Selasa, Julai 29, 2008

Kita Dan Kuasa.



Aku sudah dua hari tidak pergi kerja. Migraine yang mencucuk kepala aku dari hari Sabtu lepas sampai hari ini tidak beredar. Ubat pun sudah tidak berkesan, jadi aku fikir rehat secukup-cukupnya mungkin jawapannya. Hendak menulis blog pun pening. Tapi hari ini aku dapat buah fikiran sikit. Jadi sebelum buah fikiran aku jadi busuk aku tulis dulu.

Aku hendak tulis pasal orang kita dengan kuasa. Orang kita yang gila kuasa. Tidak kisahlah bagaimana dia dapat kuasa itu, sebab dia beli ke, sebab ada 'ayahanda' beri ke, sebab dia dapat pakaian seragam ke, sebab dia dilantik kroni ke, tetapi semuanya sama.

Atas sebab yang samalah aku dari dulu tidak suka berkawad. Pengakap ke ('pengangkap' kata orang yang bebal sikit), Kadet ke, Puteri Islam ke, Rumah Iskandar ke, semua sama. Aku tidak suka sebab ada orang memerintah aku untuk langkah kiri, kiri, kiri kanan kiri. Lagipun aku tidak suka pakaian seragam kecuali pakaian seragam Stormtrooper, dan tak silap aku di Malaysia masih belum ada 501st Legion lagi.

Kita tengok Pak Guard kita. Lagi-lagi yang Melayu. Baru ditugaskan untuk jaga kereta dan pelawat-pelawat yang masuk ke dalam kondo, tetapi aksinya mengalahkan kumpulan S.W.A.T LAPD. Macam-macam ditanya, itu dan ini, nasib baik di sini tiada 'taser', kalau ada mesti jadi macam mamat bawah ni.



Kamu bayangkan, kalau di Malaysia semua orang yang ada 'kuasa' dibekalkan dengan 'taser'. Mesti kecoh.

Senario 1: Stadium Bola
Alak - "Mari menjilat lalalala"
Pakcik Taser - "Woooi! Turun pentas sekarang!"
Alak - "Lalalalala oi oi oi"
Pakcik Taser - "Nah rasakan!!"
Alak - "Bzzzt!!!"

Senario 2: Dekat Segambut, pukul 12:45 tengahari Ahad.
Nas Ahmad - "Mari kita terjah dia tanya dia pasal kes video lucah tersebut!"
Pak Guard - "Eh! Apa ni?"
Nas Ahmad - "Aku nak terjah artis kat dalam kondo tu!"
Artis 1 - "Terjah artis? Pas mana? Nah aku taser kau!"
Nas Ahmad - "Bzzzt!!!"

Senario 3: Dekat Pentas Rakaman
Mawi - "Aduhaaaai Saliiiiiiiiiiihaaaaaa"
Adlin Aman Ramli - "Kau sumbang la Mawi. Nah Taser!"
Mawi - "Bzzzt!!!"
Fauziah Ahmad Daud - Kau berani taserkan si Mawi!?? Nah rasakan!"
Adlin Aman Ramli - "Bzzzt!!! Bzzztt!!! Bzzztt!!" (Kena 3 kali)

Jadi kepada mereka yang berkenaan, sila jangan import taser gun ke Malaysia. Mungkin jadi kes macam ni.

10 orang ada pendapat sendiri:

Unknown

Ahaha taser mawi!!!

Laughing again, thanks! :D

kitt

ngapain taser itu berlaku di segambut, hampir rumahku..nas ahmad pulak tu..ha ha..

Unknown

du

Unknown

dude,501st legion dah lama buat base kat malaysia...gi link ni tengok lar http://myscififan.proboards40.com/index.cgi?board=CostumesProps&action=display&thread=1155..amacam mahu join ke

Marine Biologist

adlin aman rosli ker adlin aman ramli?

conpius plakkk....

Melayu Minimalis

@cripple brain
ye aku salah.
sudah diperbetulkan.

Tanpa Nama

"Don't tase me, bro!"

Yerp. It's become a catchphrase.

Tanpa Nama

La asal tak cakap tak kerja? I was at PJ with bassist taktau nak gi mana

Marjerin

kalau aku ader taser nih , aku akan taser kat x-gf aku dulu, guru disiplin dan pengetua aku dulu yg selalu taser aku dgn rotan dulu

47

aku rasa, orang pandai/terer akan mula ter-affect dengan kuasa cuma jika kuasa itu besar dan kuat.

orang kurang pandai/sedikit bodoh akan ter-affect dengan kuasa tanpa mengira magnitudnya, dengan kuasa kecil pun sudah jadi gila kuasa.

haih..teringat that infamous video -seorang anggota FRU menyepak kepala orang yang telah di-subdued ala menyepak bola sepak.

aku benci orang bodoh.