Ahad, Januari 04, 2009

Cita-Cita Aku Tahun Ini.

Tahun baru sudah pun bermula. Aku jenis yang tiada azam, sebab azam sebenarnya untuk tiap-tiap hari, bukan tiap-tiap tahun, tetapi aku ada beberapa matlamat yang aku ingin capai tahun ini.

1. Langsaikan Hutang-Hutang Aku.
Memang lumrah orang Melayu suka berhutang. Lagi-lagi sebab hendak berkahwin. (Cerita Lain). Aku pun termasuk di dalam golongan ini juga. Aku harap aku boleh kurangkan beban ini dengan hasil usaha kerja aku di tempat kerja baru sekarang. Selepas langsai aku nak beli barang-barang berunsur materialistik dengan tunai. (Atau dengan kad debit bila ingin membeli di Ebay.) Maklumlah aku pernah muda dan bodoh ketika membuat pilihan-pilihan hidup dahulu (yang akhirnya membebankan). Tetapi aku pasti kita semua tidak akan belajar jika hidup kita tidak pernah membuat kesilapan, bukan?

2. Baca Lebih Banyak Buku Dan Tambah Ilmu.
Aku rasa tahun lalu banyak juga buku aku baca. Tetapi masih tidak cukup. Aku ingin lebihkan membaca. Lagi-lagi yang tiada unsur fiksyen. (Maaf Chuck Klosterman aku mungkin tidak ingin membaca novel fiksyen karya terbaru kamu.) Mungkin juga aku akan mengangkat buku yang sebenarnya sudah lama aku patut baca. Macam tafsiran Al-Quran.

3. Jadi Rockstar Tulen.
Siapa yang tiada cita-cita begini? Cerita sikit. Tahun ini memang ada projek besar-besaran.

4. Lebih Menyayangi Mereka Yang Patut Disayangi.
Aku trauma. Tetapi aku kerap menjadikan trauma ini sebagai alasan mengapa aku selalu menutup hati aku. Dan ini juga tidak bermakna yang aku tidak berusaha langsung untuk membuka pintu hati, cuma mungkin untuk aku agak sukar. Usaha tangga kejayaan. Jangan menyerah kalah.

5. Memaafkan Mereka Yang Tidak Patut Dimaafkan.
Ini lagi sukar. Sepanjang perjalanan ini, lembah dan lurah aku lewati. Ramai orang yang telah sakitkan hati aku, tetapi realitinya mungkin aku yang membenarkan mereka berbuat demikian. Walaupun adakalanya perbuatan mereka memang tidak patut dimaafkan (lihat alasan No. 4), tetapi aku rasa aku patut teruskan kehidupan aku tanpa perasaan berdendam. (Walaupun naluri aku memang naluri berdendam pun. Sudah termaktub di bintang-bintang). Usaha tangga kejayaan.

6. Lebih Banyak Melancong.
Seboleh-bolehnya pelancongan yang melibatkan passport dan tidak melibatkan Singapura atau Thailand. Sudah sampai masanya aku kembangkan siri 'Malam Semalam Di Ibukota (Negara Lain)'.

7. Berjimat Sambil Membazir.
Aku ingin mula menyimpan wang. Pada masa yang sama aku ingin mula mengumpul harta. Terutamanya harta-harta yang berat lebih dari 20kg, dan harta-harta yang mempunyai komposisi mekanikal padat yang lebih kompleks. Tetapi semua dengan tunai. Harap-harap dapat ditunaikan tahun ini. Aku pasti boleh.

8. Keluar Dari Rutin 2007-2008.
Aku rasa tahun ini aku mungkin dapat berkembang (secara peribadi) kepada satu fasa dan tahap yang lebih tinggi dalam hidup aku. Dalam 2 tahun ini tidak banyak perkembangan peribadi yang boleh dibanggakan, tetapi aku sedar bermula tahun ini banyak peluang telah dilontarkan ke arah aku, cuma sama ada aku benar-benar ingin menggunakan peluang yang diberikan atau pun tidak. Dan disebabkan aku tidak mempunyai sifat 'Asal Boleh' atau 'Cukup Makan' aku rasa aku punyai cukup dorongan untuk keluar dari rutin dan kebiasaan hidup aku selama 2 tahun ini. Misalnya selain dari makan lontong tiap-tiap hari Ahad aku akan makan gnocchi pula. Di Restoran Itali. Di Rom, Itali.

9. Memakai Kasut Selain Dari Warna Putih.
Aku rasa proses penyucian langkah aku selama ini (yang disimbolisasikan dengan kasut putih) akan pun lengkap tidak lama lagi. Mungkin aku akan mula memakai kasut berwarna merah atau ungu pula. Dan bertumit tinggi.

10. Hidup Dengan Sepenuh-Sepenuhnya.
Kita bukannya muda selama-lamanya pun. Aku banyak membazir masa dahulu dengan pilihan-pilihan hidup yang akhirnya merugikan, dan sudah sampai masa aku tuntut balik apa hak aku sebenarnya. Macam hak aku untuk berjoging.

Sekian. Sila jangan plagiat.

29 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

kutuk bangsa sendiri yang baru nak naik.

Tanpa Nama

semoga berjaya!

honey bedazzled

pasal bayar hutang tu dulu abang aku keje je pakai kredit card leps tu menyesal dan dia sudah langsai 2 kredit card dia serta tidak pakai lagi..haha berusaha la kamu!

Atira.

lol kata takde cita-cita tu banyak tu. :P

the artist and i

Banyak membaca agak sama.

Baca Ahmad Wahid. Pergolakan Pemikiran Islam. Gila best.

Jebon

MM, selamba kau plagiat lagu Zaiton Sameon.

Hari tu ada orang plagiat entri filem Kami kau. Aku tinggalkan komen kat dia : Hai, entri ni sama macam MM punya, MM ke ni? Dia jawab dia tak kenal MM, tapi dia suruh kirim salam kat MM. Dia kata kebetulan entri dia sama macam kau.

Dia dah delete blog dia. Bosan betul.

Leesa

Baca Noam Chomsky, Failed States. Actually, mana-mana buku by Noam Chomsky is power.

Tanpa Nama

semacam pelik tengok perkataan plagiat..buat sy rase tergeliat..=p bgus la at least u got all those things fulfill, or try to fulfill mebe..whereas i prefer to walk d path n plan along d way..hahaha..melayu malas kah itu?!

kecik

haha.baru nak komen sal lagu zaiton sameon.huhu.jebon da komen dulu

Tanpa Nama

positive energy untuk tahun baru!

Tanpa Nama

azam sy nk tumbuk org...nak join..?

Chatterbox

No. 2, 6 & 7 tu kau tiru aku punya eh haha

Melayu Minimalis

haha ramai juga peminat zaiton sameon di sini ya?

@leesa
tu lah maybe i'll start reading him this year.

@budak hijau
kamu nak tumbuk siapa? kalau yang aku kenal on lah.

Tanpa Nama

No. 3: alaaaa..... damn damn damn.

No. 9: http://www.repcodes.com/wp-content/gallery/5/supra-suprano-hi-purple-foil.jpg

ataupun puma terror king. sigh

Fiziy

no5. wtf? tiada maaf bagimu woi.

bukan kamula. haha

Tanpa Nama

aku tetap berdendam ngn roomate aku sbb asi kenekn aku time main taiti

Unknown

Nak selesaikan hutang? Go see AKPK :)
happy new year!

K.O.N.T.R.A. K.I.R.I.

hahah..ayat yang last sekali memang best. "tolong jangan plagiat"

anyway, pada aku pulak, untuk tahun ini aku lebih terarah untuk kurangkan atau langsaikan hutang aku sama dengan perkara nombor satu itu.

dah adat manusia, tak rock-lah kalau tak ada hutang.

Afiq Deen

MM, aku nak bagitau yang gambar2 ko berkasut sahaja (dari angle atas) telah bagi inspirasi utk buat video ni.

http://www.youtube.com/watch?v=aW7kNcKI970

Timakasih!!!

StingRay

gnocchi?....hehe...bila tgk diorang potong tepung tu seketul-seketul....teringat plak bubur jemput2 @ bubur gunting mak aku buat...

Tanpa Nama

Bukan cita-cita 09 kamu untuk ikuti trend baru pula seperti tahun-tahun dahulu?white shoes maybe

Tanpa Nama

mungkin cita-cita no. 10 kau tu, cukup untuk merumuskan kesemua cita-cita kau yang lain tu. bukan?

Anonymous

2,3,4,5,6 and 10. I'm definitely doing that.

But then again, whatever happens, happens.

Tanpa Nama

cubalah baca HELL BENT FOR LEATHER: Confessions of a Heavy Metal Addict, by Seb Hunter. buku lama.

mungkin kau tak minat, just a suggestion though. kelakar, untuk aku.

Tanpa Nama

read HAMKA. he have most answers for my questions in life...spiritually lah.

and make me open the holy quran translation right after my HAMKA first book.

Melayu Minimalis

@afiq deen
wau! chun tu!

@joe jambol
aku pernah jumpa buku tu tapi tak angkat lagi.. mungkin lepas ni...

@tanpa nama 01:25
maybe i will, maybe i will...

@ASAB
trend pun trend lah.

Encik Puaka

aku mau lebih banyak habiskan duit untuk diri sendiri. sekian. cukuplah membelanja kawan2 karaoke shisha ataupun makan mahupun membelikan hadiah2 yang berharga 2ratus keatas hanya untuk birthday kawan2. aku serik. itu azam aku.

Tanpa Nama

wtf..ko ialah perempuan..glew kentang..
aku tak sangka..aku ingat laki..
no 9---memakai kasut merah&ungu..high heels..
satu saje nk ckp..well,i think dat u're such phatetic subtituition of paris hilton..lol..beza,u're got brain..sumtimes,felt like u're too show off..u're like perfection..ko rase,u're life bein surrounded by to many of dumb asses ppl..
tah ley??ko suke makin fool kt dak2 yg br nk naik..noe nothing,zero knowlegde..ko nie perfect kn..listen ppl,jz livin by ur own ways not by others ppl ways..

Tanpa Nama

nk edit cket..hi3..

wtf u're a gurl actually..lol..
thought dat u're a guy..>no9--mungkin aku akan mula memakai kasut ungu dan merah,high hells..and bla..bla..bla..(guys won't do dis)lol..nk ckp cket bley,u're such phatetic substituition of paris hilton and nicole richie..beza,u're got brain..mmg ko gune kate2 yg menunjukkan kemelayuan,but d way u're act is d opposite one..most of d time,u're always show off..such perfectionist,sume nk nmpk perfect..like u noe every single things in dis life..makin rules,deciding on how ppl should live their life..play cool,cz u're thought dat ur life bein surrounded by dumb asses ppl..they all weaker,and u're d greatest one..makin fool on dak2 yg br nk naik..dat noe nothin,got no knowledge..at least dey all tried,cube kuar dr title old fashioned tu..dat's what we're called as improvement,dude..ko tu bkn perfect,ingt cket..no one is perfect,perfection is boring..stop from bein so annoyed,be more respectful,bein more humble..dat is d exactly points dat u should put in dis issue..dun get me wrong,aku suke ko..always drain my mind into ur blog..ur words take away my footings..and proud on u actually..keep on rockin ok,but mind on ur own words in nearest future..