Kenapa Aku Tak Hisap Dadah.
Kalau kamu ingat, di RTM 1 dahulu, Filem Negara rajin mengeluarkan iklan-iklan separa propaganda yang bertopengkan kempen-kempen kerajaan. Dahulu memang kurang agensi-agensi periklanan yang ingin merembat duit pengeluar-pengeluar barangan macam sekarang, zaman iklan rokok masih keluar di tv, dan iklan-iklan paling popular adalah iklan yang berlatarkan suara Mat Sentul. ("Ya! Dingdang datang lagi dengan Robot Cerut!")
Iklan-iklan Filem Negara ini kebanyakannya menggunakan animasi primitif, tetapi cukup berwarna-warni dan psychedelic untuk menyampaikan mesejnya. Antara yang popular ketika itu ialah iklan untuk mengelakkan pembaziran, aku ingat lagi adegan ruang tamu kosong tetapi masih terpasang peti televisyen yang hanya menunjukkan white noise (macam Quadrophenia pula) dan adegan bath tub penuh air sampai melimpah-limpah (zaman itu mana ramai orang Melayu kita yang ada bath tub? Memang relevan betul genius-genius di Filem Negara ketika itu.)
Satu lagi siri yang popular ketika itu ialah siri animasi kartun berunsur nasihat. Yang aku ingat adalah episod monyet yang makan cili, serta si kancil dengan buaya. Aku betul-betul berdoa ada mamat di Filem Negara sekarang yang berani dapatkan akses ke arkib filem-filem tersebut dan menguploadnya ke dalam Youtube. Tolong!!
Tapi, yang paling berkesan untuk aku ialah iklan kempen anti dadah. Aku tak berapa ingat, tapi satu adegan yang sampai sekarang masih melekat di kepala aku adalah melihat seorang lelaki yang seakan-akan tengkorak hidup yang merangkak naik di atas tangga menuju ke pintu sambil meronta-ronta dengan suara yang penuh dengan reverb dan delay. Memang berkesan. Sebagai seorang kanak-kanak yang belum mengenali nikmat buah dada ketika itu aku memang gerun melihat animasi tersebut, mungkin sampai mengigau ketika tidur.
(Chop. Tadi ada seorang kawan wanita aku berkata, 'Fuck you! No, I mean, literally, fuck you!' Sambil menarik tangan aku. Bukan menolak aku. Apa maksudnya ya? Tapi dia berteman lelaki, tetapi sekarang digantung tak bertali katanya...)
Jadi, semenjak itu aku tahu, dadah itu merbahaya. Boleh menjadikan aku seumpama tengkorak hidup. Dan selain dari ingin muat ke dalam skinny jeans aku, aku mungkin tak ingin menjadi tengkorak hidup. Ya, lumrah selaku seorang dewasa, aku pernah mencuba, tetapi aku tidak pernah lebih dari itu. Mungkin di atas sebab-sebab berikut —
1. I Need To Be In Control.
Paling aku bosan dan tak suka, ialah bila kita hisap dadah (walhal dadah bukan sahaja dihisap) ialah kehilangan kawalan diri. Aku tidak suka hilang kawalan diri. Terutamanya apabila melibatkan seks. Sampai lubang peluh aku hilang kawalan, hilang rasa panas atau sejuk, hanya kebas. Air liur meleleh-leleh, cakap tak tentu arah. Hilang charm aku. Batal niat.
2. Aku Tak Nak Masuk Penjara.
Kalau dadah itu sah di segi undang-undang, mungkin aku suka dadah. Walaupun tidak ditangkap, sifat paranoia dan bimbang ketika terserempak dengan Enche' Polis memang aku benci. Aku ingin jalan ke sana ke mari, pergi ke kelab malam tanpa perlu bimbang ujian air kencing aku positif. Sekarang kalau ada Enche' Polis ingin menguji air kencing aku, memang aku alu-alukan. Aku bagi satu botol besar kalau boleh. Tanpa bimbang, risau dan was-was.
3. Aku Nak Jimat Duit.
Kalau murah tak apa juga, ini mahal. Daun ketum, ubat batuk semua tak main-lah, itu cara orang kampung. Nak tumbuh ganja belakang rumah memang susah. Hidrophonic-lah, solar lighting-lah, de-humidifier-lah. Besar belanjanya. Lebih baik tanam ubi. Dan lebih baik aku habiskan duit aku buat benda-benda berfaedah, macam untuk belanja kawan perempuan aku arak.
('Asleep' dari The Album Leaf sedang berkumandang.)
4. Dadah Tidak 'Cool' Lagi.
Lupakan Renton dalam 'Trainspotting'. Selain dari watak popular lakonan Ewan MacGregor itu (dan mungkin selain watak Johnny Depp dalam 'Blow'), dadah sudah amat tidak relevan untuk aku menjadi seorang yang 'cool'. Sekarang aku cuma perlukan sehelai shemagh dan skinny jeans. Boleh dibeli di kedai Fourskin berhampiran anda.
5. Dadah Tidak Pernah Mendapatkan Aku Wanita.
Kecuali aku inginkan seorang wanita yang penagih dadah. Dan aku tidak inginkan seorang wanita penagih dadah sekarang. Walaupun dia seorang model kurus, tinggi dan berbuah dada besar, terima kasih. (Cerita Lain.)
6. Aku Tidak Pernah Rasa Lebih Kreatif Dengan Bantuan Dadah.
Aku pelik dan hairan mendengar cerita kawan aku yang berkata dia perlukan se'pam' untuk lebih relaks dan kreatif. Agar mudah berkarya. Malangnya kerjaya aku sebagai ahli fizik nuklear memerlukan tumpuan 100%, dan aku tidak perlukan dadah untuk membuatkan aku bodoh. Arak kan ada?
7. Dadah Tidak Boleh Dibeli di Kedai Serbaguna.
Aku bosan memandu ke Jalan Alor atau di celah-celah Kampung Baru menunggu mamat-mamat stim bermata kuyu yang ingin menjual 'sayur'. Kita bukannya di Amsterdam, penuh dengan kafe-kafe yang membekalkan 'sayur-sayuran' ini, bermakna kita terpaksa berurusan dengan Mereka Yang Kita Selalunya Tidak Akan Tegur untuk melepaskan gian kita. Dan aku tidak suka dengan perkataan 'gian'. Kalau benda selain 'sayur-sayuran' ini lagilah, mesti kena berurusan dengan orang-orang yang menyimpan buku nota hitam penuh dengan nama-nama serta nombor-nombor telefon kita yang mungkin akan jatuh ke tangan Enche' Polis bila dia diberkas akibat terlalu kebas untuk bergerak pantas melarikan diri.
8. Dadah Tidak Pernah Mendapatkan Aku Wanita.
Ya, aku tulis dua kali. Ini fakta penting.
9. Aku Tidak Mahu Mati Dengan Muntah.
Jimi Hendrix, Janis Joplin, Jim Morrisson dan Elvis Presley. (Maaf, setahu aku tiada artis Melayu yang mati dengan cara begini.) Semuanya mati terbaring akibat kombinasi dadah dan arak. Semuanya melayan gian sampai termuntah ketika tidur dan akibatnya tidak boleh bernafas. Dan mati begitu sahaja. Death by asphyxiation. Aku cuma minat erotic asphyxiation. Dan golden showers. Tapi itu Cerita Lain.
10. Dadah Itu Haram.
Maaf, harus tidur. Hangover.
21 orang ada pendapat sendiri:
iklan tu ada sound, bunyi2 suara yang mengerunkan..
dadah! DADAH! dadah!..daadahh..DaDdahh!!!..
gila seram!
i need to be in control. serupa ayat bf aku. rosak otak katanya.
10.Dadah Itu Haram.(Woi, arak tu camne woi?! HeHe).
mari mari kita layan adrenalin....syok dia macam dadah...cara nak triger=excitement,near death experience
macam mane dengan iklan..
"rupa-rupanya Mona lebih advance"...
btw umah aku thn 81 dah ade bathtub dah..
Haha.Betul jugak tu.Arak macam mana?Arak tak buat ko lost control?
Dadah buat aku rasa nak bunuh diri.Sumpah tak nak dah.
Arak haram lah wei. Aku baru cek kat internet tadi.
Dah,bertaubat!
"Semua belia jangan hisap dade (dadah) dan semua wanita patut derma dare (darah)" - Samy Vellu the Boss.
Arak tak haram? Kau ni kafir ke aper?
sejak BILER plak arwah Bob Marley ni online dari neraka SANER?
kampung la kau!
=.=
Kalau mahu bermain istilah sorga, nikmat dadah ialah sorga dunia (pada sbhgn orang). Tak ada pengganti. Pasangan seks boleh berganti, tapi dadah tidak ada sama sekali.
Masa sama kalau mahu bermain istilah neraka, kehancuran bahana dadah boleh mewakili neraka dunia.
Anda tidak akan dapat hidup bebas dengan dadah. Bukan bab undang-undang. Bab ini remeh-temeh. Maksud saya bab diri anda dan kehidupan anda hari-hari. Bila hidup dengan dadah, kecenderungan untuk berbohong berada di tahap sangat tinggi. Dengan keluarga, kawan-kawan, organisasi tempat kerja, si manis satu tilam dan lagi, lagi, lagi, anda sukar untuk mengelak dari berbohong. Bila berbohong anda telah memanipulasi seseorang, sekumpulan. Anda dengan sendirinya tidak bebas lagi kerana perlu memanipulasi untuk terus hidup.
Ada dua kekecualian.
i. hidup anda tidak ada walau setitik hubungkait dengan sesiapa. tapi ini 99.99999...% mustahil.
ii. mengambil dadah ialah pilihan existential hidup anda. jadi, ermmm... hujan2 lagi, panjang lagi niiii...
nota: kalau anda berpsikologi setempat (kampung?) - rasa salah tapi ambik juga, terus rasa salah tapi terus ambik juga, tak henti2 rasa salah tapi tak henti2 ambik juga, tak nak la, tak nak la tapi akhirnya cadar basah, jadi BAIK TAK PAYAH. anda hanya menyiksa diri sendiri. anda tidak akan dapat menikmati berada dalam sorganya.
tapi kalau di pilihan nombor (ii) kat atas, ermm.. jalan saja!
pengakuan: bab ini bab susah untuk cerita. abaikan jika terlajak.
KAhkahakha Robot Cerut ! Woi MM, kau rasa Mat Sentul tu layak tak nyanyi grindcore sambil kau main guitar hhihiih
dadah sudah amat tidak relevan untuk aku menjadi seorang yang 'cool'-----> kau ni cool sangat ke walaupun tanpa dadah?
I Need To Be In Control.
Paling aku bosan dan tak suka, ialah bila kita hisap dadah (walhal dadah bukan sahaja dihisap) ialah kehilangan kawalan diri....Hilang 'charm' aku
komen: relax la bro (gaya lelaki ampunk)...buat pe nak control-control, chill-chill sudah la. lagi pun, orang yang masih cool dibawah pengaruh dadah ialah seorang yang benar-benar cool!
sick-sick-sick.
http://en.wikipedia.org/wiki/Urolagnia
Aku start berblog 2 hari lepas bila aku takleh tido sebab isap ice tapi aku tak menggalakkan orang isap dadah la. Aku setuju ngan semua sebab2 ko tanak dadah tu cuma part "I Need To Be In Control" aku tak berapa setuju. Tengok jenis dadah dan jangan ambil sampai overdose dah.
Nak tengok orang high isap dadah, gi check kat blog aku.
Aku setuju dgn stetmen ini
komen: relax la bro (gaya lelaki ampunk)...buat pe nak control-control, chill-chill sudah la. lagi pun, orang yang masih cool dibawah pengaruh dadah ialah seorang yang benar-benar cool!
Bukan senang mo kontrol weh..
heheheh~@!
Hahaha..post ini agak provocative. Tapi saya setuju dengan Tanpa Nama.
Relax relax sudahlah. Tak payah susah-susah nak jadi cool.
Tiba-tiba rasa MM ni dah tak cool.
Hati-hati memandu. Jangan menyumbang kepada statistik. Peace...
ouh ya..bagi aku, orang yang cool adalah orang yang tak perlukan apa-apa substance to get 'high'.
salah satu contoh, drummer They Will Kill Us All, dahulunya drummer Custom Daisy yang tak perlu ambil dadah atau arak untuk mengetuk dram dengan padu...dan beliau juga tidak hisap rokok...peace...
p/s - Awas, post bodoh hanya akan membuatkan anda kelihatan bodoh, jadi postlah dengan bijaksana.
aku gelak gila baca part ni "Ya! Dingdang datang lagi dengan Robot Cerut!" .. nostalgisss
Catat Ulasan