Selasa, Julai 08, 2008

Identiti Dan Perilaku.



Salah satu kelebihan lelaki Aquarius (ya, aku Aquarius. Bukan aku percaya horoskop sangat, tetapi kadangkala semua kebetulan berdasarkan horoskop amat mengujakan, bukan?) ialah kebolehan mereka untuk berinteraksi serta berkawan dengan pelbagai golongan masyarakat. Bukan sahaja bergaul, malah masuk serta senang menyesuaikan diri di dalam mana-mana golongan sosial. Tapi itu pun ketika lelaki Aquarius itu hendak bersosial-lah.

Sebab itu kadangkala amat mudah untuk aku menganalisa (dan kadang-kala secara tidak sengaja menghakimi) pelbagai golongan masyarakat. Pada masa yang sama mungkin hasil kerja aku sebagai ahli fizik nuklear mungkin dikenali oleh mereka tersebut. Tidak lupa juga pre-conceived notions tentang siapa sebenarnya Melayu Minimalis yang sebenar.

Jadi tidak hairanlah jika pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap aku yang konon (bodoh) sombong serta susah didekati mahupun menakutkan untuk kanak-kanak, warga emas serta haiwan-haiwan kecil.

Kerana realitinya kadangkala amat memenatkan untuk tersenyum 24 jam sehari.

Tetapi percayalah, jika fikiran aku tidak kucar-kacir ketika kamu terserempak dengan aku, aku akan tetap melemparkan senyuman jika kamu menegur. Jangan tenung muka aku sahaja, tetapi dipersilakan untuk menegur aku. Aku janji tidak akan makan kamu. Jilat, mungkin.

12 orang ada pendapat sendiri:

Unknown

baiklah, lain kali saya tegur jika janji tak jilat. bahahahaha =))

Melayu Minimalis

ami-
tak berani janji.

Tipu Tapi Benar (TTB)

Syaa dapat jangka tajuk hangat akbar minggu depan :

"LELAKI AQUARIUS YANG SUKA MENJILAT MENGGANAS DI KUALA LUMPUR"

:-)

Heiso

Owh you're an aquarius man?? that explains so much =p

haniazrina83

MM, kau ada berapa kasut yg menentukan identiti kau?

Anonymous

Tak kenal, macam mana nak tegur?? Macam takut je kalau jilat jilat nih

Melayu Minimalis

heiso-
that explains what?

hanie-
aku ada banyak kasut putih yang kotor.

rozana-
tegur saja. aku hanya menjilat orang yang aku kenal. so aku tak kenal kamu so dont worry.

Anonymous

I only know your name but I don't know how you look like.

Aku A-Z-Z-U

aha. aku juga aquarius.
orang aquarius ada deria ke-6.
percayalah :|

orang aquarius boleh jadi manusia paling kelakar dalam kumpulan dia, atau pada masa lain, manusia yang paling tak peduli.

kesimpulannya, nama blog kau sesuai dgn horoskop kau.

sekian.

broken_nigina

"i know" adalah moto aquarius.

Melayu Minimalis

broken nigina-

i know.

Tanpa Nama

aku aquarius juga..dan kadangkala makcik2 tua bertudung, kanak2 takut dengan aku..:)