Kadangkala Kita Pandang Mudah Perkara Yang Kita Patut Hargai.
Jadi kesimpulannya begini.
Enam bulan yang kebelakangan ini memang satu tempoh yang banyak perubahan bagi aku. Banyak perkara yang aku telah lalui, baik yang bagus mahupun yang buruk, dan memang merupakan pengalaman yang berguna untuk aku.
Tetapi ada kalanya benak hati kita sudah pun terukir dengan sesuatu, mungkin akibat pengalaman buruk yang lalu, sehinggakan memang amat sukar untuk kita menidakkan sesuatu yang terang-benderang di depan mata.
Seyakin manapun kita katakan pada diri sendiri yang kita sudah bersedia, kita sudah berubah, kita mampu untuk melakukan segalanya, tetapi sedikit demi sedikit, realiti yang menyusul mungkin bukan sesuatu yang kita mampu hadapi dengan mudah. Dan kita pun tahu, tidak semestinya yang lain akan faham apa yang kita lalui, dan mungkin sebab kita tidak berusaha untuk menerangkannya pun. (Mungkin tidak perlu pun.)
Sesukar mana pun, kita tidak boleh endahkan, kita tidak mampu untuk meninggalkan gurisan-gurisan yang hanya akan memusnahkan diri kita, sebab gurisan itu mampu melukakan. Dan luka itu sesuatu yang amat sakit, kita tahu.
Tetapi semua yang luka boleh sembuh. Tetapi penyembuhan perlukan masa.
Jadi apa kata kita lihat sahaja, pelajari apa yang patut, dan mana tahu, luka itu akan sembuh akhirnya. Aku pasti ianya akan sembuh. Jangan gopoh sebelum luka itu sembuh, sebab ianya akan memburukkan keadaan.
Terima kasih kerana bersabar. Mana tahu, kesabaran itu mungkin akan mendatangkan hasil akhirnya.
15 orang ada pendapat sendiri:
saya baru bincang dgn kawan pasal kadangkala sbg manusia kita terlepas pandang bende yg nampak mcm remeh dan hal kecil sedangkan itulah yg PENTING.
bila baca entry yg ini rasa syahdu sekali.
terutama part tidak semestinya org lain akan paham dan mungkin kita tak berusaha utk menerangkannya pun.
saya pun rasa tak perlu terang?perlu kah?
deep
life is to short to live in history bro..the past is history..future is a mystery..and today is a gift..that's why its called the present..
gud enough if u leave it behind..best if u let it be..and best if u learn somethin out of it..
its life..and shit happen.. :)
do you like Fozzy? listen to All that remains album.. great lyrics..
walaupun kau tak cakap minta pendapat. aku senang saja nak cakap - aku setuju. macam sama pula nasib kita kan? hehe
perkara (biasanya buruk) yang terjadi sebenarnya sampai bila-bila pun susah lupa. luka sembuh pun, masih ingat juga.
cuma kadang-kadang bagi chance dekat orang yang hargai kita (kerja ke, cinta ke, apa ke), lebih kurang macam bagi chance kat diri sendiri gaklah. tanpa disedari.
good luck =)
kenapa letak lagu heartbeats? mm putus cinta ke?
aku syahdu+aku menangis sebab baru semalam aku fikirkan perkara yang sama. 5 kali aku baca apa yang kamu tulis, aku nak dalami setiap patah ape yang kamu tulis. Dan lepas ini aku akan baca lagi...dan lagi..Aku sangka aku tabah dgn keputusan aku, tapi aku tak tabah. Mungkin betul kata kamu, aku harus sabar..rasa mungkin jugak aku gopoh..ermm. Thanks for sharing bro!
kite tak pernah bersedia untuk ape2 sekalipun..hidup seharian kite adalah misteri dan penuh dengan kejutan..terpulang pada diri sendiri macam mana nak hadapi..takkn ade erti 'best' je dalam hidup..yang 'tak best' tu lah sebenarnya yang banyak mengajar kite untuk lebih menghargai hidup..
hari ni apa yang aku buat serba tak kena. ingatkan nak tido sampai tengahari. tapi bila sms kat office mate aku dia kata ambik emergency lak. kena buka opis dan duduk termenung sorang diri. talipon orang nak kutip hutang, mcm2 lak jawapan yang tak memberangsangkan. so, aku ambil keputusan untuk terus mencari gambar lawak untuk download menjadi makanan mata aku malam ini. memang ada hari yang apapun yang kau buat tetap tak akan menjadi. mungkin aku banyak sangat dosa kot.
Tuhan... ampunkanlah dosa hambamu ini...
sungguh benar la ape yg ditulis...
sgt2 benar~
semoga diberikan kehidupan bahagia dan sejahtera selalu utk kita semua.
take it easy mm, but take it.
aku harap, sabaruddin akan faham maksud nama dia lepas baca entri ni..
Aku tertarik dengan kata : "semua luka boleh sembuh, tetapi penyembuhan perlukan masa.."
aku seringkali mengambil masa yg panjang utk sembuh... ermm..
Catat Ulasan