Dunia Memang Benar-Benar Telah Berubah.
Minta maaf. Kebelakangan ini memang banyak perkara baru yang berlaku kepada aku. Pertama kali aku sudah tukar bidang kepakaran dari bidang teknologi nuklear ke bidang bioteknologi. Agak sama, tetapi memang ketara perbezaan. Memang agar mencabar sebenarnya untuk membiasakan diri dengan kerja di tempat baru, tetapi setakat ini memang masih boleh bertahan lagi. Lagi satu, kucing aku lari. Lari agak jauh juga, tetapi memang salah aku, sebab aku tidak jaga baik-baik. Tetapi aku tidak ingin merungut, sebab merungut membuahkan sesungut.
Hari ini aku ingin menulis tentang dua perkara yang aku perhatikan di peti TV hujung minggu lepas. (Hujung minggu lalu memang agak liar juga, tetapi, seperti biasa, Cerita Lain.)
Yang pertama akhirnya aku dapat melihat majlis persandingan Mawi dan Ekin. Majlis yang bertemakan timur tengah. Macam menonton sarkas. Tetapi versi Arab.
1. Kuda Takut Dengan Bunga Api.
Kasihan aku melihat si Mawi dan Ekin terumbang-ambing di dalam kereta kuda apabila kuda yang menarik kereta kuda mereka ketakutan bila bunga api meletup. Bukan kuda mereka sahaja malah semua kuda-kuda di situ. Memang banyak kuda. (Aku tak ingin bayangkan jumlah taik kuda yang bersepah di lokasi.) Aku memang mengharapkan kuda itu terkujat yang amat sangat sampai menarik kereta kuda ke dalam tasik tetapi malangnya doa tidak terkabul.
2. Baju Ekin Tersangkut. Dua Kali. (Mungkin Lebih).
Setelah diingatkan berkali-kali bahawa pakaian pengantin Ekin adalah tajaan pereka fesyen Rizalman, kita dapat melihat bahawa pakaian yang dipakainya memang agak panjang. Kata Mat Salleh 'train'nya panjang. Dan akibatkan kurang belanjawan untuk kanak-kanak yang mungkin boleh menolong mengangkat 'dress train' ini, (mungkin habis wang untuk mengupah penari-penari gelek yang menjadi pengiring pengantin ke pelamin) baju Ekin telah tersangkut di atas pentas ke pelamin sekurang-kurangnya dua kali.
Encik Asmawi, 'petanda' tu!
Yang kedua pula aku telah menonton anugerah Juara Lagu malam tadi. Skrip majlis siaran langsung kita masih lemah, (penuh dengan seloroh dwi-bahasa yang mungkin tidak kena, seperti biasa) dan beberapa orang peserta yang nampaknya masih berasakan bahawa mereka masih berada di majlis perkahwinan Mawi yang aku sebut di atas. Apa-apa pun Meet Uncle Hussain (Hussein?) menang. 'Lagu Untukmu', pada aku, memang lagu yang bagus. Menepati citarasa ramai, dengan templat yang memang mudah didengar dan disiul. Perihal cara nyanyian jangan ceritalah, vokalisnya memang mantap.
Jadi pada aku memang tidak hairan pun. Tetapi kenapa bunyi gitar band Estranged hancus?
Apa-apa pun, secara peribadi ini bukan kemenangan untuk band indie ataupun yang sewaktu dengannya. Ini hanya menunjukkan kesedaran am tentang muzik yang mungkin tidak dijanakan di dalam proses yang dirancangkan oleh syarikat-syarikat rakaman besar. Ini juga bukti bahawa mungkin citarasa muzik am rakyat Malaysia sudah semakin matang dan boleh menerima jenis muzik yang satu ketika dahulu disamakan dengan penyembelihan kambing hitam, seks beramai-ramai dan banyak lagi perkara yang diimaginasikan oleh Harian Metro. Sekarang giliran hip-hop pula untuk mencapai taraf yang sama. Tunggu sahaja 'The President', ya?
Sekian, terima kaseeeeeeeh.
14 orang ada pendapat sendiri:
imaginasi Harian Metro membawaku ke balai brickfields.cerita lama.
btw memandangkan anda bertukar bidang ke bioteknologi, selepas grad nanti bolehkah saya hantar resume?
kewl..new stuff at last..but..MUH menang..nothing againts em..kewl n one nice song..as long as Faizal won 3..its gud enuff..to bad cuba failed..
congrats to em..n oso to u MM for that new job..
mmg kelakar tengok contestant bawak tema arab tu, macam lupa nak tanggal costume yg dia pakai masa pergi kenduri kawhwin wawi... yg sorang pulak awal2 dh pakai costume cny...haha..showmanship yg paling best ialah showmansip yg simple & tak keterlaluan je pada pendapat saya lah.
Menyampah gila tengok kahwin Mawi ni, kata nak bersederhana tapi tengok-tengok sederhana sangat lah kan?
ya!
aku sokong kamu dengan bunyian gitar Estranged tu.
memang agak hancur.
mungkin distortionnya rosak.
aku rasa lah...
Sampai sekarang tak tengok Mawi kahwin. Cuma perasan iklan mekap dua dua tebai nak mampuih aihh!!
kucing kamu lari? aduhai :(
Tak ada nukilan untuk Cerita Lain®?
aku suka baca nukilan "Aku Tak Peduli"
aku mmg gemar membaca hasil nukilan manusia yang aku rase pelik ttg dirinya.
aku ada kwn seperti kau suatu masa dulu.Suka membaca hingga segala di hujung jari ilmunya.
Teruskan menaip utk penuhkan wall blog kau yeah:)
Aku belajar sesuatu dari sini juga.
Bak kata Eva Mendes "Aku bangga dengan orang yang berhati cekal untuk berhadapan denagn kejahatan diri sendiri"
(Sudah di translate ke bahasa melayu)
Padan muka ilang kucing.
Memang kucing tu tak sesuai ngan kau pon.
i have 9 cats, would u want to adopt one? the age is 9 months, the name is zorro and he's freaking horny at the moment.
kucing lawa mata cokelat kelabuan tu lari??
tidak!! mm tak kasi dia makan ke?
awak dah kerja dengan MARDI ke sekarang?
kucing lari? cari lah dia balik... :(
kucing dah masuk pertandingan kucing?
Catat Ulasan