Proses Pencarian Kandang Kamu.
Aku perasan bahawa salah satu perkara yang membuatkan kita unik sebagai manusia ialah keinginan kita untuk bersosial dan berkumpulan, terutamanya dengan sekumpulan manusia yang kita boleh lepak dengan selesa, dan kumpulan itu sebaliknya selesa dengan kita yang melepak dengan mereka selang tiap-tiap hari.
Sebab kita semua sebenarnya macam lembu, harus pulang dan selesa dengan kandang masing-masing. Cuma apa yang membezakan aku dengan kamu dan dia ialah jenis kandang dan jenis lembu-lembu yang lepak dalam kandang tersebut.
Aku, sebagai seorang yang perasan pakar sosiologi, kerap masuk ke kandang-kandang berlainan, atas nama kajian dan eksperimentasi, (dan sebab kadang-kadang ramai awek dalam kandang-kandang tertentu.) Jadi di sini aku ceritakan sedikit tentang jenis-jenis kandang yang aku pernah lawati dan mungkin
Kandang IPTA.
- Aku pun pernah bergelar pelajar universiti. Memang mudah untuk menonjol dalam kandang ini, malah, aku sendiri pernah bergelar 'Freshie Terbaik' (atau istilah yang seangkatan dengannya). Memang mudah, bangun pukul 6 pagi, kejutkan orang Liat untuk sembahyang Subuh, rajin berjemaah, rajin belajar, tidak merokok, rajin bersukan, makan malam di dewan makan kolej dan tidur sebelum pukul 12 pagi. Sampai aku dapat 'pedang' turun-temurun untuk mereka yang digelar 'Freshie Terbaik'. Aku buang pedang itu. Lepas tu aku amalkan aktiviti terbaik untuk pelajar universiti, iaitu ponteng kelas dan jamming percuma di studio kolej.
Aku sudah kurang berhubung dengan kawan dari kandang ini, sebab aku jarang ke masjid. Kenangan manis dari kandang ini? Pelajar-pelajar perempuan TESL memang comel.
Kandang Punk Anarko.
- Sekarang ni memang kurang. Harap baju sahaja bertampal dan liat untuk mandi. Tetapi semuanya luaran. Aku pernah naik van telur ke Johor Bahru, dan tumpang van tidak berhawa dingin untuk main gig di Kuala Terengganu, dan aku pernah buat distro, jual CD sendiri dan CD orang lain, balas-membalas e-mel dengan Mat Punk dari Britain dan New York dan main gitar sampai jari berdarah serta buat gig sendiri untuk band crusty dari San Francisco. Tetapi akhirnya aku sedar apa yang aku boleh ambil dari idealogi Punk hanya idealoginya. Mungkin sekarang sudah kurang jiwa terseksa yang ingin memberontak dan menjerit "Di manakah keadilan????!!" sekuat-kuatnya, tetapi sekurang-kurangnya revolusi kecil masih ada di dalam hati aku. Sampai hari ini aku tidak pakai Nike atau makan di McDonald's. Sebaliknya aku makan di Carl's Jr.
Ramai kawan-kawan rapat aku dari kandang ini, sampai sekarang. 'Punk Not Death!' kata mereka. (Kesalahan tatabahasa disengajakan.) Kenangan dari kandang ini? Aku dan kawan-kawan aku pernah ditanya oleh seorang Punk muda dari Batu Pahat, "Kamu ni 'anarcho' ke?". "Anarcho" disebut dalam sebutan Bahasa Malaysia. Aku harap dia berjaya mendapat pendidikan yang secukupnya.
Kandang Selebriti Dan Artis.
- Terus terang, di Malaysia hanya ada dua orang selebriti. Siti dan Amy Search. Amy aku pernah jumpa. Siti tak pernah. Memang glamour dan menyeronokkan, bergesel bahu dengan orang-orang lawa dan bergaya dengan baju tajaan, dan model-model kurus berbuah dada besar, tetapi hakikatnya kandang inilah yang paling busuk. Lebih busuk dari seorang Punk tak mandi 3 minggu. Semuanya superficial dan penuh pembohongan, dan kandang yang paling banyak orang mengampu dan diampu. Hendak bukti? Aku tiada kawan dari kandang ini, hanya kenalan. Itu pun ramai yang buat tak kenal sampai sekarang.
Aku tiada kenangan manis dari kandang ini, semuanya masam, walaupun pernah seorang artis ini pakai bikini depan aku dan bertanyakan aku sama ada buah dadanya nampak besar sebelah. Kemudian bertukar nombor telefon, walaupun aku hanya sekadar ber-SMS, tidak pernah sampai keluar gambar curi di blog Syokkahwin atau majalah Mangga. Sekarang sudah berkahwin dengan Mat Salleh.
Kandang Pejabat.
- Serius dowh, aku bosan hidup dalam kubikel. Aku pernah, hidup berkemeja dan berseluar slack (apa istilah dalam Bahasa Malaysia?), masuk pejabat tepat pukul 9, keluar tepat pukul 5 petang. Hidup makan di kafeteria, merokok di sebelah tong sampah, hidup makan gaji tanpa kepuasan. Kehidupan kerja penuh dengan borakan tentang bola, kereta, pinjaman rumah dan gosip pejabat. Terlalu kelembuan untuk aku yang kononnya berevolusi kecil dalam hati (rujuk Kandang Punk Anarko di atas)
Tetapi agak seronok hidup dengan bonus gaji dan lawatan perniagaan ke luar negara. Tak mungkin lagi. Sampai sekarang aku enggan pakai seluar yang ada kesan lipatan yang diseterika.
Ada beberapa kandang lain yang aku pernah lawati. Tetapi Cerita Lain, ya?
8 orang ada pendapat sendiri:
i can still remember those days when DxDx was playing at actors, people were kinda harassing your vocalist, but you guys really stood up for her. tu masa zaman2 anarko ke? hehe. well being punk is something, tapi kalau x nak mandi 2-3 hari tu, that's so not punk. that's called unhygienic and lazy. c'mon it's damn malaysia not portland dude.
btw, you know what happened to that band MOFX? DxDx and MOFX was like the earliest japanese-msian band i've heard of back in those days.
genius genius....
Syokkahwinnnnnnnnn hahaha
aku pernah terjebak dalam kandang freshie terbaik. semua kelab, senior ajak masuk. salah satunya kelab kebudayaan walaupun aku bukan la pecinta tarian kebudayaan sangat. mereka panggil aku untuk bahagian teknikal. memandangkan aku budak sw eng, jadi aku hanya ada idea pakai digital sound effect. teater tu pasal peperangan futuristik ala2 star wars. kenangan manis buat show the KLCC utk peace malaysia dan jadi juara keseluruhan dan juara teknikal terbaik di U. tapi lepas tu aku berundur sebab pointer jatuh T_T dan lepas tu ramai kata aku sombong T_T (1000x)
aku tak pernah masuk mana-mana kandang dengan seluruh jiwa, sbb aku tak suka aktiviti berkumpulan. aktiviti berkumpulan pada aku kesemuanya sungguh artificial tak kisahlah walau kandang jenis apa sekalipun, dan aku cukup tak suka memaksa senyum di muka aku ni.
kandang aku hanya ada family dan yg tersayang. kalau tiada mereka, aku rela tak masuk mana-mana kandang semata-mata nak hu-ha hu-ha tp dalam hati sebenarnya aku tak enjoy lansung. berjumpa rakan-rakan sekejap2, minum kopi, lepak2, sudah ok, tetapi merancang aktiviti besar dgn rakan2 (bercuti, organize projek) is a no-no. maybe ada yg kata aku anti sosial, tp yg penting aku happy begini.
endingya, aku jadi macam azu. aku pun hepi :D
yeah i pun tak fanatik mana-mana kandang sangat. dan bernasib baik di kandang pejabat tak perlu berpakaian formal, skinny jeans pun boleh (walau baru ditegur agak kurang sesuai). apa-apa saja lah!
saya suka post ini sebab ada ayat ini...'Pelajar-pelajar perempuan TESL memang comel'..
kerana saya pelajar TESL...terima kasih!
Catat Ulasan