Surat Terbuka Kepada Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad.

Kehadapan Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad,
Lebih sebulan lalu, iaitu pada penghujung bulan Mei, aku telah bercadang untuk membeli sebuah kereta Proton Satria Neo. Ramai yang mungkin berfikir, tindakan aku memang bodoh, sebab aku pernah memiliki sebuah kereta binaan Proton dahulu, iaitu sebuah kereta Wira Aeroback 1.3 Manual yang ramai tahu lebih banyak menyusahkan dari membuatkan hidup aku senang. Kereta tersebut telah lama dijual dan membuatkan aku dan ramai pemilik kenderaan lain kurang percaya kepada keupayaan Proton sebagai pengeluar kereta.
Tetapi, setelah menyelidiki semua forum online serta maklumbalas pemilik-pemilik Neo, aku telah mengambil keputusan untuk membeli kereta tersebut, kerana dikatakan Proton Satria Neo merupakan salah satu kereta terbaik yang pernah direka dan dibina oleh Proton, dan mempunyai nama yang cool yang boleh membuatkan kamu berasa seperti Keanu Reeves di dalam filem 'The Matrix'. Lagipun konsensus awam mengatakan Proton telah berjaya merubah identitinya sebagai syarikat yang boleh dipercayai dan tidak lagi dimalukan dengan masalah power-window yang selalu terpele'ot.
Setelah membeli senaskhah majalah Motor Trader Malaysia, aku telah menelefon seorang penjual/pengedar kereta Proton, berdasarkan janjinya yang mengatakan syarikat beliau mempunyai stok kereta tersebut berdasarkan spesifikasi yang aku minta. Ini kerana banyak penjual lain mengatakan aku terpaksa menunggu sehingga 2 bulan untuk mendapatkan sebuah kereta Proton Satrio Neo 1.6 (Manual) berwarna hitam. (Ini bagaimanapun tidak seteruk masa sehingga 6 bulan yang aku kena tunggu jika aku inginkan sebuah Proton Saga BLM)
Pada masa yang sama, Proton juga ada menjalankan promosi besar-besar untuk model kereta tersebut, dengan harga yang boleh dikatakan menarik dan berpatutan.
Jadi pada penghujung bulan Mei yang lalu, aku telah mulakan proses pembelian kereta tersebut, dengan harapan sekurang-kurangnya aku boleh membawa kereta baru untuk makan Mee Bandung di Ampang selewat-lewatnya pada minggu pertama bulan Jun.
Tetapi...
Hari ini tanggal 11 haribulan Julai. Aku masih terpaksa makan di restoran-restoran membosankan di depan rumah aku, dan aku masih selalu menunggu teksi yang ingin mencekik darah.
Mungkin salah penjual kereta yang aku hubungi, kerana menjanjikan aku kereta yang kononnya ada stok, tetapi telah dijualnya kemudiannya kepada orang lain. (Aku tidak tahu pun sama ada kereta itu ada pun pada awal-awalnya) Tetapi menurut katanya, Proton masih tidak boleh mengeluarkan nombor chassis kereta yang bakal aku miliki, kerana, masih tiada kereta. Kenapa tiada kereta? Sebab katanya Proton tidak mempunyai bahagian kereta yang mencukupi untuk membuat kereta-kereta tersebut.
Jadi, aku ingin tahu, mengapakah perkara sebegini boleh berlaku? Kenapa jalankan promosi besar-besaran untuk kereta model tersebut, jika kereta model tersebut tidak boleh disiapkan langsung? Kenapa berkata kepada pengedar-pengedar kamu bahawa kamu ingin jalankan promosi tersebut walaupun kamu, sebagai syarikat pengeluar kereta, tidak pun mampu menjawab permintaan pelanggan yang tinggi?
Aku sebagai seorang bakal pembeli kereta yang ingin mempercayai kembali keupayaan Proton benar-benar kecewa dan rasa tertipu dengan cara kamu semua menjalankan perniagaan kamu. Termasuklah cara penjual-penjual dan pengedar-pengedar kamu mempromosikan barangan kamu, dan cara kamu menangani masalah dengan bakal-bakal pembeli kamu yang akan membayar berpuluh-puluh ribu wang dan duit hasil penat lelah kerja mereka untuk membayar gaji kamu.
Aku benar-benar kecewa.
19 orang ada pendapat sendiri:
moga moga cepat sampai kereta yang dijanjikan. toe dah 3/8 ni...
amin.
oh satria neo ku yg dibeli di pandan tu pun tak sampai lagi. tiap kali call marah, mereka cakap give 1 more week. lepas seminggu call lagi, mereka cakap macam tu juga.
bukan salah proton, tu semua penjual yg bermulut manis, dapat duit deposit, cuit sket. sket lagi, sket lagi... ko saman aje. kalau ko baik, minta balik wang ko, ugut pergi dealer lain. kalau tak dapat seminggu, jumpa bos dia. jangan bagi muka la kat penjual kereta, especially melayu.
farizzet-
masalahnya
a) aku zero down payment.
b) aku dah cakap kat boss dia pun. boss dia betul2 mintak maaf atas incompetency anak buah dia, memang tidak pandai layan pelanggan.
lagi pun aku dah tunggu lebih 5 minggu. kalau pergi tempat lain kena mula balik dari kosong. jadi, alang-alang menyeluk pekasam, tunggu sajalah.
aku harap ada pegawai Proton yang baca nukilan aku ini dan cuba addresskan masalah yg aku hadapi ini.
sedih bercampur meluat bercampur marah.
In many respects, Malaysia is much more corporate than the U.S or U.K where people can live off the land comfortably and not be poor. There are no options for young people to earn a decent living while being truly 'indie'pendent in MAS. All the so called local 'arts' festivals are forced to seek corporate backing and sponsorship. It is TOTAL CO-OPTATION into the capitalist machine. There's no art for arts sake here and there NEVER WAS. Even so called 'punks' shop at malls, and buy their groceries from Jaya Jusco. Those who think they can truly subvert the system from the inside are only paying lip service to a set of ideals they were only able to HOPE to embody.
It really pains my heart to see the fate we have chosen for ourselves...
regarding that blue black neo tu kan, i wanted to place an order for the blue black, but since it takes several months as it is limited (alasan sebenonye i tak tau la plak), sudahnya i just got a red one instead.
just to share, that blue black mmg lambat nak dpt.
ms.antrophe-
don't subvert. integrate. turn it into the new norm. before long people will start noticing. plus i think you commented on the wrong post :)
enche kacak-
kamu pun beli warna hitam ke? kamu beli dari Auto Bistari ke?
thinker bell-
yeah, my agent has, in the past, offered me the white one, even the old orange 1.3 Auto to replace the 1.6 M Black that I wanted. teruk kan?
ye hitam. dia selalu kasi alasan "warna putih adalah hitam tak ada la. mahu putih?" ye autobistari. nasib kita sama. semalam call dia cakap proton baru nak buat neo batch baru. dalam 2-3 minggu lagi sampai. harap2 betul apa yang dia cakap
kalau salesman tu pandai....dia boleh ambik dari stock dari outlet lain(kalau betul nak tolong)
certain outlet yang perform atau manager dia pandai...akan sentiasa dapat dulu dari orang lain
ada kalanya....dia nak duit baru dia kata ada kereta
ada kalanya....nak kene ugut saman+menggunakan pangkat baru nak bwat(member aku kene dengan saleswoman yang c*ba*)
semua bleh kawtim
enche kacak-
kita serupa. haih.
aku tiada pembaca yang kerja di kilang proton di tanjung malim ke? katanya proton satria neo dibina di sana. ada siapa2 ada maklumat?
kau tak suka Myvi ke?
aku tak percaya sangat dengan Proton.
Satria Neo kawan aku, baru pakai 2 minggu, meletup kat highway.
sekarang dalam proses untuk menyaman Proton.
nasib baik kereta berasap dulu, jadi kawan aku sempat menyelamatkan diri. kalau tiba-tiba meletup, apa lagi mau kata? kawan aku dah la sedia gelap.
bukan nak menakutkan kau MM, cuma bagi aku, sementara kau tak dapat kereta tu lagi, adalah lebih baik kau pertimbangkan untuk mendapatkan kereta lain.
kau beli Toyota Alphard lah. senang nak bawak bom nuklear.
Bro,
Hantar Email la kat management Proton, especially yang jaga bahagian perkhidmatan pelanggan.
Berikan maklumat2 penting tentang masa buat tempahan, nama jurujual, outlet dan seangkatan dengannya. Aku yakin yang kau akan dapat feedback dari mereka. Masalah macam ni selalunya disebabkan oleh outlet2 pengedar yang pandai cakap sebab nak dapatkan pelanggan. bila pelanggan termakan janji, dia pun buat perangai la.
Tak pun cuba tanya outlet yang lain, sekurang-kurangnya tak sakit hati sepanjang masa. Cuba cari outlet kat tanjung malim, dekat sikit ngan kilang proton.
Apapun, semoga mendapat kereta baru.
kh-
tu lah. aku pun pernah nampak gambar satria neo meletup. memang tidak sepatutnya berlaku lah.
ttb-
aku memang bercadang nak menghantar email manis kepada mereka. apa2 update nanti aku post kat sini.
aku tanya outlet lain semua memang kata kena tunggu. 2minggu ke 2 bulan. memang production line dia tak konsisten kot.
lupakan proton neo. Alfa romeo kalau berani. satisfaction gerenti.
proton neo pada aku agak kacak juga. tak apa la, kau buat apa yg patut MM. aku pun tak rasa kau patut beralih ke dealer lain sedangkan kau dah sabar menunggu selama 5 minggu (shite, itu sgt lama ok?). kau karang la surat paling manis sebelum kau pass ke Proton Edar. yg penting jgn duduk diam lama2. kalau kau sanggup call yg berkenaan kerap2, diorang pasti percepatkan sbb rimas kena hassle, hehe.
btw KH, kalau ada duit aku pun teringin nak toyota alphard. huhu. bukan sbb nak bawa nuklear, tp sbb muncung depan alphard tu macam muka optimus prime. aku berkenan lah :|
harap kau dah dapat kereta kau.
aku pernah gi ke bandar proton dekat tanjung malim.kat sana berlambak kereta proton yang sudah siap dan tidak terjual lagi.bak kate membe aku,lautan kereta.kebanyakkan nye gen2,juara yg tak terjual tu.tu belum termasuk kat shah alam,kat selayang,klang.dieorg park kete kat sana b4 ada dealer amik dan serah kat pemilik bertuah :P
kereta kat sane berjemur la sampai ader org ambik.tu yg ader kazen aku beli waja baru 2-3 minggu pakai kereta,clutch pedal leh patah? tu blum masuk power window lg?bayangkan...
tapi yg kelakar nye,gf aku pernah g interview keje kat proton shah alam,one of the interviewer kate yg proton ni QC(quality control) dia sama mcm mercedes,beemer,lotus?
(wat the F*&K??) nak gelak pon ade? tak pasal2 kene sepuk plak? haha(padahal aku pon pakai proton gak) hehe
but then ikut luck juga.ada yg pakai elok tahan bertahun2,ada yg dapat kereta awal.mcm kakak aku,beli neo hitam gak,loan sume dah approve,kete kuar dlm 2,3 minggu aje.
kalau nak senang,bli kereta kat show room aje :) tapi dah kene rembat kaw2 from tanjung malim to KL -peace-
i share your sakithati with proton!
i swear to god proton adalah menyakitkan hati! i ordered the neo 6 weeks ago. and till now still tak dapat. the salesman told me, "paling2 2 weeks". bollocks! after 3 weeks, he didnt even bother calling to tell the car ade ke takde ke. kita yang sibuk nak call dia. i'm sorry. siapa pelanggan sekarang? lepastu.
after much investigation, from other proton dealer, apparently neo stopped production temporarily because diorang nak kene fill orders for saga and persona. by aug shud start production balik..
asked the mister salesman, and he knew nothing about it. wtf!
nak cancel order dah pay the booking fee dah...
@aina-
mine has been 9 weeks already. your reason for proton not being able to deliver is a new one. so far what i've heard is
1 - proton is rushing 60000 police patrol cars for PDRM
2 - proton doesnt have enough parts to produce neos (this is what my agent said)
3 - proton needs a minimum quota of orders before they start production.
like, wtf?
i wrote to the proton MD btw. i got passed around like a ragged doll. in the end the answer i received was the same as my agent's.
PLUS now he's saying current neo waiting time from booking is 2-3 months, compared to 2-4 weeks before.
WTF?
thats it. Go to Tribunal Pengguna. They juz make lame excuses..nonsense la. Please try tribunal pengguna, walaupun bnyk keje sikit, tapi at least puas hati!
Catat Ulasan