Dilarang Melarang.

Sebentar tadi aku telah ke blog si John Hafiz dan telah melayan video 'Dilarang Melarang' dendangan Gasoline Grenade yang telah dia, dengan murah hati, telah kongsikan bersama. Walaupun lagu tersebut terang-terangan lagu protes, tetapi apa yang menarik bagi aku ialah istilah Dilarang Melarang itu sendiri, dan imej-imej 'larangan' yang digunakan.
"Dilarang Memakai Baju Tanpa Lengan."
"Dilarang Pakai Seluar Pendek."
"Dilarang Berambut Perang" dan sebagainya.
Aku, sebagai seorang dewasa yang mampu berfikir sendiri, mencari nafkah sendiri dan berusaha dengan usaha sendiri, memang kurang larangannya.
Tetapi aku tahu ramai di antara kamu semua yang masih banyak larangan, tak kisah-lah dari ibubapa, pihak universiti, kesihatan dan keselamatan diri, pihak majikan, parti politik dan sebagainya. (Aku tak mahu pun sentuh pasal larangan agama, ok?)
Jadi kadang-kala aku macam kurang ambil peduli dengan kebebasan yang diberikan kepada aku, dan mungkin bingung dengan macam-macam larangan yang dikenakan kepada orang lain.
Sebab tak ada orang larang aku keluar rumah pukul satu pagi, atau pergi keluar memakai seluar pendek, atau pegang tangan orang perempuan, atau pakai skinny jeans, atau naik kereta, atau guna Internet di pejabat, atau beli kasut mahal, atau tidur lewat.
Tetapi aku tahu ramai orang di luar sana yang tidak boleh buat banyak perkara yang aku pandang remeh-temeh dan mampu buat tiap-tiap hari tanpa perlu berfikir dua kali. Lagi-lagi kamu yang masih belajar, atau masih tinggal di bawah ketiak ibu kamu.
Tak mengapa, pasti akan datang satu hari kamu semua bebas untuk berbuat apa-apa pun, jadi bersabarlah.
Cuma terpulang kepada kamu sama ada hendak gunakan kebebasan tersebut untuk bersuara lantang ataupun hanya untuk langgar sekatan jalan polis.
Ralat.
Saiful Razman berkata...
'Dilarang Melarang' kini adalah lagu dari Anarki Lumpur. Sila liwati www.myspace.com/anarkilumpur. Harap maklum :)
8 orang ada pendapat sendiri:
aku buat perkara terlarang sejak minggu lepas
1. aku tak buat kerja langsung di pejabat padahal notis ada 2 minggu lagi dan sebenarnya keje tu aku je yg tau buat.
2. aku baca blog ni dan tiru cara MM tulis sikit2 sekaligus lahirkan gaya tulisan celup yg poyo.
Sedap kan suara aku?
john-
boleh tahan la.
RALAT. Dilarang Melarang kini adalah lagu dari Anarki Lumpur. Sila liwati www.myspace.com/anarkilumpur.
Harap maklum :)
aku di larang makan berlebihan.
sebab aku gemuk!
Saya dilarang color rambut sampai bila bila. Mommy tak bagi (isn't it obvious that I really am bored?)
kesiannya tak boleh colour rambut.
Yeap, so kasihan. Life is so sad. Pffft.
Catat Ulasan