, kalau tidak kamu hanya akan kelihatan seperti berpakaian ala katalog Topman. Atau iklan Topman Jawa.

4. Kamera DSLR Di Leher.
Sekarang memang tak cukup dengan kamera compact. Harus lengkap dengan kamera canggih DSLR yang wajib digantung di leher ke mana-mana pun, walaupun mungkin tidak faham apa itu aperture, shutter speed dan ISO. Janji ada akaun Flickr.com yang penuh dengan gambar-gambar untuk pool Flickrmalaysia seperti gambar-gambar perbarisan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, gambar-gambar kavadi semasa Thaipusam dan gambar-gambar yang diambil di acara yang aku sebut di nombor 5 di bawah ini.

5. Gig Fesyen.
Jadi di mana jika kamu ingin lihat golongan 1-4 di atas? Pergi sahaja ke mana-mana gig (maaf, fahaman bahawa gig = black metal sudah kolot, jadi lupakan itu semua, ya?) yang bukan sahaja tertulis dengan nama-nama band yang akan membuat persembahan, tetapi juga nama-nama label kemeja-T yang akan 'buka meja' di sana. Kalau nasib baik kamu mungkin akan dapat melihat seorang pelajar kolej berbaju Kurasaraksasa berseluar skinny jeans, berkasut runcing dan shemagh terlilit di leher dengan kamera DSLR sambil memakan cupcake.

6. Facebook.
Kalau kamu hanya kenal Myspace, bagus, sila bertenet di sana sahaja, terima kasih.

7. Hujan.
Kamu yang mungkin kurang kenal dengan arena muzik indie di Malaysia mungkin tidak kenal Hujan, tetapi Hujan, pada pendapat aku-lah, adalah fenomena terhebat tahun lalu. Walaupun menggunakan formula muzik yang dipinjam dari band-band barat seperti The Strokes, band pimpinan Noh ini merupakan sesuatu yang mampu (ataupun mungkin telah) menggegarkan arena muzik tanahair. Dengan fan support dari peminat-peminat yang digelar Raingers dan persembahan atas pentas yang padu aku pasti cerita Hujan tidak akan berakhir di sini saja. Kalau kamu tak kenal (dan aku kasihankan kamu jika begitu), lihat saja klip Youtube persembahan mereka di Muzik-Muzik baru-baru ini.



Hujan, serius, aku tabik kamu.

8. Kami.
Implikasi sosial drama bersiri mudah tentang kehidupan remaja di dalam arena muzik indie ini mungkin lebih besar dari apa kita semua pernah jangkakan. Aku rasa sedikit sebanyak kenapa senarai dalam nombor 1-7 di atas mendapat perhatian adalah sebab rancangan tv ini. Aku selalu bayangkan bagaimana seorang pelajar sekolah berumur 16 tahun di kampung dekat Bagan Serai akan tergerak hati untuk meniru apa yang ditontonnya di dalam rancangan tv ini. Juga apa kata ibubapa-ibubapa yang mungkin ingin tahu apa yang dibuat oleh anak-anak remajanya.

Aku berharap secara keseluruhannya rancangan ini dapat sama sekali menghancurkan modal Harian Metro bahawa anak remaja semua hisap dadah dan lakukan seks beramai-ramai semasa gig. Atau 'gigs' kata mereka. Haih.

9. Motorsikal Berjet.
Aku rasa kamu pasti pernah dengar ketika berada di tengah jalanraya. Bunyi seakan-akan kapalterbang jet F-18, tetapi rupa-rupanya hanyalah motorsikal berkuasa 110CC yang bingit. Memang buat bingit. Siapa punya idea entah. Hilang keamanan betul.

10. Blog Bahasa Melayu.
Aku rasa kita patut berterima kasih kepada Encik Ahmad Kamal Abu Bakar, yang aku rasa telahpun memadam blog beliau buat kali keberapa entah, aku pun sudah lupa. Aku rasa bukan apa, sebab memang susah untuk meluahkan perasan di dalam bahasa yang tidak cukup perkataan (maaf Dewan Bahasa dan Pustaka, aku tahu kamu semua sedang bekerja keras di bangunan kamu yang terlalu hampir ke bahu jalan itu...) tetapi kelebihan utama blog dalam Bahasa Melayu hanya penting jika aku fikirkan target audience aku.

Aku lupakan audience antarabangsa, tapi aku tumpukan kepada orang yang mungkin betul-betul akan mendapat faedah (faedah ke?) bila membaca nukilan-nukilan aku. Mungkin.

Ok, sambung kerja.

58 orang ada pendapat sendiri:

thinker bell

hmm. what kind of work at this hour? :D

anyway, saya setuju dgn semua trend yg dinyatakan. 1 aje takleh nak review, that is KAMI. i never had the chance or never grab the chance to actually watch it.nor do i see the need to watch it either.

Tanpa Nama

sumer memang betol malah ader yang sanggup bergambar di dalam kedai topshop (sangatlah tak phm kenapa)....get a life....

anti toksin

Mr. MM kembali ke normal.
Aku bersyukur.

:)

Haha

Tanpa Nama

TopMan? Sungguh tak best pada aku. Mungkin aku jenis buta fesyen agaknya (round neck T-shirt/jeans levi's M505/skate shoes). Aku pun takde shemagh.

Moto berjet? Tak main juga. Aku suka hibrid kapchai/skuter yang banyak keluar skang, macam Yamaha eGo, Suzuki Step dan terutamaya Naza GTR, skuter yang paling aku minat.

Hujan? Tahniah, anda semua telah sampai.

Kalau korang tengok 8TV Rockin' Concert, semua orang kat situ akan beritahu anda, Hujan was the reason they were there. CheNelle who? Jaclyn who?

Tu yang ada sorang mamat tu cuba buat gimik bukak baju tu, kan dah tak dapat nyanyi kat Juara Lagu. Ataupun itu tujuan tersirat dia?

Apa-apa pun, segment last featuring Hujan masa 8TV Rockin' Concert tu memang paling best. Tengok je la kat sini:

http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=241&ShowID=260&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=4976&EpID=6093#anchorVid

Salleh G. Samsa

Dude, 1-9 tak payah peduli pun takpe. Tak hangat mana, kot.

Tapi, yang ke 10. Sangat perlu. Dan sedih sebab Abang Ahmad dah padam api neraka dia. Dan diiukti dengan seorang lagi.

Damn! Hilang 2 buku!

Tanpa Nama

Melayu Minimalis,

Saya seorang yang kerap berkunjung ke blog kamu. Peminat besar juga. Tetapi saya berkomen untuk kali yang pertama pada hari ini.

Susulan maaf terdahulunya dikehadapankan, kerana soalan ini agak kurang relevan dengan topik yang dibawa kamu dalam nukilan kali ini: apa font yang telah kamu pakai di bahagian atas site kamu itu, yang memampangkan ejaan 'Melayu Minimalis'? Sangat cantik sekali. Dan anti-aliasing yang sangat lembut juga.

Saya agak tertarik dengan taste kamu, Encik Melayu Minimalis. Diharapkan boleh tunjuk ajar, jika ianya tidak terlalu membebankan.

LuciusMaximus

neraka masih wujud. api neraka tidak akan faham (hint)...

Melayu Minimalis

pemerhati-
Helvetica Neue Bold

lucius maximus-
mana kot?

Tanpa Nama

aku berumur linkungan 20'an. Fuck HUJAN. aku x suke hujan. ujan smpai mati! Fuck topman. who wears topman?! mcm budak2 je pakaian dieorg. aku x tau cite pasal cupcake, but pasal 'budak budak bajet berseni' aku tau. it a combination between topman n SLR. fuck it. aku panggil mereka budak2 trafic light. seluar kale mera, kuning, hijau. T indi x menarik langsung. walaupun bk label, but still the design like the same. cube pikir jauh sikit. budak gig yg mula bergiat aktif selepas tgk cite KAMI. fuck u too! konon cool g gig la 2. baik x payah la wei. ku dah malas nak pi gig lagi dah. meyemak jer korang. dah lame aku tunggu MM tulis bende ni. yg penting , FUCKHUJAN! maaf kepada ranger ranger sekalian, aku bukan org seni mcm kamu.

NeemoNeemo™

Aku pantang betul motor berjet tuh.
kalau laju tak apa juga, ini sempat je aku nampak lubang hidung kembang tu bila lalu depan aku.

Yes, untuk menulis blog bahasa melayu amat mencabar. Aku pun begitu, encik MM. Pembaca sasaran yang menentukan.Mari kita berusaha membantu menaikkan martabat blog BM.

Aaargh, aku perlukan bantuan DSAI.

Dayana

sungguh tepat sekali!

bosan je tgk budak2 yang ade DSLR dileher. What a wannabe. Gmbr2 diorg bukan artistik pon. Perasan je lebih. Pastu bukak blog, tulis sajak/puisi/gurindam, in Malay. Dan Malay mereka mcm sgt tahhape2. Hny SDN sj yang mampu utk berblog in Malay without sounding weird.

Tanpa Nama

aku berharap aku akan ada duit untuk jadi macam diorang, best tuh.

Tanpa Nama

yang handsome bergaya dengan macbook pro dan sling bag jenama crumpler. diorang memang berduit dan ada taste...

Tanpa Nama

kebetulan, saya baru tulis pasal dslr wannabes as well on my blog
...and totally agree with yours too.

most of them would use dslr and edit the colours, blurkan bg lah, etc!
dslr and such photo editing doesn't go well.... and shouldn't happen.(labeling images di maafkan kalau nak edit pon)

Amak

SEMUA dah pernah dicanangkan. cuma pasal topman. well aku suka topman. and i think lelaki cam kelw kalo pakai topman kalo nk dibandingkan dengan t-shirt "Stupid dam dam kau berak keluar ketam", dan "waeh, mak aku cakap mak kaw tu ronggeng". mcm ashol.

Lagi satu pasal Hujan.
Aku tak tau kenapa orang fuck-fuck hujan. Adakah kerana hujan di inspirasi oleh The Stroke? Kalau macam tu, kenapa nak suka Dewa dan Padi from indonesia yang mengambil U2 sebagai sumber inspirasi muzik mereka. Sindentosca mengambil cranberries dan dolores sbagai suara jelmaan mereka? Kasturi 10. rilex..ramai lagi yang mendengar Hujan. Seni mereka? haha. tak pun.

DSLR di leher jgn cakap la. budak umor 16 tahun pun dah mampu menyangkutnya di leher masing-masing. Mak abah dah kaya. apa nak buat.

Blog Bahasa melayu.
SDN tu apa?

encikmasen

kalo ako? peduli hape..

dah itu trend masa kini, fesyen masa kini..

sebelum itu orang peduli apa..

samada kamo menyertai atau disertai, ataupun buat tak peduli..

hak kamo..

Yusmir Yusop

Semua orang nak mengekspresi diri masing-masing.Baik dari segi fesyen,muzik,filem dan blog.

Aku hanya lihat kesan positif dari lambakan semua ni.Mentaliti kita sudah ke arah itu.Tahniah.

SDN?no komen.Blog dia,suka dia.

Yatt

Hahaha.. Encik Melayu... Ulu Kinta dah berlambak benda-benda ni... heheh! Ulu Kinta tu bukan Ulu brader... tak sampai 10 km dari bandaraya Ipoh... heheh

Hujan? Aku tak nampak apa yg best pada band ni. Diorang kata mcm Strokes, tp Strokes suara tak sumbang mambang mcm Noh yg monotonous tu... Entahlah, mungkin sebab taste aku lain. Takpelah, apapun bebudak Hujan ni dah create fenomena. Tahniah!!

Dayana

and maybe you and Lucius Maximus.

Masen, jgn marah aku, please?

Tanpa Nama

kamu tertinggal satu trend terhangat 2007.

10 TAHUN SEBELUM MERDEKA

dengan bantuan youtube, myspace, dan blog, filem dokumentari pendek nih berjaya buat sejarah yg membosankan jadi cool dan releven pada generasi baru yg benci sejarah dan politik. kalau ko tak tengok lagi filem ni, ko memang sah tak cool.

Tanpa Nama

fuck off mat DSLR,mat konon electro ,mat RANGERS,mat KAMI,mat berlagak cool dengan menjual design tshirt kononya comel, dan mat seni burit.



*buruk apabila orang melayu memakai skinny berwarna warni. FACT!






fuck V to those kids!

Tanpa Nama

thx pompuan joblo. aku dah tenang sekarang. tapi aku tetap x suka akan hujan. sekejap jer dieorg semue ni. its a trend. everyone wannabe updated. ikut pemerhatian aku la, biarkan aja. mereka akan hilang minat semue ni nanti. x kan mereka nak pakai seluar skinny sampai mati, rite? SLR dijual balik ke kedai kamera. hahaha... it a fucking trend. dan kite tgk sampai mane hujan boleh pegi. peminat2 dieorg x penat ke?

syia

sangat setuju dgn trend2 kat atas tu.. tapi sat lagi mesti de trend baru naik.. huh kite tunggu dan lihat..

jeng..jeng

Tanpa Nama

wow...your blog really spark up a lot of hatred here. banyaknya orang marah. =p

tumpanglalu

salam..

dalam satu babak KAMI, si gadis meluru ke hujung pentas, terpacak membelakangkan diri lalu dengan selambanya merebahkan badan ke arah penonton yang riuh rendah menyambut layangan tubuh padat kuning langsat berpakaian sendat dan ketat lantas dijulang oleh tangan-tangan lelaki penyelamat dunia yang bersorak bersiul kesukaan..

dalam masa yang sama orang tua kita kat rumah tonton terbeliak mata sambil menggelengkan kepala mula memikirkan aduhai anak gadis dan terunanya macam itukah aktiviti mereka?

aku bukan pro juga bukan anti, sekadar menaip cerita..

Tanpa Nama

KAMI gives a BIG impact to our young culture. it creates a bunch of wannabes in our society.

encikmasen

dayana, ako tak marah kamo sayang..

wannabe/poser akan sentiasa jadi macamtu..dan pasti juga ada orang yang tak suka (boleh baca komentar2 yang lain dan pasti anda tahu kenapa)..

perkara ni pernah, sedang, dan akan berlaku lagi..

maka, biaq pi sama depa..

47

"Kalau nasib baik kamu mungkin akan dapat melihat seorang pelajar kolej berbaju Kurasaraksasa berseluar skinny jeans, berkasut runcing dan shemagh terlilit di leher dengan kamera DSLR sambil memakan cupcake"

-Haha, bernasib baik sungguh!

Great post Mr. Melayu Minimalis. Truly a fun read!

Siberkop

Ha'ah la, baru aku perasan Noh Hujan tu monotone.

Tak kisahla. Kadang2 rasa nyampah kat sesetengah golongan yg MM cakap kat atas ni patut kita simpan sendiri jer.

Sebab, sedikit sebanyak kita pun ada byk sifat yang dinyampahi org lain.

Amak

aku setuju dgn siberkop.

Zinnia Rum

nama pon trend. lepas ni senyap la tu. lumrah remaja mahu menjadi hipster. itu cara mereka dapat mengekspresi diri. abaikan mereka, mereka masih mencari arah lagi.

Tanpa Nama

Betul tu. Takde remaja, takde orang tua.

Atau takde orang tua, takde remaja? Haha!

Sekarang dah ramai budak sekolah ikut trend ni. Naik menyampah aku. Yang budak perempuan, baru belajar hisap rokok, akan merokok untuk nampak lebih cool.

Cool? Meh sini aku cool kan pipit kamu.

Aku suka The Strokes, tetapi aku tak suka Hujan.

Tanpa Nama

uh..aku setujulah dgn sume kt atas ni..
tp aku mmg makin meluat dgn golongan mamat2 poyo perasan topman jawa dgn suar skinny mcm traffic light dan juga berbagai kaler yg lain...mereka bergentayangan di soping2 komplek ataupun d gig2 sambil memakai vest yang dibeli daripada pelayan2 kelab malam yg telah bankrap.

mereka juga meminati hujan yg dhulunya kewll ttp skrg dh jadi kutu dek krn mamat2 ini mengatakan mereka kewl krn menggilai hujan... WTF!!
NOh yg dulu insan biasa kini mnjadi seperti mamat emo stlh bertukar imej kerana glamer yg melampao..sila rujuk google atau myspace mereka jika ingin melihat perubahan imej dan line up mereka sebelom dan sesudah.

dan juga golongan2 ini sgt mmerlukan dslr mereka utk menayngkn aktiviti2 poyo mereka di gig2 yg trdpt hujan untuk ditatap di mespes dgn sedikit editan www.myspace.com/***.

mereka ini sesungguhnya adalah golongan yg tdk tetap pendirian krn mereka ini adalah copycat atau lbh tepat lg peniru yg bertauliah kononnye mengikot trend semasa yg sunggoh cool itu dengan mengatakan diri mereka RARE!!

sekali lg WTF!!

Tanpa Nama

Cupcake... kalau sampai je time birthday, friendster / myspace / facebook default photo ada cupcake tersusun dengan ucapan.

Pernah temankan budak umur 16 tahun ke Topman untuk membeli skinny apparelnya yg terlebih dahulu digayakan di changing room sambil me-multisnap dengan DSLR yang maknya beli.

Skarang ni disebabkan KAMI and Hujan, gig penuh dengan budak2 bawak shopping bag MNG / Topshop... ataupun gah memakai indie-label-t-shirt yg baru dibeli di RANTAI atau mana2 fesyen gig yang ada Hujan lah.

Unknown

hey hujan tu bestla. abaikan jenis lagu mereka tp cuba hayati lagu mereka yg noh tulis sendiri.

Tanpa Nama

Fuck u cik! hujan best la sangat! hahaha... cuba hayati? so wut, noh tulis sendiri! it a crap of shit la cik... tolong ar. cukup!

Tanpa Nama

hujan? boleh tahan.

ah golongan rare...mau tunjuk ada band yg lebih baik dari hujan...come on...please step up and hiasi industri tempatan...takkan jaguh kampung jer kot...iyer tak?

Tanpa Nama

hmm jangan kutuk banyak sangat nanti termakan diri. it's good to be a wannabe. malaysia memerlukan mereka ni sebagai langkah awal ke arah kemajuan sejagat. takkan korang nak tengok remaja kita merempit mahupun mengangotai 3 line . golongan rempit dan abang2 ni akan dilenyapkan oleh golongan hipster. korang kutuk tengok diri masing-masing. semua bermula daripada sifat ingin jadi.


pasal hujan tuh lantak diorng . itu cara mereka untuk melariskan muzik mereka.yang untung pon diorang.

Tanpa Nama

Trend terbaru di kalangan orang2 perasan cool/terer/otai/ada good taste:

"Fuck/ridicule/belittle Hujan."

Benda yang takkan jadi trend terbaru di kalangan orang2 perasan cool/terer/otai/ada good taste:

"Be in a band (yg main muzik yg mereka suka dan rasakan lebih bagus & valid dari muzik Hujan) yg ada cultural impact mcm Hujan."

Trend sejak azali di kalangan org2 perasan cool/terer/otai/ada good taste:

"Mengutuk apa saja band/genre/kerja seni yang lebih berjaya atau lain dari apa yang mereka suka dan rasakan lebih bagus & valid dari benda yg mereka kutuk tu, sesama kawan2 yg juga perasan cool/terer/otai/ada good taste, tapi tak pernah buat apa2 pun to change things."

Jgn marah ye, sapa yg makan cili, dialah terasa pedasnya!

Kehkehkehkeh!

Chico

cupcake?hehe,walaupon mcm budak2 tp aku ske cupcake tu...cheese choc cupcake..sedap bangat lor...yumyum..kenduri kawen leh kasik tuh..

anti toksin

kamu terlupa satu lagi trend MM,

baju POLO berlogo besar!

Amak

hahaha. sebenarnya kan MM, komen-komen ni lebih best dari arikel kau.

aku setuju juga dengan pendapat;

org tak cool/terer/otai/ada good taste

the artist and i

student aku suka shuffle! :P

Unknown

bodohla kau ni kasturi. sgt2.

Tanpa Nama

trend...

yg sume org tensen sgt ni knape?
hehe..

kalo kite suke, kite buat..bkn sbb ikut trend, tp sbb kite suke..

kalo kite x suke, kite jgn buat..

lainla kalo org2 yg dituduh mengikut trend ni mnyusahkan korg, cthnye stiap kali korg nmpk org dgn DSLR di leher, korg akan kne heart-attack.

haha kalo cmtu barula bleh nk bengang2 ngan dorg.

klakar lah. kate tak peduli. bunyi mcm peduli. heh.

Tanpa Nama

Orang Ulu Kinta memang tak pakai shemagh.....erm...kecuali pakcik2 yang balik dari surau yang aku selalu nampak melepak kat kedai kopi dari lepas Subuh tu...heh..

Tanpa Nama

1.Mengelar "Cup Cake" sebagai Trend rasanya agak bersifat kedaerahan kerana ianya hanya mencakupi golongan golongan tertentu..pada saya dalam konteks ini(makanan)"J&CO" donut lebih relevan untuk bergelar Trendy untuk sesi suku ke empat tahun 2007

Linolumixa

Eh, got one more trend that's noteworthy - girls with rambut Rihanna aka the bob. Kadang-kadang kalau nampak dari belakang, akibat mengunjung salon yang cheapo, nampak macam kena gigit tikus.

Tanpa Nama

yuppie that bob cutting is really like everywhere...yang pegi ke salon murahan ...hahah rambut jadik sangatlah hodoh kerana nak mengikut trend lah sgt...bout slr cam...my dad has one 2...tapi hanya digunakan untuk kegunaan formal shj...tak berat ker nak gantung camera merata2...cupcake hanyalah kek yang biasa jer taklah sedap malah boleh membawa kepada kencing manis...hujan bes sebab membawa perubahan warna kepada industri muzik kita...TOPSHOP adalah kedai yang remaja mampu beli heheh takkan nak beli dior kot...design pun taklah cantik kain mcam pasar jer...dorothy perkins way much better...KAMI adalah cerita bodoh...pegi skolah boleh rambut panjang hehe kalau hensem takper...

Arinum
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rhona Rozlan

Kereta berjet pun ada.

Tanpa Nama

what the fuck .. fuck sana fuck sini.. suda la anjing-anjing.. tak cool pun kau fuck sana fuck sini.. tak suka, diam. Orang nak pakai apa ka lu apa peduli.lu pun nanti masuk neraka.
lagipun lu bukannya bes sangat.

apa daa.. lu orang ni nak jadi wartawan majalah mangga ka sibuk-sibuk hal orang lain? ibu sendiri berbogel di kelab malam.

Tanpa Nama

mmmm untuk orang-orang yg tak suka fashion suka jugak jaga tepi kain

Tanpa Nama

1. because its cute and people loves cute things to make them looks cute.

2. because it makes you look so 'indie'pendent.

3. because they think girls love guys wearing topman. and it makes them look 'in'. i never own any topshop or zara pieces.some are very attractive,i must say,but i certainly can find similar ones for cheaper prices anywhere else.

4. i have a DSLR that i used for studying purpose and one of my passion. but i hate hanging em on my neck because i hate looking like these kids you're describing about,even before i have my own dslr.and i dont want to get my neck sprained. but he's my baby, not my accessory.

5. i'll choose any gig with great bands+music over fashion gig any day.

6. i have both accounts. hahaha.

7. i don't fancy them and their music. but i don't hate them,because they really had made a huge impact for local music scene.

8. i hate this series.the concept brings fresh new perspective about teenagers and gigs,but the whole series was so dull and boring.now 15-years-olds pon dah pandai bergig. sheesh.

9. dont know anything about motorsikal berjet.hahaha.

10. memang kekurangan perkataan pon.

budak gemuk

gilalah Malaysia!

syafiqah

1.cupcake-mana puas makan cupcake.
2.label kemeja T-kredit for those yg hv a great design mcm ribut and hulala. tapi tak pernah try beli shirt dorg,so tatau camne fabrik shirt tersebut.now i realise that byk shirt yg guna kan ayat as corak. contohnye "alif ba ta pak aji mata buta."habis kreatif la kot.
3.fesyen acuan Topman-saya tidak tau kenapa mereka perlu memakai skinny yg striking. pakai seluar oren,t shirt pink and belt biru. x ubah macam orang bangla baru blk keja.and the shemagh,poser la weh panas2 nak pakai menatang tu. then beratur ramai2 sebaris depan pavi,ambik gambar and upload kat myspace. so lame!
4.kamera DSLR di leher-untuk menunjuk kepada org ramai yg beliau ade DSLR.
5.gig-mmg trend skrg. compare to before, budak2 bertudung pon dah boleh join gig skrg.hehe =P
6.facebook-ni byk budak IPTA/S yg guna. budak skolah layan myspace utk collect picture's comment byk2. ahaha
7.hujan-mula2 best,skrg cam hampes. tapi saya tidak kisah. biaq pi la depa.
8.kami-bila movie dia nak kua *tiba-tiba* haha
9.motorsikal bajet-no comment kerana saya tidak mempunyai ilmu mengenai motosikal.
10.blog bahasa melayu-okay gak tu. tak payah nak prepare kamus utk baca blog org.haha

syafiqah

based on my previous comment..bukan motosikal bajet tapi "motosikal berjet" haha..
salah eja..malas nak edit.

Tanpa Nama

kau pun one of those guys apa?
suka ambik gambar kaki which is so in and so typical and corny.
ambik gambar awek style tutup muka tp bagi nampak mata biru hijau contact lense which is so fake, nk bagi nampak mysterious dan cool...