Kadangkala Kita Pandang Mudah Perkara Yang Kita Patut Hargai 2.
Setelah menikimati hujung minggu yang panjang, aku kembali bekerja hari ini. Masih di dalam moda santai, sebab ramai lagi yang masih bercuti, walaupun sebenarnya kerja melambak.
Jadi di hujung minggu yang lalu, macam-macam berlaku. Sebenarnya macam-macam telah berlaku di dalam 2 minggu kebelakangan ini. Dari yang tidak disangka-sangka ke yang tidak disangka-sangka langsung. Dan kebetulan aku pun memang sedang malas menulis, cuma rajin mengambil gambar sahaja.
Sebab kadang-kadang sekeping gambar (relevankah kata pembilang 'sekeping' di sini?) boleh menggantikan beratus malah beribu perkataan.
Aku terfikir hari itu tentang pemilikan kamera digital sekarang. Kalau 10-15 tahun dahulu kita hanya melihat ramai pelancong dari Jepun yang menggantung kamera di leher (malah perlakuan ini amat sinonim dengan Pelancong Jepun. Kalau kamu tidak ingat maka kamu masih terlalu muda) yang gemar mengambil gambar apa-apa sahaja yang bergerak (dan tidak bergerak).
Tetapi kemunculan kamera digital telah merubah segalanya. Aku rasa sekarang hampir semua orang mempunyai keupayaan untuk mengambil gambar digital, baik dengan menggunakan kamera digital mahupun kamera bimbit. Dan revolusi yang paling penting yang dibawakan bersama oleh teknologi kamera digital semestinya keupayaan untuk melihat gambar sebaik sahaja gambar diambil. Lagi-lagi gambar (bogel) sendiri.
Kalau kamu berjalan sahaja ke pusat membeli-belah atau tempat-tempat di mana ramai perempuan remaja melepak, kamu akan dapat melihat aksi perempuan yang mengambil gambar sendiri. Mungkin ini sudah biasa sekarang, tetapi dahulu memang tiada orang yang sanggup membazir filem dengan mengambil gambar sendiri (dengan menggunakan tangan sendiri). Kalau kamu masih ingat, dahulunya memang jarang ada orang yang berani ambil gambar sendiri, lagi-lagi yang seksi semacam, sebab ada kemungkinan besar pusat memproses filem yang kamu hantar filem kamu itu akan cuba mengedar gambar-gambar kamu, macam si Zarina Zainuddin dahulu (yang semestinya skandal gambar bogel sensasi yang pertama di sini. Atau sekurang-kurangnya yang cukup popular hingga membuahkan skandal.)
Kita juga mungkin tidak akan lupa skandal gambar si Edry dan Linda Rafar pula, yang mungkin skandal gambar bogel digital yang pertama di Malaysia. Kiranya boleh dikategorikan sebagai peloporlah. Selepas itu memang banyak, sampai aku pun malas untuk ikuti perkembangan.
Kalau yang bukan selebriti pula memang banyak. Buat sahaja carian di Internet, mana tahu kamu boleh terjumpa gambar atau video kawan/jiran/cikgu kamu.
(Gila tak bernas nukilan hari ini. Biarkan)
14 orang ada pendapat sendiri:
ahahahah!!
sokong!sokonG!
now kalau tak ske leh delete jer tade r membazir rite
sekarang siap ada term 'cam-whoring' lagi :)
jangan lupa juga terma "Myspace Angle".
revolusi terbaru dalam dunia photografi.
atau neo-pornografi?
gila tak bernas..
pedulikkan..ada barang, layan aje..
"cam-whore" istilah paling tepat untuk org yg ko tuju dalam cerita ni.
tp perasan tak, bergambar adalah salah satu proses ekspresi diri, sebagaimana semua orang pakat bukak akaun facebook, friendster, myspace...sbb dengan bergambar, kita boleh jadi apa yg kita mau. berapa ramai antara kita yg jumpa profile kat FB, dari luar nampak cam ustazah, tudung labuh tapi bila baca profile layan jerk lagu The Killers, Boy Kill Boy.
Cuma bergambar bugil ni lah yg masalahnya. Ramai 'aweks2 kita' (merujuk kpd melayu esp) yg mana 'kita tengok' (merujuk kpd ...hehehe) dalam 3GP (betul ke istilah aku ni), kebanyakan adalah aweks2 yang lemah, dan singkat akal.
mungkin sebab mereka x mampu nak ekspresskan kehebatan diri masing2 dalam kondisi sediada, jadi dengan beraksi sebegitu mereka fikir mereka akan nampak lebih 'hawt'.
gambar bugil zaman zarina zainudin dengan bugil zaman zarina anak pontianak amatlah berbeza. org kata zaman berubah, maka pemikiran juga berubah. tp percayalah, kekadang ekspresi diri yang berlebihan boleh memusnahkan reputasi diri sendiri.
secara peribadi, nude art sangatlah subjektif, dan anatomy manusia adalah suatu benda yang sangat2 misteri bagi para pengkajinya.
aku tak peduli diorang nak bergambar bogel ke apa, sebab aku takkan buat begitu. hahahahaha. tp kalau jumpe gambo kaum kerabat aku, nauzubillahiminzalik...mintak simpang!
tangkap gambar sendiri dan kontrol cun dan seksi. aku teringat zaman kegemilangan myspace dan friendster.
kes Zarina Zainuddin bukan sebab hantar cuci filem kat kedai. jurufoto tu cuci sendiri, mmg kerja dia. satu hari isteri jurufoto jumpa gambar tu. dari situ la tersebar.
biografi Zarina Zainuddin
aku rasa pelik sikit tulis cuci filem, istilah lama tu. takut ada yg tak faham, maksudnya memproses filem.
cam whore is ok if u r cute n hawt..
normallah cam whore tu..
camera kita so peduli la nak wat ape pun..
kalau dah termkn diri sendiri tu..
maka lu pikirlah sendrik..
haha..tgkp gmbr sendri ltk kt ms or fs...haha btul tu wolf =]
tambahan, kewujudan kamera digital jugak melahirkan jurufoto digital daripada golongan muda di malaysia. dan kita boleh nampak bakat2 mereka sangat luar biasa hebatnya. macam sue anna joe, tangkap gambar sendiri tp nampak artistik gila dan macam MM tangkap gambar kasut dia dan org lain yg memberi informasi dalam bentuk artisitk pada aku pasal kasut lelaki dan lokasi yg dia pergi. tu unik tu. memang malaysia tu.
setuju dengan haniazrina....yg ini baru ekspresi 'seni' dengan betul, jujur dan kebanyakkannya cost effective. hahaha. asalkan nampak cantik, bebudak Malaysia memang seni.
Teringat aku pada zaman teman aku ingin blackmail KRU dengan gambar tersebut. One of the first few to have the photos.
Tapi tidak di layan. Terus ke TheStar dan sebagainya.
Dengan teknologi yang ada sekarang aku rasa bakar je la HDD tu.
Catat Ulasan