Manusia Biasa Tidak Boleh Dikejutkan.

All good things come in moderation.
Dan perkara ini benar dalam semua perkara. Di dalam kehidupan seharian, di dalam perhubungan antara manusia, di dalam agama, politik, makanan. Semuanya sekali. Sebab itulah wujudnya istilah 'kejutan budaya', di mana seseorang yang amat biasa dengan cara kehidupannya seharian yang tiba-tiba diletakkan di dalam konteks kehidupan (sosial atau sebaliknya) yang amat berbeza.
Maka wujudlah situasi di mana (katakan-lah, ya, sebagai satu metafora) seseorang dari Malaysia yang hanya menghabiskan beberapa tahun belajar atau bekerja di luar negara, tiba-tiba balik ke negara asalnya dan akhirnya membenci realiti yang dirinya orang Melayu atau Malaysia, dan hanya sekadar mengutuk situasi negara sendiri dan mengagung-agungkan kehidupannya dahulu di luar negara. Aku rasa kamu pun pernah mendengar tentang orang begini, ataupun kamu sendiri mempunyai kawan yang tidak sabar-sabar untuk menjadi penetap negara orang lain.
Maaf, tetapi ini bukan cara yang wajar dalam situasi sebegini.
Aku pasti ramai di antara kamu (OK-lah, mungkin tidak ramai) yang dihantar oleh kerajaan, syarikat atau ibubapa kamu untuk ke luar negara untuk belajar, atau berlatih, atau untuk mencari pengalaman. Apa yang sepatutnya berlaku ialah kamu gunakan apa yang kamu pelajari di sana, dan olahkannya dalam konteks yang kita sama-sama boleh gunakan di sini.
Tetapi, secara berperingkat tau!
Kita memang cepat melatah kalau disogokkan benda-benda yang dikatakan 'melampau', (seperti aksi menunjukkan seluar dalam di atas pentas, misalnya) walaupun, untuk kita memang perkara biasa. Tetapi bukan untuk semua orang. Orang yang mungkin pendidikan awalnya berbeza dengan kamu, orang yang hidup di dalam kelas sosial yang berbeza dari kamu, orang yang mungkin tidak terdedah dengan benda-benda yang kamu biasa harungi tiap-tiap hari.
Jadi mungkin, kamu menganggap tindakan kamu itu wajar, tak kisahlah secara sinis ataupun terang-terangan, tetapi realitinya bukan mudah untuk mengubah sesuatu yang telah sekian lama ditanam di dalam hati masyarakat. Dan di sini aku maksudkan bukan sahaja dari konteks politik ya, tetapi dalam semua konteks. Sosial, ekonomi, budaya, hiburan dan sebagainya.
Kita kena pandai berfikir, berfikir untuk mencari jalan yang paling berkesan untuk mengubah minda dan pemikiran. Bukan secara revolusi, bukan secara protes, tetapi dengan pendidikan dan pengetahuan.
Pembacaan, pengalaman, ujian diri, semuanya penting. Tiada siapa yang patut dipandang 'rendah', dan tiada sebab kamu perlu menganggap diri kamu lebih 'tinggi' dari sesiapa. Jika kamu berfikir demikian, secara automatiknya kamu lebih 'rendah' dari mereka.
Jangan mempersenjatakan diri kamu dengan suara lantang dan slogan-slogan sahaja, sebaliknya senjata yang paling berguna untuk kamu semua ialah pengetahuan.
Fu-yoh. Memang aku betul-betul minimalis.
7 orang ada pendapat sendiri:
I was, at one point, thought that the outside world was better. Only after briefly working and living outside then I realised there’s no place like home. And the things that annoyed me the most became the thing that I kinda miss, ironic huh. Home is where the heart is and I guess that’s why I decide to balik kampung juga akhirnya. Sabah rocks! :D
bila kita terlalu bingung, maksud saya, befikir benda yg sama sahaja tanpa ada alternatif dan kesudahannya, maka terbantutlah sifat ingin tahu itu kerana malas untuk berfikir untuk membuat kata putus yg sewajarnya. ya betul. minimal boleh jadi cara untuk senantiasa berada dalam keseimbangan bukan? kamu memang minimalis.
"All good things come in moderation."
Begitu benar pandangan anda itu.
Ilmu dan keserdahanaan merupakan elemen penting di dalam kelangsungan kehidupan. Tiada ilmu dan tiada keserdahanaan hanya membawa kepada kecelaruan.
Pegawai atasan saya selalu berpesan,
" kau kalau nak jadi manusia, jadi macam benih yang baik. Campak kemana pun, boleh jadi hutan belantara. Jangan jadi macam benih yang dihantar ke luar negara dan diuji dan disuntik dengan macam vitamin dan gen mutan, kononnya nak jadi lebih hebat dan kuat, tapi bila dibawa pulang ke tempat asal, jadi benih tak guna yang dah mati sebab dah tak sesuai di tanam di tanah asal."
ya aku setuju. anugerah paling berharga bagi seorang manusia ialah keupayaan berfikir, tapi tak ramai yang mahu mengasah anugerah ni. ada 1001 cara nak menyalurkan idea dan memberikan pandangan yang diterima ramai....dengan cara senyap, dengan cara bijak, dan ya, moderate. dan mendapat hasil yang mungkin jauh lagi baik dari segala macam cara yg mungkin lebih aggressive yang pernah dicuba sebelum itu.
tak semua yg belajar luar negeri dgn kelulusan tinggi-tinggi dpt mengatur strategi membentang ideologi mereka sehingga diterima ramai kerana tiadanya "kesabaran". pucuk pangkalnya...ajarlah diri untuk belajar bersabar dulu, sbb itulah pada aku matapelajaran yg paling susah untuk siapa2 pun nak lulus.
tipu tapi benar-
bagus pandangan itu. apa yang ramai dari kita tidak faham ialah penggunaan apa yang kita belajar itu dalam konteks kehidupan negara kita. tidak semua yang berjaya di negara orang akan berjaya di negara kita. at the end of the day, orang yang tinggal di negara kitalah yang bakal membuat perubahan, bukan?
azzu-
perkataan sabar itu memang separuh dari nama sebenar aku pun. sebab itu aku penyabar dan sanggup menunggu untuk apa pun. contohnya kereta aku. dijanjinya 5 hari, sekarang sudah genap sebulan aku menunggu. aku tetap sabar.
biar betul dah sebulan!!!! :O
kalau aku, dah pasti orang yg pandai sgt berjanji tu kena serbu. damn. sabarnya kau! haha
Catat Ulasan