Ahad, Januari 06, 2008

Tafsiran 'Kampung'.

Aku sudah lama tidak dipanggil 'kampung'. Mungkin secara separa sedar keinginan aku untuk digelar urban dan moden membuatkan aku berhati-hati tiap kali aku melangkah keluar dari rumah aku atau ketika aku bersuara.

Mungkin kamu pernah dengar istilah ini digunakan terhadap kamu. Mesti.

"Kau kampung lah..." "Ish, takkan nak buat camtu, gila kampung..."

Ya, istilah 'kampung' di sini bukan satu kata nama untuk menerangkan kawasan pertempatan luar bandar, tetapi suatu yang digunakan untuk menjelaskan satu mentaliti, satu gaya, satu aksi dan sebagainya. Ingat, istilah 'kampung' di sini digunakan dalam konteks bandar dan urban, bukan dalam konteks untuk mereka yang benar-benar tinggal di kampung. Aku suka tinggal di kampung, ok? Ok, mungkin kecuali tandas-tandas kampung.

Baiklah kita mulakan.

1. Penjagaan Diri.
Yang aku perasan, kalau wanita, hampir semuanya masih menggunakan bedak. Bedak untuk muka, bedak untuk ketiak, bedak untuk kaki dan macam-macam bedak. Kalau bermekap pun, akan menggunakan mekap yang berbau mekap. Memang meloyakan. Aku tak tahu bagaimana untuk menerangkan bau mekap ini, kecuali ia seakan bau, erm... bedak. Paling suka ketika waktu sebelum tidur, di mana mereka ini mengeluarkan senjata rahsia keayuan mereka, bedak sejuk. Juga masih menganggap eye shadow berwarna biru cerah serta lipstick merah menyala masih berfesyen.

Yang lelaki pula amat mudah. Semuanya menggunakan sabun buku, antara paling popular ialah jenama 'Popinjay', sabun buku berwarna hijau penuh dengan gambaran burung-burung pada bungkusannya. Syampu rambut, sabun badan, pembersih muka, semuanya menggunakan sabun yang sama. Kedua-duanya lelaki dan perempuan tak suka mandi bogel dan sering mandi berkemban dengan kain batik atau seluar pendek sambil menyimbah air dari gayung air.

2. Pakaian dan imej diri.
Aku rasa tiada beza dari segi pakaian semenjak dua menjak ini. Seperti aku katakan ia lebih kepada mentaliti dan mungkin gaya hidup serta perangai. Mungkin ada perkara-perkara quirky yang kita boleh lihat, seperti suka mengenakan gelang besi berantai yang mempunyai jalur besi yang dituliskan nama kekasih, pakaian dan kasut berjenama yang tiruan (Aku tak kisah sebenarnya, it's not what you wear but how you wear it, bukan?) serta telefon bimbit yang kurang bimbitannya iaitu telefon bimbit model 4 tahun yang lalu serta bernada dering monophonic.

3. Pengangkutan.
Seperti biasa, kereta-kereta jenama kebangsaan. Bezanya cuma mereka ini bangga berkereta. Cukup bangga sehinggakan sanggup melekatkan pelekat nama mereka dalam font yang buruk di cermin kereta. "Fiza", "Adin" dan sebagainya. Jarang dengan nama penuh seperti "Mohd Amin bin Omar." Biasanya diringkas/diglamourkan menjadi "AMEEENZ". Dan walaupun berkereta kebangsaan, obses untuk menjadikan kereta tersebut kereta import. Proton Wira hendak dijadikan Mitsubishi Evo III, Perodua Kancil ingin dijadikan Daihatsu Mira dan sebagainya. Walaupun nama yang terpampang besar-besar di cermin adalah nama Melayu.

Selain dari pelekat nama sendiri (atau nama kekasih untuk kes-kes yang lebih kronik. Yang lagi kronik akan meletakkan pelekat nama sendiri DAN nama kekasih, yang boleh dikoyakkan sesuka hati dan ditukarkan dengan nama kekasih baru), suka menampilkan pelekat "Aku Hidup Dalam Blues". Walaupun tak faham apa itu sebenarnya muzik blues selain dari lagu "Apo Nak Dikato" dan "I Still Got The Blues For You".

4. Tandas.
Suka tandas cangkung yang basah dan berpaip getah pendek.

5. Cara Dan Tabiat Makan.
Suka makan spaghetti di Pizza Hut dan akan makan spaghetti macam orang makan mi goreng. Maaf, tapi ada cara betul untuk makan spaghetti, ya? Paling pantang bila disuruh untuk makan dengan chopstick (apa istilah betul dalam Bahasa Malaysia, ya?) dan kalau boleh akan makan apa-apa saja dengan tangan. Selain dari spaghetti dari Pizza Hut (dan semenjak dua menjak ini mungkin dari restoran Secret Recipe juga) memang jarang akan memakan makan bukan Melayu sebab katanya tidak halal.

Tempat termahal pernah makan ialah di Restoran Seri Melayu dan mungkin Saloma Bistro di Jalan Ampang. Itu pun majikan yang belanja.

6. Hobi Dan Kegemaran.
Berjalan bersama kekasih di taman bunga, (tetapi jalan jauh-jauh takut ditangkap basah) makan duduk bersebelahan di kedai mamak dan memesan sama ada ayam tandoori serta nan keju atau murtabak daging. Agak mahal, tetapi tidak semahal kari kepala ikan atau udang harimau goreng (yang sudah sejuk) yang selalu disyorkan oleh mamak-mamak gila duitan. Kalau lelaki akan selalu menonton porno beramai-ramai di dalam bilik, yang perempuan pula suka masak beramai-ramai, mencuba resipi untuk bakal suami askar sambil berborak kuat-kuat di dalam dapur.

Satu lagi kegemaran ialah menonton drama bersiri, terutamanya tentang kehidupan orang-orang kaya seperti "Idaman", "Astana Idaman" dan erm.. aku tak ingat lagi. Sering ke kawasan Ampang Park untuk membeli-belah untuk mendapat baju fesyen kebaya terbaru yang diperagakan oleh Nasha Aziz dalam drama-drama bersiri dalam peti tv.

Golongan ini juga jarang bergaul bebas antara lelaki dan perempuan sebab haram. Perempuan yang bergaul dengan ramai lelaki akan dipanggil sundal dan sebaliknya lelaki yang bergaul dengan ramai perempuan akan dipanggil gigolo ataupun pondan/lembut. Akibatnya kebanyakan dari lelaki dari kumpulan sosial ini tidak akan melihat buah dada wanita sebenar di depan mata sehingga usia 26 tahun, walaupun pernah melihat buah dada Nasha Aziz di dalam video curi.

7. Tabiat-tabiat Sosial Lain. Suka mengusha orang dan berbisik sama sendiri untuk mengutuk tumpuan yang diusha. Tak kisahlah lelaki atau perempuan, tetapi sama sahaja. Sebenarnya berimpian untuk berpakaian atau berlagak seperti orang atau subjek yang diusha, tetapi ibubapa atau kekasih (biasanya kekasih) tidak benarkan.

Sebenarnya aku rasa golongan inilah yang masih percaya pada cinta sejati dan cinta kekal abadi, sebab hidup mereka amat mudah, tanpa perlu memikirkan masalah-masalah besar seperti kita yang perasan terlalu urban. Masalah-masalah seperti bil internet, senarai kawan Facebook dan SD Memory Card yang sudah hampir penuh.

Akibatnya banyak keputusan yang dibuat golongan ini adalah berdasarkan saranan si kekasih. Saranan-saranan seperti "Itu bukan anak aku! Kau buang sekarang!" dan "Kau jangan bagitau Mak kau apa Abah buat kat kau! Kalau tidak......!" serta "Ala... kau lompat-lompat aje mesti tak mengandung punya." dan mungkin "Pakcik kena bersihkan badan anak ni, apakata anak buka baju biar pakcik kasi bersihkan...ya? Miau Miau Miang..."

8. Kesihatan.

Suka akar-akar kayu, kemenyan dan segala apa yang berkenaan Cara Berubat Orang Kampung. Mungkin mujarab, tapi pada aku itu soal mentaliti. Suka juga 'menghantar' itu dan ini dengan bantuan pawang (yang sekarang semakin moden, malah boleh 'menghantar' benda dengan hanya menggunakan telefon bimbit!) akibat hasad dengki dan fitnah. Buah kegemaran = limau purut dan limau nipis. Telur 'mentah' juga menjadi idaman.

Tiba-tiba aku rasa takut selepas menulis No. 8 di atas jadi aku rasa cukup buat kali ini sahaja. Tiga nukilan dalam 2 hari. Waaaaah...

29 orang ada pendapat sendiri:

encikmasen

yang last sekali tu kena hati-hati sket bro..maju macammane pun malaysia, glokal macammane pun mentaliti kita..bendalah tu still ada..


oh ya..

sabun popinjay mempunyai bau yang sangat wangi dan sesuai dengan mereka2 yang mempunyai BO yang kuat..

siyes sebab ako pakai sabun tu..

btw, walau di celah pelusuk dunia mana pun ako, ako tetap budak kampung gak..

oghang kampung

aku orang kampung, fact. but looking at the characteristics, might not be kampung enough to qualify. still proud as hell to be orang kampung.

erm

no 4,5,7 tu aku...aku suka kalo org panggil kampung...kurang2 aku ada kolam mancing sendiri belakang umah hahahahahaha

tandas duduk x bley blah...kat umah aku...tandas duduk x laku.....taik macam x paham plak kita ni kat tandas

tapi macam haram la entry ni....hahahaha bagus bukan entry yang berat2

akumacampeduli

Aku sebenarnya segan nak mengaku orang kampung. Pasal aku mungkin tak cukup kampung lagi. 'Kampung' aku pun sebenarnya taman perumahan, iaitu suatu hybrid di antara kampung dan bandar.

Ciri-ciri taman ialah naik motor cc kecil tanpa helmet, gerai takde lesen tepi jalan yang blok laluan kereta, tanam pokok kelapa/pisang/lain-lain pokok depan/belakang laman rumah walaupun majlis tak bagi dan lain-lain benda yang orang kampung biasa buat tapi dibuat di kawasan urban/suburban.

Kalau kampung, mesti ada aktiviti mandi sungai. Mungkin tiada piped water. Mungkin tiang elektrik/telefon pun takde. Internet/3G toksah cerita la.

Tapi aku pun terikut perangai orang kampung yang ditulis oleh Tuan Punya Blog. Aku tak pakai Popinjay, tapi pakai Dettol. Tapi memang tulah sabun mandi, sabun muka, sabun basuh tangan lepas makan, sabun cebok....

Lagi satu, walaupun tandas rumah aku jenis duduk, tapi mesti nak cangkung jugak. Kalau kat tandas luar time emergency pun akan cangkung walaupun ada signboard menghalang perbuatan sedemikian. Macam tak feel kalau duduk masa melabur.

Hahahahahaha. I cannot believe I just wrote that last para.

Macam omputih kata, you can take the boy/girl out of the kampung, but you cannot take the kampung out of the boy/girl.

yuzy

Popinjay tu menatang apa?Aku memang tak suka sabun buku sebab was-was ada kurap.Maklumlah duduk rumah sewa bukan boleh percaya kat budak rumah.Muka nampak jambu,dalam boxer siapa tahu.Lagipun tak economy wise beli sabun buku.

Weh,handphone lama ok apa?Senang nak bawa masuk hutan/tak takut kena curi.Handphone mahal-mahal tak ada kredit atau kena block tak ada guna jugak,kan?

Bermentaliti kampung kadang-kadang menrimaskan dan kadang-kadang kelakar.

Death From Above 1982

i still don't see any harm in a pair of lovers sitting next to each other as a loving gesture...except if your heart is as solid as stone as a conservative japanese..nak confess love pun susah..but i get the point...teringat that malaysian-idol rocker yang balik2 sahut slogan " Rock Orang Kampung!"..ssheesshhh...

taiko

apsal bab tandas pendek sangat huh? wakakaa... best ooo tandas mencangkung

Aku orang bandar

kampung apa kes? Malu ke dipanggil kampung? best sgt ke jadi org bandar? Nilai ketimuran makin ditinggalkan.Pengaruh yahudi!

Siberkop

Kepada yg nak bashing entry ni, kalau korang perasan, sebenarnya dalam diam si MM bashing gak bebudak bandar or 'perasan' bandar.

Tapi apapun, sedikit sebanyak, dalam diri melayu2 mcm aku ni, still ada kekampungan atau suka apa yg aku 'fikir' ada kat kampung.

Wah, sawah padi luas terbentang berlatarkan lata dan banjaran.

NIrrajim

ape ke hanjing ade pengaruh yahudi plak dalam celahan komen ni?

kampung la kau!

=.=

DayDreamer

3. Pengangkutan.
Seperti biasa, kereta-kereta jenama kebangsaan. Bezanya cuma mereka ini bangga berkereta. Cukup bangga sehinggakan sanggup melekatkan pelekat nama mereka dalam font yang buruk di cermin kereta. "Fiza", "Adin" dan sebagainya. Jarang dengan nama penuh seperti "Mohd Amin bin Omar." Biasanya diringkas/diglamourkan menjadi "AMEEENZ". Dan walaupun berkereta kebangsaan, obses untuk menjadikan kereta tersebut kereta import. Proton Wira hendak dijadikan Mitsubishi Evo III, Perodua Kancil ingin dijadikan Daihatsu Mira dan sebagainya. Walaupun nama yang terpampang besar-besar di cermin adalah nama Melayu.

Selain dari pelekat nama sendiri (atau nama kekasih untuk kes-kes yang lebih kronik. Yang lagi kronik akan meletakkan pelekat nama sendiri DAN nama kekasih, yang boleh dikoyakkan sesuka hati dan ditukarkan dengan nama kekasih baru), suka menampilkan pelekat "Aku Hidup Dalam Blues". Walaupun tak faham apa itu sebenarnya muzik blues selain dari lagu "Apo Nak Dikato" dan "I Still Got The Blues For You".


terima kaseh psl tolong meluahkan apa yg terbuku dihatiku selama nih...mmg aku rimas..jijik dgn perlakuan yg MM tulis diatas...sekali lagi..terima kaseh!

kurap

Penghujung tahun 2007 aku pulang ke kampung. Keluar berjumpa kawan-kawan. Malangnya:

“Mung jale jauh skit. Paka seluar ketat, meghoh pulok tu. Supo oghe gilo. Wat malu pah kakku”.
(Kau jalan jauh-jauh sikit. Pakai seluar ketat, merah pula tu. Macam orang gila. Buat malu aku aje).

Dan aku sokong penyataan MM yang #7 tu :

‘Suka mengusha orang dan berbisik sama sendiri untuk mengutuk tumpuan yang diusha. Tak kisahlah lelaki atau perempuan, tetapi sama sahaja. Sebenarnya berimpian untuk berpakaian atau berlagak seperti orang atau subjek yang diusha, tetapi ibubapa atau kekasih (biasanya kekasih) tidak benarkan.’

Semua orang pandang, dan kemudian berbisik a.k.a mengumpat. Kebetulan kawan perempuan aku memakai shemagh.

Ok, hari itu hujan, angin kuat dan memang sejuk. Jadi tak salah kawan perempuan aku memakai shemagh.

Mungkin mereka fikir, budak Palestin sesat mana la ni. Atau lebih parah, mereka ‘cop’ kitorang datang dari bulan.

Hahahahahah!

effizzul

sabun Popinjay?
Made in Thailand. Tak silap aku dibuat berasakan minyak sayuran.
selain baunya yang agak kuat/tengit seakan-akan bau bahan kimia yang menghakis, satu kelebihan sabun ini ialah amat mudah menghasilkan buih! Sebab tu cepat habis!

Bila baca tentang Pengangkutan, teringat kepada adik aku yang sudah upgrade proton Wiranya dengan menukar label Proton ke Lancer. Dia pun memakai gelang rantai (tapi tiada nama kekasih ya?), tapi suka menghabiskan masa lapang dengan bermain snooker dan berkaraoke di Ipoh.

"Ala... kau lompat-lompat aje mesti tak mengandung punya."
Hahaha... ini adalah saranan paling lawak dari seorang kekasih yang 'kampung'! Simpati aku kepada pasangan yang pernah mengucapkan ayat ini.

Kakak ipar aku ada satu label yang lebih kelakar untuk golongan seperti ini : KG.COM!

Malf is my Hearbeat ok

yang perempuan suka keluar pegang2 tangan. dah tua tua pun nak pegang2 berkepit.

pengangkutan : AKU TAK SUKA DAN RASA ANNOYING DAN IRRITATING DENGAN PEMANDU2 ATAU PENUNGGANG MOTOSIKAL YANG PASANG BUNYI KALAU BREK!! SAKIT TELINGA LAH!

Death From Above 1982

hak ah siot..
bunyi mcm 'motor tamiya'..zzzzttttttzzzzzz...

i bet pasni ada plak alarm mcm 'viper' tuh yang ada tonasi yang akan bercakap " YOU ARE STANDING TOO CLOSE TO THIS MOTORCYCLE.." ...ssheesshhh...

nurulazreenazlan

pada saya beza kampung atau bandar dalam konteks yang saudara utarakan ini terletak pada pemikiran.

kalau duduk bandar tapi suka label orang dan juga judgmental maka anda juga kekampungan, merujuk kepada point 7. tak kira la kalau anda rasa anda sudah moden habis apabila melakukan benda-benda yang dianggap kebandaran.

ditto siberkop =)

47

Hahah, lawaklah pulak. Tapi still, observation yang tajam dan tepat! Kudos to you.

Aku gunakan istilah 'kampung' hanya untuk berjenaka dengan rakan-rakan. Contohnya: "Ugh, I tak makan la makanan-makanan kampung macam ni" *lengkapkan dengan gaya hidung tinggi. Selalu member2 aku gelak dengan benda mcm ni dan lepas itu aku akan makan juga makanan tersebut.

Tapi bagi aku nilai tradisional kampung adalah baik dan banyak yang jika di applikasi di bandar akan membawa kebaikan. Eg: Ramah, tolong menolong - genuine goodwill - bukan dibuat2.

Malangnya, nilai-nilai ni hanya diamalkan golongan tua di kampung. Yang muda2 datang bandar dan jadi mcm yang di-describe Mr. Melayu Minimalis.

Tanpa Nama

bahaha.aku mmg agak menyampah ler ngan mereka2 yg suke letak sticker pelik2 mcm #3. pastu suke beno nk "upgrade" kete memasing. sikit2 dah a..xyh nk tuka su,e skali. haha. bajet je.

fadzlie

aku x mengaku diri org bandar.. tp mengikut analisa MM, aku x tergolong dlm kategori org kampung.. haha..
aku paling x thn dgn org no 4 dan 5.. paling aku jijik dgn perangai org yg cangkung kt tandas duduk..

TJ

Encik MM adalah benar dalam mengimplikasikan istilah 'kampung' kepada pemikiran sesetengah manusia dalam masyarakat kita. Sebenarnya mentaliti itulah yang menghalang bangsa kita dalam banyak bidang, yang menghalang kreativiti dan inovasi yang memerlukan idea yang kreatif dan kritis. Selagi makcik-makcik, abang-abang dan lain-lain orang Melayu sebegini terus mempertahankan ideologi kampung ini dan menurunkannya, selagi itulah generasi baru Melayu akan terus kekal dalam kepompong ini. Tugas kitalah sebagai bangsa Melayu yang berjaya keluar dari kepompong ini untuk membawa kebebasan pemikiran dalam generasi baru kita dengan mengikut batas-batas agama, seperti yang biasa saya tekankan.
P/S: Saya benci orang yang betul tapi tidak bersistem dalam menyampaikan apa yang betul.

Jiji, 25
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
June

Mungkin interpretasi aku salah..

Ko kata,

"Akibatnya kebanyakan dari lelaki dari kumpulan sosial ini tidak akan melihat buah dada wanita sebenar di depan mata sehingga usia 26 tahun, walaupun pernah melihat buah dada Nasha Aziz di dalam video curi."

Soalan:

Adakah ko berbangga dapat menikmati buah dada wanita sebenar pada umur bawah 26 tahun. Tolak tepi buah dada ibu ko.

you and whose army

"telefon bimbit yang kurang bimbitannya iaitu telefon bimbit model 4 tahun yang lalu serta bernada dering monophonic"

kampungkah aku :(

aku tetap aku

kereta nasiaonal = kampung ??

aku lahir di KL, membesar di KL, tapi hanye mampu mempunyai kereta kancil sb keTIDAKMAMPUAN. apa mau buat? x semestinya x kaya tu kampung.

menukar kereta kancil kepada mira (L2, L5, gino etc) pun tak menunjukkan kampung.hobi mereka dan aku sentiase kagum. baik diorg perabih duit kat kereta yg makan ribu2 daripada bazir kat pompuan/arak/rokok. aku kenal orang2 begitu an kebanyakkn mereka belajar tinggi dan kerja bagus. diorang berhempas pulas nak masuk autoshow utk menang (utk yang convert betul2 n serius la..) dan ada aensi kerajaan yang turut menyokong aktiviti sihat begini.

cume part name yang ditampal tu aku sokong. aku pun x suke.

Tanpa Nama

bukankah kamu juga memandu kereta nasional, pemilik blog?

Tanpa Nama

budak kampung laki tak pernah tengok buah dada wanita sebenar di depan mata sehingga usia 26 tahun? haha. ajaib.

budak kampung mana awak kenal ni? :P

wee

teman,
no 6 tu.hahahah
masak megi tumis pun aku borak kuat2! best tu!
tak caya ko try la.

no 1 plak.
bedak muka mmg ade.
tp kalo kaki ke ketiak xde plak.
pompan mane yg ko prasan ni tarah bedak kat area ctu?
hahahahah

Dejavu

kenapa lu tak masukkan sekali "MuKA" sbagai one of the aspect?

lain kaji nak memerhati tu biar menyeluruh. aku suggest nko kaji kategori muka muka kampung ni.

lu pernah denga tak yang bentuk tengkorak manusia mempengaruhi dari mana roots dia datang?

cuba lu kaji bentuk tengkorak lu. hidung lu tak mancung. lu itam. pendek kata lu memang tak kacak lansung la. muka lu memang muka kampung habis.

tu la. bila dah biasa mengutuk orang, lu rupa nak cermin diri. aku ni yang roots KL pun, makbapak asal KL pun, tak pernah nak keluarkan statement pasal kampung.

lu jangan bajet lu tu free thinker lu dah bagus irman. lu sendiri cakap orang yang kutuk2 tu sebenarnya nak jadi seperti apa yang dikutuk.

lu menulis betul2 beb. jangan terpatah balik kat batang idung lu sendiri dah la.

lu sembunyikan identiti. nampak sangat coward. blah la irman.

Fariz Bakar

bomoh patah kampong mmg the best. hospital amik masa 3 bulan. kampung buat..2 minggu saja.