Macam-Macam-Macam.
(Gambar dicilok dari simplysiti.com)
Apabila cuti panjang (walaupun aku sudah kembali bekerja), sudah tentunya aku akan bazirkan banyak masa menonton Astro. Selain dari menonton sinetron dari seberang yang penuh dengan adegan close-up dan gerak perlahan yang melebih-lebih (serta muka pelakon yang tebal bermekap sehingga kulit berwarna merah jambu), aku kadangkala suka melayan rancangan terbitan Astro Ria.
Tetapi salah satu rancangan yang aku benar-benar tidak faham ialah rancangan 'Macam-Macam Aznil'. Kalau kamu tidak pernah menonton rancangan ini, ianya merupakan rancangan di mana penonton boleh cuba untuk memalukan diri mereka di khalayak ramai di kaca TV akibat taksub dengan Aznil Nawawi. Kalau kamu ingin melihat budak remaja gemuk disindir akibat berat badan, atau ingin melihat makcik dari Keramat bertudung memakai topi keledar sambil membuat aksi rempit atau makcik Rumah Pangsa bergelang emas penuh satu lengan (untuk menunjuk-nunjuk jiran lain di kawasan Rumah Pangsa yang sama) menari gelek, ini memang rancangan tv untuk anda.
Aku kurang faham dengan segmen-segmen tarian di dalam rancangan ini, yang biasanya melibatkan sama ada Aznil menari seorang-orang di atas pentas dan semua penonton layan beliau menari syok sendiri, dan juga segmen-segmen tarian yang melibatkan tetamu khas (yang biasanya selebriti-selebriti Melayu) dan dua orang penonton yang terang-terang dipilih atas rupa dan cara pemakaian mereka yang 'menawan'.
Ini tidak masuk lagi segmen-segmen yang melibat cat berwarna biru atau bedak tebal di muka, dan juga rambut palsu hodoh.
Obses sangat ke kamu semua sehingga sanggup memalukan diri atas nama hiburan semata-mata untuk menikmati populariti selama 15 minit?
Aku rasa atas sebab yang sama pun ramai peserta-peserta ujibakat sanggup mencuba untuk menyanyi/berlakon, walaupun tahu dirinya memang tidak boleh menyanyi langsung. Dan perkara ini memang tidak terhad untuk Malaysia sahaja, lihat sahaja American Idol musim terbaru, penuh dengan orang-orang separa dungu yang fikirkan mereka semua boleh menyanyi.
Untuk mereka yang tidak pandai menyanyi dan ingin berkecimpung dalam bidang muzik aku cuma ada satu nasihat: belajar main gitar.
19 orang ada pendapat sendiri:
itulah.. kadang2 memang terasa ntah apa2..
sekadar menghiburkan diri sendiri dengan lawak yang baginya terasa lawak...
macam-macam aznil tu contoh rancangan yang meletakkan HEDONISME sebagai kiblat.
siapa pernah tengok gameshow Japan kat 8tv, setiap maghrib (hehehe). Mesti korang akan kata merepek gameshow cam tu, tetapi aku tengok betapa bestnya menjadi bangsa jepun yang tak kira tua muda semuanya ada iltizam dan semangat yang sangat luar biasa. kagum dengan semangat mereka.
melayu tak mahu gameshow yang berjiwa, bagi melayu TV adalah hiburan.
susah tak main gitar?
kalau ada minat tapi takde bakat boleh jadi guitarist yang pro ke?
Kat disko papan itu hari apasal ada kecoh ek?
guna pie chart dari artikel ini untuk orang baru nak belajar main gitar(any music instruments)
http://collegecallgirl.blogspot.com/2007/11/blowjob-tutorial.html
hahha.. x boleh nyanyi, p bljr main gitar. betol gak tuhh :P
tp bg yg x pndi main gitar.. mari belajar mendengar.
huhhu~
tiru ellen degeneres kot, kan ada menari-menari.
"why u so serious?"
macam-macam aznil...
hurm...
kalau kite xbuat, kang org ckp xsporting.. lg la xbest kene cop xsporting oleh masyarakat umum..
bende ni macam diluah mati mak.. ditelan mati bapak...
kalau buat pun memalukan..
moral of the story..
bek jgn gi je mane2 show...
btol?????
that's mean no fun.....
bukan that's mean la.. that means... sorry salah....
macam-macam aznil ni aku suka segmen anak-anak ku jer... tp musim terbaru ni takde plak segmen tu..byk menari-nari macam orang bodoh jer.... dah tak best pulak
For me program ni bersifat santai. Tajuk pon Macan-Macam, so macam-macam ragam yang dapat kite tengok dari program ni. Semuanya ikhlas dan bersahaja. Orang tengok show tu untuk ragam yang bermacam-macamn tu lah.
Aku pon jarang tengok MMA ni tapi sesekali duduk kalo xde keje tengok time ulangan pon terhibur. Dialog-dialog bersahaja tu real, bukan dibuat-buat. So dekat di hati orang yang tau.
Mereka tidak cuba memalukan diri sendiri. Mereka juga tidak obses. Bagi aku mereka pergi dengan minda yang terbuka, macam sembang-sembang dengan kengkawan kadang-kadang kita pon naik high jugak kan? Berjenaka bergurau tak hirau orang keliling. The difference is it is commercialized. That's all.
Senang kata, tidak perlu faham. Just layan.
It is a great show for me and I think it deserves the awards it received, but true, nari-nari tu poyo. Esp bile ade penari yang berpakaian macam badut sarkas. Selalunye bile masuk part ni lah yang buat aku nak berhijrah ke mana-mana ruang rumah yang lain atau keluar.
astro ria memang 'mencabar'
@nurulazleenaazlan
ya, macam ellen, aku nak tulis tapi terlupa.
@alexalabasta
tapi dorang tak malu ke?
@joker
it's 'why so serious' lah.
@apa2 lah
ada kecoh ke? siapa yang kecoh?
Have no idea why people loves this show
But I do enjoy Jay Leno
-blogno4-
dulu aku tgk cter ni sebab ada budak2 tiga orang yg kiut miut n ragam diorang..yang baru xde la pulak. asek dok puseng roda je..
rancangan tu berjaya sebab matlamat sampai...untuk menghiburkan
kalau berak dalam show...and then org suka
why not? hahahaha
agreed.
terase nk komen..
hurm, for me, i still suke show ni..aznil to me pandai wat lwk..
lwk die yg aku xleh trime cume bile die sindir org2 gemuk..n kdg2 yg pkai tdg..ha, tu je..
cop, tang menari2 tu lak, aku x stuju bile ade penari budaya..kalau penari lgu pop xpe lg..ni budaya, bile penari budaya (read : tarian cultural yg agak serius utk rncgn gile mcm ni), n aznil suke sort of make fun of the tarian later on dgn menari bodoh, yeah, itu mmg tarian bodoh, n it's not cool..
other than that, hurm, aku rase he's great entertaining kids (anak-anakku) n adults alike, n die bkn mcm azwan ali..sekian..huhu~
Catat Ulasan