Kenapa Aku Separa Konservatif.

Aku bukan seorang konservatif. Pada masa yang sama, aku bukan seorang free-thinking hippie yang mengiyakan segala. Aku masih ada disiplin, serta aku masih mempunyai panduan serta batasan sendiri dalam kehidupan seharian. Cuma mungkin tahap toleran batasan aku jauh ke bawah dari kamu semua. Jadi di sini aku ingin terangkan, mengapa aku mungkin seorang yang masih separa konservatif.
Ingin, tafsiran konservatif di sini masih subjektif, jadi apa yang aku mungkin boleh terima, kamu tidak boleh terima, dan sebaliknya.
1. Aku Tidak Ambil Dadah.
Maaf, tapi aku masih tidak percayakan pengambilan dadah. Dadah ringan atau berat, aku tak peduli. Ramai berkata kepada aku, jika aku ambil ganja, tahap kreativiti aku akan meningkat, atau ia akan membantu aku tenang, tetapi menurut pengalaman aku, aku tidak pernah tenang mengambil apa-apa yang boleh menyebabkan aku masuk penjara. Tetapi pada masa yang sama, aku tidak pernah pulaukan mereka yang suka berekreasi dengan dadah. Asalkan tidak menyusahkan aku sudah. Macam aku, aku tak pernah menyusahkan orang pun ketika aku ambil Stilnox atau Xanax. Dan aku tak pernah bimbang ditangkap polis pun.
2. Aku Masih Tak Makan Babi Dan Was-was Makan Daging Di Premis Bukan Islam.
Kalau termakan, pernah. Aku kadang-kadang was-was juga jika makan di restoran Cina, walhal banyak lagi perkara haram pernah aku buat. Aku rasa soalan yang paling susah pernah ditujukan kepada aku ialah bila ditanya kenapa aku tidak makan daging babi sedangkan aku minum jus harimau? Aku pasti ramai diluar sana pun pernah ditanya. Secara peribadi mungkin aku perlukan batasan untuk membezakan prinsip aku dengan 'mereka'. Kamu bagaimana?
3. Aku Tidak Bertatu.
Tetapi secara jujur, aku pernah terfikir. Malah aku tidak bertindik sekalipun. Telinga, lidah, puting, semua. Bukan apa, mungkin aku tidak boleh memberi komitmen seumur hidup ke atas sesuatu yang akan berada kekal di atas kulit aku. Sebab aku memang jenis yang bukan sewenang-wenangnya boleh memberikan komitmen kepada apa-apa atau sesiapa pun. Lagi-lagi rekabentuk tatu yang mungkin aku akan rasa bosan dan jelak dalam lima tahun lagi.
4. Aku Tidak Takut Anjing, Tetapi Aku Elakkan Dari Pegang Anjing.
Siapa cakap pegang anjing itu haram? Cuma perlu samak bukan? Aku tidak pernah takut anjing, dan aku ada ramai kawan-kawan (Melayu atau sebaliknya) yang ada membela anjing. Tetapi aku jarang membelai anjing. Mungkin sebab aku orang yang lebih sukakan kucing.
5. Aku Masih Suci.
Tipu.
6. Aku Perlu Berkahwin Untuk Dapatkan Anak.
Kalau belum atau tidak berkahwin, lupakan sahaja. Aku tidak kisah kalau kamu rela untuk mengandungkan 4 orang anak aku, setiap seorang selama 9 bulan pun, tetapi jika kamu tidak berkahwin dengan aku, aku tidak sudi. Sebab aku pernah melihat kesusahan kanak-kanak serta orang yang tidak di'bin'kan dengan nama ayah sendiri. Memang sedih, rumit dan banyak masalah. Jadi sebelum kamu berjimak dengan pasangan kamu malam ini, dan kamu belum berkahwin lagi, sila fikirkan langkah-langkah sesuai untuk mengelakkan perkara sebegini ya?
7. Aku Masih Percayakan Cinta.
(Semua bekas kekasih aku ketawa berdekah-dekah dan meludah ke arah kaki aku.) Tetapi ya, aku masih percayakan cinta. Mungkin aku sesat sedikit beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi itu semua aku salahkan trauma. Bukan mudah untuk aku. Tetapi aku masih percayakan percintaan di dalam hubungan. Mungkin cuma agak sukar untuk aku mencapai idealisasi apa itu yang aku katakan cinta. Akibatnya mungkin sebab itu aku suka menonton filem Indonesia yang ada perkataan 'cinta' dalam tajuknya.
8. Aku Kurang Mencarut.
Aku cuma mencarut depan diri sendiri ketika mengadap cermin. Tetapi kalau dengan orang lain aku selalu akan rasa bersalah.
Ok itu sahaja. Lain semua aku boleh terima. Kot.
37 orang ada pendapat sendiri:
boleh tahan mat cintan jugak rupe nye...
awak tak pernah mencarut? saya ada kawan yang tak pernah mencarut di khayalak ramai juga. bila saya mencarut kuat kuat (bila marah lah) nanti dia akan cakap "Roe! Stop cursing!". hmm
baik aku mencarut dari baling botol (kalau ada lah seseorang itu yg baca ini dan tahu apa yang dimaksudkan, don't stop loving meeeeee!) hahahahaha :P
hey there minimalist, why don't you adopt one of my kitties? hehehe
Tanpa Nama-
sure, show me the pussies and we'll talk.
Ok la tu En. Melayu Minimalis. Orang macam kau ni yang perlu banyak kat dunia ni.
Janji tak kacau orang. Tak judgemental kat orang.
anda manusia normal rupanya :P
jus harimau tu apa? urine dia ke?
90% serupa seperti kamu. cuma aku tak minum harimau, aku makan harimau.
aku pun tak peduli dengan kenyataan-kenyataan semua ni. kau mau buktikan apa? tak judgmental? betul ke?
yeah...everyone need some kind of boundary...if tiada boundary yang kita sendiri tetapkan..memang lost la.
:)
menarik.
perwatakan yang bisa digambarkan.
MM tulisan best,boleh buat ruangan dlm surat khabar ;)
no. 1 pernah juga cuba, tp mmg tak ada "ganja"rannya pada aku sbb tak pernah memberikan sebarang tindak balas apatah lagi meningkatkan kreativity aku. a complete waste of my time. tak best pun. no. 2 pun sama. nama "babi" sahaja cukup buat aku geli apatah lagi nak makan bende alah tu. wuyeeek. erm, tp aku juga tak minum air harimau, atau apa2 air memabukkan dengan rupa yang very harmless (nota: ada payung kecil ditepi dgn dijanjikan oleh kawan2 sebagai tak memabukkan dan rasa seperti air nenas). no, no. alkohol aku tak sentuh. sebagaimana aku tak ada hati nak sentuh babi, begitu jugalah aku tak ada hati nak sentuh alkohol sbb pada aku benda ni nanti jadi darah daging, dan aku actually risau hati aku akan gelap dr melakukan amal ibadat disebabkan darah & daging aku yg telah diracuni tu (ya, aku agak konservatif). tapi, aku tak pernah pula larang kawan2 aku nak minum. silakan. masing2 ada prinsip sendiri yang aku as a friend harus hormati.
yg item2 lain tu ok. tak bertatu, tak bertindik, percaya in love and marriage. that's good. secara deep down, kau membuktikan yang kau masih Melayu sejati MM, hehe :D
Anak anda umur berapa sekarang?
Apa kata buat satu posting khas untuk dia. Posting yang akan menerangkan bagaimana dia (anak anda) menjadi pemberi semangat kepada anda untuk terus maju dan jadi seorang manusia yang lebih baik.
Apapun, jus buah kiwi atau just durian belanda adalah lebih baik dari air harimau. air harimau tu nanti dia akan makan hati kamu.
the more I read about you the more smitten I become.. (batting eye lashes =p)
To parties/events, and do these 'permerhatian' and observations, bila masa yg kau spend time dgn your growing kid?.
and u not judgemental? OH COME ON!
bullshit man.Your postings are filled with u judging one thing or the other.
sheezus.
betul. kenapa perlu kau mention perihal2 ini jika kau betul tak peduli.
aku masih ingat posting kau tentang gadis dan jejaka ampang, yang bagi aku sangat sungguh judgmental.
brother Tipu Tapi Benar,
awak dulu sXe ke?
Bbbaaaeeekkkk Punya!
takde sentuh pasal alkohol pun
i tak suka u selindung2
kalau percaya cinta ubahlah sikap.
bagi saya kamu dah cukup lengkap.
tapi 2o dari 100 yang belum lengkap. kamu rasa apa? saya tahu kamu sebenarny bukan mengukur cinta dengan sifat sifat fizikal dan kemewahan.tetapi dari segi 'soul' kan? you have to makes your heart and your soul beating.
masalah kita,banyak guna hati dan fikiran.tapi tak dicampur sekali dengan jiwa.jadi setiap perkara yang kita buat seperti tidak ada makna.saya bukan nak ukur kehebatan kamu.cuma,saya faham dan akur bukan semua orang berjaya mempercayai cinta.
kamu irman.berusia 30 an.
u're one of the few good ppl then, nice!
xanax. sangat tenang hati kan.
hehehe
tanpa nama-
xanax. tak boleh ambil selalu.
zifi "baik punya" - Bukan setakat sXe sahaja, tapi hampir2 jadi sXe Militan! :-)
don luv like a flower coz flower change for each season..if u luv like wind,ur luv blow till 4eva.
Yup,i really believe in L.O.V.E but luv always dont blieve me
sXe tu apa?
//dill yang tak reti baca short-forms.
Dill, sXe tu straightedge, I think. Dulu I igt sXe tu logo sex tau. Bodoh betul :-p
kalau percaya cinta bukan mat cinta atau minah cintan. mat meggi mungkin. hahaha.
tapi,normal la percaya ada cinta.
ada sebut pasal xanax. kan?
kedamaian.kalau tak silap aku itu pil untuk orang tekanan perasaan yang boleh menjadi gila kan?
dalam banyak2 yang kau tulis. ini antara yang cool. bukan yang lain tak cool. yang ni paling cool.
tapi aku rasa (sapelah aku)kau patut berenti la minum arak. serius ni. arak membuatkan lelaki kelihatan matang, ya aku tau. malah dalam gangguro girls kau kena minum arak untuk tambah 'charm', ye tak? tapi tah la..ke aku yang patut minum arak?
ha ha
aku rasa patutnya kau tulis 'minum arak' bukannya 'minum jus harimau'. sebab nampak mcm kau risau pasal pkataan tu dan cover dgn statement yang kelakar sikit.ye ke?
ok la tu. lagipun 'minum arak' bunyi macam haram sangat, ye tak? hehe (serius bukan gelak perli)
tapi aku tak peduli pun. kamu pedulikah?
tulis lagi.
aku suka.
byknye komen2 yg berbaur pro n anti...
tp bg aku die judgmental or not, watever he said, he has the right to wrote anything on his blog..
so, bg aku judgmentalnya dialah yg boleh menyumbangkn pengetahuan kpd kita ni spertimana x judgmentalnya kita berbnding dia (kecuali incik2 yg mngkin lbh judgmental dr mm).
hak bebas bersuara masih diamalkan di m'sia?
sebenarnya untuk aku tak penting pun apa yang aku tulis tentang diri aku di sini. apa yang penting ialah pendapat dan pandangan aku tentang apa yang aku perhatikan. jadi, jangan jadikan siapa itu aku sebagai pengukur segala pemerhatian aku.
aku hanya insan biasa.
ok sebab banyak sangat komen, i dah terlupa nak tulis apa -__-
tapi rasa2 macam kita dah hampir sama je kalau diikutkan sikap yang ditulis atas ni. no 8, i lebih banyak mencarut dalam bentuk penulisan di blog. dalam bentuk percakapan biasanya dalam traffic jam atau bertembung pemandu bodoh di jalanraya. tak dapat nak dielakkan haha.
eeee bila la kereta aku nak sampai ni.
dah tulis email complain ke belum to management diorang?
if u dont call trus org atasan proton...trust me..mmg lame lagi la for u nak merasa driving kereta sendiri tu
haha.bermacam-macam buah fikiran. separa konservatif? ada lagi ke lelaki melayu yg mcm anda?
Catat Ulasan